BAB 6 PENILAIAN PROGRAM

BAB 6
PENILAIAN PROGRAM
6.1

Analisis Kejayaan Program

Program Jom Baca yang dijalankan menunjukkan beberapa aspek yang boleh
dibanggakan. Aspek kejayaan yang boleh dinilai adalah;
6.1.1

Penglibatan Ibu Bapa

Kehadiran ibu bapa untuk bersama-sama menjayakan program amat dibanggakan.
95% daripada jumlah penjaga bagi peserta yang terlibat telah hadir untuk acara
kemuncak.

Penglibatan

penjaga

sewaktu


di

rumah

juga

menampakkan

kesungguhan untuk bersama-sama pihak sekolah meningkatkan pencapaian
akademik anak-anak mereka. Berdasarkan sambutan yang diberikan, didapati
bahawa objektif program untuk mengaktifkan penglibatan PIBG dalam program
membaca berjaya dicapai.

Gambar 1: Ibu bapa mendengar taklimat program

91

6.1.2


Meningkatkan Keyakinan Murid

Tugasan yang diberi sepanjang program bacaan dijalankan adalah membuat
persembahan berdasarkan cerita yang dibaca. Peserta diuji dengan bercerita
dihadapan

perhimpunan

sebelum dinilai

dengan membuat

persembahan.

Meskipun tempoh masa yang diberikan agak singkat, namun setiap murid yang
dipanggil kehadapan perhimpunan telah memberikan persembahan yang menarik
dan penuh yakin.

Gambar 2 & 3: Murid menunjukkan keyakinan
ketika bercerita di hadapan perhimpunan


6.1.3

Penambahan Penguasaan Kosa kata

Berdasarkan temubual yang dijalankan dengan semua peserta, adalah didapati
bahawa mereka telah membuat penambahan kosa kata baharu melebihi sebanyak
60 patah perkataan. Penambahan berlaku melalui tugasan yang diberikan serta
keperluan memahami cerita di dalam bahan bacaan tersebut. Mereka perlu merujuk
kamus untuk mendapatkan maksud perkataan dan secara tidak langsung
menambah kosa kata baharu bagi diri masing-masing.

91

6.1.4

Kerjasama PIBG

Peranan PIBG di dalam kecemerlangan pendidikan diterjemahkan melalui
penglibatan yang berterusan serta sokongan yang berpanjangan. Pihak PIBG

terutamanya Yang Dipertua serta jawatankuasa telah memberikan sokongan
terhadap program ‘Jom Baca’ ini. Sumbangan kewangan sebanyak RM100.00
untuk jamuan makan telah menaikkan semangat guru-guru serta para peserta untuk
menjayakan program..

Gambar 4: Gotong royong bersama PIBG dalam menyediakan jamuan

91

6.2

Analisis Markah Pengujian Soalan Lisan Peserta Program

Soalan pengujian telah dibina dan terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian A merupakan
soalan objektif, bahagian B merupakan ejaan dan bahagian C pula tatabahasa. Jumlah
keseluruhan markah adalah 100%.
-

Bahagian A
Mempunyai 6 soalan objektif yang merangkumi soalan-soalan daripada ketigatiga cerita di dalam bahan bacaan. Setiap soalan mewakili 10 markah.


-

Bahagian B
Mengeja 5 perkataan yang disebutkan. Setiap perkataan akan diberikan 3 kali
cubaan dan setiap perkataan mewakili 4 markah.

-

Bahagian C
Menukarkan perkataan present tense kepada past tense. Bahagian ini
mengandungi 5 soalan dan setiap soalan mewakili 4 markah.

Markah peserta yang tertinggi di dalam sesi pengujian adalah 100% dan yang terendah
adalah 46%. Bagi markah yang melebihi 86 - 100% pula adalah seramai 85 orang
manakala 40 peserta yang memperoleh kurang daripada 80%. Dan mencapai tahap Baik.
23 peserta lagi masih berada dalam tahap sedarhana dengan pencapaian 46 -65 %. Secara
keseluruhan, semua peserta menunjukkan prestasi yang membanggakan dan dapat
menguasai dengan baik setiap bahagian soalan.


Jadual 18: Bilangan dan peratusan tahap penggunaan bahasa peserta program
Keterangan Penggunaan Bahasa

Bilangan

86 – 100

Sangat baik

85(58%)

66 – 85

Baik

40 (27%)

46 – 65

Sederhana


23 (15%)

21 – 45

Lemah

0

0 – 20

Sangat lemah

0

91

Skor

Berdasarkan kepada pencapaian peserta di dalam pengujian yang dijalankan, di dapati

58% daripada peserta berjaya memperoleh markah pada kategori penggunaan yang sangat
baik. Peratusan ini dikira daripada keseluruhan jumlah peserta seramai 148 orang. 27%
lagi berada pada kategori penggunaan bahasa yang baik. Manakala selebihnya 15% berada
pada tahap sedarhana.
Jelas menunjukkan bahawa program Jom Baca ini memberi kesan yang sangat baik
berdasarkan kepada pencapaian peserta. Kesemua peserta berada pada tahap penguasaan
bahasa yang sangat baik , baik dan sedarhana. Tiada peserta yang berada pada kategori
lemah atau sangat lemah.

