BAB 1 Konsep Asas PENTAKSIRAN

(1)

1 Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran Bab 2: Instrumen Pentaksiran Pendidikan Moral

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

Bab 4: Dokumen Standard Prestasi Bab 5: Pentaksiran Domain Afektif Bab 6: Dilema Moral

Bab 7: Projek Bab 8: Pemerhatian

Bab 9: Pentaksiran Portfolio BAB 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran

Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

a) Menerangkan perbezaan antara pentaksiran, pengujian, pengukuran dan penilaian.

b) Membezakan antara pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif

c) Menjelaskan perbezaan antara ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria

d) Menerangkan ciri-ciri ujian yang baik

1.1 Mukadimah

1.2 Pentaksiran, pengujian, pengukuran dan penilaian 1.3 Tujuan pentaksiran

1.4 Pentaksiran formatif & sumatif 1.5 Pentaksiran rujukan norma & pentaksiran rujukan kriteria 1.6 Keselarain objektif, pengajaran dan pentaksiran

1.7 Ciri-ciri ujian yang baik

Ringkasan Rujukan

(2)

2 Pentaksiran ialah proses pengumpulan maklumat tentang tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan sikap/nilai murid. Tujuan pentaksiran ialah untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran dan memperbaiki pengajaran pembelajaran.

Pelbagai isu timbul daripada pentaksiran. Ada yang mencadangkan bahawa sistem pendidikan Malaysia terlalu berfokus kepada peperiksaan. Ada yang mensyorkan pentaksiran berasaskan sekolah harus diperluaskan. Ada pula pihak yang menyokong mengekal peperiksaan berpusat. Ada pula yang mencadangkan bahawa sistem pentaksiran yang diamalkan pada masa kini bebankan murid, guru, pentadbir dan ibu bapa. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandangan-pandangan ini?

Semua guru mentaksir, menguji, mengukur dan menilai! Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini berdasarkan pengalaman anda sebagai guru Bahasa Melayu? Kita akan cuba menghuraikan keempat-empat konsep ini dengan merujuk kepada Rajah 1.1.

PENTAKSIRAN: Pentaksiran ialah suatu proses mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap /nilai pelajar (Huba dan Freed, 2000). Perhatikan bahawa pentaksiran tidak terhad kepada mengumpul maklumat tentang pengetahuan sahaja tetapi juga tentang kemahiran dan sikap/nilai pelajar. Pentaksiran dalam Bahasa Melayu dapat memberi gambaran tentang prestasi pelajar dalam bahasa berkenaan, aktiviti pembelajaran, kemahiran serta sikap/ ilai ya g di iliki. U tuk e dapatka aklu at berke aa , pelajar perlu

diuji.

PENGUJIAN: Pengujian ialah penggunaan instrumen atau alat yang cuba menguji sebahagian tingkahlaku pelajar. Perhatikan bahawa kita tidak boleh menguji segala tentang prestasi dalam Bahasa Melayu seorang murid. Oleh itu kita mengambil sampel kebolehan dan keupayaan murid tentang kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Antara instrumen yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah ujian bertulis, ujian lisan, jadual pemerhatian, ujian kemahiran mendengar, projek dan sebagainya. Sesuatu ujian itu terdiri daripada soalan-soalan yang menguji tahap kebolehan dan keupayaan pelajar secara teratur dan sistematik.

1.1 Mukadimah

(3)

3

Rajah 1.1 Proses Pentaksiran

PENGUKURAN: Untuk mengukur kebolehan dan keupayaan murid, kita perlu memberi sesuatu nilai yang merupakan angka yang menunjukkan banyak mana telah dipelajari (Ebel, 1986). Pengukuran ialah pemberian skor atau markah atau menyatakan band yang menunjukkan tahap pencapaian. Contohnya, jika Siew Lan mendapat Band 5 dalam ujian bacaan dan Mei Ling mendapat Band 4, kita dapat membuat kesimpulan bahawa tahap bacaan Mei Ling lebih rendah berbanding Siew Lan. Kita mengukur untuk mendapatkan

aklu at te ta g apa keadaa ya . Maklu at tersebut u gki bergu a atau tidak, bergantung ketepatan alat yang kita gunakan, dan kecekapan kita menggunakannya.

PENILAIAN: Setelah mengukur prestasi seseorang pelajar, langkah seterusnya adalah membuat keputusan. Apabila kita menilai, kita mengatakan bahawa sesuatu itu bagus, bersesuaian, sah, positif, dan sebagainya. Untuk membuat penilaian, kita perlukan maklumat, dan ia diperolehi dengan mengukur menggunakan alat yang boleh dipercayai.

Setiap hari kita menilai sesuatu atau seseorang! Pendidik sentiasa menilai pelajar dan ia selalu dibuat dengan membandingkannya dengan suatu standard atau piawai. apa yang diukur terhadap suatu kriteria yang ditentukan dan untuk memastikan

PENTAKSIRAN

Pengujian

 Ujian bertulis  Ujian lisan  Pemerhatian  Temu bual  Projek  Amali  Tugasan

Penilaian Pengukuran

Skor/Markah Gred

Skala Band

Wow, IQ budak ini ialah 150!

(4)

4 Maklum Balas kepada

Ibu Bapa

Pensijilan

Diagnosis Memperbaiki Pengajaran

Kegunaan oleh Pentadbiran Sekolah Penempatan

samada ianya telah dicapai, samada bersesuaian, samada ianya bagus, samada ianya dapat diterima, samada ianya sah dan sebagainya.

