Peranan Masyarakat Dalam Menyelamatkan A

Peranan Masyarakat Dalam
Menyelamatkan Alam Sekitar
Written by Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. Posted in Artikel

Pada hari ini pencemaran alam sekitar berlaku di mana-mana dan ia merupakan satu perkara yang
besar bukan sahaja di negara kita, malah turut juga dihadapi oleh negara-negara membangun yang
lain. Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?

Pencemaran yang berlaku secara berleluasa di negara kita adalah disebabkan oleh pelbagai 
unsur. Mengikut hasil kajian yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, sebanyak 91% kejadian 
pencemaran terutamanya pencemaran sungai yang berlaku di negara kita adalah disebabkan
oleh najis, sama ada najis haiwan mahupun najis manusia.
Antara unsur lain berlakunya pencemaran termasuklah disebabkan oleh bahan kumbahan 
dan baja yang digunakan untuk tujuan pertanian terutamanya yang mengandungi galian 
seperti nitrat dan fosfat. Pencemaran juga berlaku adalah disebabkan oleh penghasilan 
kelodak dan bahan­bahan lain berbentuk pepejal seperti tanah, bahan buangan daripada 
kawasan pembinaan serta kawasan perbandaran dan juga disebabkan oleh hakisan tebing 
sungai apabila berlakunya hujan lebat.
Di samping itu, bahan buangan daripada kilang­kilang, pembasmian hutan dan pembangunan
industri juga menjadi punca berlakunya pencemaran terhadap alam sekitar kita. Mungkin ada 
antara kita yang sedia maklum bahawa kebanyakan bahan pencemar selalunya cepat 

tersebar dan boleh meliputi kawasan yang luas dalam jangka masa yang singkat sahaja. 
Pencemaran seperti ini boleh juga disifatkan sebagai pencemaran jangka pendek. Manakala, 
bagi pencemaran jangka panjang pula, ia memerlukan perhatian yang khusus walaupun 
ianya masih lagi pada tahap yang rendah di negara kita, kerana ia boleh memberi kesan yang
besar kepada seluruh ekosistem melalui rantaian hidupan.
Pencemaran tanah dan air bawah tanah misalnya tidak boleh tersebar dalam jangka masa 
yang cepat. Namun demikian ia boleh memberi kesan yang besar kepada hidupan 
terutamanya jenis haiwan yang menghuni sesuatu ekosistem. Sebagai contoh, aliran 
kehidupan biasa dalam kitar pembiakan haiwan seperti spesies katak sudah tergangu, 
puncanya adalah merujuk kepada pencemaran dan keracunan yang berlaku disebabkan oleh
pencemaran jangka panjang, dan sebahagian saintis khuatir sekiranya keadaan tersebut 
berterusan, ia akhirnya akan turut memberi kesan kepada manusia.
Sebagai individu, apakah yang patut kita lakukan untuk mengatasi malasah pencemaran 
alam sekitar kita pada hari ini?
Sebenarnya kuasa untuk menyelamatkan alam sekitar kita adalah terletak di tangan kita 
sendiri. Bila­bila masa sahaja kita boleh katakan ‘tidak' kepada pembasmian hutan dan juga 

persekitaran yang kotor. Sebagai contoh, kita mempunyai kuasa untuk mendesak para 
pemaju dan penjaja supaya mereka lebih ‘mesra alam' dalam menjalankan kerja mereka.
Kita sebagai individu juga mempunyai pilihan untuk tidak membeli rumah dalam kawasan 

ladang yang mana pemaju telah menebang semua pokok untuk tujuan pembukaan kawasan 
perumahan. Kita sepatutnya bertanya pada diri kita sendiri, mengapa perlu kita tinggal di 
kawasan persekitaran yang tidak selamat dan selesa? Hanya kita sendiri sahaja yang berhak 
untuk katakan ‘tidak' ataupun ‘ya' dalam memastikan kita hidup dalam suasana persekitaran 
yang bersih dan selesa.
Kegagalan untuk menjaga kebersihan alam sekitar juga boleh memberi kesan yang besar 
kepada sektor pelancongan di negara kita, misalnya ia akan membantutkan kegiatan­
kegiatan pelancongan sama ada yang sedia ada ataupun yang bakal diterokai. Sebagai 
contoh, pada penghujung tahun lepas, pelabur telah menolak rancangan untuk membina 
hotel di Pantai Pasir Gemuruh berhampiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang kerana kawasan 
tersebut telah diancam pencemaran. Kawasan tersebut yang dahulunya bersih dan cantik, 
kini telah dipenuhi dengan sampah sarap.
Selain itu, 50% sungai di negara kita juga telah tercemar , dan 5% daripadanya berada pada 
tahap yang sangat tenat. Jika diamati, kini tiada lagi kawasan air terjun di Pulau Pinang, 
Sungai Klang pula tercemar teruk dan kawasan perlombongan di Batu Pahat, Johor juga 
dipenuhi dengan sampah sarap.
Bagi memastikan persekitaran kita selamat untuk didiami, orang awam perlu mengambil berat
dan memberi perhatian terhadap kebersihan di dalam dan juga di luar rumah mereka terlebih 
dahulu. Ini kerana menjaga kebersihan alam sekitar perlu berakar umbi dari rumah. Setiap 
anggota masyarakat perlu mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan, 

