KONFLIK ETNIK DAN RAS dan

KONFLIK ETNIK DAN RAS
Pendahuluan
Konflik etnik dan ras merupakan cemuhan terhadap
peradaban manusia. Kurniaan Tuhan supaya setiap kaum
berbangga dengan keunikan fizikal masing-masing telah dijadikan
punca perbalahan antara kaum. Sungguhpun konflik etnik dan ras
telah pun wujud sejak awal kewujudan manusia, namun ia masih
berlarutan sehingga hari ini. Pada hari ini, konflik etnik dan ras
tetap wujud di setiap pelusuk dunia.
Ternyata, konflik yang berpunca dari ketidakadilan dan
rasa tidak puas hati antara manusia disebabkan oleh perbezaan
warna kulit dan budaya yang masih ketara. Konflik yang berlaku di
negara-negara bekas Persekutuan Soviet, Eropah Timur, negaranegara Balkan, Palestin, negara Afrika seperti Rwanda, juga di
negara maju seperti Amerika Syarikat dan baru-baru ini di negara
jiran kita Indonesia telah membuktikan kepada manusia sejagat
bahawa ketegangan suku kaum telah membawa kepada keganasan
dan konfrontasi. Maka, timbullah persoalan samada konflik etnik
dan ras akan berkesudahan?
Ras (Race) adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan
yang berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan dengan
jelas dalam masyarakat (Macionis, 1998:214). Pada suatu ketika dahulu, manusia

pernah
dibahagikan
kepada
kategori Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid dengan berdasarkan kepada
perbezaan fizikal seperti warna kulit, warna rambut, rupa bentuk dan lain-lain.
Walau bagaimanapun pembahagian sedemikian adalah secara kasar sahaja kerana
memang terdapat golongan yang sukar diklasifikasikan ke dalam mana-mana
kumpulan ras. Ini adalah kerana manusia sentiasa bergerak, bersosial, berinteraksi dan
perkahwinan campur sering berlaku di antara satu sama lain. Kesannya akan
menghasilkan golongan baru yang mempunyai keturunan campuran yang tidak dapat
digolongkan ke dalam mana-mana kumpulan ras.
Menurut Academic American Encyclopedia (Volume 16:37), ras boleh didefinasikan
sebagai teori atau falsafah yang menyatakan seseorang mewarisi ciri-ciri seperti
warna kulit, rupa bentuk, warna rambut, tingkat laku, kelakuan atau tahap intelektual.
Pengertian sedemikian menyebabkan sesetengah manusia mengangggap kaum mereka
adalah lebih unggul daripada kaum lain.
Penyalahgunaan konsep ras dalam konteks ini menyebabkan berlakunya prasangka
dan diskriminasi di antara golongan tertentu di dalam dunia. Walau bagaimanapun,
pengertian ini telah disangkal oleh Encyclopedia of Religion. Sebaliknya menurut


Encyclopedia of Religion (Volume 12:184), manusia tidak sepatutnya di kelaskan
mengikut ras. Manusia adalah dalam satu kelas yang sama dan setara. Tiada manusia
yang lebih baik atau lebih handal dari yang lain semata-mata kerana perbezaan warna
kulit, rupa bentuk dan sebagainya.
Pada hakikatnya, ras memang sukar untuk didefinasikan dengan jelas dan tepat kerana
telah berlaku campur aduk golongan yang tulen disebabkan migrasi dan perkahwinan
campur. Ramai ahli sosiologi turut bersetuju dengan pendapat sedemikian.
Contohnya, Van den Berghe (1967), berpendapat bahawa istilah ras itu mengelirukan
kerana ianya mempunyai empat pengertian utama.
1.

1. Ras digunakan sebagai satu konsep biologi untuk membezakan manusia atas dasar

perbezaan “phenotype” dan “genotype“. Walau bagaimanapun, tiada sebarang
persetujuan yang dicapai oleh ahli antropologi dan sosiologi dan kebelakangan ini
pengertian ini telah pun ditolak oleh sebahagian besar pakar sains sosial.

ii) Ras juga digunakan untuk memperihalkan suatu kelompok manusia yang
mempunyai beberapa ciri kebudayaan yang sama seperti bahasa dan agama (Misalan:
ras Peranchis dan ras Yahudi).

iii) Ras juga digunakan secara longgar sebagai erti sekata dengan perkataan spesis
(species). (Misalan: ras manusia).
iv) Ras juga digunakan untuk merujuk kepada suatu kelompok manusia yang
menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada
kelompok-kelompok mereka atas dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah.
Namun begitu, Van den Berghe menegaskan bahawa hanya pengertian keempat sahaja
sesuai digunakan dalam konteks sains sosial.
Etnik (ethnic) pula tidak dipengaruhi oleh faktor biologi tetapi ianya merujuk kepada
golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi (Macionis, 1998:215). Golongan dari
etnik yang sama akan mempunyai kesamaan dari segi asal-usul, bahasa dan agama.
Sebagai contoh, di bekas negara Yugoslavia, etnik Serb, Croatia dan Bosnia secara
fizikalnya adalah sama (sama ras) tetapi mereka berbeza dari segi budaya, bahasa dan
agama. Pada dasarnya ras dan etnik adalah hampir sama dari segi pengertian dan bagi
mengelakkan kekeliruan, konsep “kelompok etnik” digunakan bagi merujuk kepada
golongan-golongan yang berbeza dari segi kebudayaan, kepercayaan, adat resam,
bahasa, agama dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, dari segi amalan perbezaan di antara konsep ras dan etnik
kadang-kala menjadi kabur dan kedua-duanya digunakan secara saling-ganti seperti di
Malaysia, di mana kelompok-kelompok Melayu, Cina dan India yang sepatutnya
dikenali sebagai kelompok-kelompok etnik juga dipanggil kelompok-kelompok ras

