eCat V2.0 – Manual Pengguna
Hakcipta Terpelihara © 2010 Commerce Dot Com Sdn Bhd
7
Bab 1: Pengenalan
1.1 Latar Belakang
Sistem katalog elektronik dalam talian adalah merupakan cara yang mudah
dan efektif untuk pembekal yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia mempromosikan produk dan perkhidmatan kepada
Kerajaan melalui capaian atas talian. Sistem ini sekaligus memberikan penjimatan yang lebih efektif kepada pembekal khususnya. Pada tahun 2004,
sistem katalog elektronik yang dikenali sebagai MyKatalog telah mula diperkenalkan dan digunapakai. Seiring dengan peredaran masa, pada tahun
2008 sistem katalog elektronik ini telah dipertingkatkan dan terkini ia dikenali sebagai eCat Versi 2.0. I a telah menghubungkan seramai lebih dari 2,500
pengguna dari jabatan kerajaan seluruh Malaysia yang berperanan sebagai pembeli di dalam Sistem ePerolehan khususnya.
Sistem eCat Versi 2.0 adalah merupakan sebuah sistem katalog komprehensif yang dibangunkan oleh Commerce Dot Com Sdn Bhd CDC. I a merupakan
versi katalog elektronik baru yang ditingkatkan ciri dan fungsi bagi memudahkan penggunaannya ke dalam portal servis Kerajaan, ePerolehan.
Sistem ini turut menyediakan sebuah rangkaian pengurusan katalog menyeluruh. Pengguna dijanjikan perkhidmatan yang mudah, mesra
pengguna dan lebih difahami terutamanya sewaktu mencipta dan menerbit katalog ke dalam sistem.
eCat V2.0 – Manual Pengguna
Hakcipta Terpelihara © 2010 Commerce Dot Com Sdn Bhd
8
Struktur sistem katalog baru ini memudahkan serta mempercepatkan operasi perdagangan. Semua produk dan perkhidmatan akan dikumpul secara
terperinci dan tepat mengikut kod bidang, jenis barangan dan harga. I ni memudahkan carian serta proses pemilihan pembekal, jenama atau harga.
Ciri baru ini turut dipermudahkan dibawah Carian Katalog Umum Mesra Pengguna atau
‘User-friendly Public Catalogue Browser’ yang direka untuk membenarkan pengguna mencari barangan berdasarkan kod bidang dan
item.
Sistem katalog baru eCat Versi 2.0 ini juga menawarkan kemudahan sewaktu proses carian produk dan perkhidmatan. Melalui aktiviti ini, pembekal mampu
meluaskan peluang perniagaan dengan agensi Kerajaan dan pihak lain yang berminat. Perkembangan baru di dalam sistem ePerolehan ini mendorong
kerjasama dalam membina hubungan interaktif terutamanya di dalam aktiviti perdagangan di antara pembekal dan agensi Kerajaan.
eCat Versi 2.0 menawarkan kelebihan kepada pengguna seperti berikut: •
Antaramuka yang lebih efisyen dan dinamik selaras dengan persekitaran e-dagang;
• Carian yang lebih spesifik bagi produk berdasarkan kategori dan
item; •
Kemudahan untuk pendaftaran pengguna dan log masuk; •
Penyelenggaran katalog yang lebih fleksibel; •
Muatnaik katalog secara pukal.
eCat V2.0 – Manual Pengguna
Hakcipta Terpelihara © 2010 Commerce Dot Com Sdn Bhd
9
1.2 Carta Alir eCat V2.0