Analisis Markah Pengujian Soalan Lisan Peserta Program

91

6.2 Analisis Markah Pengujian Soalan Lisan Peserta Program

Soalan pengujian telah dibina dan terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian A merupakan soalan objektif, bahagian B merupakan ejaan dan bahagian C pula tatabahasa. Jumlah keseluruhan markah adalah 100. - Bahagian A Mempunyai 6 soalan objektif yang merangkumi soalan-soalan daripada ketiga- tiga cerita di dalam bahan bacaan. Setiap soalan mewakili 10 markah. - Bahagian B Mengeja 5 perkataan yang disebutkan. Setiap perkataan akan diberikan 3 kali cubaan dan setiap perkataan mewakili 4 markah. - Bahagian C Menukarkan perkataan present tense kepada past tense. Bahagian ini mengandungi 5 soalan dan setiap soalan mewakili 4 markah. Markah peserta yang tertinggi di dalam sesi pengujian adalah 100 dan yang terendah adalah 46. Bagi markah yang melebihi 86 - 100 pula adalah seramai 85 orang manakala 40 peserta yang memperoleh kurang daripada 80. Dan mencapai tahap Baik. 23 peserta lagi masih berada dalam tahap sedarhana dengan pencapaian 46 -65 . Secara keseluruhan, semua peserta menunjukkan prestasi yang membanggakan dan dapat menguasai dengan baik setiap bahagian soalan. Jadual 18: Bilangan dan peratusan tahap penggunaan bahasa peserta program Skor Keterangan Penggunaan Bahasa Bilangan 86 – 100 Sangat baik 8558 66 – 85 Baik 40 27 46 – 65 Sederhana 23 15 21 – 45 Lemah 0 – 20 Sangat lemah 91 Berdasarkan kepada pencapaian peserta di dalam pengujian yang dijalankan, di dapati 58 daripada peserta berjaya memperoleh markah pada kategori penggunaan yang sangat baik. Peratusan ini dikira daripada keseluruhan jumlah peserta seramai 148 orang. 27 lagi berada pada kategori penggunaan bahasa yang baik. Manakala selebihnya 15 berada pada tahap sedarhana. Jelas menunjukkan bahawa program Jom Baca ini memberi kesan yang sangat baik berdasarkan kepada pencapaian peserta. Kesemua peserta berada pada tahap penguasaan bahasa yang sangat baik , baik dan sedarhana. Tiada peserta yang berada pada kategori lemah atau sangat lemah. Kemahiran mendengar dan memahami cerita yang dibaca membantu kepada pencapaian peserta yang baik.

6.3 Analisa Markah Persembahan