Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial Isu I
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-Isu Berbangkit untuk Sabah
Hasil Perbincangan Meja Bulat mengenai ’Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial’ yang diadakan pada 27 Februari 2014, Semporna, Sabah
Diselenggara oleh: Ong Puay Liu
Siri Kertas Laporan Penyelidikan KITA-UKM Bil.5, Nov 2014 (KITA-UKM Research Report Paper Series No.5, Nov 2014)
Institut Kajian Etnik (KITA) Bangi
i Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
C etakan Pertama / First Printing, 2014 Hak cipta / Copyright Penulis / Author
Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, 2014
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun,
sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from the Institute of Ethnic Studies (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor D.E., Malaysia
Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi,Selangor D.E Malaysia http:/pkukmweb.ukm.my/~penerbit/
Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam
Penerbitan Cataloguing-in-Publication-Data
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-Isu Berbangkit untuk Sabah (Siri Kertas Laporan Penyelidikan KITA-UKM Bil.5, Oktober 2014)
1. Pendidikan 2. Sabah 3. Kesepaduan Sosial 4. Semporna 5. Kanak-Kanak Stateless
ii Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Siri Kertas Laporan Penyelidikan KITA-UKM
Denison Jayasooria. 2014. National Reconciliation and Inclusive Development in Malaysia: Conversations Among civil society members and public intellectuals. Kertas Laporan Penyelidikan KITA-UKM Bil. 1 (Mei). ISBN 978-967-10914-9-4
Denison Jayasooria, Teo Lee Ken, Muhammad Ismail Aminuddin & Saifful Hassan. 2014. Hubungan Antara Kaum dalam Sistem Pendidikan di Malaysia. Kertas Laporan Penyelidikan KITA-UKM Bil. 2 (Mei). ISBN 978-967-0741-02-4
Denison Jayasooria & Kuthbul Zaman Bukhari. 2014. Preventive Detention & Serious crime: Prevention of Crime Act (PCA). Kertas Laporan Penyelidikan KITA-UKM Bil. 3 (Mei). ISBN 978-967-0741-01-7
Denison Jayasooria, Muhammad Ismail Aminuddin & Helmy Muhammad. 2014. Cabaran Kehidupan di Kawasan Flat
Bandar: Implikasi Terhadap Penyampaian Perkhidmatan. Kertas Laporan Penyelidikan KITA-UKM Bil.
4 (Mei). ISBN 978-967-0741-00-0
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
iii
Kandungan
Pengenalan …
Ringkasan Eksekutif Program LRGS …
Mengangkat Konsep ‘Kesepaduan Sosial’ …
Latar Belakang dan Rasional Sub-Projek 1R+3r TM …
Perbincangan Meja Bulat (RTD) Pendidikan untuk
Kesepaduan Sosial di Semporna Latar Belakang RTD …
Isu-Isu Berbangkit: Kes Sabah …
8 Pembicara Pembincangan Meja Bulat 1R+3r TM 11
Pembentangan Sesi Pagi
Profesor Dr. Ong Puay Liu …
Cik Badariah Saibeh …
Dr. Mohd Kassim bin Hj. Mohd Ibrahim …
Hj. Raduan Hj. Abd Rahman …
Sesi Soal Jawab …
Pembentangan Sesi Petang
En. Stanley Sie …
En. Daud Bayan …
67 En. Azmal bin Amil … 68
Sesi Soal Jawab …
Rumusan RTD …
Sekalung Budi …
Rujukan …
Gambar RTD …
Lampiran A …
Lampiran B …
Mengenai KITA …
iv Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Pengenalan
Pada tahun 2012, Institut Kajian Etnik (KITA), UKM berjaya menerima geran penyelidikan di bawah dana penyelidikan jangka panjang bawah-atas (Long Term Research Grant Scheme Bottom-Up [LRGS]) daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (kini Kementerian Pendidikan Malaysia) untuk menjalankan
program penyelidikan bertajuk ‘Kesepaduan Sosial’. Program ini diketuai oleh Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA), UKM. Tempoh program penyelidikan LRGS ini adalah tiga tahun, bermula 2012-2014.
Ringkasan eksekutif program ini seperti berikut: Malaysia mengidamkan ‘Bangsa Malaysia’ wujud pada 2020. Ketika itu Malaysia telah sampai ke puncak matlamat, iaitu menikmati perpaduan dan integrasi. Harapan ini termaktub dalam Rancangan Malaysia Kedua 1971-75 yang mengandungi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal akibat berlakunya peristiwa konflik etnik pada 13 Mei 1971. Semenjak 1971 ke 2011, selama 40 tahun, Malaysia telah menikmati pertumbuhan ekonomi pesat dan kestabilan politik yang menggalakkan. Sekali sekala ada timbul masalah. Namun pada umumnya wujud suasana aman tenteram. Maka itu Malaysia sering dianggap sebagai model kepada banyak negara sedang membangun dan mundur. Biarpun umumnya keadaan sosio-politik aman dan ekonomi lumayan untuk 40 tahun itu, namun perpaduan dan integrasi belum dicapai. Yang sudah dicapai dalam tempoh berkenaan ialah suatu fenomena fundamental yang belum dikenal pasti dan dikonsepsikan iaitu ‘kesepaduan sosial’ (social cohesion), yang sentiasa berdepan pelbagai cabaran dalam pendidikan, kefahaman sains, perilaku hubungan etnik,
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah 1 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah 1
Mengangkat Konsep ‘Kesepaduan Sosial’: Latar Belakang dan Rasional Kertas Konsep LRGS Bottom- Up Dalam kajian fundamental mengenai masyarakat majmuk selama ini, fokus dominan adalah terhadap fenomena konflik, kerana semua takut terhadap padah buruk konflik. Hal ini membuat kita lupa bahawa dalam kebanyakan masyarakat, lebih kerap wujud kedamaian dan keamanan yang menjana pelbagai kebaikan – ekonomi, politik dan sosial. Sekali sekala berlaku konflik terbuka, namun tidak menjejas keamanan dan damai jangka panjang itu. Apakah konsep fundamental yang kita boleh perkenalkan untuk membina kefahaman mengenai era aman damai berpanjangan ini serta memahami cabaran yang tersirat di dalamnya?
