Menaik taraf sistem Peparitan Kota Kinab

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan
Ekonomi Perancangan dan Pembangunan
BC 30603
Perancangan dan Penilaian Projek
Tuan Haji Dullah B Haji Mullok
Tajuk Projek
Skop Lokasi

BIL
1.
2.
3.
4.
4.
5.
6.

: Menaik taraf sistem Peparitan Kota Kinabalu
: Jalan UMS (berhadapan dengan 1 B Hypermall dan
Alamesra


NAMA
Nurul Suhada Bt Ahmad
Fitrayanti Bt Rahman
Najaha Bt Hussien
Nor Umira Nazira Bt Nazir
Norfarizah Bt Jembri
Nurfarhana Bt Juani
Siti Jubaidah Bt Kamsin

NO MATRIK
BB 12110466
BB 12110156
BB 12110364
BB 12110401
BB 12160801
BB 12110425
BB12110550

Tarikh Akhir Hantar : 29 Oktober 2014


TANDATANGAN

ISI KANDUNGAN
BIL

PERKARA

MUKASURAT

1

Pendahuluan

2

2

Latar belakang

4


3

Penyataan masalah

5

4

Objektif Projek

6

5

Lokasi projek

8

6


Analisis kos dan faedah

9

7

Risiko dan ketidakpastian

14

8

Kesan kepada persekitaran
-

Positif

16


-

Negatif

17

9

Analisis kepekaan

20

10

Kesimpulan/cadangan

24

11


Lampiran

25

12

Biblografi

29

1

Pendahuluan
Di dalam kitab Ibnu al-Rurni „Kitabul I‟lan bi Ahkam Bunyan‟ atau The Book Communicating
Building Solution‟ ada menyatakan tentang masalah sistem peparitan dan saliran ataupun
longkang. Ia merupakan implimentasi keimanan dalam tindakan terhadap Pencipta dan
persekitaran terutamanya. Di samping mengemukakan kaedah membina saliran yang betul
untuk menyalirkan air hujan dan juga air kumbahan atau air kotor yang di fahamkan sebagai
longkang


atau

parit,

kitab

beliau

juga

ada

membicarakan

tentang

tanggungjawab

membersihkan dan menjaganya. (Zakiyah J., 2001)
Oleh itu, sistem perparitan sangat memainkan peranan yang penting bagi proses

pengawalan saliran pembentungan dari permukaan serta pengawalan kualiti air. Saliran
berfungsi untuk mengalirkan larian air ke kawasan tadahan air hujan misalnya seperti sungai,
tasik, laut dan juga kaki-kaki bukit. Justeru itu, jika sistem peparitan tidak di bina dengan
sempurna, hal ini akan menyebabkan berlakunya masalah banjir kilat dan juga tanah runtuh
akibat struktur tanah yang lemah dan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu
kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan gravity.
Pergerakannya adalah dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah iaitu mengikuti cerun
akibat tindak balas terhadap daya tarikan graviti. Pergerakannya boleh disertai dengan agen
pembawa seperti aliran air. ( Mariana S. A.I, 2005)
Sistem perparitan ini juga merupakan suatu sistem penting yang turut berperanan untuk
menghalang tindakan air dari mengurangkan kekuatan dan ketahanan struktur tanah. Fungsi
asas sistem perparitan ini adalah mengalirkan air larian permukaan ke kawasan tertentu yang
lebih selamat dan ekonomi. Sistem ini juga merupakan sub sitem penempatan keseluruhannya.
Ia turut mempunyai peranan dalam aspek ekonomi, kesihatan, keselesaan dan keselamatan
awam. Perancangan bagi suatu sistem hendaklah selaras dengan perancangan pembangunan di
kawasan terbabit bagi memastikan sistem perparitan tersebut memenuhi keperluan. (Bazlan S.,
2010)
Perancangan bagi sistem menaiktaraf sistem perparitan hendaklah dirancang dengan
mengambil kira kepentingan sistem perparitan secara khusus. Unsur-unsur bagi penilaian
sistem perparitan ini perlulah diambil kira dalam memenuhi kehendak asas penempatan

misalnya seperti laluan semulajadi larian air, saluran-saluran dan pembentung. Masalah yang
perlu diberi perhatian adalah keadaan banjir, hal ini disebabkan kelemahan perancangan pada
sistem perparitan perbandaran menyebabkan pertambahan larian air akibat pertambahan
2

kawasan yang tidak telap air yakni kawasan yang tidak meresap air misalnya jalan yang telah
diturap dengan simen atau jalan raya. Kecekapan suatu sistem dalam mengendalikan dan
mengawal larian air permukaan dapat mengawal kerosakan atau kehilangan nyawa. (Bazlan S.,
2010)
Di samping itu, aspek-aspek perancangan, pembinaan, rekabentuk, perlaksanaan dan
pengendalian sistem saliran perlu diambil kira supaya ianya mampu menjana pembangunan
dari sudut sosioekonomi dan kualiti persekitaran dapat di tingkatkan. Perancangan dan
rekabentuk peparitan dan saliran yang mengikut standard yang telah ditetapkan adalah penting
bagi mengurangkan risiko fenomena banjir dan sebagainya. Selain itu, Perancangan yang baik
dalam sistem perparitan di sepanjang bahu jalan bagi mengelakkan masalah takungan air juga
turut merupakan solusi bagi menangani masalah tersumbat. (Mariana S. A.I, 2005)
Oleh itu, kami cuba mengatasi masalah sistem saliran di bahagian lokasi yang kami
cadangkan dengan cara kami menaiktaraf sistem peparitan menggunakan roadside drain pada
kedua-dua bahagian jalan yang sebelum ini peparitan yang sedia ada hanya ada di bahagian
tengah jalan raya. Ia memerlukan hampir 4.0 kilometer untuk menyalurkan air hujan yang

bertakung di jalan raya ke Sungai Rempayan iaitu 1.9 kilometer dari lokasi kejadian. Kami
mendapati ianya mampu membantu mengatasi masalah utama bagi lokasi tersebut iaitu sistem
saliran air.

