METODOLOGI KAJIAN

3.3 PENGUMPULAN DATA

Kajian ini menumpukan kepada dapatan data berkaitan ekstremism yang dinyatakan sebagai salah satu punca kepada tercetusnya kewujudan pendekatan Islam Hadhari. Ia juga semestinya berkait rapat sebagai satu program atau pendekatan politik pemerintah, yang cuba untuk membasmi pemikiran ekstreme dari menular di kalangan masyarakat, maka pengumpulan fakta mengenai kejadian ekstremism samaada berkaitan dengan politik atau tidak turut dijanakan sewaktu pengkajian bagi memahami apakah ekstremism yang dimaksudkan kerajaan Malaysia sewaktu menggagaskan pendekatan Islam Hadhari ini adalah berkaitan dengan kegiatan parti pembangkang di persekitaran politik Malaysia. . Kajian ini akan lebih berorientasi kepada kajian kualitatif dan berasas induk kepada pemikiran pemerintahan negara (kajian dasar kepimpinan). Dalam hal ini, kajian pemikiran Islam ditekankan. Kajian akan menumpukan kepada perolehan pendapat (temubual), pemerhatian secara langsung (seminar, kolukium dan keterlibatan penyelidik dalam organisasi dan pendampingan), data-data rasmi kerajaan, dan ulasan serta penulisan yang terdapat dalam akhbar, jurnal dan buku terbitan umum dan jabatan kerajaan.

Sumber primier menumpu kepada dapatan temubual. Temubual bagi kajian ini dilakukan meliputi beberapa individu yang dilihat berkaitan dengan usaha bagi mempromosi Islam Hadhari. Hasilan temubual adalah meliputi beberapa tokoh pentabiran dan politik tempatan, di antaranya ialah:- Sumber primier menumpu kepada dapatan temubual. Temubual bagi kajian ini dilakukan meliputi beberapa individu yang dilihat berkaitan dengan usaha bagi mempromosi Islam Hadhari. Hasilan temubual adalah meliputi beberapa tokoh pentabiran dan politik tempatan, di antaranya ialah:-

ii. Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman (Penasihat Agama Islam kepada Y.A.B Perdana Menteri, serta mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri), tarikh temubual 19 Mac 2007, bertempat di Pejabat Penasihat Agama Islam kepada Y.A.B Perdana Menteri, Putrajaya.

iii. Datuk Othman Desa (Setiausaha Politik kepada Y.A.B Perdana Menteri), tarikh temubual 20 Mac 2007, bertempat di Pejabat Setiausaha Politik kepada Y.A.B Perdana Menteri

iv. Ustaz Haji Hakim Ahmad (Pegawai Khas kepada Penasihat Agama Islam kepada Y.A.B Perdana Menteri), tarikh temubual 19 Mac 2007, bertempat di Pejabat Penasihat Agama Islam kepada Y.A.B Perdana Menteri, Putrajaya.

v. Kapten (B) Ustaz Shamsuddin Munir (Pengurus Kanan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia- YADIM), tarikh temubual 19 Mac 2007, bertempat di ibupejabat YADIM, Pusat Islam, Kuala Lumpur.

3.4 SKOP KAJIAN

Kajian ini adalah tertumpu kepada pengkajian mengenai cetusan pendekatan Islam Hadhari yang merupakan satu reaksi kepada kewujudan fahaman dan pemikiran bersifat ekstreme atau fanatik di dalam persekitaran politik Islam di Malaysia. Untuk itu, kajian ini hanya memfokus kepada kajian yang mengkaji satu punca tercetusnya Islam Hadhari, iaitu ekstremism agama di kalangan umat Islam di negara ini. Justeru, ia hanya merupakan satu perspektif kajian membincangkan adakah Islam Hadhari ini tercetus disebabkan oleh faktor kewujudan pemikiran ekstreme di Malaysia. Ianya tidak mengkaji sebab-sebab lain kepada kewujudan pendekatan Islam Hadhari ini, dan ianya juga tidak berhasrat mengkaji keberkesanan pendekatan ini. Maka, fokusnya adalah jelas, ianya mengkaji hanya satu punca iaitu ekstremism sebagai penyebab kepada wujudnya pendekatan yang dinamakan Islam Hadhari di persekitaran politik Malaysia era Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Dokumen yang terkait

NILAI-NILAI RELIGIUS ISLAM DALAM NOVEL 99 CAHAYA DI LANGIT EROPA KARYA HANUM SALSABIELA RAIS DAN RANGGA ALMAHENDRA

4 93 24

ANALISIS STRATEGI PEMASARAN SEPEDA MOTOR HONDA MELALUI PENDEKATAN BOSTON CONSULTING GROUP PADA PT. MPM MOTOR DI JEMBER

7 89 18

PERKEMBANGAN YAYASAN PERGURUAN ISLAM DARUL HIKMAH DI JATILUHUR BEKASI 1997.2010

0 50 151

PERBANDINGAN HASIL BELAJAR FISIKA DITINJAU DARI SKILL ARGUMETASI VERBAL dan NONVERBAL DENGAN PENDEKATAN GROUP INVESTIGATION (GI)

0 11 34

HUBUNGAN KEPUASAN KERJA, PENGEMBANGAN KARIR, KOMITMEN ORGANISASI DENGAN KINERJA PEGAWAI BADAN PERENCANAAN PEMBANGUNAN DAERAH KABUPATEN TULANG BAWANG MELALUI PENDEKATAN ANALISIS JALUR

0 20 17

PENINGKATAN AKTIVITAS BELAJAR IPA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN STUDENT TEAMS ACHIEVEMENT DIVISION (STAD) DENGAN PENDEKATAN TEMATIK PADA SISWA KELAS III SEMESTER GANJIL SD NEGERI 2 BLITAREJO KECAMATAN GADINGREJO KABUPATEN PRINGSEWU TAHUN PELAJARAN 2010/2011

0 13 133

ANALISIS PENGARUH PENDEKATAN EXPERENTIAL MARKETING TERHADAP LOYALITAS KONSUMEN PENGUNJUNG THE COFFEE KAFE DI BANDAR LAMPUNG

1 23 135

UPAYA MENINGKATKAN AKTIVITAS DAN HASIL BELAJAR SISWA DENGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONTEKSTUAL PADA SISWA KELAS VI SD NEGERI 1 SINAR MULYA KECAMATAN BANYUMAS KAB. PRINGSEWU

43 182 68

STUDI DESKRIPTIF TENTANG PENERAPAN PEMBELAJARAN BERBASIS PENDEKATAN ILMIAH BERDASARKAN KURIKULUM SD 2013 PADA SEKOLAH DASAR DI KOTA BANDAR LAMPUNG

1 26 57

PEMBELAJARAN DENGAN PENDEKATAN METAPHORICAL THINKING UNTUK MENINGKATKAN KEMAMPUAN PENALARAN SISWA SMP

0 0 14