UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA TRANSFORMASI P

Jurnal Pengurusan JWZH

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA:
TRANSFORMASI PEMBANGUNAN INSTITUSI WAKAF PENDIDIKAN

Oleh:
Hasyeilla Abd Mutalib1, Rohayati Hussin2, Nur Aqidah Suhaini3, Norhana Aziani
Mohd Bostaman.4

ABSTRAK
Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti Universiti Islam Malaysia (UIM) sebagai
peneraju utama universiti berteraskan wakaf dalam bidang pendidikan di Malaysia.
Ianya juga sebagai suatu transformasi institusi wakaf pendidikan tinggi. Langkah ini
sejajar dengan saranan kerajaan Malaysia untuk membangunkan sektor pendidikan
bagi bersaing di peringkat global sekaligus membangunkan institusi wakaf
pendidikan sebagai penggerak pembangunan ummah. Selain itu ianya juga akan
memberi tumpuan kepada sejarah penubuhan UIM, objektif penubuhan UIM dan
peranan institusi wakaf pendidikan dalam komuniti Islam.
Amalan berwakaf di Malaysia menunjukkan perkembangan yang positif dari generasi
ke generasi dengan wujudnya pelbagai institusi wakaf pendidikan daripada peringkat
sekolah rendah dan menengah. Namun masih kurang perhatian diberikan kepada

institusi wakaf pendidikan di peringkat pengajian tinggi. Oleh itu, artikel ini juga turut
memberi tumpuan kepada senario perkembangan amalan wakaf pendidikan di
Malaysia secara keseluruhannya.

Perkataan Teras

: wakaf, institusi pendidikan wakaf, Universiti Islam Malaysia

Klasifikasi JEL

:

1

Pensyarah di Universiti Teknologi Mara Perlis dan pelajar PhD di IBS, Universiti Utara Malaysia.
Pensyarah di Universiti Teknologi Mara Kedah dan pelajar PhD di UiTM Shah Alam.
3
Pelajar Phd di UKM, Bangi.
4
Pensyarah Politeknik Shah Alam, Selangor.

2

1

Jurnal Pengurusan JWZH

PENDAHULUAN
Wakaf merupakan salah satu bentuk sedekah jariah yang membolehkan pewakaf
mendapat pahala berpanjangan. Wakaf berasal daripada perkataan Arab,waqafa
yang membawa maksud berhenti, menegah dan menahan(Abdul Hamid dan
Mohammad Tahir, 2014). Wakaf menurutistilah pula ialah apa-apa harta yang
menahan pewakaf daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat
di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk
mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT (Razali, 2013). Manakala Syeikh
Muhammad al-Syarbini al-Khatib seorang ulama bermazhab Syafi'i, menjelaskan
wakaf bermaksud menahan harta yang boleh memberi manfaat dengannya, serta
kekal fizikal harta, dengan melupuskan hak pengurusan yang dimiliki oleh pewakaf
untuk diberikan kepada pihak yang dibenarkan oleh syarak yang wujud ketika
itu."(Ainul, Arieff Salleh, dan Azman, 2014)


Menurut Hydzulkifli, Azizi, Mohd Sollehudin, dan Mohd Kamal, (2014), pensyariatan
wakaf tidak menyatakandengan jelas mengenai pensyariatan wakaf dengan
menggunakan kalimah al-waqf. Namun, terdapat beberapa dalil dari Al-Quran yang
menyeru manusia agar berbuat baik demi kepentingan masyarakat umum dengan
menyumbangkan sedekah mereka agar mendapat pahala yang berterusan. Antara
dalil-dalil yang terdapat dalam Al-Quran bagi merujuk kepada ibadah wakaf ini
sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan sedekahkanlah sebahagian atau keseluruhan itu lebih baik bagi kamu
sekiranya kamu mengetahuinya”.
2

Jurnal Pengurusan JWZH

(Surah Al-Baqarah: 280)
“Hai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil
usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari
bumi untuk kamu.”
(Surah Al-Baqarah: 267)
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu

menafkahkan sebagian dari apa yang kamu cintai.”
(Surah Ali Imran : 92)

Di antara hadis yang menjadi dasar dalam menguruskan wakaf adalah yang
menceritakan tentang kisah Umar bin al-Khaththab ketika memperoleh tanah di
Khaibar. Beliau lalu bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, saya
telah memperoleh tanah di bumi Khaibar yang nilainya tinggi dan tidak pernah saya
peroleh yang lebih tinggi nilai daripadanya. Apakah yang tuan nak saya lakukannya?
Rasulullah SAW bersabda: “Kalau kamu mahu, bekukan sumbernya dan
bersedekah dengannya.” Lalu Umar menyedekahkan kepada fakir miskin, untuk
keluarga, untuk memerdekakan budak, untuk orang yang berperang di jalan Allah,
orang musafir dan para tetamu. Jelaslah dari hadis tersebut, tanah wakaf tidak boleh
dijual, dihibah atau dijadikan pusaka. Bagaimanapun ia boleh digunakan dengan
cara yang sesuai oleh pihak yang mengurusnya, seperti memakan atau memberi
makan kawan tanpa menjadikannya sebagai sumber pendapatan.”