3

Latarbelakang
Kota Kinabalu merupakan sebuah bandar utama di Negeri Sabah di bawah Bayu. Kota
Kinabalu yang bermula dari kawasan persisiran pantai yang dipenuhi belukar yang telah
bertukar menjadi sebuah Bandar besar yang sibuk dan sesak dengan kepadatan penduduk dan
pembangunan yang semakin berkembang.
Dari segi budaya dan sejarahnya, negeri Sabah mempunyai populasi penduduk pada
tahun 2010 iaitu seramai 5,943 000 juta orang dan rakyat yang berbilang bangsa yang terdiri
daripada pelbagai suku dan kaum serta di fahamkan mempunyai 35 suku kaum. Kaum-kaum ini
mempunyai adat resam, kebudayaan dan agama mereka masing-masing. Di samping itu, dari
segi taraf hidup, rata-rata penduduk asli Bumi Sabah menikmati kehidupan yang mewah. Hal ini
kerana, hasil usaha kerajaan yang senantiasa ingin meninggikan taraf hidup dan ekonomi
mereka yang banyak tertumpu kepada kaum Bumiputera melaui bantuan pendidikan,
bimbingan, perniagaan dan sebagainya. Kegiatan ekonomi Sabah banyak tertumpu pada aktiviti
mengeksport kayu balak dimana, hutan negeri ini kaya dengan pelbagai jenis pokok kayu yang

bermutu tinggi. Oleh sebab itu, sektor perhutanan menjadi tulang belakang bagi ekonomi
negeri Sabah. ( Kim T.L dan Norzima, 1994)
Sabah mempunyai keluasan 73 711 kilometer persegi. Sabah merupakan negeri yang
kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. ( Kim T.L dan Norzima, 1994) Keluasan lokasi
projek menaiktaraf sistem perparitan yang akan di jalankan adalah bersamaan 351 kilometer
persegi iaitu di daerah Kota Kinabalu. Lokasi projek menaiktaraf sistem peparitan ini
menfokuskan kepada laluan utama dari Pekan besar Kota Kinabalu ke Tuaran dan ke utara
Sabah iaitu Kundasang, Tamparuli, Ranau , Kudat, Kota Belud dan sebagainya. Lokasi ini juga
berhadapan dengan Gedung Membeli belah terbesar di Sabah iaitu 1B Hypermall dan
berhampiran dengan Universiti yang menjadi kebanggaan Bumi Sabah iaitu Universiti Malaysia
Sabah. Lokasi ini juga merupakan laluan utama ke bangunan pentadbiran Kota Kinabalu dan
laluan utama bagi pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah khususnya.
Di samping itu, lokasi yang kami akan jalankan ini biasanya mempunyai masalah banjir
yang kerap di mana terdapatnya sisa pembentungan yang tidak effisien dan menyebabkan air
hujan bertakung di jalan raya seterusnya akan menghalang perjalanan kenderaan yang melalui
jalan tersebut. Maka dengan itu, kami menilai masalah utama dalam berpandukan
permasalahan yang diutarakan oleh masayarakat yang merasainya sendiri.

4

Penyataan Masalah
Masalah yang dihadapi di kawasan kajian kami ialah banjir yang berlaku akibat dari
hujan yang berterusan disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak cekap dan tidak terurus.
Dimana, jumlah sistem perparitan yang dibina adalah kurang dan kecil. Keadaan ini
menyebabkan parit tersebut tidak dapat menampung jumlah air terutamanya ketika musim
hujan. Selain itu, sistem perparitan yang tidak cekap menyebakan air melimpah ke jalan raya
dan kawasan sekeliling yang berhampiran dengan sistem perparitan. Keadaan ini bukan sahaja
menimbulkan masalah banjir bahkan menimbulkan kesesakan jalan raya yang sekaligus
memberi kesusahan kepada pengguna jalan raya untuk lalu kawasan tersebut. Oleh itu sistem
perparitan memerlukan pengawasan yang berterusan terutamanya kawasan-kawasan yang
kerap berlakunya masalah banjir. Di samping itu, sistem perparitan perlu di selenggara dari
semasa ke semasa untuk mengelakkan parit tersumbat. (Hamidi Ismail & Tuan Pah Rokiah Syed
Hussien, 2003)
Kawasan kajian kami ialah kawasan sekitar hadapan 1Borneo Hypermall yang
merupakan salah satu kawasan yang mampan dengan pembandaran. Pembandaran yang pesat
di sekitar 1Borneo menyebabkan banyak kawasan yang di modenkan, di mana kawasan tanah
rendah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit dan anak sungai serta
lembah yang telah ditembus dikawasan tersebut. Pembandaran yang pesat menyebabkan
banyak tanah lapang yang disimen untuk aktiviti pembangunan, perniagaan, pendidikan dan
perumahan di kawasan sekitar kajian kami. Oleh itu, air hujan tidak mampu diserap oleh bumi
yang menyebabkan masalah banjir ketika hujan lebat dan berterusan. Perkara ini diburukkan
lagi apabila di kawasan tersebut mempunyai sistem perparitan yang tidak effisien dan kecil
untuk menjimatkan ruang di kawasan berkenaan. (Malaysian Ghost Research Dalam
Pendidikan)
Hasil tinjauan kami, kawasan sekitar berhadapan 1Borneo Hypermall mempunyai sistem
perparitan yang tidak terurus dimana terdapat beberapa parit yang tersumbat dan berbau.
Sistem perparitan yang tidak terurus menunjukkan parit di kawasan tersebut mempunyai
longgokan sampah, kayu-kayu, bekas-bekas botol, daun-daun dan sebagainya menyebabkan
parit tersumbat. Keadaan ini sekaligus mengakibatkan pengaliran air menjadi tidak lancar.
Kawasan parit yang tersumbat turut menganggu masyarakat setempat kerana parit tersebut
mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dalam jangka masa yang lama. Bahkan jika
perkara ini dibiarkan, ianya turut mengundang penyebaran penyakit seperti demam denggi
kerana pembiakan nyamuk ADIS di kawasan parit tersebut. (Rahimana 2010)
5

Objektif Kajian
Objektif daripada Pojek naik taraf sistem perparitan di kawasan Kota Kinabalu adalah:
1.