Maka konsep fundamental yang cocok untuk mengungkapkan keadaan ini ialah ‘kesepaduan sosial’ (social cohesion). Konsep fundamental inilah yang hendak diisi dengan bukti empirikal dan kajian kes melalui Program LRGS bottom-up ini. Inilah kali pertama, semenjak berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 dan selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971, suatu konsep fundamental alternatif kepada konsep ‘perpaduan
2 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah 2 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Program LRGS bottom-up ini terbina atas empat projek utama (dan setiap projek utama ini mempunyai beberapa sub-projek) iaitu:
Projek 1 Teori/Konsep Kesepaduan Sosial melalui Pendidikan Projek 2 Governans untuk Kesepaduan Sosial Projek 3 Pola Perilaku dan Kesepaduan Sosial Projek 4 Agama dan Politik dalam
Kesepaduan Sosial
Latar Belakang dan Rasional Sub-Projek 1R+3r TM Sub-projek 1R+3r TM atau nama penuhnya ‘Kesepaduan
Sosial melalui Pembentukan Konsep 1R dalam Pendidikan Malaysia’ berada dalam projek utama 1 iaitu Teori/Konsep Kesepaduan Sosial melalui Pendidikan.
Pendidikan di Malaysia, khususnya pada peringkat sekolah, dilihat sebagai sumber penting dalam pembinaan negara bangsa. Pendidikan Malaysia bertujuan memupuk rasa kebanggaan kepada negara Malaysia dan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum. Justeru, kerajaan telah memperkenalkan satu sistem pendidikan sepunya, pada peringkat kebangsaan, yang
kandungan kurikulum sepunya, peperiksaan awam sepunya, penggunaan bahasa perantara sepunya iaitu bahasa Malaysia (bahasa kebangsaan), dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
meliputi
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Ramai sarjana bersetuju bahawa dalam masyarakat berbilang kaum, sistem pendidikan awam berperanan bukan sahaja dari segi melahirkan manusia yang cintakan negara tetapi juga manusia yang berpengetahuan tentang diri, komuniti dan masyarakat yang ada dalam negara, serta
tentang kelainan atau kepelbagaian. Dalam konteks negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, pendidikan awam, terutamanya, berperanan dalam memajukan persefahaman antar- budaya, antar-kaum, antar-agama dalam kalangan pelajar yang menganggotai pelbagai kaum dan menganuti pelbagai agama dan tradisi kepercayaan.
berfikiran
terbuka
Namun, persoalannya, apakah bentuk pendidikan dan persekolahan yang baik dan boleh diterima oleh rakyat Malaysia keseluruhannya, yang boleh merealisasikan visi melahirkan rakyat bersemangatkan perasaan kasih sayang kepada negara Malaysia? Apakah bentuk pendidikan
menggerakkan proses kemenjadian (becoming) seorang bangsa Malaysia (Malaysian nation)?
yang
boleh
Disebabkan peranan berat ini, sektor pendidikan sentiasa menjadi gelanggang pertikaian mengenai apa yang seharus dan tidak seharusnya dilaksanakan. Misalnya, sistem satu aliran atau pelbagai aliran? Hanya wujud sekolah kerajaan atau boleh diadakan sekolah bukan kerajaan? Sistem pendidikan sekular atau agama, atau bersepadu (integrated)?
Dalam realiti sistem pendidikan Malaysia, wujud pelbagai laluan pendidikan, yang mempunyai bentuk dan ciri masing-masing.
4 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Sub-projek Kesepaduan Sosial melalui Pembentukan Konsep 1R dalam Pendidikan Malaysia atau nama singkatannya ‘1R+3r’ ingin mengajukan hujah bahawa kepelbagaian sistem pendidikan di Malaysia adalah satu keadaan yang baik dari segi menawarkan pelbagai peluang memperoleh pendidikan untuk rakyat Malaysia. Yang penting adalah pelajar sekolah-sekolah ini belajar mengikut kurikulum sepunya dan mempunyai peluang menyertai aktiviti-aktiviti sepunya. Namun, persoalan yang lebih penting adalah ‘adakah kurikulum dan buku teks
sekolah mencerminkan sifat kepelbagaian masyarakat Malaysia’? Adakah guru-guru sekolah terlatih untuk mengajar pelajar-pelajar yang mewakili pelbagai kaum dan agama dalam kelas mereka? Sistem pendidikan, sama ada dari segi kandungan kurikulum dan buku teks, latihan guru dan keseluruhan governans pendidikan yang mengangkat konsep kepelbagaian budaya, menyediakan tapak asas ke arah pemupukan kesepaduan sosial. Hal ini boleh berlaku melalui saling persefahaman, penghormatan dan perhubungan tinggi dalam kalangan pelajar pelbagai latar belakang. Kepelbagaian penduduk Malaysia menuntut agar sistem pendidikan
peluang-peluang sebegini untuk membolehkan generasi muda mempelajari dan menambah pengetahuan tentang diri mereka, komuniti mereka sendiri dan komuniti lain di Malaysia. Hasil daripada sistem pendidikan yang bersifat inklusif sebegini adalah pelajar yang celik budaya (culturally literate) dan celik sosial (socially-literate), dan bukan sekadar celik huruf (academically literate). Kecelikan budaya dan sosial ini membuka minda dan hati mereka kepada kepelbagaian, penghormatan sewajar yang perlu diberi kepada setiap budaya, dan kerelaan bergaul serta membentuk hubungan bermakna dengan orang lain yang berbeza dengan mereka.
negara
menyediakan
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Sebagai manusia sosial, setiap individu menghayati budaya kelompok yang dianggotai. Namun sebagai manusia yang perlu hidup bersama dengan orang lain yang mempunyai budaya yang tidak sama, maka ini memerlukan manusia tersebut memperolehi pengetahuan tentang manusia yang mempunyai budaya yang tidak sama supaya dapat berhubung dalam cara yang bermakna
pertentangan. Keupayaan mengangkat minda merentasi sempadan budaya sendiri akan membolehkan individu bekerjasama dengan orang lain, membina hubungan yang baik dengan orang lain, dan berusaha bersama untuk meningkatkan diri dan orang lain. Keupayaan ini dikatakan adab/peradaban (civilisation). Beradat, atau berbudaya, adalah penting; tetapi lebih penting adalah beradab, iaitu keupayaan bertindak sebagai manusia merentasi sempadan dan keterbatasan budaya sendiri.
dan
tanpa
Begitulah timbulnya idea di sebalik sub-projek 1R+3r TM ini.
landasan proses kemenjadian bangsa Malaysia adalah hubungan bermakna yang berasaskan prinsip tahu/kenal, hormat dan terima kepelbagaian. Diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, formulanya adalah 1R+3r, di mana 1R bermaksud Relationship (Hubungan), dan 3r merujuk kepada recognise (tahu/kenal), respect (hormat), reconcile (terima). Formula ini mengambil kira sifat kependudukan dan realiti sistem pendidikan Malaysia seperti yang termaktub dalam cabaran strategik pertama Wawasan 2020: “Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik
6 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah 6 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Maklumat lanjut mengenai sub-projek 1R+3r TM akan dibentangkan dalam bahagian seterusnya.
