kepentingan hutan. Kepentingan sumber mineral

7.1.1 kepentingan hutan.

Hutan merupakan khazanah yang tidak ternilai dan wujud sejak berjuta tahun yang lalu. Terdapat beberapa kepentingan hutan iaitu  Sebagai bahan mentah industri  Menyumbang pelbagai hasil hutan  Mengawal imbangan gas dalam udara  Habitat flora dan fauna  Kawasan tadahan.  Pekerjaan penduduk  Hasil eksport negara  Rekreasi dan pelancongan  Mengawal hakisan permukaan  Mengawal suhu udara. Sebagai bahan mentah industri.  Contohnya kayu balak yang menjadi bahan mentah utama untuk kilang papan dan perabot. Menyumbang pelbagai hasil hutan. Kepentingan sumber sumber air Sumber pantai dan marin Kepelbagaian biologi Sumber tanih Tenaga suria biojisism  Juga membekalkan sumber hutan seperi sumber perubatan tradisional  Contohnya akar kayu, daun dan kulit kayu terpilih seperti tongkat ali, kacip fatimah, dan hempedu bumi. Lokasi ekopelancongan.  Kawasan hutan semula jadi  Contohnya kawasan Hutan Belum di Perak, Taman Negara Endau Rompin, dan Taman Negara Pahang. Mengawal suhu udara.  Pokok melakukan proses fotosintesis.  Proses sejatpeluhan melembabkan udara.  Membebaskan gas oksigen.  Menyerap gas karbon dioksida. Kawasan tadahan.  Kawasan tanah tinggi berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan.  Litupan silara atas permukaan bumi mengekalkan kelembapan tanih.  Pengekalan air tanah mempengaruhi kewujudan sungai. Habitat flora dan fauna.  Tumbuhan merupakan elemen salah satu rantaian makanan.  Memenuhi keperluan haiwan.  Habitat fauna. Pendapatan negara.  Melalui aktiviti eksport bahan mentah ke luar negara.  Bahan mentah seperti kayu balak, papan, papan lapis dan perabot.  Aliran wang masuk lebih tinggi.  Meningkatkan pendapatan negara. Mengawal hakisan permukaan.  Fungsi akar pokok untuk mencengkam struktur tanah.  Silara pokok menghalang peningkatan air permukaan.  Air dapat diserap oleh pokok.  Disimpan sebagai bekalan dalam tanih.

7.1.2 Kepentingan sumber mineral

Sumber mineral ialah bahan galian yang berbentuk sama ada dalam bentuk pepejal, cecair dan gas yang dikeluarkan dari dalam bumi. Contoh mineral logam berbentuk pepejal seperti biji timah, bijih besi, kuprum, dan bauksit. Bahan bukan logam pula seperti marmar, fostat, dan pasir. Antara kepentingan sumber mineral dalam pelbagai aspek dan antaranya ialah. 1 Pendapatan negara  Aktiviti perlombongan bahan mineral merupakan salah satu sumber pendapatan utama negara.  Terutamanya Malaysia merupakan pengeksport utama bagi petroleum dan gas asli.  Meningkatkan pendapatan negara. 2 Peluang pekerjaan.  Sektor perlombongan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.  Kepelbagaian peluang pekerjaan diwujudkan.  Contohnya, jurutera perlombongan, pengusaha stesen minyak dan pemandu lori tangki. 3 Kewujudan bandar baru.  Pembangunan aktiviti perlombongan telah mempengaruhi pembangunan kawasan sekitar.  Contohnya, penemuan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu menyumbang kepada kemajuan kawasan.  Di Paka, Kerteh dan Terengganu merupakan kawasan nelayan telah berubah menjadi kawasan perindustrian. 4 Bekalan bahan api negara.  Sumber mineral petroleum digunakan sebagai sumber bahan api utama oleh penduduk.  Menjadi sumber tenaga kepada penjanaan kuasa elektrik haba  Contohnya di Paka, Terengganu.

7.1.3 kepentingan sumber air. Air sungai