Pembaharuan Meiji di Jepun Asia Timur Ab

PENGENALAN
Jepun merupakan salah sebuah negara yang telah melalui beberapa fasa penting dalam
proses untuk menuju ke arah sebuah negara maju yang kita lihat pada hari ini. Fasa permodenan
adalah peringkat yang penting dalam pembentukan tamadun Jepun kerana tempoh tersebut
dianggap sebagai satu titik perubahan yang telah membawa kepada kemajuan negara tersebut. 1
Permulaan pemerintahan Meiji pada tahun 1868 merupakan peristiwa penting dalam sistem
pemerintahan Jepun yang sebelum ini dikuasai oleh pemerintahan Shogun yang memerintah
selama hampir 200 tahun. Selain itu, permulaan pemerintahan Meiji atau lebih dikenali sebagai
Restorasi Meiji juga merupakan titik tanda pengakhiran sistem feudal yang telah digantikan
kepada sebuah kuasa pusat iaitu di bawah naungan maharaja yang telah diubahsuai menjadi
bentuk pemerintahan monarki moden.2
Marius B. Jansen (1995) dalam karya beliau:
“... Meiji Restoration brought an end to the ascendency of the warrior class and replaced
the decentralized structure of early modern feudalism with a central state under the aegis
of the traditional soveriegn, now transformed into a modern monarch.”

Para perintis kepada restorasi tersebut telah melaksanakan beberapa siri langkah yang
efektif untuk membina semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat dan golongan pemerintah
di bawah institusi kapitalis sebagai pendorong atau pembakar semangat untuk membawa negara
mereka ke arah kemajuan. Semangat Bushido merupakan kepercayaan lama yang dijadikan
sebagai asas kepada etika politik semasa era restorasi.3 Semangat tersebut telah diterapkan dalam

setiap individu masyarakat dan pemimpin agar bersama-sama dalam melaksanakan perubahan ke
arah permodenan supaya dapat bersaing dengan orang Barat.
Modenesasi pada zaman restorasi dilihat sebagai suatu tempoh pencerahan yang berlaku
atas desakan daripada golongan intelektual dan rakyat yang menginginkan pemerintahan yang
lebih baik. Kelemahan sistem pemerintahan dalam kalangan Shogun telah menjadi titik tolak
kepada pemulangan kuasa pemerintahan kepada maharaja. Peristiwa pada tahun 1863, apabila
1 Marius B. Jansen. (1995). The Emergence of Meiji Japan. United Kingdom: Cambridge
University Press. Hlm 144.
2 Ibid,hlm 144
3 Yan Lu. (2004). Re- Understanding Japan Chinese Perspectives, 1895-1945. University of
Hawaii Press. Hlm 157

sebuah kapal Amerika Syarikat telah ditembak oleh suku Choshu kerana melalui perairan di
Selat Shimonoseki menyebabkan British, Perancis, Belanda dan Amerika mula campur tangan
dalam hal ehwal politik Jepun serta mengenakan pampasan yang berat ke atas pentadbiran
Shogun. Kemudian pada tahun 1866, Sir Harry Parkers bersedia menarik kembali tuntutan
pampasan dengan syarat Jepun menghapuskan dasar pemencilan dan melaksanakan hubungan
perdagangan terbuka.4
George M. Wilson (1992):
...“ The American consul Town sent Harris the English Minister, Harris Parkes hoped to

induced the Tokugawa Bakufu to bring the country into the community of civilized
netizens and end of the “barbarism” of ancient ways which heretofore had kept Japan in
feudal bondage.”

Shogun terpaksa bersetuju dengan permintaan tersebut walaupun menghadapi pelbagai
tentangan sengit daripada rakyat misalnya dari Yedo. Sehubungan dengan itu, semasa musim
luruh 1867, suku Satsuma, Choshu, Tosa, Hizen serta suku-suku dari Barat menuntut agar
Shogun meletak jawatan dan mengembalikan kekuasaan Maharaja yang telah sekian lama
dirampas. Barisan kepimpinan muda telah didominasi oleh golongan samurai muda yang
berperanan sebagai penasihat kepada Maharaja Meiji. Golongan-golongan tersebutlah yang
memainkan peranan penting dalam pergerakan Jepun menuju ke arah pembaharuan sesuai
dengan maksud perkataan Meiji itu sendiri iaitu “kerajaan yang sedar” akan kepentingan untuk
melaksanakan perubahan. Oleh hal yang demikian, penulisan ini akan menganalisa permodenan
Jepun dalam pembangunan politik, ekonomi dan sosial pada abad ke-19.

2.0 PERMODENAN MEIJI DALAM ASPEK POLITIK
4 George M. Wilson. (1992). Patriots and Redeemers in Japan Motives in the Meiji
Restoration. University of Chicago Press. Hlm 50.

2.1 PENGHAPUSAN SISTEM FEUDAL

Semasa Jepun terletak di bawah kuasa kepimpinan Shogun, negara tersebut telah
melaksanakan sistem pemerintahan berbentuk feudal. Pemerintahan pada ketika itu diketuai oleh
seorang yang memiliki kekuatan ketenteraan dan mampu menguasai jumlah tanah yang banyak,
sebagai contoh Tokugawa Ieyasu.5 Setiap kawasan di bawah kuasanya akan diwakili oleh
seorang gabenor yang dilantik dalam kalangan kaum kerabat atau orang bawahan shogun.
Pemerintahan Shogun adalah bersifat autokratik dan terdapat sebuah badan di pentadbiran pusat
yang membantu dalam membuat keputusan pentadbiran untuk negara iaitu dikenali sebagai
sistem Bakufu.6 Selain itu, wujud lagi golongan yang dikenali sebagai daimyo. Mereka adalah
ahli keluarga Shogun yang diberikan tanah dan berkuasa untuk menjalankan pentadbiran di
kawasan yang diberikan. Walau bagaimanapun, setelah berlaku peralihan kuasa sistem
pemerintahan feudal telah dimansuhkan oleh pemerintahan Meiji.
Langkah awal yang di ambil oleh pemerintah pada era restorasi adalah menghapuskan
sistem feudal yang telah dilaksanakan sejak sekian lama oleh pemerintah Keshogunan
Tokugawa. Semasa di awal era restorasi Meiji sebuah badan penasihat yang terdiri daripada
golongan samurai muda kelas rendah telah ditubuhkan. Badan penasihat tersebut dikenali
sebagai Oligarki Meiji, barisan oligarki meiji pada ketika itu melihat sistem feudal sebagai
sebuah tembok yang memisahkan Maharaja dan rakyat jelata. Keadaan tersebut juga
menyukarkan kerajaan pusat untuk melaksanakan dasar atau perubahan yang memerlukan
sokongan daripada rakyat jelata. Sehubungan dengan itu, oligarki Meiji yang terdiri daripada
suku Kido, Okubo, Okurua dan Itagaki Taisuke telah memujuk golongan Daimyo dari suku

kaum Choshu, Satsuma, Toza dan Hizen supaya menyerahkan tanah mereka secara sukarela
kepada Maharaja.7 . Kemudian, pada 3 Mac 1869, sebuah memorandum bersama yang meletakan
tanah-tanah mereka di bawah penguasaan Maharaja telah diserahkan. Pada Julai 1869, daimyodaimyo lain diperintahkan oleh kerajaan Meiji supaya menyerahkan kuasa tanah mereka kepada
kerajaan.8 Sejurus selepas itu beberapa orang pegawai diraja juga telah dilantik di setiap kawasan

5 W.G. Beasley. (1990). The Rise of Modern Japan. United States of America. Hlm 3.
6 Ibid, hlm 4.
7 John Benson dan Takao Matsumura. (2001). Japan: From Isolation to Occupation 18681945. Kuala Lumpur: Pearson Education, hlm. 7.
8 Ibid,hlm 9

tanah feudal. Hal ini bertujuan untuk membuatkan rakyat dan golongan Daimyo sedar bahawa
terdapat sebuah kuasa pusat yang lebih tinggi wujud dalam institusi pentadbiran.
Seterusnya, pada tahun 1871 Maharaja telah mengumumkan penghapusan semua tanah
feudal dan semua tanah menjadi hak milik diraja.9 Pada bulan berikutnya, semua tentera feudal
telah dibubarkan. Pengisytiharan tersebut telah menandakan bahawa berakhirnya kuasa para
daimyo sebagai pembesar sistem feudal. Sebagai tanda penghargaan kepada jasa para daimyo
tersebut, kerajaan telah bersetuju untuk membayar wang saguhati kepada mereka. 10 Bagi
golongan samurai pula mereka diberi kebebasan untuk melakukan sebarang pekerjaan. Walau
bagaimanapun, hak-hak istimewa mereka telah ditarik balik. Mereka tidak dibenarkan lagi
menggunakan dua bilah pedang dengan ini hilanglah identiti mereka sebagai Samurai. 11 Namun