Oleh itu, para ulama sepakat menerima wakaf sebagai satu amal jariah yang
disyariatkan oleh Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan dan menolak tuntutan
amalan wakaf dalam Islam kerana wakaf telah meletakkan wakaf sebagai amalan
dikalangan para sahabat Rasulullah SAW, ahli-ahli ibadat yang suka bersedekah


3

Jurnal Pengurusan JWZH

atau membuat amal kebajikan dan ahli-ahli ilmu yang suka mendampingkan dirinya
dekat dengan Allah SWT(Asmak, 2009).

Dari sudut tamadun dan peradaban, Islam telah banyak mencatatkan hubungkait
antara institusi wakaf dan pendidikan ummah. Sejak zaman Rasulullah SAW, telah
wujud institusi pendidikan yang diwakafkan oleh baginda, iaitu Masjid Quba’ dan
Masjid Nabawi di Madinah. Amalan kepada institusi wakaf pendidikan ini telah
dicontohi oleh para sahabat melalui pelbagai institusi pendidikan seperti kuttab5 dan
madrasah.

Institusi-institusiwakafpendidikan

ini

berkembang


pesat,

bermula

daripada zaman Khilafah Abbasiyyah sehingga zaman Uthmaniyah (Wan Azmi,
Muhammad Muzakkir, Mohd Hafiz, dan Norhasimah, 2014)

Universiti yang tertua dan terkenal di dunia Universiti al-Azhar, telahi dibina
berasaskan harta wakaf. Universiti ini bermula dengan sebuah masjid yang
kemudiannya berkembang sehingga menjadi sebuah universiti tersohor. Universiti
yang dibina sejak 1,000 tahun ini menyediakan peluang pendidikan kepada semua
pelajar Islam dari serata dunia secara percuma (Hashim, Saerah, Azimah, dan
Hairul, 2013). Selain Universiti al-Azhar, ada beberapa institusi wakaf pendidikan
lain di dunia yang dibiayai dengan menggunakan harta wakaf seperti Universiti alQurawiyyin di Fez, Universiti al-Nizamiyyah di Baghdad, Madrasah Al-Jamiah alIslamiyyah di Madinah dan Madrasah Al-Juneid di Singapura (Ismail, 2014; Razali,
2013).
5

Kuttab adalah istilah yang digunakan didunia Arab, merujuk kepada dua jenis pendidikan asasi bagi kanakkanak. Pertama, ianya merujuk kepada pendidikan kanak-kanak tentang ilmu-ilmu Islam seperti al-Quran, hadis,
fiqah dan lain-lain, termasuk juga pendidikan asas bahasa Arab, yang meliputi kaedah-kaedah, tulisan, bacaan,

syair dan senahagian daripada ilmu hisab kepada kanak-kanak.

4

Jurnal Pengurusan JWZH

Bagi membangunkan usaha-usaha kearah institusi wakaf pendidikan di Malaysia,
kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri telah menjalankan pelbagai inisiatif.
Langkah ini bertujuan untuk memakmurkan harta wakaf agar dioptimumkan dengan
sewajarnya bagi menjelaskan niat si pewakaf. Sehubungan dengan itu, Majlis
Agama Islam Negeri (MAIN) selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf di
Malaysia memainkan peranan dan implikasi yang besar. Persidangan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 1982, telah mengisytiharkan fatwa wakaf ibdal6
atau istibdal7 sebagai langkah atau usaha bagi pembangunan tanah-tanah wakaf
terbiar di Malaysia (Syahnaz, 2008). Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan
memandang berat dan berusaha agar harta wakaf dibangunkan supaya ianya dapat
memberi manfaat kepada kemaslahatan ummah amnya dan khususnya kepada
bidang pendidikan. Ini memberi kesan yang sangat mendalam bagi membentuk
pembangunan institusi wakaf pendidikan agar terlaksana dengan berjaya dan
berkesan.


Bagi meningkatkan

lebih

keberkesanan dan pembangunan

institusi

wakaf

pendidikan di Malaysia, penubuhan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) merupakan
satu alternatif. YWM merupakan satu usaha oleh kerajaan dalam meningkatkan dan
menyokong peranan yang dilaksanakan oleh MAIN dalam membangunkan institusi
wakaf pendidikan. YWM berperanan untuk membangunkan sumber-sumber wakaf

6

Istilah ibdal bermaksud mengeluarkan atau menukar sesuatu mawquf (daripada konsep asalnya yang tidak
boleh dijual, dihibah atau diwarisi) dengan menjual harta itu.

