Industri Kecil Dan Sederhana Sumber Elek

Insentif kepada syarikat mendaftar dengan SSM

  SUBANG JAYA 10 April - Pemberian insentif akan diberikan kepada usahawan yang masih lagi belum mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

  Ini kerana, kira-kira 31 peratus usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini masih lagi belum mendaftar.

  Ketua Eksekutif SME Corp., Datuk Hafsah Hashim berkata, langkah mendaftar itu juga bertujuan untuk membantu syarikat berkenaan daripada pelbagai aspek termasuk pengembangan dan mengenal pasti potensi mereka.

  "Kita dapati masih banyak lagi syarikat yang tidak mendaftar, setakat ini kita mempunyai 645,000 syarikat yang berdaftar," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan seminar Jaringan Sinergi Usahawan Wanita 2013 di sini hari ini.

  Seminar tersebut dianjurkan bagi menyokong transformasi ekonomi kerajaan (ETP) dalam memacu ekonomi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

  Seminar bertemakan Transformasi Ke Arah Penjanaan Ekonomi dikhususkan di kalangan usahawan wanita bagi memperluaskan jaringan perniagaan selain perkongsian maklumat daripada tokoh perniagaan yang berjaya.

  Katanya, SME Corp. turut menyasarkan 30 peratus usahawan wanita PKS menjelang 2020 berbanding 19.1 peratus pada masa kini.

  "Sektor perkhidmatan seperti bidang peruncitan, salon dan spa banyak diceburi oleh kaum wanita dan turut mendapat perhatian ialah industri pembuatan.

  "Kita menggalakkan usahawan wanita untuk terus berdaya saing dan mengenalpasti potensi dan mengasah bakat mereka agar dapat meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi," katanya.

  ARKIB : 08042013

  Produk bermutu tarik pelancong

  Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA utusansabahutusan.com.my

  Jamawi Jaafar (kanan) dan Dayang Khatijah (tengah) semasa meninjau persiapan Karnival IKS di Padang Bandaran Tenom, baru-baru ini.

  TENOM 7 April - Pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), khususnya di kawasan pedalaman disarankan merebut peluang bagi memperbanyakkan pengeluaran produk bermutu termasuk hasil kraf tangan berciri tempatan.

  Exco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, produk tempatan yang berkualiti akan memberikan kelebihan kepada pengusaha IKS mengembangkan perniagaan mereka, sekali gus menembusi pasaran luar negara.

  Menurutnya, ini juga berfungsi sebagai daya tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara untuk berkunjung ke Sabah, khususnya daerah Tenom.

  "Oleh itu, kita menggalakkan pengusaha IKS mengambil kesempatan mempromosikan produk mereka sempena Karnival Usahawan IKS yang berlangsung di Padang Bandaran Tenom selama tiga hari sehingga Ahad ini," katanya ketika ditemui semasa meninjau tapak karnival IKS di Padang Bandaran di sini baru-baru ini.

  Jamawi berkata, karnival anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Sabah bersama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu merupakan platform terbaik untuk mengetengahkan produk tempatan berasaskan pertanian, selain hasil kraf tangan unik sebagai cenderamata bagi tarikan pelancong.

  Katanya, karnival yang diadakan ini adalah sebagai medan untuk memasarkan produk masing-masing dan bagi orang ramai, mereka boleh membeli produk berkaitan sebagai sokongan kepada para pengusaha IKS di negeri ini.

  Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil negeri, Dayang Khatijah Datu Bakhtial berkata, karnival tersebut membabitkan lebih 50 gerai.

  "Kami berharap karnival ini dapat mendedahkan pengunjung luar termasuk pelancong asing tentang kekayaan serta keunikan produk kraf tangan tempatan," ujarnya.

  ARKIB : 04042013

Produk halal PKS meningkat lima peratus

  KUALA LUMPUR 3 April - Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) yakin eksport produk halal perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan meningkat lima peratus tahun ini daripada RM33 bilion yang dicatatkan pada 2012, kata Ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Seri Jamil Bidin.

  Beliau berkata, angka eksport bagi ramuan halal tahun lepas hampir sama dengan makanan halal, iaitu RM12 bilion dan dijangka meningkat tahun ini.

  "Sasaran itu boleh dicapai memandangkan pasaran di China dan Indonesia telah meningkat dan permintaan untuk produk halal juga telah meningkat, terutamanya ramuan halal," katanya pada satu sidang media di Persidangan Minggu Halal Dunia Kuala Lumpur 2013 di sini hari ini.

  HDC hari ini menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Pusat Pembangunan Reka Cipta (DDEC), satu unit Majlis Amanah Rakyat (Mara), untuk penyediaan perkhidmatan meningkatkan pembungkusan produk halal dan dengan unit Sirim Bhd, SIRIM-QAS International, untuk perkhidmatan analisis jurang kepada MS1514:2009 - "Amalan Pengeluaran Terbaik untuk Makanan."

  Kedua-dua usaha sama itu dicapai di bawah Program Transformasi Perniagaan Halal HDC, satu inisiatif yang disasarkan untuk meningkatkan daya saing dan prestasi perniagaan pengeluar halal tempatan.

  DDEC akan menawarkan satu rangkaian perkhidmatan pembungkusan yang lebih baik kepada firma halal yang didaftarkan di bawah Program Inkubasi HDC, untuk lebih penyertaan alam pasaran halal.

  Sementara itu, Mara berkata, ia telah melabur RM30 untuk setiap taman halal dengan fasiliti asas.

  Timbalan ketua pengarah (keusahawanan), Datuk Mohd. Rosdi Ismail, berkata pada masa ini terdapat 23 taman halal di negara ini. - BERNAMA

  "Taman halal adalah untuk industri makanan dan kesemuanya adalah untuk pasaran eksport sementara Taman Perusahaan adalah untuk pasaran berteraskan perkhidmatan. - BERNAMA

  ARKIB : 01042013

Usahawan IKS perlu bijak rebut peluang niaga

  KUALA LUMPUR 31 Mac - Usahawan bumiputera terutamanya dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS) perlu bijak merebut peluang perniagaan dan tampil lebih berani dalam memantapkan jenama perniagaan bagi mengelakkan ketinggalan dalam dunia perniagaan.

  Pengarah Urusan JW United Corporation Sdn. Bhd., Juzairah Wazir berkata, kebanyakan usahawan IKS mempunyai idea serta produk yang baik tetapi kurang pendedahan dari segi pemasaran.

  “Usahawan serta bakal-bakal usahawan bumiputera perlu merebut peluang yang ada, mencari kekuatan dan merujuk kepada pihak yang arif tentang selok-belok perniagaan seperti SME Corp. atau Bank Rakyat agar mendapat pendedahan yang betul.