Perbincangan Meja Bulat (RTD) Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial di Semporna
Latar belakang RTD RTD yang diadakan pada 27 Februari 2014 di Semporna, Sabah mempunyai dua objektif iaitu:
a. Membolehkan TM ahli sub-projek 1R+3r membentang hasil dapatan kajian yang telah
dijalankan di beberapa sekolah terpilih sekitar daerah Semporna dan Tawau pada bulan September 2013; dan
b. Mengundang beberapa pihak berkepentingan berkaitan dengan pendidikan negeri Sabah secara umum, dan Daerah Semporna secara khusus untuk membuat pembentangan
Ahli panel yang membentang dan berkongsi pengalaman pendidikan negeri Sabah dan daerah Semporna adalah seperti berikut:
a. Prof. Dr. Ong Puay Liu, Ketua sub-projek 1R+3r TM , KITA-UKM
b. Cik Badariah Saibeh, calon Ph.D dan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA), KITA-UKM
c. Dr. Haji Mohd Kassim Haji Mohd Ibrahim, Ketua Sektor Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
d. Tuan Hj. Raduan Hj. Abd Rahman, Pengarah, Pejabat Daerah Semporna
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
f. Encik Daud Bayan, Pengurus, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Miskin (PKPKM), Semporna
g. Encik Azmal bin Amil, Guru, HUMANA Borneo Child Aid Society, Semporna
Antara peserta yang menyertai RTD ini adalah pegawai- pegawai kanan JPN Sabah dan PPD Semporna; Guru Besar SK Berpusat Pulau Bum-Bum, Semporna; Guru Besar SJK(C) Sin Hwa, Tawau; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SJK(C) Nyuk Hwa, Semporna; Ketua Kampung Pulau Mabul; wakil Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) bahagian Semporna; dan Rukun Tetangga Daerah Semporna.
Secara keseluruhannya,
berjaya dalam penganjurannya. Kehadiran tetamu undangan dalam perbincangan meja bulat
RTD
ini
terutama dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Semporna dan guru-guru besar serta Pengurus sekolah-sekolah NGO membuka lebih banyak lagi peluang untuk meneroka keistimewaan pendidikan dan kesepaduan sosial di Negeri Sabah ini.
Isu-isu Berbangkit: Kes Sabah Antara isu-isu berbangkit berkaitan dengan pendidikan di
Sabah yang dapat dirumuskan daripada RTD ini adalah:
a. Kerumitan situasi dan kesampaian pendidikan dalam kalangan penduduk Sabah, khususnya di Daerah Semporna. Sebahagian daripada penduduk Semporna tinggal di pulau-pulau dan di pedalaman
menyebabkan
keadaan
sosio-ekonomi dan
8 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah 8 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
pendidikan tidak memberangsangkan.
kepada
b. Prestasi akademik pelajar di Daerah Semporna kurang memuaskan. Walaupun begitu, terdapat sedikit peningkatan. PPD Semporna berusaha gigih bekerjasama
pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik
dengan
c. Infrastruktur
kemudahan perlu dipertingkatkan bukan sahaja di sekolah-sekolah tetapi juga di Daerah Semporna keseluruhannya. Sebagai contoh, tiada pengangkutan awam di Semporna.
dan
d. Kependudukan di Semporna khususnya bukan sahaja berbeza dari segi sosio-ekonomi, tempat tinggal, budaya dan sejarah asal usul, tetapi juga dari segi status kerakyatan. Ramai penduduk di Semporna adalah penduduk tanpa kerakyatan. Ini termasuk kanak-kanak yang tidak mempunyai akses pendidikan dan kesihatan.
e. NGO memainkan peranan besar dalam membekalkan pendidikan kepada kanak-kanak, khususnya kanak-kanak yang tinggal di pulau dan kanak-kanak miskin di Pekan Semporna. Justeru, kerjasama dan saling persefahaman antara NGO, Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan
Semporna dan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau amat penting dan perlu untuk memastikan peluang pendidikan dibekalkan kepada
Daerah
semua kanak-kanak yang berhak mendapat pendidikan. NGO berfungsi sebagai pelengkap kepada usaha kerajaan untuk memberi
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
f. Perlu ada penyelarasan kurikulum pada peringkat prasekolah untuk memastikan semua kanak-kanak prasekolah diajar perkara yang sama. Juga, guru prasekolah memainkan peranan penting dari segi memastikan kanak-kanak yang masuk Tahun 1
sudah menguasai 3R/3M – membaca, menulis, mengira.
g. Dasar kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia kerap berubah dan tidak konsisten. Keadaan ini menimbulkan masalah kepada
sekolah, guru besar dan guru untuk melaksanakan tugas hakiki dengan sempurna.
h. Pendidikan bukan saja untuk menambah ilmu demi mendapat gred A, memperolehi pekerjaan baik atau mendapat gaji tinggi. Tetapi pendidikan juga adalah untuk memupuk potensi kanak-kanak supaya dapat mengembang bakat dan kemahiran
yang ada pada mereka.
i. Juga dalam konteks kepelbagaian kependudukan di Malaysia, pendidikan adalah penting untuk membolehkan semua kanak-kanak yang belajar di sekolah berlainan, mengetahui dirinya adalah
sebahagian daripada satu keseluruhan yang lebih besar, iaitu Malaysia.
j. Setiap kanak-kanak perlu dapat menaruh harapan kepada sistem pendidikan untuk membantu mereka menjadi orang beradat, beradab dan
berguna.
10 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
PEMBENTANGAN PEMBICARA PERBINCANGAN MEJA
BULAT 1R+3r TM
Dr. Marsitah Mohd Radzi, Pensyarah, Universiti Malaysia
moderator sesi pembentangan
Sabah,
selaku
Moderator mengalu-alukan kehadiran Dr. Mohd Kassim bin Hj. Mohd Ibrahim, Ketua Sektor Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan semua hadirin kepada Perbincangan Meja Bulat (Round Table Discussion, RTD) Projek 1R+3r ‘Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial’.
