6
3.2 Bayaran boleh dibuat melalui:
3.2.1 ePerolehan Centre Bayaran dalam bentuk Kiriman Wang, Wang Pos, Deraf Bank, Cek, Tunai atau
Kad KreditDebit diterima di eP Centre Commerce Dot Com Sdn. Bhd. seluruh Malaysia.
3.2.2 Kaunter Maybank
Bayaran secara kredit terus dibuat di cawangan Malayan Banking Bhd. Maybank atas nama Commerce Dot Com Sdn. Bhd. ke dalam akaun
562142800978. Nombor Pendaftaran MOF contoh: 357-xxxxxxxx dan Nama Syarikat perlu dicatatkan di ruang keterangan urusniaga di slip deposit
Maybank. Salinan slip deposit mestilah difakskan 03-77871001 ke Commerce Dot Com Sdn Bhd.
3.2.3 Maybank2u Pembayaran boleh dibuat melalui Maybank2u di mana Commerce Dot Com Sdn
Bhd disenaraikan sebagai payee corporation di bawah kategori eGovernment. 3.2.4 Melalui Pos
Bayaran dalam bentuk Kiriman Wang, Wang Pos, Deraf Bank atau Cek diposkan ke alamat:
Commerce Dot Com Sdn. Bhd., Tingkat 4, Wisma Amtek,
No 15, Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan. Tel
: 03 -7985 7777 7888 Faks : 03 -77871001
3.3 Pembayaran boleh dibuat dalam tempoh 60 hari sebaik sahaja status permohonan
tertera
“menunggu pembayaran”. Jika pembayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut permohonan pendaftaran terbatal secara atas talian. Pihak MOF tidak
bertanggungjawab ke atas kehilangan semua kaedah bayaran dan dokumen pembayaran Kiriman Wang, Wang Pos, Deraf Bank, Cek, dan Tunai yang
dikemukakan bersama dokumen permohonan.
3.4 Adalah digalakkan setiap borang permohonan tidak disertakan dokumen pembayaran
bagi mengelakkan kehilangan dokumen pembayaran tersebut. Pihak MOF tidak bertanggungjawab di atas kehilangan semua kaedah bayaran dan dokumen
pembayaran Kiriman Wang, Wang Pos, Deraf Bank, Cek, dan Tunai yang dikemukakan bersama dokumen permohonan.
3.5 Mana-mana syarikat yang ingin membatalkan pendaftaran atau perkara-perkara lain
sebelum serahan dokumen dan ingin mendapatkan bayaran dikembalikan, sila hubungai pihak Commerce Dot Com Sdn. Bhd. seperti di para 3.2.4.
4. DASAR PENDAFTARAN
4.1 Semua syarikat yang diperbadankan di Malaysia boleh berdaftar dengan MOF.
Klasifikasi pendaftaran disenaraikan seperti berikut: 4.1.1 Pendaftaran Baru Bidang Biasa
7
4.1.2 Pendaftaran Baru Bidang Khas 4.1.3 Pendaftaran Baru Bidang Khas 51 Bumiputera
4.1.4 Pendaftaran Baru Bidang Khas 100 Bumiputera
Nota: Semua permohonan baru akan diberi taraf daftar sahaja. Untuk taraf Bumiputera, syarikat hendaklah memohon selepas syarikat didaftarkan.
4.2 Permohonan taraf Bumiputera berdasarkan kriteria seperti di bawah:
4.2.1 Daftar Bertaraf Bumiputera 51 a Syarikat dimiliki oleh Warganegara Malaysia dari segi penguasaan dan
pegangan ekuiti, Lembaga Pengarah, Pengurusan, kakitangan, pengurusan kewangan, strukturcarta organisasi dan fungsi pengurusan sekurang-
kurangnya 51 oleh Bumiputera. Baki 49 saham boleh dikuasai oleh bukan Bumiputera dan asing.
b Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan, Pengurus Besar dan jawatan- jawatan penting lain key-post hendaklah dipegang oleh Bumiputera
sekurang-kurangnya 51. c Pengurusan Kewangan dari segi penandatangan cek dan dokumen penting
kewangan syarikat hendaklah ditandatangani oleh Bumiputera. d Peratusan pegangan ekuiti secara individu hendaklah dikuasai oleh
Bumiputera. Manakala gajicaruman KWSP tertinggi hendaklah dikuasai oleh Bumiputera.
4.2.2 Daftar Bumiputera 100 a Syarikat dimiliki oleh warganegara Malaysia. Pegangan ekuiti, Lembaga
Pengarah, Pengurusan dan pengurusan kewangan 100 dikuasai oleh Bumiputera.
Nota: Pemberian taraf Bumiputera merupakan satu keistimewaan sahaja dan bukannya hak. Kegagalan mematuhi kriteria taraf Bumiputera yang ditetapkan
dalam Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan membolehkan taraf Bumiputera yang telah diberi ke atas syarikat
ditarik balik dan dibatalkan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Lawatan pengesahan akan dilaksanakan berdasarkan konsep first come first serve bagi
syarikat yang berdaftar di kawasan Lembah Klang sahaja.
4.3 Individu yang diisytiharkan di dalam
Sistem ePerolehan sahaja
dibenarkan menguruskan dokumen-dokumen dan urusan pendaftaran dengan MOF.
