BAGAIMANA PROGRAM PENGAJIAN ISLAM MAMPU MEMBEKALKAN GRADUAN YANG MEMPUNYAI KEBOLEHPASARAN : PENDEKATAN UNIVERSITI MALAYA

(1)

BAGAIMANA PROGRAM PENGAJIAN ISLAM MAMPU MEMBEKALKAN GRADUAN YANG MEMPUNYAI KEBOLEHPASARAN : PENDEKATAN UNIVERSITI MALAYA

Prof. Madya Dr Ruzman Md. Noor1

Prof. Madya Dr.Rahimin Affandi Abd. Rahim2

Akademi Pengajian Islam University Malaya Universiti Malaya

LembahPantai 50603, Kuala Lumpur. ruzman@um.edu.my

faqir_ila_rabbih@um.edu.my

Pengenalan

Akademi Pengaian Islam Universiti Malaya (APIUM) adalah salah sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang awal diperkenalkan di Malaysia. Penubuhannya di Universiti Malaya sejak 1981 bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing dan mampu memberi sumbangan yang bermakna dalam masayarakat samada sebagai ulama, sarjana dan ahli-ahli professional dalam pelbagai bidang dalam sektor pekerjaan. Apabila Universiti Malaya diiktiraf sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan pada 2006, peranan dan fungsi APIUM telah mengalami satu lonjakan yang drastik dari sudut penyelidikan dan penerbitan. Begitu juga impak yang besar dirasakan oleh APIUM apabila Universiti Malaya memasuki era penarafan universiti peringkat antarabangsa.

Di Negara kita terdapat pelbagai bentuk Institusi seperti ini samada yang mengekalkan tradisi pengajian Islam dalam bentuk yang traditional atau dalam bentuk integrasi. Namun begitu semuanya telah mengambilkira kerelevanannya dengan pasaran dan keperluan semasa. Pendekatan ini adalah sesuai dengan kedudukan Islam itu sendiri sebagai cara hidup yang sempurna dan menyeluruh. Kebolehpasaran adalah salah satu elemen penting dalam penawaran sesuatu program pengajian. Kertas kerja ini akan menyentuh 3 Bahagian yang penting dan relevan:

1. Perkembangan dan latarbelakang Institusi Pengajian Tinggi Islam 2. Pendekatan APIUM yang berkaitan kebolehpasaran dari dua aspek:

i. Transformasi Kurikulum Pengajian

ii. Perancangan Jangka Pendek dan Panjang

3. Data Kajian Pengesanan Graduan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

BAHAGIAN PERTAMA

Perkembangan Pusat Pengajian Tinggi Islam Di Malaysia

Institusi Pengajian Tinggi Islam di Malaysia telah berkembang secara positif sejak beberapa dekad yang lalu yang mempunyai kesinambungan sejarahnya yang

1 Pengarah Akademi Pengajian Islam UM / Pensyarah Jabatan Syariah Dan Undang-undang APIUM 2 Pensyarah Jabatan Fiqh Dan Usul APIUM


(2)

tersendiri. Ia telah memberi impak yang sangat besar terhadap pemerintah dan masayarakat. Secara umum perkembangannya adalah seperti berikut:

1) Islam Di Zaman Klasik Tanah Melayu.

Islam telah melahirkan suasana intelektual dan celik agama di kalangan masyarakat Melayu Muslim melalui institusi pendidikan Islam yang ternyata mampu menjana perkembangan positif di Tanah Melayu. Para mubaligh yang awal dalam menyebarkan ajaran Islam telah mengambil langkah strategik bagi memastikan ajaran Islam yang disemai kepada masyarakat Melayu dapat bertahan lama sehingga melahirkan manusia Melayu yang celik agama. Hal ini telah dibuat menggunakan beberapa mekanisme utama;

Pertama, mengasaskan sistem pengajian ilmu-ilmu agama di dalam serangkaian institusi yang cukup berkesan seperti pengajian di istana, masjib, surau dan pondok.3

Pengajian ini bersifat terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan bukan terhad kepada golongan atasan semata-mata.4 Pendek kata apa yang dikenali pada masa

sekarang dengan pendemokrasian pendidikan telah pun diamalkan pada masa ini.5

Sistem pendidikan awal ini berteraskan kepada tiga matlamat utama; pertama, proses memperkembangkan potensi kognisi dan intelektual umat Melayu dengan pengenalan world-view Islam dengan bantuan dari ilmu-ilmu asas dan sampingan6; kedua, proses

mewariskan kecemerlangan tamadun Islam di zaman yang awal yang terhasil dari pengamalan budaya ilmu. Proses ini antara lainnya telah menimbulkan semangat perpaduan (internationalism) di kalangan umat Melayu bahawa kedudukan mereka di dalam kerangka Tauhid dan ukhuwwah bukan terhad kepada lingkungan kawasan dan sejarah alam Melayu semata-mata bahkan turut membabitkan kesemua umat Islam seluruh dunia dari setiap zaman dengan warisan tamadun yang tinggi.7 Ketiga, proses

menyediakan umat Melayu yang mampu berinteraksi dengan masyarakat dan persekitaran tempatan menggunakan keilmuaan Islam. Kejayaan proses ini terbukti apabila institusi pendidikan di alam Melayu telah melahirkan beberapa orang tokoh ulamak yang cukup berwibawa dan bertaraf dunia. Merujuk kepada pembinaan masyarakat Melayu yang bertamadun, memang diakui bahawa sebelum kedatangan Islam, ciri-ciri budaya ilmu ini telah pun kedapatan di dalam kehidupan orang Melayu.8

Apa yang lebih penting lagi, kedatangan Islam telah mempercepatkan lagi proses ini yang secara dinamiknya telah membawa perkembangan intelektualism berasaskan rasionalism Tauhid mengantikan kepercayaan berbentuk mitos yang diamalkan sebelumnya secara meluas di kalangan masyarakat Melayu.9

3 Che Omar Awang, (1996) The Methodology Of Teaching In Islam : With Special Reference To The Traditional

Educational Method In Malaysia, tesis Ph.D untuk University of Edinburgh, hlm 196-220. 4 Wan Mohd Nor Wan Daud, (1997) Penjelasan Budaya Ilmu, Kuala Lumpur, hlm 108-109. 5 Che Omar Awang, The methodology, hlm 191-194.

6 Wan Mohd Nor Wan Daud, Penjelasan Budaya Ilmu, hlm 105.

7 W.F. Wertheim, (1959) Indonesian Society In Transition, The Hague, hlm 196.

8 Untuk melihat contoh-contoh budaya ilmu pra Islam ini lihat Muhammad Haji Salleh, (1991) The Mind Of The

Malay Author, Kuala Lumpur, hlm 10-15.

9 S.M. Naquid al-Attas, (1969) Preliminary Statement On A General Theory Of The Islamization Of The


(3)

Kedua, mengasaskan dan memperkayakan bahasa Melayu10 dalam bentuk tulisan

jawi untuk dijadikan sebagai alat untuk memperkembangkan ilmu-ilmu Islam.11

Fenomena yang mengambilkira elemen tempatan ini dalam bentuk memilih bahasa tempatan sebagai medium untuk penyebaran ilmu agama telah digunakan oleh sarjana Islam di kebanyakan dunia Islam, seperti penciptaan bahasa urdu di India dan bahasa Parsi di Iran berteraskan dari segi bentuknya kepada bahasa Arab dengan sedikit sebanyak pengubahsuaian.12 Apa yang cukup membanggakan adalah penggunaan

bahasa Melayu ini telah digunakan bukan terhad untuk pengembangan ilmu agama, bahkan turut diiktiraf sebagai bahasa komunikasi (lingua franca) terpenting untuk rantau alam Melayu. Hal ini juga diikuti dengan proses mematangkan lagi bahasa dan tulisan jawi dengan mengemukakan bahan-bahan asas dari warisan Islam timur tengah13 yang

kemudiannya telah ditiru dan ditokok tambah dengan nilai-nilai tempatan yang melahirkan sastera Islam Melayu yang tersendiri.

Ketiga, menyediakan pasarana intelektual untuk orang Islam di Alam Melayu melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang tinggi, di Timur Tengah. Hal ini boleh dirujuk kepada pendekatan Rihlah ilmiah14 yang merupakan sifat yang mengakui dan

mengiktiraf institusi pendidikan Islam di kawasan lain di rantau Alam Melayu. Mengikut paradigma pendidikan Islam Alam Melayu, pada kebiasaanya, seseorang pelajar yang tamat pengajian di sesuatu institusi pendidikan Islam akan melanjutkan pengajian mereka di beberapa institusi pendidikan Islam yang lain,15 sebelum berangkat ke kota

suci Mekah yang merupakan kemuncak pusat pengajian tinggi Islam pada masa itu. Atas dasar inilah beberapa pusat pendidikan Islam di rantau Alam Melayu seperti Acheh dan Kelantan telah digelarkan sebagai Serambi Mekah, iaitu tempat persinggahan sementara untuk belajar sebelum melanjutkan pelajaran mereka ke kota Mekah.