Tujuan RTD ialah untuk berkongsi dapatan awal daripada kerja lapangan sub-projek 1R+3r di beberapa sekolah di Sabah, membincang dapatan dan isu-isu berkaitan dengan lebih mendalam. Pendidikan untuk anak-anak sangat penting kerana pendidikan waktu muda seakan terukir atas batu dan pendidikan waktu tua seakan terukir atas air.
Perbincangan meja bulat ini dibahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi akan menyaksikan empat pembentangan iaitu oleh Prof. Dr. Ong, selaku Ketua sub-projek 1R+3r, Cik Badariah, calon Ph.D dan pembantu penyelidik sub-projek 1R+3r, Dr. Mohd Kassim bin Hj. Mohd Ibrahim, Ketua Sektor Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, dan Tuan Hj. Raduan Hj. Abd Rahman, Pengarah, Pejabat Pendidikan Daerah Semporna. Pembentangan sesi pagi ini akan diikuti oleh perbincangan terbuka. Para hadirin digalakkan untuk bertanya soalan atau memberi komen. Untuk sesi petang, kita akan mendengar tiga orang wakil dari pihak NGO yang terlibat secara langsung dalam pendidikan
segolongan kanak-kanak yang tidak
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
PEMBENTANGAN SESI PAGI
Prof. Dr. Ong Puay Liu, Ketua Sub-projek 1R+3r TM –
Pengenalan kepada Sub-Projek 1R+3r TM
Pada tahun 2012, Institut Kajian Etnik (KITA), UKM berjaya memperolehi dana Long-Term Research Grant Scheme (LRGS) daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (ketika itu, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) untuk satu program penyelidikan bertajuk “Membina Negara-Bangsa: Memahami Cabaran dan Mencari Penyelesaian” (kod: LRGS/BU/2011/UKM/CMN). Program penyelidikan ini diketuai oleh Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah KITA. Tempoh program penyelidikan adalah selama tiga tahun (2012- 2014) dan para penyelidik mewakili beberapa institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.
Program ini terbina atas empat projek besar iaitu:
1. Teori dan Konsep Kesepaduan Sosial dalam Pendidikan
2. Governans untuk Kesepaduan Sosial
3. Pola Perilaku Hubungan Etnik
12 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
4. Cabaran Politik dan Agama dalam Kesepaduan Sosial
Setiap projek besar ini mempunyai sub-projek masing- masing. Kumpulan penyelidikan ini terangkum dalam projek satu di atas. Tajuk sub-projek kumpulan kami ialah “Kesepaduan Sosial melalui Pembentukan Konsep 1R dalam
dan kami telah TM ringkaskannya kepada sub-projek 1R + 3r 1 .
Pendidikan
Malaysia”,
Apa itu 1R+3r?
Di sini, izinkan kami berkongsi objektif sub-projek ini, yang melibatkan dua objektif:
1. Meninjau pengalaman persekolahan pelajar di beberapa sekolah terpilih di empat buah negeri
Malaysia dari segi peluang belajar tentang kepelbagaian latar belakang penduduk Malaysia melalui kurikulum, ko-kurikulum dan persekitaran sekolah
2. Membina satu laman sesawang interaktif 1R + 3r (interactive website) yang akan memaparkan
beberapa kumpulan etnik (khususnya kumpulan minoriti etnik) Malaysia
Balik kepada soalan apa itu 1R+3r.
Sekolah sebagai institusi pendidikan boleh menjadi tempat memupuk hormat dan rasa tanggungjawab untuk
1 Permohonan bagi mendapatkan perlindungan harta intelek dalam kategori cap dagangan ( TM ) untuk logo 1R+3r telah diluluskan pada bulan
April 2014.
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Kerja lapangan di Sabah (termasuk Semporna) dilakukan pada 16-24 September 2013. Walaupun data analisis masih dijalankan, pasukan kajian tidak sabar datang ke Semporna. Sabah dan Semporna khususnya memang unik dan banyak peluang untuk belajar dan menambah ilmu. Misalnya, ramai street children atau kanak-kanak jalanan di Semporna – mereka jadi ‘porter’ untuk angkut barangan pembeli di pasaraya. Ini kerja ‘sah’ tetapi bekerja pada umur yang sangat muda. Apakah peluang kesampaian mereka kepada pendidikan?
Sebenarnya, lokasi kajian untuk sub-projek ini melibatkan empat buah negeri iaitu Selangor, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Untuk setiap negeri, sebanyak lapan hingga sembilan buah sekolah dipilih mengikut kategori jenis
14 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah 14 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
1. sekolah rendah kebangsaan, bandar dan luar bandar (SKB & SKLB)
2. sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, bandar dan luar bandar (SJKCB & SJKCLB)
3. sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil, bandar dan luar bandar (SJKTB & SJKTLB)
4. sekolah rendah dan menengah swasta, bandar (PTR & PTM)
5. sekolah menengah kebangsaan, bandar dan luar bandar (SMKB & SMKLB)
6. sekolah menengah bebas, aliran Cina (SMBC)
Sasaran kajian adalah pelajar sekolah rendah (Tahun 5 &
6) dan pelajar sekolah menengah (Tingkatan 4, 5 & 6). Seramai 40 pelajar dari kelas berlainan untuk setiap sekolah terlibat dalam sesi soaljawab. Pada masa yang sama, Pengetua/Guru Besar dan Guru Sekolah turut ditemu bual.
Data dikumpul melalui soal selidik dan temu bual. Skop kajian meliputi:
1. fahaman pelajar tentang maksud sekolah dan faedah bersekolah
2. peluang belajar tentang diri dan orang lain (agama, etnik, negeri) melalui mata pelajaran, sukan, persatuan, kelab
3. keadaan persekitaran sekolah yang menggalakkan pembelajaran dan pergaulan
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
4. tanggapan tentang kaitan antara pendidikan dengan kehidupan lebih baik
5. tanggapan tentang pendidikan dan pengembangan diri
Di Sabah, tujuh buah sekolah dan tiga NGO telah disasarkan. Hal ini bermakna kumpulan penyelidik telah mengunjungi sepuluh buah organisasi (sekolah dan NGO). Bilangan ini merupakan jumlah terbanyak dalam kalangan empat buah negeri yang dikunjungi. Tambahan lagi, kumpulan penyelidik juga berpeluang mendampingi golongan kanak-kanak yang tidak ada status kerakyatan atau tanpa dokumen kerakyatan, iaitu seramai 52 orang di Pulau Mabul.