4.4 Syarikat yang beroperasi dengan syarikat bukan Bumiputera yang tiada garis pemisah
tidak layak memohon taraf Bumiputera sama ada syarikat bukan Bumiputera tersebut berdaftar atau tidak berdaftar dengan MOF.
4.5 Syarikat yang berdaftar dalam bidang yang sama atau jenis perniagaan yang sama tidak
boleh beroperasi di premis yang sama walaupun syarikat tersebut berdaftar atau tidak berdaftar dengan MOF. Ini bertujuan untuk mengelakkan PAKATAN HARGA.
8
4.6 Dalam urusan perolehan, PAKATAN HARGA adalah dilarang sama sekali. Oleh yang
demikian, sebarang keadaan atau kemungkinan yang mana pada
pandangan kementerian ini boleh membawamengakibatkan pendaftaran sesuatu syarikat di MOF
ditolak, antaranya: 4.6.1 Syarikat Bersekutu pegangan, induk dan anak syarikat tidak boleh berdaftar di
bawah bidang yang sama.
4.6.2 Pemilik modalpengarah yang sama dalam dua atau lebih syarikat tidak boleh didaftarkan dalam bidang yang sama. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab pemohon menjelaskanmengisytiharkan pemilikan modal mereka di dalam syarikat-syarikat lain. Jika gagal, nama beliau akan disenarai hitamkan
dan semua syarikat ada kepentingannya akan disemak semula pendaftarannya.
4.6.3 Syarikat yang beroperasi di premis yang sama menggunakan akses masuk yang sama tidak dibenarkan berdaftar dalam kod bidang yang sama.
4.6.4 Syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan yang sama dan berkongsi premis sama ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan MOF adalah tidak dibenarkan.
4.7 Pengarah yang dilantik untuk mewakili Agensi Amanah Kerajaan Kerajaan
NegeriPersekutuan, GLC seperti badan-badan berkanun, dikecualikan daripada Para
4.6. 4.8
Pengarah yang
dilantik untuk
mewakili koperasiPertubuhanBadan
Amanah dikecualikan daripada Para 4.6.2. sahaja.
4.9 Syarikat yang telah didaftarkan bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat
secara atas talian sekiranya terdapat apa-apa perubahan dalam tempoh masa 21 hari dari tarikh perubahan tersebut berlaku. Sekiranya gagal, MOF boleh
membatalkan pendaftaran atau mengambil lain-lain tindakan seperti di SPP 62010.
4.10 Permohonan baru yang telah didaftarkan dengan MOF tidak dibenarkan melakukan
sebarang perubahan ke atas pemilik dan lembaga pengarahpengarah dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh didaftarkan.
4.11 Permohonan bidang khaspembuat hendaklah dibuat secara berasingan dengan
bidang biasa kerana memerlukan lawatan ke premis.
4.12 MOF akan membatalkan pendaftaran dan mengeluarkan secara automatik maklumat
syarikat dari Sistem ePerolehan sekiranya syarikat tidak membuat pembaharuan dalam tempoh satu 1 tahun dari tarikh tamat pendaftaran. Sekiranya masih berminat,
syarikat boleh membuat permohonan baru seperti biasa.
4.13 MOF berhak melakukan pemeriksaan lawatanaudit ke premis syarikat pada bila-bila
masa dan boleh memberikan maklumat kepada agensi Kerajaan bagi tujuan perolehan Kerajaan
serta kepada pihak ketiga bagi tujuan penambahbaikan dalam Sistem
Penyampaian Kerajaan. 4.14
Semua dokumen yang dikemukakan adalah hakmilik Kerajaan selepas permohonan diluluskan atau permohonan ditolak selepas lawatanaudit.
9
4.15 Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan MOF seperti di
bawah perlu membuat
permohonan pembatalan pendaftaran dengan MOF dan mengemukakan permohonan baru:
a Syarikat yang membuat perubahan secara keseluruhan pemilik, pengarah, pengurusan, penandatangan cek dan pekerja.
b Syarikat pemilikan tunggalperkongsian yang menukar nama syarikat. c Syarikat pemilikan tunggalperkongsian yang menaik taraf kepada pendaftaran di
bawah Akta Pendaftaran Syarikat 1965 Sendirian Berhad. 4.16
Syarikat yang bertaraf Bumiputera yang didapati tidak lagi mematuhi perkara 4.15 akan mengakibatkan taraf Bumiputera ditarik balik.
4.17 Surat kebenaran untuk menyertai sesuatu perolehan Kerajaan tidak dikeluarkan.
Pegawai-pegawai di Bahagian Perolehan Kerajaan, MOF tidak dibenarkan membuat sebarang pengesahan secara lisan atau bertulis bagi tujuan perolehan Kerajaan.
4.18 Mana-mana permohonan menunggu bayaran pending payment tidak dibenarkan
membuat pengguguran kod bidang dengan tujuan tambahan bidang berlainan selagi pembayaran permohonan terdahulu tidak dibuat.
4.19 Syarikat hendaklah memastikan pendaftaran dengan MOF berkuat kuasa sepanjang
tempoh pelaksanaan projekkajian dengan Agensi Kerajaan.
5. SYARAT-SYARAT UNTUK BERDAFTAR