213640018 Faktor Faktor Yang Menyumbang Kepada Keharmonian Negara Malaysia

1.0 Objektif
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang meletakkan perpaduan dan
keharmonian antara kaum sebagai salah satu misi utama kerajaan.Oleh itu, isu perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan suatu topik yang sentiasa dibincangkan secara
terperinci

oleh

kerajaan

Malaysia.Perpaduan

boleh

disamakan

dengan

perkataan

penggabungan yang membawa maksud “menjadi satu atau persatuan” (“Erti dan Kepentingan

Perpaduan Negara,” 2012).Melalu definisi ini, perpaduan nyata merupakan suatu nilai murni
yang wajib dipupuk dalam jiwa setiap rakyat Malaysia demi menjanjikan keamanan dalam
Negara yang berbilang kaum ini.
Demi menjamin keharmonian dan perpaduan sentiasa menjadi nilai utama dalam
masyarakat, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perpaduan dan Pembangunan
Masyarakat pada tahun 1990 bagi menjalankan aktiviti-aktivi yang memupuk perpaduan.
Program-program yang direncanakan oleh kementerian ini bertujuan memupuk nilai-nilai
murni yang berasaskan perpaduan masyarakat Malaysia.Walaubagaimanapun, cabaran
sentiasa dihadapi sekiranya objektif utama program ini gagal dicapai. Kadangkala, kejayaan
dan kesan program-program tersebut hanya akan terhasil dalam jangkamasa panjang. Oleh
itu, pelan yang terperinci bagi menjanjikan kejayaan adalah perlu supaya ia tidak gagal di
pertengahan jalan. Antara program yang akan dibincangkan ialah Program Belia, Sekolah
Wawasan dan Pelan Integrasi Nasional. Setiap program kerajaan ini akan dibincangkan bagi
mengenalpasti kelemahan dan kebaikan serta cara untuk meningkatkan lagi keberkesanan
program-program ini dalam menguatkan perpaduan dan integrasi nasional.

1

2.0 Tujuan Pelaksanaan Program Belia, Sekolah Wawasan dan Pelan Integrasi
Nasional

2.1 Program Belia
Belia merupakan aset negara yang penting kerana mereka merupakan penggerak kemajuan
serta penentu masa depan negara. Kepentingan golongan belia bagi kerajaan dapat dilihat
melalui penggubalan Dasar Pembangunan Belia Negara pada tahun 1997 (“Dasar
Pembangunan Belia Negara”, 2013).Secara definisi, belia dikategorikan berumur antara 15
hingga 40 tahun (“Dasar Pembangunan Belia Negara”, 2013).Namun, usaha dan aktiviti serta
program belia difokuskan kepada mereka yang berumur di antara 18-25 tahun. Ini bermakna
bahawa kategori belia adalah mereka yang dapat menyumbang secara aktif terhadap
pembangunan negara samada secara ekonomi, mental atau cara lain melalui aktiviti-aktiviti
yang dilakukan mereka.
Menurut Dasar Pembangunan Belia Negara, matlamat utama program yang
melibatkan belia ialah untuk mewujudkan belia yang berkebolehan dalam pelbagai bidang
termasuk dari aspek rohani dan jasmani serta mempunyai semangat sukarelawan dan patriotik
yang tinggi. Secara khususnya, antara objektif utama ialah untuk memupuk gaya hidup sihat;
Membangunkan sifat keusahawanan dan kemahiran; Serta meningkatkan jaringan
antarabangsa (“Dasar Pembangunan Belia Negara”, 2013). Tiga objektif yang telah
disebutkan menjadi asas kepada pembangunan nilai-nilai murni dalam diri belia yang
membawa kepada perpaduan serta keharmonian negara.
Belia yang mengamalkan gaya hidup sihat menjadi aset kepada negara kerana gaya
hidup sihat merangkumi pelbagai aspek seperti kesihatan fizikal dan mental yang