“Kenapa kita perlu mentaksir murid?”. Jawapan yang lazim ialah untuk menentukan sama ada murid ‘memahami’ atau boleh ‘lakukan sesuatu kemahiran. ‘Memahami’ditafsirkan sebagai murid dapat mengingat kembali apa yang diajar. Ini ditentukan sama ada murid berkenaan dapat memberi jawapan yang betul. Adalah lebih tepat jika kita mengatakan bahawa tujuan pentaksiran ialah untuk menentukan sejauh manakah objektif pembelajaran atau hasil pembelajaran tercapai. Lihat Rajah 1.2 yang menunjukkan beberapa tujuan pentaksiran murid (Linn & Gronlund, 2000).

Rajah 1.2 Beberapa Tujuan Pentaksiran

MAKLUM BALASA KEPADA IBU BAPA

Keluarga ingin mengetahui kemajuan anak mereka di sekolah, dan ahli keluarga menghargai contoh-contoh khusus tentang kemajuannya. Dengan menunjukkan contoh kerja anak mereka

1.3 Tujuan Pentaksiran

TUJUAN

PENTAKSIRAN

a) Apakah pentaksiran?

b) Nyatakan perbezaan di antara penilaian dan pengukuran? c) Berikan contoh-contoh ujian.

(5)

5 daripada masa ke masa akan membolehkan ibubapa

mentaksir perkembangan dan kemajuan anak mereka. Adalah penting memberi tahu cerita sepenuhnya apabila melaporkan maklumat tentang kemajuan pencapaian pelajar. Dengan bercakap dengan ibubapa tentang standard, berkongsi contoh kerja pelajar, menggunakan rubrik dalam konferens, dan membezakan di antara pencapaian dan kemajuan merupakan di antara cara-cara untuk memastikan agar keluarga diberi gambaran yang jelas tentang pembelajaran kanak-kanak

PENSIJILAN

Pensijilan mungkin merupakan sebab paling penting untuk menjalankan pentaksiran. Contohnya, peperiksaan umum yang dijalankan di dalam sistem persekolahan di akhir sekolah menengah bertujuan menganugerahkan pelajar segolong sijil. Markah yang diterima ditukarkan kepada gred abjad yang melambangkan pencapaiannya dalam subjek berlainan dan digunakan sebagai asas untuk perbandingan di antara pelajar. Sijil yang diterima itu kemudiannya digunakan untuk memilih pelajar samada untuk melanjutkan pelajaran, biasiswa ataupun pekerjaan

MEMPERBAIKI PENGAJARAN

Sekiranya 60% pelajar gagal dalam suatu ujian, adakah anda menyiasat samada strategi pengajaran-pembelajaran anda bersesuaian atau anda menyalahkan pelajar anda kerana lemah akademik mereka, ataupun mereka tidak mengulang kaji pelajaran? Ramai dalam kalangan pendidik akan menyalahkan pelajar mereka. Maklumat tentang pentaksiran bernilai untuk memberi indikasi hasil pembelajaran manakah yang telah dicapai dengan jayanya dan yang mana pelajar menghadapi kesukaran. Keputusan pentaksiran bernilai memberi indikasi tentang keberkesanan strategi pengajaran yang dilaksanakan dan bahan pengajaran yang

digunakan. Ia juga memberi indikasi tentang sejauh mana pelajar telah memperoleh pengetahuan terdahulu bagi menerima konsep dan prinsip yang dibincangkan. Data pentaksiran juga boleh memberi gambaran tentang mengapa seseorang guru lebih berjaya dalam mengajar segolongan pelajar daripada pelajar lain.

DIAGNOSIS

Penilaian atau pentaksiran Diagnostik dijalankan pada permulaan pengajaran atau unit untuk sesuatu subjek bagi mentaksir kesediaan pelajar dan sebagai latar belakang kepada apa yang akan diajar. Pentaksiran pra-pengajaran dilakukan apabila anda memutuskan perlunya maklumat tentang seorang atau sekumpulan pelajar, ataupun seluruh kelas sebelum anda

(6)

6 boleh meneruskan dengan pengajaran yang

berkesan. Sebagai contoh, anda boleh melaksanakan Ujian Bacaan untuk pelajar Tahun Satu bagi mentaksir tahap pembacaan mereka. Berdasarkan maklumat tersebut, anda mungkin berikan pembaca lemah intervensi yang khusus atau pun tindakan pemulihan. Ataupun, ujian-ujian tersebut mungkin menunjukkan bahawa sesetengah pelajar membaca pada tahap yang sangat tinggi dan anda mungkin

ingin mencadangkan agar mereka diberi program pengayaan. Contohnya, berdasarkan maklumat pentaksiran seorang kanak-kanak mungkin didapati menghadapi disleksia (dyslexic) dan akan diberi rawatan yang istimewa atau pun seorang pelajar yang telah didiagnosis sebagai kurang upaya dalam pembelajaran mungkin diberi pendidikan khas.

PENEMPATAN

Selain persijilan, pentaksiran juga dijalankan untuk tujuan penempatan. Pelajar dianugerahkan dengan berbagai keupayaan dan salah satu tugas sekolah adalah untuk menempatkan mereka mengikut aptitude dan minat. Contohnya, sesetengah ujian digunakan sebagai asas untuk menyalurkan pelajar mengikut aliran berdasarkan prestasi akademik mereka. Telah menjadi tradisi bahawa kelas ‘A’ dan ‘B’ akan diisi dengan pelajar berpencapaian tinggi berdasarkan keputusan peperiksaan akhir semester atau peperiksaan akhir tahun. Ujian Penempatan telah digunakan dalam pra-sekolah untuk menyalurkan kanak-kanak mengikut tahap pencapaian mereka! Amalan menempatkan pelajar mengikut pencapaian akademik selalu diperdebat berdekad lamanya di mana sesetengah cendikiawan menyokong dan ada pula yang membangkang penggunaannya.