  “Mereka juga perlu mempunyai jati diri dan perlu mengetahui kekuatan produk mereka dengan menghadiri kelas atau bengkel perniagaan yang dianjurkan dari semasa ke semasa agar tampil sebagai usahawan terbilang," katanya.

  Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan hampir 20 usahawan pelbagai produk di bawah bimbingannya termasuk D' Suri Beauty Wellness; NMR Beauty dan Wellness; Aman Tailor dan Tyzo Sdn. Bhd. sempena Program Sembang Santai Keusahawanan Bumiputera Malaysia di sini hari ini.

  Dalam program itu, JW United Corporation Sdn. Bhd turut menaja akhbar Utusan Malaysia sebanyak RM1,000 bagi membudayakan amalan membaca selain mendedahkan mereka dengan ilmu pengurusan perniagaan.

  Menurut Juzairah, program itu diadakan buat kali pertama sebagai medan kepada usahawan IKS bumiputera dari seluruh negara bertemu dan saling bertukar pendapat mengenai perniagaan mereka.

  Ujarnya, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan termasuk geran khusus kepada rakyat untuk memulakan perniagaan dan usahawan IKS perlu mempunyai kesungguhan untuk memajukan perniagaan.

  ARKIB : 24022013

  RM50.5j bantu usahawan kecil

  Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA utusanmelakautusan.com.my

  SEBAHAGIAN usahawan menunjukkan cek pembiayaan Yayasan Tekun Nasional bersama Mohd. Ali Rustam (depan, empat dari kiri) pada Festival Industri Kecil Sederhana 2013 di Kota Fesyen, MITC, Melaka, semalam. - MINGGUANGAIE UCHEL

  MELAKA 23 Feb. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Yayasan Tekun Nasional (YTN) memperuntukkan sehingga RM50.5 juta bagi program pembiayaan kemajuan perniagaan usahawan kecil di negeri ini.

  Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembiayaan yang diperuntukkan oleh kedua-dua agensi kerajaan itu pada tahun ini melibatkan sejumlah RM30.5 juta oleh Mara manakala RM20 juta lagi oleh YTN.

  "Selain Mara, YTN adalah antara agensi yang banyak memberikan bantuan pinjaman kepada pengusaha di negeri ini.

  "Pada tahun lalu, seramai 1,393 orang pengusaha telah direkodkan sebagai penerima pinjaman YTN berjumlah RM15.9 juta dan pada tahun ini agensi itu memperuntukkan sehingga RM20 juta sebagai bantuan pinjaman kepada usahawan.

  "Sudah tentu peningkatan peruntukan ini adalah satu berita gembira kepada golongan usahawan dan sewajarnya mereka mengambil peluang yang telah disediakan," katanya.

  Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Industri Kecil Sederhana (FIKS) 2013 di Kota Fesyen, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

  Yang turut hadir Pengurus Bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Jabatan Ketua Menteri Melaka, Azlieza Azizan dan Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Prof. Madya Mohd. Adnan Hashim.

  Program anjuran UiTM dan PKS itu berjaya menarik lebih 20 usahawan yang berkemahiran dalam bidang keusahawanan bukan sahaja dari segi promosi, malah kualiti pembungkusan.

  Pada majlis yang sama, seramai 14 usahawan menerima cek pembiayaan YTN berjumlah RM167,000.

  Menurut Mohd. Ali, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut membantu perkembangan perniagaan usahawan di negeri ini khususnya dalam memasarkan produk pertanian dan industri asas tani.

  "Daripada rekod yang diperoleh, pada tahun lalu seramai 228 peniaga dan telah menerima manfaat bantuan ruang pasaran oleh FAMA di pasar-pasar tani manakala 202 orang dan peningkatan industri asas tani seramai 202 orang," katanya.

  ARKIB : 23022013

Batu Pahat bakal ‘bandar jajan’, perkasa pembagunan IKS

  BATU PAHAT 22 Feb. - Pejabat Daerah Batu Pahat menyasarkan menjadikan daerah ini sebagai ‘bandar jajan’ (bandar makanan ringan) dengan memperkasa pembangunan perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) yang diusahakan masyarakat tempatan.

  Pegawai Daerah, Ab. Wahab Ridwan berkata, sasaran itu bukan perkara mustahil direalisasikan kerana terdapat lebih 1,000 pengusaha makanan ringan seperti kerepek, kuih, keropok dan makanan sejuk beku beroperasi di sini.

  Menurutnya, Batu Pahat sebelum ini dikenali sebagai daerah yang menghasilkan makanan ringan paling banyak oleh pelbagai pihak seperti usahawan koperasi, persatuan penduduk dan individu.

  “Oleh itu, pejabat daerah mahu mereka (pengusaha) meneruskan perusahaan ini selain mendapat sokongan kami untuk menjadikan daerah Batu Pahat sebagai ‘bandar jajan’ di negeri ini, sekali gus menjadi lokasi persinggahan pelancong.

  “Bagi merealisasikan hasrat itu, pengusaha akan dibantu dari segi kewangan, nasihat dan kursus tertentu menerusi kerjasama dengan agensi kerjaan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara)," katanya semasa melawat pengusaha IKS di Semerah, di sini kelmarin.

  Turut hadir Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, Datuk Ariss Samsudin.

  Mengenai lawatannya, Ab. Wahab berkata, pengusaha IKS di daerah ini akan dipantau bagi memastikan tiada yang menjalankan perniagaan secara ‘sekerat jalan’ selepas mendapat bantuan kewangan.

  ARKIB : 18022013

  Pengusaha IKS diberi peralatan

  Oleh ZULHISHAM ISAHAK pengarangutusan.com.my

  ABDUL Ghani Othman memperkatakan sesuatu kepada penerima Bantuan Program Galakan Usahawan di tapak pasar malam pekan Serom, Serom 3, Ledang, baru-baru ini.

  LEDANG 17 Feb. - Seramai 81 penerima Bantuan Program Galakan Usahawan Jabatan Pertanian negeri di tapak pasar malam pekan Serom, Serom 3 di sini kelmarin, berazam meningkatkan produktiviti melalui bantuan mesin, peralatan dan insentif yang diterima.

  Menurut mereka, bantuan itu membuktikan kerajaan negeri serius membangunkan sektor pertanian selain menunjukkan keprihatinan terhadap pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) serta petani walaupun negeri ini terkenal dengan sektor perkhidmatannya.

  Seorang penerima, Sadeli Katimin, 43, dari Parit Haji Idris, Bukit Gambir di sini mendapat sebuah mesin memerah santan bagi memudahkannya memproses dodol yang diusahakannya sejak dua tahun lalu.

  Beliau yang menerajui syarikat SMTC Impian Bonda Enterprise yang memasarkan dodol ke Muar dan Batu Pahat berkata, mesin berharga RM6,000 itu mampu menambah kuantiti pengeluaran kuih tradisional tersebut.