7
Istilah istibdal bermaksud membeli sesuatu harta yang lain dengan hasil jualan untuk dijadikan sebagai
mawquf bagi menggantikan harta yang dijual meliputi apa-apa harta yang diperolehi menerusi cara gentian
dengan harta yang sama ataupun harta yang lebih baik nilai dan manfaatnya. Harta ini dikenali sebagai harta
badal atau amwal al-badal.

5

Jurnal Pengurusan JWZH

yang diperolehi bagi tujuan pembangunan sosial umat Islam keseluruhannya dan
menjurus kepada institusi wakaf pendidikan serta bidang-bidang lain yang berkaitan
(Abdul Halim, 2007). Secara tidak langsung ianya memberi impak yang positif dan
mendalam terhadap pembangunan institusi wakaf pendidikan. Dengan tertubuhnya
institusi YWM ini dapat memberi ruang dan sinar yang luas melalui sumber-sumber
yang diperolehi dapat melastarikan institusi wakaf pendidikan di Malaysia selaras
dengan

pembangunan


institusi-institusi

pendidikan

konvensional

yang

lain.

Pendekatan ini akan memberi persaingan yang sihat dikalangan institusi pendidikan
yang terdapat dinegara ini.

Memikirkan tentang pentingnya harta wakaf itu direalisasikan dalam bentuk institusi
wakaf pendidikan peringkat tinggi di Malaysia, sebuah universiti wakaf pertama iaitu
Univeriti Islam Malaysia (UIM). Penubuhan UIM ini mendapat perkenan dan
galakkan daripada kerajaan yang mana ia dinaungi Majlis Raja-Raja Melayu(Latiff et
al., 2013). Jelasnya, penubuhan UIM telah member transformasi dalam institusi
wakaf pendidikan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah untuk
melihat bagaimana institusi wakaf pendidikan dapat member manfaat yang

berterusan dalam pembangunan sosio-ekonomi umat Islam agar terus bersaing dan
berdaya maju dalam arus dunia tanpa sempadan ini.

SENARIO WAKAF PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Institusi wakaf pendidikan telah berkembang semenjak Islam mula bertapak di
Tanah Melayu. Sejak dahulu lagi, perlaksanaan dalam institusi wakaf pendidikan

6

Jurnal Pengurusan JWZH

telah dilakukan dalam pelbagai bentuk dan kaedah selaras dengan niat dan tujuan
asal pewakaf. Institusi wakaf pendidikan merangkumi wakaf asrama pelajar, wakaf
biasiswa, wakaf saraan, wakaf bangunan dan wakaf pembelajaran seperti buku,
meja, peralatan pembelajaran dan pengajaran dan sebagainya (Ahmad Zaki,
Norzaidi, dan Che Zuina, 2008).

Sejarah mencatatkan institusi wakaf pendidikan terawal di Tanah Melayu adalah
dengan bermulanya pengajian di masjid. Ini adalah kerana masjid merupakan pusat
tumpuan bagi pelbagai aktiviti kemasyarakatan pada ketika itu. Kaedah ini selaei
dengan kaedah pembelajaran di zaman Rasullullah menggunakan masjid sebagai
institusi bagi mengembangkan pendidikan melalui syarahan, pengajian agama dan
memperluaskan syiar Islam pada ketika itu (Norsiah dan Farahdina, 2009).

Selain daripada itu, institusi wakaf pendidikan, terawal dijalankan melalui institusi
pengajian pondok dan disusuli oleh sistem pengajian madrasah. Institusi wakaf
pendidikan ketika itu menggunakan sistem pengajian aliran Arab. Apabila Tanah
Melayu

telah

mencapai

kemerdekaan,

kerajaan

telah

mengambil

inisiatif

untukmembangunan institusi wakaf dan menguruskannya selaras dengan aliran
pendidikan perdana (Latiff et al., 2013). Penyelarasan adalah bertujuan supaya
pelajar sekolah institusi wakaf mendapat pengiktirafan yang standing dengan pelajar
aliran perdana. Walaupun begitu keadaan ini telah member kesan kepada
pembangunan institusi wakaf pendidikan. Ini kerana sistem pengajian adalah
tertakluk kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sesetengah

7

Jurnal Pengurusan JWZH

daripada garis panduan tersebut mungkin menghadkan perlaksanaan pengurusan
wakaf di institusi berkenaan.