KEGUNAAN OLEH PENTADBIRAN SEKOLAH

Sekolah mengumpul maklumat tentang pentaksiran bagi memastikan sejauh mana pencapaian sekolah berbanding sekolah lain bagi semester atau tahun tertentu. Keputusan pentaksiran juga bertujuan membuat perbandingan prestasi dari tahun ke tahun bagi sekolah tertentu. Berdasarkan keputusan, pentadbir sekolah mungkin mengambil langkah tertentu untuk memperbaiki kelemahan. Contohnya mengadakan sumber tambahan untuk pelajar yang berpencapaian rendah sekiranya didapati bilangan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan membaca dan menulis semakin bertambah. Keputusan pentaksiran (khususnya berkaitan perkembangan sosio-emosi) mungkin digunakan oleh pentadbir dan pembimbing sekolah untuk merancang strategi intervensi untuk pelajar berisiko. Pentaksiran oleh pembimbing boleh membantu untuk mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah sosio-emosi yang memerlukan perkhidmatan bimbingan atau dirujuk

Pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning) - ialah menentukan bahawa pelajar telah mempelajari sesuatu yang dapat diukur dengan pelbagai instrumen. Contohnya, guru memberi ujian matematik tentang 'pecahan' dan dapati 10 murid dalam kelasnya tidak tahu menyelesaikan masalah 'pecahan'.

(7)

7

Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)- ialah menggunakan maklumat yang diperolehi dengan pelbagai jenis instrumen untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru mengadakan kelas pemulihan untuk membantu 10 murid berkenaan menyelesaikan masalah 'pecahan'.

Pentaksiran boleh dijalankan pada masa berlainan sepanjang tahun persekolahan dan rancangan pentaksiran yang menyeluruh akan termasuk pentaksiran formatif dan sumatif. Titik pada mana pentaksiran dibuat dan matlamat pentaksiran membezakan di antara kedua-dua kategori pentaksiran.

Pentaksiran Formatif

Pentaksiran formatif selalunya dibuat pada permulaan tahun pengajaran, dengan itu memberi peluang untuk mendapatkan bukti awal tentang pembelajaran pelajar dalam subjek atau suatu titik pada program tersebut. Pentaksiran dalam kelas merupakan salah satu teknik pentaksiran formatif yang paling terkenal. Tujuann teknik ini adalah untuk memperbaiki mutu pembelajaran pelajar dan tidak harus berbentuk menilai atau tidak melibatkan menggred pelajar.

Di dalam penilaian formatif guru membandingkan prestasi pelajar dengan prestasi pelajar lain di dalam kelas dan bukan semuanya pelajar dalam tahun yang sama. Selalunya sebahagian kecil kandungan diuji untuk melihat sejauh mana objektif telah dicapai. Pentaksiran Formatif adalah berpusatkan tindakan dan menjadi asas pembaikan kaedah pengajaran.

Sebagai contoh, sekiranya seorang guru mendapati bahawa beberapa orang pelajar kurang faham sesuatu konsep, dia mungkin mereka bentuk suatu aktiviti lain atau menggunakan strategi pengajaran yang lain. Selain itu, pelajar juga boleh memantau kemajuan mereka secara berkala menggunakan kuiz dan tugasan. Keputusan pentaksiran formatif digunakan untuk mengubahsuai dan mengesahkan pengajaran. Secara pendeknya, pentaksiran formatif adalah pentaksiran berterusan dan melibatkan kaji semula, dan pemerhatian tentang apa yang sedang berlaku dalam bilik darjah.

1.4 Pentaksiran Formatif dan Sumatif

a) Terangkan bagaimana hasil pentaksiran digunakan oleh guru untuk membaiki pengajaran.

b) Bagaimana hasil pentaksiran digunakan untuk pensijilan? c) Bagaimana pihak sekolah menggunakan hasil pentaksiran?

d) Jelaskan bagaimana hasil pentaksiran digunakan oleh guru untuk diagnosis.

e) Apakah perbezaa a tara pe taksira te ta g pe belajara da pe taksira u tuk pe belajara ?

(8)

8 Pentaksiran Sumatif

Pentaksiran sumatif adalah bercorak menyeluruh; menyediakan kebertanggung jawaban dan digunakan untuk menyemak tahap pembelajaran di akhir program (kemungkinan di akhir semester, tahun atau selepas dua tahun). Sebagai contoh, selepas tiga tahun dalam sekolah menengah pelajar mengambil sebuah peperiksaan umum yang bercorak sumatif kerana ia berasas kepada pengalaman pembelajaran terkumpul bagi pelajar tersebut. Pentaksiran sumatif biasanya digunakan untuk menilai keberkesanan sebuah program pembelajaran pada akhir tahun akademik atau pada waktu yang ditetapkan.

Matlamat pentaksiran sumatif adalah untuk membuat pertimbangan tentang kecekapan seorang pelajar–selepas fasa pengajaran telah selesai. Sebagai contoh, peperiksaan umum di Malaysia dilaksanakan di akhir 6 tahun sekolah rendah; di akhir sekolah menengah rendah dan di akhir sekolah menengah atas. Itu semua merupakan pentaksiran sumatif untuk memastikan tahap pemerolehan setiap pelajar di dalam subjek-subjek setelah penyampaian kandungan sepanjang 2 hingga 3 tahun. Penilaian sumatif digunakan untuk memastikan samada pelajar telah menguasai kecekapan khusus dang red abjad mungkin diberi untuk mentaksir pencapaian pelajar. Lihat Jadual 1.1 yang menyenaraikan perbezaan di antara dua ujian tersebut.