  "Jika sebelum ini pembuatan dodol agak lambat kerana saya terpaksa parut dan kisar sendiri kelapa dan kemudian memerahnya, ini memakan masa untuk menghasilkan dodol. Dengan adanya mesin ini ia mempercepatkan pembuatannya.

  "Diharap dengan adanya mesin ini akan dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan saya. Jika tidak ada permintaan dodol, saya juga menjual santan di Pasar Tani Bukit Gambir. Saya bercadang menambah mesin ini kerana permintaan dodol semakin meningkat," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

  Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom merasmikan majlis melibatkan 81 penerima dengan 13 daripada mereka menerima bantuan projek IKS dan selebihnya menerima insentif Program Meningkat Pengeluaran Tanaman Makanan.

  Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Ab. Aziz Kaprawi; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M. Asojan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang.

  Norwati Jani, 58, dari Parit Jarum Darat, turut bersyukur kerana terpilih menerima sebuah mesin pemotong rumput kerana dapat meringankan bebannya yang sebelum ini terpaksa memotong sendiri rumput untuk kambing peliharaan.

  Ibu kepada lima anak itu berkata, dia sudah lama merancang mendapatkan mesin berharga RM4,000 itu supaya urusan penyediaan rumput sebagai makanan lebih 100 ekor kambing dapat dilakukan dengan cepat.

  "Mesin ini menjimatkan tenaga kerana sebelum ini dua pekerja diperlukan untuk memotong rumput sebelum boleh diberi makan kepada kambing. Mesin ini memotong rumput secara lebih halus berbanding kaedah biasa," katanya.

  ARKIB : 09022013

  Usahawan kecil, sederhana diingat tidak lupa jasa kerajaan

  PERDANA Menteri, Najib Tun Razak beramah mesra dengan usahawan-usahawan TEKUN Malaysia selepas merasmikan Konvensyen Usahawan Tekun Ekspo Keusahawanan TEKUN Nasional 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSANDJOHAN SHAHRIN SHAH

  PARA peserta Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) mengangkat sepanduk I Love PM pada Konvensyen Usahawan TEKUN dan Ekspo Keusahawanan TEKUN Nasional 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpurt hari ini. – BERNAMA

  KUALA LUMPUR 9 Feb. - Golongan usahawan kecil dan sederhana perlu lebih dinamik, tidak berada di takuk lama dan tidak melupakan jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memberikan bantuan dan peluang untuk mereka mengembangkan perniagaan.

  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) telah memberi bantuan pinjaman kepada 250,000 usahawan kecil dan sederhana untuk memulakan perniagaan mereka.

  "Jangan lupa jasa kerajaan, yang sokong (kerajaan) dapat (pinjaman Tekun), yang tidak sokong pun dapat, kadang-kadang kita sedih juga, kita buat susah-susah, mereka kutuk, bila dapat apa-apa bantuan dia yang tercegat di depan kita.

  "Yang paling penting kita sudah faham, sudah tahu siapa yang tolong kita selama ini. Kalau dapat mandat dari rakyat, bukan sahaja Tekun bertambah maju dan dapat lahirkan ribuan usahawan tetapi negara ini dapat dimartabatkan sebagai negara maju dan berjaya," katanya.

  Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Usahawan Tekun dan Ekspo Keusahawanan Tekun Nasional 2013 bertemakan 'Melahirkan Komuniti Usahawan Tekun yang Berdaya Usaha, Jujur dan Progresif' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

  Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan.

  Najib berkata, usahawan juga perlu menetapkan strategi perniagaan mereka yang boleh merangsang perniagaan untuk berkembang sehingga boleh menembusi pasaran antarabangsa.

  "Selain daripada perancangan perniagaan, juga perlu fikir bagaimana kita sebagai seorang peniaga disenangi oleh pelanggan, apakah ciri-ciri yang patut ada yang boleh menyebabkan pelanggan menyukai kita," katanya.

  Beliau berkata, sama seperti politik, perniagaan juga menuntut supaya setiap janji kepada pelanggan haruslah ditepati agar pelanggan terus meletakkan kepercayaan kepada mereka sekali gus dapat membina reputasi yang baik.

  Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan Anugerah Usahawan TEKUN Cemerlang, Anugerah Kelab Komuniti Usahawan TEKUN (KKUT) Terbaik dan menyampaikan sijil pelantikan kepada pengerusi KKUT negeri-negeri. - BERNAMA

  ARKIB : 12122012

  Usahawan IKS AIM perlu cemerlang

  Oleh SAHBULAH DARWI utusankedahutusan.com.my

  MUKHRIZ Tun Mahathir (kiri) membantu menyediakan bubur asyura ketika merasmikan Hari Keluarga AIM di SK Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah, baru-baru ini.

  JERLUN 11 Dis. - Sebanyak 1,920 sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di daerah ini diseru meningkatkan kemampuan pengeluaran produk-produk industri kecil dan sederhana (IKS) bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.

  Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sahabat AIM yang terdiri daripada para usahawan kecil itu perlu berusaha meningkatkan kualiti dan kuantiti produk-produk mereka untuk bersaing dalam pasaran tempatan.

  "Di Jerlun setakat hari ini, AIM telah menyediakan bantuan pinjaman sebanyak RM14 juta kepada penerima yang merupakan usahawan, peniaga, petani dan nelayan," katanya selepas merasmikan hari Keluarga AIM di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Bendahara, Kodiang di sini kelmarin.

  Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Abu Hassan Sarif dan Naib Ketua Bahagian, Datuk Othman Aziz.

  Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, rata-rata sahabat AIM diberi pinjaman antara RM50,000 hingga RM100,000 seorang untuk membangunkan perniagaan atau sebarang perusahaan.

  "Kita harap mereka dapat meningkatkan lagi pendapatan menerusi peningkatan mutu dan hasil pengeluaran masing-masing dari semasa ke semasa," jelas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah itu.

  ARKIB : 08122012

  1,272 usahawan IKS terima TEKUN RM10.4 juta

  SAIPOLBAHRI Suib (kiri) menyerahkan cek pinjaman TEKUN kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan oleh Kamaruzaman Subari di Bakri, Muar semalam.

  MUAR 7 Dis. - Sebanyak RM10.4 juta disalurkan pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) kepada 1,271 pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di Parlimen Bakri sejak Januari 2001 hingga awal bulan ini.

  Pengurus TEKUN Parlimen Bakri, Kamaruzaman Subari berkata, pada tahun ini sahaja seramai 200 usahawan IKS telah menerima dana berjumlah RM2.09 juta, sekali gus melepasi sasaran peminjam iaitu seramai 120 orang.

  "Peningkatan bilangan peminjam TEKUN bukan hanya berlaku di Parlimen Bakri, tetapi di seluruh negara berikutan peningkatan peruntukan yang disediakan kerajaan untuk membantu golongan usahawan dalam bidang IKS.