Kini kerajaan Malaysia telah meletakkan pendidikan sebagai salah satu daripada
agenda kerajaan bagi mencapai Wawasan 2020. Dalam masa yang sama, institusi
wakaf pendidikan tidak lagi berkisar kepada pengajian masjid, pondok dan
madrasah sahaja, malahan telah dibangunkan dalam bentuk Sekolah Agama Rakyat
(SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) (Ahmad Zaki et al., 2008). Ahmad Zaki et
al.(2008) juga melapurkan institusi wakaf pendidikan ini telah dibangunkan 174 buah
institusi pendidikan sehingga tahun 2005. Kesannya boleh dilihat melalui
pembangunan wakaf pendidikan wakaf di beberapa negeri di Malaysia. Misalnya di
Selangor, pembangunan Sekolah Rendah Agama di Pulau Indah, Pusat Komuniti
Siber Majlis Agama Islam Selangor, serta pembinaan perpustakaan Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor (Asmak, 2009).

Di Malaysia, terdapat sebuah universiti yang berasaskan institusi wakaf pendidikan
iaitu UIM, Penubuhan UIM ini mendapat persetujuan dan galakkan daripada
pentadbiran kerajaan dan dinaungi di bawah Majlis Raja-Raja Melayu(Latiff et al.,
2013). Jelasnya, penubuhan UIM telah memberi transformasi dalam institusi wakaf
pendidikan di Malaysia dan bertindak sebagai platform bagi pembangunan institusi
pendidikan pengajian tinggi di Malaysia dan di serantau dunia.

8

Jurnal Pengurusan JWZH

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA
Kepesatan pembangunan harta wakaf di Malaysia telah mencetuskan satu
fenomena yang menyumbang kepada usaha daripada pelbagai institusi untuk
menjayakan pembangunan wakaf ini sebagai satu anjakan ekonomi umat Islam di
masa depan. Sehubungan itu, penubuhan UIM adalah salah satu usaha murni yang
telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof Noor dalam
meneruskan perjuangan untuk memartabatkan kembali wakaf sebagai institusi
wakaf pendidikan negara.

Latar Belakang Universiti Islam Malaysia
Sejarah penubuhan Kolej Islam Malaya (KIM) atau Muslim College Malayabermula
pada 24 Februari 1955. Ianya berjaya direalisasikan dua tahun selepas
kemerdekaan Tanah Melayu. Penubuhan ini sebagai usaha bagi mempertingkatkan
kefahaman dan pengetahuan mengenai pengajian Islam di kalangan masyarakat.
Semasa

itu, pendedahan pengajian Islam melalui

kaedah tradisional. Ini

menyebabkan, masyarakat Muslim terasing daripada arus pendidikan moden seperti
pendidikan sains, kemanusiaan dan teknologi (Abd. Manaf, 2012).

Penubuhan KIM ini telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu pada ketika
itu. Pengurusan dan pentadbiran KIM adalah melalui tabung kewangan wakaf atau
sumbangan derma dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam. Negaranegara luar seperti Brunei, Kuwait, Arab Saudi dan Bahrin turut menyumbang bagi
tabung kewangan wakaf KIM. Malahan, bangunan pertama KIMtelah disumbangkan
9

Jurnal Pengurusan JWZH

oleh Almarhum Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah. Baginda
mengurniakan Istana Jameah beserta sebidang tanah terletak di Jalan Kampung
Jawa Kelang sebagai wakaf khas bagi kegunaan KIM(Abd. Manaf, 2010).

Pada awal penubuhannya, KIM merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi Islam
yang diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar, Cambridge dan Oxford. Kumpulan pelajar
pertama seramai 55 orang yang datang dari seluruh Tanah Melayu, Singapura,
Brunei, Sabah dan Sarawak yang telah melepasi ujian kemasukan kolej. Namum,
penubuhan KIM ditangguhkan operasinya bermula Disember 1970 bagi member
laluan kepada penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Abd. Manaf,
2012). Berikutan penubuhan UKM, KIM telah diserap sebagaisalah sebuah fakulti di
UKM iaitu Fakulti Pengajian Islam. Berikutan itu, seluruh harta wakaf KIM seperti
tanah, bangunan, saham dan wang tunaidiuruskan olehLembaga Amanah Kolej
Islam Malaya (LAKIM)(Abd. Manaf, 2010).

Penubuhan Universiti Islam Malaysia
Pada 12 Oktober 2010, melalui Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-222,
KIM telah diperkenankan untuk menyambung semua operasinya dan dinaik taraf
kepada Universiti Islam Malaysia. Nama Universiti Islam Malaysia dipilih sebagai
kesinambungan perjuangan KIM dalam memartabatkan kembali pengajian tinggi
Islam dalam pelbagai bidang ilmu seperti penyelidikan sains dan teknologi yang
berteraskan Al-Quran. UIMmemulakan operasi secara sementara bermula 3 Oktober
2011 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi (UIM,Julai 2014)

10

Jurnal Pengurusan JWZH

UIM merupakan universiti pertama di Malaysia yang dizahirkan dengan perkenan
Majlis Raja-Raja Melayu dari sumbangan dana wakaf oleh pelbagai pihak sama ada
syarikat, pertubuhan dan individu. Penubuhan UIM sebagai menyambung tradisi
yang diamalkan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1955 yang berteraskan harta
wakaf.

Berikutan itu, Kementerian Pengajian Tinggi telah mempelawa UIM untuk
membentangkan kertas kerja penubuhan universiti pada 22 Februari 2013. Tan Sri
Prof. Dr Mohd Yusof Noor merupakan pengerusi majlis universiti mengetuai delegasi
yang disertai oleh Datuk Wira Dr Ismail Ibrahim, Dato Abdul Monir Yaacob, Dato
Othman Desa, Haji Mohd Puzi Haji Dahman serta pegawai-pegawai pengurusan
tertinggi yang lain bagi sesi pembentangan tersebut.

Hasilnya, pada 25 Mac 2013, UIM telah menerima surat pelawaan daripada
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (sekarang Kementerian Pendidikan
Malaysia) sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta. Ini berikutan UIM
telah memenuhi segala kriteria yang telah ditetapkan oleh kementerian sebagai
syarat penubuhan dan mendapatkan status universiti. Akhirnya, pada 1 November
2013 Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan penubuhan UIM secara
rasminya (UIM,Julai 2014).

11

Jurnal Pengurusan JWZH

Pada 15 Januari 2014, UIM telah berpindah dari ILIM, Bangi ke Cyberjaya iaitu di
bangunan Blok 1 MKN Embassy Techzone. Bangunan tersebut disewa sementara
oleh UIM daripada Lembaga Pemegang Amanah Kolej Islam Malaya (LAKIM), di
mana ia bersebelahan tapak kampus tetap di Jalan Semarak Api, Cyberjaya (UIM,
Julai 2014)

Aspirasi Universiti Islam Malaysia
Majlis Universiti Islam Malaysia adalah pengerak utama kepada universiti ini. Majlis
dipengerusikan oleh Tan Sri Prof. Dr Mohd Yusof Noor serta ahli-ahli pengurusan
yang terdiri daripada wakil negeri-negeri di Malaysia termasuk dikalangan YAB
Menteri Besar, Sahibuss Samahah Mufti-Mufti, pembesar-pembesar negeri,
Lembaga Pemegang Amanah Kolej Islam Malaya (LAKIM) serta tokoh-tokoh
akademik negara (UIM,Julai 2014).

Objektif di sebalik penubuhan Universiti Islam Malaysia adalah untuk menyelaraskan
hubungan di kalangan pelbagai etnik di Malaysia melalui ajaran Islam yang universal
Tema yang dipegang oleh UIM adalah kebijaksanaan global. Ini disokong dengan
visi universiti dalam menggabungkan pengetahuan dan kebijaksanaan sebagai satu
kesatuan untuk melahirkan ilmuan dan pemikir yang berwawasan dan berimbang.
Selain itu, misi yang direncanakan adalah berdasarkan penyediaan orientasi
pendidikan, pengajaran dan pendidikan pasca-siswazah yang berteraskan ilmu dan
kebijaksanaan. Ia menggabungkan inovasi dan transformasi ke arah pembangunan
sahsiah dan minda intelektual sejagat(UIM, Mac 2014). UIM meletakkan matlamat

12

Jurnal Pengurusan JWZH

untuk mengukuhkan tuntutan Islam terhadap perkembangan ilmu berdasarkan
semangat yang terpahat di sebalik firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan berdoalah dengan berkata wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”

Hasil daripada penubuhan UIM ini, ianya menjadi lambang solidariti dan kerjasama
MajlisRaja-Raja Melayu di Malaysia. Pelan pengajian di UIM memfokuskan program
pasca ijazah iaitu peringkat sarjana dan doktor falsafah yang mengutamakan
individu yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk menjalankan
penyelidikan dalam pelbagai disiplin ilmu yang berteraskan Islam (UIM, Julai 2014).

Pendekatan ini merupakan satu usaha ke arah merancakkan kembali peranan
institusi wakaf pendidikan. Kelahiran UIM sebagai universiti wakaf yang pertama di
Malaysia akan menjadi anjakan paradigma dalam memajukan dan meningkatkan
taraf institusi wakaf pendidikan dan pembangunan ekonomi masyarakat Islam.
Selain itu, UIM juga mampu memberi sumbangan yang besar terhadap
pembangunan modal insan sebagai satu wadah perjuangan dalam Islam.

PERANAN INSTITUSI WAKAF PENDIDIKAN TINGGI DALAM KOMUNITI ISLAM
Islam sangat mementingkan pendidikan. Aktiviti keilmuan dan intelektual dalam
Islam merupakan perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat Islam.
Institusi wakaf pendidikan dilihat memainkan peranan yang penting dalam
13

Jurnal Pengurusan JWZH

melahirkan cendekiawan yang seimbang dan berkualiti selari dengan kerangka
Islam. Oleh itu, ianya dapat memainkan peranan yang penting iaitu:

1.