dalam keadaan tertentu.
Mendalami Konsep Rasisme

Prasangka atau prejudis (prejudice) merupakan akar-umbi segala bentuk rasisme.
Prasangka adalah satu pandangan yang buruk terhadap individu atau kelompok
manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri-ciri tertentu seperti ras, agama,
pekerjaan, jantina atau kelas (Macionis, 1998). Sebagai contoh, kaum kulit hitam
dianggap kurang dari segi intelektual dan kekayaan.
Kebiasaannya, prasangka timbul akibat penilaian awal (prejudgement) yang dibentuk
tidak dirujuk dengan tinjauan terhadap fakta-fakta yang sebenar. Perasaan prasangka
sering kali dijadikan alat oleh golongan majoriti untuk menindas golongan minoriti.
Walau bagaimanapun, ia tidak bererti bahawa golongan minoriti yang tertekan tidak
mempunyai prasangka terhadap anggota majoriti atau kelompok lain –
Teori Scapegoat (Dollard, 1939).
Kesan dari prasangka yang semakin menebal, lama-kelama ncian secara membuta-tuli
tanpa sebab dan dikaitkan dengan perasaan cemburu dan prasangka (Oliver, 1976).
Rasisme sering dikaitkan dengan keganasan dan kemusnahan. Kes “pembersihan
etnik” (ethnic cleansing) yang terjadi pada kaum Yahudi semasa pemerintahan Hitler
merupakan contoh terbaik, di mana rasisme telah mengakibatkan beribu-ribu
keturunan Yahudi menjadi mangsa dalam tindakan untuk menonjolkan kaum Jerman

sebagai kaum terunggul (Macionis, 1998:223).
Rasisme merupakan suatu masalah rumit yang dihadapi oleh dunia. Beberapa
percubaan telah dibuat untuk menerangkan asal-usul fenomena ini. Ahli psikologi
cuba untuk mencari punca rasisme dari personaliti individu, dan dikaitkan dengan soal
kecewaan atau authoritarian personality (penguasaan individu dominan ke atas yang
lemah) (Macionis, 1998:48). Bagi ahli sosiologi yang berhaluan Marxis pula, rasisme
lebih merupakan sebahagian dari ideologi kaum Bourgeasie (golongan kelas atasan)
untuk mempertahankan eksploitasi dan penindasan ke atas kaum bukan kulit putih
dalam zaman penjajahan, perhambaan dan imperialisme (Macionis, 1998:220).
Walau bagaimanapun, dua syarat perlu dipenuhi sebelum masalah rasisme wujud.
Syarat yang pertama ialah kewujudan dua atau lebih kelompok yang berbeza dari segi
fizikal supaya mereka dapat dibahagikan ke dalam beberapa kategori. Kedua,
kelompok-kelompok tadi perlu juga berbeza dari segi kebudayaan dan berada dalam
keadaan ketidaksamaan yang institutionalized (Ting Chew Peh, 1983:91).
Kesan-Kesan Sentimen Perkauman/Rasisme
Sifat perkauman jika dibiarkan berterusan boleh mengancam kestabilan politik dan
keamanan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari
rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa
diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan
pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan

pekerjaan.
Kaum-kaum minoriti yang tertindas akan tersisih dari segi kawasan perumahan,
peluang pendidikan dan pekerjaan. Terdapat juga kaum-kaum yang tinggal jauh dari
kemajuan sebagai contoh kaum Negro, ramai daripada mereka yang masih tinggal di
kawasan-kawasan mundur yang dikenali sebagai ghettoes, puak asli di Australia dan
kaum kulit hitam di Afrika Selatan. Rasisme juga boleh mengakibatkan keganasan

dan pembunuhan secara besar-besaran seperti yang telah berlaku ke atas kaum Yahudi
di Jerman semasa pemerintahan Hitler.
Konflik Etnik Dan Ras Di Amerika Syarikat
Di Amerika Syarikat, diskriminasi ras mempunyai hubungan yang rapat dengan
sistem perhambaan yang wujud di negara itu pada kurun ke-18 dan ke-19. Walaupun
perhambaan telah dihapuskan, tetapi tidak bererti ketidaksamaan di antara kaum telah
dihapuskan. Sehingga kini, masyarakat Amerika umumnya masih menuntut ke arah
pembentukan “American Creed” (cita-cita kebangsaan Amerika untuk mencapai
kesamaan, demokrasi, kebebasan, keadilan dan lain-lain) dan mengecam sebarang
bentuk diskriminasi dan prasangka ras dalam sebarang bentuk.
Sungguhpun kesamarataan hak di antara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam
pernah diperjuangkan oleh Dr. Martin Luther King pada awal sejarah Amerika
Syarikat, namun rusuhan kaum di Los Angeles pada tahun 1992 telah membuktikan