Pentaksiran Formatif Pentaksiran Sumatif

Bila dijalankan

Dijalankan sepanjang proses pengajaran-pembelajaran

Dijalankan di akhir suatu fasa pengajaran-pembelajaran (e.g.di akhir semester atau tahun)

Kaedah

Ujian kertas & pensil, pencerapan, kuiz, latihan, sesi amali dilaksanakan secara kumpulan dan individu

Ujian kertas & pensil, ujian lisan dilaksanakan berkumpulan

Matlamat  Untuk mentaksir kemajuan dan mencadangkan langkah pemulihan untuk mereka yang tidak mencapai objektif

 Pemulihan atau pengayaan, ataupun pengajaran semula topic

 Grading to determine if the programme was successful.  To certify students and improve

the curriculum

Contoh

Kuiz, esei, ujian diagnostik, laporan makmal dan rekod

Ujian akhir, ujian umum, ujian kelayakan, ujian standard

(9)

9 Terdapat dua jenis ujian bergantung kepada bagaimana hasilnya diinterpretasi dan digunakan. Secara tradisi terdapat dua jenis ujian yang dikenali sebagai Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria.

Ujian Rujukan Norma

Sebab utama penggunaan ujian rujukan norma (norm-referenced) adalah untuk mengklasifikasi pelajar. Ujian-ujian ini direka bentuk untuk menunjukkan perbezaan diantara dan dalam kalangan pelajar agar menghasilkan darjat pelajar secara berurutan sepanjang suatu kontinum pencapaian daripada pencapai tinggi hingga ke pencapai rendah (Anastasi, 1988). Untuk ujian rujukan norma, kumpulan pelajar yang representatif diberikan ujian dan markah mereka dibandingkan dengan norma selepas melalui suatu proses pentadbiran dan analisis yang rumit.

Sesiapa yang mengambil ujian rujukan norma boleh membandingkan markahnya dengan norma. Contohnya, seorang pelajar yang memperoleh markah 70 dalam ujian norm-referenced hanya akan Nampak jelas apabila markah itu dibandingkan dengan norma. Apabila dibandingkan dengan norma, dan didapati markah pelajar itu adalah pada peratus ke-80, ini bermakna bahawa dia telah mencapai tahap yang sama atau lebih baik daripada 80% pelajar dalam kumpulam norma. Maklumat ini boleh menjadi berguna bagi memastikan samada pelajar perlu bantuan pemulihan atau tidak, ataupun samada pelajar tersebut adalah calon program pengayaan. Walau bagaimana pun, markah tersebut memberi maklumat yang sedikit tentang apa yang pelajar tersebut tahu atau apa dia boleh buat. Kritikan utama ujian norm-referenced ialah kerana ia selalunya fokus kepada mentaksir kecekapan asas tahap rendah. Ujian rujukan norma selalunya mengukur hanya sekadar sampel kandungan akademik yang diajar di sekolah seluruh negara.

Ujian Rujukan Kriteria

Ujian rujukan kriteria (criterion-referenced) dapat memastikan apa yang pelajar boleh buat atau sebaliknya, dan tidak membandingkannya dengan pelajar lain (Anastasi, 1988). Ujian rujukan kriteria melapor prestasi pelajar berbanding tahap prestasi yang ditentukan pada suatu set matlamat atau hasil pembelajaran yang termaktub dalam kurikulum. Ujian rujukan kriteria digunakan apabila guru ingin mengetahui sejauh mana pelajar telah memperoleh pengetahuan dan kecekapam yang mereka diharap telah kuasai. Maklumat ini mungkin digunakan sebagai maklumat untuk memastikan sejauh mana pelajar memperoleh kandungan kurikulum dan sejauh mana sekolah mengajar kurikulum tersebut. Ujian rujukan kriteria memberi butiran terperinci tentang sejauh mana pencapaian seorang pelajar bagi setiap matlamat pendidikan atau hasil pembelajaran yang terkandung di dalam ujian tersebut. Contohnya, markah bagi sebuah ujian rujukan kriteria mungkin menceritakan operasi matematik mana seorang pelajar boleh laksanakan atau tahap masalah pembacaan yang dialami pelajar. Lihat Jadual 1.2 yang menyenaraikan perbezaan di antara kedua-dua jenis ujian.

(10)

10 Jadual 1.2 Perbezaan antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria

Adalah penting guru memastikan objektif, pengajaran dan pentaksiran adalah selari? Apakah yang dimaksudkan? Lihat Rajah 1.3. Objektif pengajaran ialah untuk memperkembangkan kemahiran ‘bacaan inferen’; iaitu murid dapat memahami mesej tersirat dalam bahan yang dibaca. Tetapi dalam bilik darjah guru mengutamakan pengajaran bacaan pada tahap literal atau mesej tersurat sahaja. Manakala, pentaksiran yang selaras dengan objektif, bertumpu kepada pengujian kemahiaran inferen murid. Apakah akan terjadi?

Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria Matlamat Membandingkan prestasi

pelajar dengan pelajar lain  Memilih pelajar untuk

persijilan

 Membanding prestasi pelajar dengan kriteria (e.g. hasil pembelajaran)

 Sejauh mana pelajar telah memperoleh pengetahuan atau kecekapan

 Memperbaiki pengajaran & pembelajaran

Jenis soalan Soalan daripada senang hingga susah

Soalan hampir sama tahap kepayahan dengan kriteria

Melapor keputusan

Gred diberi Tiada gred diberi (samada

pengetahuan/kecekapan dicapai atau tidak Liputan

Kandungan

Liputan kandungan yang luas Aspek kandungan yang tertentu Contoh UPSR, PMR, SPM peperiksaan

umum, peperiksaan akhir semester, peperiksaan akhir tahun

Ujian kelas, latihan dan tugasan

1.6 Keselarian Antara Objektif, Pengajaran dan Pentaksiran a) Bincangkan perbezaan di antara pentaksiran formatif dan

pentaksiran sumatif. Berikan contoh-contoh sesuai.

b) Apakah perbezaan di antara ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria daripada segi matlamat, jenis soalan, pelaporan keputusan dan liputan kandungan?