  "TEKUN semakin menjadi pilihan usahawan IKS untuk mendapatkan pinjaman antara RM1,000 hingga RM50,000 kerana proses permohonannya mudah dan cepat berbanding institusi perbankan," katanya semasa ditemui pada Majlis Penyampaian Cek Pinjaman TEKUN kepada 24 usahawan IKS Parlimen Bakri di Restoran Kita, Bakri, dekat sini hari ini.

  Penyerahan cek tersebut disempurnakan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Saipolbahri Suib. Yang turut hadir Pengarah TEKUN negeri, Zuraidi Khalid.

  Dalam perkembangan lain, Kamaruzaman berkata, bilangan peminjam dari Bakri yang disenarai hitam kerana kegagalan melunaskan pinjaman dalam tempoh lima tahun masih lagi terkawal dan akan dibantu untuk meringankan beban mereka.

  Beliau berkata, TEKUN akan menyediakan inisiatif lain untuk membantu mereka memulihkan nama dengan memanjangkan semula tempoh pembayaran balik mengikut jumlah yang lebih rendah.

  Sementara itu, Saipolbahri menyarankan supaya sebuah persatuan usahawan IKS ditubuhkan di Bakri yang akan dikendalikan TEKUN dan menjadi rangkaian dengan berfungsi membantu mereka memajukan perniagaan masing-masing.

  "Cara seperti ini sudah lama digunakan oleh usahawan Cina sehingga menjadikan ramai antara mereka berjaya dalam perniagaan yang dijalankan," katanya.

  Seorang penerima pinjaman, Nuryushanun Yusof, 25, gembira kerana berjaya mendapatkan pinjaman kedua berjumlah RM19,646 pada kali ini.

  Dia yang mengusahakan perniagaan menjual pakaian di Jalan Ibrahim, di sini bercadang menggunakan pembiayaan itu sebagai modal tambahan untuk membesarkan perniagaan yang diusahakannya sejak tiga tahun lalu.

  ARKIB : 20112012

PKS sumbang 8.4 KDNK

  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berjaya menyumbang sebanyak 8.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan.

  Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sumbangan itu sekali gus memperlihatkan penggiat industri PKS mula menjadi syarikat besar dengan turut tersenarai di Bursa Malaysia.

  "Jika dahulu peratusan pendaftaran PKS adalah sebanyak 99.5 peratus, tetapi kini jumlah itu menurun kepada 97 peratus.

  "Ini petanda baik dan bukti peniaga PKS tidak lagi berterusan melibatkan diri dengan hanya berniaga secara kecil-kecilan sebaliknya telah mula meningkatkan diri menjadi syarikat-syarikat besar," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

  Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) yang meminta kementerian itu menyatakan keberkesanan industri PKS menerusi program- program yang dianjurkan kerajaan.

  Mukhriz berkata, antara faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan itu termasuk hasil program pemadanan syarikat industri kecil dengan syarikat milik kerajaan (GLC).

  Katanya, setakat ini, sebanyak 1,902 PKS telah menikmati proses pemadanan tersebut melibatkan nilai potensi jualan sebanyak RM1.4 bilion.

  "Menerusi proses pemadanan itu kita turut meningkatkan pencapaian mereka dengan keupayaan untuk mengeksport. Peningkatan ini jelas dilihat setelah mereka menyertai pameran tahunan anjuran kementerian khusus untuk PKS," katanya.

  Beliau menambah, daripada bilangan PKS yang berjaya, kementerian telah membantu

  47 syarikat untuk proses penjenamaan semula produk bagi mendapat pengiktirafan peringkat nasional dan antarabangsa.

  ARKIB : 17112012

Rebut peluang majukan industri IKS

  SEREMBAN 16 Nov. - Pelbagai ruang dan peluang yang disediakan oleh kerajaan menerusi Bajet 2013 bagi merangsang serta memajukan industri kecil dan sederhana (IKS) ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan usaha kerajaan negeri memperkasakan sektor berkenaan.

  Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, antara peluang yang disediakan oleh kerajaan termasuklah dana, kursus serta latihan bagi membolehkan orang ramai berkecimpung dalam bidang IKS.

  ''Malah kerajaan turut menyediakan peluang bagi mereka menerokai pasaran dalam dan luar negara menerusi pameran dan promosi produk yang dianjurkan oleh pihak kementerian dan kerajaan negeri.

  ''Agensi kerajaan seperti Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) turut menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan," katanya ketika di sini hari ini.

  Menurutnya, kerajaan negeri melihat IKS mampu dikembangkan, malah boleh menjana pendapatan usahawan yang terlibat dalam sektor berkenaan, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar.

  Ditanya tentang jumlah IKS di negeri ini, Yunus menjelaskan, setakat ini terdapat 2,800 pengusaha di negeri ini yang bergiat aktif dan mengusahakan pelbagai produk termasuklah makanan, perkhidmatan dan sebagainya.

  Pada masa sama, beliau menjelaskan kerajaan negeri turut menyasarkan penambahan lima peratus usahawan dalam sektor ini.

  Kata beliau, bagi menjayakan hasrat berkenaan, semua jabatan diminta untuk membantu IKS bagi memastikan matlamat itu tercapai.

  ''Kita hendak supaya semua agensi yang membangunkan IKS menitikberatkan soal keberkesanan serta keberhasilan golongan ini untuk merebut peluang menghasilkan produk yang boleh dipasarkan.

  ''Apa yang dapat kita lihat ketika ini, banyak produk yang dihasilkan sektor IKS bermutu tinggi. Apabila ada bantuan daripada agensi kerajaan, diyakini produk ini akan dapat dipasarkan bukan setakat di negeri ini, malah di luar negara," jelas.

  ARKIB : 12112012

Wujudkan lebih banyak PKS

  KUALA LUMPUR 11 Nov. - Malaysia perlu mewujudkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdaya saing dan berketahanan kerana ia merupakan ramuan penting bagi pertumbuhan ekonomi mampan.

  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, PKS juga penting kepada pembinaan negara yang merupakan sebab penting menggerakkan agenda PKS.

  "Dengan mempunyai sokongan bentuk massa kumpulan PKS yang boleh diharapkan atau pembekal adalah kuncu kepada kejayaan syarikat besar dan syarikat multinasional (MNC), kerana secara bersama, mereka menyediakan denyutan negara ini," katanya.

  Mustapa menekankan demikian pada majlis Anugerah Enterprise 50 (E50) 2012. Katanya syarikat besar dan MNC sangat bergantung kepada PKS kerana mereka

  menjadi satu rantaian bekalan yang besar dan tanpa salah satu daripada mereka, negara tidak akan mempunyai ekonomi yang cergas dan makmur yang menyediakan pertumbuhan di dalam negara.