Meningkatkan taraf saliran perparitan

2.

Menjadikan kota kinabalu bandar yang selamat dan bersih

3.

Mengurangkan kadar kebajiran yang berlaku di kawasan Kota Kinabalu

4.

Meningkatkan keselesaan penduduk setempat.

Objektif untuk meningkatkan taraf saliran perparitan di Kota Kinabalu adalah untuk
meningkatkan taraf aliran air yang lebih terancang di perparitan yang sering kali dilanda banjir.
Dengan meningkatkan taraf saliran perparitan ini, ia dapat menampung kandungan air yang
akan melalui saliran tersebut. Oleh itu, sekiranya hujan turun dalam jangka waktu yang panjang
kawasan yang sering dilanda banjir tidak lagi mengalami kesulitan ini.
Seterusnya objektif bagi menaik taraf sistem perparitan ini bertujuan untuk menjadikan
Kota Kinabalu sebuah bandar yang selamat dan bersih adalah kerana, apabila bandar Kota
Kinabalu sering kali dilanda banjir atau parit tersumbat ia akan memberi kesan kepada
kesalamatan rakyat setempat serta mencemari keindahan dan kebersihan bandar Kota
Kinabalu. Hal ini kerana apabila banjir dan parit tersumbat berlaku ia akan menyebabkan
pelbagai penyakit akan timbul dimana akan membuatkan keselamatan rakyat setempat akan
terjejas. Tambahan lagi, apabila berlaku banjir atau parit tersumbat berlaku akan menimbul bau
yang tidak menyenangkan serta banyak sampah sarap. Situasi ini akan menyebabkan
kebersihan di bandar Kota Kinabalu dicemari.
Mengurangkan kadar kebajiran yang berlaku di kawasan Kota Kinabalu menjadi objektif
dalam menaik tarafkan sistem perparitan di Kota Kinabalu kerana, apabila sistem perparitan di
Kota Kinabalu di naik tarafkan ini akan menyebabkan parit dapat menampung jumlah air yang
banyak ketika hujan. Bahkan ia dapat menyalirkan air dengan baik serta menggurangkan
takungan air yang akan menyababkan banjir yang kecil, bau serta kerosakan jalan. Projek
menaik taraf perparitan ini akan membuatkan saiz parit akan lebih besar dan kedalam sesebuah
parit itu lebih dalam daripada parit biasa. Ini akan menjadikan parit tersebut lebih efektif untuk
mengalirkan air dan menampung air hujan ketika musim hujan.
Banjir dilaporkan sering berlaku akibat sistem perparitan yang tidak efektif bukan sahaja
berlaku di bandar Kota Kinabalu tetapi juga berlaku di setiap negeri sebagai contoh di Kuala
Krau, Kuantan dan negeri-negeri lain yang sering dilaporkan dalam akhbar. Melalui petikan
6

akhbar dari berita wilayah, kerajaan telah memperuntukkan RM6.05 juta untuk menaik taraf
sistem perparitan di George Town. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan dan Pengurusan
Lalu Lintas negeri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri bercadang untuk meningkatkan
keupayaan kadar air longkang sedia ada i kawasan berkenaan yang berukuran dua meter ke
saiz yang lebih besar iaitu 3.6 meter hingga 4.8 meter. Beliau berkata lagi “ Saya percaya orang
Pulau Pinang tahu keadaan di Jalan Transfer dan Jalan Hutton, iaitu kawasan yang selalu
dilanda banjir sejak berpuluh-puluh tahun. Antara penyumbang kepada banjir adalah alitan air
balik yang tinggi di laut”. (Berita Wilayah: Naw Naw KLS, 15 okt 2014)
Menaik taraf perparitan ini bukan sahaja mengurangkan kadar banjir bahkan
meningkatkan keselesaan kepada penduduk setempat. Hal ini kerana, jika saliran perparitan
semakin baik, ia memberi keselesaan kepada penduduk setempat dengan menggurangkan
kesesakan jalan raya, menggurangkan kerosakan jalan serta memberi keselesaan kepada orang
ramai yang tinggal dan melalui kawasan tersebut. Malah, ia juga menunjukkan bahawa rakyat
Malaysia sangat prihatin terhadap kebersihan berikutan bandar Kota Kinabalu merupakan
tempat fokus pelancongan dari dalam mahupun luar Negara. Apabila kesesakkan jalan berlaku
akibat daripada parit tersumbat dan menyebabkan banjir, orang ramai terpaksa menggunakan
satu jalan sahaja untuk ke tempat yang ingin dituju dan ini akan menyebabkan penduduk di
kawasan tersebut tidak berasa selasa dangan keadaan seperti itu. Tambahan lagi, bajir dan
parit tersumbat akan menyebabkan jalan raya mengalami kerosakan. Hal ini kerana, air yang
bertakung akan menyebabkan tanah mendap dan merosakkan tar jaln hingga membuatkan
jalan berlubang. Keadaan ini membuatkan para pemandu kenderaan tidak selamat ketika
memandu.