Keempat, Institusi pondok tradisi mampu menerapkan elemen latihan kemahiran keusahawanan. Antara penekanan utama yang dititikberatkan dalam falsafah pendidikan pondok adalah : mendapat sebanyak mungkin ilmu untuk mencapai keredaan Allah; bertindak mengikut perkiraan ilmunya, menyebarkannya ke dalam masyarakat dan berfungsi sebagai pemimpin masyarakat; menjadikan matlamat pencarian ilmu bukan untuk tujuan kebendaan (makan gaji) tetapi untuk mencapai keredaan Allah dan nikmat pengetahuan dan terpenting sekali menjadikan pelajar sebagai seorang yang mampu berdikari tanpa bergantong kepada orang lain. Untuk tujuan ini, mereka akan dibekalkan dengan segala bentuk keilmuan Islam dan kemahiran hidup yang amat diperlukan.16

10 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Amran Kasimin, (1987) Perbendaharaan Kata Arab Dalam Bahasa

Melayu, Bangi, 1987.

11 Omar Awang, (1981) “ The Major Arabic Sources Which Determined The Structure Of Islamic Thought In The Malay Archipelago Before The Nineteenth Century A.D. In The Field Of Law, Theology And Sufism “, dalam

ISLAMIKA, hlm 80-85.

12 Omar Awang, (1980) “ The Trengganu Inscription As The Earliest Known Evidence Of The Finalisation Of The Jawi Alphabet “, Dalam Federation Museums Journal, v. 25, hlm 55.

13 Untuk melihat pengaruh Islam (Arab) pada tulisan abjad Jawi lihat Hashim Musa, (1994) “ Sejarah Awal Tulisan Jawi “, Dalam Alam Melayu, v. 2, hlm 7-13.

14 Azyumardi Azra, (1998) Esei-Esei Intelektual Muslim Dan Pendidikan Islam, Jakarta : LOGOS, hlm 89-90. 15 Ibid.

16Shafie Abu Bakar(1994), “ Keilmuan Islam dan tradisi pengajian pondok “, dalam Budi Kencana, Kuala Lumpur, 101-103


(4)

Dalam konteks latihan keusahawanan, apa yang menariknya, pelajar pondok telah mempelajarinya secara langsung daripada pengamalan budaya hidup berdikari yang diamalkan oleh guru pondok. Guru pondok rata-ratanya boleh dikatakan sebagai usahawan yang berjaya sehingga dapat menarik minat masyarakat Melayu pada masa itu, seperti mana halnya mubaligh awal yang mengembangkan ajaran Islam di Alam Melayu yang terdiri daripada saudagar besar. Hasilnya, mereka sangat disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu yang mendorong proses penyebaran Islam dapat berjalan dengan lancar dan tanpa menumpahkan darah. Guru pondok terlibat dalam pelbagai aktiviti keusahawanan seperti penternakan (lembu, kambing dan ikan), pertanian (padi, tanaman kontang, getah, buah-buahan dan sayuran), pengilangan padi dan balak, kedai runcit, orang tengah untuk penjualan tanah dan getah serta agen haji.

Apa yang diusahakan oleh guru pondok ini telah ditiru oleh pelajar mereka secara langsung sehingga ianya mampu melahirkan beberapa orang usahawan lulusan pondok yang berjaya. Sikap berdikari ini kemudiannya telah mula berubah apabila pihak British memperkenalkan sistem pendidikan barat di Tanah Melayu yang mewujudkan

sindrom makan gaji di kalangan masyarakat Melayu.17 Apa yang diperkenalkan oleh

pihak British ini bertentangan sama sekali dengan budaya keusahawan dan hidup berdikari yang diterapkan dalam sistem pondok, berpaksikan kepada prinsip Tauhid (hanya Allah yang menentukan hidup dan rezeki mahkluk tanpa perlu bergantung harap kepada mahkluk) dan hadis Rasulullah tentang 90 peratus daripada sumber rezeki bersumberkan kepada perniagaan. Atas dasar inilah kita dapat melihat bagaimana institusi pondok berbentuk swasta (bebas) tanpa kongkongan dan kekangan polisi dari pihak pemerintah. Keadaan ini menyebabkan seseorang ulama itu dapat bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan tertentu. Lebih tepat lagi, ulama pondok dalam era tradisi telah bertindak selaku agen perubahan dan intelektual ummah yang bersikap sensitif dan proaktif dengan isu semasa yang timbul di dalam masyarakat.

Aura kehebatan dan pengaruh pengembangan ekonomi yang dijana oleh institusi pondok boleh dilihat daripada fakta sejarah pengembangan ekonomi masyarakat Melayu silam. Mengikut analisa Muhammad Abu Bakar, sesuatu penempatan pondok yang biasanya berpusat di kawasan pendalaman dengan sebab hubungan yang rapat di antara masyarakat awam sekitar dengan warga pondok kemudiannya telah menambah aktifkan kegiatan sosial dan ekonomi serta melahirkan beberapa penempatan kampung yang baru.18 Fenomena ini boleh dilihat contohnya dengan fakta

kelahiran dan kemasyhuran kawasan baru di Kelantan yang dikaitkan dengan ulama tempatan yang ada di tempat tersebut. Antaranya kawasan pekan Melor, Pasir Mas, Kubang Kerian (Tuk Kenali), Kota Bharu, Machang (Tuk Kemuning), Bachok (Tuk Bachok) dan sebagainya. Jalinan hubungan kemasyarakatan ini telah menjadikan pondok tersebut sebagai tempat rujukan utama kepada anggota masyarakat. Dengan cara ini secara tidak langsung institusi pondok telah menjadi pembimbing utama kegiatan masyarakat ke arah nilai-nilai Islam dan menjadi penapis dan kubu untuk

17Abdul Rahman Aziz,(1996), , “ Nilai pekerjaan orang Melayu “, dalam (ed. Oleh Ahmad Fawzi Basri) Nilai Orang

Melayu, Sintok : UUM, h. 213-218

18 Muhammad Abu Bakar,(1990), “ Dari Pusat Ke Penggiran : Masa Kini Dan Masa Depan Pondok Di Malaysia “, dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil 1, h.1-4


(5)

menangkis serangan idea pemodenan berteraskan sekularisme yang dibawa oleh penjajah barat.19

2) Islam Di Zaman Penjajahan Kuasa Barat.

Pada zaman ini, institusi pondok tetap relevan yang menjadi benteng akhir melawan fahaman sekularisme yang berkembang dalam masyarakat. Instutisi pendidikan Islam samada pondok, madrasah dan IPT Islam luar negara (mekah dan mesir) tetap menjadi penjana yang melahirkan intelektual Melayu Muslim hingga menimbulkan kesedaran nasionalisme. Peranan ini terus kekal sehingga selepas merdeka apabila graduan IPT islam seperti pondok dan IPT timur tengah terus menjadi pengerak dalam membangunkan kesedaran Islam di Malaysia.

3) Islam Di Zaman Kebangkitan Semula Islam

Kesedaran kebangkitan semula Islam di tahun-tahun 1970-2000an telah menimbulkan beberapa fenomena utama;

Pertama, timbulnya kesedaran untuk menghidupkan cara hidup Islam di dalam masyarakat, terpenting sekali membabitkan golongan Melayu pertengahan yang tinggal di kawasan Bandar. Mereka menunjukkan tren positif dengan pendidikan agama anak-anak mereka. Dapatan kajian semasa yang menunjukkan bagaimana kebanyakan keluarga Melayu moden masih menaruh harapan yang tinggi terhadap bidang pengajian Islam, dengan memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama serta sanggup membelanjakan wang ringgit mereka untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA/IPTS aliran Islam.20 Hal ini dibuat

kerana mereka mempercayai bahawa pendidikan agama boleh menjadi perisai utama untuk menyelesaikan masalah social yang sedang melanda golongan remaja semasa.