kepada dunia bahawa walaupun setelah lebih daripada dua abad Amerika Syarikat
mencapai kemerdekaan, namun hubungan antara ras masih begitu rapuh.
Peristiwa hitam 1992 tercetus akibat daripada kes kekasaran ke atas Rodney King
oleh dua anggota polis kaum kulit putih, ia telah menyebabkan kemarahan kaum kulit
hitam (Associated Press, 3 Mac. 1998). Ekoran daripada itu, rusuhan kaum telah
dilancarkan secara besar-besaran di seluruh bandaraya Los Angeles. Seluruh
bandaraya Los Angeles menjadi lumpuh akibat daripada rusuhan pada ketika itu.
Namun, tidak banyak yang berubah sejak itu. Sentimen kebencian masih menebal di
antara ras dan etnik.
Pada hakikatnya, diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit nyata masih
berterusan di Amerika Syarikat. Sungguhpun wujudnya idea mengenai individualisme
(individualisme) dan kebebasan hak, masyarakat Amerika rata-rata masih menilai
kemampuan seseorang mengikut kaum, etnik dan kelas sosial. Kaum kulit putih
diletakkan pada status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Hak kaum bukan kulit
putih dalam soal pembahagian kawasan perumahan, peluang pelajaran dan pekerjaan
masih dipertikaikan. Permodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak
memanafaatkan kaum kulit hitam. Ramai antara mereka masih tinggal di kawasankawasan mundur yang dikenali sebagai “ghettoes“.
Konflik ras dan etnik di Amerika Syarikat juga dipengaruhi oleh fenomena “Hate
crime” iaitu jenayah yang bermotifkan unsur perkauman terhadap seseorang atau
harta bendanya (Macionis, 1998: 141). Ini dapat dilihat dalam kes pembunuhan James

Byrd Jr. di Texas baru-baru ini. Dalam kes tersebut, James, seorang kaum kulit hitam
telah diikat pada trak dan diheret sehingga mati oleh sekumpulan kaum kulit putih
yang dipercayai anti kaum kulit hitam (New Strait Times, 11 Jun. 1998).
Di Amerika Syarikat, media penyebaran juga mempunyai kesan yang mendalam
terhadap konflik ras dan etnik. Sering kali isu ketidakpuasan individu atau segelintir
masyarakat diperbesar-besarkan serta dikaitkan dengan politik dan perkauman
sehinggakan mewujudkan ketegangan antara kaum atau etnik.

Ini dapat dilihat dalam kes pembunuhan terhadap O. J. Simpson, di mana perbicaraan
ini telah mendapat liputan meluas media penyebaran (Macionis, 1998:220).
Keputusan mahkamah telah dicabar dan didakwa berat sebelah dalam menjatuhkan
hukuman kepada kaum kulit hitam. Isu individu dalam soal ini telah dikaitkan dengan
ketidakadilan terhadap kaum kulit hitam.
Konflik Etnik Dan Ras Di Asia Tenggara
Di Asia Tenggara, corak diskriminasi yang berlaku berbeza dari keadaan di Amerika
Syarikat, Britain atau Afrika Selatan dalam dua aspek yang berlainan. Masalah ras di
Amerika Syarikat, Britain dan Afrika Selatan kebanyakannya melibatkan hubungan
kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam yang lebih, berasaskan kepada perbezaan
fizikal, sedangkan situasi di Asia Tenggara biasanya melibatkan isu perbezaan etnik
dan kebudayaan.

Di Malaysia
Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau
kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau
budaya cuba mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama
menindas kaum lain. Banyak organisasi politik dan sosial di negare kita dibentuk
berasaskan kepada garis perkauman atau etnik.
Organisasi sedemikian hanya memperjuangkan kepentingan dan merebut hak-hak
yang dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan golongan lain, keharmoni dan
kesejahteraan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat
dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat
terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan
pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan
pekerjaan.
Organisasi-organisasi yang demikian akan bersaing untuk mendapatkan sokongan
seluas mungkin dari kumpulan etnik masing-masing dengan menggunakan beberapa
faktor penting seperti persamaan bahasa, agama, ras atau pengenalan etnik. Apabila
kepercayaan dan tindakan demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia akan
dapat mempengaruhi dan kadang-kadang menentukan perkembangan politik dalam
sesebuah negara.
Kesan penjajahan merupakan faktor utama punca konflik etnik dan ras di Malaysia.

Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaannya selama 40 tahun, tetapi kesan
penjajahan British masih segar di minda setiap rakyat. Dasar pemeritahan British
bercorak pecah dan perintah telah mengasingkan tiga golongan utama bangsa di
Malaysia iaitu golongan Melayu. Cina dan India.
Dasar kolonial mengenai imigrasi, pelajaran, pentadbiran, ekonomi, tanah, bahasa dan
kebudayaan telah meninggalkan kesan yang berpanjangan sehingga sekarang. Dasar
imigrasinya yang bebas telah mengubah sama sekali komposisi penduduk di negara
ini. Dasar ekonominya pula telah menyebabkan timbul pengkhususan ekonomi
mengikut etnik dan pengasingan tempat tinggal di kalangan mereka akibat dari
kegiatan ekonomi yang berlainan.

Penjajah Inggeris tidak menjadikan pendidikan sebagai alat penting untuk
menyatupadukan rakyat yang berbagai etnik itu. Malah apa yang dilakukan ialah
mementingkan pendidikan bahasa Inggeris kepada segelintir rakyat khususnya
golongan yang berada demi kepentingan pentadbirannya. Sedangkan pendidikan
Melayu dilakukan secara melepaskan batuk di tangga sahaja. Pendidikan untuk orangorang bukan Melayu tidak dipedulikan langsung.
Oleh sebab itu, orang-orang Cina dan India terpaksa mengendalikan sekolah mereka
sendiri dan menanggung perbelanjaan sendiri. Perkembangan pendidikan yang tidak
terkawal ketika itu akhirnya menimbulkan sikap dan orientasi politik yang berbeza. Di
samping itu, melalui dasar dan pentadbirannya pula, Inggeris telah meninggalkan

kesan psikologi yang meluas di kalangan rakyat dengan menanam prasangka dan
stereotaip di kalangan mereka.
Penjajah Inggeris akhirnya berjaya mempengaruhi sikap orang yang dijajahnya itu
supaya menghormati dan menyanjung tinggi mereka sebagai kumpulan yang lebih
tinggi daripada kumpulan-kumpulan ras yang lain pada ketika itu. Sebaliknya pula,
terdapat banyak prasangka dan stereotaip negatif yang memandang rendah dan hina di
kalangan berbagai kumpulan ras. Hal ini bukan sahaja menghalang wujudnya
kerjasama dan persefahaman di kalangan mereka tetapi juga boleh menimbulkan syak
wasangka dan perasaan benci menbenci di kalangan mereka. Semua kesan ini sukar
untuk dikikis habis-habisan biarpun kita telah lama bebas dari belenggu penjajahan
British.
Di Indonesia
Masalah politik dan ekonomi sesebuah negara akan menjadi kayu pengukur kepada
keamanannya. Jelas sekali sewaktu keadaan ekonomi di Indonesia mengalami
masalah dengan kejatuhan nilai mata wang rupiah. Maka timbulkan masalah konflik
etnik yang serious di Indonesia. Politik perkauman yang telah wujud di kalangankalangan etnik boleh menjadi punca kepada konflik etnik ini. Dasar kerajaan yang
melihat masalah politik dan ekonomi di negara ini sebagai masalah ethik.
Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan rakyatnya menjadi punca utama penyebab
konflik ini. Ini dapat dilihat dengan timbulnya golongan perniagaan dan perusahaan
yang tidak sama besar antara kaum, maka ketidak wujudnya perseimbangan ekonomi
di kalangan rakyat boleh membawa kepada masalah etnik. Masalah kepincangan
ekonomi di kalangan rakyat ini sebagai masalah keturunan atau masalah kumpulan
etnik. Boleh dikatakan bahawa masalah ekonomi dan politik memberi kesan yang
mendalam kepada keamanan sesebuah negara.
Dasar-dasar kerajaan yang mengutamakan kepentingan kumpulan etnik tertentu dan
mengabaikan kepentingan kumpulan etnik lain bukan saja tidak akan berjaya
menimbulkan keseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik itu, tetapi tidak akan
berjaya mewujudkan persefahaman dan perpaduan yang tulen di kalangan rakyatnya.
Sebaliknya dasar yang demikian akan melebarkan lagi jurang perbezaan ekonomi di
antara kumpulan etnik itu dan seterusnya akan menimbulkan pula jurang ekonomi
dalam tiap-tiap kumpulan etnik itu sendiri.