Mengembalikan zaman kegemilangan keilmuan Islam

Dalam sejarah pembangunan pendidikan Islam, institusi wakaf pendidikan pertama
adalah Masjid Quba, yang telah dibina oleh Rasulullah SAW di Madinah. Rasulullah
manjadikan masjid adalah merupakan pusat pembinaan masyarakat, baik dari aspek
rohani mahupun fizikal. Masjid Quba ini diwakafkan oleh Rasulullah dan
dibangunkan berdasarkan sifat ketakwaan kepada Allah SWT (Razali, 2013).
Selepas pembinaan Masjid Quba, Masjid Nabawi dibina bagi memperkembangkan
pengajian Islam. Institusi wakaf pendidikan terus berkembang dalam dunia Islam
pada zaman Bani Umaiyah. Di zaman tersebut banyak institusi wakaf pendidikan
dibangunkan seperti kuttab, madrasah dan Baitulmal yang diwakafkan oleh para
pembesar dan pemerintahan kerajaan.

Seterusnya institusi wakaf pendidikan terus berkembang di zaman Abbassiyah,
Ayyubiah dan Utthmaniah. Malahan institusi wakaf pendidikan terus berkembang
pesat dengan pembinaan ribuan sekolah, madrasah, perpustakaan dan universiti
(Razali, 2013). Misalnya, pada abad ke -12, terdapat lebih daripada 70 buah sekolah
yang dibiayai melalui sumber wakaf di Jerussalem. Sementara itu, sebanyak 142
buah university di Turki, 87 buah sekolah dan universiti Cypus dan masing-masing
800 dan 786 buah universiti di Cecennestan dan Azerbaijan telah dibangunkan dan
ianya dibiayai sepenuhnya oleh sumber wakaf.

14

Jurnal Pengurusan JWZH

Antara universiti tersohor yang dibangunkan dan biayai oleh sumber wakaf seperti
Universiti al-Qurawiyyin di Fez, Universiti al-Nizamiyyah di Baghdad dan Universiti
al-Azhar di Mesir. Universiti al-Azhar yang telah dibina pada tahun 975M merupakan
universiti tertua di dunia(Rohani 1990). Penubuhan universiti ini adalah melalui
konsep wakaf tunai dan dana wakafnya yang besar telah membolehkan ianya
membiayai pengajian ribuan pelajar dari luar negara (Zeghal, 2010).Jelasnya,
institusi wakaf pendidikan Islam di zaman lampau bergantung sepenuhnya daripada
sumber wakaf mampu melahirkan cendikiawan yang menguasai pelbagai disiplin
ilmu (Ja’far, 1993; Muhammad Nur Effindi, 1997)

2.

Membangunkan ekonomi umat Islam

Keunikkan institusi wakaf bukan sahaja terletak kepada prinsip perkongsian harta
sesama individu dan masyarakat, malahan ianya juga sebagai pemangkin kepada
pembangunan insan dan juga sebagai platform dalam merancakkan pertumbuhan
ekonomi umat Islam. Sejarah telah membuktikan peranan dan sumbangan yang
besar bagi membentuk jaminan sosial (Hasnol Zam Zam, 2007) kesan daripada
pembangunan wakaf.Keadaan ini akan lebih berkesan sekiranya institusi wakaf
pendidikan diurus tadbir dengan bijaksana dan mampu memberi manfaat lain seperti
pembangunan ekonomi umat Islam. Dengannya, maka institusi wakaf pendidikan
mampu mensasarkan golongan tertentu untuk meningkatkan taraf hidup mereka di
samping menjana aset kekayaan serta berperanan sebagai ejen pembangunan
ummah.

Antara contoh pembangunan institusi wakaf pendidikan yang telah dibangunkan oleh
JAWHAR ialah projek asrama pelajar di daerah Besut Terengganu, Projek ini

15

Jurnal Pengurusan JWZH

membantu meningkatkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif serta
selesa kepada pelajar institusi pengajian tinggi. Ini selaras dengan usaha kerajaan
untuk melahirkan lebih ramai insan yang berpendidikan serta bersahsiah tinggi.

Manakala projek Akademi Kulinari Terengganu yang dibangunkan di atas tanah milik
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan pembiayaan
sebanyak RM2.5 juta melalui peruntukan Bajet 2010 Yayasan Wakaf Malaysia
(YWM). Ianya merupakan kerjasama sinergi diantara MAIDAM (Pemilik), YWM
(Pembiaya dan Pengurus) dan GIATMARA(Pengajar). Akademi ini menawarkan
kursus dalam bidang Confectionary and Bakery selama 6 bulan berserta asrama
sepenuh masa kepada anak-anak asnaf MAIDAM.