menyeluruh. Dengan penglibatan belia dalam pelbagai aktiviti sihat seperti sukan, mereka
tidak akan terjebak dalam kegiatan negatif yang boleh merosakkan perpaduan negara seperti
gangsterisme, vandalisme dan aktiviti-aktiviti lain. Selain itu, matlamat kerajaan untuk
mendidik belia agar mempunyai semangat keusahawanan dan kemahiran dapat dibuktikan
melalui penubuhan Institut Kemahiran Belia Negara yang terletak di beberapa negeri di
Malaysia di mana pelbagai kemahiran boleh dipelajari di sini seperti kemahiran menyediakan
makanan, menjahit, kecantikan , fotografi, kejuruteraan dan berbagai-bagai lagi kursus yang
ditawarkan (“Senarai Portal Rasmi IKBN”, 2013). Tambahan pula, penglibatan belia di
peringkat antarabangsa digalakan dengan mengadakan program seperti program-program
pertukaran pelajar antara negara-negara asing dan pertandingan yang melibatkan negara2

negara luar.Usaha-usaha yang dilakukan kerajaan bagi meningkatkan nilai belia kepada
negara juga secara lansung menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian negara
Malaysia.

2.2 Sekolah Wawasan
Selain program belia, Sekolah Wawasan adalah satu lagi usaha kerajaan dalam memangkin
perpaduan yang harmoni bagi rakyat Malaysia. Penubuhan Sekolah Wawasan dilaksanakan
dengan meletakkan tiga atau dua sekolah rendah yang berbeza aliran seperti SK, SJKC atau
SJKC dalam satu kawasan dan mengekalkan bahasa pengantar bagi tiap-tiap aliran tetapi

pada masa yang sama berkongsi infrastruktur seperti perpustakaan, kantin dan padang
sekolah (Norwati binti Abdul Manaf, 2013). Inisiatif kerajaan untuk menubuhkan Sekolah
Wawasan nyata adalah usaha yang baik bagi mengukuhkan perpaduan. Menurut Norwati
binti Abdul Manaf (2013), antara objektif utama sekolah wawasan ditubuhkan ialah untuk
menanamkan sifat integrasi antara kaum walaupun berbeza aliran,bangsa dan agama;
Membina negara yang mempunyai perpaduan tinggi melalui ketinggian toleransi rakyatnya;
Serta menggalakkan komunikasi yang positif dari semua kaum melaui perkongsian pelbagai
infrastruktur sekolah yang disediakan.
Sekolah wawasan merupakan antara cadangan kerajaan yang bertujuan untuk
menyatukan pelbagai kaum di Malaysia dalam satu suasana yang harmoni. Bagi menanam
sifat integrasi antara kaum, setiap budaya dan agama kaun tersebut dihormati dengan
mengekalkan identiti kaum masing-masing di sekolah tersebut tetapi pada masa yang sama,
tetap menjalankan beberapa aktiviti sekolah secara bekerjasama. Warga sekolah juga diajar
bertoleransi dengan mengamalkan konsep berkongsi fasiliti sekolah untuk kegunaan dalam
pembelajaran

dan

aktiviti-aktiviti


sekolah.Langkah-langkah

sebegini

nyata

dapat

mengeratkan lagi kesefahaman di antara kaum-kaum di Malaysia sekiranya setiap kaum itu
memahami tujuan, konsep dan kebaikan sekolah wawasan.

2.3 Pelan Integrasi Nasional
Kerajaan juga menubuhkan Pelan Integriti Nasional yang merupakan salah satu inisiatif
kerajaan yang dilancarkan pada tahun 2004 bagi merapatkan jurang antara kaum dan
menambah kesefahaman antara pelbagai kaum di negara ini. Tujuan utama program ini ialah
3

bagi “memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia”
(Norazah binti Abdul Hamid, 2013). Secara khusus, antara objektif Pelan Integriti Nasional
(PIN) ialah bagi meningkatkan kesedaran serta kerjasama agar menjadi budaya dalam

pelbagai sektor dan bidang dalam negara; Mengukuhkan nilai-nilai moral dalam diri
masyarakat melalui pelbagai usaha kerajaan; Serta menggalakkan persaingan yang sihat bagi
menambah ketahanan Malaysia dalam menghadapi cabaran yang semakin tinggi pada abad
ke-21 (“Pelan Integriti Nasional: Edisi Ringkas”, 2006).