  Mustapa berkata, PKS merupakan kira-kira 97 peratus daripada syarikat perniagaan di negara ini dan menyumbang 32.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

  PKS juga mengambil kerja 59 peratus daripada tenaga kerja Malaysia dan dijangka meningkat kepada 62 peratus menjelang 2020.

  Beliau juga menyeru PKS untuk memberi fokus bagi pengukuhan produk dan perkhidmatan masing-masing bagi menembusi pasaran seberang laut. — BERNAMA

  ARKIB : 20102012

RM16.1 bilion bagi tingkat keupayaan PKS sejak 2006

  PAGOH 20 Okt. - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM16.1 bilion sejak 2006 bagi meningkatkan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

  Beliau berkata, kesungguhan kerajaan membantu golongan itu diteruskan dalam Bajet 2013 dengan menyediakan dana RM1 bilion untuk memajukan lagi perniagaan mereka; RM200 juta bagi PKS yang mempergiatkan industri Halal; dan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok berjumlah RM16 juta setahun.

  Kerajaan juga, katanya menyediakan skim pinjaman memodenkan perniagaan golongan penjaja dan peniaga kecil melalui model licensing dan franchising yang meliputi kemudahan pinjaman sehingga RM25,000 bagi licensee, dan RM500,000 kepada licensor.

  "Sewajarnya kita merasa bangga dan bersyukur kerana pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dalam menyediakan dan menyalurkan segala bentuk bantuan seperti khidmat nasihat, pembekalan, peralatan, pemasaran di samping suntikan modal pembiayaan dari pihak kerajaan," katanya semasa merasmikan Karnival Keusahawanan dan Pendidikan Johor anjuran Mara di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini. - BERNAMA

  ARKIB : 16102012

PKS Malaysia dalam proses integrasi

  PETALING JAYA 15 Okt. - Pengusaha kecil dan sederhana (PKS) Malaysia dalam proses berintegrasi dagangan dengan PKS dan syarikat-syarikat besar antarabangsa.

  Malah, PKS tempatan kini berpotensi untuk menjadi vendor dan pembekal barangan kepada syarikat multinasional di luar negara.

  Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria berkata, pelan induk SME telah pun dikeluarkan bagi tujuan integrasi tersebut.

  Katanya, bagi pihak kementerian, integrasi di peringkat Asia Pasifik akan berlaku di peringkat Kementerian Pengangkutan dengan Jabatan Imigresen dan lain-lain lagi.

  "Melalui pelan induk baharu PKS, kami telah melakukan kerjasama di antara PKS dengan kementerian, industri dan sektor swasta,'' katanya.

  Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Forum Perniagaan Asia Pasifik 2012 di sini hari ini.

  Tambah Rebecca Fatima, PKS tempatan memainkan peranan penting dalam negara. Katanya, selagi pertumbuhan perniagaan di Asia Pasifik berlaku, selagi itu PKS

  tempatan akan berkembang pantas. "Kami di kementerian telah menyediakan kemudahan dagangan kepada PKS tempatan

  untuk berkembang luas di luar negara," ujarnya. Ditanya mengenai penglibatan PKS dalam Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di

  peringkat ASEAN dan Asia Pasifik, jelas Rebecca Fatima, pihaknya kini dalam proses menyediakan klinik bagi membimbing PKS mengenai perkara itu.

  "Kami mahu para PKS mengambil peluang hasil FTA yang terbentuk,'' ujarnya.

  ARKIB : 13102012

Lebih banyak PKS Malaysia teroka India

  PUNE, India 12 Okt. - Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia berkembang secara agresif ke India, dengan peluang yang luas dalam negara yang mempunyai lebih satu bilion penduduk itu, kata Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia yang berpangkalan di Mumbai, Noraslan Hadi Abdul Kadir.

  "Apabila saya tiba pada 2009, banyak syarikat besar telah datang ke India, tetapi sekarang kita melihat lebih banyak PKS Malaysia memasuki negara ini.

  "Terdapat pelbagai industri seperti bahagian dan komponen automotif serta bekalan komponen bagi sektor pembinaan di sini.

  "Ada yang telah membuka barisan pemasangan. Mereka mengimport komponen separa terurai dan melakukan pemasangan di sini untuk pasaran India," katanya di luar acara Showcase Malaysia 2012 hari ini.

  Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Mah Siew Keong berkata, lebih banyak syarikat Malaysia perlu meneroka ke India.

  "Matrade akan menyediakan semua bantuan yang diperlukan untuk mengukuhkan kehadiran mereka di sini memandangkan kita kini tidak lagi memberi tumpuan kepada perdagangan sahaja tetapi juga pelaburan," katanya.

  Noraslan berkata, Matrade kini boleh membantu syarikat-syarikat ini menembusi pasaran India, peranan yang sebelum ini di bawah Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA). - BERNAMA

  ARKIB : 10102012

MITI kaji perkenal program mentor PKS

  KUALA LUMPUR 9 Okt. - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang mengkaji untuk memperkenalkan program mentor kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

  Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, program tersebut akan melibatkan PKS mendapatkan bimbingan daripada syarikat-syarikat yang telah berjaya.

  “Sebagai contoh Datuk Ameer Ali Mydin yang membangunkan Mydin Holdings Sdn. Bhd. dan Datuk Maznah Abdul Hamid dengan syarikat Securiforce Group of Companies tanpa mengharapkan bantuan kerajaan.

  “PKS juga perlu berdikari dalam memastikan kejayaan syarikat dan tanpa terlalu mengharapkan bantuan kerajaan," katanya.

  Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penutup program SME- University Internship 2012 Championship di sini hari ini.

  Hadir sama Pengerusi SME Corp., Datuk Mohamed Al Amin Abdul Majid, Timbalan Menteri MITI, Datuk Mukhriz Mahathir dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., Rohana Ramly.

  Tambah Mustapa, kementeriannya juga menggalakkan pelajar universiti untuk memilih bidang keusahawan sebagai kerjaya selepas tamat pengajian.

  Terdahulu, sebanyak 68 pelajar dari 12 universiti awam telah mengambil bahagian dalam ‘SME- University Internship 2012 Championship’ anjuran SME Corporation Malaysia (SME Corp.) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

  ARKIB : 05102012

  Bukti kerajaan konsisten bantu pembangunan PKS

  Oleh CENTRE FOR ENTREPRENEUR DEVELOPMENT, SME BANK PEMBENTANGAN Bajet 2013 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri baru-

  baru ini sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan. Dalam konteks pembangunan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), bajet itu merupakan satu lagi bukti yang kerajaan senantiasa peka dan konsisten dalam membangunkan golongan tersebut. Malah dalam Bajet kali ini, sebanyak RM2.25 bilion diperuntukan khusus dalam bentuk pembiayaan serta pelaksanakan pelbagai program pembangunan PKS.