(11)

11

Rajah 1.3 Ketidakselarian antara Objektif, Pengajaran & Pentaksiran Secara ringkas:

Objektif memerlukan bacaan inferen, iaitu maklumat atau mesej tersirat

Pengajaran bertumpu kepada bacaan literal iaitu maklumat tersurat dalam bahan bacaan

Pentaksiran memerlukan murid memahami mesej tersirat dalam bahan bacaan. Tidaklah hairan apabila pencapaian murid rendah kerana ujian yang digunakan menguji kemahiran yang mereka tidak diajar.

Rajah 1.4 Keselarian antara Objektif, Pengajaran & Pentaksiran

Pengajaran Pentaksiran

Objektif Bacaan pada

Tahap Inferen

Bacaan pada Tahap Literal

Pengajaran Pentaksiran

Objektif Bacaan pada

Tahap Inferen

Bacaan pada Tahap Literal

(12)

12 Lihat Rajah 1.4 yang menunjukkan keselarian antara objektif, pengajaran dan pentaksiran. Untuk mencapai objektif yang diingini, kaedah mengajar yang sesuai dilaksanakan. Instrumen pentaksiran yang digubal selari dengan objektif yang ingin dicapai (Dwyer, 1991). Contohnya, objektif pembelajaran yang dipilih ialah untuk memastikan sejauh manakah murid berjaya membaca pada tahap inferen. Pelbagai kaedah dan aktiviti digunakan bagi membolehkan murid membaca pada tahap inferen. Ujian yang digubal dan digunakan menguji kemahiran membaca pada tahap inferen. Kesimpulannya, objektif, pengajaran dan pentaksiran adalah selari.

Setiap kali kita terlibat dengan pentaksiran, kita perlu yakin dengan keputusan yang diperolehi. Oleh kerana kita menilai manusia, kita perlu memastikan bahawa markah, band atau skor yang diberikan kepada setiap betul-betul mencerminkan tahap keupayaan dan kebolehan mereka.

Anda memberikan ujian Pendidikan Moral kepada sekumpulan pelajar Tahun 4 dan salah seorang pelajar bernama Keng Yap telah mendapat markah 66% dalam ujian tersebut. Sejauhmanakah anda pasti bahawa itu adalah markah sebenar Keng Yap? Apabila anda membina sebuah ujian dan mentadbirkannya kepada murid, anda cuba untuk mengukur

markah sebenar murid. Markah sebenar merupakan suatu konsep yang hipotetikal tentang keupayaan sebenar kecekapan dan kemampuan seseorang individu.

Adalah mustahil guru boleh membina sebuah ujian yang bebas daripada ralat. Bagaimana pun ia tidak bermaksud bahawa ujian yang digubal guru tidak baik. Yang lebih penting adalah saiz ralat itu.

Markah Sebenar = Markah yang Diperolehi + Ralat

Ralat mungkin timbul daripada faktor-faktor berikut:  Arahan tidak jelas

 Soalan yang mengelirukan  Kepenatan murid

 Murid meniru dan sebagainya

Faktor-faktor ini mungkin meningkatkan markah dan yang lain pula menyebabkan markah yang diperolehi turun. Umum, lebih kecil ralat, lebih tepat markah sebenar murid. Sekiranya anda yakin bahawa ujian anda (markah diperhatikan) mempunyai ralat yang kecil, maka anda boleh dengan yakin membuat inferens bahawa markah Keng Yap 66% adalah hampir dengan markah sebenarnya atau keupayaan sebenarnya dalam Pendidikan Moral. Untuk mengurangkan ralat sesuatu ujian, anda perlu memastikan bahawa ujian mempunyai kesahan, kebolehpercayaan. keobjektifan, kebolehtadbiran dan kebolehtafsiran yang tinggi (Lihat Rajah 1.5).

(13)

13 Rajah 1.5 Ciri-Ciri Ujian yan Baik

1) KESAHAN

Kesahan ditakrifkan sebagai sejauh mana sesuatu ujian mengukur apa yang ia patut diukur. Sekiranya ia tidak mengukur apa yang ia patut mengukur, maka ujian itu tidak boleh digunakan kerana interpretasi yang dibuat berasaskannya tidak sah atau relevan (Nutall, 1987). Contohnya, ujian yang sepatutnya mengukur ‘keupayaan murid Tahun 6 berfikir secara kritis’ tidak mengukur ‘keupayaan berfikir secara kritis’, maka ujian tersebut bukanlah sebuah ujian yang sah.

Buruk kesannya jika guru membuat rumusan tentang apa yang muridr boleh atau tidak boleh buat berdasarkan ujian tersebut. Inilah sebabnya ramai pakar pendidik menekankan kepentingan kesahan ujian. Bagaimana pun, kesahan akan berbeza bagi setiap ujian bergantung kepada kegunaannya. Contohnya, sesuatu ujian mungkin mempunyai kesahan yang tinggi dalam menguji kebolehan menjelaskan konsep tetapi mempunyai kesahan rendah bagi menguji aplikasi konsep. Messick (1989) sangat khuatir tentang interpretasi yang dibuat oleh guru tentang kebolehan murid berdasarkan sesuatu ujian. Bayangkan kuasa yang dipegang oleh guru semasa menggubal dan mentadbirkan ujian. Keputusan ujian yang diperolehi akan menentukan masa depan ratusan murid. Tafsiran berdasarkan ujian yang mempunyai kesahan yang rendah akan memberi gambaran yang tidak tepat tentang keupayaan dan kecekapan murid. Berikut ini ialah beberapa jenis kesahan ujian:

Kesahan Konstruk ialah sama ada ujian yang digubal mengukur konstruk atau ciri atau

fenomena yang ingin diukur. Contohnya, jika anda ingin menentukan tahap kemahiran membaca murid, anda perlu memastikan ujian yang digubal mengukur kefahaman membaca, penguasaan kosa kata, membaca untuk maksud literal dan membaca untuk maksud inferens. Bagaimana guru dapat menentukan ujian yang digubal mempunyai kesahan konstruk yang tinggi?