4

3.0 Strategi dan Keberkesanan Pelaksanaan
3.1 Program Belia
Beberapa strategi telah disusun oleh kerajaan dalam program pembangunan belia.Pelbagai
program belia telah dilaksanakan oleh kerajaan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan
nilai perpaduan dalam kalangan belia Malaysia.Antaranya ialah pertubuhan Belia 1 Wawasan
yang bertujuan untuk melaksanakan pelbagai program yang melibatkan belia berdasarkan
moto “Wawasan Satu Belia Satu Malaysia” (“Pertubuhan Belia Satu Wawasan”,
n.d.).Pertubuhan ini telah melaksanakan pelbagai aktiviti positif yang memupuk nilai-nilai
murni seperti mengadakan „Youth International Tour‟ pada tahun 2009 serta mengadakan
pelbagai program dan bengkel untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran para belia.Selain
itu, pertubuhan ini turut aktif menjalankan aktiviti kebajikan dengan membantu golongan
yang kurang bernasib baik seperti golongan miskin, ibu tunggal yatim piatu dan lain-lan. Ini
dilihat sebagai usaha yang sangat baik dalam meningkatkan kesedaran belia akan

kepentingan nilai-nilai murni perpaduan dan kerjasama bagi membantu golongan ini.
Tambahan, program Rakan Muda Fasa II telah dilancarkan pada tahun 2008 bagi
memupuk fokus belia lebih kepada komuniti berbanding individu (“Portal Rasmi
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia”, 2012). Kelab ini mempromosikan 8 gaya hidup
Rakan Muda yang melibatkan cinta terhadap alam, inovasi, kecergasan, masyarakat, seni
budaya, wajadiri, wirausaha dan siber. Lapan gaya hidup ini melibatkan penerapan nilai-nilai
murni dalam menjalani kehidupan seharian para belia. Secara tidak lansung, gaya hidup
begini membawa kepada keharmonian dan perpaduan negara melalui pembinaan asas dalam
menghasilkan insan dan pemimpin yang berjaya.
Program Belia 1 Malaysia juga merupakan usaha dari pihak kerajaan dalam
membentuk golongan belia yang mempunyai nilai-nilai positif yang dapat menyumbang
kepada keharmonian negara. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan di bawah program ini
termasuk program Program Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah, Program Pembangunan
Usahawan serta Program Pertukaran Belia Antarabangsa. Program pertukaran Belia
Antarabangsa membabitkan pertukaran antara dua buah negara (“Program Pertukaran Belia
Antarabangsa”, 2013).Antara negara-negara yang telah terlibat dalam program ini termasuk
Korea, Jepun, Thailand, Singapura dan Indonesia.Program yang dirancang untuk diadakan
setiap tahun ini diharap dapat mengembangkan minda belia terhadap pelbagai budaya yang
wujud serta menambahkan semangat patriotisme dalam kalangan belia ini.
5


3.2 Sekolah Wawasan
Penubuhan sekolah wawasan juga dibarisi beberapa program yang diharap dapat
merealisasikan objektif utama penubuhannya iaitu memupuk keharmonian dalam kehidupan
masyarakat berbilangkaum.Antara program bagi memupuk perpaduan yang dilaksanakan di
Sekolah Wawasan ialah seperti pengekalan identiti setiap kaum utama di Malaysia seperti
kaum Cina, India dan Melayu.Ini dilaksanakan dengan membolehkan menggunakan bahasa
pengantar kaum masing-masing dalam melaksanakan pembelajaran secara rasmi di sekolah.
Dengan pelaksanaan ini, setiap kaum akan mendapat kelebihan dalam usaha mengekalkan
identiti bangsa masing-masing agar generasi hadapan dapat meneruskan legasi bangsa
mereka.
Selain itu, perkongsian kemudahan sekolah antara sekolah berbeza aliran dapat
meningkatkan kerjasama dan kesefahaman antara mereka.Komunikasi antara pelbagai kaum
dibina melalui interaksi yang dilakukan sesama mereka sepanjang menggunakan kemudahankemudahan sekolah yang disediakan kerajaan. Malah, penggunaan kemudahan yang sama
dapat meningkatkan perasaan kesamarataan antara setiap kaum. Ini kerana kerajaan dilihat
sebagai adil dalam menyediakan infrastruktur buat setiap kaum.
Tambahan pula, setiap bulan, perhimpunan Sekolah Wawasan akan menggabungkan
setiap aliran sekolah serta menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi bagi
perhimpunan (Norwati binti Abdul Manaf, 2013). Ini dapat memastikan kelansungan bahasa
Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bagi meningkatkan interaksi serta kerjasama antara setiap

sekolah tersebut. Langkah ini juga dilihat sebagai salah satu cara untuk tidak
membelakangkan kpentingan bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian kaum-kaum di
Malaysia.
Antara strategi lain yang dilakukan bagi memupuk nilai murni perpaduan ialah
dengan menggalakkan Sekolah Wawasan untuk sambutan-sambutan di peringkat sekolah
secara bersama seperti sambutan Hari Guru, Hari Sukan, Hari Kebangsaan dan lain-lain
sambutan secara bersama (Norwati

binti Abdul Manaf, 2013). Sambutan di peringkat

sekolah memerlukan kerjasama yang tinggi antara guru-guru dan pelajar setiap sekolah
tersebut.Ini secara tidak lansung menghapuskan sifat perkauman yang negatif dalam kalangan
masyarakat.

6

3.3 Pelan Integriti Nasional
Dalam pelaksanaan Pelan Integriti Nasional(PIN), kerajaan telah menamakan ia sebagai
„Agenda Integriti‟. Agenda ini akan menghuraikan secara terperinci aktiviti-aktiviti yang
dilakukan sebagai strategi dalam memastikan pelaksanaan dan keberkesanan PIN.

Dalam agenda ini, beberapa institusi-institusi penting yang terlibat termasuk institusi
sosiobudaya, institusi ekonomi dan institusi politik (“Pelan Integrasi Nasional: Edisi
Ringkas”, 2013).
Institusi sosiobudaya melibatkan usaha kerajaan memupuk perpaduan dan
keharmonian melalui pendidikan, kesihatan, media massa, sastera dan warisan (“Pelan
Integrasi Nasional: Edisi Ringkas”, 2013). Dari aspek pendidikan, ia merangkumi pelbagai
peringkat termasuk peringkat sekolah dan kolej serta universiti. Pelbagai aktiviti yang
dilakukan seperti sambutan Hari Kebangsaan, Hari Sukan, serta aktiviti-aktiviti lain di
institusi-institusi pendidikan ini merupakan cara yag sangat efektif dalam membangkitkan
semangat kerjasama harmoni bagi pelajar-pelajar. Selain itu, penggunaan media massa dalam
menyebarkan mesej-mesej yang mengandungi nilai-nilai murni perpaduan juga dilihat
sebagai langkah yang berkesan dalam jangkamasa panjang. Dengan kukuhnya institusi
sosiobudaya, kukuhla semangat kemasyarakatan tidak mengira kaum di Malaysia.
Dari sudut institusi ekonomi, kemajuannya dapat memberikan kemakmuran kepada
rakyat dan negara dengan menambah peluang untuk mendapatkan pekerjaan serta
peningkatan ekonomi masyarakat. Dengan peningkatan ekonomi masyarakat, gejala-gejala
negatif seperti merompak, melepak, aktiviti social dan lain-lain dapat dikurangkan dan
menyumbang kepada keharmonian negara. Setiap kaum juga diberi peluang yang samara
dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Kemantapan institusi politik pula merupakan antara punca utama keruntuhan atau

kejayaan usaha kerajaan dalam melaksanakan aktiviti memupuk perpaduan.Sistem demokrasi
yang diamalkan Malaysia melalui pilihanraya antara usaha agar keadilan dapat dilaksanakan
kerana rakyat tanpa mengira kaum mempunyai peluang untuk memilih calon pemimpin
mereka mengikut majoriti. Terbukti bahawa sistem yang dipraktikkan sejak merdeka ini
dapat menjanjikan keharmonian antara pelbagai kaum di Malaysia (“Pelan Integrasi
Nasional: Edisi Ringkas”, 2013).

7

4.0 Pencapaian
Keberkesanan pelaksanaan ketiga-tiga program ini iaitu Program Belia, Sekolah Wawasan
dan Pelan Integrasi Nasional dapat diperhatikan melalui penerimaan dan kesedaran
masyarakat akan kewujudan serta objektif program-program ini.
4.1 Program belia
Pelbagai program belia yang telah dilaksanakan membabitkan perkembangan belia dari
pelbagai aspek termasuk fizikal dan mental.Antara aktiviti yang biasa dilakukan oleh para
belia serta menghasilkan impak yang positif ialah penyertaan mereka dalam aktiviti
kokurikukulum di sekolah.Aktiviti yang dijalankan di sekolah seperti perkemahan,
pertandingan dan sukan, dipercayai penyumbang besar dalam melahirkan integrasi kaum
yang baik (Fahmi Aziz, 2009).Ini adalah kerana aktiviti-aktiviti seperti ini melibatkan
pelbagai kaum di mana mereka perlu bekerjasama bagi menjalankan aktiviti-aktiviti ini.
Antara program belia yang menunjukkan kejayaan ialah Rakan Muda di mana Kelab
yang disertai para belia ini menganjurkan pelbagai aktiviti yang dapat mengeratkan
perpaduan yang melibatkan kesukanan, kesenian serta kemasyarakatan (Fahmi Aziz,
2009).Aktiviti-aktiviti ini yang dilakukan bersama dan memberi manfaat kepada masyarakat
seluruhnya tanpa mengira kaum pasti menimbulkan semangat perpaduan yang tinggi kepada
rakyat Malaysia.

4.2 Sekolah Wawasan
Pada awal cadangan penubuhan sekolah wawasan, ia telah mendapat tentang beberapa pihak
termasuk sebuah persatuan guru-guru sekolah cina yang bernama Dong Jiao Zhong (Azizi
Yahaya & Amir Hamzah Abdul Sanif Sapaat, n.d.). Antara kekhuatiran persatuan tersebut
ialah tentang kemungkinan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) akan hilang
identiti bangsanya dan mengakibatkan generasi muda mereka mengabaikan penggunaan
bahasa cina. Lama-kelamaan, mereka khuatir bahawa bahasa cina tidak akan digunakan lagi
oleh generasi yang lebih muda. Namun apabila dibincangkan dengan lebih teliti dan jika
konsep sekolah wawasan itu dipraktikkan secara berkesan, masalah kemusnahan identiti
sesuatu bangsa itu dilihat mustahil berlaku. Ini kerana dalam konsep sekolah wawasan, setiap
bangsa masih mengamalkan cara pembelajaran yang sama. Apa yang berbeza cumalah
persekitaran belajar dan penglibatan komuniti yang lebih luas.
8

Banyak manfaat yang diperoleh dengan melaksanakan sekolah wawasan seperti
menimbulkan suasana persaingan dari segi akademik dan sosial yang sihat, meningkatkan
penguasaan bahasa Malaysia bagi pelajar SRJKC, memupuk sifat saling bertoleransi dan
berkongsi sesame kaum dan banyak lagi (Azizi Yahaya & Amir Hamzah Abdul Sanif
Sapaat, n.d.).
Dari segi pelaksanaan, didapati bahawa bilangan sekolah wawasan yang telah
ditubuhkan tidak begitu banyak kerana kesukaran dalam mendapatkan lokasi yang sesuai
yang mempunyai komposisi kaum majoriti yang sesuai (“Sekolah wawasan diyakini dicapai
matlamat perpaduan”, 2011).Masalah ini timbul kerana pelaksanaan konsep sekolah 1
sekolah kadangkala tidak begitu praktikal sekiranya penjadualan penggunaan kemudahan
tersebut tidak dirancang secara teliti (Kamaruzzaman Yahya, 2011). Berkongsi kemudahan
seperti kantin sekolah, dewan sekolah dan padang sekolah yang sama dilihat sebagai langkah
yang positif tetapi perancangan dan persefahaman yang tinggi amat diperlukan dari semua
pihak. Oleh itu, jelas bahawa pelaksanaan sekolah wawasan belum begitu menyeluruh serta
belum menampakkan hasil yang begitu nyata. Ini mungkin kerana ia mengambil jangkamasa
yang lebih panjang untuk mencapai matlamat utama. Namun begitu, sekolah wawasan dilihat
mempunyai potensi yang besar untuk mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia sekiranya
pelaksanaannya disusuli dengan pelan tindakan yang terperinci.