Kedua, dasar Islam telah mula diterima secara positif oleh pihak kerajaan sendiri. Ia telah menjadi dasar Negara yang bukan setakat di peringkat ritual semata-mata, bahkan turut membabitkan elemen substantial di dalam pelbagai dasar kerajaan. Antaranya, pihak kerajaan telah menjalankan dasar yang responsif dengan tuntutan NGO Islam bagi usaha penambahbaikian IPT Islam. Sebagai contohnya, beberapa orang sarjana reformis Melayu-Islam telah mengkritik kelemahan IPT Islam yang dikatakan mengamalkan sistem pengajian yang ketinggalan zaman. Ianya dirujuk kepada kandungan kurikulum dan pedagogi pengajian yang bersifat tradisional dan sudah tidak kondusif dengan realiti semasa.21 Kesemua komentar yang diberikan

oleh sarjana Islam ini telah diambilkira oleh pihak kerajaan sehingga melahirkan IPT Islam yang lebih cekap. Antara lainnya, hal ini boleh dirujuk kepada beberapa perkara yang utama;

19Abdullah Ishak, (1995), Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia, Kuala Lumpur : DBP, h. 230-235 20 Lihat Marzuki Haji Mahmood, (2003) “ Keberkesanan Dan Sambutan Masyarakat Terhadap Pengajian Islam Di Institusi Pengajian Islam “, Dalam Edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami Isu-Isu Pendidikan Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur : IKIM, h. 179-186.

21 Mohammad Azam Mohammad Adil (1994), “Pengajian Undang-Undang Islam Di Pusat Pengajian Tinggi – Amalan Di ITM“, dalam Jurnal Tasawwur Islam, v. 3, 1994, h. 75-84; Abdul Aziz Bari (1999), “Legal Education And Islamization“, dalam IIUM Law Journal, v. 7, no. 1, 1999, h.83-94; Rahimin Affandi Abd. Rahim dan Idris Awang (2003), “Usaha Memperkasakan Institusi Pendidikan Islam Di IPTA Malaysia : Satu Analisa Terhadap Pengalaman APIUM“, dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, Anjuran Fakulti Pendidikan UTM, Johor Bharu.


(6)

1) Sebahagian besar daripada tokoh akademik yang menganut fahaman reformisme Islam dan terdidik daripada sistem pendidikan Timur Tengah dan barat telah diterima menjadi tenaga pengajar di IPT Islam. Mereka ini dikesan telah bertanggungjawab melakukan proses reformasi terhadap sistem pengajian keilmuan Islam di IPT Islam di Malaysia. Tambahan pula, kuasa autonomi untuk melakukan program penambahbaikian IPT Islam telah diberikan sepenuhnya oleh pihak kerajaan.22

2) Pihak KPT telah menetapkan peranan yang perlu dimainkan oleh pihak MQA. Setiap IPTA/IPTS yang mahu mendapat pengiktirafan daripada pihak KPT untuk beroperasi perlu mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak MQA. Hal ini menuntut mereka melakukan proses review terhadap elemen sistem pengurusan organisasi-fizikal, subjek dan pedagogi pengajian yang ditawarkan.

3) KPT telah memperkenalkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Pentingnya pelan ini adalah untuk menetapkan setiap IPTA/IPTS terpilih melakukan program pengantarabangsaan. Ianya cuba untuk akur dengan kehendak THES yang berusaha melakukan penarafan terhadap IPTA di Malaysia. Antara lainnya, program pengantarabangsaan ini terdiri;23

a) Penggunaan petunjuk prestasi utama (KPI) dalam pengurusan dan sasaran kerja setiap organisasi.

b) Pelaksanaan autonomi dalam kalangan universiti terpilih dari segi tadbir urus dan kewangan.

c) Kepimpinan akademik yang lebih dinamik, luwes dan proaktif, terutamanya di peringkat jabatan.

d) Penekanan aktiviti akademik mestilah berpaksikan kepada penerbitan makalah dalam jurnal berwasit ternama peringkat antarabangsa, yang diambilkira dari segi penilaian untuk kenaikan pangkat.

e) Pelantikan profesor ternama sebagai staf universiti yang turut dibiayai oleh agensi penyedia geran penyelidikan.

f) Peningkatan jumlah pelajar antarabangsa khususnya di peringkat ijazah lanjutan.

g) Peningkatan jumlah pensyarah berkelayakan phd dan mendapat status profesional atau bertauliah.

Usaha yang dilaksanakan ini telah menyebabkan aliran pengajian Islam telah menjadi sebahagian daripada institusi arus perdana dalam sistem pendidikan negara. Apa yang lebih membanggakan, mutu graduan IPT Islam yang agak baik berbanding dengan graduan bukan pengajian Islam di IPT Malaysia. Dalam kajian yang dijalankan terhadap mutu pencapaian akademik pelajar bumiputera bukan pengajian Islam di beberapa IPTA/IPTS di Malaysia, ternyata sekali sindrom malas ini turut berkembang dengan begitu meluas di kalangan pelajar bumiputera.24 Dapatan kajian ini mendapati

kegagalan dan kelemahan mutu pencapaian akademik ini timbul akibat daripada

22 Fred R. Von Der Mehden (1993), Two Worlds Of Islam: Interaction Between Southeast Asia And The Middle East, Florida.

23 Zaini Ujang (2009), Mengangkasa Pengajian Tinggi, Skudai : Penerbit UTM

24 Nordin Kardi, (2002) “ Melayu Dan Islam Dalam Konteks Pendidikan Di Institusi Pengajian Tinggi “, Dalam Edit Oleh Suzalie Mohamad Anjakan Minda Belia Islam, Kuala Lumpur : IKIM, h. 29-34.


(7)

wujudnya budaya malas di kalangan pelajar yang boleh diklasifikasikan kepada empat jenis yang utama;25

1) Pelajar yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan aktiviti kebudayaan sehingga melupakan kepentingan untuk membahagikan masa yang sesuai untuk sesuatu program pengajian.

2) Pelajar yang terpengaruh dengan budaya santai dan lepak dan mengabaikan tugas sebagai pelajar.

3) Pelajar miskin yang terpaksa berkerja secara sambilan sehingga menyebabkan mereka gagal menumpukan perhatian kepada pembelajaran.

4) Pelajar daripada keluarga yang kaya yang menghidap penyakit mewah dan malas yang merasakan diri mereka selamat (sense of security) disebabkan oleh status bumiputera yang kononnya pasti akan diutamakan oleh pihak kerajaan berbanding dengan golongan bukan bumiputera.

Langkah proaktif pihak kerajaan ini telah menyebabkan IPT Islam di dalam negeri jauh telah mendahului mutu IPT Islam luar Negara, seperti di Timur Tengah dan Indonesia. Terdapat kajian ilmiah yang menunjukkan bagaimana kelemahan IPT Islam di Timur tengah berbanding dengan IPTA Islam yang ada di Malaysia.

Dalam realiti semasa di Malaysia, terdapat kecenderungan sektor pasaran kerja awam dan swasta di Malaysia lebih suka mengambil lulusan IPTA dan IPTS tempatan untuk sesuatu pekerjaan yang ditawarkan. Hal ini bukan hanya terhad kepada bidang pekerjaan bukan agama semata-mata, tetapi turut membabitkan bidang keagamaan yang suatu masa dahulu memang menjadi monopoli khusus kepada lulusan daripada universiti Timur Tengah. Sebagai contohnya, kajian sosiologi yang dilakukan oleh Sharifah Zaleha Hassan terhadap kerjaya seseorang Qadi di Malaysia mendapati bagaimana perkembangan sistem pendidikan yang berlaku di Malaysia dalam era 1980an telah merubah keadaan dan sifat di dalam profession perundangan Islam. Kalau dahulunya, profession ini hanya dimonopolikan oleh lulusan daripada institusi pendidikan agama tradisional, tetapi keadaan ini telah sama sekali di mana ianya telah terbuka kepada semua golongan termasuklah lulusan daripada institusi pendidikan perundangan yang bukan agama.26

Merujuk kepada peluang kerja graduan pengajian Islam, ternyata sekali usaha menaiktarafkan pelbagai institusi Islam di Malaysia telah memungkinkan graduan IPT Islam mendapat peluang kerja yang agak baik. Contohnya, ia membabitkan agensi Islam dan instutusi kewangan Islam.

BAHAGIAN KEDUA

Transformasi Kurikulum Pengajian

25 Abdul Latif Samian,(2003) “ Mengatasi kelayuan mahasiswa “, dalam Pemikir, Julai- September 2003, hlm 76-80.

26 Sharifah Zaleha Syed Hassan, (1993) “ Authority And The Syariah Court : The Life And Work Of A Malaysian Kadi “, Dalam Jurnal Antropologi Dan Sosiologi, v. 20, h. 146-147.


(8)

APIUM pada asalnya bermula sebagai Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan yang ditubuhkan pada tahun 1965. APIUM telah melalui beberapa fasa transformasi yang besar dalam kurikulum pengajiannya untuk mempastikan kerelevanan dan kebolehpasaran graduan. Secara dasarnya setiap kali semakan dilakukan beberapa inisiatif yang berkaitan dengan kebolehpasaran graduan dilakukan seperti berikut:

1) Secara prinsipnya setiap kali semakan kurikulum dilakukan, sebuah jawatankuasa semakan perlu ditubuhkan dengan melibatkan tidak kurang dari 30% ahlinya dari pihak industry atau bakal majikan graduan.