misalnya tidak sesuka hati membuang sampah ke dalam longkang dan sistem perparitan, 
kerana ia akan menyebabkan sistem saliran tersumbat dan akhirnya akan membawa kepada 
masalah­masalah lain seperti berlakunya banjir dan sebagainya.
Misalnya kejadian banjir besar yang berlaku di Johor pada tahun lepas telah menyebabkan 
kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang besar, iaitu sebanyak RM1 bilion hanya untuk 
memperbaiki kemudahan­kemudahan asas yang rosak akibat banjir tersebut. Ia jelas 
merugikan apabila kita terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang besar hanya untuk 
membaik pulih kerosakan akibat daripada banjir tersebut. Adalah lebih baik sekiranya kita 
dapat menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat seperti untuk 
tujuan pembinaan sekolah dan juga hospital.
Bukan itu sahaja, malah kita juga memerlukan penguatkuasaan yang bersepadu dalam 
membanteras pembalakan haram. Ini kerana, pembalakan haram merupakan salah satu 
daripada kegiatan yang turut memusnah dan mencemar alam sekitar kita termasuk sungai 
dan juga laut. Daripada kerja pembalakan haram tersebut juga, ia akan turut membawa 
kepada musnahnya kebanyakkan habitat semulajadi ikan air tawar yang sedia ada.

MASALAH BIDANG KUASA DAN

HIERARKI


JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)
Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk
menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua
Pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang mempunyai bidang kuasa tertentu
dalam mentadbir pengurusan alam sekitar di bawah Akta tersebut. Jabatan ini
merupakan salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi
dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ).
Bidang kuasa JAS adalah terhad. Dalam hal-hal penentuan keputusan dan
program, JAS tidak dan kurang berperanan. Ia cuma sebagai badan penasihat
yang nasihatnya tidak semestinya akan diterima. Kementerian sendiri dalam
usaha untuk memajukan penyelidikan sains misalnya penyelidikan dan
kegunaan atom dari segi keputusan dan perancangannya tidak pun meminta
dan mengambil kira pandangan JAS, sedangkan kedua-dua bahagian ini
berada dalam Kementerian yang sama. Di sini jelas bahawa peranan JAS
hanyalah kepada pelaksanaan peraturan alam sekitar yang tertentu sahaja,
itu pun setelah berlakunya kerosakkan. Sekiranya dalam kementerian yang
sama JAS tidak atau kurang mempunyai kuasa untuk menyertai proses
membuat keputusan, maka apatah lagi dalam Kementerian lain atau jabatanjabatan luar daripada kementerian ini.
Masyarakat cenderung menyalahkan Jabatan Alam sekitar apabila berlaku
satu pencemaran yang serius kerana tidak mengambil langkah awal

mencegahnya. Apakah daya Jabatan ini untuk melaksanakan langkah
pencegahan awal jika tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada
Kementeriannya sendiri. Jabatan boleh mengesyorkan mengambil tindakan
awal untuk mencegah sesuatu pencemaran daripada berlaku namun jika
Kementerian sendiri tidak menyokong tindakan mereka dan meluluskannya
serta lebih mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata, cadangan itu
hanya tinggal cadangan tanpa pelaksanaan. Masyarakat perlu sedar bahawa
kakitangan JAS hanya makan gaji dengan kerajaan dan tidak mampu
mengingkari arahan majikan sendiri. Oleh itu, JAS tidak sepatutnya disalahkan
seratus peratus apabila berlaku pencemaran alam sekitar yang serius.
Contoh masalah yang mungkin timbul antara JAS dan Kementerian ialah pihak
Kementerian membenarkan pembalakan di sesuatu kawasan dan JAS
berpendapat pembalakan tersebut akan memberi kesan yang serius kepada
alam sekitar. Jika Kementerian tetap dengan keputusannya JAS tidak mampu
menghalang kerana Kementerian dan pihak kerajaan mempunyai autoriti
dalam hal ini. Oleh itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui

Menterinya Datuk Seri Adenan Satem perlu peka terhadap perkara ini dan
mengambil kira penglibatan dan pendapat JAS sebelum membuat sesuatu
keputusan agar objektif pembangunan terancang dapat dicapai.

Selain itu, beberapa kelemahan lain wujud dalam JAS dalam melindungi dan
meningkatkan mutu alam sekitar, misalnya tidak terdapat unit-unit
penguatkuasa khas iaitu pegawai-pegawai dalam setiap unit ( unit
pencemaran air, udara dan sebagainya) yang bertanggungjawab untuk
memastikan pelaksanaan peraturan. Yang ada cuma perbincangan
perbincangan antara JAS dengan unit-unit tersebut sahaja. Untuk
menyelesaikan masalah ini dan melancarkan penguatkuasaan, adalah wajar
dilantik seorang pegawai bagi setiap unit penguatkuasaan agar dapat
menyelia dan merancang setiap tindakan unit tersebut.
ARKIB : 12/10/2014

Vitamin C, kolagen untuk kulit
SECARA umumnya, pertambahan usia dan gejala penuaan bukan satu jenis
penyakit. Ia harus diterima secara positif.
Bagi membantu mengatasi masalah wanita
menyarankan pengambilan vitamin dan kolagen.

40-an,

pakar


kecantikan

Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali
dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai
kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisutisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan
membantu penyerapan zink.
Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha
merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh
demam selesema dengan menguatkan sistem imun badan. Bagi kebanyakan
wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular
untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit
melalui penghasilan kolagen.
Menurut Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr. Chin Shih Choon,
vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan.
"Ia larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai anti oksidan utama
tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti

kulat.

"Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina. Oleh itu, ia
sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada
itu, vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan
menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan, vitamin C popular sebagai agen anti
penuaan," jelasnya yang juga Pengamal Perubatan Estetik, MJ Medical
Aesthetic.
Keperluan
Tambah Dr. Shih Choon, peningkatan usia seseorang menyebabkan manusia
hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri.
Pun begitu, keperluan vitamin C masih boleh diperoleh daripada makanan
seperti buah limau, buah beri merah, tomato, kentang, brokoli, bunga kubis,
kubis brussels, merah dan lada loceng hijau, kubis dan bayam.
Mengulas tentang kolagen, Dr. Shih Choon memberitahu, kolagen ialah sejenis
protein dan bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin
dan anjal.
"Apabila anda muda, anda tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen
dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut
berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti vitamin C, peningkatan usia
menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah
episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah," katanya.

Tambah beliau, kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau
gelap, madu manuka, dan avokado. Makanan-makanan ini membantu untuk
merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat
juga sumber iklan daripada laut seperti ikan.
"Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino
iaitu hydroxylysine dan hidroksiprolina yang tinggi. Asid-asid amino ini penting
untuk pembentukan semua jenis kolagen," katanya yang menyarankan semua
golongan tua dan muda mengambil vitamin C dan kolagen.
Artikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20141012/kn_02/Vitamin-Ckolagen-untuk-kulit#ixzz4SD71rgzi
© Utusan Melayu (M) Bhd
ARKIB : 05/10/2014

Hidup selesa tanpa GERD
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
ADAKAH anda sering merasa pedih hulu hati atau tidak selesa di bahagian
dada hingga menular ke kerongkong?
Atau pernahkah anda mengalami kembung perut atau sendawa yang kerap

