BAGAIMANA PELBAGAIKAN NOMBOR DLM TESIS

Masalah ini saya atasi dengan cara berikut:
i) Bahagikan file word kita yang panjangnya berpuluh-puluh muka surat itu
kepada beberapa section yang kita kehendaki. Contohnya, saya jadikan
halaman cover thesis saya itu sebagai satu seksyen, bahagian daftar
kandungan satu seksyen dan bahagian content atau isi karangan saya itu
satu seksyen yang lain menjadikan kesemuanya tiga seksyen.
ii) Untuk bahagikankan file word kita kepada beberapa seksyen yang
dikehendaki:
1- Gerakkan cursor anda pada tempat bahagian yang anda mahu pecahkan
kepada seksyen berlainan dan klik di tempat tersebut.
2- Tekan kekotak page layout yang ada terdapat pada bahagian atas
microsoft word tersebut. Kemudian klik breaks dan pilih next page.

3- Selesai langkah (2) diatas, anda sudah berjaya bina dua seksyen dalam
file tersebut. Untuk check sama ada betul atau tidak, klik pada
kekotakinsert, klik header dan kemudian pilih edit header.

Sekiranya apa yang anda telah lakukan betul, maka anda akan dapati pada
bahagian bawah mukasurat terakhir seksyen pertama akan tertera Footer
-Section 1- manakala pada bahagian atas mukasurat terawal seksyen kedua
tertera Header -Section 2-.


4- Tekan Link to Previous untuk menyahfungsikan fungsi tersebut yang
memang sedia ada dalam keadaan default. Jangan lupa lakukan yang sama
juga untuk footer anda!
iii) Disebabkan saya tidak mahu letakkan nombor pada halaman cover thesis
saya, maka saya tidak lakukan apa-apa perubahan pada footer muka surat
tersebut.
iv) Masukkan nombor muka surat pada seksyen kedua (bahagian daftar

kandungan):
1- Klik kekotak insert--> footer---> edit footer.

2- Klik pada footer muka surat pertama seksyen kedua.
3- Klik page number---> Format page number...--->pilih format nombor yang
dikehendaki--> pilih page numbering start at 1.

4- Pilih jenis bahagian mana anda mahu letakkan muka surat file anda.

v) Kemudian, saya masukkan pula nombor muka surat pada seksyen ketiga
(bahagian isi karangan) menggunakan langkah yang sama seperti (iv) di

atas.