Diselenggara oleh: Ong Puay Liu

48 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Jadual 6 Pencapaian Akademik

2013 Kedudu Peperik

% GPD -saan

91.46 2.1 88.5 1.77 Sistem Semester KPI 2.0

Jadual 7 Pencapaian Linus PPD SEMPORNA

Tahun 2012 - 2013

TAHUN TAHUN

99.41% Literasi BM

77.97% Literasi BM

51.11% Literasi BM

Literasi BI

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

PEMBANGUNAN (TAPAK SEKOLAH)

Jadual 8 Pembangunan Makmal Komputer

Bekalan Bil

Peralatan

Elektrik Sekolah

Status

ICT telah

Kod Sek

Model C dipasang atatan

Perabot MK

(Ada/

(Ya/Tidak)

Tiada)

1 XBA3301 SK

Tiada OC belum BALIMBANG

dikeluarkan Boleh

Ada Beroperasi / OC belum dikeluarkan 3 XBA3304 SK GELAM- GELAM

2 XBA3302 SK BUBUL

Tiada OC belum dikeluarkan

Tiada OC belum dikeluarkan Boleh 5 XBA3317 SK PEKAN SEMPORNA

4 XBA3305 SK HAMPALAN

Ada Beroperasi / OC belum dikeluarkan

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah 50

Peralatan

Bil Kod Sek Sekolah

Labs

Bekalan Model C Perabot MK Elektrik atatan

Status

ICT telah

& disusun (Ya/Tidak)

6 XBA3318 SK TANJUNG KAPOR

Tiada OC belum dikeluarkan

7 XBA3320 SK SISIPAN

Tiada OC belum dikeluarkan

8 XBA3321 SK Tiada SULABAYAN

Fizikal belum siap

Boleh 9 XBA3322 SK SUNGAI

Ada Beroperasi / OC TUHOK

belum dikeluarkan

10 XBA3323 SK TAGASAN

Tiada OC belum dikeluarkan

11 XBA3324 SK TAMPI- TAMPI

Tiada OC belum dikeluarkan

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Peralatan

Labs

Bekalan Model C Peralatan dipasang

Status

ICT telah

Bil Kod Sek Sekolah

Status

Perabot MK

Elektrik atatan

ICT

& disusun

(Ya/Tidak)

12 XBA3325 SK TERUSAN Tiada OC belum BARU

dikeluarkan 13 XBA3326 SK TERUSAN TENGAH

Tiada OC belum dikeluarkan

14 XBA3328 SK EGANG- EGANG

Tiada OC belum dikeluarkan

Boleh 15 XBA3329

SK KAMPUNG SIMUNUL

Ada Beroperasi / OC belum dikeluarkan

16 XBA3332 SK

Tiada OC belum KALUMPANG

dikeluarkan 17 XBA3334 SK BANGAU- BANGAU

Tiada Tapak sahaja

52 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Peralatan ICT telah

Bil Kod Sek Sekolah

Labs

Bekalan Model C atatan

Status Peralatan

Perabot MK

Elektrik

(Ya/Tidak)

18 XBA3336 SK PULAU

Tiada OC belum SUMANDI

dikeluarkan SK

19 XBA3337 TONGKALLO-

Tiada OC belum H

dikeluarkan 20 XEE3318 SMK DT. PG.

Tiada OC belum ABDULLAH

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Isu-Isu kritikal di Daerah Semporna yang perlu ditangani secepat mungkin adalah seperti berikut:

1. Kurang opsyen guru Bahasa Inggeris

2. Pencapaian dalam LINUS

Hasrat semua pelajar prasekolah melepasi LINUS, namun untuk Tahun 1 2013, seramai 1,120 pelajar tidak lepas, dan Tahun 2 2013, seramai 1,240 pelajar tidak lepas

Statistik ini amat tidak membanggakan, tetapi PPD Semporna mempunyai bilangan kedua terbanyak murid-murid LINUS selepas Kota Kinabalu.

3. Pencapaian rendah dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM

Dalam tahun 2013, untuk peperiksaan UPSR dan PMR, PPD Semporna mendapat kedudukan 23 daripada 24, manakala untuk SPM 24 daripada 24.

Pada tahun 2012, seramai lima pelajar mendapat 5A dalam UPSR. Pada tahun 2013, bilangan pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR meningkat, iaitu seramai 15 pelajar.

PPD Semporna sudah memulakan program apresiasi kecemerlangan. Hadiah diberi kepada pelajar yang berjaya dalam UPSR (5A – RM500) dan PMR, SPM (8A dan ke atas – RM1000), STPM (4P – RM1,500).

Dari segi penglibatan ibu bapa: ibu bapa diminta menandatangani “AKU JANJI” agar anak-anak terus berjaya. Anak-anak guru juga diberi motivasi.

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah 54

4. Kewangan

5. Infrakstruktur sekolah dan kemudahan: daripada 41 buah sekolah rendah, hanya 7 buah dibina daripada konkrit dan yang lain, papan.

6. Sekolah-sekolah di pulau: bahan-bahan bacaan di perpustakaan sangat kurang – mungkin menyumbang

kepada ketidakmenjadian anak-anak di pulau-pulau.

7. Bilik pengurusan GB/pengetua: macam stor.

8. 50% ponteng dari sekolah, mungkin kerana jauh dari kampung dan mahal bayar tambang untuk kereta

sapu. PPD Semporna sudah memohon peruntukan untuk membina dua buah sekolah menengah – SMK Palembang di Pulau Bum-Bum dan SMK Bandar Semporna (tanah sudah dibayar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia).

9. Tiada pengangkutan awam di Semporna: kos anak- anak ke sekolah sangat tinggi. Terdapat hanya ada

satu bas sekolah kuning di Semporna.