Kependudukan Malaysia bagaikan ‘jigsaw puzzle’. Kepelbagaian penduduk mencirikan keunikan Malaysia. Terdapat orang Melayu dan sub-etniknya, orang Cina dan sub-etniknya, orang India dan dan sub-etniknya, orang asal di Sabah dan Sarawak, dan orang asli di Semenanjung Malaysia. Banyak kumpulan etnik dan sub- etnik sehinggakan jumlah sebenar tidak diketahui.
16 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Rajah 1 Kepelbagaian kumpulan etnik dan sub-etnik di Malaysia
Kepelbagaian penduduk ini menghidangkan ‘menu’ demografi Malaysia tidak terbatas: dari segi negeri, kelas, affiliasi politik, tempat tinggal, bahasa, agama, budaya, etnik dan sebagainya.
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Rajah 2 Hidangan menu kepelbagaian etnik Malaysia
Masalahnya, kebanyakan orang buta kepada persamaan tetapi celik kepada perbezaan. Maksudnya, mereka hanya melihat perbezaan dan abaikan persamaan.
Pendidikan sudah lama menjadi sumber untuk memupuk kesepaduan sosial dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Penggubal dasar negara memberi peranan utama kepada pendidikan untuk menghasilkan rakyat yang saling faham memahami, hormat menghormati, dan mempunyai hubungan bermakna dalam dan merentas sempadan latar belakang. Kenapa pendidikan penting?
Pendidikan penting kepada manusia, sama ada kerajaan, komuniti atau orang perseorangan. Golongan-golongan ini memberi nilai tinggi kepada pendidikan. Kepada kerajaan, pendidikan penting untuk mendidik rakyat menjadi
18 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah 18 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Ketercapaian keinginan ini bergantung kepada keadaan dan aspirasi kerajaan dan komuniti tempatan.
Dalam konteks masyarakat Malaysia berbilang etnik, agama, budaya, bahasa, kelas dan negeri:
1. Apakah jenis pendidikan dan persekolahan yang sesuai untuk memenuhi keperluan dan keadaan hidup kumpulan yang berlainan ini?
2. Apakah jenis pendidikan dan persekolahan yang sesuai untuk memenuhi keperluan perpaduan negara/negeri?
Jawapan mungkin berbunyi begini: Jenis pendidikan dan persekolahan yang membekalkan pendidikan …
− untuk semua - memenuhi keperluan individu,
Pendidikan masyarakat dan negara
untuk - memupuk identiti dan rasa kesepunyaan
kesepaduan senegara
sosial - membina hubungan berpadu
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Pendidikan berperanan sebagai sumber memupuk kesepaduan sosial. Melaluinya, pelajar dapat belajar tentang diri dan orang lain, dapat saling mengetahui dan mengenali,
memahami, hormat menghormati, saling menerima, justeru ia membina hubungan bermakna, dan hidup aman dan bersatu.
saling
faham
Tercapai atau tidak, hal ini adalah bergantung kepada keadaan dan aspirasi kerajaan dan komuniti tempatan.
Sistem pendidikan Malaysia ditandai dengan kepelbagaian dari segi jenis sekolah, bahasa pengantar, lokasi, kesampaian, kualiti guru dan murid, dan persekitaran sekolah.
Matlamat perkembangan JERI (jasmani, emosi, rohani dan intelek) termaktub dalam semua falsafah pendidikan dari awal lagi. Kumpulan projek ini menambah satu lagi komponen iaitu ‘sosial’, menjadikan JERI+S = JERIS. Komponen sosial ini penting sebab ia mendasari kewujudan manusia sebagai manusia sosial yang perlu berhubungan dengan orang lain untuk memenuhi keperluan asas dan keperluan sosial.
Kerja lapangan pertama kumpulan projek ini adalah di Sarawak. Lokasi sekolah di Ba Kelalan, sebuah daerah pedalaman tanah tinggi bergunung ganang terletak di bahagian timur laut negeri Sarawak. Hampir semua populasi kampung ini termasuk sekolah rendah adalah daripada komuniti Lun Bawang. Ibu bapa mempunyai orientasi pemikiran tertentu mengenai peranan mereka dalam pendidikan anak-anak. Peranan mereka sekadar menghantar anak ke sekolah. Itu saja tugas mereka. Sekolahlah yang bertanggungjawab mengajar dan
20 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah 20 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Keadaan Serba Berkurangan), bukan sahaja berjaya mengubah orientasi pemikiran ibu bapa dan komuniti kampung, tetapi juga berjaya meningkatkan prestasi akademik murid-murid dan sekolah daripada sekolah berprestasi rendah kepada sekolah harapan, dan seterusnya kepada sekolah kluster. Sekolah Ba Kelalan juga berjaya memenangi anugerah Commonwealth Good Practice Award 2009 bersama SK Ulu Lebai, Sarawak, sebagai pemegang bersama tempat pertama untuk kategori “Boleh Menyelesaikan Masalah Sulit dalam Keadaan Rumit”.
Masalah
dalam
Kumpulan projek ini menamakan hubungan keserakanan antara sekolah, ibu bapa, komuniti dan swasta sebagai ‘Quadruple Helix’. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah), juga disebutkan hubungan keserakanan ini, namun, tidak diberi nama quadruple helix ini (lihat Rajah
3 di bawah).