2) Kajian pasaran dilakukan untuk dijadikan salah satu justifikasi kepada semakan baru

3) Majikan yang menyediakan tempat latihan industry untuk pelajar diminta memberi komen dan analisa terhadap kebolehan pelajar dan lawatan oleh penyelia/para pensyarah juga mendapat input yang sama

4) Sejak tahun 1997, Alumni Pengajian Islam telah ditubuhkan dan berdaftar dengan ROS dimana banyak input diperolehi melalui program yang dianjurkan Akademi Islam ditubuhkan pada tahun 1981 dengan hanya mempunyai Fakulti Syariah dan Usuluddin. Kedua-dua fakulti ini menawarkan Sarjana Muda Syariah dan Usuluddin dengan pendekatan undang-undang, politik & pentadbiran serta kemasyarakatan sebagai langkah pertama untuk menjadikan pengajian Islam relevan dan berdaya saing. Tidak lama kemudian Sarjana Muda Pendidikan Islam diperkenalkan sebagai memenuhi keperluan tenaga dalam sektor pendidikan Negara dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UM. Peringkat permulaan ini yang bermula dari tahun 1985 hingga 1989 ini dianggap sebagai fasa transormasi pertama APIUM.27

Pada tahun 1996 Akademi Islam bergabung dengan Jabatan Pengajian Islam (Fakulti sastera dan Sains Sosial) dan membentuk Akademi Pengajian Islam. Fasa ini dianggap sebagai tempoh transformasi paling besar dengan mengujudkan 9 buah Jabatan dan 3 Program Pengajian. Penubuhan jabatan dan program ini adalah untuk memantapkan pengkhususan berasaskan kemahiran dan keperluan sektor pekerjaan. Jabatan dan program berkenaan ialah seperti berikut:

i. Jabatan Fiqh dan usul

ii. Jabatan Syariah dan Undang-undang iii. Jabatan Syariah dan Ekonomi

iv. Jabatan Syariah dan Pengurusan v. Jabatan Siasah Syari’yyah

vi. Jabatan Akidah dan Pemikiran islam vii. Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith viii.Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam ix. Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan x. Program Pendidikan Islam

xi. Program Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam xii. Program Pengajian Islam

27 Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid, Syarahan Pengajian Islam Antara Cita-cita dan Realiti, Akademi Pengajian Islam UM, 19 September 2011.


(9)

Transformasi Fasa ketiga dilakukan dengan memberikan penekanan kepada profesionalisme dan pemantapan Sarjana Muda dan hubungan lebih rapat dengan Fakulti Sains, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains Komputer. Begitu juga juga pengajian peringkat Asasi bergabung dengan Pusat Asasi UM (PASUM) untuk menyediakan pelajar yang benar-benar layak memasuki program Sains Gunaan dengan pengajian Islam.

Sehingga kini 6 Ijazah yang sedang berjalan serta mendapat kelulusan dan pengiktirafan adalah seperti berikut:

a. Sarjana Muda Syariah

i. Pengkhususan Fiqh Dan usul

ii. Pengkhususan Syariah dan Ekonomi iii. Pengkhususan Sains Politik Islam b. Sarjana Muda Usuluddin

i. Pengkhususan Akidah dan Pemikiran Islam ii. Pengkhususan Al-Quran dan al-Hadith iii. Pengkhususan Sejarah dan Pemikiran Islam iv. Pengkhususan Dakwah dan Pembangunan Insan c. Sarjana Muda Pendidikan Islam

i. Pengkhususan Pengajian Islan ii. Pengkhususan Pengajian Al-Quran

d. Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan Sarjana Muda Pengajian Islam Dan Sains yang akan memulakan sesi pengajian 2012/2013)

i. Pengkhususan Alam Sekitar ii. Pengkhususan Bioinformatik iii. Pengkhususan Bioteknologi iv. Pengakhususan Biokimia

v. Pengkhususan Ekologi dan Biodiversiti vi. Pengkhususan Genetik dan Biologi Molekul vii. Pengkhususan Mikrobiologi

viii.Pengkhususan Sains Biokesihatan ix. Pengkhususan Teknologi maklumat

e. Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang f. Sarjana Muda Pengurusan Muamalat

Perancangan Jangka Pendek Dan Panjang APIUM;

Pada dasarnya, setakat ini pihak APIUM telah melakukan beberapa perkara yang berkaitan dengan usaha untuk memungkinkan graduan APIUM mendapat tempat yang


(10)

baik dalam pasaran kerjaya di Malaysia. Ianya terbahagi kepada dua perancangan; jangka pendek dan jangka panjang.

1) Untuk Perancangan Jangka Pendek:

Beberapa usaha proaktif telah dijalankan, merangkumi;

Pertama, memperkemaskan program latihan industri dengan mempelbagaikan sektor industri awam dan swasta. Beberapa contoh antaranya; Pihak APIUM khususnya Jabatan Syariah Dan Undang-Undang, Jabatan Syariah dan Ekonomi, Jabatan Syariah dan Pengurusan telah mendapatkan kerjasama dengan beberapa institusi pentadbiran Islam, kehakiman dan perundangan Islam, perbankan dan kewangan Islam dan lain-lain. Penghantaran pelajar ini juga dilakukan ke luar Negara seperti China, Indonesia dan Brunei.

Kedua, APIUM telah menghantar pelajar untuk program intensif bahasa Arab dengan pelbagai universiti ternama di Timur tengah seperti di Mesir, UAE, Qatar dan Yaman. Ianya penting bagi mendedahkan system pengajian Islam yang bersifat pelbagai dan melatih kemahiran berkominikasi bahasa Arab yang berkesan kepada pelajar.

Ketiga, APIUM telah melakukan semakan pengajian setiap 3 tahun sekali untuk setiap program pengajian siswazah dan pasca siswazah yang ditawarkan. Di APIUM, tugas ini diletakkan kepada tanggungjawab bahagian ijazah dasar dan ijazah tinggi. Hal ini secara bagi memastikan agar setiap program pengajian yang ditawarkan dimaklumi dan mendapat maklum balas tentang keperluaannya oleh pihak sektor kerjaya luar.

Keempat, APIUM telah mendapatkan tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi dalam Bahasa Arab termasuk dari Timur Tengah untuk mengajar kursus-kursus teras dan bahasa arab. Ini bertujuan memantapkan kemahiran bahasa arab di kalangan pelajar yang meruakan salah satu kemahiran yang sangat penting dalam semua sector pekerjaan.

2) Perancangan Jangka Masa Panjang:

Dalam soal ini, beberapa langkah proaktif telah dan sedang dilakukan, membabitkan;

1) Penyediaan Pelan Strategik APIUM 2011-2015. Pelan strategik terdahulu dari tahun 2008 hingga 2010 telah berjalan dan dinilai. Pelan strategic ini juga melibatkan strategi menghasilkan graduan berkualiti tinggi samada dari aspek kognitif, efektif atau sikap dan kemahiran.

2) Penyediaan tenaga pengajar yang diiktiraf dalam sektor industri yang relevan. Kebanyak para ahli akademik terlibat sebagai perunding, penasihat, ahli jawatankuasa dan lain-lain yang membuktikan pengiktirafan pihak majikan. Di samping itu sebilangan ahli akademik adalah panel Auditor untuk MQA yang menilai program yang setara di IPT yang lain.

3) Pembinaan tenaga akademik yang berkemahiran tinggi melalui skim SLAI, SLAB, Biasiswazah dan Bright Spark. Universiti Malaya membenarkan pelajar cemerlang untuk memohon terus pengajian di peringkat PhD untuk menggalakkan pengekalan pelajar cemerlang dengan pelbagai insentif menarik.


(11)

4) memperkasakan unsure-unsur kemahiran insaniah (soft skill). Ini kerana sektur industri secara terang-terangan memerlukan graduan yang memiliki kemahiran soft skill (membabitkan 7 elemen kemahiran; kemahiran berkominikasi, Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Penyelesaian Masalah, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, etika dan moral professional, kemahiran keusahawanan dan kemahiran kepimpinan ) Dalam soal ini, APIUM memastikan agar syarat Unit kawalan mutu Universiti Malaya dipatuhi, apabila semua proforma subjek hakiki dan Kemahiran Insaniah dibuat mengikut kriteria standard MQA, samada dalam bentuk kandungan kursus, kaedah pembelajaran dan output akhir pengajian.28 Kemahiran insaniah ini diterapkan dalam

semua kursus dengan pendekatan yang sesuai.