7

Lokasi Projek
Keluasan lokasi projek menaiktaraf sistem perparitan yang akan di jalankan adalah
bersamaan 351 kilometer persegi iaitu di daerah Kota Kinabalu. ( Kim T.L dan Norzima, 1994).
Akan tetapi lokasi projek kami ini hanyalah di laluan utama dari Pekan besar Kota Kinabalu ke
Tuaran dan ke utara Sabah iaitu Kundasang, Tamparuli, Ranau, Kudat, Kota Belud dan
sebagainya. Lokasi ini juga berhadapan dengan Gedung Membeli belah terbesar di Sabah iaitu
1B Hypermall dan berhampiran dengan Universiti yang menjadi kebanggaan Bumi Sabah iaitu
Universiti Malaysia Sabah. Lokasi ini juga merupakan laluan utama ke bangunan pentadbiran
Kota Kinabalu dan laluan utama bagi pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah khususnya.
Kawasan ini acap kali dilanda banjir terutama sekali apabila berlakunya hujan yang
berpanjangan menyebabkan kesesakkan jalan di kawasan tersebut. Hal ini kerana, pemandu
terpaksa mengelak kawasan yang dalam supaya kenderaan mereka tidak menggalami
kerosakan seperti dimasuki air pada enjin kenderaan. Di kawasan ini turut terdapatnya sistem
peparitan yang sedia ada tetapi sistem tersebut jauh dari lokasi yang sering berlakunya banjir.
Dari sudut pemerhatian ini, kami mendapati bahawa sistem peparitan sedia ada tidak dapat
membantu masalah yang timbul. Oleh hal yang demikian, kami bersetuju untuk bekerjasama
dengan Jabatan Kerja Raya Sabah bagi menaiktaraf sistem peparitan di kawasan tersebut.

(Lihat Rajah 1.0 dan 2.0 di bahagian lampiran)

Rajah 1.0 : Lokasi Projek Menaiktaraf Sistem Peparitan
8

Analisis Kos dan Faedah
Anggaran Kos
Penganggaran kos adalah merupakan salah satu langkah yang paling penting dalam
pengurusan sesuatu projek. Anggaran kos dapat menetapkan sesuatu garis dasar bagi kos
projek di pelbagai peringkat pembangunan projek. Anggaran kos pada peringkat pembangunan
projek adalah merupakan ramalan yang disediakan oleh jurutera. Menurut Persatuan Amerika
Jurutera Kos, kejuruteraan kos ditakrifkan sebagai kawasan yang amalan kejuruteraan di mana
penilaian teknik dan pengalaman yang digunakan dalam penerapan prinsip-prinsip dan teknikteknik saintifik kepada masalah anggaran kos, kawalan kos dan keuntungan.
Kos pembinaan bagi sesebuah projek terbahagi kepada dua iaitu, kos modal permulaan
dan kos operasi dan penyelenggaraan berikutnya. Peruntukan kos daripada akaun digunakan
untuk membangunkan fungsi kos pmbedahan diamana setiap jenis pengeluaran boleh diberikan
kepada ciri-ciri tertentu operasi. Selain tu, kos alokasi perlulah berkaitan dengan kategori kos
asas dalam proses peruntukan. Hal ini desebabkan, hubungan sebab dan akibat antara faktor
pengagihan dan item kos tersebut tidak dapat dekenal pasti. Dalam projek pembinaan, kos asas
dapat diklasidikasikan mengikut lima perkara iaitu (1) tenaga kerja, (2) bahan, (3) peralatan
pembinaan (4) penyeliaan pembinaan, dan (5) di atas kepala kontraktor umum.

Kos asas

kemudian boleh diperuntukan secra proporsional kepada pelbagai tugas yang subbahagian
sesuatu projek.
kos bagi sesuatu projek ini bergantung kepada jenis longkang yang ingin dibuat, saiz dan
lokasi projek dan juga organisasi pengurusn, antara banyak pertimbangan. Hal ini adalah
penting untuk reka bentuk dan pembinaan keranan kos pembinaan adalah kos utama dan kos
komponen lain adalah tidak penting. Bagi pembinaan Roadside Drain ini, kos tenaga buruh,
matrial dan alatan adalah utama dalam memastikan projek ini berjlan dengan lancer dan
jayanya. Oleh itu, anggaran kos telah dibuat bagi memastikan projek ini berjalan dengan
sistematiknya.

9

Anggaran Kos Operasi:
Perkara

Harga per

Kuantiti

Jumlah
(RM ‘000)

unit
(RM)
Buruh dan material untuk penyelenggaraan
dan pembaikan
1. buruh

1500

15

22,500

200.00

2,167 unit

433,400

3. Bata

0.50sen

400,000 biji

200,000

4. Pasir

330.00

12 lori

3,960

5. Simen

18.00

3900 bag

70,200

500

1 bulan

15,000

20,000

-

20,000

2. pipe culvert (with dry weather flow)

6. Sewa JCB excavators
Lain-lain kos
Jumlah anggaran kos (a)

765,060

Pipe culvert
1 unit (1800mm X 900mm) = RM400
Panjang 1800mm

= 1.8m

Lebar 900mm

= 0.9m

3900m/1.8m

= 2,167 unit

Sebanyak 2,167 unit pipe culvert diperlukan untuk membuat parit sepanjang 3900
meter
Bata
1 unit bata

= 0.50sen

1m2

= 110 biji bata

110 unit bata X 3900meter

= 400,000 unit

Pasir
1 lori

= RM330

1km

= 3 lori pasir

3.9 km

= 12 lori pasir

12 lori pasir diperlukan untuk menaiktaraf sistem peparitan
10

Simen
1bag

= RM18

1m2

= 1beg simen

1 X 3900meter

= 3900 beg

Sebanyak 3900 beg simen diperlukan untuk memasang pipe culvert

Anggaran Kos
Jenis Kos

Harga (RM)

Modal

200,000

Operasi dan penyelenggaraan kos:


Kakitangan operasi(supervisor)



Utility



Buruh

35,000
dan

material

untuk

penyelenggaraan

dan

-

pembaikan (a)

765,060



pengubahsuaian berkala

40,000



lain-lain kos

20,000

Jumlah Kos

1,060,060

Andaikan Cukai Pendapatan (6%)