  Peruntukan ini terangkum dalam empat dana yang bakal diurus oleh SME Bank, iaitu Skim Pembangunan PKS berjumlah RM1 bilion, Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta, Dana Pembiayaan Bumiputera bagi pengambil alihan ekuiti berjumlah RM1 billion dan Dana Usahawan Muda berjumlah RM50 juta.

  Peruntukan yang cukup besar untuk pembangunan PKS menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan PKS menjadi enjin pertumbuhan ekonomi negara. Matlamatnya ialah pencapaian sasaran peningkatan sumbangan PKS kepada KDNK Negara dari 32 peratus () pada tahun 2010 kepada 41 pada tahun 2020. Sasaran ini terkandung di dalam Pelan Induk PKS 2012 - 2020 yang disebut oleh Perdana Menteri sebagai sesuatu yang bersifat game changer. Ini adalah sasaran yang mencabar tetapi tidak mustahil untuk dicapai.

  Cabaran tersebut menjadi lebih kritikal dengan kegawatan ekonomi yang melanda benua Eropah. Krisis kewangan yang di hadapinya memerlukan penyelesaian yang luar biasa. Namun, dengan segala langkah yang diambil, negara kita masih mampu menepis segala kesan langsung; hasil daripada dasar pasaran eksport kita yang pelbagai dan kurang tertumpu kepada benua tersebut.

  Pada masa yang sama kedudukan institusi kewangan dan perbankan kita juga sangat mantap berikutan pelbagai langkah transformasi yang dilaksanakan oleh Bank Negara serta pengalaman krisis kewangan 1997 yang menyaksikan beberapa siri perubahan besar dalam mengukuhkan lagi sistem perbankan negara.

  Dalam senario demikian, meningkatkan permintaan aktiviti ekonomi domestik dilihat sebagai satu langkah penyelesaian yang amat strategik. Di sinilah lahir keperluan dan peranan PKS dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang mapan. Persoalannya, adakah golongan PKS kita, khususnya bumiputera sudah bersedia menyahut cabaran dan tawaran kerajaan yang begitu lumayan dengan peluang yang luas terbentang?

  PKS merupakan sumber pertumbuhan domestik dan asas kepada aktiviti sektor swasta selain memainkan peranan penting di dalam merangsang inovasi perkhidmatan dan PKS merupakan sumber pertumbuhan domestik dan asas kepada aktiviti sektor swasta selain memainkan peranan penting di dalam merangsang inovasi perkhidmatan dan

  Peruntukan Dana Industri Halal pula yang berjumlah RM200 juta berperanan untuk menggalakkan pertumbuhan industri halal bagi tujuan pasaran eksport dan mempercepatkan pengantarabangsaan PKS yang berdaya saing di peringkat global.

  Cabaran yang besar menunggu usahawan PKS adalah untuk memastikan penghasilan produk Halal yang berimpak tinggi. Ini sekali gus akan memberi laluan untuk memperolehi akses ke pasaran global. Walaupun jumlahnya tidak sebesar yang di harapkan, namun dana ini adalah satu usaha baik oleh kerajaan agar negara dapat menyaingi negara lain dalam industri halal dunia seperti Thailand dan seterusnya menjadi peneraju industri halal hub dunia.

  Dana Pembiayaan Bumiputera bagi pengambil alihan ekuiti sebanyak RM1 bilion pula, dijangka dapat membantu usaha memastikan pemilikan ekuiti ke atas syarikat GLC (yang ingin dilupuskan) agar kekal dimiliki oleh bumiputera.

  PKS yang terlibat seterusnya mempunyai sumber modal bagi tujuan tersebut. Ini merupakan cabaran yang terbesar jika dilihat dari sudut kemampuan golongan PKS bumiputera untuk menerajui syarikat-syarikat tersebut, sehingga dapat disenaraikan di papan Bursa.

  Sudah pasti, program-program latihan dan khidmat-nasihat profesional berkaitan pengambilalihan, pengurusan dan tadbir urus korporat perlu dilaksanakan bagi tujuan- tujuan demikian. Begitu juga program-program pasca pengambilalihan yang menjurus kepada peningkatan prestasi ke arah usaha penyenaraian syarikat.

  Satu lagi inisiatif menarik dalam Bajet 2013 ialah usaha mempergiatkan penubuhan entiti perniagaan dan membentuk belia menceburkan diri dalam bidang perniagaan sebagai kerjaya pilihan. Ini bakal didokong melalui Young Entrepreneur Fund yang berjumlah RM50 juta.

  Sudah pasti inisiatif yang melibatkan golongan muda seperti yang digariskan, memerlukan sokongan dalam bentuk latihan keusahawanan- program dan latihan tersebut telah pun dirancangkan dan bakal disediakan oleh pihak CED sendiri. Antara lain, ia termasuk penyediaan program coachingmentoringindustrial attachment dan sebagainya, dengan usahawan-usahawan berjaya yang sedia ada, dengan tujuan untuk mendedah dan meningkatkan kemahiran sebenar pengurusan perniagaan kepada usahawan muda.

  Dengan peruntukan dana melalui industri yang telah dikenal pasti, persoalan yang lebih kritikal adalah sama ada usahawan PKS itu sendiri mempunyai kekuatan dan daya inisiatif serta jati diri untuk merebut peluang dan mampu bersaing dalam perniagaan yang diceburi.

  Menilai pada keseluruhannya, adalah jelas kesungguhan kerajaan dalam membangunkan golongan usahawan PKS, khususnya golongan bumiputera, tidak bermusim dan senantiasa konsisten.

  Dengan kesedaran bahawa terdapat kekurangan pengalaman dan pendedahan perniagaan bagi golongan tersebut, adalah penting aktiviti dan perkhidmatan sokongan seperti latihan, kaunseling, khidmat-nasihat dan pelbagai usaha penambahan ilmu dilaksanakan bagi memastikan penyelesaian menyeluruh terhadap pembangunan golongan usahawan ini.

  Di sinilah letaknya peranan CED yang akan melengkapi mandat dan amanah kerajaan yang telah diletakkan di atas bahu SME Bank demi mencapai cita-cita Visi 2020.

  ARKIB : 05102012

  PKS Jepun melabur di Malaysia

  Oleh FAZRINA AYU RADUIAN pengarangutusan.com.my

  MUSTAPA Mohamed (tengah) bermesra dengan dua penerima biasiswa Panasonic 2013, Zulfadhli Zaini (dua kiri) dan Foo Ching Chze (kiri) sambil diperhatikan oleh Kazuhiro Kawano (dua kanan) di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, di Kuala Lumpur, semalam.. - utusanHafiz Johari

  KUALA LUMPUR 4 Okt. - Malaysia bakal menerima pelaburan daripada empat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Jepun yang terlibat dalam aktiviti aluminium dan teknologi hijau dalam tempoh setahun.