Kerjasama sekolah dengan ibu bapa meliputi: tanggung jawab bagi memastikan pembelajaran
berkualiti untuk murid
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
kesedaran
dalam membantu pembelajaran murid ibu
sekolah dalam
meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka
Kerjasama sekolah dengan komuniti meliputi:
kerjasama sukarela daripada komuniti untuk
menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada sekolah setempat
penglibatan murid dalam pertubuhan dan aktiviti
komuniti serta mendapat pengajaran penting melalui proses tersebut
Kerjasama sekolah dengan swasta dan NGO meliputi: untuk
perkhidmatan penglibatan murid dalam aktiviti swasta dan NGO serta mendapat pengajaran penting melalui proses
menyediakan
pelbagai
tersebut (ubahsuai daripada Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025)
Sekolah
Ibu bapa Komuniti
Swasta
Rajah 3 Jaringan Keserakanan Quadruple Helix
22 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
C ik Badariah Saibeh, Calon PhD dan GRA sub-projek 1R+3r TM , Pembentangan data kerja lapangan Sabah
16-24 September 2013
Sasaran kajian di Sabah meliputi tiga kategori sasaran iaitu sekolah kerajaan, sekolah NGO dan kanak-kanak tanpa dokumen kerakyatan:
Sekolah kerajaan yang terdiri daripada tujuh buah sekolah iaitu
1. SK Pulau Mabul
2. SK Berpusat Pulau Bum-Bum, Semporna
3. SK Panglima Habibullah, Pulau Sebatik, Tawau
4. SJK(C) Sin Hwa, Tawau
5. SJK(C) Nyuk Hwa, Semporna
6. SMK Berpusat Pulau Bum-Bum, Semporna
7. SMK Abaka, Tawau
Sekolah NGO terdiri daripada
1. Mabul Kids Education Society, Pulau Mabul
2. Humana Borneo Child Aid Society, Semporna
3. Pusat Kebajikan Pendidikan Kanak-Kanak Miskin (PKPKM), Semporna
Kanak-kanak tidak bersekolah terdiri daripada
1. Kanak-kanak tanpa Negara (stateless) di Pulau Mabul, Semporna
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Jadual 1 Perincian pengagihan pelajar mengikut sekolah
Jenis sekolah Bilangan Bilangan pelajar (N) pelajar (%)
Sekolah rendah kebangsaan 109
28.2 (SKLB)
Sekolah rendah jenis kebangsaan
C ina (SJKCB & SJKCLB) Sekolah menengah kebangsaan
82 21.2 (SMKB & SMKLB)
Sekolah NGO
61 15.8 Kanak-Kanak Tidak Bersekolah
52 13.4 Jumlah
C arta 1 Bilangan responden mengikut jenis sekolah
24 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
C arta 2 Bilangan responden mengikut kaum
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
C arta 3 Bilangan responden yang mempunyai kawan baik daripada kaum lain
Carta 4 Maksud sekolah menurut responden
26 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Carta 5 Faedah sekolah menurut responden
Secara keseluruhan, terdapat 166 (43%) responden lelaki dan 221 (57%) responden perempuan.
Khas untuk Sekolah NGO dan Kanak-Kanak Tidak Bersekolah:
Subjek yang disukai oleh pelajar yang belajar di tiga buah sekolah NGO ialah Bahasa Malaysia (51%), Bahasa Inggeris (30%) dan Matematik (19%). Antara sebab suka kepada subjek-subjek tersebut adalah kerana senang (28%), mudah difahami (9%) dan seronok (8%).
Subjek yang tidak disukai oleh pelajar pula adalah Bahasa Inggeris (41.7%), Matematik (41.7%) dan Pendidikan Seni (16.6%). Subjek-subjek ini tidak disukai kerana susah (1%), tidak pandai melukis (4%) dan tidak faham
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
(3%). Terdapat tindan lapis dari segi subjek yang disukai dan tidak disukai, seperti bahasa Inggeris dan Matematik.
Pandangan pelajar mengenai pendidikan (kurikulum) dapat dilihat berdasarkan jadual 2 di bawah.
Jadual 2 Adakah pendidikan menjadikan kehidupan yang lebih baik?
Bil. Perkara Setuju Tidak Tidak Jumlah
Pasti Setuju (%)
98.2 1.8 - 274 (100) pengetahuan
2 Menjadi orang
94.5 4.8 0.7 271 (100) yang berguna
3 Disayangi oleh
92.6 5.9 1.5 271 (100) keluarga
4 C apai cita-cita
5 Mengembangkan 85.7 11.7 2.6 273 (100) bakat
6 Disayangi oleh
85.6 12.6 1.8 270 (100) guru
7 Mendapat
85.2 12.9 1.9 271 (100) pekerjaan baik
8 Hidup lebih
84.9 13.6 1.5 272 (100) bahagia
9 Disayangi oleh
84.1 13.7 2.2 271 (100) kawan-kawan
10 Meningkatkan
81.3 16.5 2.2 273 (100) kedudukan dalam kelas dari tahun ke tahun
11 Mendapat gaji
56.2 31.4 12.4 274 (100) tinggi
28 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Bagi pandangan pelajar mengenai ko-kurikulum pula, seperti Jadual 3 di bawah:
Jadual 3 Jenis ko-kurikulum yang menggalakkan pelajar tahu/faham perkara-perkara tertentu
Kelab Sukan Bil. Perkara
Unit
beruniform
Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
1 Diri sendiri
5 Kaum lain
C arta 6 di bawah menunjukkan pandangan pelajar terhadap kemudahan-kemudahan di sekolahnya:
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
S angat Tidak Baik
Tidak Baik S edarhana
Baik S angat Baik
C arta 6 Tanggapan pelajar terhadap kemudahan- kemudahan di sekolahnya
Bagi kanak-kanak stateless, aktiviti seharian mereka adalah:
bermain – 40% bersukan – 25% belajar – 17% main bola – 12% baca buku – 5%
Terdapat juga kanak-kanak stateless yang bersekolah di sekolah badan bukan kerajaan (NGO) dan hanya belajar mengenai mata pelajaran asas sahaja. Pandangan mereka
30 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah 30 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
C arta 7 Pandangan pelajar tentang mata pelajaran yang
disukai dan sebab suka subjek tersebut
Walaupun kanak-kanak stateless ini tidak bersekolah formal, namun mereka juga mempunyai cita-cita seperti kanak-kanak yang lain.
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
C arta 8 Cita-cita kanak-kanak stateless
Kesimpulannya, suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang positif melalui kurikulum (ko-kurikulum dan persekitaran sekolah) menggalakkan pelajar memupuk kepercayaan,
dan semangat kesepaduan dengan pelajar-pelajar lain, tidak kira di sekolah yang sama atau berlainan.
perasaan
hormat,
Dr. Haji Mohd Kassim Haji Mohd Ibrahim, Ketua Sektor Akademik, JPN Sabah, Pengurusan Pendidikan di Sabah
Sabah mempunyai banyak kumpulan etnik. Melalui kajian untuk ijazah sarjanamuda Dr. Haji Mohd Kassim, beliau mencatat sebanyak 38 kumpulan etnik di Sabah. Namun, data Education Management Information Systems (EMIS) hanya menyenaraikan 29 kumpulan etnik. Menurut Dr. Haji
32 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Kassim, dari segi perbandingan keluasan fizikal, Sabah mempunyai keluasan tanah 73,620 KM per segi, hampir sama dengan 73,711 KM per segi bagi lapan buah negeri di Semenanjung Malaysia (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu). Jumlah keluasan Semenanjung Malaysia ialah 131,598 KM per segi.