5) memperkasakan program latihan pensyarah dengan keperluaan pasaran semasa. Hal ini dapat dilakukan dengan memberi insentif kepada pensyarah untuk melakukan penyelidikan ilmiah (secara ditaja dengan grant yang khusus ataupun secara persendirian) terhadap bidang teroka baru yang membabitkan Niche area terpenting. Hasil dapatan kajian ini kemudiannya diterapkan sepenuhnya dalam pengajaran kepada pelajar APIUM.29

6) Memeperkemaskan kaedah penyelesaian masalah dalam pengajaran melalui kaedah PBL ( Problem Based Learning). Selain memberikan penekanan kepada subjek kemahiran insaniah, kaedah PBL juga diaplikasikan. Subjek PBL ini dipakai untuk pelajar bidang perubatan, yang mampu melatih para pelajar menjadi pekerja yang boleh menganalisa setiap masalah yang timbul di dalam bidang masing-masing serta menyertakan jalan penyelesaian masalah terbaik untuk masalah tersebut.30 Kaedah PBL ini sebagai contohnya dalam subjek hukum Islam, beberapa

perkara telah dijalankan;

a) Pelajar akan didedahkan dengan kerangka konsep dan senarai buku rujukan yang berotoriti untuk sesuatu subjek khusus seperti subjek Maqasid al-Shariah. b) Pendedahan tentang senario sesuatu masalah hukum Islam sebenar akan

dibentangkan untuk diselesaikan secara berkumpulan oleh pelajar, contohnya seperti membabitkan sesuatu fatwa yang dikeluarkkan oleh Jawatankuasa Fatwa kebangsaan.

c) Pelajar perlu melakukan penyelidikan secara holistik terhadap sesuatu masalah yang diberikan, yang barang pastinya akan membabitkan pelbagai disiplin ilmu moden yang lain. Dalam soal ini, pelajar terpaksa melihat latarbelakang realiti sebenar sesuatu masalah itu timbul dan juga perlu menganalisis secara kritikal kandungan fatwa yang dikeluarkan samada ianya bersesuaian dengan prinsip Maqasid al-Shariah dan reality Malaysia.

d) Hasil penyelidikan pelajar ini akan dibentangkan di dalam kelas yang bakal dinilai oleh pelajar lain dan pensyarah itu sendiri.

28 Rahimin Affandi Abd Rahim (2010), “ Aplikasi Elemen Pemikiran Saintifik Dalam Pengajian Syariah : Satu Pendekatan “, Jurnal Informika, Fakulti Pengurusan Maklumat, UITM, Shah Alam, V. 1, H.121-136.

29 Rahimin Affandi Abd Rahim (2011), “ Reforming The Syariah Studies In Malaysian Higher Learning Institution

“, Prosiding for the EDUALEARN – International Conference On Education And New Learning Technologies, 4-6 July 2011, Barcelona, Spain.

30 Lihat Sebagai Contohnya Rahimin Affandi Abd. Rahim (2002), “Memperkasakan Budaya Berfikir Islam : Satu Analisa “, Dalam Jurnal Afkar, Bil. 3, h. 57-80.


(12)

Kaedah PBL ini menuntut kedua belah pihak iaitu pensyarah dan pelajar perlu berinteraksi dalam kontek yang lebih terbuka dan kritikal. Dalam soal ini, pendekatan pengajaran yang berbentuk banking concept dan teacher-oriented perlu dijauhkan. Dalam pendekatan banking concept yang biasanya digunakan dalam paradigma Taqlid, ianya menafikan kreativiti seseorang pelajar dalam mengupas sesuatu persoalan. Manakala paradigma teacher-oriented pula merujuk kepada pendekatan yang terlalu bergantung sepenuhnya kepada pensyarah sehingga melupakan peranan yang perlu dimainkan oleh seseorang pelajar. Lebih tepat lagi, pelajar perlu bertindak dengan lebih proaktif di dalam kajiannya dan menganggap pensyarahnya hanya sebagai pembimbing dan fasilitator semata-mata.31

4) Melakukan proses integrasi di antara subjek ilmu tradisi Islam dengan subjek keilmuan moden, seperti subjek Syariah dan ekonomi, Syariah dan pengurusan, Syariah dan Undang-undang. Tindakan ini telah mampu memperkenalkan subjek yang menunjukkan perkaitan antara Islam dengan persoalan dan disiplin moden; merangkumi subjek ekonomi, pengurusan, perundangan, pentadbiran awam dan sebagainya. Subjek-subjek ini dapat membiasakan pelajar dengan subjek keilmuan moden yang biasa dipakai dalam realiti kehidupan semasa.32

5) Memperkenalkan Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam tanpa terikat dengan falsafah S&T barat yang memang terpengaruh dengan falsafah materialism ala sekularisme. APIUM cuba menerapkan pendekatan yang lebih proaktif dan positif terhadap kepentingan subjek S&T dalam pelbagai bidang yang penting membabitkan penemuan baru di dalam bidang tersebut. Fenomena ini boleh dilihat dari pelbagai aspek, seperti;

 Memperkenalkan subjek Fiqh Malaysia (Fiqh Kontemporari) di dalam kurikulum pengajian Syariah di peringkat ijazah pertama dan pasca siswazah.33 Di dalam

kandungan subjek-subjek ini, antara lainnya pelajar akan didedahkan dengan maklumat tentang peri pentingnya pengetahuan S&T dan ICT di dalam memperlengkapkan peranan dan kemampuan seseorang pelajar syariah, yang bakal membantunya menanggani sebarang isu moden yang mempunyai kaitan langsung dengan persoalan hukum Islam.

 Mengadakan ceramah mingguan membabitkan isu-isu S&T terbaharu seperti sains bioteknologi, ICT, pengklonan manusia dan sebagainya, yang dikupas oleh pakar terpilih daripada fakulti sains sendiri. Ceramah yang berbentuk in house training ini terbuka kepada kakitangan akademik dan pelajar telah mendapat mendapat sambutan yang amat mengalakkan.34

 Menerbitkan buku khusus yang mendedahkan tentang sumbangan dan paradigma pemikiran sarjana-saintis Islam silam,35 yang diharapkan akan

dicontohi oleh kalangan pelajar.

31 Maklumat Lanjut Boleh Didapati Dalam Abuddin Nata (2004), Sejarah Pendidikan Islam : Pada Periode Klasik

Dan Pertengahan, Jakarta : Rajawali Press, h. 20-22.

32 Lihat Idris Awang, “ Perkembangan Pengajian Di Fakulti Syariah Akademi Islam Universiti Malaya “, Dalam Jurnal Syariah, V.3, Bil. 2, 1995, Hlm 301-307.

33 Maklumat Lanjut Boleh Didapati Dalam Buku Panduan Program Ijazah Dasar Tahun Akademik 1999/2000. 34Lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim, “ Sains Dan Teknologi (S&T) Serta Pengajian Syariah Di Malaysia : Aanalisa Terhadap Pengalaman APIUM “, Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Fiqh Semasa 2003 : Menghadapi Cabaran Globalisasi, Tarikh 24-25 September 2003, Anjuran Bersama Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM Dan Kolej Islam Selangor Darul Ehsan, Bangi, Selangor, 2003, Hlm 568-581.


(13)

 Menerbitkan serangkaian artikel ilmiah di dalam jurnal terbitan APIUM yang menumpukan tentang manafaat yang boleh diambil daripada perkembangan ICT dan sains moden terhadap kelangsungan keilmuan Islam secara amnya dan hukum Islam khususnya.36

Justifikasi program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam ini antara lain;

 Bagi tujuan memenuhi tanggungjawab dalam masyarakat maju yang berasaskan sains dan teknologi, dirasakan Pengajian Islam perlu mengorak langkah lebih jauh dengan menyediakan kurikulum yang melibatkan bidang-bidang ikhtisas yang diperlukan pada masa ini, yang boleh digunakan sebagai asas kerjaya dalam masyartakat.

 Bagi memenuhi keperluan tempat di Universiti bagi pelajar-pelajar sekolah agama yang semakin bertambah bilangannya, terutamanya pelajar-pelajar yang mengikuti aliran sains. Mereka ini, adalah diharapkan, akan keluar sebagai saintis yang berlandaskan pengajian Islam.

 Keperluan masyarakat kepada siswazah yang menghayati nilai hidup Islam serta mampu menyumbang tenaga di bidang sains dan teknologi adalah amat jelas pada hari ini. Mereka adalah diharapkan mampu mengurangkan kesan-kesan negatif kemajuan sains dan teknologi sekarang terhadap masyarakat.

