Pengenalan Batu bersurat Terengganu telah dipahat pada 22 Februari 1303 menurut kajian yang

2

1. Pengenalan Batu bersurat Terengganu telah dipahat pada 22 Februari 1303 menurut kajian yang

dilakukan oleh Syed Muhammad Naquib al Attas Mohd Yatim dan Nasir 2007. Bukti wujudnya tulisan jawi pada Batu Bersurat Terengganu menunjukkan Islam telah bertapak di Terengganu pada tarikh tersebut. Tulisan yang dipahat pada batu bersurat tersebut telah menggunakan tulisan Jawi yang berbahasa Melayu dan Sanskrit Mohd Yatim dan Nasir 2007. Tulisan yang terpahat itu menggambarkan masyarakat ketika itu telah menganut agama Islam dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian mereka. Walau bagaimanapun, asal kedatangan Islam, pemahat batu bersurat, tempat asal tulisan dicipta dan ketika pemerintahan siapa masih menjadi misteri Mohd Yatim dan Nasir 2007. Permasalahan-permasalahan yang dinyatakan di atas adalah disebabkan tidak tercatit maklumat lengkap seperti nama pemahat dan juga maklumat yang berkaitan dengan pemahat. Kajian untuk mengetahui asal usul tulisan dan juga pentarikhan manuskrip mahupun batu bersurat dapat dilakukan dengan melakukan kajian paleografi. Paleografi ditakrifkan sebagai kajian manuskrip tulisan tangan kuno Yosef et al. 2005. Bischoff 1990 menakrifkan paleografi sebagai seni melihat dan memahami. Brown 1994 pula memperincikan kajian tentang sejarah skrip termasuk huruf singkatan dan tanda bacanya serta penafsirannya. Manakala Derolez 2008 mengatakan paleografi adalah kajian menentutkan tarikh dan tempat asal bagi manuskrip yang tidak diketahui tarikh dan tempat asal. Manakala Sijpesteijn 2008 dipetik dari Witkam 2009 menyatakan paleografi adalah sains untuk mengenal pasti tarikh dokumen-dokumen lama, begitu juga dengan paleografi arab adalah kajian kepada pembangunan skrip-skrip arab melalui masa dan tempat. Menurut Just 2009, kajian paleografi dunia barat boleh diaplikasikan kepada kajian paleografi arab. Walaupun takrif yang diberikan di atas berkaitan dengan manuskrip di dalam bentuk kertas, namun kajian paleografi ini melihat kepada analisis perihalan bentuk huruf seperti huruf singkatan, tanda baca dan jenis tulisan kaligrafi yang digunakan untuk menentukan tarikh dan juga tempat asal manuskrip Moalla et al. 2006, Yosef et al. 2004, dan Ciula 2005. Pada masa kini, terdapat beberapa penyelidik yang telah menjalankan kajian mengenai paleografi berbentuk digital. Kajian tersebut tertumpu kepada domain Roman, Hebrew dan Hindi. Sistem Paleografi digital yang pertama telah dibangunkan pada 1999 oleh penyelidik dari Universiti Pisa yang dinamakan “System for Paleography Instpector”. Malangnya, sistem ini tidak dapat disiapkan dan juga tidak dapat digunakan oleh Jabatan Sejarah universiti tersebut. Sistem ini menggunakan kaedah sentroid dan juga tangen. Ciri yang digunakan oleh penyelidik ini tidak mencukupi dan tidak dapat diuji memandangkan sistem tersebut tidak menyokong sistem operasi windows xp, Ciula 2005. Pada Tahun 2004, kajian awalan paleografi untuk manuskrip Ibrani dilakukan oleh Yosef et al. 2004. Kajian yang dilakukan ini hanya mengambil kira lima huruf Ibrani. Beliau juga tidak menjustifikasikan pemilihan lima huruf tersebut. Teknik yang digunakan ialah berkisar kepada ruang-ruang yang terdapat pada huruf-huruf terbabit. Moalla et al. 2006 menggunakan pendekatan global iaitu kaedah statistik dari ciri-ciri Haralick untuk mendapatkan 12 ciri yang digunakan di dalam 3 mengenalpasti jenis tulisan Roman. Namun, kaedah ini hanyalah mengumumkan jenis tulisan yang dominan pada manuskrip Roman. Penyelidik India seperti Padma dan Vijaya 2009 dan juga Joshi, et al. 2007 telah melakukan kajian ke atas jenis tulisan Hindi yang digunakan. Walaupun, mereka tidak melabelkan kajian tersebut sebagai kajian paleografi digital, namun kaedah menentukan jenis tulisan adalah sebahagian dari unsur paleografi. Padma dan Vijaya 2009 membahagikan imej pada manuskrip kepada bahagian utama selepas melakukan proses pra pemprosessan untuk mendapatkan lapan ciri yang digunakan untuk tujuan pengkategorian dan juga mengenalpasti jenis tulisan. Manakala Joshi, et al. 2007 pula mendapatkan profil tenaga dari imej dan kekuatan relatif pada sudut bersambungan untuk dijadikan sebagai ciri untuk tujuan pengelasan dan juga pengenalan. Keterbatasan kaedah yang digunakan oleh penyelidik-penyelidik yang disebutkan di atas, menghendaki satu kaedah lain yang boleh mengenalpasti jenis kaligrafi yang digunakan serta asal usul jenis tulisan itu. Satu kaedah yang disebut Model geometri segitiga diperkenalkan. 2. Kaligrafi: Kaitannya Dengan Bentuk Geometri Segitiga Dalam dunia ketamadunan Islam, bentuk tulisan tangan juga mempunyai kategori yang tersendiri. Terdapat jenis-jenis kaligrafi yang popular seperti Kufi, Riq’ah, Nas’akh, Diwani, Diwani Jali dan Raihani Sakkal 2003, Mohd Sanusi 2003 dan Mohd Sanusi et al. 2005. Setiap jenis kaligrafi ini diperkenalkan pada masa dan tempat yang berbeza. Kaligrafi kufi dicipta di Kuffah dan mula dijadikan piawai penulisan Al-Quran pada abad ke 8 selama hampir 300 tahun, manakala kaligrafi nasakh pula dibangunkan pada abad ke 10 dan telah diperkemaskan di Turki pada abad ke-16. Kemudiannya, tulisan ini telah dijadikan sebagai tulisan piawai untuk menulis Al-Quran. Kaligrafi jenis Nastaliq ataupun farsi ditemui pada abad ke 14 dan 15 di Iran. Uniknya bagi setiap kaligrafi, ia lahir pada zaman yang berbeza dan juga pada tempat yang berbeza. Di Tanah Melayu, kajian yang dilakukan oleh Mohd Sanusi 2003 ke atas manuskrip Merong Mahawangsa telah membawa kepada penemuan bahawa erotan dan pencongan tulisan jawi mempunyai kaitan kepada jenis tulisan yang digunakan. Malah menurutnya, di dalam manuskrip tulisan jawi tersebut terdapat beberapa jenis tulisan iaitu nasakh, thuluth dan riq’ah. Hasil dapatan beliau mampu memberikan input berguna kepada kajian paleografi tulisan jawi. Di dalam kitab Undang-undang Melayu, menurut Abd. Rahman 1994, kitab ini ditulis oleh 3 orang penulis yang berlainan bersandarkan jenis kaligrafi yang berbeza pada halaman 1-10, 11-16 dan 17-32. Menurutnya, pada bahagian pertama iaitu halaman 1-10, tulisan kaligrafi yang digunakan berbeza dengan kaligrafi nasakh atau thuluth yang piawai. Tampaknya, bentuk kaligrafinya lebih bulat dan pendek seolah-olah ianya tulisan jawa atau pun sanskrit. Pada bahagian kedua, ianya mempunyai elemen kaligrafi thuluth dan pada bahagian ketiga, bentuknya berubah kepada lebih berbentuk empat segi. Dapatan yang diperoleh dari tarikh dan tempat kaligrafi dibangunkan, diguna secara meluas dan dikembangkan Sakkal 2003 dan pengaruh tulisan kaligrafi di dalam manuskrip Mohd Sanusi 2003 dan Mohd Sanusi 2005 boleh digunakan sebagai petunjuk kepada kajian Paleografi. Malah ciri-ciri teknikal Kodikologikal kaligrafi tersebut boleh dijadikan penunjuk penentuan jenis kaligrafi dan usia kaligrafi terbabit, Witkam 2009. 