Melalui projek-projek yang dijalankan ini, para pelajar tersebut telah tamat pengajian,
dan mampu membuka perniagaan sendiri tanpa perlu bergantung dengan pihak lain.
Ini sekaligus dapat mengubah taraf hidup mereka untuk terus berjaya dan
meloloskan diri dari belenggu kemiskinan dan kemelaratan. Jelasnya, wakaf mampu
dijadikan platform menyediakan pilihan untuk memenuhi keperluan sosioekonomi
masyarakat. Projek-projek institusi wakaf pendidikan ini berupaya membantu
memperkasakan ekonomi umat Islam serta mengembalikan kedudukan umat Islam
sebagai khalifah yang mendominasikan ekonomi seperti zaman kegemilangan Islam
dahulu.

3.

Melahirkan modal insan yang berkualiti.

Wakaf dalam bidang pendidikan adalah pelaburan penting untuk melahirkan modal
insan yang berkualiti dan berwibawa (Ahmad Zaki et al., 2008). Kehebatan sesuatu
16

Jurnal Pengurusan JWZH

masyarakat, bergantung kepada pendidikan dan pengetahuan warganya. Kajian
oleh (Latiff et al., 2013)menyatakan sistem pendidikan yang dibangunkan
berasaskan wakaf berjaya melahirkan tokoh yang bukan sahaja pakar dalam bidang
masing-masing, malahan juga turut menguasai pengajian agama secara seimbang
seperti yang sistem pendidikan yang lain. Dengan ini, pelajar lulusan institusi wakaf
pendidikan juga mampu menjadi signifikan kepada masyarakat khususnya dalam
proses pembentukan sosial.

4.

Meningkatkan kesedaran berwakaf dikalangan masyarakat

Wakaf memberi banyak manfaat kepada pembangunan ummah. Malaysia adalah
merupakan salah sebuah negara Islam, namum kesedaran berwakaf masih ditahap
kurang memberansangkan. Walaupun pelbagai pihak telah banyak mengajurkan
pelbagai seminar, kursus, konferen dan kempen-kempen bagi memperkasakan
pengetahuan dan kefahaman mengenai wakaf. Namun ianya ternyata masih gagal
mendapat sambutan dari masyarakat. Umumnya, masyarakat masih terikat dengan
fahaman bahawa wakaf hanyalah berbentuk keagamaan sahaja (Mohamad Zaiml,
Khadher, Mohd Farhan, dan Muhammad Ikhlas, 2013). Sehubungan dengan itu,
wajarlah institusi wakaf pendidikan menjadi teras dan platform bagi membuka minda
masyarakat agar lebih mendapat informasi dan input mengenai ilmu wakaf ini. Bagi
membentuk tahap kesedaran masyarakat mengenai wakaf, institusi wakaf
pendidikan perlulah mengadakan usahasama dengan pelbagai pihak seperti
menganjurkan seminar, kursus-kursus dah taklimat umum yang lebih mesra rakyat.

17

Jurnal Pengurusan JWZH

PENUTUP
Wakaf dalam bidang pendidikan adalah pelaburan penting untuk melahirkan modal
insan yang berkualiti. Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi dan bakal dihadapi
dalam membangunkan serta memajukan pendidikan berasaskan dana wakaf.
Sistem wakaf adalah relevan dan fleksibel kerana mampu diadaptasikan dalam
konteks terkini selagimana rukun-rukun wakaf tidak terjejas. Sebarang teknik dan
pendekatan baru samada dalam bentuk strategi ataupun pengurusan sebenarnya
hanyalah alat kepada tujuan sesuatu wakaf itu diwujudkan.

Dengan terbinanya universiti wakaf pertama di Malaysia, UIM diharapkan banyak
agenda kemajuan dapat direalisasikan terutamanya dalam bidang institusi wakaf
pendidikan. Sejarah dan kecemerlangan universiti-universiti di negara-negara Islam
yang lain telah dijadikan model di samping beberapa penambaikan dilaksanakan
bersesuaian dengan acuan kita sendiri untuk memajukan ummah di negara kita. UIM
memainkan peranan utama di dalam mempromosikan kepentingan wakaf dan
menggalakkan lebih ramai umat Islam memanfaatkan harta wakaf di samping turut
menyumbang

kepada

perkembangannya

dalam

bidang

pendidikan

dan

penyelidikan. Justeru itu, beberapa strategi perlu diatur dan dilaksanakan dengan
lebih komprehensif untuk memperkenalkan UIM di serata dunia supaya setaraf
dengan institusi wakaf pendidikan yang ternama di dunia. Secara tidak langsung
ianya memberi implikasi yang besar terhadap arus pendidikan di negara ini bagi
merealisasikan Malaysia sebagai sebuah hub pendidikan serantau.

