Analisis Kejayaan Program BAB 6 PENILAIAN PROGRAM

91 BAB 6 PENILAIAN PROGRAM

6.1 Analisis Kejayaan Program

Program Jom Baca yang dijalankan menunjukkan beberapa aspek yang boleh dibanggakan. Aspek kejayaan yang boleh dinilai adalah; 6.1.1 Penglibatan Ibu Bapa Kehadiran ibu bapa untuk bersama-sama menjayakan program amat dibanggakan. 95 daripada jumlah penjaga bagi peserta yang terlibat telah hadir untuk acara kemuncak. Penglibatan penjaga sewaktu di rumah juga menampakkan kesungguhan untuk bersama-sama pihak sekolah meningkatkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Berdasarkan sambutan yang diberikan, didapati bahawa objektif program untuk mengaktifkan penglibatan PIBG dalam program membaca berjaya dicapai. Gambar 1: Ibu bapa mendengar taklimat program 91 6.1.2 Meningkatkan Keyakinan Murid Tugasan yang diberi sepanjang program bacaan dijalankan adalah membuat persembahan berdasarkan cerita yang dibaca. Peserta diuji dengan bercerita dihadapan perhimpunan sebelum dinilai dengan membuat persembahan. Meskipun tempoh masa yang diberikan agak singkat, namun setiap murid yang dipanggil kehadapan perhimpunan telah memberikan persembahan yang menarik dan penuh yakin. Gambar 2 3: Murid menunjukkan keyakinan ketika bercerita di hadapan perhimpunan 6.1.3 Penambahan Penguasaan Kosa kata Berdasarkan temubual yang dijalankan dengan semua peserta, adalah didapati bahawa mereka telah membuat penambahan kosa kata baharu melebihi sebanyak 60 patah perkataan. Penambahan berlaku melalui tugasan yang diberikan serta keperluan memahami cerita di dalam bahan bacaan tersebut. Mereka perlu merujuk kamus untuk mendapatkan maksud perkataan dan secara tidak langsung menambah kosa kata baharu bagi diri masing-masing. 91 6.1.4 Kerjasama PIBG Peranan PIBG di dalam kecemerlangan pendidikan diterjemahkan melalui penglibatan yang berterusan serta sokongan yang berpanjangan. Pihak PIBG terutamanya Yang Dipertua serta jawatankuasa telah memberikan sokongan terhadap program ‘Jom Baca’ ini. Sumbangan kewangan sebanyak RM100.00 untuk jamuan makan telah menaikkan semangat guru-guru serta para peserta untuk menjayakan program.. Gambar 4: Gotong royong bersama PIBG dalam menyediakan jamuan 91

6.2 Analisis Markah Pengujian Soalan Lisan Peserta Program