Dasar perjuangan parti-parti politik perkauman yang lebih mengutamakan perjuangan
untuk kepentingan satu-satu kumpulan etnik tertentu daripada kepentingan negara dan
rakyat secara umunnya. Keadaan ini telah menyebabkan perpaduan dan persefahaman
di kalangan rakyat yang berbagai etnik gagal mencapai tujuannya.
Kecenderungan mahu mengasingkan dan memisahkan rakyat mengikut garis etnik itu
sebenarnya lebih kuat daripada kecenderungan yang mahu menyatupadukan mereka.
Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati, curiga mencurigai dan
permusuhan di kalangan kumpulan etnik berterusan dan mengugat keamanan.
Konflik di antara kumpulan etnik di Indonesia bukan berpunca dari faktor keturunan
atau fizikal tetapi berpunca dari faktor politik, ekonomi dan kebudayaan. Ketiga-tiga
faktor ini menarik kumpulan-kumpulan tersebut ke arah yang berlainan dan
mendorong mereka membentuk kumpulan-kumpulan berdasarkan kepada garis etnik.
Dengan demikian maka kerenggangan dan pengasingan yang sedia wujud di kalangan
mereka itu akan bertambah kritikal lagi. Selanjutnya perbezaan-perbezaan ini boleh
menimbulkan perbezaan dalam kepentingan, nilai dan penentangan dalam cita-cita.
Manifestasi perbezaan kelas dalam tiap-tiap kumpulan etnik itu juga boleh
menyebabkan berlakunya konflik. Tiap-tiap kumpulan etnik itu mempunyai
kedudukan yang berbeza-beza berdasarkan kepada kelas ekonomi dan status sosial
mereka. Penggolongan diri mereka ke dalam kelas-kelas yang berbeza ini boleh
menimbulkan masalah etnik.
Konflik Etnik Dan Ras Di Negara-negara Balkan
Senario di negara-negara Balkan adalah amat berbeza dan kompleks. Kemelut di
negara-negara Balkan diselubungi oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan sejarah,
struktur etnik dan prasangka. Salah satu punca berlakunya konflik di bekas negara
Yugoslavia adalah kepelbagaian budaya (cultural diversity) yang ketara dan
kewujudan usaha pemeliharaan status quo di kalangan etnik.
Bayangkanlah dalam sebuah negara yang kecil, terdapat tiga jenis agama, empat jenis
bahasa ibunda dan saling terpengaruh dengan budaya dari tujuh buah negara
sempadan yang lain, tetapi malangnya mempunyai lima jenis kerakyatan dalam
pembahagian enam wilayah autonomi (Slovenia, Croatia, Bosnia-Herzegovina,
Montenegro, Macedonia dan Serbia) (Macionis, 1998:44)
Konflik etnik di Yugoslavia berlaku selepas kejatuhan regim komunis pada tahun
1980. Kesempatan ini telah memperlihatkan tiga kelompok etnik utama iaitu Serb,
Croat dan Muslim terheret dalam kancah pertempuran pada awal 1990an. Kaum Serb
merupakan kaum dominan dari segi politik dan ketenteraan. Mereka wujud sebagai
kaum majoriti di Serbia dan Montenegro, tetapi juga wujud sebagai kaum minoriti di
Croatia dan Bosnia. Konflik di negara Balkan bermula pada 25 Jun 1991, apabila
wilayah Slovenia dan Croatia mengisytiharkan kemerdekaan.
Walaupun mendapat pengikhtirafan antarabangsa, tindakan Slovenia dan Croatia
segera mendapat reaksi dari kaum Serb di Serbia dengan penghantaran tentera bagi
menyekat kemerdekaan di kedua-dua wilayah tersebut. Kemerdekaan Slovenia
berjalan lancar dan tidak mendapat tentangan hebat dari pihak Serb kerana tidak

mempunyai kaum minoriti Serb. Croatia sebaliknya terpaksa mempertahankan
wilayahnya dari tentangan kaum minoriti Serb di bumi mereka dan juga tentera
persekutuan Serbia.
Pergerakan menuntut kemerdekaan di wilayah jiran turut memaksa BosniaHerzegovina menuntut kemerdekaan pada 7 April, 1992 selepas suatu pungutan suara.
Tindakan parlimen Bosnia ternyata gagal mengambil kira tahap kepekaan di kalangan
etniknya. Struktur etnik wilayah Bosnia yang terdiri daripada gabungan kaum
Muslim, Serb dan Croat telah terdedah kepada bahaya pertumpahan darah yang bakal
menanti (Fogelquist, 1995).
Selain dari tidak terkecuali dari tentangan pihak Serbia, kedudukan geografi turut
menyebabkan Bosnia secara tidak tidak langsung terheret dalam pertem ejarah
penubuhan republik Yugoslavia. Bermula dengan zaman penaklukan oleh Empayar
Rom, zaman kebangkitan Islam oleh Empayar Ottoman, dan kedua-dua Perang Dunia,
kebencian dan rasa tidak puas hati sememangnya tersemat di jiwa setiap etnik. Walau
bagaimanapun, cengkaman politik oleh diktator Josip Broz Tito semasa pemerintahan
komunis telah berjaya menangkis sebarang konflik etnik (Reidlmayer, 1993).
Konflik di Balkan juga berpunca dari pemimpin yang mementingkan kekuasaan.
Selepas kejatuhan fahaman Sosialis, muncul pemimpin radikal Serbia, Slobodan
Miloshevich yang melaung-laungkan agenda “nartional question“. Agenda tersebut
bercita-cita untuk menyatupadukan kaum Serb di Serbia dalam sebuah negara yang
bebas dari kaum bukan Serb (Reidlmayer, 1993). Akibatnya, kaum minoriti Albania di
wilayah Kosovo diusir dari bumi Serbia. Melalui kempen “pembersihan etnik” (ethnic
cleansing), kaum Bosnia telah dibunuh, dirompak, diusir dari kampung halaman,
wanita-wanita Bosnia dirogol, manakala lelaki pula ditahan serta diseksa di kem-kem
tahanan.
Selain daripada itu, wujud juga ketidakadilan pembahagian sosio-ekonomi.
Miloshevich berusaha untuk memperluaskan pengaruh kaum Serb dari segi
pendidikan, ekonomi, ketenteraan dan politik di seluruh Yugoslavia. Akhir sekali,
konflik Bosnia juga memperlihatkan kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) dalam misi keamanan di Yugoslavia.
Sekatan senjatan dan ekonomi yang dipengaruhi oleh kuasa-kuasa Barat seperti
Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU), ternyata berbelah bagi dan memihak
kepada Serbia serta mengeruhkan lagi konflik etnik di Yugoslavia (Fogelquist, 1995).
Konflik Etnik Dan Ras Di Lain-lain negara
Konflik Etnik Dan Ras Di Britain
Di Britain juga tidak lepas dari masalah diskriminasi walaupun kaum pendatang di
Britain (yang terdiri dari penduduk yang berasal dari Hindi Barat, India, Pakistan dan
lain-lain) tidak melebihi dari dua peratus dari jumlah penduduknya. Walaupun
diskriminasi ras diharamkan di sisi undang-undang, bentuk-bentuk diskriminasi yang
tidak rasmi masih berlaku, terutama sekali dalam segi pembahagian pekerjaan dan
perumahan.