63,603.6
1,123,664

Anggaran Kos Sebenar

Kadar diskaun sebenar ialah 5% dan dikira dalam tempoh 6 bulan sepanjang tempoh menaik
taraf sistem peparitaan di jalan UMS Kota Kinabalu, Sabah.
PV(COST) =

1,060,060 + 1,123,664/ (1+0.05)0.5

= RM 2,131,096.41
FV = PV (1+i)n
FV = 2,131,096.41(1+0.05)0.5
= RM 2,079,737.14
11

Anggaran Faedah

Antara faedah yang boleh diperolehi daripada projek naik taraf perparitan di kawasan ini terdiri
daripada dua jenis faedah iaitu faedah kewangan dan faedah bukan kewangan.
Faedah kewangan ialah merujuk pada kos yang dianggarkan untuk projek ini sekiranya
dijalankan pada masa sekarang dan dalam tempoh 3 tahun dari sekarang. Merujuk pada jumlah
anggaran kos sebenar sekiranya projek ini dilaksanakan pada masa sekarang adalah seperti
berikut.

Kaedah Pengiraan:
PV(COST) =

1,060,060 + 1,123,664/ (1+0.05)0.5

= RM 2,131,096.41
Andaian sekiranya projek ini dilaksanakan pada tiga tahun akan datang, setelah meletakkan
anggaran dari segi gaji atau upah pekerja, masa, kos pengangkutan dan bahan-bahan yang
digunakan untuk melaksanakan projek tersebut, faedah sebenar pada tahun pertama
dianggarkan sebanyak RM 400 000, tahun kedua ialah RM 689 000 dan tahun ketiga ialah RM
755 000.
PV (BENEFIT)

= RM 400 000/ (1+.05)1 + RM 689 000 /(1+.05)2 + RM 755 000/(1+.05)3

PV (BENEFIT)

= RM 380,952.38 + RM 624,943.31 + RM 652,197.39

PV (BENEFIT)

= RM 1,658,093.08

NPV

= PV (BENEFIT) – PV (COST)

NPV

= 1,658,093.08 - 2,131,096.41
= - (473,003.33)

Faedah bukan kewangan ialah dapat mengatasi masalah banjir, memberi keselesaan
pada pengguna jalan raya dan memastikan Bandar mempunyai sistem perparitan yang
diselenggarakan dengan berkesan dan baik. Mengatasi masalah banjir adalah faedah utama
apabila ia berkait rapat dengan objektif projek ini dilaksanakan. Sebagaimana yang diterangkan
pada penyataan masalah bahawa masalah banjir di kawasan ini terjadi apabila hujan lebat dan
ia menyebabkan jalan raya dipenuhi dengan air yang datang daripada sistem perparitan yang
tidak sistematik. Ini menyebabkan para pengguna yang tinggal berdekatan di kawasan ini tidak
dapat menggunakan jalan raya tersebut. Oleh sebab itu, apabila projek naik taraf sistem
12

perparitan dijalankan, maka kita dapat mengatasi masalah banjir ini ketika hujan lebat. Air
longkang yang penuh dapat mengalir dengan baik. Masalah banjir kilat dapat diatasi dengan
efektif melalui sokongan meluluskan projek naik taraf sistem perparitan ini.

Seterusnya ialah dapat memberi keselesaan kepada para pengguna jalan raya. Apabila
projek ini dilaksanakan, air longkang tidak lagi melimpah ke atas permukaan jalan raya. Kita
juga dapat mengatasi masalah bau busuk yang datang dari longkang apabila sistem perparitan
ini dinaiktaraf kerana menjaminkan sistem pengairan air yang baik. Maka, pengguna jalan raya
dapat meneruskan perjalanan mereka tanpa terganggu dengan keadaan yang kurang
menyenangkan seperti ini.

Sistem perparitan ini berdekatan dengan jalan raya utama yang menjadi laluan orang
ramai. Oleh itu, wajar sekiranya sistem perparitan ini diselenggarakan dengan baik agar dapat
mencapai matlamat jabatan Perancang Bandar dan wilayah untuk memastikan Bandar dalam
keadaan yang baik dan harmoni. Sokongan kerajaan dalam pelaksanaan projek naik taraf
sistem perparitan ini amat diperlukan. Jadi, usaha meluluskan projek ini hendaklah disegerakan
untuk mendapat kelebihan dari segi faedah kewangan juga.