6) mengalakkan pelajar terlibat secara aktif dengan aktiviti berpersatuan dibawah kelolaan HEP, khususnya program yang membabitkan slot kerjaya selepas tamat belajar (Job Oppurtunity). Pihak APIUM memang mengalakkan pelajar mengikuti program ko-kurikulum yang bakal mendedahkan pelajar dengan semua aspek aktiviti persatuan dan melatihkan diri mereka dengan realiti sebenar kehidupan luar kampus. Apa yang boleh dibanggakan, kebanyakan pelajar APIUM terlibat aktif dalam aktiviti berpersatuan samada di peringkat APIUM ataupun di peringkat pusat, dengan memegang tampuk kepimpinan tertinggi. Sedapat mungkin pihak pengurusan tertinggi APIUM telah cuba untuk mengelakkan pelajar terlibat di dalam aktiviti ko-kurikulum yang tidak menyumbang kepada perkembangan intelektual Islam, seperti aktiviti demonstrasi dan kebudayaan yang melampau sehingga boleh menjejaskan nama baik APIUM itu sendiri.37 Hal ini amat penting ditekankan

memandangkan memang wujud aktiviti ko-kurikulum yang tidak seimbang (sindrom malas belajar) yang diamalkan oleh pelajar di beberapa IPTA/IPTS di Malaysia.

BAHAGIAN KETIGA

35 Lihat Sebagai Contohnya Mahmood Zuhdi Abd. Majid, Tokoh-Tokoh Kesarjanaan Sains Islam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2000.

36 Lihat Sebagai Contohnya S. Mohamed Hatta, “ Sains Dan Ijtihad “, Dalam Jurnal Syariah, V. 3, Bil. 2, 1995, Hlm 198-207; Umar A.M. Kasule, “ Scientific Revolution : Why It Occured In Europe Instead Of The Muslim World “, Dalam Jurnal Usuluddin, Bil. 14, 2001, Hlm 123-136 Dan Hashim Musa, “ Islam : An Overview In History And Contemporary World “, Dalam Jurnal Afkar, Bil. 2, 2001, Hlm 17-42.

37 Maklumat Lanjut Boleh Didapati Dalam Rahimin Affandi Abd. Rahim, “ Graduan Pengajian Islam World Class : Satu Analisis “, Dalam Jurnal YADIM, Bil. 6, 2005, Hlm173-194.


(14)

Data Kajian Pengesanan Graduan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya38

Kajian awal di APIUM berkaitan kebolehpasaran dan pemilihan bidang pekerjaan telah dilakukan dari tahun 1999 sehingga tahun 2002. Kajian mendapati bahawa dalam soal pemilihan bidang pekerjaan yang lebih terbuka, tren yang diamalkan oleh graduan IPTA tempatan, seperti graduan APIUM : yang lebih cenderung memilih bidang pekerjaan selain daripada guru agama (penurunan peratus daripada 80% kepada 62.4%) dan selebihnya memilih untuk menceburi sektor yang lebih luas (peningkat sebanyak 17.3% daripada jumlah sebelumnya iaitu 10%) merangkumi bidang perbankan, ICT, pemasaran, rekacipta grafik, kehakiman syariah dan R&D.39 Fenomena perubahan ini

walaupun agak sederhana jumlahnya, tetapi telah menunjukkan sikap yang dinamik dan proaktif yang dimainkan oleh graduan APIUM bagi menjamin guna tenaga graduan pengajian Islam lebih berkembang daripada kepompong lamanya, jawatan guru agama kepada sektor pekerjaan yang lebih luas.

Selanjutnya kajian terbaru sebagai salah satu petunjuk kepada kebolehpasaran graduan APIUM adalah Kajian Pengesanan Graduan 2010. Kajian ini dilakukan ke atas graduan APIUM yang bergraduat pada 2010 yang berjumlah 559 orang dimana 95.2 % menyertainya.40 Walaupun kajian ini hanya meliputi para graduan hanya selepas

beberapa bulan menamatkan pengajian namun, ia boleh menjadi petunjuk kepada status dan kejayaan menghasilkan program pengaian yang relevan dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. Secara logiknya tren memperolehi pekerjaan akan menjadi bertambah baik selepas tempoh tertentu.

1. ANALISIS PEKERJAAN

Jadual 1.1 menunjukkan taburan responden mengikut status pekerjaan. Peratus responden yang bekerja didapati lebih tinggi dalam kalangan graduan Sarjana Muda Pendidikan Islam (94.8%) diikuti lulusan Sarjana Muda Syariah (59.3%), Sarjana Muda Usuluddin (46.1%) dan Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam iaitu 43.0 peratus. Terdapat 57 peratus graduan Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam menyatakan belum bekerja. Bagi peringkat sarjana pula, peratus responden yang bekerja didapati lebih tinggi dalam kalangan graduan Sarjana Syariah (92.3%) diikuti Sarjana Usuluddin (88.9%) dan Sarjana Pengajian Islam (87.5%). Bagi graduan Ph.D, hampir keseluruhan menyatakan mereka telah bekerja (95.2%).

Jadual 1.1 : Peratus Taburan Responden Akademi Pengajian Islam Mengikut Status Pekerjaan Terkini 2010

38 Diambil sepenuhnya dari Prof. Madya Dr. Rohana Jani dan Prof. Madya Dr. Yong Zulina Zubairi, Ringkasan Laporan Kajian Pengesanan Graduan UM 2010 (Akademi pengajian Islam), Universiti Malaya.

39 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Nor Aini Ali, Azizi Che Seman Dan Mohd. Yahya Mohd Hussin, “ Kajian

Guna Tenaga Sarjana Muda Syariah Dan Usuluddin (1996-2002) “- Vote F F0378/2003B, APIUM. 40 Jumlah merangkumi PhD (3.9%), Sarjana (13.25) dan Sarjana Muda (82.9%)


(15)

Peringkat Pengajian Status Pekerjaan

Bekerja* Belum Bekerja Jumlah

IJAZAH PERTAMA

Sarjana Muda Pendidikan Islam 94.8 5.2 100

Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam

43.0 57.0 100

Sarjana Muda Syariah 59.3 40.7 100

Sarjana Muda Usuluddin 46.1 53.9 100

PASCASISWAZAH

Sarjana Pengajian Islam 87.5 12.5 100

Sarjana Syariah 92.3 7.7 100

Sarjana Usuluddin 88.9 11.1 100

Doktor Falsafah 95.2 4.8 100

(Nota : Bekerja* - termasuk yang melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan pekerjaan)

Jadual 1.2 menunjukkan taburan graduan mengikut sektor pekerjaan. Peratus graduan yang bekerja di sektor kerajaan lebih tinggi dalam kalangan graduan Sarjana Muda Pendidikan islam dan graduan Sarjana Muda Usuluddin, masing-masing dengan 27.3% manakala di peringkat sarjana pula, peratus graduan yang bekerja di sektor kerajaan elbih tinggi dalam kalangan graduan Sarjana Usuluddin iaitu 78.6% dan 60% dalam kalangan graduan Ph.D.

Jadual 1.2 : Peratus Taburan Graduan Akademi Pengajian Islam Mengikut Sektor Pekerjaan 2010


(16)

Peringkat Pengajian K er aj aa n B ad an B er ka n u n S w as ta M u lt in as io n al / A s in

g Sw

as ta T em p at a n P er u sa h a an S en d ir i L ai n -l ai n G L C ( S ya ri ka t B er ka it a n K er aj aa n ) N G O ( O rg an is a si B u ka n K er aj aa n JU m la h IJAZAH PERTAMA Sarjana Muda

Pendidikan Islam 25 - - 37.5 25 12.5 - - 100

Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan

Pengajian Islam

27.3 - 9.1 40.9 13.6 4.5 - 4.5 100

Sarjana Muda

Syariah 11.1 38.9 5.6 44.4 - - - - 100

Sarjana Muda

Usuluddin 27.3 4.5 - 31.8 18.2 18.2 - - 100

PASCASISWAZAH Sarjana

Pengajian Islam 42.9 14.3 14.3 14.3 - - - 14.3 100

Sarjana Syariah 61.9 9.5 4.8 14.3 - - 9.5 - 100

Sarjana

Usuluddin 78.6 7.1 3.6 7.1 3.6 - - - 100

Doktor Falsafah 60 15 10 5 - 10 - - 100

2. PENGALAMAN SEMASA DI IPT

Jadual berikutnya adalah penilaian responden terhadap kurikulum program yang mereka lalui dan pandangan terhadap kemudahan serta prasarana sepanjang pengajian mereka di Universiti Malaya. Penilaian dibuat berdasarkan 5 skala iaitu 1-2 = “tidak memuaskan”, 3=”sederhana” dan 4-5=”memuaskan”.


(17)

Jadual 1.3 menunjukkan tahap kepuasan responden terhadap beberapa aspek berkaitan pengalaman responden semasa di Universiti Malaya. Secara umumnya, responden berpuas hati terhadap kurikulum program yang mereka lalui dan kemudahan serta prasarana sepanjang pengajian mereka di Universiti Malaya.