Konflik Etnik Dan Ras Di Afrika Selatan
Diskriminasi ras melalui Dasar Apartheid yang telah dimansuhkan pada tahun 1994 di
Afrika Selatan, memperlihatkan bagaimana kaum kulit putih yang juga kaum
pemerintah melakukan berbagai-bagai jenis penindasan dan eksploitasi ke atas kaum
bukan kulit putih (Frederickson, 1981).
Berbeza dari keadaan di kalangan masyarakat lain seperti Amerika Syarikat dan
Britain, di mana diskriminasi dan prasangka diharamkan oleh pemerintah. Di Afrika
Selatan, diskriminasi adalah disokong oleh pihak pemerintah melalui undangundangnya. Diskriminasi dan rasisme telah menjadi satu amalan hidup.
Dalam Dasar Apartheid, kaum bukan kulit putih dianggap sebagai inferioratau lebih
rendah dan diberi layanan kelas kedua dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan
kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi adalah sah dari segi undang-undang dan
undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah (kaum kulit putih) untuk
memastikan kekuasaan mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.
Konflik Etnik Dan Ras Di Rwanda
Konflik etnik dan ras di Rwanda pula melibatkan kaum minoriti Tutsi dengan kaum
majoriti Hutu. Konflik di Rwanda adalah bersangkut-paut dengan faktor kolonialisme.
Semasa zaman penjajahan Jerman dan Belgium, kaum minoriti Tutsi telah diberikan
peluang pendidikan dan diserapkan dalam pentadbiran. Ketidakadilan pembahagian
sosio ekonomi yang dipraktikkan oleh penjajah telah meninggalkan kesan yang
mendalam dalam hubungan antara kelompok etnik. Kaum Hutu nyata ketinggalan
jauh dari segi pembangunan dan sentiasa diketepikan oleh penjajah.
Pada tahun 1961, kaum minoriti Tutsi telah memenangi pilihanraya dan memegang
tunggak kepimpinan negara Rwanda. Keadaan ini telah mendapat bantahan dari pihak
kaum majoriti Hutu. Akbibatnya, konflik etnik tercetus dan hampir sejuta rakyat
tempatan terkorban (Neil Weiner, 1994). Seluruh negara Rwanda berada dalam
kancak peperangan dengan pembunuhan antara kaum Tutsi dengan Hutu.
Konflik Etnik Dan Ras Di Indo-China
Konflik di negara-negara Indo-China seperti Kampuchea dan Laos pula adalah
disebabkan oleh perebutan kuasa. Dalam tempoh 1975 hingga 1979 sahaja, lebih
daripada 2 juta rakyat Kemboja terkorban di bawah pemerintahan pemimpin Khmer
Rouge, Pol Pot (Macionis, 1998: 223). Pertempuran ini juga merebak ke Laos dan
pertempuran yang bermula sejak tahun 1975 oleh pihak kerajaan komunis, telah
meragut nyawa seramai 300,000 orang (Pobzeb, 1997). Konflik di negara-negara
Indo-China lebih merupakan jenayah kemanusiaan, di mana rakyat jelata yang tidak
berdosa telah dijadikan mangsa dalam usaha penyebaran ideologi komunis.
Faktor-faktor Konflik Etnik Dan Ras
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan atau membawa kepada berlakunya
konflik etnik dan ras, faktor-faktor konflik ini tidak sama dari satu negara dengan

negara lain. Terdapat beberapa faktor yang utama yang mendorong kepada berlakunya
masalah etnik dan ras ini :1. Perebutan kuasa di antara kelompok-kelompok atau kumpulan etnik. Dari aspek politik dan

2.