Kesahan

Kebolehpercayaan

Keobjektifan

Kebolehtadbiran

(14)

14 o Satu cara ialah dengan membanding atau menkorelesasi ujian pembinaan guru dengan sesuatu ujian yang mengukur konstruk yang sama. Contohnya, guru boleh membandingkan markah yang diperolehi dalam ujian yang digubal oleh guru dengan ujian lain yang diberikan kepada sampel murid yang sama. Sekiranya markah bagi kedua-dua ujian tersebut berkorelasi tinggi, maka guru boleh membuat kesimpulan bahawa ujian yang digubal oleh guru mempunyai kesahan konstruk yang tinggi.

o Satu lagi cara ialah dengan merujuk kepada teori. Contohnya, berdasarkan sudut pandangan teori-teori pendidikan moral bacaan, guru dapat membina soalan-soalan yang berkait rapat dengan hujah-hujah teori berkenaan pendidikan moral.  Kesahan Ramalan ialah samada sesuatu ujian yang dibina oleh guru dapat meramal

dengan tepat prestasi atau keupayaan masa hadapan murid. Contohnya, keputusan STPM digunakan untuk meramal prestasi dalam universiti. Kesukaran dalam menghitung kesahan ramalan bagi STPM ialah kerana hanya mereka yang lulus peperiksaan itu yang akan meneruskan pelajaran ke universiti (secara umumnya) dan kita tidak tahu pencapaian pelajar yang gagal (Wood, 1991). Juga, hanya sebilangan kecil populasi yang mengambil STPM dan korelasi di antara gred STPM dan prestasi di peringkat sarjana muda mungkin tinggi.

2) KEBOLEHPERCAYAAN

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam sesuatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan. Dengan perkataan lain,

kebolehpercayaan menunjukkan konsistensi sesuatu ujian dengan bertanya ‘adakah

mendapat skor atau markah yang sama sekiranya mereka mengambil ujian yang sama pada sekali lagi?’. Sekiranya, markah yang diperolehi tidak konsisten, maka guru boleh merumuskan bahawa ujian itu juga tidak sah kerana kandungan yang diuji tidak tepat. Berikut ini ialah beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menentukan kebolehpercayaan sesuatu ujian:

1. Uji-Uji Semulan (Test-Retest) yang sama sekali lagi. Markah yang diperolehi dalam pentadbiran ujian pertama dikorelasikan dengan markah yang diperolehi dalam pentadbiran kedua ujian tersebut. Sekiranya korelasi di antara kedua-dud markah tersebut adalah tinggi maka ujian tersebut boleh dikatakan mmempunyai kebolehpercyaan yang tinggi. Namun begitu, teknik uji-uji semula agak sukar dilaksanakan kerana murid mungkin enggan mengambil ujian yang sama dua kali. Juga, murid mungkin dapat mengingat kembali soalan-soalan ujian pertama.

2. Ujian Setara (Equivalent Test) - Bagi teknik ini, dua ujian yang setara ditadbirkan kepada kumpulan murid yang sama. Kedua-dua ujian ini tidak serupa tetapi setara. Iaitu, kedua-dua ujian mempunyai soalan-soalan berlainan tetapi mengukur konstruk (iaitu pengetahuan, kemahiran atau sikap) yang sama. Markah atau skor yang perolehi dalam kedua-dua ujian dikorelasikan dan jika angka korelasi adalah tinggi, kebolehpercayaan ujian disifatkan sebagai tinggi. Kelebihan teknik ini ialah tidak ada pengaruh murid mengingat kembali soalan-soalan. Suatu masalah dengan teknik ini ialah guru perlu menghasilkan begitu banyak soalan.

(15)

15

3. Konsistensi Dalaman (Internal Consistency) – Teknik ini menentukan konsistensi dalaman sesuatu ujian dengan menggunakan sesuatu formula. Hanya satu ujian yang perlu ditadbirkan sekali kepada murd. Konsistensi dalaman ujian ditentukan dengan mengira korelasi satu soalan dengan soalan-soalan lain dan keseluruhan ujian. Yang dianggarkan ialah sejauh manakah soalan-soalan mencerminkan konstruk (pengetahuan, kemahiran & nilai) yang diukur.

3) KEOBKETIFAN

Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (seperti soalan aneka pilihan, betul-salah, memadan dan sebagainya) berbanding ujian subjektif (seperti ujian esei, projek dan sebagainya). Kemungkinan besar pemarkahan ujian subjektif dipengaruhi oleh tafsiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya soalan-soalan objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.

4) KEBOLEHTADBIRAN

Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. Lihat Jadual 1.3 yang menunjukkan masa yang dicadangkan untuk setiap jenis soalan ujian. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif.