Perbincangan Terbuka: Sesi Soal Jawab

Soalan 1

a) Dalam data yang dibentangkan oleh Cik Badariah tentang jenis mata pelajaran yang membantu para pelajar faham atau tidak faham berkaitan agama, tiada ada maklumat tentang agama pelajar sendiri. Maklumat ini akan membantu memberitahu apakah

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

B atau C.

b) Subjek-subjek yang membantu para pelajar faham tentang kaum dan negeri adalah Bahasa Malaysia (BM), Bahasa Inggeris (BI), Kajian Tempatan (KT). Di peringkat sekolah menengah, rating tinggi diberi kepada Sejarah. Ini menunjukkan pelajar mula

meminati Sejarah. Kementerian Pendidikan Malaysia harus melatih guru-guru Sejarah agar minat pelajar bertambah. Begitu dengan mata pelajaran KT.

c) Pelajar-pelajar faham tentang kaum dan negeri melalui guru dan ibu bapa menunjukkan pelajar-

pelajar colour blind, boleh berkawan dengan semua orang, tidak ada syak wasangka atau tidak ada perasaan tidak selesa duduk/makan bersama.

d) Cita-cita pelajar hendak jadi guru kerana itulah profesyen yang dia nampak buat pertama kali (idola) – penting untuk guru menyedar ini. Bagi kanak-kanak stateless, mereka hendak ikut bapa jadi nelayan, oleh

itu perlu beri kemahiran kepada mereka untuk menjadi nelayan yang baik – jadi suatu profesyen dan kemahiran untuk terus hidup (survival skills).

e) Saya mengucapkan

kepada Jabatan Pendidikan Sabah (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah Semporna atas anjakan prestasi. Saya mengesyorkan Rukun Tetangga dalam program kemasyarakatannya, selain daripada gotong royong, boleh memberi pendidikan bukan formal untuk anak- anak yang menduduki peperiksaan penting, seperti tuisyen oleh abang/kakak asal Semporna yang telah

syabas

56 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah 56 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

J awapan Cik Badariah kepada Soalan 1 Saya akan masukkan data agama pelajar.

Soalan 2

a) Sikap guru juga menyumbang kepada prestasi akademik pelajar

b) Pada hari Selasa, 25 Februari yang lalu, ada mesyuarat LINUS. LINUS adalah pendidikan asas literacy dan numeracy. Kelemahan literacy dan

numeracy lebih

daripada pendidikan prasekolah. Terdapat terlalu banyak jenis prasekolah – SK ada prasekolah; SJKC ada tadika. Ada taska, taski, tabika, KEMAS. Sepatutnya harus selaraskan nama- nama prasekolah dan patut dipantau oleh JPNS, dan diberi standard kurikulum kepada semua prasekolah

berasal

c) Lebih daripada 1,000 pelajar terkandas LINUS (able to read and able to count). Umur 7 tahun, iaitu Tahun 1 tidak menguasai ABC dan 123, disebabkan realiti pendidikan prasekolah yang tidak ada standard kurikulum. Setiap prasekolah mengajar kurikulum masing-masing.

d) Prasekolah bermasalah sebab pengajaran dan pembelajaran di prasekolah tidak beri asas kukuh dan mencukupi untuk Tahun 1.

e) LINUS yang ditetapkan oleh KPM adalah salah satu daripada NKRA. Tapi hanya dua bulan - Januari dan

Februari - tidak cukup masa untuk murid-murid

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

kerjasama antara prasekolah dan SK/SJKC. Diharap ada kesinambungan Prasekolah ke Tahun 1 di mana murid-murid sudah ada asas literasi bila melangkah ke Tahun 1.

Tiada

Soalan 3

Di Malaysia, ada RIMUP (Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan) dan sekolah wawasan untuk memupuk perpaduan antara murid berbilang kaum. Apakah sistem pendidikan terbaik?

J awapan Prof. Dr. Ong kepada Soalan 3 Di dalam dewan ini, ada kepelbagaian dari segi organisasi atau institusi yang diwakilkan – UKM, UNIMAS, UMS,

MMU, JPN Sabah, PPD Semporna, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, NGO ‘School of Hope’, NGO HUMANA, NGO PKPKM, JPNIN, IKLIN dan Ketua Kampung. Masing-masing mempunyai aspirasi pendidikan untuk kumpulan penduduk Malaysia tertentu, dan masing- masing berusaha merealisasikan aspirasi ini.

Pendidikan di Malaysia sentiasa tertakluk kepada perhatian orang ramai, khususnya pihak berkuasa, dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia terkini (2013- 2025) menunjukkan pendidikan begitu penting sebagai sumber perpaduan, dan belum diketemui lagi satu pemikiran dan dasar yang dapat menyelesaikan masalah pendidikan di Malaysia. Sebab itulah kita masih mengadakan RTD sebegini.

Oleh kerana Malaysia mempunyai demografi yang kompleks, selalu ditanyakan apakah sistem pendidikan Malaysia perlu pendidikan satu aliran (satu bahasa

58 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah 58 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Di sekolah-sekolah SJKC di Kelantan dan Sabah, ada lebih ramai pelajar bukan Cina daripada pelajar Cina. Di SJKT, hampir semua pelajar berbangsa Tamil. Tidak kira apa jua jenis sekolah, yang penting adalah apakah pelajar dapat belajar tentang realiti keadaan kependudukan Malaysia? Adakah pelajar mempunyai peluang berinteraksi melalui anjuran aktiviti di luar sekolah? Adakah sekolah dan pendidikan membolehkan pelajar belajar empat prinsip hidup: belajar untuk tambah ilmu, belajar untuk menjadi orang baik, belajar untuk bertindak mengikut nilai kemanusiaan, belajar untuk hidup bersama dengan orang lain?

J awapan Dr. Mohd Kassim bin Hj. Mohd Ibrahim, Ketua Sektor Akademik, JPN Sabah kepada Soalan 3

Akan diumumkan nanti Sejarah akan merupakan subjek mesti lulus di peringkat SPM. Sejarah penting dalam konteks perpaduan negara – semangat cinta negara. Sekolah bukan sahaja lonjak potensi pelajar dalam bidang ilmu, kerana tidak bermakna kalau negara tidak aman dan damai. Ilmu sepatutnya memakmurkan negara.

Kalau ilmu membina konflik negara, seperti menjadikan pelajar racist, tidak guna ada ilmu. Kerana ada isu perkauman, semua akan roboh. Dasar pendidikan dari zaman British lagi dan kesemua Laporan/Penyata mencatat perpaduan sebagai salah satu aspirasi proses pendidikan.