  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkara tersebut masih lagi dalam proses perbincangan dan ada di antara syarikat tersebut telah membeli tanah untuk memulakan pelaburan di negara ini.

  "Kita bukan sahaja mengalukan-alukan syarikat gergasi dari luar negara untuk melabur di negara ini malah kita turut terbuka kepada syarikat PKS," katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

  Beliau berkata demikian selepas menyampaikan anugerah biasiswa Panasonic 2013. Turut hadir Presiden Panasonic Scholarship Co. Ltd., Kazuhiro Kawano dan Menteri

  dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan Jepun ke Malaysia, Hiroshi Matsuura dan Pengarah Pengurusan Panasonic Malaysia Sdn. Bhd, Toshiro Okamoto.

  Biasiswa tersebut diberikan kepada Fon Ching Chze dan Zulfadhli Zaini yang akan melanjutkan pelajaran masing-masing ke Yokohama National University dan Universiti Tohoku.

  Sejak 14 tahun lalu, seramai 45 penerima biasiswa dari Malaysia telah dipilih daripada 344 pelajar dari seluruh Asia.

  Mengulas mengenai pelaburan Panasonic untuk membangunkan kilang pengeluaran panel solar di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Mustapa berkata, kilang tersebut bakal mewujudkan 3,500 peluang pekerjaan.

  "Ini juga adalah bukti bahawa syarikat luar yakin dengan ekonomi dan yakin untuk melabur di negara ini," katanya.

  ARKIB : 29092012

  Rangsang korporat, bantu PKS

  BAJET 2013 yang disediakan Kementerian Kewangan melibatkan pelbagai sektor masyarakat dan cabang perniagaan. - BERNAMA

  KUALA LUMPUR 28 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa insentif yang bertujuan meningkatkan lagi sektor perniagaan dan korporat, di samping membantu usahawan di perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

  Beliau berkata, usaha juga akan diambil untuk meluaskan penyertaan runcit dalam pasaran bon dan sukuk, menyediakan platform untuk mengumpul sukuk bagi industri pertanian, selain mewujudkan syarikat Malaysia yang bertaraf global.

  Najib berkata, Suruhanjaya Sekuriti (SC) juga akan menyediakan rangka kerja baru bagi terbitan AgroSukuk untuk syarikat yang terlibat dalam sektor berkaitan pertanian.

  "Bagi menggalakkan penerbitan sukuk itu, kerajaan akan menawarkan potongan cukai sebanyak dua kali bagi tempoh empat tahun mulai 2012 hingga 2015," katanya ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

  Selain itu, sebagai permulaan, DanaInfra Nasional Bhd. akan menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta pada akhir tahun ini untuk membiayai pembangunan projek Transit Pantas Masa (MRT).

  "Bon dan sukuk ini juga ditawarkan potongan cukai sebanyak dua kali bagi tempoh empat tahun mulai 2012 hingga 2015 selain pengecualian duti setem untuk pelabur individu ," katanya.

  Sementara itu, Najib berkata, kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk Dana Strategik Pelaburan Domestik yang diletakkan di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia bagi merangsang pelaburan domestik, selain mempercepatkan penyertaan syarikat Malaysia dalam rantaian bekalan global.

  Perdana Menteri berkata, dana tersebut bertujuan memanfaatkan aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

  Tambah Najib, dana sebanyak RM1 bilion juga akan disediakan di bawah Skim Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang akan dikendalikan SME Bank untuk memudahkan akses PKS untuk mendapat pembiayaan.

  "SME Bank juga akan bekerjasama dengan Bank Pembangunan Islam menyediakan dana sebanyak RM200 juta bagi membiayai modal kerja PKS terlibat dalam industri halal," jelasnya sambil menambah usaha juga akan dilakukan untuk PKS bumiputera berkembang dan mempertingkatkan pegangan ekuiti dalam sektor ekonomi dengan penyediaan Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion oleh SME Bank.

  Katanya, dana tersebut adalah untuk membantu membiayai pengambilalihan anak syarikat milik kerajaan (GLC) menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

  Dalam perkembangan lain, pengusaha swasta yang terlibat dalam rantaian penapisan, penyimpanan dan dagangan minyak dan gas akan diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan pengecualian duti setem.

  Najib berkata, bantuan kos pengambilalihan tanah dan bantuan kewangan merupakan 'tipping point' projek perkongsian awam swasta.

  "Kita bersyukur kerana dikurniakan punca galian berharga iaitu minyak dan gas asli di pesisir pantai, kerajaan bermatlamat menjadikan Malaysia daripada sekadar pengeluar kepada salah satu hab dagangan minyak dan gas bersepadu dunia," katanya.

  Dalam perkembangan lain, Najib berkata, cukai keuntungan hartanah (CKTH) sebanyak

  15 peratus bakal dikenakan ke atas keuntungan pelupusan hartanah dalam tempoh tidak melebihi dua tahun daripada tarikh pembelian.

  Manakala kadar 10 peratus pula dikenakan bagi pelupusan hartanah dalam tempoh dua hingga lima tahun dan tiada sebarang CKTH yang bakal dikenakan bagi pelupusan selepas lima tahun dari tarikh pembelian.

  Najib berkata, langkah tersebut adalah bagi mengekang aktiviti spekulasi yang mendorong lonjakan hartanah.

  ARKIB : 14092012

  Pembiayaan baru untuk PKS

  Md. Zubir Ansori Yahaya (kanan) memberi penerangan mengenai MDV iFactoring dan MDV Equity Linked Financing Structure sambil diperhatikan oleh (dari kiri), Amiruddin Kemat, Angie Law Lee Cheng, Adrian Khor Yew Meng dan Nizam Mohamed Nadzri pada majlis pelancaran produk itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. - UTUSANMuhamad Iqbal Rosli

  KUALA LUMPUR 13 Sept. - Malaysia Debt Ventures Bhd. (MDV), memperkenalkan dua lagi produk pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi serta industri baru, iaitu iFactoring dan Struktur Pembiayaan Berkaitan Ekuiti.

  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MDV, Md. Zubir Ansori Yahaya berkata, tarikan utama dua produk pembiayaan itu adalah kesediaan aliran tunai yang cepat dan pilihan bagi menukarkan baki tertunggak kepada bentuk ekuiti.

  Katanya, iFactoring menyediakan aliran tunai yang cepat kepada sesebuah syarikat jika mahu mendapatkan perniagaan baru dengan bayaran pendahuluan kepada pemohon sehingga 80 peratus.

  Manakala Struktur Pembiayaan Berkaitan Ekuiti, menyediakan pilihan kepada pemohon dengan hutang yang masih belum dibayar boleh ditukarkan kepada bentuk ekuiti yang akan dimiliki oleh MDV tetapi tidak melebihi 20 peratus pegangan.