walaupun belum menikmati makanan.
Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala ini, anda mungkin mengalami
simptom penyakit refluks gastroesofageal (GERD).
GERD adalah keadaan yang terjadi apabila refluks atau jeluak kandungan
gastrik menyebabkan simptom atau komplikasi yang mendatangkan masalah.
GERD boleh menyerang sesiapa saja termasuk orang muda di peringkat
paling produktif dalam hidup mereka. Penyakit ini boleh mendatangkan kesan
kepada mutu kehidupan seseorang serta prestasi kerja mereka.
Di Malaysia, dianggarkan 50 peratus daripada jumlah penduduk dewasa
mengidap sekurang-kurangnya satu masalah gastrousus. Kesilapan atau
kegagalan mendiagnosis GERD boleh menyebabkan rawatan yang salah dan
tidak berkesan.
GERD merupakan gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila
asid di dalam perut atau kadangkala, kandungan perut, mengalir semula ke
dalam saluran esofagus (laluan di antara mulut dan perut).
Keadaan ini secara lazimnya dikenal pasti melalui rasa pedih ulu hati yang
kerap dan berterusan dan regurgitasi asid. Pendedahan esofagus secara
berterusan kepada kandungan perut akan mengakibatkan luka pada lapisan
dinding esofagus. Keadaan ini dikenali sebagai radang esofagus yang erosif.
Pada 2004, kadar kelaziman GERD di Malaysia ialah 38.8 peratus manakala

kadar kelaziman radang esofagus yang erosif telah meningkat daripada dua
peratus kepada 8.4 peratus dalam tempoh 10 tahun.
Ini selaras dengan kadar kelaziman di beberapa negara Asia yang turut
menunjukkan trend penyakit GERD yang semakin meningkat. Pun begitu,
penyakit ini masih kurang didiagnos dan kurang dirawat oleh sebab tahap
keseriusan simptom-simptom penyakit ini biasanya tidak dikenal pasti.

Bergantung kepada tahap keseriusan GERD, pakar-pakar kesihatan boleh
memperkenalkan PPI sebagai sejenis rawatan jangka panjang apabila terapi
asas seperti ubat-ubatan di kaunter (OTC) tidak memadai untuk merawat
GERD. PPI bertindak dengan mengurangkan rembesan asid selain mematikan
pam asid di dalam perut.
Menurut Ketua Jabatan Gastroenterologi dan Hepatologi, Pusat Perubatan
Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr. Goh Khean Lee, Kajian GERD di Asia
Pasifik (GAPS) menunjukkan 94 peratus daripada bilangan pesakit masih
mengalami simptom GERD dan 62 peratus daripada jumlah tersebut
mengalaminya pada waktu malam.
‘‘Ini berlaku walaupun mereka telah menerima PPI yang diangggap sebagai
rawatan utama GERD. Terdapat juga 66 peratus daripada pesakit yang
mengalami ketidak selesaan pada waktu malam disebabkan simptom pedih
ulu hati dan ini mengakibatkan gangguan semasa tidur.
‘‘Justeru, 56 peratus daripada pesakit terpaksa menggunakan pelbagai jenis
rawatan tambahan untuk mengawal keadaan mereka," kata Dr. Khean Lee
yang juga merupakan penulis utama kajian ini yang telah diterima untuk
penerbitan di dalam Jurnal Gastroenterogi dan Hepatologi.
Walaupun menjalani rawatan PPI, GAPS telah mendedahkan bahawa hampir
separuh daripada pesakit yang dikaji (48 peratus) merasakan simptom GERD
telah mengganggu kehidupan mereka.
Hanya 24 peratus daripada pesakit dapat mengawal kesakitan dan
ketidakselesaan yang dialami. Kajian itu juga menunjukkan bahawa hampir 60
peratus daripada pesakit mahukan kawalan simptom penyakit sehingga 24
jam untuk memberi kelegaan pada waktu malam dan 44 peratus pesakit
memilih untuk mengambil PPI pada bila-bila masa
"Ramai pesakit GERD di Asia melaporkan tekanan dan produktiviti kerja yang
merosot akibat simptom-simptom mereka, dan ini menunjukkan impak GERD
terhadap kualiti kehidupan pesakit. Oleh itu, satu ejen yang memberikan
tindakan rawatan untuk jangka masa yang lebih panjang dengan risiko
minimum untuk simptom kembali, terutamanya sekali pada waktu malam,
harus disediakan bagi menangani batasan rawatan yang sedia ada,‘‘ jelas
beliau pada majlis pelancaran rawatan oral sekali sehari untuk mengawal
penyakit radang esofagus yang erosif iaitu Dexilant (dexlansoprazole) oleh
Takeda Malaysia Sdn. Bhd. baru-baru ini.
Dalam pada itu, Profesor Emeritus Perubatan, Jabatan Gastroenterologi dan
Hepatologi, Pusat Sains Kesihatan Universiti Virginia, Profesor David A. Peura
memberitahu, sebagai satu jenis PPI dengan formulasi DDR, setiap kapsul