13

Risiko dan Ketidakpastian
Mengikut Maylor (2003), definisi risiko boleh dibahagikan kepada dua kategori utama
iaitu risiko bermaksud sebarang keberangkalian untuk mengalami kerosakkan, kecederaan,
mudarat atau kehilangan. Manakala definisi kedua risiko membawa erti ketidakpastian yang
wujud dalam rancangan dan keberangkalian yang berlaku di luar jangkaan yang akan
menjejaskan peluang untuk mencapai kejayaan atau matlamat projek.
Masalah atau risiko yang dihadapi dalam projek menaiktaraf sistem perparitan ialah
keselamatan di mana kawasan pembinaan ini boleh memberi bahaya sama ada kepada perkerja
atau orang awam. Pekerja-pekerja terdedah dengan bahaya, kecederaan dan kehilangan
disebabkan beban, objektif tajam, bahan kimia, habuk dan lain-lain kerana mereka yang
menguruskan segala penambahbaikan sistem perparitan. Manakala keselamatan kepada
pengguna ialah apabila kawasan pembinaan parit berhampiran dengan kawasan awam. Sebagai
contohnya 1 Borneo merupakan pusat membeli-belah yang menjadi tumpuan masyarakat awam
dan pihak tertentu tidak dapat menutup keseluruhan bangunan untuk menaikan taraf sistem
perparitan di kawasan sekitanya. Oleh itu, risiko keselamatan terhadap orang awam amat tinggi
di kawasan tersebut. (Noornadia 2010)
Menurut Dallas (2006) terdapat dua risiko yang akan wujud dalam sudut kualiti sesuatu
projek iaitu pematuhan spesifikasi dan manfaat yang diperolehi. Kualiti sistem perparitan boleh
terjejas jika kontraktor tidak mempunyai kemahiran yang selayaknya mengambil alih projek
tersebut. Sebagai contohnya kontaraktor yang gagal mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan
dalam dokumen kontrak akan menyebabkan mereka mengalami masalah kekurangan pekerja
dan peralatan untuk membolehkan projek tersebut siap seperti yang ditetapkan. Selain itu,
kualiti perparitan turut terjejas disebabkan oleh kualiti bahan yang digunakan tidak bagus dan
murah menyebabkan sistem perparitan yang di buat tidak utuh dan tahan lama. Oleh itu, di
penghujung projek tersebut, pembinaan tidak dapat disempurnakan dengan kualiti dan
spesifikasi yang dimahukan. Manakala risiko manfaat yang diperolehi wujud disebabkan oleh
kekurangan dalam pengurusan infrastruktur seperti dalam proses reka bentuk dan keadaaan
sekeliling projek dijalankan.
Selain itu, aspek tempoh masa merupakan salah satu ketidakpastian yang boleh berlaku
dalam naiktaraf sistem perparitan. Risiko ini boleh dikategorikan sebagai risiko operasi, di mana
ianya meliputi tempoh masa yang telah ditetapkan untuk penaiktaraf sistem perparitan dapat
disiapkan seperti yang dijadualkan. Risiko ini sering wujud sama ada secara sedar atau tidak,
14

sebagai contohnya apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan kontraktor seperti berlaku
kerosakan dalam mesin atau jentera. Kerosakkan yang terjadi menyebabkan pekerja tersebut
tidak dapat menyambung pekerjaan mereka dan menyiapakan tugasan seperti yang telah
dirancang dalam jadual. Perkara ini bukan sahaja merugikan masa mereka tetapi akan
menjejaskan reputasi syarikat dan menyebabkan syarikat kehilangan peluang dalam
perniagaan. (Noornadia 2010)
Seterusnya, penglibatan

kos dalam

projek boleh

dikategorikan sebagai

risiko

ketidakpastian. Peruntukan atau sumber yang digunakan dalam naiktaraf sistem perparitan
ialah tenaga kerja, bahan binaan dan peralatan mesin yang dibayar mengikut kadar semasa
yang telah ditetapkan. Peningkatan kos yang melebihi bajet yang disediakan berlaku apabila
projek naiktaraf tidak dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan dan berlaku
penangguhan projek disebabkan oleh kerosakkan mesin. Selain itu, risiko kos melebihi bajet
berlaku apabila

terdapat pekerja yang berhenti secara drastik atau cuti sakit. Hal ini

menyebabkan kurangnya tenaga kerja di kawasan pembinaan yang akan melambatkan proses
penaikan taraf sistem perparitandan sekaligus meningkatkan kos. (Maylor 2003)

15

Kesan terhadap Persekitaran Alam Sekitar Akibat Aktiviti Menaiktaraf Sistem
Perparitan.
Kesan Positif
(a)

Penjagaan alam sekitar yang bersih

Projek menaiktaraf sistem perparitan ini akan membawa banyak kesan positif terhadap alam
sekitar. Sistem perparitan merupakan salah satu perkara terpenting yang perlu di titikberatkan
dalam menjalankan sesuatu proses pembandaran sesuatu kawasan. Di bandaraya Kota
Kinabalu misalnya, sistem perumahan yang berpolakan petempatan berpusat menampakkan
bangunan dan perumahan di bina secara berdekatan. Hal ini memerlukan sistem perparitan
yang teratur dan dapat malancarkan sistem saliran secara sistematik. Kesan positif yang utama
dalam projek menaiktaraf sistem perparitan ini adalah dapat mewujudkan bandar kota kinabalu
sebagai bandar yang bersih dan mempunyai sistem saliran perparitan yang sistematik. Di
bandaraya Kota Kinabalu, pengurusan sistem perparitan ini adalah di bawah unit Jabatan
Kejuruteraan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (Pelan Strategik Bandaraya Kota Kinabalu, 2011).
Kesan-kesan buruk daripada masalah perparitan yang tidak teratur dapat di kurangkan misalnya
masalah banjir yang sering berlaku di kawasan-kawasan yang mempunyai sistem perparitan
yang terlalu sempit. Di sebabkan oleh perparitan yang sempit ini wujudlah masalah seperti air
parit yang melimpah keluar apabila hujan lebat dan mengalirkan air ke kawasan jalan raya. Jika
hujan berterusan, masalah banjir akan berlaku di kawasan tersebut.
(b)

Mengatasi masalah banjir
Di bandar kota kinabalu misalnya, kawasan setempat yang sering mengalami masalah

banjir akibat daripada sistem perparitan adalah seperti di kawasan sg. Moyog(Penampang), Sg.
Petagas (Kota Kinabalu) dan Sg. Dambai (Kota Kinabalu). Bagi kawasan-kawasan tersebut,
kerajaan telah meluluskan sejumlah RM36.0 juta bagi Rooling Plan pertama di bawah
Rancangan Malaysia Ke-10 dalam pelaksanaan Program Tebatan Banjir Sabah. Di samping itu,
kerajaan negeri juga telah meluluskan sejumlah RM53.5 juta bagi tempoh yang sama bagi 7
program yang bertujuan mengurangkan masalah banjir di Kota Kinabalu yang turut melibatkan
bandaraya lain seperti Tawau, Sandakan, Beaufort dan Tenom (Ulasan Menteri Sumber Asli dan
alam sekitar, Sidang Dewan Negara,2011).
(c)