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Terdapat lima aspirasi sistem pendidikan:  akses (access) pada pendidikan (tidak kira di

gunung, di pulau, di pendalaman) - demokrasi pendidikan

 kualiti (quality)– anak-anak boleh bersaing di landasan sedunia – knowledge power, science power

 ekuiti (equity)– beri peluang semua, rapatkan jurang – untuk jaga keharmonian. KPM tidak berupaya menyediakan prasekolah untuk semua

 perpaduan (unity)– kurikulum dan ko-kurikulum. Perbezaan dilihat sebagai satu keunikan – jangan dihighlight untuk berpecah. Orang Malaysia – satu gagasan besar – satu keunikan

 Keberkesanan (efficiency) – hasil pembelajaran pelajar dimaksimumkan dalam lingkungan bajet

J awapan Hj. Raduan Hj. Abd. Rahman, Pengarah, PPD Semporna kepada Soalan 4

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2015, ada 6 aspirasi pelajar, iaitu

 Berilmu (Knowledge)  Kemahiran Berfikir (Thinking Skills)  Kemahiran Kepimpinan (Leadership Skills)  Etik dan Kerohanian (Ethics and Spirituality)  Kompetensi dwibahasa (Bilingual Proficiency)  Identiti nasional (National Identity)

Peranan NGO membantu meningkatkan/membaiki kualiti pendidikan, contohnya Majlis Permuafakatan PIBG Daerah Semporna berusaha untuk membangunkan semangat ibu bapa supaya mereka akan memastikan anak-anak mereka belajar selama 2-3 jam sehari (pelajar UPSR) dan 3-5 jam sehari untuk pelajar PMR dan SPM.

60 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Soalan 4

Di Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul, terdapat 250 orang murid yang merupakan anak-anak orang Malaysia yang berbangsa Bugis dan Bajau. Di Pulau Mabul, ada seramai 270 orang murid yang tidak ada surat lahir dan ada yang tiada ibu dan ayah. Anak-anak ini merupakan generasi kelima yang menetap di Pulau Mabul sejak 1970. Apakah peluang anak-anak ini untuk mendapat pendidikan?

Soalan 5

Kepimpinan komuniti amat risau tentang keadaan yang sedang berlaku. Kita biasa dihidang dengan berita serangan dan bom di sana sini. Kuncinya ialah perpaduan. Komen daripada seorang peserta tadi condong kepada keselamatan negeri dan negara. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) harus memberi sudut/ruang (bukan satu keistimewaan) kepada kanak-kanak yang tidak ada dokumen sahih. Kita sudah lihat sindrom anak-anak jalanan, hari ini boleh dikira bilangan, nanti di masa depan? Anak-anak jalanan membesar tanpa pendidikan, tanpa sivik, apakah akan jadi? Kita beria-ia untuk condong kepada keagamaan, tetapi sebelah tangan yang lain, ia condong ke keganasan. NGO

memberi perkhidmatan terhad. Di Pulau Mabul ada, di pulau lain tiada.

Komen Encik Salasa Mohd Sabar, Guru Besar Cemerlang, SK Berpusat Pulau Bum-Bum Sistem pendidikan Malaysia ialah satu sistem terbaik kerana ia disusun dengan rapi untuk perkembangan anak- anak secara JERI (jasmani, emosi, rohani, intelek). Hanya implementasinya adalah tidak konsisten dan berubah- ubah. Walaupun Sub-NKRA menyatakan perluasan

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

J awapan Dr. Mohd Kassim bin Hj. Mohd Ibrahim, Ketua Sektor Akademik, JPN Sabah

Peluang pendidikan diberikan kepada semua warganegara dan tidak kepada yang bukan warganegara. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan NGO tertentu untuk memberi pendidikan. Anak-anak jalanan tidak ada dokumen. Kalau hantar balik, mereka tidak akan diterima oleh Filipina dan Indonesia. Sekolah-sekolah yang ada sekarang tidak muat anak-anak Malaysia sendiripun. Oleh itu, kena jaga dasar KPM dan sistem supaya tidak sebarangan orang boleh masuk.

J awapan Hj. Raduan Hj. Abd. Rahman, Pengarah, PPD Semporna

Isu pendidikan untuk kanak-kanak tiada dokumen lengkap di Pulau Mabul dan Semporna adalah berkait dengan dasar KPM. JPN Sabah memberi ruang kepada NGO untuk membina sekolah swasta untuk anak-anak tersebut. Diharap pihak NGO dapat mengumpul, memproses dan menghantar data tentang anak-anak ini kepada JPN untuk diproses. Bagi anak-anak yang memenuhi syarat yang diperlukan, JPN akan memberi kelulusan pada kes-kes tertentu untuk masuk sekolah kerajaan.

Salah satu sebab prestasi Sabah yang rendah dalam LINUS ialah anak-anak yang berumur 8 tahun dan tidak pernah masuk sekolah akan dimasukkan terus ke dalam kelas Tahun 2. Kes-kes ini menyumbang kepada prestasi dan statistik LINUS kerana murid-murid ini tiada asas literasi.

62 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Atas semangat kemanusiaan, Yayasan Guru Malaysia membayar gaji guru-guru untuk mengajar anak-anak ini. Anak-anak ini sekiranya membesar tanpa nilai-nilai murni, akan menyumbang kepada masalah perpaduan dan keselamatan.

PEMBENTANGAN

PETANG: Pengalaman Pendidikan NGO

SESI

En. Stanley Sie – Pengasas dan Pengurus of School of Hope, Mabul Kids Education Society

Latar belakang Mabul Kids Education Society, Pulau Mabul

Pulau Mabul, 45 minit dari Semporna, ialah suatu destinasi bercuti dan menyelam yang sangat cantik. Kebanyakan para pelancong adalah penyelam dari luar Malaysia. Pulau Sipadan, 25 KM dari Pulau Mabul, adalah destinasi menyelam yang ketiga paling baik di dunia.

Populasi Pulau Mabul: Kira-kira 3,000 orang pada tahun 2012. Hampir 750 adalah kanak-kanak.

Kadar kelahiran: 40-50 setahun. Kadar kematian: 20-30 setahun. Suku kaum: Suluk (nelayan), Bajau Laut (sea gypsy, nelayan yang bersifat nomad dan ikut angin) Asal usul: Filipina Selatan Agama: Islam

Sejarah

Penduduk di Pulau Mabul datang ke Pulau Mabul sekitar 1970-an kerana peperangan di kampung asal dan ingin

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Kira-kira 85% penduduk tiada asal negara (stateless), iaitu tiada sijil kelahiran, akses kepada pendidikan, rawatan perubatan atau kesihatan, dan sokongan dari apa-apa institusi.