begitu, golongan Samurai tidak memberikan sebarang tindak balas. Hal ini demikian kerana,
sifat semula jadi mereka yang sentiasa taat kepada golongan atasan dan tidak akan memberontak
atau menentang tindakan Maharaja.
2.2 PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN 1889
Pada tahun 1877, telah berlaku penentangan daripada golongan samurai yang mempunyai
jawatan di dalam jabatan pentadbiran terhadap pihak pemerintah. Golongan ini menuntut supaya
diadakan pemerintahan secara berparlimen dan sebuah perlembagaan seperti yang diamalkan di
negara Barat. Hal ini supaya wujud keseimbangan kuasa dalam pemerintahan. Perpecahan yang
wujud dalam kalangan ahli penasihat Satco-Hito telah menyebabkan kekacauan dalam institusi
pentadbiran. Tindakan membentuk badan parlimen dan perlembagaan ini telah disokong oleh
seorang ketua kerajaan yang baru pulang dari sesi lawatan ke Eropah iaitu Kido. 12 Beliau telah
menulis sebuah artikel berkenaan usul tersebut. Menurutnya, “ Jepun perlu merangka sebuah
perlembagaan yang boleh dijadikan panduan untuk semua orang dalam melaksanakan
pentadbiran. Tambahan lagi, melalui perlembagaan tersebut

Jepun akan mendapat

pengiktirafan daripada negara luar dan akan dapat mengurangkan ketidak harmonian rakyat
pada ketika itu.”
9 W. G. Beasley. (1975). Modern Japan: Aspect of History, Literature and Society. London:

George Allen & Unwin Ltd, hlm. 15.
10 Harold M. Vinacke. (1959). A History of The Far East In Modern Times. New York: Appleton
Century Crofts Inc. hlm. 139.
11 W.G. Beasley. (1990). The Rise of Modern Japan. United States of America. Hlm 71
12 Ibid, hlm 73

Ekoran daripada itu, pada tahun 1875 sebuah badan pertubuhan untuk merangka
perlembagaan telah ditubuhkan menggantikan badan penasihat daripada golongan Samurai yang
sebelumnya. Proses merangka perlembagaan tersebut diketuai oleh Iwakura yang dibantu oleh
tiga orang menteri yang terdiri daripada Okuma Shigenobu dari Hisen selaku Menteri
Kewangan, Ito Hirobumi dari Choshu selaku Menteri Pekerjaan Awam, dan Yamagata Aritomo
juga dari Choshu selaku ketua dalam bidang ketenteraan Jepun yang baru.
Pada tahun 1881, Ito dan Iwakura telah membuat garis panduan berkenaan perlembagaan
yang bakal dilaksanakan di Jepun. Setelah diteliti oleh golongan atasan mereka bersetuju dengan
usul yang terdapat dalam garis panduan tersebut namun masih belum diisytiharkan. Seterusnya
pada Mac 1882, Ito telah pergi ke Eropah untuk melakukan lawatan dan mempelajari selok-belok
perlembagaan yang dilaksanakan di sana.13 Beliau telah mendapatkan nasihat daripada Rudolph
Gneist dan Lorenz von Stein yang mana idea mereka telah digunakan dalam draf perlembagaan
Jepun. Dalam perlembagaan tersebut semua kuasa adalah terletak di bawah kuasa Maharaja
termasuklah dalam hal berkaitan pengisytiharan perang dan hal ketenteraan namun semua

keputusan tersebut hendaklah dipersetujui oleh dewan perwakilan iaitu Imperian Diet atau
Shugiin. Perlembagaan tersebut diisytihar dan berkuat kuasa secara rasmi pada tahun 1889.
3.0 PERMODENAN MEIJI DALAM ASPEK EKONOMI
Pengambilalihan kuasa oleh Meiji daripada institusi pemerintahan Tokugawa telah membawa
Jepun kepada sebuah dimensi ekonomi baharu yang boleh dikatakan sebagai “ Enlightenment
”.14 Suatu pencerahan bidang ekonomi yang lebih bersifat terbuka dan menuju ke arah
permodenan. Kedatangan Perry di Jepun bersama kapal wap yang berteknologi tinggi pada
ketika itu telah cukup memberi kesedaran buat golongan Samurai kelas kedua tentang betapa
pentingnya perubahan dalam sistem pentadbiran untuk memajukan kegiatan ekonomi Jepun.
Peristiwa tersebut sedikit sebanyak telah menjadi sumber inspirasi golongan itu untuk
menggulingkan pemerintahan Shogun. Setelah pemerintahan Meiji mula berkuatkuasa, golongan
pemerintah mempunyai visi untuk memajukan ekonomi Jepun supaya negara tersebut dapat
berkembang dari segi kemajuan teknologi dan ketenteraan. Hal ini boleh dikatakan sebagai
kesinambungan daripada usaha pemerintah era Shogun yang terakhir iaitu mempromosi kegiatan
13 Ibid, hlm 76
14 Penelope Francks. (2015). Japanese Economic Development : Theory and Practice.
London: Routledge Taylor and Francis Group. Hlm 40

industri untuk tujuan ketenteraan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1874 Okubo Toshimichi
seorang yang sangat berpengaruh dalam institusi pemerintahan Meiji telah membawa perubahan