3.

4.

5.
6.

ekonomi, perubahan politik dan perkembangan ekonomi yang mencetuskan banyak peluang
baru yang menguntungkan telah memperhebatkan lagi persaingan di antara kumpulankumpulan masyarakat. Setiap kelompok atau kumpulan akan berusaha untuk mendapatkan
sokongan padu daripada kumpulan masing-masing untuk memastikan kejayaan dan
keberkesanan persaingan itu. Keadaan ini boleh mewujudkan konflik kerana terdapat
penonjolan berbagai-bagai isu perkauman yang diutarakan untuk memenangi persaingan.
Apabila pilihanraya diadakan sudah tentu masyarakat majoriti akan mengalahkan masyarakat
minoriti. Apabila ini berlaku sudah tentulah wujudnya penindasan. Ini boleh menyebabkan
atau mendorong kepada berlakunya perasaan tidak puashati dan mungkin boleh
menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat atau kelompok-kelompok.Apabila
kestabilan ekonomi tergugat, maka masalah atau konflik akan bertambah hebat.
Diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit nyata merupakan faktor yang utama
pendorong berlakunya konflik etnik dan ras. Terdapat sesetengah masyarakat negara-negara
tertentu masih menilai kemampuan seseorang mengikut kaum, etnik dan kelas sosial. Ada
kaum-kaum tertentu diletakkan pada status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Hak
kaum lain yang status lebih rendah dalam soal pembahagian kawasan perumahan, peluang
pelajaran dan pekerjaan masih dipertikaikan. Permodenan dan pembangunan ekonomi
secara dasarnya tidak memanafaatkan kaum yang berstatus rendah ini.
Layanan atau pandangan yang berbeza-beza diberikan oleh individu atau kelompok terhadap
individu atau kelompok yang lain. Konflik akan hanya wujud apabila mereka memandang dan
menganggap bahawa perbezaan ras, kebudayaan, agama, kelas sosial atau lain-lain lagi
sebagai sesuatu yang boleh membezakan taraf, kedudukan dan sebagainya. Ini terletak pada
pandangan mereka sendiri. Ia juga boleh disebut sebagai diskriminasi. Andainya wujud hak
kesamarataan atau beranggapan bahawa semua ahli masyarakat adalah sama maka tidak
akan wujud konflik . Ini dapat dilihat dari perspektif “transcendentalisme” di mana sifat murni
diri perlu wujud agar terhindar konflik etnik dan ras.
Penubuhan organisasi demikian bukan sahaja menghadkan keanggotaannya kepada anggota
dari kumpulan etnik tertentu tetapi juga bertujuan untuk melindungi dan memperjuangkan
kepentingan kumpulan yang diwakilinya. Dengan wujudnya begitu banyak organisasi yang
berasaskan etnik dan ras, jelas menunjukkan betapa besarnya pengaruh perasaan perkauman
itu di kalangan masyarakat. Kegiatan dan perjuangan organisasi-organisasi demikian boleh
mendorong kepada peningkatan darjah polarisasi etnik dan ras.
Salah satu punca berlakunya konflik adalah kepelbagaian budaya (cultural diversity) yang
ketara dan kewujudan usaha pemeliharaan status quo di kalangan etnik, tetapi tidak
diterapkan unsur-unsur integrasi nasional.
Golongan elit seringkali memperalatkan perasaan perkauman ini untuk mencapai tujuan
politik mereka dengan menggunakan isu-isu sensitif perkauman. Perasaan perkauman itu
dijadikan mekanisma bagi memperkuatkan persaingan atau perebutan kuasa di kalangan
mereka. Golongan elit ini juga seringkali akan menggunakan media massa samada surat
khabar ataupun media elektronik untuk menyebarkan tuntutan atau isu-isu yang mereka
timbulkan itu.

Langkah-Langkah Mengatasi Konflik etnik dan Ras
Konflik etnik dan ras ini tidak akan menguntungkan sesebuah negara itu mahupun
rakyatnya. Ramai rakyat yang tidak berdosa telah terkorban dan banyak harta yang

