Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK
21 standard dan menunjukkan tahap penguasaan murid dalam
perkembangan atau
kemajuan pembelajarannya.
Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua, iaitu perkembangan secara mendatar konstruk dan perkembangan
menegak Tahap Penguasaan. Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau
rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. Standard Prestasi dibina sebagai
panduan untuk guru menambah baik PS sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Tahap Penguasaan
Tahap Penguasaan adalah untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hieraki digunakan bagi tujuan
pelaporan individu berdasarkan kelompok standard. Tahap penguasaan ini menandakan pencapaian murid berdasarkan
kemahiran bahasa secara keseluruhan merujuk pernyataan standard dalam DSKP Bahasa Melayu KSSR manakala tahap
penguasaan keseluruhan kemahiran bahasa ditentukan secara pertimbangan profesional dan kebijaksanaan guru melalui
pelbagai kaedah seperti pemerhatian, latihan, pembentangan, respons murid, kerja projek berkumpulan dan sebagainya.
Standard Prestasi Umum Kurikulum Standard Bahasa Melayu KSSR yang merentas kemahiran bahasa dihuraikan dalam
Jadual 3 berikut: Jadual 3: Tahap Penguasaan dan Tafsiran Umum Bahasa
Melayu Sekolah Rendah
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
1 Sangat Terhad
Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang
sangat lemah, sangat terhad dan memerlukan
banyak bimbingan,
panduan dan latihan dalam kemahiran bahasa.
2 Terhad
Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang
lemah, terhad dan memerlukan sedikit bimbingan, panduan, dan latihan dalam
kemahiran bahasa.
3 Memuaskan
Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa yang sederhana dan berupaya mengungkapkan idea serta menguasai
kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa.