LAWATAN PEMERIKSAAN DAN PENGESAHAN AUDIT LESEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN PEKERJA SYARIKAT SIJIL SURAT KELULUSAN

17 A Hardware Ijazah Kejuruteraan Elektrik Elektronik Mekatronik Robotik atau setaraf B Software Ijazah Komputer ICT IT Juruanalisa Sistem Software Engineer Kejuruteraan Komputer Multimedia Telekomunikasi atau setaraf C Diploma dalam Hardware atau Software 5.26 Pekerja yang berkelayakan wajib dicarum KWSP dengan mengemukakan Penyata CarumanBorang A dan resit bayaran caruman. Nota : Bidang komputer tidak dibenarkan beroperasi dari rumah kediaman.

6. LAWATAN PEMERIKSAAN DAN PENGESAHAN AUDIT

6.1 MOF boleh membuat lawatan pemeriksaan dan pengesahan ke premis syarikat yang memohon untuk berdaftar pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Tujuan lawatan adalah untuk memastikan kewujudan premis dan menyemak dokumen-dokumen berkaitan bagi memastikan kesahihan dan keupayaan syarikat. MOF juga berhak membuat lawatan audit dari semasa ke semasa dan mengambil apa-apa dokumen sekiranya perlu bagi tujuan pendaftaran. 6.2 Syarikat yang telah dilawat bagi permohonan taraf Bumiputera dan bidang khas bertaraf BumiputeraBengkelLimbunganPembuat tetapi syarikat bertutuptidak aktifdokumen tidak berada di premis yang diisytihar, lawatan bagi serahan semula permohonan kali ketiga hanya akan dibuat selepas enam 6 bulan daripada tarikh permohonan kedua ditolak. 6.3 Syarikat yang diisytihar dimiliki oleh 100 Bumiputera, yang dilawat tetapi syarikat bertutuptidak wujud, boleh dikenakan tindakan tatatertib bagi tujuan pembatalan pendaftaran.

7. LESEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

7.1 Bidang Khas bertaraf Bumiputera Bengkel Limbungan Pembuat Perhotelan Chalet Motel Rumah Tumpangan Pusat Latihan Perkhemahan syarikat hendaklah mengemukakan lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan PBT yang berkuat kuasa.

8. PEKERJA SYARIKAT

8.1 Syarikat perkongsian dibenarkan menamakan salah seorang pemilik sebagai pekerja. 8.2 Syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965, pemegang ekuitipengarah tidak dibenarkan untuk dilantik semula sebagai pekerja.

9. SIJIL SURAT KELULUSAN

9.1 Selaras dengan pelaksanaan sijil virtual seperti Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 30 Disember 2009, Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera boleh dicetak sendiri secara atas talian melalui laman web www.eperolehan.gov.my. Jika syarikat terlupakehilangan ID dan kata laluan sila hubungi Commerce Dot Com Sdn Bhd di talian 03-7985 7777 7985 7888. 9.2 Sijil merupakan ‘HAK KERAJAAN’. 18 9.3 Surat kelulusan permohonan hanya akan dikeluarkan atas permintaan syarikat sahaja

10. BORANG PENGISYTIHARANDOKUMEN SOKONGAN