Struktur Jabatan Pendidikan Sabah merangkumi seorang Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, seorang Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sektor, 11 Sektor dan 24 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Sabah adalah negeri kedua paling banyak PPD selepas Sarawak.
Maklumat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN Sabah) pada Januari 2014 menunjukkan jumlah bilangan sekolah sebanyak 1,291 buah. Daripada jumlah besar ini, 1,072 buah adalah sekolah rendah dan 219 buah sekolah menengah. Jumlah enrolmen murid adalah 495,777 orang. Bilangan murid di sekolah rendah seramai 290,688 orang, dan bilangan murid di sekolah menengah seramai 205,089 orang. Jumlah bilangan guru seramai 40,955, iaitu seramai 25,776 guru sekolah rendah, sementara guru sekolah menengah adalah 15,179 orang (Sektor ICT, EMIS, JPN Sabah, 23 Januari 2014).
Diturunkan sedikit data mengenai profil JPN Sabah:
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Jadual 1 Bilangan mengikut jenis sekolah
Sekolah Rendah Bil. Sekolah Kebangsaan (SK)
986 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
83 Sekolah Pendidikan Khas
2 Sekolah Agama (SABK)
1 Jumlah Keseluruhan
Sekolah Menengah Bil. Sekolah Menengah Kebangsaan
198 Sekolah Menengah Agama
9 Sekolah Menengah Berasrama Penuh
2 Sekolah Sukan
1 Sekolah Agama (SABK)
2 Kolej Vokasional
7 Jumlah Keseluruhan
Jadual 2 dan 3 menunjukkan taburan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Sabah berdasarkan kumpulan etnik (data EMIS pada 23 Jan 2014):
34 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Jadual 2 Taburan pelajar sekolah rendah berdasarkan
kumpulan etnik
Bil Etnik
Etnik Jumlah 1 Bajau
Jumlah
Bil
16 Lain-lain 12,226 2 Bidayuh
17 Bukan 885 Warganegara 3 Brunei
18 Lun Bawang 32 4 Bumiputera
19 Melanau 79 Lain (Sabah) 5 Bumiputera
20 Melayu 19,861 Lain (Sarawak)
21 Murut 13,726 7 Dusun
6 C ina
22 Orang Asli 11 (Semenanjung) 8 Eurasian
63 23 Pakistani 195 9 Filipino
24 Penan 1 10 Iban
25 Portuguese 2 11 India
26 Punjabi 2 12 Kadazan
27 Siam 6 13 Kayan
9 29 Sri Lanka 4 15 Kenyah
33 JUMLAH 290,688
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Jadual 3 Taburan pelajar sekolah menengah berdasarkan
kumpulan etnik
Bil. Etnik
Jumlah Bil
16 Lain-lain 6,551 2 Bidayuh 43 17 Bukan
157 Warganegara 3 Brunei 2,802 18 Lun Bawang 14 4 Bumiputera Lain
75,053 19 Melanau 23 (Sabah) 5 Bumiputera Lain
197 20 Melayu 16,238 (Swk) 6 C ina 13,212 21 Murut 8,432 7 Dusun 37,426 22 Orang Asli
2 (S’jung) 8 Eurasian 12 23 Pakistani 35 9 Filipino 628 24 Portuguese 3 10 Iban 590 25 Punjabi 3 11 India 478 26 Siam 3
12 Kadazan 11,716 27 Sikh 18 13 Kayan 8 28 Sri Lanka 3 14 Kelabit 4 29 JUMLAH 205,089 15 Kenyah 4
Terdapat dua cabaran pendidikan yang perlu ditangani, iaitu pertama, dari segi pemantauan dan kedua, berikutan pencerobohan Lahad Datu:
1. Pemantauan Jalan denai sebelum ke jalan utama sekolah Jalan air menuju ke sekolah Perhubungan ke sekolah di pulau-pulau
36 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
2. Pencerobohan Lahad7 Datu Guru-guru dan
pelajar-pelajar meninggalkan daerah Lahad Datu Meyakinkan
guru tentang keselamatan di sekolah (guru ‘cabut lari’ akibat trauma)
ibubapa
dan
Dua orang Guru Besar membawa murid-murid ke rumah mereka untuk belajar; mereka telah
menerima anugerah daripada Timbalan Perdana Menteri
Pengalaman JPN Sabah meningkatkan pencapaian akademik adalah seperti berikut:
1. Peningkatan UPSR daripada 2.73 pada tahun 2012 ke
2.76 pada tahun 2013
Melalui program Smart Planning Enhances Education Dynamics (SPEED) 2012-2016, yang telah disesuaikan dengan PPPM mulai 2013
Konvensyen Revolusi Kecemerlangan Akademik Negeri
14 Nov 2011 yang menghasilkan resolusi konvensyen seperti berikut: (a) Kepimpinan pengajaran yang transformatif di
Sabah pada
sekolah (b) Kerjasama yang mantap antara komuniti dan
sekolah (c) Pemerkasaan penguasaan kemahiran asas 3M
(LINUS) dalam kalangan murid (d) Pemastian pengajaran berkesan berlaku dan
pembelajaran berkesan lebih berlaku. Bila pengajaran
pembelajaran mesti berlaku.
berlaku,
Jangan
sampai tidak berlaku
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
(e) Pemerkasaan kehadiran murid ke sekolah
Konvensyen Kecemerlangan Akademik Peringkat Antarabangsa 2013, yang telah mengeluarkan resolusi konvensyen seperti berikut:
(a) Memastikan
pemimpin sekolah mengamalkan
semua
kepemimpinan instruksional (b) Mewujudkan aspek kreativiti dalam P&P dan berfokuskan murid. (c) Memperkasa kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid sebagai satu pra syarat untuk mencapai kualiti pendidikan bertaraf dunia.
amalan
(d) Memanfaatkan
Maklumat dan Komunikasi dalam PdP dan membudayakan pembelajaran
Teknologi
wahana Teknologi Maklumat dan Komunikasi. (e) Mengupayakan
melalui
‘Pentaksiran untuk Pembelajaran’ (Assessment for Learning) dan disepadukan
pengajaran dan pembelajaran.
dalam
Inisiatif Peningkatan UPSR (a) Gerakan
prestasi akademik dimantapkan di semua peringkat (JPN, PPD dan Sekolah) dengan memanfaatkan potensi sedia ada secara kreatif dan inovatif.
