Prosedur Memberi Pengenalan Premis

27 Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia Pengenalan dan Dayajejak Haiwan, Hasil dan Produk serta Premisnya 8.3.4 Semua penguasa veterinar di DVS yang terdiri daripada Pegawai Veterinar, Penolong Pegawai Veterinar dan Pembantu Veterinar bertanggungjawab untuk menerima, memverifikasi dan merekod maklumat premis ke dalam pengkalan data DVS. 8.3.5 Maklumat yang perlu dilengkapkan dalam borang pengenalan premis termasuklah maklumat : i. Premis nama, alamat, bacaan GPS; ii. Pemilikpengusaha premis nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon; iii. Wakil untuk dihubungi nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon; iv. Kenyataan projekaktiviti termasuk ladang, loji pemprosesan produk haiwan, kilang makanan haiwan, klinik haiwan etc.; v. Lampiran gambar iaitu pintu masuk premis, pandangan hadapan bangunan premis pengeluaran, jenis haiwan, hasil atau produk haiwan; vi. Salinan sijil kualiti jika ada vii. Pengangkutan jenis, nombor pendaftaran; dan viii. Sistem pengenalan haiwan, hasil dan produk haiwan yang digunakan. i x. Tekapan asal contoh, jenama, cop, legen 8.3.6 Setiap premis akan diberikan nombor pengenalan premis. 8.3.7 Nombor pengenalan premis perlu diberi sekali sahaja. 8.3.8 Pemilikpengusaha premis bertanggungjawab sentiasa mengemaskini maklumat premis apabila terdapat perubahan atau maklumat baru. 8.3.9 Pengenalan premis hendaklah dinyahaktifkan berdasarkan keadaan yang ditetapkan dalam Bahagian 1 Perkara 6.4. 8.3.10 Dokumen pengenalan premis perlu tersedia 28 Pengenalan dan Dayajejak Haiwan, Hasil dan Produk serta Premisnya untuk diperiksa oleh Pihak Berkuasa Veterinar. 8.3.11 Sebarang perubahan kepada nama premis dan pemilikpengusaha hendaklah dilaporkan secara bertulis kepada Bahagian Regulatori DVS Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pertukaran.

8.4 Prosedur Pendaftaran Pengangkutan

8.4.1 Pendaftaran pengangkutan milik premis haiwan boleh dibuat semasa membuat pendaftaran premis. 8.4.2 Pendaftaran pengangkutan juga boleh dibuat semasa membuat permohonan kebenaran pindah. 8.4.3 Nombor plat kenderaan yang dikeluarkan oleh JPJ akan digunakan sebagai nombor pendaftaran. 8.4.4 Penggunaan RFID pada pengangkutan amat digalakkan untuk meningkatkan dayajejak. 8.4.5 Pengangkutan yang disewa atau dipinjam juga perlu didaftar dan direkodkan.

9.0 DAYAJEJAK VETERINAR

9.1 Dayajejak veterinar berasaskan kepada pendaftaran premis, haiwan, hasil dan produk serta pengangkutan dengan gabungan perundangan dan pentabiran. 9.2 Pengenalan haiwan akan menggunakan pelbagai cara termasuk: 9.2.1 RFID 9.2.2 Mikrocip 9.2.3 Tag 9.2.4 Kad Pengenalan Haiwan etc. 29 Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia Pengenalan dan Dayajejak Haiwan, Hasil dan Produk serta Premisnya 9.3 Pengurusan pemindahan dan pergerakan haiwan akan menggunakan dokumen veterinar : 9.3.1 Akuan Kebenaran Pindah 9.3.2 Akuan Kebenaran Sembelih 9.3.3 Sijil Kesihatan Veterinar 9.4 Untuk pengurusan pemindahan secara berkelompok, sangkar digalakkan memiliki RFID. Pengangkutan pula boleh menggunakan : 9.4.1 Metri 9.4.2 Tag 9.4.3 Tag RFID 9.5 Pengurusan pemindahan dan pergerakan haiwan, hasil dan produk haiwan hendaklah mengambil kira: 9.5.1 Kawasan terjangkit 9.5.2 Kawasan kawalan penyakit 9.5.3 Kawasan pembasminan penyakit 9.5.4 Kawasan bebas penyakit 9.5.5 Zon Bebas 9.5.6 Kepungan 9.6 Untuk pengurusan dayajejak meliputi persijilan DVS 9.6.1 VHM 9.6.2 SALT 9.6.3 GVHP 9.7 Pengurusan dayajejak veterinar untuk memastikan keutuhan proses pengurusan : 9.7.1 Indeks Penyakit 9.7.2 Indeks KAV 9.8 DVS akan memantau keutuhan dayajejak melalui Sistem Veterinar Malaysia dengan laporan: 9.8.1 Sijil Kesihatan Veterinar 9.8.2 Laporan Pemeriksaan Veterinar 9.8.3 Laporan Persampelan