Jenis Soalan atau Item Peruntukan Masa Bagi Setiap Soalan

Item betul/salah 20-30 saat

Item aneka pilihan (fakta) 40-60 saat

Item aneka pilihan (kompleks) 70-90 saat

Item memadankan (5 – 6 pilihan) 2-4 minit

Item jawapan pendek 2-4 minit

Item aneka pilihan (melibatkan pengiraan) 2-5 minit

Masalah dalam perkataan (kiraan mudah) 5-10 minit

Esei pendek 15-20 minit

Analysis data / membuat geraf 15-25 minit

Esei panjang 35-50 minit

Rajah 1.3 Peruntukan Masa Untuk Sesuatu Jenis Soalan Pentaksiran

[sumber: A.J. Nikto (2004). Educational assessments of students. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall]

(16)

16 a) Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan keselarian objektif, pengajaran

dan pentaksiran. Mengapakah ini penting? b) Bincangkan beberapa jenis kesahan ujian.

c) Bagaimana guru dapat menentukan bahawa ujian yang gunakan itu mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi?

d) Mengapakah keobjektifan ujian penting?

e) Bincangkan masa yang perlu diperuntukkan untuk sesuatu jenis soalan. Adakah anda bersetuju dengan cadangan Niko (2004)?

(17)

17  Pentaksiran ialah suatu proses mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber

tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap /nilai pelajar

 Pengukuran ialah pemberian skor atau markah atau menyatakan band yang menunjukkan tahap pencapaian.

 Untuk membuat penilaian, kita perlukan maklumat, dan ia diperolehi dengan mengukur menggunakan alat yang boleh dipercayai.

 Pengujian ialah penggunaan instrumen atau alat yang cuba menguji sebahagian tingkahlaku pelajar.

 Keluarga ingin mengetahui kemajuan anak mereka di sekolah, dan ahli keluarga menghargai contoh-contoh khusus tentang kemajuannya.

 Penilaian atau pentaksiran Diagnostik dijalankan pada permulaan pengajaran atau unit untuk sesuatu subjek bagi mentaksir kesediaan pelajar dan sebagai latar belakang kepada apa yang akan diajar.

 Pentaksiran formatif selalunya dibuat pada permulaan tahun pengajaran, dengan itu memberi peluang untuk mendapatkan bukti awal tentang pembelajaran pelajar dalam subjek atau suatu titik pada program tersebut.

 Pentaksiran sumatif adalah bercorak menyeluruh; menyediakan kebertanggung jawaban dan digunakan untuk menyemak tahap pembelajaran di akhir program (kemungkinan di akhir semester, tahun atau selepas dua tahun).

 Sebab utama penggunaan ujian rujukan norma (norm-referenced) adalah untuk mengklasifikasi pelajar.

 Ujian rujukan kriteria (criterion-referenced) dapat memastikan apa yang pelajar boleh buat atau sebaliknya, dan tidak membandingkannya dengan pelajar lain.

 Untuk mencapai objektif yang diingini, kaedah mengajar yang sesuai dilaksanakan. Instrumen pentaksiran yang digubal selari dengan objektif yang ingin dicapai.

 Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian.

 Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak.

(18)

18 Linn, R & Gronlund, N. (2000). Measurement and Assessment in Teaching. New Jersey:Prentice-Hall Inc.

Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Janjong Malim: Quantum Books Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Nitko, A.J. (2004). Educational assessments of students. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall. Dwyer, F. M. (1991). A paradigm for generating curriculum design oriented research questions in distance education. Second American Symposium Research in Distance Education, University Park, PA: Pennsylvania State University.

(1)

13 Rajah 1.5 Ciri-Ciri Ujian yan Baik

1) KESAHAN

Kesahan ditakrifkan sebagai sejauh mana sesuatu ujian mengukur apa yang ia patut diukur. Sekiranya ia tidak mengukur apa yang ia patut mengukur, maka ujian itu tidak boleh digunakan kerana interpretasi yang dibuat berasaskannya tidak sah atau relevan (Nutall, 1987). Contohnya, ujian yang sepatutnya mengukur ‘keupayaan murid Tahun 6 berfikir secara kritis’ tidak mengukur ‘keupayaan berfikir secara kritis’, maka ujian tersebut bukanlah sebuah ujian yang sah.

Buruk kesannya jika guru membuat rumusan tentang apa yang muridr boleh atau tidak boleh buat berdasarkan ujian tersebut. Inilah sebabnya ramai pakar pendidik menekankan kepentingan kesahan ujian. Bagaimana pun, kesahan akan berbeza bagi setiap ujian bergantung kepada kegunaannya. Contohnya, sesuatu ujian mungkin mempunyai kesahan yang tinggi dalam menguji kebolehan menjelaskan konsep tetapi mempunyai kesahan rendah bagi menguji aplikasi konsep. Messick (1989) sangat khuatir tentang interpretasi yang dibuat oleh guru tentang kebolehan murid berdasarkan sesuatu ujian. Bayangkan kuasa yang dipegang oleh guru semasa menggubal dan mentadbirkan ujian. Keputusan ujian yang diperolehi akan menentukan masa depan ratusan murid. Tafsiran berdasarkan ujian yang mempunyai kesahan yang rendah akan memberi gambaran yang tidak tepat tentang keupayaan dan kecekapan murid. Berikut ini ialah beberapa jenis kesahan ujian:

Kesahan Konstruk ialah sama ada ujian yang digubal mengukur konstruk atau ciri atau

fenomena yang ingin diukur. Contohnya, jika anda ingin menentukan tahap kemahiran membaca murid, anda perlu memastikan ujian yang digubal mengukur kefahaman membaca, penguasaan kosa kata, membaca untuk maksud literal dan membaca untuk maksud inferens. Bagaimana guru dapat menentukan ujian yang digubal mempunyai kesahan konstruk yang tinggi?