Sekolah Harapan Mabul (School of Hope), kini dikenali sebagai Mabul Kids Education Society

Sekolah ini bermula dengan harapan ringkas untuk:  memberi balik (menyumbang kembali) kepada

masyarakat yang kami tinggal bersama  membekalkan pendidikan asas kepada kanak- kanak  memberi harapan kepada kanak-kanak untuk masa hadapan mereka

Kanak-kanak stateless di Pulau Mabul setiap hari bermain dengan pasir dan sampah, naik perahu kecil dan tiada peluang untuk pergi ke sekolah kerana tiada dokumen yang diperlukan.

Sekolah Harapan Mabul telah mula operasi 4 tahun dahulu (2010).

Dalam tahun 2010, ada 3 orang kanak-kanak dan dalam kelas ada satu lampu dan tiada meja dan kerusi. Guru menggunakan kapur untuk tulis di papan hijau.

Pada tahun 2011, kelas diadakan di bawah masjid dan sebuah generator dipasang.

64 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Pada tahun 2013, ada 80 orang kanak-kanak. Dengan dana daripada para penaja, sekolah diperbaiki, ubahsuai dan tambah baik dengan lebih lampu, ada meja dan kerusi, ruang perpustakaan dengan buku-buku yang diderma dan komputer-komputer.

Ada seorang guru yang digajikan oleh Sekolah Harapan dan seorang guru sukarelawan dari sebuah resort yang berhampiran. Sekolah dibuka setiap hari (kecuali hari Jumaat) untuk satu jam, dari pukul 8.00-9.00 malam.

Hanya empat mata pelajaran diajar – Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik, Seni Lukis & Kraf Tangan.

Selain itu, kanak-kanak diberi rawatan perubatan yang asas seperti pergigian, mata dan kesihatan am oleh doktor-doktor dari NGO antarabangsa. Seorang jururawat terlatih (Kak Neng, Filipina) yang menginap di Pulau Mabul mengajar kanak-kanak bagaimana untuk menjaga gigi dan kesihatan, serta memberi ubat cacing. Seorang doktor gigi yang sudah bersara, Dr Paul, sering memberi perkhidmatan pergigian percuma kepada kanak-kanak.

Di Pulau Mabul, tidak ada klinik; hanya ada seorang bidan.

Tajaan

Tajaan kewangan untuk Sekolah Harapan Mabul adalah daripada

individu-individu dan organisasi-organisasi swasta. Bantuan dan sokongan juga diperolehi daripada pengendali-pengendali resort atau perniagaan hospitality di Semporna dan Sabah. Para sukarelawan adalah daripada orang-orang tempatan dan luar negara.

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Falsafah

Malcolm X: Education is the passport to the future.

Sekolah Harapan Mabul (A case for HOPE) memberi peluang kepada kanak-kanak di Pulau Mabul untuk hidup seperti anak-anak lain dan pergi ke sekolah. Mereka mempunyai harapan untuk pergi ke sekolah swasta dan melanjutkan pelajaran di universiti. Kanak-kanak ini boleh membesar menjadi orang berguna dan menyara hidup masing-masing dan untuk keluarga mereka. Sekolah ini memberi harapan untuk masa hadapan yang lebih baik.

Rancangan masa hadapan

Atas keinginan untuk memberi masyarakat tempatan suatu harapan untuk masa hadapan yang lebih baik, ada rancangan berikut:

 Satu klinik untuk rawatan perubatan dan bersalin asas  Panel

tenaga elektrik bagi mengurangkan pencemaran dari generator yang menggunakan petrol

solar

untuk

 Air yang dirawat dari tanah besar kerana penduduk kini menggunakan air yang tidak dirawat dari perigi. Kini ada projek yang ditaja oleh Yayasan Islam untuk mengepam dan menapis air perigi melalui tenaga solar.

 Program kesedaran

pendidikan dalam kebersihan peribadi dan sanitasi (tiada tandas)

dan

The least we coud do is to give hope to the children of Mabul and we can do this through education and love – Stanley Sie.

66 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

En. Daud Bayan, Pengerusi Persatuan Kebajikan

Pendidikan Kanak-kanak Miskin (PKPKM) [Society for the Education of Underprivileged Children in Sabah]

Misi

Misi PKPKM adalah sama dengan School of Hope yang ditubuhkan oleh En. Stanley, iaitu membekalkan pendidikan kepada kanak-kanak miskin dan stateless yang tiada akses kepada sekolah kerajaan di Pantai Timur Sabah berhampiran dengan Semporna dan Lahad Datu.

Dalam memberi pendidikan asas, kanak-kanak ini termasuk kanak-kanak dari masyarakat Bajau Laut, diberi harapan untuk masa hadapan yang lebih baik. Masyarakat Bajau Laut adalah orang yang paling maritim di dunia dan mereka biasa hidup di atas laut. Oleh kerana mereka bersifat nomadik di lautan di antara Malaysia, Filipina dan Indonesia, kebanyakan mereka tiada asal usul negara (remain stateless) dan tanpa bukti kenegaraan, anak- anak mereka tidak mempunyai akses ke sekolah dan rawatan perubatan. Tradisi hidup mereka terancam daripada sistem perikanan moden, kerosakan terumbu karang dan sekatan kepada pergerakan mereka di laut.

Kurikulum

Sekolah PKPKM adalah satu-satunya akses anak-anak ini kepada pendidikan. Mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains diajar selain daripada sukan, seni dan perlindungan alam sekitar semula jadi. Kanak-kanak belajar memelihara kehidupan marin yang paling kaya di terumbu karang di sekitar Semporna dan Pantai Timur Sabah dengan kolaborasi WWF Malaysia.

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Peluang belajar ini menjauhi kanak-kanak dari menjadi anak jalanan, jenayah dan aktiviti-aktiviti lain yang merosakkan.

Bilangan kanak-kanak

Pusat pembelajaran yang baru ditubuhkan di Semporna mempunyai lebih daripada 250 orang kanak-kanak yang tidak mempunyai akses kepada sekolah kerajaan. Di Lahad Datu, terdapat 100 anak Bajau Laut dan anak-anak stateless yang lain.

Tajaan

Kedutaan Finland memberi geran untuk memulakan Unit- Unit Pengajaran Bergerak untuk anak-anak stateless di kampung-kampung sekitar Semporna, seperti di Kampung Halo. Unit-Unit Bergerak ini sedang membekalkan asas pendidikan dan literasi kepada 300 kanak-kanak lain, selari dengan Dasar Pendidikan Malaysia untuk memberi akses pendidikan kepada semua dan Konvensyen Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu. Tajaan kewangan dan bahan juga diterima daripada orang-orang individu dan agensi-agensi yang lain.

