kepentingan sumber kepelbagaian biologi. kepentingan sumber tanih. kepentingan tenaga suria. kepentingan tenaga biojisim.

 Contoh Port Dickson, Rantau Abang, pantai Chenang.  Sangat sesuai untuk aktiviti berenang dan sukan layar.  Kaya dengan terumbu karang.  Destinasi pelancongan utama.  Contoh, Pulau Redang.  Pinggir laut yang mempunyai landskap menarik kesan hakisan ombak.  Contoh gua laut, dan batu tunggul.  Contoh kawasan, Dalat, Sabah dan Flamborough Head, Britain. 2 tapak pelabuhan.  Pantai yang mempunyai teluk, tanjung, dan pulau-pulau kecil dijadikan tapak pelabuhan.  Terlindung dari angin kencang.  Contoh, Pelabuhan Klang. 3 Sumber kayu bakau.  Membekalkan sumber kayu bakau  Untuk industri membuat arang kayu dan cerucuk bangunan.  Habitat burung.  Contoh, Kuala Gula di Perak.  Paya nipah dan paya bakau merupakan habitat udang dan ketam. 4 Laut sebagai Jalan perhubungan dan pengangkutan.  Laluan untuk destinasi pulau ke pulau.  Pengangkutan barangan pukal. 5 Laut menyederhanakan suhu.  Fenomena bayu laut.  Contoh, Arus panas Kuro Shio sederhanakan suhu di kawasan pantai timur Pulau Honshu di Jepun pada musim sejuk.

7.1.5 kepentingan sumber kepelbagaian biologi.

 kepelbagaian biologi dan biodiversiti merujuk kepada kepelbagaian spesies haiwan dan tumbuhan.  Hutan hujan tropika mempunyai ribuan spesies tumbuhan.  Bunga raflesia merupakan bunga yang terbesar di dunia.  Bunga raflesia terletak di Banjaran Crocker di Sabah.  Menjadi tarikan ekopelancongan.  Manusia boleh dapatkan bekalan kepelbagaian jenis makanan.  Kepelbagaian pokok herba boleh dijadikan herba untuk perubatan tradisional.  Tumbuhan hutan menyumbang gas oksigen serta menjadi habitat kepada haiwan.  Mempunyai pelbagai spesies haiwan.  Kumpulan burung seperti Enggang, Merak dan Merbah.  Kepelbagaian spesies rama-rama.  Hidupan air.  Keunikan spesies haiwan dan tumbuhan menjadi sumber kepada penyelidikan dan kajian.  Kepelbagaian haiwan seperti rusa dan pelanduk menjadi makanan kepada manusia.

7.1.6 kepentingan sumber tanih.

 Kepelbagaian jenis tanih di Malaysia.  Di kawasan pamah, terdapat jenis aluvium yang subur untuk pertanian, terutamanya penanaman padi.  Contohnya, Dataran Kedah dan Delta Kelantan.  Lava bes yang terhasil dari kejadian gempa bumi sangat subur untuk pertanian. Contohnya, di pulau Luzon.  Tanih laterit atau tanah merah tropika yang terdapat di kawasan kaki bukit boleh dijadikan input untuk industru membuat batu bata.\

7.1.7 kepentingan tenaga suria.

 1998, kereta elektrik suria telah dicipta oleh Perusahaan Automobil Elektrik Malaysia POEM.  Tenaga suria juga digunakan dalam telefon, radio, radar penentu had laju kenderaan, kalkulator dan jam tangan.  Kerajaan membekalkan tenaga suria di kawasan luar bandar seperti di Pahang, Sabah dan Sarawak.  Semakin penting untuk menggantikan sumber tenaga petroleum, gas asli dan arang batu.  Tenaga suria lebih bersih dan dapat digunakan secara berterusan.  Diperlukan dalam aktiviti pengeringan contohnya dalam perusahaan keropok, ikan kering dan mengecap kain batik.

7.1.8 kepentingan tenaga biojisim.

 Penghasilan haba atau tenaga daripada sisa tumbuhan, tanaman serta bahan buangan yang reput.  Pembakaran bahan ini menghasilkan haba dalam bentuk etanol, gas metana, dan biogas.  1990, biojisim bekalkan sebanyak 5.6 daripada jumlah bekalan tenaga di Malaysia.  Di India dan benua Afrika, biojisim daripada najis lembu digunakan dalam kehidupan seharian.  Jepun dan Amerika Syarikat , pembakaran sampah sarap menghasilkan tenaga haba bagi menjana tenaga elektrik.  Di brazil, penyelidikan dijalankan terhadap air tebu yang diperam untuk hasilkan bahan api cecair seperti etanol dan metana.  Bahan ini dicampurkan dengan petrol untuk kegunaan kenderaan.  Penggunaan ini akan mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api petroleum dan gas asli.

7.2 Peta Konsep Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar. Hasil pembelajaran.