Bagi penilaian terhadap kurikulum, tahap kepuasan yang tertinggi ditunjukkan oleh item “kesesuaian kandungan pengajian” (87.2%) manakala kepuasan yang terendah ditunjukkan oleh item “menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia pekerjaan” (74.7%). Secara perbandingan, para tahun 2009, Kajian Pengesanan Graduan mendapati 71.6% menyatakan secara memuaskan kurikulum telah menyediakan mereka untuk menghadapi dunia pekerjaan. Penilaian terhadap kemudahan perpustakaan menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi adalah pada item “ruang belajar yang selesa dan kondusif” (88.6%), dan yang terendah adalah item “jumlah sumber/bahan rujukan, dll” (78.6%). Manakala bagi kepuasan yang tertinggi, penilaian terhadap lain-lain prasarana dan kemudahan adalah “kemudahan dewan kuliah/bilik tutorial” (86.9%) dan yang terendah adalah “kemudahan penginapan” (64.3%). Penilaian responden terhadap perkhidmatan menunjukkan tahap kepuasan tertinggi untuk item “kemudahan ICT di kampus” (79%) dan tahap kepuasan terendah adalah bagi item “kemudahan tempat letak kenderaan” (57.7%). Penilaian terhadap tenaga pengajar pula menunjukkan item “kelayakan” kepuasan tertinggi (94.5%) dan item “kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris” menerima peratus kepuasan terendah (74.1%).

Jadual 1.3 : Penilaian Responden Akademi Pengajian Islam Terhadap Kurikulum (%) 2010

Penilaian Kurikulum memuaskanTidak Sederhana Memuaskan Jumlah

Kesesuaian kandungan

pengajian 1.5 11.3 87.2 100

Imbangan komponen teori dan

amalan/aplikasi 2.8 21.4 75.8 100

Program latihan

industri/praktikum (jika berkaitan) 2.4 19.7 77.9 100

Mata pelajaran wajib

ko-kurikulum 1.5 16.2 82.3 100

Mata pelajaran wajib

universiti/institusi 1.4 11.7 86.9 100

Kepelbagaian mata pelajran

kokurikulum yang ditawarkan 2.5 14.0 83.6 100

Menyediakan pelajar untuk

menghadapi dunia pekerjaan 4.6 20.8 74.7 100

Kajian juga menunjukkan kepuasan hati pelajar terhadap tenaga akademik APIUM seperti dalam jadual 1.4 di bawah. APIUM mempunyai 106 tenaga akademik yang


(18)

terdiri dari Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah, Perunding dan Felo Penyelidik. (Data sehingga September termasuk yang sedang cuti belajar dan termasuk staf pelawat antarabangsa yang berjumlah 15 orang)

Jadual 1.4 : Penilaian Responden Akademi Pengajian Islam Terhadap Tenaga Pengajar (%) 2010

Penilaian Tenaga Pengajar memuaskanTidak Sederhana Memuaskan Jumlah

Berpengetahuan teori dan

praktikal yang seimbang 1.1 7.5 91.4 100

Interaksi dengan pelajar 0.8 10.2 89.1 100

Inovatif dan kreatif dalam

pengajaran 0.6 10.9 88.5 100

Keupayaan menghubungkaitkan pengajaran / penyeliaan dengan

amalan terkini industri 1.3 13.3 85.3 100

Pendedahan kepada pelajar

tentang pengetahuan terkini 0.9 9.4 89.7 100

Penyampaian kuliah dan kualiti

pengajaran 0.4 8.2 91.4 100

Interaksi atas talian (online

interaction) 0.4 5.5 94.2 100

Kelayakan 0.4 5.1 94.5 100

Kemahiran berkomunikasi dalam

Bahasa Melayu 1.3 13.0 85.7 100

Kemahiran berkomunikasi dalam

Bahasa Inggeris 2.4 23.5 74.1 100

Kualiti sistem penasihatan

akademik 1.5 12.4 86.0 100

Tenaga penajar mudah dihubungi

di luar waktu kuliah / formal 2.5 17.8 79.7 100

Penasihat akademik 2.5 13.5 84.0 100


(19)

Sebagai rumusan akhirnya, dapat kita simpulkan bahawa usaha memastikan kebolehpasaran graduan IPT Islam memang merupakan usaha yang sangat urgent untuk kontek dunia global sekarang. Namun begitu, jika dijadikan pengalaman institusi pendidikan Islam di Tanah Melayu sebagai precedent rujukan kita, ternyata sekali graduan IPT Islam tidak menghadapi apa-apa masalah untuk menceburi sector pasaran kerja di Malaysia. Apa yang jelasnya, selain daripada inisiatif yang diambil oleh pentadbir IPT Islam untuk memastikan hal ini mampu dijalankan, para mahasiswa pengajian Islam sendiri perlu lebih proaktif dalam mempersiapkan diri mereka dengan semua kepakaran ilmu, saksiah dan kemahiran insaniah yang diperlukan oleh sektor pasaran kerjaya. Setakat paparan yang telah dibuat dalam kajian ini yang mengaplikasikan kaedah kajian strategic, kita berpendapat bahawa usaha untuk memastikan kebolehpasaran graduan IPT Islam bukannya mustahil untuk dilakukan. Tinggal lagi, ianya perlu dilakukan secara berterusan oleh semua pihak, membabit pengurusan tertinggi IPT, pensyarah dan mahasiswa itu sendiri.


(1)

Data Kajian Pengesanan Graduan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya38

Kajian awal di APIUM berkaitan kebolehpasaran dan pemilihan bidang pekerjaan telah dilakukan dari tahun 1999 sehingga tahun 2002. Kajian mendapati bahawa dalam soal pemilihan bidang pekerjaan yang lebih terbuka, tren yang diamalkan oleh graduan IPTA tempatan, seperti graduan APIUM : yang lebih cenderung memilih bidang pekerjaan selain daripada guru agama (penurunan peratus daripada 80% kepada 62.4%) dan selebihnya memilih untuk menceburi sektor yang lebih luas (peningkat sebanyak 17.3% daripada jumlah sebelumnya iaitu 10%) merangkumi bidang perbankan, ICT, pemasaran, rekacipta grafik, kehakiman syariah dan R&D.39 Fenomena perubahan ini

walaupun agak sederhana jumlahnya, tetapi telah menunjukkan sikap yang dinamik dan proaktif yang dimainkan oleh graduan APIUM bagi menjamin guna tenaga graduan pengajian Islam lebih berkembang daripada kepompong lamanya, jawatan guru agama kepada sektor pekerjaan yang lebih luas.

Selanjutnya kajian terbaru sebagai salah satu petunjuk kepada kebolehpasaran graduan APIUM adalah Kajian Pengesanan Graduan 2010. Kajian ini dilakukan ke atas graduan APIUM yang bergraduat pada 2010 yang berjumlah 559 orang dimana 95.2 % menyertainya.40 Walaupun kajian ini hanya meliputi para graduan hanya selepas

beberapa bulan menamatkan pengajian namun, ia boleh menjadi petunjuk kepada status dan kejayaan menghasilkan program pengaian yang relevan dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. Secara logiknya tren memperolehi pekerjaan akan menjadi bertambah baik selepas tempoh tertentu.

1. ANALISIS PEKERJAAN

Jadual 1.1 menunjukkan taburan responden mengikut status pekerjaan. Peratus responden yang bekerja didapati lebih tinggi dalam kalangan graduan Sarjana Muda Pendidikan Islam (94.8%) diikuti lulusan Sarjana Muda Syariah (59.3%), Sarjana Muda Usuluddin (46.1%) dan Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam iaitu 43.0 peratus. Terdapat 57 peratus graduan Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam menyatakan belum bekerja. Bagi peringkat sarjana pula, peratus responden yang bekerja didapati lebih tinggi dalam kalangan graduan Sarjana Syariah (92.3%) diikuti Sarjana Usuluddin (88.9%) dan Sarjana Pengajian Islam (87.5%). Bagi graduan Ph.D, hampir keseluruhan menyatakan mereka telah bekerja (95.2%).

Jadual 1.1 : Peratus Taburan Responden Akademi Pengajian Islam Mengikut Status Pekerjaan Terkini 2010

38 Diambil sepenuhnya dari Prof. Madya Dr. Rohana Jani dan Prof. Madya Dr. Yong Zulina Zubairi, Ringkasan Laporan Kajian Pengesanan Graduan UM 2010 (Akademi pengajian Islam), Universiti Malaya.

39 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Nor Aini Ali, Azizi Che Seman Dan Mohd. Yahya Mohd Hussin, “ Kajian

Guna Tenaga Sarjana Muda Syariah Dan Usuluddin (1996-2002) “- Vote F F0378/2003B, APIUM.