En. Azmal bin Amil, Guru, HUMANA Child Aid Society

Pusat Bimbingan Kanak-Kanak HUMANA di daerah Semporna

Terdapat dua buah pusat bimbingan kanak-kanak HUMANA di daerah Semporna, iaitu di Ladang Nam Hing, Semporna dan sebuah lagi di Pulau Bum-Bum.

68 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Pusat Bimbingan Kanak-Kanak HUMANA, Tanjung Baru, Pulau Bum-Bum juga dikenali sebagai ‘Lill Babs Learning

C entre’. Pusat ini dibuka pada Mei 2009 dengan hanya enam orang murid. Antara sebab kenapa tidak ramai

murid yang daftar: ada kanak-kanak takut datang ke sekolah, ada ibu bapa tidak mampu, ada yang ikut ibu bapa ke laut, dan ada yang ibu bapa fikir anak mereka sudah pandai cari duit dan tidak payah belajar.

Kebanyakan ibu bapa menggunakan dokumen LEPA (dokumen untuk Bajau Laut) tetapi kira-kira 10% tiada dokumen apa-apa.

Terdapat lapan orang guru, kesemuanya orang tempatan. Populasi pelajar seramai 400 kanak-kanak berumur antara 5 – 17 tahun, namun semuanya sekolah rendah. Tahap pendidikan tidak mengikut umur, sebagai contoh, di tadika, ada murid berumur 16 tahun, kerana masih tidak mengenal huruf.

Ada dua sidang: sidang pagi, pukul 11.30, dan sidang petang, pukul 12.00 hingga 4.00.

Di Pulau Bum-Bum, terdapat empat orang guru di sidang pagi dan empat orang guru di sidang petang. Terdapat lima buah kelas, di mana setiap kelas mempunyai sekurang-kurang tiga aras. Ini bermakna seorang guru mengajar tiga aras pada sesuatu masa.

Di Pusat Bimbingan Kanak-Kanak HUMANA, Ladang Nam Hing, terdapat dua orang guru Filipina dan dua orang guru tempatan.

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Kurikulum

Kurikulum mengikut sukatan pelajaran sekolah kerajaan.

Perbincangan Terbuka: Sesi Soal-jawab

Soalan 1

Soalan ini dituju kepada semua sekolah NGO: (a) Ada permit untuk buka sekolah?

(b) Adakah sekolah ini sudah berdaftar? (c) Apakah sukatan/silabus yang diguna pakai?

Soalan ini dituju kepada sekolah HUMANA dan PKPKM: (a) Adakah pengurusan sekolah sama atau berlainan? Soalan ini ditanya kerana pengasas HUMANA dan PKPKM mempunyai nama keluarga sama, iaitu Venning (Torben Venning untuk HUMANA dan Rosalyn Venning untuk PKPKM)?

Soalan 2

Tahniah kepada panel NGO atas inisiatif memberi peluang pendidikan kepada kanak-kanak. Sekolah-sekolah ini tertakluk kepada polisi KPM. HUMANA adalah untuk anak- anak pekerja ladang. Tapi di Pulau Bum-Bum, tidak ada ladang, tapi ada HUMANA (Lill Babs Learning Centre).

Adakah anak-anak ini ada potensi untuk cemerlang?

Soalan 3

Pujian ditujukan NGO memberi peluang pendidikan kepada stateless children.

70 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru untuk menghadapi peringkat pendidikan yang pelbagai (dalam satu kelas ada pelbagai umur dan keupayaan pelajar)?

Apakah tindakan

Bagaimana untuk memastikan

selanjutnya?

berterusan? Bagaimana tanggungjawab dan tugas murni ini boleh berlanjutan dan bertambah maju?

Ingin mengatakan saya rasa amat terharu dan berbesar hati sumbangan sukarelawan ini membekalkan pendidikan kepada kanak-kanak. NGO-NGO ini memang memegang kepada prinsip UNICEF - bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak asasi untuk mendapat pendidikan. NGO memenuhi lompang di mana sekolah kerajaan, atas dasar KPM, tidak boleh menerima kanak-kanak stateless ini.

Saya juga bertanya apakah seterusnya? Nampaknya School of Hope di Pulau Mabul agak sustainable di mana perkembangan kanak-kanak adalah secara holistik dari segi pendidikan, kesihatan, latihan kemahiran untuk masa hadapan. Namun, untuk HUMANA dan PKPKM, bagaimana untuk mempastikan kedua-dua NGO ini akan berkekalan dan berterusan?

J awapan Encik Stanley, Pengasas, School of Hope, Pulau Mabul

School of Hope atau nama yang baru didaftar ‘Mabul Kids Education Society’ baru mendapat sijil untuk beroperasi. Sekolah ini masih baru. Murid-murid sekolah dalam lingkungan umur 5-15 tahun. Sekolah ini masih belum mengikut sukatan pelajaran Kementerian. Mata pelajaran

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Seni & Kraf Tangan (Art & Craft) diajar oleh seorang guru.

Waktu sekolah hanya satu jam dari pukul 8-9 malam setiap hari kecuali Jumaat malam. Ia beroperasi seperti tuisyen. Kalau ada tempat duduk, semua anak diterima masuk.

Semasa Seni & Kraf, bila kanak-kanak melukis sesuatu (mereka biasa melukis ikan-ikan), bukan objek yang dihasilkan itu penting, tetapi apa yang ada dalam fikiran mereka. Apakah yang mereka fikirkan sehingga terjadi objek yang dilukis.

Kanak-kanak di Pulau Mabul tidak mahu pergi ke sekolah jauh dari Mabul – jauh daripada ibu bapa. Oleh itu, School of Hope penting untuk memberi ilmu dan kemahiran kepada kanak-kanak Mabul. Kanak-kanak ini perlu ilmu, bukan sekeping kertas (sijil, ijazah). Kanak-kanak ini perlu kemahiran seperti elektronik, kebidanan.

Kami menyeru kepada pelajar-pelajar yang menunggu masuk universiti atau semasa cuti universiti - mereka boleh datang mengajar kanak-kanak Mabul kemahiran- kemahiran tertentu.