lonjakan
(b) Inisiatif ini adalah sebagai usaha bersungguh- sungguh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi
memartabatkan
dan pencapaian pendidikan Sabah.
kualiti
38 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Dari segi kemahiran literasi (3M, LINUS), kedudukan Sabah seperti berikut:
2011 – Sabah kedudukan no. 16 2012 – ranking bertambah baik ke no. 8 2013 – ranking literasi – no. 7; ranking numerasi – no. 8; purata ranking – no. 8
Di samping itu, beberapa program untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar di negeri Sabah telah dilaksanakan seperti berikut:
1. Program TRANS – Transformasi Akademik Negeri Sabah
Fokus kepada sekolah-sekolah besar (100 calon ke atas) dengan pencapaian di bawah 50%
2. Program x3.0 Fokus kepada sekolah prestasi rendah (GPS
3.0 ke atas)
3. Program KITANI Memperkasa
kepimpinan pengajaran instruksional
English Teachers Enhancement
4. Program STEP
(Sabah
melalui beberapa inisiatif: (a) SPEED UP
Programme)
Fokus kepada murid Meningkatkan pencapaian
D kepada C (b) GREAT
daripada
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Grammar Enhances Teachers’ Proficiency, khusus kepada guru Band A1 dan A2 dalam
C PT (c) English Teachers Community
Perkongsian kepakaran bagi mengatasi masalah dalam P&P
(d) English Portal Merupakan portal yang boleh digunakan dalam perbincangan secara maya (e) Research and Publication Merupakan usaha menggalakkan guru-guru
menghasilkan penulisan dan menerbitkannya
(f) Grammar in Action Activity Handbook Merupakan kompilasi tatabahasa yang
kerap digunakan dalam P&P
5. District Transformation Programme (DTP) (rintis di peringkat nasional 2013) – menikmati lonjakan Olimpik dalam keputusan UPSR dan PMR
6. Dialog prestasi yang digalakkan di semua peringkat, iaitu sekolah, PPD dan JPN, seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.
Jadual 4 Senarai dialog prestasi yang telah diadakan
Tarikh Perkara Tempat 18 April
Dialog Prestasi PPD Sabah PPD 2013
Sandakan 07 Mei
Dialog Prestasi Pengarah bersama JPN Sabah 2013
PPD Sabah Bil.01/2013 26 Julai
Dialog Prestasi JPN dan PPD KPI JPN Sabah 2013
Akademik Pertengahan Tahun dan Dashboard DTP PPD
40 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
28 Ogos Dialog Prestasi bersama PPD Tawau Promenad 2013
e Tawau 3 Sept
Dialog Prestasi KPPM bersama JPN Promenad 2013
dan PPD Sabah e Tawau
7. Program SISC+ & SIPARTNERS+ Program bimbingan dan latihan yang mengajar Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
Sebagai kesimpulan, pendidikan negeri Sabah dipandu oleh gagasan “Guru mengajar, Murid belajar” demi mencapai agenda impian suara kepimpinan.
Tuan Hj. Raduan Hj. Abd. Rahman, Pengarah, PPD Semporna, Pengurusan Pendidikan di Daerah Semporna
Visi, Misi dan Slogan Pejabat Pendidikan Daerah Semporna adalah seperti berikut:
Visi Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi Melestarikan
Pendidikan Yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Sistem
Slogan Kualiti dijunjung, Pendidikan disanjung
Latarbelakang PPD Semporna
Daerah Semporna mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113,412 hektar (282,880 ekar) dan terbahagi
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Peta 1 Kedudukan Daerah Semporna di Sabah
42 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Sejarah penubuhan pusat pentadbiran pendidikan daerah bermula pada sekitar tahun 60-an dan diletakkan di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Bahagian/Gabungan Tawau. Pada tahun 2009, Pejabat Pendidikan Daerah Semporna mula berdiri sendiri sebagai Pejabat Pendidikan Daerah Gred B.
Bilangan Sekolah Menengah & Rendah Daerah Semporna adalah seperti berikut:
• Sekolah Kebangsaan
39 buah •
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan 1 buah
• Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
1 buah •
8 buah •
Sekolah Menengah
Sekolah Menengah Agama
Taburan Sekolah di Daerah Semporna:
1. Pulau Bum-Bum
2. Pulau Kecil
SK
11 buah
3. Tanah Besar
Nama-nama sekolah di Tanah Besar Semporna:
1. SK Kalumpang
2. SK Pegagau
3. SK Ladang Segaria
4. SK Kubang Pinang
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
5. SK Kampung Pokas
6. SK Bukit Lalang
7. SK Tagasan
8. SK Sungai Tuhok
9. SK Tanjung Kapor
10. SK Bugaya
11. SK Bubul
12. SK Bubul II
13. SK Kabogan
14. SK Tampi-Tampi
15. SK Kampung Simunul
16. SK Pekan Semporna
17. SK Pekan Semporna II
18. SA Tun Sakaran
19. SJK(C) Nyuk Hwa
20. SMK Datuk Panglima Abdullah
21. SMK Abdullah II
22. SMK Bugaya
23. SMK Bugaya II
24. SMK Kabogan
25. SMK Kabogan II
26. SMK Tagasan
27. SMK Agama Tun Sakaran
Nama-nama sekolah di Pulau Besar Bum-Bum:
1. SK Balimbang
2. SK Terusan Tengah
3. SK Terusan Baru
4. SK Tongkalloh
5. SK Hampalan
6. SK Sulabayan
7. SK Egang-Egang
8. SK Sisipan
9. SK Gelam-Gelam
44 Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
10. SK Labuan Haji
11. Sekolah Berpusat SK Bum-Bum*
12. SMK Pulau Bum-Bum
* Sekolah Berpusat SK Pulau Bum-Bum mencantum anak- anak dari pulau-pulau kecil yang digelar “SKM” – Sekolah Kurang Murid.
Peta 2 Taburan sekolah di Pulau Bum-Bum, Semporna,
Sabah
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
Nama-nama sekolah di pulau-pulau kecil:
1. SK Lihak-Lihak
2. SK Pulau Pabanag
3. SK Pulau Bait
4. SK Pulau Sumandi
5. SK Pulau Larapan
6. SK Pulau Selakan
7. SK Pulau Mabul
8. SK Pulau Denawan
9. SK Pulau Menampilik
10. SK Pulau Omadal
11. SK Bangau-Bangau
Peta 3 Taburan sekolah di pulau-pulau kecil, Semporna, Sabah