dalam pentadbiran sistem ekonomi Jepun. Beliau telah menjadikan Britain sebagai contoh dalam
mengendalikan urusan ekonomi. Menurut beliau, Jepun perlu meningkatkan kuasa produktiviti
yang hanya boleh diperoleh menerusi sektor industrialisasi. Hal ini tidak hanya tertumpu atas
usaha seseorang individu, tetapi memerlukan naungan dan sokongan daripada pihak kerajaan. 15
Sebagai contoh dalam aspek pinjaman modal dan penyediaan kemudahan infrastruktur serta
pendidikan. Semua perkara tersebut perlu dititik beratkan oleh golongan pemerintah. Berikut
merupakan perubahan atau permodenan yang telah dilaksanakan semasa zaman pemerintahan
Meiji.

3.1 KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR
Permodenan utama yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan Jepun untuk memajukan
industri ekonomi adalah dengan menyediakan kemudahan infrastruktur. Hal ini terletak di bawah
tanggungjawab Kementerian Pekerjaan Awam yang diketuai oleh Ito Hirobumi. Sistem
pengangkutan dan perhubungan merupakan aspek yang paling diberikan tumpuan. Pada awal
1871 telah menubuhkan servis pengeposan barangan atau surat di kawasan Tokyo sehingga ke
Osaka yang telah dikembangkan sehingga terdapat lebih 3000 pejabat dalam tempoh masa tiga
tahun yang pertama.16 Sistem telegraf juga kemudiannya dibawa masuk ke Jepun. Bukan itu
sahaja, landasan kereta api juga telah dibina dan diperbanyakkan bagi memudahkan perhubungan
dan penghantaran hasil. Semasa di awal pembinaan, semua landasan kereta api tersebut terletak
di bawah kuasa kerajaan sepenuhnya tetapi selepas beberapa tempoh beberapa landasan telah

diberikan kepada syarikat persendirian untuk menguruskannya. Bandar-bandar seperti Tokyo,
Osaka dan Kyoto telah disediakan landasan kereta api yang terus berhubung dengan pusat
pelabuhan seperti pelabuhan Yokohama atau Kobe.
3.2 PERKHIDMATAN PERKAPALAN
Berbeza dengan zaman kepimpinan Keshogunan Tokugawa yang menegah pembinaan kapal laut
atas dasar tutup pintu, semasa era Meiji aktiviti perkapalan begitu digiat. Hal ini adalah untuk
15 W.G. Beasley. (1990). The Rise of Modern Japan. United States of America. Hlm 104.
16 Ibid, hlm 104.

memudahkan dan menggalakkan aktiviti perdagangan luar Jepun dengan negara lain. Pada 1869
pemerintahan Meiji telah menetapkan pembinaan kapal-kapal moden, hal tersebut telah
diisytiharkan oleh Perdana Menteri Jepun. Sejurus selepas itu, pada tahun berikutnya
pengumuman tersebut diadakan sekali lagi untuk memastikan perkembangan syarikat perkapalan
Jepun.17 Galakan daripada pihak kerajaan itu telah melahirkan seorang pengusaha enjin kapal
yang terkenal iaitu Iwasaki Yataro perintis kepada syarikat terkemuka sehingga kini di bawah
nama Mitsubishi. Dasar keterbukaan pemerintah Meiji dalam perdangangan luar, telah menarik
lebih ramai pedagang-pedagang daripada British, Amerika, Perancis dan German untuk tempat di
pelabuhan Jepun.

3.3 SEKTOR PERTANIAN

Aktiviti pertanian merupakan sektor yang paling banyak menyumbang dalam hasil
ekonomi Jepun. Sektor ini telah menyumbang sebanyak 80 peratus dalam ekonomi Jepun
menerusi sistem cukai tanah yang dikenakan. Sebelum era pemerintahan Meiji sistem cukai yang
dikenakan adalah berbentuk bayaran beras kepada tuan-tuan tanah feudal. Berlainan dengan
sistem cukai era Meiji, pemerintahan ini telah memperkenalkan cukai berbentuk bayaran tunai
yang bergantung kepada nilai tanah.18 Selain itu, untuk memajukan lagi sektor agrikultur Jepun,
sebuah Kolej Agrikultur telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada tahun 1875 di Sapporo dan
1877 di Komaba. Para penuntut kolej tersebut telah diambil berkerja untuk di kawasan pertanian
untuk memberikan nasihat dan bimbingan kepada para petani perihal bidang dan kaedah
pertanian. Hal ini ternyata telah meningkat hasil pertanian, menerusi sistem tersebut telah
diperkenalkan beberapa jenis benih baru yang diimport dan baja kimia yang intensif telah
digunakan.19 Sistem pengairan dan saluran juga turut diperbaiki dan banyak kawasan-kawasan
pertanian baru telah dibuka di beberapa kawasan seperti Hokkaido. Di samping itu, tanaman
dagangan atau komersil seperti teh dan sutera juga digalakkan. Para peneroka baru terutamanya
samurai telah diberi banyak insentif untuk menceburi bidang pertanian.
3.4 PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN DAN SEKTOR PERDAGANGAN LUAR
17 Sterling Seagrave. (1999). The Yamato Dynasty: The Secret History of Japan’s Imperial
Family, London: Bantam Press. Hlm. 32.
18 W.G. Beasley. (1990). The Rise of Modern Japan. United States of America. Hlm 108.
19 Ibid, hlm 108