Kami juga berharap ada organisasi menyediakan e- learning untuk kanak-kanak Mabul.

Ada kanak-kanak Mabul yang belajar di luar Mabul. Mereka tidak boleh sampai Tingkatan 1 kerana enggan melanjutkan pelajaran yang akan menyebabkan mereka terpisah daripada keluarga.

72 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Juga, di Mabul, guru haruslah daripada kaum yang sama dengan pelajar disebabkan kanak-kanak lebih mudah percaya kepada guru kaum sendiri.

Orang Bajau Laut adalah nomad. Mereka tinggal di Pulau Mabul tiga bulan dan akan pergi ke tempat lain selepas itu. Situasi ini tidak boleh diterima oleh sekolah kerajaan, maka, School of Hope penting untuk memberi peluang kepada kanak-kanak bersekolah.

J awapan Encik Azmal bin Amil, Guru, HUMANA Child Aid Society

Untuk makluman para hadirin, saya adalah anak watan, berkaum Bajau-Suluk dan berpendidikan di SK Kampung Seminul.

Sekolah HUMANA di Tanjung Baru, Pulau Bum-Bum mempunyai permit. Setiap tahun, pegawai dari Putrajaya datang ke sekolah HUMANA untuk memantau dan membuat pemeriksaan.

Ketua Pegawai Operasi sekolah-sekolah HUMANA, Encik Jan Mohamad, adalah seorang bekas guru kerajaan. Guru-guru di HUMANA sedang mengikuti Kursus Asas Perguruan di Institut Perguruan Tawau (IPG Tawau) pada setiap cuti sekolah.

C abaran untuk sekolah HUMANA:

(a) Murid-murid terlalu ramai. Sebagai contoh, satu tadika mempunyai 200 orang, dan satu kelas sekolah rendah ada 101 orang kanak-kanak dan seorang guru

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

(b) Perancangan untuk masa hadapan mustahak kerana kanak-kanak HUMANA seperti kanak-kanak lain – mereka bercita-cita menjadi guru, polis, dan lain lain

Apa selanjutnya? Selepas belajar enam tahun, kanak- kanak boleh pergi ke negara asal mereka dengan ilmu dan kemahiran.

Di sekolah HUMANA, mata pelajaran Moral diajar dan bukan Pendidikan Islam. Hal ini kerana kelulusan JAKIM perlu diperolehi untuk mengajar Pendidikan Islam.

Mengenai dakwaan HUMANA mengajar agama Kristian, dakwaan ini adalah satu fitnah. Perkara ini mustahil berlaku kerana semua pelajar dan semua guru beragama Islam.

Pencapaian kanak-kanak dipantau melalui ujian mingguan. Kertas ujian dihantar dari Lahad Datu yang merupakan ibu pejabat.

Soalan 6

KPM sememangnya mendukung inisiatif UNICEF iaitu pendidikan untuk semua. Kerajaan adalah penggubal dasar, manakala pegawai-pegawai di peringkat negeri dan daerah adalah pelaksana.

Apa yang ada di Sabah tidak ada di Semenanjung. Realiti keadaan pendidikan di Sabah tidak mudah diselesaikan di mana

yang ada kad pengenalan pun jauh kebelakangan dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

pencapaian

pelajar-pelajar

74 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Sistem pendidikan yang ada belum sampai ke tahap yang memuaskan. Di Pitas, misalnya, asrama sekolah dibuat daripada kayu dan murid-murid tinggal di asrama walaupun keadaan asrama daif.

Bagaimana IPG Tawau boleh melatih guru-guru HUMANA?

Saya sanjung tiga NGO atas kerja mulia dan ingin tahu sejauh mana pendidikan di NGO boleh ke arah memenuhi sasaran falsafah pendidikan. KPM tetap memberi permit sekiranya prosedur-prosedur yang ditetapkan diikuti.

Jika HUMANA untuk anak-anak pekerja ladang, mengapa ada di Pulau Bum-Bum (Tanjung Baru)?

J awapan Encik Azmal bin Amil, Guru, Humana Child Aid Society

Di Ladang Nam Hing, kesemua ibu bapa pelajar bekerja di ladang, dan gaji mereka dipotong setiap bulan. Di sekolah ini, murid-murid memakai uniform.

Situasi di Tanjung Baru, Pulau Bum Bum berbeza. Sekiranya dikenakan yuran di Tanjung Baru, murid-murid akan lari kerana ibu bapa tidak mampu. Di sini, guru menekan kepada ajaran akhlak. Kalau murid-murid dijumpai di tempat judi, mereka akan didenda.

HUMANA cuba membuat apa yang terbaik sahaja untuk anak-anak di sekolahnya.

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Komen Dr. Mohd Kassim bin Hj. Mohd Ibrahim, Ketua Sektor Akademik, JPN Sabah

Oleh kerana kesemua pelajar dan kebanyakan guru beragama Islam, sekurang-kurangnya HUMANA boleh mengajar pendidikan asas Islam kepada kanak-kanak.

J awapan Encik Encik Stanley Sie, Pengasas dan Pengurus, School of Hope, Mabul Kids Education Society

Budak-budak di School of Hope, Mabul beragama Islam. Mereka belajar dengan ustaz atau di rumah sendiri.

Komen Cik Badariah Saibeh, calon Ph.D dan GRA

Oleh kerana NGO menjalankan tugas murni, diharap pihak kerajaan,

khasnya JPN memberi sokongan dan memudahkan

proses untuk mereka menjalankan tanggung jawab masing-masing.

Komen Prof. Dr. Ong Puay Liu, Ketua sub-projek 1R+3r

NGO mengisi lompang dan menghulurkan bantuan agar kanak-kanak mendapat ilmu dan kemahiran hidup. Sekiranya kita lihat nama-nama tiga NGO ini, mereka melibatkan golongan manusia terpinggir: HUMANA – ‘human’, PKPKM – kanak-kanak miskin dan vulnerable, School of Hope – memberi harapan kepada kanak-kanak stateless.

Banyak pintu yang ditutup untuk kanak-kanak stateless, tetapi banyak jendela terbuka. Diharap barisan pembina dasar dapat memahami cabaran dan harapan barisan NGO dan memberi sokongan.