musnah. Malah ia membawa kerugian dan pengalaman pahit kepada rakyat di negara
yang berlakunya masalah konflik etnik dan ras.
Konflik etnik dan ras di sesebuah negara boleh di atasi dengan beberapa langkah dan
strategi untuk mempastikan peristiwa yang sedemikian rupa tidak akan terjadi.
Di antara langkah-langkah penting yang perlu dilakukan dengan membasmi
kemiskinan tanpa mengira perbezaan etnik dan ras. Sesebuah masyarakat perlu dibuat
penyusunan semula untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi di antara
kumpulan etnik dan menghapuskan pengenalan etnik dengan kegiatan ekonomi dan
kawasan tempat tinggal. Dalam masyarakat tersebut kepentingan umum akan lebih
diutamakan daripada kepentingan kaum atau kumpulan-kumpulan yang tertentu.
Kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam sesebuah negara akan dijamin dalam
perlembagaannya. Dengan ini satu masyarakat adil dapat dilahirkan, semua rakyatnya
mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran negara mereka,
kekayaan negara pula akan diagihkan secara saksama dan tidak akan dibenarkan
berlaku pemerasan manusia oleh manusia. Organisasi politik yang berasaskan kepada
kepentingan etnik perlu dihapuskan dan mewujudkan percampuran di antara etniketnik untuk mewujudkan sebuah organisasi yang sependapat.
Sistem pendidikan juga boleh memainkan peranan yang berkesan untuk menjamin
keamanan sesebuah negara yang mempunyai pelbagai golongan etnik dan ras. sistem
pendidikan ini boleh menjadi agen sosialisasi bagi memupuk keperibadian dan
kesedaran bersama di kalangan rakyat negara-negara yang terlibat.
Melalui pendidikan jugalah sesebuah negara itu dapat melahirkan perpaduan dan
persefahaman antara golongan etnik dan ras. Sikap dan pemikiran perkauman di
kalangan pelajar-pelajarnya dapat dikikis dan dihapuskan dengan pendidikan yang
berkesan .
Sebilangan besar parti-parti politik yang berasaskan kepada perjuangan kepentingan
kumpulan etnik masing-masing perlu dibawa bersama ke dalam satu ikatan politik
yang lebih besar. Pembentukan politik campuran ini menyenangkan sesebuah kerajaan
dalam proses pembentukan bangsa yang bersatu. Setiap permasalah yang timbul
dalam kumpulan-kumpulan etnik boleh dibawa berbincang. Politik campuran ini
boleh mencari jalan penyelesaian dalam keadaan berlakunya konflik.
Walaupun semua rakyat inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai
tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan
pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini
timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri.
Kesimpulan
Dalam perbincangan ini kami cuba mengemukakan faktor-faktor yang boleh
menyebabkan berlakunya konflik etnik dan ras di negara-negara Balkan, USA dan
Asia Tenggara. Kesimpulan yang dapat kami perkatakan dalam berlakunya konflik
etnik dan ras ini terdapat persamaan satu negara dengan negara lain. Cuma ada

negara-negara tertentu mempunyai sejarah tersendiri yang boleh menyebabkan
konflik ini berlaku.
Konflik etnik dan ras adalah masalah yang kompleks. Masalah ini muncul dari
keadaan sejarah masyarakat dan berkait rapat dengan aspek politik, ekonomi dan
sosial masyarakat. Dari segi politik, masalah ras tidak dapat dipisahkan dari keadaan
majoriti dan minoriti. Bagi ekonomi pula, apabila keadaan ekonomi tidak seimbang
akan memperhebatkan masalah ras atau perkauman. Perbezaan kebudayaan, bahasa,
agama dan nilai juga boleh merumitkan lagi masalah ras.
Walaupun semua manusia inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai
tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan
pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini
timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri.
Sejarah telah banyak membuktikan kepada kita bahawa konflik etnik dan ras cuma
akan membawa lebih banyak kesan-kesan negatifnya sahaja. Terpulanglah kepada
rakyat di sesebuah negara untuk membuat pilihan yang bijak agar peristiwa yang tidak
diingini tidak berlaku.
Oleh kerana itu faktor-faktor yang bertanggungjawab bagi menyuburkan perasaan
perkauman itu mestilah dibendung dan dikawal demi menjamin keamanan sesebuah
negara itu .

RUJUKAN
Dollard, T., Frustration and Aggression, dalam Macionis, J.J., 1989. Society: The
Basics, Prentice-Hall: New Jersey.

Fredrickson, G. M., White Supremacy: A Comparative Study in American and South
African History, dalam Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New
Jersey.
Fogerquist, A. F., 1995. How the War Started, UCLA.
Katz, Phyllis A., 1976. Towards The Elimination Of Racism, New York: Pergamon
Press.
Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New Jersey.
Oliver C., 1976. Race Relations : Elements And Social Dynamics, Wayne State
University Press: Detroit.
Riedlmayer, A., 1993. A Brief History of Bosnia-Herzegonia, Harvard University.
Sanusi Osman, 1989. Ikatan Etnik Dan Kelas Di Malaysia, Universiti Kebangsaan
Malaysia: Bangi.
Ting Chew Peh, 1983. Konsep Asas Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur.
Van den Berghe, 1967. Race and Racism, dalam Ting, C.P., 1983. Konsep Asas
Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur

Dokumen yang terkait

Keanekaragaman Makrofauna Tanah Daerah Pertanian Apel Semi Organik dan Pertanian Apel Non Organik Kecamatan Bumiaji Kota Batu sebagai Bahan Ajar Biologi SMA

26 317 36

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"

133 700 21

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24

Pencerahan dan Pemberdayaan (Enlightening & Empowering)

0 64 2

KEABSAHAN STATUS PERNIKAHAN SUAMI ATAU ISTRI YANG MURTAD (Studi Komparatif Ulama Klasik dan Kontemporer)

5 102 24

HUBUNGAN ANTARA STRES DAN PERILAKU AGRESIF PADA REMAJA

11 143 2