18

Jurnal Pengurusan JWZH

RUJUKAN

Abd. Manaf Ahmad. (2010). Misteri Kolej Islam Malaya-KIM. Persatuan Bekas Siswa Kolej
Islam Malaya.
Abd. Manaf Ahmad. (2012). Mengapa perlunya Universiti Islam Malaysia . Matang Cipta
Sdn. Bhd.
Abdul Halim Sunny. (2007). Dana wakaf untuk pendidikan: Satu tinjauan awal. Jurnal
Pengurusan Jawhar , 1(2), 33–44.
Abdul Hamid Mar Iman, & Mohammad Tahir Sabit Mohammad. (2014). Waqf property:
Concept, management, development, and financing. Jobor Baharu: Penerbit UTM Press.
Ahmad Zaki Abd Latiff, Norzaidi Mohd Daud, & Che Zuina Ismail. (2008). Pengurusan
harta wakaf dan potensinya ke arah kemajuan pendidikan umat islam di Malaysia.
Jurnal Pengurusan Jawhar , 2(2), 25–61.
Ainul Kauthar Karim, Arieff Salleh Rosman, & Azman Ab Rahman. (2014). Konsep wakaf
kesihatan dan perkembangannya di Malaysia. In The Asean Islamic Endowment
Seminar . Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.
Asmak Ab Rahman. (2009). Peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi umat Islam dan
implikasinya di Malaysia. Shariah Journal, 17(1), 113–152.
Hashim Yaacob, Saerah Petra, Azimah Sumardi, & Hairul Suhaimi Nahar. (2013).
Demonstrating accountability through accounting and reporting: lesson from and awqaf
institutions operating in a non-muslim South East Asia country. In 5th Islamic
Economics System Conference (iECONS 2013), “Sustainable Development Through The
Islamic Economics System.” Kuala Lumpur: Universiti Sains Islam Malaysia.
Hasnol Zam Zam Ahmad. (2007). Cabaran dalam mempertingkatkan potensi pembangunan
tanah wakaf. Jurnal Pengurusan Jawhar , 1(1), 1–12.
Hydzulkifli Hashim Omar, Azizi Abu Bakar, Moha Sollehudin Shuib, & Mohd Kamal
Azman Jusoh. (2014). Penggunaan kaedah BOT dalam usaha membangunkan tanah
wakaf Majoodsaw Pulau Pinang. In The Asean Islamic Endowment Seminar . Nilai:
Universiti Sains Islam Malaysia.
Ismail Omar. (2014). Land question, aspects of management and development. Muafakat
Jaya Percitakan Sdn. Bhd.
Ja’far Khadim Yamani. (1993). Sejarah kedoktoran Islam dari masa ke masa . Bandung: PIM.
Latiff Azha, Sayin Baharuddin, Sayurno, S. S Salahuddin, Mohd Rani Afandi, & Hamid
Afifah H. (2013). The practice and management of waqf education in Malaysia.
19

Jurnal Pengurusan JWZH

Procedia - Social and Behavioral
doi:10.1016/j.sbspro.2013.07.061

Sciences,

90(InCULT

2012),

22–30.

Metamorfosis transformasi KIM-UIM. (2014, March). UIM Bulletin.
Mohamad Zaim Isamail, Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md. Ariffin, & Muhammad Ikhlas
Rosele. (2013). Pemerkasaan wakaf di malaysia: Satu sorotan. In Sustainable
Development Through The Islamic Economics System (pp. 1–12). Kuala Lumpur:
Universiti Sains Islam Malaysia.
Muhammad Nur Effindi. (1997). Cendikiawan Muslim-pembina tamadun dan kecemerlangan
umat. Kuala Lumpur: Jahabersa.
Norsiah Sulaiman, & Farahdina Abdul Manaf. (2009). Peranan harta wakaf dalam bidang
pembangunan dan pendidikan ummah: Fokus dalam bidang perubatan. Jurnal
Pengurusan Jawhar , 3(1), 1–30.
Perjuangan pengiktirafan semula Kolej Islam Malaya (KIM) sebagai Universiti Islam
Malaysia (UIM). (2014, July). UIM Bulletin.
Razali Othman. (2013). Institutsi wakaf sejarah dan amalan masa kini. Bandar Baru Bangi:
Utusan Printcorp Sdn. Bhd.
Rohani Hashim. (1990). Ekonomi dan pendidikan: Peranan institusi wakaf. Jurnal
Pendidikan Islam, 3(1).
Syahnaz Sulaiman. (2008). Hukum pembangunan tanah wakaf khas menurut perspektif
syarak. Jurnal Muamalat, 1, 45–64.
Wan Azmi Wan Ahmad, Muhammad Muzakkir Othman, Mohd Hafiz Abdul Wahab, &
Norhasimah Shaharuddin. (2014). Pembangunan tanah wakaf pendidikan di IPT
Malaysia: satu alternatif untuk mengurangkan kos pengajian. In The Asean Islamic
Endowment Seminar . Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.
Zeghal, M. C. (2010). Al-Azhar Oxford Bibliographies Online Reserach Guide. Oxford
University Press.

20