  "Kedua-dua bentuk pembiayaan itu turut menggunakan konsep syariah.

  "Berdasarkan struktur yang ditawarkan, MDV menjangkakan ia mampu menguasai sebahagian besar sektor PKS berkaitan teknologi tinggi iaitu ICT, bioteknologi dan teknologi hijau," katanya kepada pemberita pada majlis pengenalan dua produk itu di sini hari ini.

  Turut hadir ialah Naib Presiden Bahagian Perancangan Korporat dan Komunikasi MDV, Amiruddin Kemat, Naib Presiden Bahagian Perniagaan MDV, Angie Law Lee Cheng, Naib Presiden Kanan Bahagian Perniagaan MDV, Nizam Mohamed Nadzri dan Naib Presiden Kanan Bahagian Pengurusan Risiko MDV, Adrian Khor Yew Meng.

  Jelas Md. Zubir iFactoring dan Struktur Pembiayaan Berkaitan Ekuiti merupakan tambahan kepada 15 produk pembiayaan di bawah MDV setakat ini.

  Sejak ditubuhkan pada 2002, MDV yang merupakan badan pembiaya di bawah Kementerian Kewangan, telah meluluskan RM6.25 bilion pembiayaan kepada 445 syarikat.

  Beliau berkata, 73 peratus syarikat peminjam adalah berstatus PKS serta 62 peratus daripada keseluruhan peminjam adalah syarikat bumiputera.

  Sumber : http:www.utusan.com.my Tarikh Akses : 11 April 2013

  Headline: Maybank sedia jadi pembiaya utama kewangan PKS Publication: HM Date of publication: Apr 10, 2013 Section heading: Main Section Page number: 073

  Kuala Lumpur: Malayan Banking Berhad (Maybank), komited menjadi penyedia pembiayaan kewangan utama di negara ini bagi segmen perbankan runcit perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menyasarkan peningkatan pertumbuhan pinjaman

  18 hingga 20 peratus tahun ini.

  Timbalan Ketua Presiden Bahagian Servis Kewangan Komunitinya Datuk Lim Hong Tat berkata, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran terutama menerusi program transformasi bagi perbankan runcit PKS Maybank dengan menampilkan metodologi standard Score Card yang boleh menilai aktiviti dan pencapaian akaun pemohon.

  Katanya, selain itu Maybank juga menawarkan produk unggul bagi produk serta perkhidmatan PKS yang bukan saja meliputi pinjaman dan deposit, tetapi termasuk pengurusan tunai, kad kredit komersial dan insurans PKS bagi menyokong pelbagai keperluan perbankan harian serta kewangan mereka.

  "Kami melaksanakan Score Card di seluruh negara bermula Disember lalu dan ia terbukti berkesan termasuk dalam membuat keputusan status pemohon PKS yang sebelum ini memakan masa antara dua hingga tiga minggu, tetapi sekarang hanya tujuh hingga lapan hari saja.

  "Ini jelas menunjukkan, komitmen kami memastikan menjadi pemain utama dalam segmen runcit PKS di Malaysia apabila sekarang jumlah saiz pasaran PKS negara dianggarkan lebih RM169 bilion," katanya.

  Hadir sama, Ketua Eksekutif Timbalan Presiden Perbankan PKS Maybank Datuk Ibrahim Muhammad.

  Lim berkata, buat masa ini nilai keseluruhan segmen PKS Maybank berjumlah RM35 bilion (termasuk pembiayaan Islamic dan konvensional) dan RM5 bilion daripadanya disalurkan bagi runcit PKS yang memfokus pada kewangan mikro.

  Headline: RM10j bantu PKS Sabah, Sarawak Publication: BH Date of publication: Apr 8, 2013 Section heading: Bisnes Page number: 002 Byline Author: Oleh Che Wan Badrul Alias

  SME Corporation Malaysia (SME Corp) menyediakan peruntukan khusus sekurang- kurangnya RM10 juta kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sabah dan Sarawak tahun ini.

  Ketua Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim, berkata ia bertujuan bagi memenuhi permintaan komuniti usahawan di dua negeri berkenaan yang sebelum ini meminta supaya kerajaan menyediakan peruntukan khusus kepada mereka.

  Katanya, peruntukan itu adalah jumlah minimum dan pihaknya bersedia menambah peruntukan berkenaan jika perlu bagi memastikan sasaran membangunkan komuniti di kedua-dua tercapai.

  "Kami di SME Corp sentiasa memastikan semua usahawan di negara ini termasuk di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu tidak terlepas pandang supaya program yang dirangka lebih menyeluruh dan berkesan.

  Peruntukan khusus

  "Ketika mesyuarat yang berlangsung di Sabah dan Sarawak baru-baru ini, komuniti usahawan ini meminta kami menyediakan peruntukkan khusus kepada mereka dan kami bersetuju menyediakan minimum RM10 juta supaya ia dapat digunakan sepenuhnya," katanya kepada BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

  Mengulas lanjut, Hafsah berkata, penyediaan peruntukan itu adalah untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dengan pembelian mesin dan program pembangunan perniagaan menerusi pensijilan yang diiktiraf.

  Insentif khusus

  Katanya, pensijilan halal adalah antara isu penting yang perlu ditekankan kerana kebanyakan PKS di Pantai Timur terbabit dalam industri kecil-kecilan seperti pembuatan makanan.

  "Ada di antara mereka tidak tahu berhubung sijil halal ini dan manfaat boleh dapat jika memiliki sijil ini, maka kami perlu menggiatkan lagi usaha memberikan pemahaman secara menyeluruh," katanya.

  Usaha membangunkan komuniti PKS di Sabah dan Sarawak turut ditekankan di bawah

  Pelan Induk PKS 2012-2020 yang menyediakan empat insentif khusus berdasarkan persekitaran perniagaan dan geografi unik di sana.

  Headline: Salur bantuan RM10.6 juta Publication: HM Date of publication: Feb 16, 2013 Section heading: Main Section Page number: 045

  Ledang: Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM10.6 juta bagi membantu 2,686 pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini sejak 15 tahun lalu.

  Peruntukan disalurkan menerusi Program Galakan Usahawan (PGU) itu berjaya membantu pengusaha IKS berkenaan. IKS di negeri ini menjana pendapatan hampir RM60 juta setahun.

  Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata, melalui sumber maklumat pangkalan data Jabatan Pertanian Johor, PGU berjaya melahirkan 20 usahawan IKS dalam bidang pemprosesan makanan yang meraih hasil jualan RM1 juta setahun.

  "Ia hasil kejayaan PGU yang juga kesinambungan program Kempen Gerakan Kesedaran (KGK) dilaksanakan sejak 15 tahun lalu.