ANALISIS PEKERJAAN Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang f. Sarjana Muda Pengurusan Muamalat

Data Kajian Pengesanan Graduan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 38 Kajian awal di APIUM berkaitan kebolehpasaran dan pemilihan bidang pekerjaan telah dilakukan dari tahun 1999 sehingga tahun 2002. Kajian mendapati bahawa dalam soal pemilihan bidang pekerjaan yang lebih terbuka, tren yang diamalkan oleh graduan IPTA tempatan, seperti graduan APIUM : yang lebih cenderung memilih bidang pekerjaan selain daripada guru agama penurunan peratus daripada 80 kepada 62.4 dan selebihnya memilih untuk menceburi sektor yang lebih luas peningkat sebanyak 17.3 daripada jumlah sebelumnya iaitu 10 merangkumi bidang perbankan, ICT, pemasaran, rekacipta grafik, kehakiman syariah dan RD. 39 Fenomena perubahan ini walaupun agak sederhana jumlahnya, tetapi telah menunjukkan sikap yang dinamik dan proaktif yang dimainkan oleh graduan APIUM bagi menjamin guna tenaga graduan pengajian Islam lebih berkembang daripada kepompong lamanya, jawatan guru agama kepada sektor pekerjaan yang lebih luas. Selanjutnya kajian terbaru sebagai salah satu petunjuk kepada kebolehpasaran graduan APIUM adalah Kajian Pengesanan Graduan 2010. Kajian ini dilakukan ke atas graduan APIUM yang bergraduat pada 2010 yang berjumlah 559 orang dimana 95.2 menyertainya. 40 Walaupun kajian ini hanya meliputi para graduan hanya selepas beberapa bulan menamatkan pengajian namun, ia boleh menjadi petunjuk kepada status dan kejayaan menghasilkan program pengaian yang relevan dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. Secara logiknya tren memperolehi pekerjaan akan menjadi bertambah baik selepas tempoh tertentu.

1. ANALISIS PEKERJAAN

Jadual 1.1 menunjukkan taburan responden mengikut status pekerjaan. Peratus responden yang bekerja didapati lebih tinggi dalam kalangan graduan Sarjana Muda Pendidikan Islam 94.8 diikuti lulusan Sarjana Muda Syariah 59.3, Sarjana Muda Usuluddin 46.1 dan Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam iaitu 43.0 peratus. Terdapat 57 peratus graduan Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam menyatakan belum bekerja. Bagi peringkat sarjana pula, peratus responden yang bekerja didapati lebih tinggi dalam kalangan graduan Sarjana Syariah 92.3 diikuti Sarjana Usuluddin 88.9 dan Sarjana Pengajian Islam 87.5. Bagi graduan Ph.D, hampir keseluruhan menyatakan mereka telah bekerja 95.2. Jadual 1.1 : Peratus Taburan Responden Akademi Pengajian Islam Mengikut Status Pekerjaan Terkini 2010 38 Diambil sepenuhnya dari Prof. Madya Dr. Rohana Jani dan Prof. Madya Dr. Yong Zulina Zubairi, Ringkasan Laporan Kajian Pengesanan Graduan UM 2010 Akademi pengajian Islam, Universiti Malaya. 39 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Nor Aini Ali, Azizi Che Seman Dan Mohd. Yahya Mohd Hussin, “ Kajian Guna Tenaga Sarjana Muda Syariah Dan Usuluddin 1996-2002 “- Vote F F03782003B, APIUM. 40 Jumlah merangkumi PhD 3.9, Sarjana 13.25 dan Sarjana Muda 82.9 Peringkat Pengajian Status Pekerjaan Bekerja Belum Bekerja Jumlah IJAZAH PERTAMA Sarjana Muda Pendidikan Islam 94.8 5.2 100 Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 43.0 57.0 100 Sarjana Muda Syariah 59.3 40.7 100 Sarjana Muda Usuluddin 46.1 53.9 100 PASCASISWAZAH Sarjana Pengajian Islam 87.5 12.5 100 Sarjana Syariah 92.3 7.7 100 Sarjana Usuluddin 88.9 11.1 100 Doktor Falsafah 95.2 4.8 100 Nota : Bekerja - termasuk yang melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan pekerjaan Jadual 1.2 menunjukkan taburan graduan mengikut sektor pekerjaan. Peratus graduan yang bekerja di sektor kerajaan lebih tinggi dalam kalangan graduan Sarjana Muda Pendidikan islam dan graduan Sarjana Muda Usuluddin, masing-masing dengan 27.3 manakala di peringkat sarjana pula, peratus graduan yang bekerja di sektor kerajaan elbih tinggi dalam kalangan graduan Sarjana Usuluddin iaitu 78.6 dan 60 dalam kalangan graduan Ph.D. Jadual 1.2 : Peratus Taburan Graduan Akademi Pengajian Islam Mengikut Sektor Pekerjaan 2010 Sektor Pekerjaan Peringkat Pengajian K er aj aa n B ad an B er ka n u n S w as ta M u lt in as io n al A s in g S w as ta T em p at a n P er u sa h a an S en d ir i L ai n -l ai n G L C S ya ri ka t B er ka it a n K er aj aa n N G O O rg an is a si B u ka n K er aj aa n JU m la h IJAZAH PERTAMA Sarjana Muda Pendidikan Islam 25 - - 37.5 25 12.5 - - 100 Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 27.3 - 9.1 40.9 13.6 4.5 - 4.5 100 Sarjana Muda Syariah 11.1 38.9 5.6 44.4 - - - - 100 Sarjana Muda Usuluddin 27.3 4.5 - 31.8 18.2 18.2 - - 100 PASCASISWAZAH Sarjana Pengajian Islam 42.9 14.3 14.3 14.3 - - - 14.3 100 Sarjana Syariah 61.9 9.5 4.8 14.3 - - 9.5 - 100 Sarjana Usuluddin 78.6 7.1 3.6 7.1 3.6 - - - 100 Doktor Falsafah 60 15 10 5 - 10 - - 100

2. PENGALAMAN SEMASA DI IPT