76 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Komen Encik Salasa Mohd Sabar, Guru Besar Cemerlang, Sekolah Berpusat SK Bum-Bum

Dalam kalangan kanak-kanak di HUMANA, terdapat salah satu daripada ibu bapa mereka yang mempunyai MyKad. Pihak HUMANA boleh membantu hubungi pihak PPD untuk anak-anak mereka ditempatkan di sekolah kerana anak- anak ini memang diterima oleh sekolah kerajaan.

Kita semua mesti terima hakikat bahawa anak-anak ini akan jadi penghuni negara kita. Oleh itu, adalah penting ketiga-tiga NGO memberi ilmu untuk tahu, kenal dan hormat ke arah kesepaduan tempatan.

Komen Puan Chu Voon Loo, PK HEM, SJK(C) Nyuk Hwa, Semporna

Tahniah kepada NGO. Adalah penting NGO memberi kemahiran kepada anak-anak.

Komen Encik Noor Mohammad bin Abd Malek, FasiLINUS, PPD Semporna

Tahniah kepada NGO. Sebagai agen pelakasana, PPD membuka ruang dan terdapat prosedur untuk mendaftar anak-anak keciciran seperti murid tanpa dokumen, murid daftar lewat, murid asing (kebetulan Unit ini diketuai oleh Encik Pairin, yang turut hadir perbincangan meja bulat ini). Dijemput pihak NGO datang melawat pejabat PPD untuk berkenal-kenalan dan mencari jalan untuk membantu.

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

RUMUSAN PERBINCANGAN MEJA BULAT

Prof. Dr. Ong Puay Liu, selaku ketua sub-projek 1R+3r TM

Kami amat menghargai kehadiran kesemua para hadirin dan mendengar pembentangan walaupun analisis data masih pada peringkat awal. Kumpulan kami akan membuat data analisis yang selanjutnya. Diharap kesemua pihak kerajaan dan NGO menjalin usaha bersama dalam advokasi awam ini dan meneruskan jaringan keserakanan empat segi ini, iaitu ‘quadruple helix’, yang merangkumi KPM dan PPD, sekolah, komuniti NGO dan ibu bapa.

Terima kasih dan kami akhiri dengan serangkap pantun: Kalau ada jarum yang patah, jangan simpan di dalam peti. Kalau ada kata-kata yang salah, jangan simpan di dalam hati.

Dr Marsitah, Moderator

Bagi pihak kumpulan sub-projek 1R+3r, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Mohd Kassim bin Hj. Mohd Ibrahim, Ketua Sektor Akademik, JPN Sabah, Tuan Hj. Raduan Haji Abd Rahman, Pengarah PPD Semporna, pegawai-pegawai JPN Sabah dan PPD Semporna, guru-guru besar dan wakil pihak NGO dari School of Hope, Pulau Mabul, HUMANA dan PKPKM, serta semua para hadirin kepada sesi perbincangan meja bulat ini. Diharap semua dapat manfaat daripada hasil perbincangan.

78 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Sekalung Budi

Penghargaan dan terima kasih diberikan kepada semua ahli panel dan tetamu undangan yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan RTD ‘Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial’ ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Sekretariat LRGS-PADU yang berpusat di Institut Kajian Etnik (KITA); Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); dan Kementerian Pendidikan Malaysia atas segala bantuan dan sokongan yang diberikan.

Penghargaan kepada semua ahli penyelidik kumpulan sub-projek 1R+3r TM yang turut menjayakan RTD ini:

kepada BB dan Ijan, atas urusan semua undangan, logistik dan tugas-tugas sekretariat; kepada Dr. Hoon dan Dr. Tee sebagai rapporteur RTD; kepada Dr. Marsitah selaku moderator RTD; kepada Acab selaku jurugambar dan juruteknik; kepada Dr. Siva, yang ingin bersama tetapi mempunyai tugas rasmi di kampus Bangi.

Kepada PM Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman, Dr. Pue Giok Hun dan saudara Ahmad Zul Hakimi, terima kasih diucapkan atas usaha dan kerjasama yang diberikan

untuk menerbitkan laporan penyelidikan 1R+3r TM ini dalam Siri Kertas Laporan Penyelidikan KITA-UKM.

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Rujukan

Shamsul Amri Baharuddin. 2011. Kertas Konsep Permohonan LRGS Bottom-Up 2011. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. 2014. Tarikh

Jun 2014. http://www.epu.gov.my/wawasan-2020-1991-2020

akses:

80 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Gambar RTD 1R+3r ‘Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial’ Dragon Inn Floating Resort, Semporna, Sabah,

27 Februari 2014

Dragon Inn Floating Resort, Semporna, Sabah (gambar oleh Ong Puay Liu, Februari 2014)

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Dewan Persidangan, Dragon Inn Floating Resort, Semporna

(gambar oleh Ong Puay Liu, Februari 2014)

82 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Sesi Pembentangan (gambar oleh Mohd Asyraf, Februari 2014)

TM Pembentangan Ong Puay Liu, Ketua sub-projek 1R+3r

(gambar oleh Mohd Asyraf, Februari 2014)

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Pembentangan Dr. Mohd Kassim, Ketua Sektor Akademik JPNS (gambar oleh Mohd Asyraf, Februari 2014)

Pembentangan Tuan Hj. Raduan, Pengarah PPD Semporna

(gambar oleh Mohd Asyraf, Februari 2014)

84 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Pembentangan En. Stanley, Mabul Kids Education Society

(gambar oleh Mohd Asyraf, Februari 2014)

Pembentangan NGO – School of Hope, PKPKM & HUMANA

(gambar oleh Mohd Asyraf, Februari 2014)

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Sesi Soal-jawab (gambar oleh Mohd Asyraf, Februari 2014)

Para ahli panel dan tetamu undangan (gambar oleh Mohd Asyraf, Februari 2014)

86 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Lampiran A

SENARAI PEMBENTANG DAN TAJUK PEMBENTANGAN:

1. Prof. Dr. Ong Puay Liu, Ketua sub-projek 1R+3r TM , Institut Kajian Etnik, UKM

Pengenalan kepada sub-projek 1R+3r TM

2. Cik Badariah Saibeh, GRA sub-projek 1R+3r TM dan calon Ph.D.

Pembentangan analisis data awal kerja lapangan Sabah

3. Dr. Hj. Mohd Kassim bin Hj. Mohd Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Sabah (wakil

rasmi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, merangkap Setiausaha Lembaga Pengarah, UMS) Pengurusan Pendidikan Sabah

4. Tuan Hj. Mohd Raduan bin Hj. Abdul Rahman, Pegawai Pendidikan Daerah Semporna Pengurusan Pendidikan di Daerah Semporna