Kemahiran mendengar dan memahami cerita yang dibaca

membantu kepada pencapaian peserta yang baik.
6.3

Analisa Markah Persembahan

Bagi mendapatkan pemenang bagi tugasan persembahan, ditetapkan kriteria tertentu
melalui penghakiman oleh hakim yang terdiri daripada guru besar, guru penolong kanan,
Yang Dipertua PIBG dan seorang wakil ibu bapa. Kriteria penghakiman adalah seperti
berikut;

-

Pesembahan Keseluruhan (40%)

-

Kelancaran Berbahasa

(40%)

-

Kerjasama Kumpulan

(20%)

Persembahan kumpulan adalah mengikut tajuk cerita berdasarkan bahan bacaan
yang telah dibekalkan sebelum Tahun 1 mempersembahkan cerita yang bertajuk ‘Ratu
Lebah Yang Tamak”, Tahun 2 mempersembahkan cerita yang bertajuk “The Lucky
Broomstick” , Tahun 3 mempersembahkan cerita yang bertajuk “Sang Kancil dengan

Buaya”. Tahun 4 mempersembahkan cerita yang bertajuk “The Princess of Mount
Gunung Ledang”, Tahun 5 mempersembahkan cerita yang bertajuk “Bawang Putih dan
Bawang Merah” dan Tahun 6 mempersembahkan cerita yang bertajuk “ Batu Besar dan
Batu Kecil”. Berikut adalah markah yang diberikan oleh hakim kepada kumpulan yang
membuat persembahan;

91

Jadual 19: Pemarkahan bagi Persembahan Tahun 1

Persembahan (40%)

Hakim
1
30

Hakim
2
40


Hakim
3
30

Hakim
4
39

2

Kelancaran (40%)

35

30

30

35

3

Kerjasama (20%)

20

20

20

18

85

90

80

92

Bil

Perkara

1

Markah
Markah Purata

86.75

Jadual 20: Pemarkahan bagi Persembahan Tahun 2

Persembahan (40%)

Hakim
1
25

Hakim
2
30

Hakim
3
25

Hakim
4
35

2

Kelancaran (40%)

25

25

25

30

3

Kerjasama (20%)

10

10

15

15

60

65

65

80

Bil

Perkara

1

Markah
Markah Purata

67.5

Jadual 21: Pemarkahan bagi Persembahan Tahun 3
Hakim
2
25

2

Kelancaran (40%)

30

3

Kerjasama (20%)

Perkara

1

Markah
Markah Purata

30

Hakim
4
30

25

30

30

15

10

18

15

75

60

78

75

Hakim 3

72

91

Persembahan (40%)

Hakim
1
30

Bil

Jadual 22: Pemarkahan bagi Persembahan Tahun 4

Persembahan (40%)

Hakim
1
30

Hakim
2
40

2

Kelancaran (40%)

35

3

Kerjasama (20%)

Bil

Perkara

1

Markah

30

Hakim
4
39

30

35

35

20

20

20

18

85

90

85

92

Markah Purata

Hakim 3

88

Jadual 23: Pemarkahan bagi Persembahan Tahun 5
Bil Perkara

Hakim
1
25

Hakim
2
30

Hakim 3
25

Hakim
4
35

1

Persembahan (40%)

2

Kelancaran (40%)

25

25

25

30

3

Kerjasama (20%)

10

15

15

15

60

70

65

70

Markah
Markah Purata

66.25

Berdasarkan kepada pemarkahan yang diberikan oleh hakim di dalam persembahan, Tahun
4 telah mendapat markah tertinggi 88% mengatasi kelas-kelas lain. Para hakim
meletakkan markah kelancaran yang tinggi kepada semua kumpulan. Kebolehan setiap
peserta bertutur dengan baik di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris menjadikan
persembahan mereka menarik. Walaupun aspek kelancaran berdasarkan kepada hafalan
dan latihan sepanjang dua minggu tempoh yang diberikan namun kebolehan peserta
menghayati peranan serta berkebolehan bertutur membolehkan mereka diletakkan sebagai
pemenang bagi persembahan terbaik. Kumpulan lain juga menunjukkan kualiti
persembahan yang menarik namun agak kekurangan markah pada aspek kelancaran dan
persembahan.

91