Perkembangan industri dilihat telah mula berkembang sejak tempoh peralihan kuasa
Keshogunan kepada Meiji. Hal ini disebabkan oleh, permintaan yang tinggi ekoran daripada
masalah wabak yang menyerang ulat sutera di Eropah.20 Industri ini terus berkembang semasa
penerintahan Meiji apabila seorang pengusaha bernama Shibusawa Ei’ichi telah menubuhkan
syarikat yang dikenali sebagai Osaka Cotton Spinning Company pada tahun 1882.21 Beliau telah
menggunakan kemudahan teknologi barat dalam menghasilkan sutera. Pengusaha tersebut telah
menukar corak penghasilan daripada kaedah tradisonal kepada kaedah moden bagi meningkatkan
lagi hasil pengeluaran. Hasilnya industri sutera Jepun telah berjaya menembusi pasaran luar
negara, hal ini ditambahkan lagi dengan kejayaan Jepun mengalahkan China dalam perang
China-Jepun (1895-1896) yang telah membuka jalan perdagangan bagi Jepun menembusi
pasaran di perairan China. Industri sutera tersebut terus berkembang sehingga diawal abad ke-20.
3.5 SISTEM KEWANGAN DAN PERBANKAN
Selari dengan perkembangan ekonomi Jepun, golongan pemerintah turut mengambil
berat tentang sistem kewangan Jepun. Bagi mereka Jepun memerlukan sebuah sistem kewangan
yang memudahkan urusan dana dan perdagangan luar. Kerajaan Meiji telah mengumpul semula
berbagai-bagai wang kertas dan wang syiling yang dikeluarkan oleh Keshogunan Tokugawa.
Sistem mata wang yen yang standard telah dikeluarkan pada 1871. Pada tahun 1872, kerajaan
telah mengarahkan supaya bank-bank ditubuhkan. Dalam tahun tersebut, Bank Mitsui-Ono
ditubuhkan. Kemudian pada tahun 1873, First National Bank yang dianggap sebagai cabaran
kepada pihak Mitsui ditubuhkan. Perkembangan bank-bank terus berlaku dalam tahun 1880an.
Pada tahun 1882, Bank Pusat telah ditubuhkan,diikuti oleh Bank Yokohama Specific yang
menjadi bank asing utama pada 1887.22 Bank tersebut berperanan untuk penguruskan perihal
pertukaran wang asing, pinjaman jangka masa panjang untuk tujuan industri dan agrikulutr. Pada
tahun 1896, kerajaan telah menubuhkan Bank Hypothec sebagai badan pusat bank-bank
pertanian dan perindustrian di 47 wilayah di Jepun. Ini telah diikuti oleh penubuhan Bank
Perindustrian Jepun dalam tahun 1900 untuk membiayai projek-projek perindustrian secara
besar-besaran. Menjelang 1882, terdapat 143 buah bank kerajaan dan separa kerajaan telah
20 Penelope Francks. (2015). Japanese Economic Development : Theory and Practice.
London: Routledge Taylor and Francis Group. Hlm 46.
21 W.G. Beasley. (1990). The Rise of Modern Japan. United States of America. Hlm 110.
22 Penelope Francks. (2015). Japanese Economic Development : Theory and Practice.
London: Routledge Taylor and Francis Group. Hlm 49.

ditubuhkan. Sistem kewangan yang teratur telah menjadikan kerajaan Meiji berada pada
kedudukan kewangan yang stabil. Walaupun terdapat krisis kewangan yang timbul sama ada
masalah domestik atau di dunia luar Jepun berjaya mengawal masalah dengan baik sepanjang
tempoh 1880an-1890an.
4.0 PERMODENAN MEIJI DALAM PENDIDIKAN
Semasa era pemerintahan Meiji, permodenan dalam bidang pendidikan turut diberi perhatian.
Bidang pendidikan telah bermula sejak zaman pemerintahan Keshogunan Tokugawa, hal ini
terbukti apabila terdapat sebilangan golongan Samurai yang dihantar belajar ke luar negara.
Setelah kembali semuala ke Jepun, golongan inilah yang menuntut agar tindakan restorasi segera
dilaksanakan. Pihak kerajaan Meiji melihat pendidikan amat penting untuk memberi kesedaran
kepada rakyat tentang keperluan kemajuan Jepun ke arah permodenan. Disebabkan oleh hal itu,
pelbagai perubahan telah dilaksanakan untuk memastikan sistem pendidikan Jepun dapat
menghasilkan modal insan yang dapat memenuhi keperluan industri. Perkara yang berikut
merupakan antara perubahan yang telah dilaksanakan kerajaan Meiji dalam sektor pendidikan.

