DATUK SERI S SUBRAMANIAM,

DATUK SERI S SUBRAMANIAM,

  Menteri Sumber Manusia

  Headline: PKS tempatan terus kukuh Publication: BH Date of publication: Nov 22, 2012 Section heading: Bisnes Page number: 006

  SEKTOR perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan terus berkembang di sebalik keadaan ekonomi global yang tidak menentu serta pasaran yang lebih mencabar.

  Mengikut Laporan SME 100 yang diterbitkan SME Magazine, pendapatan bagi 100 PKS utama negara ini meningkat 66.58 peratus pada tahun lalu.

  Peningkatan kukuh

  Penerbit dan Ketua Pengarangnya, Willian Ng, berkata ia adalah peningkatan kukuh berbanding pertumbuhan 13.7 peratus pada 2010.

  "Walaupun pertumbuhan yang dicatatkan 100 syarikat PKS utama itu mungkin tidak mewakili semua PKS, namun ia menangkis mitos perniagaan sektor itu adalah lembap," katanya semasa majlis penyampaian anugerah SME 100 di Kuala Lumpur, kelmarin.

  Anugerah disampaikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

  Ng berkata, pihaknya membuat tinjauan di kalangan 2,000 syarikat PKS terkemuka di negara ini antara Julai dan September lalu.

  Maklum balas

  "Sebanyak 470 syarikat memberikan maklum balas kepada program itu dengan 100 daripadanya terpilih menerima anugerah SME 100.

  "Ia berdasarkan kriteria seperti pertumbuhan pendapatan dan keuntungan, jangkaan perniagaan, pelaburan dalam latihan serta usaha menjalankan kajian dan pembangunan (RD)," katanya.

  Antara penerima anugerah termasuk Beauty Majesty Sdn Bhd, DreamEDGE Sdn Bhd, Miaow Miaow Food Products Sdn Bhd, Real Magic Technology Sdn Bhd, Sonata Green Sdn Bhd, Synergy House Furniture Sdn Bhd, Tune Talk Sdn Bhd, VBC Electro-Heat Sdn Bhd, Villamas Group serta Worldwide Commerce Solution Sdn Bhd.

  Headline: Dana EIF untuk PKS tahun depan RM15 juta Publication: HM Date of publication: Nov 21, 2012 Section heading: Main Section Page number: 040

  KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) memperuntukkan RM15 juta Dana Inovasi Enterpris (EIF) tahun depan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya yang ingin mengkomersialkan produk berinovasi.

  Timbalan Menterinya, Datuk Fadillah Yusof berkata, ia diyakini dapat disalurkan sepenuhnya kepada PKS yang melepasi kelayakan permohonan.

  Katanya, sebanyak RM10 juta dana EIF disediakan untuk tahun ini dan pihaknya sudah meluluskan 28 projek PKS daripada 81 permohonan yang diterima pada 2011.

  "Dana ini untuk memudahkan penyertaan PKS dalam aktiviti inovasi melalui pembangunan atau penambahbaikan produk, proses atau perkhidmatan sedia ada atau baru yang mempunyai elemen inovasi untuk dikomersialkan. Malah, melalui skim ini Mosti menyediakan dana sehingga RM500,000 bagi PKS yang layak.

  "Kami mengalu-alukan mereka yang mempunyai produk atau inovasi terbaru di pasaran mengambil peluang ini untuk memohon EIF, sekali gus untuk pembangunan PKS yang lebih mapan dan berdaya saing," katanya pada sidang media sempena Forum SME CEO 2012 di Petaling Jaya, semalam.

  Fadillah berkata, tahun ini terdapat 49 permohonan diterima, namun hanya sembilan diluluskan dan pihaknya masih membuka peluang kepada PKS untuk tampil dengan idea serta inovasi terkini terutama yang belum ada lagi di pasaran.

  Headline: Lebih banyak syarikat PKS Bumiputera berdaya saing Publication: HM Date of publication: Nov 10, 2012 Section heading: Main Section Page number: 19

  SEMAKIN banyak syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera menunjukkan keupayaan untuk lebih berdaya saing, bukan saja di peringkat domestik, malah antarabangsa.

  Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Datuk Hafsah Hashim berkata, ini dibuktikan menerusi peningkatan penyertaan syarikat Bumiputera dalam Anugerah E50 tahunan SME Corp dengan lonjakan 210 peratus kepada 31 syarikat tahun ini, berbanding hanya 10 syarikat tahun lalu.

  "Syarikat PKS Bumiputera yang menyertai anugerah E50 tahun ini sudah mencapai penarafan empat bintang. Mereka menjalani proses ketat oleh Deloitte Malaysia bagi memastikan yang syarikat Bumiputera ini adalah yang terbaik.