Kesahan

Kebolehpercayaan

Keobjektifan

Kebolehtadbiran

(2)

14 o Satu cara ialah dengan membanding atau menkorelesasi ujian pembinaan guru dengan sesuatu ujian yang mengukur konstruk yang sama. Contohnya, guru boleh membandingkan markah yang diperolehi dalam ujian yang digubal oleh guru dengan ujian lain yang diberikan kepada sampel murid yang sama. Sekiranya markah bagi kedua-dua ujian tersebut berkorelasi tinggi, maka guru boleh membuat kesimpulan bahawa ujian yang digubal oleh guru mempunyai kesahan konstruk yang tinggi.

o Satu lagi cara ialah dengan merujuk kepada teori. Contohnya, berdasarkan sudut pandangan teori-teori pendidikan moral bacaan, guru dapat membina soalan-soalan yang berkait rapat dengan hujah-hujah teori berkenaan pendidikan moral.  Kesahan Ramalan ialah samada sesuatu ujian yang dibina oleh guru dapat meramal

dengan tepat prestasi atau keupayaan masa hadapan murid. Contohnya, keputusan STPM digunakan untuk meramal prestasi dalam universiti. Kesukaran dalam menghitung kesahan ramalan bagi STPM ialah kerana hanya mereka yang lulus peperiksaan itu yang akan meneruskan pelajaran ke universiti (secara umumnya) dan kita tidak tahu pencapaian pelajar yang gagal (Wood, 1991). Juga, hanya sebilangan kecil populasi yang mengambil STPM dan korelasi di antara gred STPM dan prestasi di peringkat sarjana muda mungkin tinggi.

2) KEBOLEHPERCAYAAN

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam sesuatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan. Dengan perkataan lain, kebolehpercayaan menunjukkan konsistensi sesuatu ujian dengan bertanya ‘adakah mendapat skor atau markah yang sama sekiranya mereka mengambil ujian yang sama pada sekali lagi?’. Sekiranya, markah yang diperolehi tidak konsisten, maka guru boleh merumuskan bahawa ujian itu juga tidak sah kerana kandungan yang diuji tidak tepat. Berikut ini ialah beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menentukan kebolehpercayaan sesuatu ujian:

1. Uji-Uji Semulan (Test-Retest) yang sama sekali lagi. Markah yang diperolehi dalam pentadbiran ujian pertama dikorelasikan dengan markah yang diperolehi dalam pentadbiran kedua ujian tersebut. Sekiranya korelasi di antara kedua-dud markah tersebut adalah tinggi maka ujian tersebut boleh dikatakan mmempunyai kebolehpercyaan yang tinggi. Namun begitu, teknik uji-uji semula agak sukar dilaksanakan kerana murid mungkin enggan mengambil ujian yang sama dua kali. Juga, murid mungkin dapat mengingat kembali soalan-soalan ujian pertama.

2. Ujian Setara (Equivalent Test) - Bagi teknik ini, dua ujian yang setara ditadbirkan kepada kumpulan murid yang sama. Kedua-dua ujian ini tidak serupa tetapi setara. Iaitu, kedua-dua ujian mempunyai soalan-soalan berlainan tetapi mengukur konstruk (iaitu pengetahuan, kemahiran atau sikap) yang sama. Markah atau skor yang perolehi dalam kedua-dua ujian dikorelasikan dan jika angka korelasi adalah tinggi, kebolehpercayaan ujian disifatkan sebagai tinggi. Kelebihan teknik ini ialah tidak ada pengaruh murid mengingat kembali soalan-soalan. Suatu masalah dengan teknik ini ialah guru perlu menghasilkan begitu banyak soalan.

(3)

15

3. Konsistensi Dalaman (Internal Consistency) – Teknik ini menentukan konsistensi dalaman sesuatu ujian dengan menggunakan sesuatu formula. Hanya satu ujian yang perlu ditadbirkan sekali kepada murd. Konsistensi dalaman ujian ditentukan dengan mengira korelasi satu soalan dengan soalan-soalan lain dan keseluruhan ujian. Yang dianggarkan ialah sejauh manakah soalan-soalan mencerminkan konstruk (pengetahuan, kemahiran & nilai) yang diukur.

3) KEOBKETIFAN

Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (seperti soalan aneka pilihan, betul-salah, memadan dan sebagainya) berbanding ujian subjektif (seperti ujian esei, projek dan sebagainya). Kemungkinan besar pemarkahan ujian subjektif dipengaruhi oleh tafsiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya soalan-soalan objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.

4) KEBOLEHTADBIRAN

Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. Lihat Jadual 1.3 yang menunjukkan masa yang dicadangkan untuk setiap jenis soalan ujian. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif.

Jenis Soalan atau Item Peruntukan Masa Bagi Setiap Soalan

Item betul/salah 20-30 saat

Item aneka pilihan (fakta) 40-60 saat

Item aneka pilihan (kompleks) 70-90 saat

Item memadankan (5– 6 pilihan) 2-4 minit

Item jawapan pendek 2-4 minit

Item aneka pilihan (melibatkan pengiraan) 2-5 minit

Masalah dalam perkataan (kiraan mudah) 5-10 minit

Esei pendek 15-20 minit

Analysis data / membuat geraf 15-25 minit

Esei panjang 35-50 minit

Rajah 1.3 Peruntukan Masa Untuk Sesuatu Jenis Soalan Pentaksiran

[sumber: A.J. Nikto (2004). Educational assessments of students. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall]

(4)

16 a) Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan keselarian objektif, pengajaran

dan pentaksiran. Mengapakah ini penting? b) Bincangkan beberapa jenis kesahan ujian.

c) Bagaimana guru dapat menentukan bahawa ujian yang gunakan itu mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi?

d) Mengapakah keobjektifan ujian penting?

e) Bincangkan masa yang perlu diperuntukkan untuk sesuatu jenis soalan. Adakah anda bersetuju dengan cadangan Niko (2004)?

(5)

17

 Pentaksiran ialah suatu proses mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap /nilai pelajar