4.3 Pelan Integriti Nasional
Dalam pelaksanaan PIN, beberapa faktor memainkan peranan yang penting dalam
kejayaannya termasuk persekitaran budaya yang sesuai, kerjasama dari pelbagai pihak,
sumber yang mencukupi dan cekap, pemimpin yang memberi contoh yang baik, keinginan
individu untuk berubah dan lain-lain faktor (“Pelan Integriti Nasional”, 2011). Secara
khususnya, dalam usaha

mencapai integriti, didapati bahawa tiga faktor utama

mempengaruhinya iaitu faktor individu, kepimpinan dan budaya (Abdul Rashid, 2008).
Faktor individu yang mempengaruhi integriti perlu diambilkira dalam pelaksanaan
PIN.Sikap-sikap negatif yang terdapat pada seseorang individu seperti kurangnya pendidikan,
dan tekanan hidup boleh menyebabkan kesukaran dalam mewujudkan integriti.Oleh itu,
usaha untuk mencapai integriti hendaklah melibatkan pemantapan nilai diri bagi
seseorang.Beberapa

program

yang

dianjurkan

berasaskan

PIN

bertujuan

untuk

mempengaruhi nilai-nilai diri dalam individu secara positif. Contohnya seperti Skim Rondaan
9

Sukarela (SRS) yang menggalakkan individu menjadi sukarelawan dalam komuniti masingmasing bagi membanteras jenayah. Antara kejayaan yang telah dicatat dalam PIN dalam
pelaksanaan SRS di mana lebih kurang 4,000 kes-kes mambabitkan jenayah seperti
vandalisme dan kecurian berjaya diselesaikan (“Pelan tindakan perpaduan dan integrasi
nasional dikaji semula”, 2013). Sekiranya lebih banyak aktiviti-aktiviti seperti ini dianjurkan,
pasti kes-kes jenayah seperti ini dapat dikurangkan secara signifikan.
Selain itu, gejala rasuah dilihat sebagai suatu gejala yang perlu dibanteras bagi
mencapai integriti.Bagi meningkatkan lagi keberkesanan dalam mencegah rasuah, Badan
Pencegah Rasuah (BPR) telah distruktur semula supaya membentuk sebuah suruhanjaya
bebas yang dinamakan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (Saifulizam Mohamad,
2008).Dengan peningkatan taraf ini, suruhanjaya ini dapat menjanjikan ketelusan yang lebih
dalam usaha kerajaan bagi menghapuskan jenayah berbahaya ini.

4.4 Pencapaian ketiga-tiga program
Ketiga-tiga program yang menjadi inisiatif kerajaan bagi mencapai integriti mempunyai cara
masing-masing dalam mencapai matlamat utama yang sama iaitu perpaduan rakyat Malaysia.
Setiap aktiviti yang disusun mempunyai matlamat khusus iaitu menyelesaikan masalahmasalah yang menjadi halangan utama kepada pembentukan perpaduan iaitu dari segi
individu, budaya dan kepimpimpinan. Maka, semua program ini patut diusahakan secara
bersama-sama dan bukan hanya berfungsi secara individu untuk mencapai matlamat utama
yang sama.

10

5.0 Faktor-faktor yang telah menyumbang kepada pembentukan masyarakat pluraliti
di Malaysia.
5.1 Selepas 13 Mei
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan
pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat
Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini
adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza
dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usahausaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering
menghadapi cabaran serta masalahnya. Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) „ .... the road
to a cohesive and proggressive society is a long and ardous one which to use the Malay
phrase, is full of “ onak dan duri”.
Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu
kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai
cabaran yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu di mana cabaran
kepentingan etnik dari aspek sosial. Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma
yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan,
polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial.

5.2 Pemisahan fizikal
Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat
daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British sejurus menjajah
Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi
tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga
menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan
lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayan yang
berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah
dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan. Implikasinya terhadap hubungan etnik
memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang
kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia.

