Buruh: Usahawan : Tanah : Modal : Firma - Suatu unit organisasi yang merancang cara bagaimana menggunakan input

1. Pengertian Ekonomi Ekonomi - ialah ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad Sumber -sumber terhad : Buruh, Usahawan, Tanah, Modal, SE = BUTM

I. Buruh:

- Tenaga fizikal atau mental yang disumbangkan oleh manusia. - Boleh berpindah dari satu tempat ke tempat lain. - Terdiri daripada tiga kumpulan iaitu, buruh mahir, buruh separuh mahir dan buruh tidak mahir - Ganjarannya ialah upah - Contohnya, doktor, guru, pembantu rumah, buruh binaan dan lain-lain.

II. Usahawan :

- Individu yang menggabungkan buruh,tanah dan modal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan - Orang yang menanggung risiko yang tidak boleh diinsurankan. - Ganjarannya adalah untung. - Contohnya, pengusaha, peniaga, peruncit dan pemborong.

III. Tanah :

- Alam semula jadi yang dianugerahkan tuhan. - Penawarannya adalah terhad. - Merupakan bahan mentah yang diperlukan dalam proses pengeluaran. - Ganjarannya adalah sewa - Contohnya, bahan galian, hasil laut dan khazanah hutan.

IV. Modal :

- Wang dan lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan - Dapat mempercepatkan proses pengeluaran. - Terbahagi kepada dua kumpulan modal iaitu: a modal fizikal yang terdiri daripada loji, jentera dan peralatan b modal kerja yang terdiri daripada wang tunai, stok dan bahan mentah. - Ganjarannya adalah faedah. - Contohnya, Mesin, kilang dan jentera

2. Unit Ekonomi UE = FIK

I. Firma - Suatu unit organisasi yang merancang cara bagaimana menggunakan input

pengeluaran yang terhad untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. II. Isi Rumah

3. Masalah Ekonomi

ME = KPKL Unit-Unit Ekonomi Kekurangan Pilihan Kos Lepas Isi Rumah Pendapatan atau wang yang terhadkehendak tidak terhad Contoh : wang yang ada hanya cukup untk membeli kasut sukan atau buku rujukan Memilih barang atau perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kepuasan Samada membeli buku rujukan atau membeli kasut sukan Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barang yang terbaik Kos lepas bagi kasut sukan ialah buku rujukan Firma Faktor pengeluaran yang terhad Buruh,Tanah ,Modal,ushawan Memilih Keluaran yang memaksimumkan keuntungan Samada memilih mengeluarkan tv atau radio Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan Kos lepas bagi tv adalah radio Kerajaan Sumber hasil kerajaan terhad Memilih projek pembangunan yang memaksimumkan kebajikan Samada memilih membina hospital atau sekolah Projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan Kos lepas bagi hospital ialah sekolah

4. Jenis-Jenis Barang JB = PAE I. Barang Percuma

- Anugerah alam semulajadiciptaan Allah - penawaran tidak terhad - tiada bayaran - tiada kos lepas - Contoh : matahari,udara,angina

II. Barang Awam