Mengelakkan pembiakan haiwan pembawa penyakit
Apabila sistem perparitan ini di naiktaraf, masalah pengaliran air daripada kawasan

perumahan dan bangunan-bangunan di kawasan bandar secara amnya tidak akan mengalami
16

gangguan seperti masalah tersumbat dan air bertakung sehingga menggangu ketenteraman
penduduk dan masyarakat setempat. Hakikatnya, jika sistem perparitan tidak di selenggara dan
di urus dengan baik, pembiakan haiwan-haiwan pembawa penyakit akan cepat membiak.
Pengurusan perparitan secara taratur amat perlu untuk mengelakkan haiwan-haiwan tersebut
mejadikan kawasan perparitan sebagai habitat utama. Oleh itu, projek menaiktaraf sistem
perparitan di daerah ini akan membawa kesan positif kerana salah satu habitat utama bagi
haiwan pembawa penyakit seperti nyamuk Aedes, tikus, lipas dan lalat dapat di musnahkan
sekaligus mengurangkan risiko jangkitan penyakit merbahaya seperti Denggi, Malaria, dan
kencing tikus.
(d)

Penjagaan habitat hidupan sungai dan lautan
Perparitan yang sistematik di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu juga amat penting

kerana ia memberi pengaruh terhadap persekitaran habitat hidupan sungai dan laut. Hal ini
demikian sesetengah sistem perparitan di kawasan perumahan dan kilang-kilang misalnya akan
di salirkan ke kawasan laut dan sungai. Jika sistem perparitan ini di selenggara dengan baik,
pengaliran air daripada parit atau longkang ke sungai dan laut adalah bersih daripada toksik
berbahaya yang datangnya dari sampah dan sisa buangan perindustrian. Dengan itu, habitat
hidupan sungai dan laut dapat terpelihara dengan baik. Hal ini juga akan mendukung hasrat
kerajaan dalam menjadikan bandaraya Kota Kinabalu sebagai bandar Hijau.
Kesan Negatif
(a)

Kesesakan lalu lintas.

Projek menaiktaraf sistem perparitan di bandar Kota Kinabalu dikatakan boleh mengundang
beberapa kesan negatif kepada persekitaran dan juga penduduk. Hal ini demikian kerana kerjakerja menaiktaraf sistem perparitan terletak berdekatan dengan bahu jalan dan ia membabitkan
sepanjang jalan di kawasan pembinaan. Disebabkan kawasan tersebut adalah merupakan jalan
untuk menuju ke kawasan bandar, jadi banyak kenderaan yang sentiasa lalu lalang
menggunakan jalan tersebut termasuklah lori besar dan juga bas. Disebabkan kerja-kerja
menaiktaraf sistem perparitan ia adalah sedikit akan mempengaruhi sistem pergerakan jalan
raya dimana pergerakan lori menghantar barang keluar masuk ke kawasan pembinaan sistem
perparitan.
Tambahan

pula,

di

kawasan

tersebut

mempunyai

lampu

isyarat

yang

akan

memperlahankan pergerakan di jalan raya. Keadaan kesesakan lalu lintas ini dapat diatasi
dengan mengurangkan bilangan kenderaan sementara kerja-kerja menaiktaraf sistem
17

perparitan selesai sepenuhnya. Selain itu juga, pengguna jalan raya hendaklah mencari
alternatif lain untuk ke destinasi serta bijak mengatur masa perjalanan.
(b)

Peningkatan Suhu

Projek menaiktaraf sistem perparitan merupakan aktiviti penambahbaikkan daripada
yang sedia ada dilebarkan ataupun disambungkan supaya sistem tersebut lebih berkesan atau
terancang. Sebagai contohnya, untuk melebarkan sistem perparitan ia melibatan kerja-kerja
seperti mencantas tumbuhan-tumbuhan kecil, pokok-pokok yang besar harus ditebang di
sepanjang kawasan pembinaan. Apabila banyak pokok ditebang, ia menyebabkan kawasan
tersebut terdedah dengan cahaya matahari. Memandangkan bandar Kota Kinabalu berdekatan
dengan pantai dan pulau, peningkatan suhu akan menyebabkan peningkatan aras laut yang
akan akan menyebabkan berlakunya banjir. Selain itu, kerosakan struktur pantai menerusi
hakisan tanah juga akan berlaku. Selain itu, juga peningkatan suhu juga boleh menjejaskan
kesihatan manusia terutamanya penduduk di kawasan bandar Kota Kinabalu. Contohnya,
kemungkinan besar seseorang akan mengalami tekanan jantung jika tidak dapat menyesuaikan
diri dengan perubahan keadaan suhu sekeliling terutamanya golongan tua yang mempunyai
risiko penyakit yang lebih tinggi. Penyakit-penyakit seperti batuk dan selsema juga mudah
tersebar ekoran daripada keaadaan suhu sekeliling yang tinggi. Di samping itu juga, seseorang
itu juga akan mudah berasa letih dan tidak bersemangat untuk bekerja jika suhu disekeliling
adalah tinggi (Jager, 1983).
(c)

Perubahan Pandang Darat (budaya dan fizikal)

Kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan juga membawa perubahan terhadap
komponen fizikal apabila pokok-pokok itu ditebang untuk tujuan menaiktaraf sistem perparitan
ianya akan membentuk pandang darat budaya. Selain itu aktiviti mengorek tanah pula akan
mengubah pandang darat fizikal di kawasan tersebut. sebagai contohnya, tanah yang dikorek
mungkin akan meninggalkan lubang-lubang kecil yang dalam dan sukar ditimbus. Hal ini akan
menyebabkan kawasan tersebut mejadi gondol dan gersang. Selain itu juga, untuk melebarkan
kawasan parit, pandang darat budaya seperti stesen bas, pasar awam yang berdekatan dengan
kerja-kerja menaiktaraf harus dirobohkan untuk memberi laluan kepada kerja menaiktaraf.
(d)

Pencemaran udara

Kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan seperti aktiviti memotong, melebur tembaga
dan besi serta memasang peralatan perparitan juga akan memberi kesan kepada kualiti udara
di kawasan tersebut. Contohnya, pemotongan batu, besi bergalvani, getah kedap, saluran
18

polimer,logam plastik dan sebagainya akan menyebabkan habuk dan debu berterbangan di
ruang udara seperti di sepanjang jalan berhampiran tapak naiktaraf perparitan di kawasan
berkenaan tercemar dengan ampaian habuk-habuk dan debu-debu. Selain itu juga tumbuhantumbuhan kecil yang dicantas seterusnya dibakar akan mencemarkan kualiti udara serta
pembebasan karbon dioksida di kawasan tersebut. Ia juga akan memberikan kesan buruk
kepada kesihatan manusia kerana udara yang kotor akan mengganggu sistem pernafasan
manusia.