Dexilant mengandungi dua jenis granul bersalut enterik.
Granul-granul ini mempunyai profil pelarutan berbeza yang bergantung
kepada nilai pH, yang direka untuk melepaskan ubat di lokasi-lokasi yang
berbeza di dalam saluran gastrousus.
Kajian klinikal telah menunjukkan Dexilant 30 miligram (mg) berkesan ke atas
75 peratus pesakit radang esofagus yang erosif yang kekal sembuh selepas
lebih enam bulan manakala Dexilant 60mg telah terbukti berkesan dalam
menyembuhkan semua gred penyakit radang esofagus yang erosif sehingga
lapan minggu. Di samping itu, pesakit yang menggunakan Dexilant 30mg
kekal bebas daripada pedih ulu hati untuk 96 peratus daripada tempoh masa
24 jam.
Dexilant 30mg juga menunjukkan keberkesanan yang ketara berbanding
dengan plasebo dalam mengawal pedih ulu hati untuk lebih daripada 24 jam
bagi pesakit yang menghidap penyakit refluks gastroesofagus tidak erosif
(non-erosive gastroesophageal reflux disease; NERD) kerana lebih ramai
pesakit ini mengalami kelegaan sepenuhnya daripada pedih ulu hati selama
24 jam untuk tempoh empat minggu.
Artikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20141005/kn_04/Hidup-selesatanpa-GERD#ixzz4SD7mLJt3
© Utusan Melayu (M) Bhd

CARA ORGANIK JAGA JANTUNG
NurafikaMarch 4, 2016Artikel, Komuniti
Berdasarkan statistik Kementerian kesihatan, di Malaysia terdapat seramai
141 orang penghidap penyakit koronari bagi setiap 100,000 orang setiap
tahun iaitu bersamaan 38,000 kes baru setiap tahun.
Jumlah tersebut menjadikan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian
terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak
16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan
pada 2008.
Persoalannya selain bersenam, tidak merokok dan menjaga pemakanan,
apakah cara terbaik untuk menjaga kesihatan jantung? Dalam jurnal saintifik –
Diabetes dan metabolism yang diterbitkan pada tahun 2002, dua orang
penyelidik, Ya-Mei Yu dan Chingmin E. Tssai dari Universitit Fu Jen, Taipei
bersama dengan rakan penyelidik dari Kolej Perubatan China, Taiwan
mendedahkan kajian mereka.

Ujian klinikal dengan supplemen barley grass dilihat berupaya membantu
mengurangkan paras kolesterol dan oksigen radikal bebas dalam darah bagi
pesakit diabetes jenis 2. Dalam kajian tersebut, seramai 39 pesakit diabetes
jenis 2 dipilih secara rawak. Setiap hari selama empat minggu mereka diberi
suplemen barley grass, kombinasi vitamin C dan E atau kombinasi barley
grass, vitamin C dan E.
Vitamin C dan E diberikan kerana berdasarkan kajian terdahulu, jika keduadua jenis vitamin tersebut diambil bersama mampu meningkat fungsi
kardiovakular. Mereka mendapati memberikan supplemen barley grass
mengurangkan paras jumlah kolesterol, kolesterol jahat dan oksigen radikal
bebas. Barley grass dikesan bertindak sebagai pemakan radikal bebas.
Data juga menunjukkan barley grass apabila diambil bersama vitamin C dan
E, lebih efektif dalam merendahkan paras radikal bebas berbanding
mengambil barley grass atau vitamin sahaja. Para penyelidik tersebut
membuat kesimpulan, mengambil supplemen barley grass dengan kombinasi
vitamin anti oksidatif dipercayai memberikan kesan dan merangsaang fungsi
kardiovaskular agar lebih sihat.
Kajian klinikal yang dilakukan secara berterusan turut menyokong dan
meneruskan penemuan pengambilan supplemen barley grass mungkin
menurunkan paras kolesterol darah dan radikal bebas.
“Bagi individu yang prihatian mengenai kesihatan kardiovaskular, kajian ini
menunjukkan mereka dinasihatkan untuk memberikan penekanan kepada diet
dengan sumber hijau, terutamanya barley grass organik,” kata Profesor Dr.
Richard M. Gold, dari Perubatan Oriental Kolej Pacific.
Seperti mana waktu tidur, dan waktu makan kita, bersenam juga ada waktu
yang sesuai untuk kita lakukan. Waktu pagi, petang atau malam? Yang
sebenarnya anda bebas bersenam pada waktu yang anda rasakan sesuai
bergantung kepada gaya hidup masing-masing.