  "Oleh itu, bagi pihak SME Corp, kami ingin melihat mereka menembusi pasaran global berikutan sudah menunjukkan keupayaan dalam pasaran domestik. Kami mahu syarikat Bumiputera mengambil peluang ini dan merebut pasaran dunia kerana mereka lebih terserlah dengan keupayaan masing-masing," katanya selepas mengumumkan pemenang Anugerah E50 tahunan SME Corp di Petaling Jaya, semalam.

  Penyertaan dalam E50 bagi tahun ini berdasarkan jemputan dengan lebih 400 syarikat di bawah program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan (Score) dan bagi yang memperoleh penarafan empat bintang ke atas dipelawa untuk turut serta.

  Tahun ini fokus diberikan untuk memberikan pengiktirafan lebih hebat kepada syarikat yang sudah bersedia untuk masa depan berdaya saing dan boleh berdepan dengan cabaran global.

  Headline: Lebih banyak PKS digalak sertai TeraS Publication: BH Date of publication: Nov 17, 2012 Section heading: Bisnes Page number: 002

  Datuk Seri Najib Razak mahu melihat lebih banyak syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS).

  Perdana Menteri berkata, ia bagi meningkatkan lagi penyertaan Bumiputera secara lebih agresif dalam sektor ekonomi negara.

  "Di bawah SRI Merapatkan Jurang Ketaksamaan, kerajaan telah mengadakan satu program yang dipanggil TeraS kelolaan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

  "Program ini bertujuan melaksanakan langkah mesra pasaran, telus, selain langkah berasaskan merit bagi meningkatkan PKS Bumiputera dengan menyasarkan syarikat Bumiputera berpotensi tinggi untuk ditingkat dan diluaskan jangkauan perniagaan mereka dalam lima hingga sepuluh tahun akan datang.

  "Justeru, PKS Bumiputera digalakkan supaya memohon untuk menjadi sebuah syarikat TeraS melalui laman web TERAJU," katanya ketika mengumumkan laporan prestasi kemajuan terakhir ETP untuk tahun ini di Putrajaya semalam.

  SRI adalah singkatan daripada inisiatif reformasi strategik (SRI) yang diperkenalkan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Ia diperkenalkan bagi memacu Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

  Perdana Menteri berkata, sehingga kini, 246 syarikat PKS Bumiputera telah dikenal pasti di bawah program TeraS yang telah memenuhi kriteria untuk dibangunkan menjadi usahawan berkelas dunia.

  Katanya, daripada 246 di bawah kumpulan itu, 15 syarikat telah mendapat kelulusan untuk menerima dana TeraS membabitkan pinjaman berjumlah RM190 juta.

  "Tiga syarikat lagi menerima kelulusan bagi dana mudah cara berjumlah RM47.2 juta untuk melaksanakan tiga buah projek bernilai RM385 juta," katanya.

  Tingkat penyertaan

  TeraS diperkenalkan khusus untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera secara lebih agresif dalam sektor ekonomi negara.

  Selain fokus kepada pasaran tempatan, program dilancarkan kerajaan tahun lalu itu Selain fokus kepada pasaran tempatan, program dilancarkan kerajaan tahun lalu itu

  

  TERAJU yang dipertanggungjawabkan menguruskan TeraS, menyasarkan membangunkan 1,100 syarikat Bumiputera di bawah program berkenaan.

  Melalui program TeraS, TERAJU kini bekerjasama dengan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta untuk memudahkan peluang perniagaan dan memudahkan faktor pemboleh seperti bakat dan pilihan pembiayaan.

  Sebahagian peserta program itu yang berpotensi tinggi pula akan dimasukkan ke dalam Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

  Program TeraS adalah sebahagian Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) yang menjadi teras utama ETP bagi meningkatkan daya saing negara pada peringkat antarabangsa.

  (END)

  Headline: PKS nadi ekonomi Publication: HM Date of publication: Nov 12, 2012 Section heading: Main Section Page number: 041 Byline Author: Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri

  MALAYSIA perlu mewujudkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdaya saing dan berketahanan kerana ia adalah ramuan penting bagi pertumbuhan ekonomi mampan.

  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, PKS juga penting kepada pembinaan negara dan kerajaan berusaha untuk menggerakkan agenda PKS.

  "Dengan mempunyai sokongan bentuk massa kumpulan PKS yang boleh diharapkan atau pembekal, ia adalah punca kepada kejayaan syarikat besar dan syarikat multinasional (MNC) kerana mereka bersama-sama menyediakan denyutan kepada ekonomi negara ini.