5. En. Stanley Sie, Pengasas dan Pengurus Mabul Kids Education Society aka School of Hope Pengalaman Pengurusan Pendidikan Mabul Kids Education Society

6. En. Daud Bayan, Pengerusi, Persatuan Kebajikan Pendidikan Kanak-Kanak Miskin (PKPKM) Pengalaman Pengurusan Pendidikan PKPKM

7. En. Azmal Amil, Guru, Humana Borneo Child Aid Society (HUMANA) Pengalaman Pengurusan Pendidikan HUMANA

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Lampiran B

ATUR CARA PROGRAM PERBINCANGAN MEJA BULAT “PENDIDIKAN UNTUK KESEPADUAN SOSIAL”

8.30 pagi Pendaftaran Peserta

9.00 pagi Kata aluan Pengerusi Majlis dan Moderator, Dr. Marsitah Mohd Radzi

9.10 pagi Ucapan Aluan dan Pembentangan Projek 1R+3r Oleh YBhg. Prof. Dr. Ong Puay Liu Ketua Penyelidik Sub-Projek 1R+3r merangkap Felo Utama Institut Kajian Etnik,

Pembentangan Data Kerja lapangan Projek 1R+3r (Sabah) Oleh Cik Badariah Saibeh Pembantu Penyelidik Siswazah dan Calon Ph.D. Institut Kajian Etnik

10.00 pagi Minum pagi

88 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

10.30 pagi SESI 1: PENDIDIKAN DI SABAH “Pengurusan Pendidikan di Sabah” Oleh Dr. Haji Mohd Kassim Haji Mohd Ibrahim Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

“Pengurusan Pendidikan di Daerah Semporna” Oleh Tuan Hj. Raduan Haji Abd Rahman Pengarah Pejabat Pelajaran Daerah Semporna

11.30 pagi Sesi diskusi

1.00 petang Makan tengah hari

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

2.00 ptg SESI 2: PENGALAMAN PENGURUSAN PENDIDIKAN

DARIPADA PERSPEKTIF NGO

Ahli Panel 1: Encik Stanley Sie Pengasas dan Pengurus Mabul Kids Education Society

Ahli Panel 2: Encik Daun Bayan Pengerusi Persatuan Kebajikan Pendidikan Kanak-Kanak Miskin (PKPKM)

Ahli Panel 3: Encik Azmal Amil Guru, HUMANA Borneo Child Aid Society

3.30 ptg Sesi diskusi

4.20 ptg Rumusan oleh Moderator

4.30 ptg Minum petang dan bersurai

90 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

About KITA

The Institute of Ethnic Studies (KITA) was officially established on 8 October 2007 by Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) to undertake academic research on subjects pertaining to ethnic studies in Malaysia. This research institute is ‘only one of its kind’ in Malaysia, focusing specifically on ‘ethnic studies’ with thematic studies orientation. The Institute emerged out of the need to maintain at home the present peaceful inter- and intra-ethnic existence against worldwide problematic, and sometimes violent ethnic situations.

Organisationally, KITA has five research clusters, each being led by a prominent scholar or a highly experienced professional person. The five research clusters are: Social Theory and Ethnic Studies; Ethnicity and Religion; Ethnicity at Workplace; Ethnicity and Consumerism; and Arts and Social Integration. KITA’s postgraduate program (Ph.D. and Masters) was launched in December 2009.

Mengenai KITA

Institut Kajian Etnik (KITA) ditubuhkan secara rasmi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 8 Oktober 2007. KITA merupakan satu-satunya institut penyelidikan di Malaysia yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada segala kajian berkaitan dengan ‘etnik’ dan ‘etnisiti’.

Dari segi organisasi, KITA mempunyai lima rumpun penyelidikan. Setiap satu rumpun diketuai oleh seorang sarjana atau ahli profesional yang mempunyai rekod prestasi cemerlang. Lima rumpun penyelidikan berkenaan adalah: Teori Sosial dan Kajian Etnik; Etnisiti dan Agama; Etnisiti di Tempat Kerja; Etnisiti dan Konsumerisme; dan Kesenian dan Integrasi Sosial. Mulai Disember 2009, KITA menawarkan program siswazah (Doktor Falsafah dan Sarjana).

91

Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah

Dokumen yang terkait

ANALISIS DANA PIHAK KETIGA PADA PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIA PERIODE TRIWULAN I 2002 – TRIWULAN IV 2007

40 502 17

Analisis terhadap hapusnya hak usaha akibat terlantarnya lahan untuk ditetapkan menjadi obyek landreform (studi kasus di desa Mojomulyo kecamatan Puger Kabupaten Jember

1 88 63

IbM Pemanfaatan Biopestisida untuk Mengendalikan Hama Uret (Lepidiota stigma) Pada Tanaman Tebu

8 129 1

IMPROVING CLASS VIII C STUDENTS’ LISTENING COMPREHENSION ACHIEVEMENT BY USING STORYTELLING AT SMPN I MLANDINGAN SITUBONDO IN THE 2010/2011 ACADEMIC YEAR

8 135 12

Perilaku Kesehatan pada Mahasiswa Program Studi Pendidikan Dokter UIN Syarif Hidayatullah Jakrta Angkatan 2012 pada tahun2015

8 93 81

Implementasi Program Dinamika Kelompok Terhada Lanjut Usia Di Panti Sosial Tresna Werdha (Pstw) Budi Mulia 1 Cipayung Jakarta Timur

10 166 162

Strategi Public Relations Radio Cosmo 101.9 FM Bandung Joged Mania Dalam Mempertahankan Pendengar Melalui Pendekatan Sosial

1 78 1

Aplikasi forecasting untuk memprediksi kepadatan penduduk di Dinas Kependudkan dan Catatan Sipil Kabupaten Aceh Timur

9 92 261

MENINGKATAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN TEMATIK DENGAN MENGGUNAKAN MEDIA REALIA DI KELAS III SD NEGERI I MATARAM KECAMATAN GADINGREJO KABUPATEN TANGGAMUS TAHUN PELAJARAN 2011/2012

21 126 83

Studi Perbandingan Sikap Sosial Siswa dengan Menggunakan Model Pembelajaraan Kooperatif Tipe Two Stay Two Stray dan Think Pair Share Pada Mata Pelajaran IPS Terpadu

3 49 84