kepentingan sumber air. Air sungai

Contoh mineral logam berbentuk pepejal seperti biji timah, bijih besi, kuprum, dan bauksit. Bahan bukan logam pula seperti marmar, fostat, dan pasir. Antara kepentingan sumber mineral dalam pelbagai aspek dan antaranya ialah. 1 Pendapatan negara  Aktiviti perlombongan bahan mineral merupakan salah satu sumber pendapatan utama negara.  Terutamanya Malaysia merupakan pengeksport utama bagi petroleum dan gas asli.  Meningkatkan pendapatan negara. 2 Peluang pekerjaan.  Sektor perlombongan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.  Kepelbagaian peluang pekerjaan diwujudkan.  Contohnya, jurutera perlombongan, pengusaha stesen minyak dan pemandu lori tangki. 3 Kewujudan bandar baru.  Pembangunan aktiviti perlombongan telah mempengaruhi pembangunan kawasan sekitar.  Contohnya, penemuan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu menyumbang kepada kemajuan kawasan.  Di Paka, Kerteh dan Terengganu merupakan kawasan nelayan telah berubah menjadi kawasan perindustrian. 4 Bekalan bahan api negara.  Sumber mineral petroleum digunakan sebagai sumber bahan api utama oleh penduduk.  Menjadi sumber tenaga kepada penjanaan kuasa elektrik haba  Contohnya di Paka, Terengganu.

7.1.3 kepentingan sumber air. Air sungai

1 Sumber pengairan penanaman  Merupakan sumber air tawar terpenting.  Disalurkan ke kawasan pertanian.  Melalui empangan dan terusan.  Contohnya, Rancangan Pengairan Muda di Sungai Muda, Kedah, Rancangan pengairan Kemubu di Sungai Kelantan, dan Rancangan Pengairan Sungai Kerian-Sungai Manik di Perak.  Membolehkan penanaman padi 4 hingga 5 kali dalam tempoh 2 tahun. 2 Sungai menjadi punca pendapatan dan pekerjaan.  Penduduk mencari pendapatan dengan menangkap ikan dan melombong pasir di sungai.  Penduduk dapat mengusahakan perkhidmatan bot penambang.  Contoh sungai yang dijadikan jalan pengangkutan ialah Sungai Sarawak dan Sungai Kinabatangan. 3 Bekalan air domestik.  Air sungai sebagai kegunaan domestik  Untuk penduduk dan kilang.  Bekalan tanah liat.  Industri tanah liat untuk membuat tembikar dan seramik.  Contoh di Kuala Kangsar. 4 Empangan kuasa hidroelektrik  Hulu sungai yang bertanah tinggi sesuai dijadikan kawasan pembinaan empangan kuasa hidroelektrik.  Contohnya, Empangan Temenggor di Sungai Perak dan Empangan Batang Ai di Sungai Lupar. Tasik  Kawasan air yang luas dikelilingi oleh daratan.  Merupakan sumber air dan protein kepada manusia.  Merupakan kawasan pelancongan dan rekreasi.  Menyumbang kepada peluang pekerjaan. Air bawah tanah.  Air hujan yang menyerap masuk ke dalam tanah.  Terkumpul di lapisan batuan tak telap air.  Membentuk akuifer.  Perkembangan industri air mineral semula jadi  Sumber air bawah tanah di pam ke permukaan bumi dan disalurkan ke kawasan pertanian.  Contohnya, Telaga Artes merupakan air bawah tanah. 7.1.4. kepentingan sumber pantai dan marin. 1 Kawasan pelancongan dan rekreasi kerana pemandangan yang cantik.  Pantai yang bercerun landai dan air yang cetek.  Contoh Port Dickson, Rantau Abang, pantai Chenang.  Sangat sesuai untuk aktiviti berenang dan sukan layar.  Kaya dengan terumbu karang.  Destinasi pelancongan utama.  Contoh, Pulau Redang.  Pinggir laut yang mempunyai landskap menarik kesan hakisan ombak.  Contoh gua laut, dan batu tunggul.  Contoh kawasan, Dalat, Sabah dan Flamborough Head, Britain. 2 tapak pelabuhan.  Pantai yang mempunyai teluk, tanjung, dan pulau-pulau kecil dijadikan tapak pelabuhan.  Terlindung dari angin kencang.  Contoh, Pelabuhan Klang. 3 Sumber kayu bakau.  Membekalkan sumber kayu bakau  Untuk industri membuat arang kayu dan cerucuk bangunan.  Habitat burung.  Contoh, Kuala Gula di Perak.  Paya nipah dan paya bakau merupakan habitat udang dan ketam. 4 Laut sebagai Jalan perhubungan dan pengangkutan.  Laluan untuk destinasi pulau ke pulau.  Pengangkutan barangan pukal. 5 Laut menyederhanakan suhu.  Fenomena bayu laut.  Contoh, Arus panas Kuro Shio sederhanakan suhu di kawasan pantai timur Pulau Honshu di Jepun pada musim sejuk.

7.1.5 kepentingan sumber kepelbagaian biologi.