11

Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang
bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata
etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan
mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap
golongan etnik yang lain. Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu
masyarakat Semenanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan
Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara
sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya
yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang
lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus
pemodenan negara.

5.3 Sistem pendidikan
Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing. Setiap golongan etnik
mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu
menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar
Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa
perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa
Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan
etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman
dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di
antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan
yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa
ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka
akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang
lain.
Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem
pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada
penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga
dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para
pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran
mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada
12

dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk
mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza.
Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini
dianggap enteng oleh pihak yang berwajib.
Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi
terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah
menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta
(IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia.
Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara
Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara
semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang
mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih
mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan
struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak
mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu
perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang
bertindak sedemikian.

5.4 Ekonomi
Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan iaitu penguasaan
ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi.
Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik.
Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber
manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang
lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala,
kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit.
Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu
terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara
Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk
berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang
berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam
13

masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua
golongan etnik.
Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang
sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga
akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah
berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya
tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari
peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang
cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan
lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu
timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini
mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara
yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.
Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tidak
boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan
kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara
dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi.
Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya
penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena
kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar.
Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol
dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja.

5.5 Politik
Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan
semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua
pihak.
Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan
ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke
arah masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling
berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan
14

budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang
sama rata.
Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan
etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri.
Lambang bendera Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya
mementingkan hak etnik masing-masing.

5.6 Perbezaan nilai etnik
Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi
agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina
dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan.
Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan
kebudayaan mereka sendiri. Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih
mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan
perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau “taboo” kerana ia memang sukar
untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap
etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik
yang lain.
Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan
kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk
berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan
ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh
mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan
menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan
seharian mereka.

5.7 Cabaran globalisasi
Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasi yang menunjukkan proses globalisasi serta
pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu
dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini.
15

Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju
melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik
menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun
demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi
budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang
akan menjadi bakal pemimpin negara, lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini.
Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah
jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas.
Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan, kebanyakan golongan remaja
terdedah dengan pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri.
Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan
penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat.
Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek
pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan
hilang juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan
zaman.
Merujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku
Pengajian Malaysia, terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007, usaha kerajaan ke arah
pemupukan hubungan etnik bermula setelah tahun 1957, iaitu selepas Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan bagi mengatasi cabaran-cabaran yang telah dikemukakan sebelum
ini. Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai dasar dan pelan tindakan untuk mencapai
perpaduan dari pelbagai aspek. Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan
sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan
Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan
Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan
antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka
pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah
menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang
sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem
peperiksaan yang sama dan sebagainya.

16

Kerajaan berusaha dengan lebih keras lagi dalam mencapai perpaduan berikutan
berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat.
Rentetan peristiwa tersebut telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi
sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang licin
dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN
didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan.
Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis
Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie
telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah
perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan
kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk
menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan
JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang
kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan
untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang
kaum.
Selain itu, pada 29 Januari 1970 juga telah tertubuhnya Majlis Perundingan
Negara(MAPEN) yang bertanggungjawab untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama
antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan di kalangan rakyat
Malaysia serta bertanggungjawab dalam pembentukan ideologi negara, iaitu Rukun Negara
dan perubahan perlembagaan. Majlis ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti
wakil-wakil dari MAGERAN, wakil dari kerajaan negeri, wakil dari parti politik, wakil dari
Sabah dan Sarawak, wakil dari kumpulan agama, wakil dari badan profesional, wakil dari
perkhidmatan awam, wakil dari kesatuan sekerja dan persatuan majikan, wakil dari akhbar,
wakil guru-guru dan wakil dari kelompok minoriti bagi membolehkan mereka membuat
perbincangan secara berterus-terang.
Kemuncak usaha kerajaan ekoran peristiwa 13 Mei ialah terciptanya satu ideologi
negara iaitu Rukun Negara yang dihasilkan berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam
untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul serta bertujuan menyemai dan
memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum. Rukun Negara dengan
prinsip-prinsip berdasarkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri
rakyat negara ini sebagai satu bangsa Malaysia dan dijadikan sebagai pedoman dan hala tuju
17

dalam merancang program pembangunan negara. