20
2. Menyerukan untuk Mencintai Yahudi dan Nashrani
Dakwah untuk mencintai ahli kitab bukan hanya dilakukan oleh Qaradhawi saja tapi juga dipropagandakan oleh para dai ikhwanul muslimin lainnya, baik yang masih hidup
mahupun yang sudah meninggal dunia. Para pendahulu yang telah melakukan propaganda ini antara lain Hasan Al Banna, Muhammad Al Ghazali, Al Hudhaibi, dan lain-lainnya. Di
antara mereka semua yang paling sering menyerukan adalah Qaradhawi, sebagaimana pengakuan yang dituangkan dalam berbagai buku, wawancara, dan ceramahnya secara
terang-terangan.
Untuk menggiring simpati kaum awam yang jahil dan taklid buta, Qaradhawi memoles dakwah yang batil ini dengan berbagai syubhat:
Syubhat Pertama:
Qaradhawi berdalil dengan firman Allah: Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap
orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku
adil.QS. Al Mumtahanah: 8
Di sini Qaradhawi telah berpaling dan pura-pura tidak tahu terhadap penjelasan Ahli Tafsir tentang makna ayat ini. Untuk menyanggah istidlal pengambilan dalil yang keliru ini,
penulis mempunyai beberapa bantahan.
Pertama, dalam ayat ini terdapat petunjuk untuk berbuat kebaikan kepada orang-orang yang tersirat di dalamnya. Ada perbezaan antara al birr kebaikan dengan al mawaddah
kecintaan yang diserukan oleh Qaradhawi. Al Mawaddah adalah al hubb rasa cinta sebagaimana yang tertera dalam
Lisaanul Arab 1:247 dan Al Qaamuus serta buku-
buku bahasa Arab lainnya. Sedangkan al birr bermakna ash shillah penghubung, tidak durhaka serta berbuat ihsan kebajikan sebagaimana yang termaktub dalam
Lisaanul Arab 1:371 dan Al Qaamuus.
Berbuat kebaikan kepada orang-orang non Muslim yang tidak memerangi Islam dan dalam rangka mendakwahi mereka ke dalam Islam adalah perkara yang dianjurkan oleh Allah dan
Rasul-Nya. Namun, berbuat kebaikan dan kebajikan kepada non Muslim tidak menuntut adanya rasa kecintaan dan kasih sayang kepada mereka. Inilah yang dipahami oleh para
ulama Salafus Shalih terdahulu dan kemudian, antara lain:
1. Al Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah.
Beliau berkata: Sesungguhnya al birr berbuat kebaikan, ash shillah menghubungkan, dan al ihsan berbuat kebajikan tidak menuntut adanya sikap
saling mencintai dan saling menyayangi kerana hal ini terlarang dalam Al Quran:
Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan
Rasul-Nya sekalipun orang-orang itu bapak-bapak atau anak-anak atau saudara-
21
saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan
pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah
ridha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap limpahan rahmat- Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan
Allah itulah golongan yang beruntung. QS. Al Mujadilah: 22
Sesungguhnya ayat ini berlaku umum baik untuk semua yang memerangi mahupun yang tidak memerangi. Wallahu Alam.
[Al Fath 5:276 pada hadis nomor 2620]
2. Ibnu Qayyim Al Jauziyah rahimahullah.
Beliau telah menjelaskan: Sesungguhnya di awal surat ini --yakni surat Al Mumtahanah-- Allah Subhanahu wa Taala telah melarang umat Islam menjadikan
orang-orang kafir sebagai kekasih. Allah telah memutuskan cinta kasih antara Muslim dan kafir. Sebahagian kaum Muslimin merasa bingung dan menganggap
bahawa berbuat baik kepada orang kafir termasuk bahagian dari loyalitas dan kecintaan kepada mereka. Maka Allah menjelaskan bahawa hal itu tidak termasuk
loyalitas yang terlarang kerana Allah tidak melarang berbuat baik kepada mereka. Bahkan Allah telah menuliskan kebaikan ada pada setiap sesuatu yang dicintai dan
diridhai-Nya. Adapun yang terlarang adalah ber-waa setia kepada orang kafir dan mencintai mereka.
{Ahkaamu Ahliz Zimmah 1:301 bab Hukmu Awqafihim wa Waqful Muslim Alaihim
3. Imam Syaukani rahimahullah.