  "Syarikat besar dan MNC juga sangat bergantung kepada PKS kerana mereka menjadi satu rantaian bekalan yang besar serta tanpa salah satu daripada mereka, negara tidak akan mempunyai ekonomi yang cergas dan makmur untuk menyediakan pertumbuhan di dalam negara," katanya dalam ucaptama pada majlis Anugerah Enterprise 50 (E50) 2012 di Petaling Jaya.

  Menurutnya, PKS adalah kira-kira 97 peratus daripada syarikat perniagaan di negara ini dan menyumbang 32.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

  Mustapa berkata, PKS juga menggunakan 59 peratus daripada tenaga kerja Malaysia dengan jumlah itu dijangka meningkat kepada 62 peratus menjelang 2020 dan PKS diseru untuk memberi fokus bagi pengukuhan produk serta perkhidmatan masing- masing bagi menembusi pasaran seberang laut.

  "Kita akan terus memudahkan kemasukan anda, melalui pelbagai perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang membabitkan Malaysia pada peringkat dua hala dan serantau," katanya.

  Headline: IRDA sedia ruang PKS berkembang Publication: BH Date of publication: Nov 9, 2012 Section heading: Main Section Page number: 023

  Sebagai negeri ketiga dengan bilangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) paling banyak di Malaysia, Johor mahu membangunkan lagi sektor ini yang mana kewujudan koridor pembangunan selatan, ISKANDAR MALAYSIA bertindak sebagai pemangkin kepada usaha ini.

  Dengan sejumlah 69,030 PKS, sebahagian besarnya terbabit dalam sektor perkhidmatan manakala sektor pembuatan serta pembinaan dilihat sebagai bidang yang semakin banyak diceburi.

  Pelaburan meningkat

  Justeru, dengan pembangunan yang semakin berkembang dan pelaburan yang semakin meningkat, ISKANDAR MALAYSIA melihat perlunya PKS di negeri Johor dibangunkan dan dipertingkatkan seiring kepesatan yang berlaku di koridor pembangunan itu selaras visinya menjadi metropolis bertaraf antarabangsa.

  Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim, berkata ekonomi tanpa sempadan memberikan ruang tidak terhad kepada PKS untuk berkembang, justeru kerjasama pintar dan strategik dengan agensi dan syarikat perniagaan adalah 'game changer' paling cepat.

  "Dalam usaha bergerak ke hadapan, kita perlu segera mempercepatkan pertumbuhan dan pengantarabangsaan PKS supaya pembabitan mereka dalam kepesatan pembangunan ISKANDAR MALAYSIA dirasakan," katanya

  Jelas Ismail lagi, IRDA pada masa ini agresif memastikan projek pemangkin utamanya direalisasikan terutama sektor pelancongan, penjagaan kesihatan, kreatif serta minyak dan gas.

  "Dengan pertumbuhan projek-projek ini, IRDA melihat kepada keperluan dua asas utama contohnya sumber manusia dengan apa yang lebih penting menterjemahkan peluang-peluang ini kepada PKS terutama PKS tempatan," katanya.

  Bersandarkan kedudukan Johor dalam ranking PKS peringkat nasional, penting untuk IRDA mula melabur dalam pelan strategik PKS kebangsaan melalui data yang lengkap, arah tuju dan petunjuk prestasi, kata Ismail.

  Bentuk usahawan berjaya

  Untuk menuju ke arah ini, IRDA melaksanakan beberapa program dan inisiatif tahun ini dalam membentuk usahawan berjaya dan peluang memperoleh dana. Selain itu ia juga melaksanakan program outreach dengan tumpuan kepada latihan dan pendidikan bagi menyokong PKS.

  IRDA turut memainkan peranan penting menyediakan kemudahan dan sebagai saluran utama menghubungkan PKS dengan agensi berkaitan untuk melihat peluang-peluang yang boleh diraih.

  Apa yang dilakukan ini adalah supaya PKS mempunyai wawasan jelas untuk berkembang, meningkatkan produktiviti dan melaksanakan amalan global bagi daya tahan yang mapan.

  Namun, dalam usaha meningkatkan pertumbuhan dan pencapaian PKS di ISKANDAR MALAYSIA, IRDA juga melihat perlunya membentuk PKS jenis baru untuk sama berkongsi wawasan yang dicipta.

  Justeru kata Ismail, pelan strategik ISKANDAR MALAYSIA dalam bidang ini harus cenderung kepada teknologi, inovasi dan keusahawanan dengan sokongan kepada pertumbuhan produktiviti, ruang bergerak, inovasi, harta intelek dan kemahiran sumber manusia.