(2)

Peringkat Pengajian Status Pekerjaan

Bekerja* Belum Bekerja Jumlah

IJAZAH PERTAMA

Sarjana Muda Pendidikan Islam 94.8 5.2 100

Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam

43.0 57.0 100

Sarjana Muda Syariah 59.3 40.7 100

Sarjana Muda Usuluddin 46.1 53.9 100

PASCASISWAZAH

Sarjana Pengajian Islam 87.5 12.5 100

Sarjana Syariah 92.3 7.7 100

Sarjana Usuluddin 88.9 11.1 100

Doktor Falsafah 95.2 4.8 100

(Nota : Bekerja* - termasuk yang melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan pekerjaan)

Jadual 1.2 menunjukkan taburan graduan mengikut sektor pekerjaan. Peratus graduan yang bekerja di sektor kerajaan lebih tinggi dalam kalangan graduan Sarjana Muda Pendidikan islam dan graduan Sarjana Muda Usuluddin, masing-masing dengan 27.3% manakala di peringkat sarjana pula, peratus graduan yang bekerja di sektor kerajaan elbih tinggi dalam kalangan graduan Sarjana Usuluddin iaitu 78.6% dan 60% dalam kalangan graduan Ph.D.

Jadual 1.2 : Peratus Taburan Graduan Akademi Pengajian Islam Mengikut Sektor Pekerjaan 2010


(3)

Peringkat Pengajian K er aj aa n B ad an B er ka n u n S w as ta M u lt in as io n al / A s in

g Sw

as ta T em p at a n P er u sa h a an S en d ir i L ai n -l ai n G L C ( S ya ri ka t B er ka it a n K er aj aa n ) N G O ( O rg an is a si B u ka n K er aj aa n JU m la h IJAZAH PERTAMA

Sarjana Muda

Pendidikan Islam 25 - - 37.5 25 12.5 - - 100

Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan

Pengajian Islam

27.3 - 9.1 40.9 13.6 4.5 - 4.5 100

Sarjana Muda

Syariah 11.1 38.9 5.6 44.4 - - - - 100

Sarjana Muda

Usuluddin 27.3 4.5 - 31.8 18.2 18.2 - - 100

PASCASISWAZAH

Sarjana

Pengajian Islam 42.9 14.3 14.3 14.3 - - - 14.3 100

Sarjana Syariah 61.9 9.5 4.8 14.3 - - 9.5 - 100

Sarjana

Usuluddin 78.6 7.1 3.6 7.1 3.6 - - - 100

Doktor Falsafah 60 15 10 5 - 10 - - 100

2. PENGALAMAN SEMASA DI IPT

Jadual berikutnya adalah penilaian responden terhadap kurikulum program yang mereka lalui dan pandangan terhadap kemudahan serta prasarana sepanjang pengajian mereka di Universiti Malaya. Penilaian dibuat berdasarkan 5 skala iaitu 1-2 = “tidak memuaskan”, 3=”sederhana” dan 4-5=”memuaskan”.


(4)

Jadual 1.3 menunjukkan tahap kepuasan responden terhadap beberapa aspek berkaitan pengalaman responden semasa di Universiti Malaya. Secara umumnya, responden berpuas hati terhadap kurikulum program yang mereka lalui dan kemudahan serta prasarana sepanjang pengajian mereka di Universiti Malaya.

Bagi penilaian terhadap kurikulum, tahap kepuasan yang tertinggi ditunjukkan oleh item “kesesuaian kandungan pengajian” (87.2%) manakala kepuasan yang terendah ditunjukkan oleh item “menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia pekerjaan” (74.7%). Secara perbandingan, para tahun 2009, Kajian Pengesanan Graduan mendapati 71.6% menyatakan secara memuaskan kurikulum telah menyediakan mereka untuk menghadapi dunia pekerjaan. Penilaian terhadap kemudahan perpustakaan menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi adalah pada item “ruang belajar yang selesa dan kondusif” (88.6%), dan yang terendah adalah item “jumlah sumber/bahan rujukan, dll” (78.6%). Manakala bagi kepuasan yang tertinggi, penilaian terhadap lain-lain prasarana dan kemudahan adalah “kemudahan dewan kuliah/bilik tutorial” (86.9%) dan yang terendah adalah “kemudahan penginapan” (64.3%). Penilaian responden terhadap perkhidmatan menunjukkan tahap kepuasan tertinggi untuk item “kemudahan ICT di kampus” (79%) dan tahap kepuasan terendah adalah bagi item “kemudahan tempat letak kenderaan” (57.7%). Penilaian terhadap tenaga pengajar pula menunjukkan item “kelayakan” kepuasan tertinggi (94.5%) dan item “kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris” menerima peratus kepuasan terendah (74.1%).

Jadual 1.3 : Penilaian Responden Akademi Pengajian Islam Terhadap Kurikulum (%) 2010

Penilaian Kurikulum memuaskanTidak Sederhana Memuaskan Jumlah

Kesesuaian kandungan

pengajian 1.5 11.3 87.2 100

Imbangan komponen teori dan

amalan/aplikasi 2.8 21.4 75.8 100

Program latihan

industri/praktikum (jika berkaitan) 2.4 19.7 77.9 100

Mata pelajaran wajib

ko-kurikulum 1.5 16.2 82.3 100

Mata pelajaran wajib

universiti/institusi 1.4 11.7 86.9 100

Kepelbagaian mata pelajran

kokurikulum yang ditawarkan 2.5 14.0 83.6 100

Menyediakan pelajar untuk

menghadapi dunia pekerjaan 4.6 20.8 74.7 100

Kajian juga menunjukkan kepuasan hati pelajar terhadap tenaga akademik APIUM seperti dalam jadual 1.4 di bawah. APIUM mempunyai 106 tenaga akademik yang


(5)

terdiri dari Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah, Perunding dan Felo Penyelidik. (Data sehingga September termasuk yang sedang cuti belajar dan termasuk staf pelawat antarabangsa yang berjumlah 15 orang)

Jadual 1.4 : Penilaian Responden Akademi Pengajian Islam Terhadap Tenaga Pengajar (%) 2010

Penilaian Tenaga Pengajar memuaskanTidak Sederhana Memuaskan Jumlah

Berpengetahuan teori dan

praktikal yang seimbang 1.1 7.5 91.4 100

Interaksi dengan pelajar 0.8 10.2 89.1 100

Inovatif dan kreatif dalam

pengajaran 0.6 10.9 88.5 100

Keupayaan menghubungkaitkan pengajaran / penyeliaan dengan

amalan terkini industri 1.3 13.3 85.3 100

Pendedahan kepada pelajar

tentang pengetahuan terkini 0.9 9.4 89.7 100

Penyampaian kuliah dan kualiti

pengajaran 0.4 8.2 91.4 100

Interaksi atas talian (online

interaction) 0.4 5.5 94.2 100

Kelayakan 0.4 5.1 94.5 100

Kemahiran berkomunikasi dalam

Bahasa Melayu 1.3 13.0 85.7 100

Kemahiran berkomunikasi dalam

Bahasa Inggeris 2.4 23.5 74.1 100

Kualiti sistem penasihatan

akademik 1.5 12.4 86.0 100

Tenaga penajar mudah dihubungi

di luar waktu kuliah / formal 2.5 17.8 79.7 100

Penasihat akademik 2.5 13.5 84.0 100


(6)

Sebagai rumusan akhirnya, dapat kita simpulkan bahawa usaha memastikan kebolehpasaran graduan IPT Islam memang merupakan usaha yang sangat urgent untuk kontek dunia global sekarang. Namun begitu, jika dijadikan pengalaman institusi pendidikan Islam di Tanah Melayu sebagai precedent rujukan kita, ternyata sekali graduan IPT Islam tidak menghadapi apa-apa masalah untuk menceburi sector pasaran kerja di Malaysia. Apa yang jelasnya, selain daripada inisiatif yang diambil oleh pentadbir IPT Islam untuk memastikan hal ini mampu dijalankan, para mahasiswa pengajian Islam sendiri perlu lebih proaktif dalam mempersiapkan diri mereka dengan semua kepakaran ilmu, saksiah dan kemahiran insaniah yang diperlukan oleh sektor pasaran kerjaya. Setakat paparan yang telah dibuat dalam kajian ini yang mengaplikasikan kaedah kajian strategic, kita berpendapat bahawa usaha untuk memastikan kebolehpasaran graduan IPT Islam bukannya mustahil untuk dilakukan. Tinggal lagi, ianya perlu dilakukan secara berterusan oleh semua pihak, membabit pengurusan tertinggi IPT, pensyarah dan mahasiswa itu sendiri.