Awal pagi
Ramai menyokong bahawa senaman pada waktu pagi adalah waktu terbaik
untuk dilakukan. Waktu ini jugalah antara waktu paling liat untuk anda
lakukan senaman. Tapi jangan risau, bonus buat anda yang mampu
lakukannya! Ini kerana senaman pagi mampu :

Melanjutkan kesegeran dan mood
Kajian yang dilakukan terhadap para pelajar yang bersenam hanya 20 minit di
awal pagi mendapati kesegaran dan keceriaan mereka berterusan sehingga
ke tahap 12 jam selepas melakukan senaman. Ini membuatkan orang yang
bersenam waktu pagi lebih produktif dan ceria serta segar sepanjang
melaksanakan tugasan untuk sepanjang hari itu.

Membakar lebihan lemak dalam badan
Mereka yang bersenam sebelum mengambil sarapan pagi didapati mampu
membuatkan badan membakar segala lemak berlebihan yang ada dalam
badan ke tahap yang maksima.
Badan juga memproses gula dalam badan lebih baik dan membuatkan tahap
penerimaan glukos dalam badan meningkat.

Memberikan tenaga lebihan sepanjang hari
Mungkin ada yang rasa bersenam waktu pagi membuatkan anda keletihan
selepas itu dan kurang tenaga untuk tugasan selepasnya. Itu adalah silap
menurut kajian sebenar yang dilakukan oleh pengkaji.
Mereka yang dah biasa bersenam waktu pagi sebagai amalan tetap didapati
telah meningkat tenaga dan kekuatan otak berada ditahap yang tinggi dan
kreatif dan itu berlanjutan sepanjang 12 jam selepas bersenam.

Aktiviti pembakaran kalori berterusan
ika anda bersenam badan membakar sebanyak 420 kalori tenaga, kajian
mendapati pembakaran tenaga berterusan walau anda sudah habis bersenam
sehingga ke tahap 190 kalori lagi. Ini membuatkan anda bertenaga dan
cergas bergerak selepas itu dan ianya kekal berpanjangan.
Berbanding jika anda tidak bersenam waktu pagi, kesannya adalah
pergerakan anda akan menjadi lembab dan kelihatan kurang bermaya dan
asyik nak lepak dan duduk saja.
Cukuplah empat faktor di atas untuk meyakinkan anda bersenam di waktu
pagi. Semuanya menjurus pada tahap kecergasan maksimum sepanjang hari
yang mana semua orang yang mahu bekerja perlukan untuk menjalani

kehidupan yang produktif.

Untuk tidak memberi kejutan terlampau kepada tubuh badan untuk bersenam
pada awal pagi, lakukan senaman pemanas badan terlebih dahulu sebelum
memulakan senaman berat yang lain.

Petang, malam
Realitinya tidak semua mampu untuk bangun seawal pagi dan bersenam.
Jangan risau, ada lagi waktu lain yang juga sesuai untuk anda praktikkan
untuk senaman sehari-harian. Petang atau malam merupakan antara waktu
ideal selain pagi. Senaman pada waktu petang atau malam dapat membantu:

Mengurangkan tekanan yang dihadapai seharian kerana otak pada ketika ini
akan bertindak lebih aktif dan memfokuskan kepada pergerakkan badan yang
dilakukan. Sekaligus akan membuatkan tubuh lebih cergas dan mengalirkan
cas-cas positif dalam badan.

Seeloknya bersenamlah sebelum waktu makan kerana ia dapat mengawal
kadar makanan yang diambil pada waktu malam.

Lebih manfaat buat anda yang bersenam pada waktu petang kerana anda
boleh melakukan senaman yang lebih berat berbanding waktu pagi kerana
anda mempunyai waktu yang cukup untuk berehat sepanjang malam.

Lakukan senaman anda mengikut waktu yang dirasakan sesuai. Jangan pula
memilih waktu yang tidak sesuai akhirnya senaman yang dilakukan tidak
mampu diteruskan dek kerana tiada masa. Semuanya terpulang kepada anda
untuk bertindak! Ingatlah, kesihatan tubuh badan penting untuk kualiti hidup
yang lebih baik.