4 Kajian di dalam bidang pemprosesan imej dan pengelihatan komputer sudah sebati dengan penentuan bentuk atau jenis kaligrafi seperti yang telah dikaji oleh Bilal et al. 2011, dan Sara Izadi,et al. 2006. Satu daripada beberapa cabang bidang ini ialah mencirikan bentuk huruf yang terdapat pada skrip sama ada arab, farsi atau jawi. Satu daripada ciri yang digunakan ialah bentuk geometri segitiga seperti yang dipaparkan di dalam Rajah 1. Satu kajian yang menggunakan ciri bentuk ini dilaksanakan oleh Han Junjun 2008 yang menggunakan kaedah keserupaan segitiga untuk menjejak pinggir imej berwarna. Terdapat empat jenis geometri segitiga iaitu sama sisi, sama kaki, bersudut tepat, dan sisi tak sama kaki dan kesemua jenis ini mempunyai variasi bentuk yang berbeza-beza dari segi saiz sisi dan sudutnya. Dalam hal ini setiap huruf jawi boleh diwakilkan dengan 3 titik koordinat penting yang dimulai dari titik awal huruf hingga ke pangkal huruf. Rajah 1: Contoh geometrik segitiga pada huruf Jawi. a – h berbentuk sisi tak sama kaki dan kesemua jenis ini mempunyai variasi bentuk yang berbeza-beza dari segi saiz sisi dan sudutnya. Jadual 1 menunjukkan satu contoh bagaimanakah suatu huruf jawi huruf ra boleh dimodelkan menjadi blok segitiga. Titik tengah memainkan peranan penting kerana titik tengah diperoleh dengan mendapatkan nilai sentroid piksel hitam yang mewakili huruf terbabit. Selain dari itu struktur huruf yang berbeza, kecondongan dan juga awalan dan akhiran huruf yang boleh berlaku pada bahagian atas mahupun pada bahagian bawah. 5 Jadual 1: Contoh Model Segitiga pada Huruf Jawi Maklumat Koordinat dan Model Huruf Model Huruf yang dihasilkan oleh atur cara Titik 1 x : 21 y : 17 Titik 2 x : 13 y : 23 Titik 3 x : 3 y : 27 huruf ra Model segitiga yang diwakilkan oleh huruf ra di dalam batu bersurat. Bentuk model menerangkan bahawa 01234567890123456789012345 11111111111111111111111111 11111111111111111111111111 1 11111111111111111111111111 2 11111111111111111111111111 3 11111111111111111111111111 4 11111111111111111111111111 5 11111111111111111111111111 6 11111111111111111111111111 7 11111111111111111111111111 8 11111111111111111111111111 9 11111111111111111111111111 11111111111111111111111111 1 11111111111111111111111111 2 11111111111111111111111111 3 11111111111111111111111111 4 11111111111111111111111111 5 11111111111111111111111111 6 111111111111111111110 1111 7 11111111111111111111001111 8 11111111111111111110001111 9 11111111111111111110011111 11111111111111111110011111 1 11111111111111111000011111 2 1111111111111 1 111000111111 3 11111111111011000001111111 4 11111101000000000101111111 5 11110000000000000111111111 6 111 1001011011011111111111 7 11111111111111111111111111 8 11111111111111111111111111 9 11111111111111111111111111 11111111111111111111111111 1 11111111111111111111111111 2 11111111111111111111111111 3 11111111111111111111111111 4 11111111111111111111111111 5 11111111111111111111111111 6 11111111111111111111111111 7 11111111111111111111111111 8 Pernomboran pada bahagian atas dan kanan menunjukkan koordinat piksel.

3. Model Persepsi Untuk Mengenal Pasti Kaligrafi Di Batu Bersurat