4.1 PEMBENTUKAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Plan Pendidikan Kebangsaan atau dikenali sebagai Gakusei pertama kali diusulkan
adalah pada 8 Ogos 1872.23 Gakusei merupakan sebuah dokumen pendidikan yang penting pada
ketika itu. Fukuzawa Yukichi merupakan orang yang bertanggungjawab dalam proses menyusun
plan pendidikan tersebut. Perkara yang terkandung di dalam plan tersebut ialah pendidikan
adalah diwajibkan kepada setiap golongan tanpa sebarang perbandingan kelas sosial dan
jantina24. Selain itu, semua golongan juga diberi pendedahan tentang ilmu yang berkaitan moral,
kemahiran vokasional dan artisan serta bidang-bidang lain yang membolehkan masyarakat Jepun
ketika itu berkembang dan mampu untuk mengusahakan sesuatu demi kepentingan ekonomi
individu dan negara. Di samping itu, satu undang-undang telah dikeluarkan yang mengkehendaki
semua kanak-kanak yang berusia 6 tahun diwajibkan menerima pendidikan selama 4 tahun.
Menjelang tahun 1880, terdapat hampir 28 000 buah sekolah rendah dengan lebih daripada 2 juta
23 Benjamin Duke. (2009). The History Of Modern Japanese Education: Constructing The
National School System 1872-1890. United States of America: Rutgers Press. Hlm 61.
24 Elise K. Tipton. (2002). Modern Japan: A Social and Political History. London: Routledge
Taylor & Francis Group. Hlm 65.

pelajar. Pada tahun 1886 pula, Mori Arinori iaitu Menteri Pelajaran telah mengubal sistem
pelajaran yang ada di mana sekolah rendah adalah selama 8 tahun sementara sekolah menengah
pula selama 4 tahun.

4.2 SISTEM PENDIDIKAN DAN KURIKULUM BARAT
Sistem pendidikan dibawah kuasa Meiji amat menggalakkan sistem pembelajaran moden.
Antara perubahan yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan ialah dengan mengamalkan sistem
kurikulum barat. Hal ini merupakan cadangan daripada golongan intelektual yang telah terdedah
dengan pendidikan barat semasa di akhir pemerintahan Shogun. Bagi menjayakan lagi sistem
pendidikan ini Meiji telah membawa masuk penasihat dan guru daripada barat yang bertindak
sebagai penasihat pendidikan dan juga tenaga pengajar di sekolah-sekolah. Di samping itu, bukubuku teks yang digunakan semasa zaman tersebut adalah berdasarkan buku barat yang
diterjemah kepada bahasa Jepun. Walau bagaimanapun, Jepun tidak menerima semua pengaruh
daripada Barat secara membuta tuli. Mereka hanya menerapkan sebahagian yang dirasakan
sesuai dan perlu untuk kemajuan intelek dan kepentingan ekonomi negara. Sebagai contoh, pada
masa tersebut pendidikan dalam bidang kejuruteraan dan pengajaran sains begitu diambil berat.
Hal ini kerana mata pelajaran tersebut amat penting untuk kemajuan inovasi dalam
meningkatkan hasil produktiviti negara. Demi mencapai objektif tersebut pada tahun 1871,
terdapat seramai 54 orang pelajar telah dihantar ke Britain untuk mempelajari aspek ketenteraan
laut dan perkapalan perdagangan, ke Jerman pula untuk mempelajari aspek tentera darat dan
ilmu perubatan dan ke Amerika pula untuk mempelajari perkara-perkara mengenai perdagangan
dan ekonomi.25 Selepas beberapa tempoh, pentadbiran Meiji sedar bahawa mereka tidak
seharusnya bergantung sepenuhnya dengan pusat pengajian Barat kerana perkara tersebut akan
mampu menggugat kestabilan kepimpinan yang ada. Justeru, Kementerian Pendidikan telah
mengambil langkah untuk menubuhkan institut pengajian tinggi sendiri 26. Pada tahun 1877,
universiti yang pertama dan terkenal iaitu Universiti Diraja Tokyo telah ditubuhkan. Menjelang
1910, beberapa buah universiti diraja lain telah ditubuhkan di Sapporo, Sendai, Kyoto dan

25 Benjamin Duke. (2009). The History Of Modern Japanese Education: Constructing The
National School System 1872-1890. United States of America: Rutgers Press. hlm 68.
26 Ibid, hlm 69.

