CARA BAYARAN PENDAFTARAN p.: Unit Pendaftaran Kontraktor

2. KADAR BAYARAN PENDAFTARAN DAN LAIN-LAIN CAJ BERKAITAN

2.1 Bayaran Proses Akta Fi 1951 Perintah Fi Bil Jenis Permohonan Bayaran Proses RM 1. Baru RM50.00permohonan

2. Pembaharuan

RM50.00permohonan Nota: Bayaran proses tidak akan dikembalikan unrefundable. 2.2 Bayaran pendaftaran yang dikenakan adalah seperti berikut:- Bil Jenis Permohonan Kadar bayaran pendaftaran Tempoh Catatan 1. Baru RM400.00 3 tahun Merangkumi 10 bidang pertama 2. Pembaharuan RM400.00 3 tahun Merangkumi 10 bidang pertama 3. Tambah Bidang RM50.00 Tertakluk kepada tempoh sahlaku pendaftaran Setiap satu 1 bidang selepas 10 bidang pertama. Tambah bidang tidak boleh dipohon dalam tempoh tiga 3 bulan sebelum tempoh sahlaku pendaftaran tamat. 4 Kemas Kini Profil Tiada caj dikenakan - - 5. Taraf Bumiputera Tiada caj dikenakan Tertakluk kepada tempoh sahlaku pendaftaran - 2.3 Bayaran seperti di para 2.1 dan 2.2 perlu dikemukakan kepada Commerce Dot Com Sdn Bhd. Selain bayaran yang dinyatakan di atas, caj tambahan bagi mendapatkan medium access boleh disemak melalui laman web www.eperolehan.gov.my . Kegunaan medium access adalah untuk membolehkan syarikat menyertai perolehan Kerajaan melalui Sistem ePerolehan secara atas talian. 2.4 Syarikat yang berjaya dalam kontrak perolehan Kerajaan akan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 0.8 ke atas transaksi nilai Pesanan Pembelian sehingga maksimum RM9,600 untuk setiap urusniaga yang menggunakan Sistem ePerolehan oleh Commerce Dot Com Sdn Bhd. 2.5 Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.4 bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran multiple payment sama ada melalui Jadual Penghantaran Delivery Schedule, Pencapaian Perkhidmatan Milestone, Bayaran Kemajuan Progressive Payment atau mengikut permintaan as-and-when-required yang ditetapkan dalam tempoh kontrak.

3. CARA BAYARAN PENDAFTARAN

3.1 Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama COMMERCE DOT COM SDN. BHD. Bayaran diterima secara tunai, cek, kiriman wang, wang pos, deraf bank, kad ATM Maybank dan kad kredit. Bayaran secara Kiriman Wang,Wang PosDeraf BankCek mestilah dipalang “TIDAK BOLEH DINIAGAKAN” atau “AC Payee Only”. Sila pastikan nombor pendaftaran MOF contoh: 357-xxxxxxxx dan Nama Syarikat dicatatkan bagi setiap pembayaran. 5 6 3.2 Bayaran boleh dibuat melalui: 3.2.1 ePerolehan Centre Bayaran dalam bentuk Kiriman Wang, Wang Pos, Deraf Bank, Cek, Tunai atau Kad KreditDebit diterima di eP Centre Commerce Dot Com Sdn. Bhd. seluruh Malaysia. 3.2.2 Kaunter Maybank Bayaran secara kredit terus dibuat di cawangan Malayan Banking Bhd. Maybank atas nama Commerce Dot Com Sdn. Bhd. ke dalam akaun 562142800978. Nombor Pendaftaran MOF contoh: 357-xxxxxxxx dan Nama Syarikat perlu dicatatkan di ruang keterangan urusniaga di slip deposit Maybank. Salinan slip deposit mestilah difakskan 03-77871001 ke Commerce Dot Com Sdn Bhd. 3.2.3 Maybank2u Pembayaran boleh dibuat melalui Maybank2u di mana Commerce Dot Com Sdn Bhd disenaraikan sebagai payee corporation di bawah kategori eGovernment. 3.2.4 Melalui Pos Bayaran dalam bentuk Kiriman Wang, Wang Pos, Deraf Bank atau Cek diposkan ke alamat: Commerce Dot Com Sdn. Bhd., Tingkat 4, Wisma Amtek, No 15, Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 -7985 7777 7888 Faks : 03 -77871001 3.3 Pembayaran boleh dibuat dalam tempoh 60 hari sebaik sahaja status permohonan tertera “menunggu pembayaran”. Jika pembayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut permohonan pendaftaran terbatal secara atas talian. Pihak MOF tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan semua kaedah bayaran dan dokumen pembayaran Kiriman Wang, Wang Pos, Deraf Bank, Cek, dan Tunai yang dikemukakan bersama dokumen permohonan. 3.4 Adalah digalakkan setiap borang permohonan tidak disertakan dokumen pembayaran bagi mengelakkan kehilangan dokumen pembayaran tersebut. Pihak MOF tidak bertanggungjawab di atas kehilangan semua kaedah bayaran dan dokumen pembayaran Kiriman Wang, Wang Pos, Deraf Bank, Cek, dan Tunai yang dikemukakan bersama dokumen permohonan. 3.5 Mana-mana syarikat yang ingin membatalkan pendaftaran atau perkara-perkara lain sebelum serahan dokumen dan ingin mendapatkan bayaran dikembalikan, sila hubungai pihak Commerce Dot Com Sdn. Bhd. seperti di para 3.2.4.

4. DASAR PENDAFTARAN