19

Analisis Kepekaan
Dalam penerangan analisis kepekaan, projek yang akan di jalankan iaitu projek menaiktaraf
sistem perparitan di sekitar kawasan kota kinabalu banyak memberikan impak terhadap
persekitaran. Namun begitu, setiap projek yang bakal di jalankan sudah pasti mempunyai
halangan yang tidak dapat di elakkan untuk mencapai kesempurnaan projek yang bakal di
jalankan. Perubahan yang berlaku adalah samada dari segi perubahan sebahagian harga input
atau output atau perubahan kadar faedah ataupun perubahan lain. Setiap perubahan yang
wujud semestinya akan memberi impak terhadap pelaksanaan projek. Di dalam projek
menaiktaraf sistem perparitan ini, perubahan yang di jangka adalah dari segi kos perbelanjaan,
faedah dan pemilihan kawasan projek.
1) Perubahan kos perbelanjaan:
Dalam sesuatu projek, kos perbelanjaan adalah aspek utama yang perlu di nilai. Kos ini
melibatkan kos sebelum dan selepas projek di jalankan. Misalnya, di dalam projek
perparitan yang bakal di jalankan ini, jumlah kos adalah RM 1,060,060

Pengiraan analisis kepekaaan( sensitivity analysis):
Di andaikan kos buruh dan material projek mengalami perubahan peningkatan sebanyak
10%
Jenis Kos

Harga (RM)

Perubahan sebanyak 10%

KOS
Modal

200,000

200,000

Operasi dan penyelenggaraan kos:


Kakitangan

35,000

operasi(supervisor)


Utility



Buruh dan material untuk
penyelenggaraan

-

dan

35,000

10%

765,060

765,060+76506=841,566

40,000

40,000

pembaikan


pengubahsuaian berkala

= RM 76506

20



lain-lain kos

20,000

Total COSTs
Andaikan

1,060,060
Cukai

Pendapatan

(5%)
Anggaran Kos Sebenar

63,603.6
1,123,664

20,000
1136,566
56,828.3

1,193,394.3

*Dengan perubahan kos buruh dan material, berlaku perubahan terhadap kos sebanyak
RM 76506 dan menjadi RM841,566. Jumlah kos telah bertambah kepada RM 1136,566.

Analisis NPV baru selepas perubahan pembolehubah:

PV

(COST)

= 1136,566+ 1,193,394.3/ (1+0.05)0.5
= RM 2,273,808.427

PV

(BENEFIT)

= RM 400 000/ (1+.05)1 + RM 689 000 /(1+.05)2 + RM 755 000/(1+.05)3

PV

(BENEFIT)

= RM 380,952.38 + RM 624,943.31 + RM 652,197.39

PV

(BENEFIT)

= RM 1,658,093.08

Analisis NPV:

NPV= PV(BENEFIT) – PV (COST)
= RM1,658,093.08- RM 2,273,808.427
= RM -615715.347

*Nilai NPV adalah negatif iaitu NPV

Dokumen yang terkait

Analisis Komparasi Internet Financial Local Government Reporting Pada Website Resmi Kabupaten dan Kota di Jawa Timur The Comparison Analysis of Internet Financial Local Government Reporting on Official Website of Regency and City in East Java

19 819 7

EFEKTIVITAS PENDIDIKAN KESEHATAN TENTANG PERTOLONGAN PERTAMA PADA KECELAKAAN (P3K) TERHADAP SIKAP MASYARAKAT DALAM PENANGANAN KORBAN KECELAKAAN LALU LINTAS (Studi Di Wilayah RT 05 RW 04 Kelurahan Sukun Kota Malang)

45 393 31

Keanekaragaman Makrofauna Tanah Daerah Pertanian Apel Semi Organik dan Pertanian Apel Non Organik Kecamatan Bumiaji Kota Batu sebagai Bahan Ajar Biologi SMA

26 317 36

Analisis pengaruh pajak daerah, retribusi daerah, dan hasil badan usaha milik daerah terhadap pendapatan asli daerah Kota Tangerang (2003-2009)

19 136 149

Pengaruh model learning cycle 5e terhadap hasil belajar siswa pada konsep sistem ekskresi

11 137 269

Pencarian solusi pada permasalahan sistem persamaan nonlinier menggunakan metode bat algorithm

2 76 0

Pengaruh Atribut Produk dan Kepercayaan Konsumen Terhadap Niat Beli Konsumen Asuransi Syariah PT.Asuransi Takaful Umum Di Kota Cilegon

6 98 0

Perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung : (studi deksriptif mengenai perilaku komunikasi para pengguna media sosial path di kalangan mahasiswa UNIKOM Kota Bandung)

9 116 145

Sistem Informasi Absensi Karyawan Di Perusahaan Daerah Kebersihan Kota Bandung

38 158 129

Analisis Prioritas Program Pengembangan Kawasan "Pulau Penawar Rindu" (Kecamatan Belakang Padang) Sebagai Kecamatan Terdepan di Kota Batam Dengan Menggunakan Metode AHP

10 65 6