Fukuoka. Selain sistem pelajaran negera, sekolah-sekolah, maktab-maktab dan universitiuniversiti swasta juga telah ditubuhkan.

4.0 PEMBAHARUAN DALAM ASPEK KETENTERAAN
Bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara Jepun terjamin, pemerintahan maharaja
Meiji begitu mengambil berat tentang permodenan dalam bidang ketenteraan. Golongan
pemerintah sedar akan kekuatan ketenteraan negara Barat yang jauh berbeza dengan Jepun.
Disebabkan oleh hal itu, birokrasi yang bertangunggjawab telah melakukan perubahan dengan
mempelajari teknik peperangan dan senjata daripada negara Barat seperti Britain, Jerman,
Perancis dan Amerika Syarikat. Pemerintahan Meiji juga telah memperkenalkan beberapa polisi
baru dalam hal ketenteraan iaitu melakukan polisi kerahan tentera dan polisi memodenkan
angkatan tentera darat dan laut Jepun. Selari dengan polisi tersebut hak samurai dalam perihal
ketenteraan telah ditarik semula dan terbuka kepada semua jenis lapisan sosial masyarakat.27
Piotr Olender(2014),“In 1871, all feudal domains returned to the state and state
privilages
were revoked making all citizens equal before the law”.
Pemerintahan Meiji telah meneruskan tradisi Bakufu dengan memberikan latihan
ketenteraan kepada para tentera dibawah pengawasan daripada wakil Perancis yang juga
berperanan sebagai penasihat dalam organisasi ketenteraan Jepun.28 Pada tahun, 1875 Jepun
menubuhkan institusi latihan yang merekrut seramai 2500 orang pekerja, dengan kemudahan
sebuah kilang senjata, perkarangan kelengkapan perang dan kawasan untuk latihan. Kemudian
1878, Jepun telah menghantar dua komander ketenteraan yang terdiri daripada Katsura Taro dan
Kawakami Soroku selama beberapa tahun untuk mendalami ilmu ketenteraan di Jerman. Mereka
telah diberi pendedahan tentang kejuruteraan senjata terutama dalam penggunaan senjata
meriam.
Seterusnya, semangat ketenteraan telah diterapkan didalam jiwa para rakyat yang
bertujuan untuk menanam semangat patriotisme, taat setia dan mengikut perintah. Dalam masa
yang sama Angkatan Tentera Laut Jepun juga telah mengalami perkembangan dan modenisasi
yang pesat. Kementerian Angkatan Laut telah ditubuhkan pada 1872. Menjelang tahun 1873,
27 Piotr Olander. (2014). Sino-Japanese Naval War 1894-1895. Poland: Stratus s.c . Hlm 12.
28 W.G. Beasley. (1990). The Rise of Modern Japan. United States of America. Hlm 64.

Jepun mempunyai 17 buah kapal perang yang setanding dengan kapal perang Amerika Syarikat.
Kemudian dalam tempoh setahun sahaja iaitu pada tahun 1875, 2 buah kapal api telah dibina.
Pada tahun 1876 pula, 3 buah kapal besar dibeli dari Britain. Menjelang tahun 1874 pula,
kerajaan Meiji mempunyai 28 buah kapal moden dengan jumlah isipadu 57000 tan serta 24 buah
anak-anak kapal perang dan torpedo.29 Proses modenisasi angkatan tentera telah menelan
perbelanjaan yang besar dan membebankan. Hampir 1/3 belanjawan negara adalah untuk
perbelanjaan ketenteraan. Melalui tindakan tersebut, dapat kita lihat betapa kerajaan Meiji
mementingkan kewujudan suatu angkatan tentera yang moden dan berkuasa. Kejayaan
permodenan dalam ketenteraan Jepun dapat dilihat menerusi perang antara China-Jepun pada
tahun 1894-1895 yang mana menyaksikan kemenangan Jepun sekaligus berjaya menguasai
Korea. Hal ini juga merupakan satu titik tolak yang menyebabkan negara barat mula menukar
persepsi terhadap tamadun Jepun.

