Pengenalan Objektif Skop Projek

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kajian dan projek ini dijalankan adalah bertujuan untuk merekabentuk pengawal suai untuk model tangki berkembar. Ianya merangkumi pengawal suai model rujukan MRAC sebagai pengawal manakala sistem tangki berkembar sebagai sistem yang dikawal. Pengawal yang digunakan dalam mengawal sistem ini adalah Pengawal Suai Model Rujukan MRAC yang direkabentuk dengan menggunakan Perisisan MATLAB. Dalam merekabentuk pengawal sistem tangki berkembar, kaedah dan cara yang perlu dilakukan ialah dengan merekabentuk Pengawal Suai Model Rujukan menggunakan Perisian MATLAB bagi mengawal tangki berkembar tersebut. Dalam konteks ini, sebuah pengawal yang sempurna perlu dihasilkan bagi memastikan sistem dapat beroperasi dengan sistematik dan efisyen. Merekabentuk pengawal yang baik merupakan satu cabaran dan memerlukan kemahiran dan ketelitian yang tinggi untuk menghasilkannya. Sebenarnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul semasa projek dijalankan, aspek ketidaktentuan perlu diambil kira kerana sedikit sebanyak kepentingan akan mempengaruhi operasi keseluruhan projek. Oleh itu, aspek ini sememangnya tidak boleh diabaikan bagi mengelakkan masalah yang lebih teruk timbul dalam pelaksanaan projek ini.

1.2 Objektif

Matlamat utama dan objektif bagi projek ini adalah :- i. merekabentuk pengawal sistem tangki berkembar dengan menggunakan pengawal suai model rujukan. ii. Untuk mengkaji, mengenalpasti, menganalisa dan mempelajari pengawal suai dengan lebih mendalam. iii. Untuk melihat keberkesanan pengawal suai dalam mengawal sesuatu sistem. iv. Untuk mempelajari dan memahami konsep yang digunakan melalui Perisian MATLAB dalam mengawal sesuatu sistem. v. Untuk memahami dan mempelajari konsep sistem kawalan tangki berkembar. vi. Untuk membangunkan satu sistem penyesuaian untuk sistem berkembar tangki menggunakan MRAC.

1.3 Skop Projek

Melalui projek ini, pengawal yang direkabentuk dan dihasilkan berjaya diaplikasikan pada sistem tangki berkembar. Sistem tangki berkembar dikawal sepenuhnya oleh pengawal yang direkabentuk iaitu Pengawal Suai Model Rujukan MRAC. Dalam projek ini, Pengawal Suai Model Rujukan MRAC yang digunakan dipastikan supaya ianya dapat menstabilkan sesuatu sistem dengan menggunakan Perisisan MATLAB. Ianya begitu penting bagi memastikan objektif utama projek ini tercapai. Selain itu, bagi memastikan projek mencapai objektifnya tumpuan perlu berikan sepenuhnya dalam pembangunan perisian melalui simulasi terhadap pengawal. Seterusnya, analisis terhadap keseluruhan sistem akan dijalankan dari segi kelancaran, kestabilan dan keberkesanan pengawal MRAC beroperasi.

1.4 Penyataan Masalah