5.0 IDEOLOGI DAN KEAGAMAAN
Ideologi memainkan peranan yang penting dalam institusi pemerintahan Meiji dan telah
dijadikan sebagai alat untuk meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Jepun.
Ideologi yang diketengahkan pada ketika itu dikenali sebagai Kokutai dengan menekankan
tentang kesetiaan dan ketaatan kepada Maharaja yang dianggap suci.30 Seiring dengan ideologi
tersebut, pemimpin-pemimpin Jepun juga telah memperkenalkan agama rasmi iaitu Shinto
Negara yang sebelumnya dikenali sebagai Shintoisme. Shintoisme merupakan satu agama purba
yang terdiri daripada empat bentuk iaitu Shinto Istana Diraja (Koshitsu Shinto), Shinto Tempattempat Suci ffinja Shinto), Shinto Mazhab (Kyoha Shinto) dan Shinto Rakyat (Minkan Shinto).
Semasa pemerintahan Meiji agama Buddha telah diasingkan dan disekat oleh pemimpinpemimpin Meiji. Pada tahun 1871, sebanyak 18,000 kuil telah ditutup, kitab-kitab suci dibakar
dan sebarang upacara rasmi agama Buddha yang dulunya menjadi amalan telah disekat
sepenuhnya. Penghapusan agama Buddha pula kemudian digantikan dengan pengukuhan ilmu
Konfusianisme atau Kung Fu Tze. Ilmu konfinisme diteruskan kerana etika dan amalan yang
dianjurkan dalam ajaran tersebut dilihat mampu membentuk dan menerapkan amalan-amalan

29 Ibid,hlm 65.
30 Carol Gluck. 1985. Japan’s Modern Myths: Ideology in The Late Meiji Period. New Jersey:
Princeton University Press. Hlm 17.

murni dalam kalangan masyarakat Jepun terutama sekali golongan muda. 31 Gabungan agama
Shinto dan ajaran konfusianisme telah dapat mengekalkan amalan dan nilai-nilai tradisonal yang
sebelumnya dan dapat membawa kepada kesedaran moral sekaligus meningkatkan jati diri
masyarakat Jepun pada ketika itu. Di samping itu, pemimpin-pemimpin era Meiji juga telah
membenarkan perkembangan agama Kristian di Jepun pada tahun 1870-an. Antara kawasan yang
giat mengamalkan agama tersebut ialah Yokohama, Nagasaki dan Hakodate. Beberapa pusat
keagamaan misalnya di Nagasaki (Khatolik Roman), Yokohama (Presbyterian) dan Hakodate
(Gereja Ortodoks Greek) telah ditubuhkan. Pembukaan sekolah-sekolah agama Kristian oleh
mubaligh- mubaligh dan pencetakan

majalah-majalah agama Kristian giat dilaksanakan.

Selepas beberapa tempoh waktu, muncul beberapa persatuan atau kumpulan berfahaman
nasionalis seperti Nippon-sin (The Japanese), Nippon Kokkyo Daido-sha (Persatuan Cara
Agung, Agama Kebangsaan Jepun). Persatuan dan kumpulan ini bermatlamat untuk menyanjung
tradisi serta warisan negara dengan mengetepikan pengaruh kebudayaan Barat.

RUMUSAN
31 W.G. Beasley. (1990). The Rise of Modern Japan. United States of America. Hlm 81.

Pemulangan kuasa pemerintahan kepada Maharaja Meiji tidak dapat dinafikan membawa kepada
pelbagai perubahan dalam aspek politik ekonomi dan sosial Jepun. Kepimpinan Shogun yang
sebelumnya menyekat kebebasan masyarakatnya kini telah bebas melakukan sebarang bentuk
perubahan di bawah pemantauan kuasa pusat. Kepelbagaian dasar yang diperkenalkan oleh
pemimpin-peminpin Meiji telah menjadikan Jepun sebagai sebuah negara yang maju dalam
bidang industri. Selain itu, jalinan hubungan Jepun dengan negara barat yang lebih bersifat
terbuka mengubah Jepun daripada sebuah tamadun yang mengamalkan pemencilan kepada
sebuah negara yang lebih terbuka. Benarlah kata pendeta bahawa “Ilmu itu penyuluh hidup”,
pepatah tersebut dapat dilihat menerusi kegigihan masyarakat Jepun pada abad ke-19 menuntut
ilmu sehingga ke luar negara untuk melakukan pembaharuan telah memacu Jepun ke sebuah
dimensi pencerahan yang memberangsangkan. Kesannya, Jepun telah dikenali sebagai sebuah
negara industri yang kaya dan memiliki sebuah kuasa ketenteraan yang setaraf dan mampu
menyaingi kuasa-kuasa Barat. Bukan itu sahaja, dalam melaksanakan pelbagai usaha menuju
permodenan, satu sikap yang sewajarnya dijadikan contoh oleh negara lain ialah bagaimana
pemimpin-pemimpin Meiji pada ketika itu mampu mengekalkan jati diri masyarakatnya.
Walaupun berdepan dengan pengaruh barat yang semakin menular dalam kehidupan seharian,
tetapi nilai dan etika tradisional masih tetap diamalkan sehingga kini. Sikap tersebut perlu
dijadikan teladan masyarakat moden pada hari ini, agar identiti sesebuah negara yang sedia ada
dapat dipelihara dan tidak luput ditelan arus zaman.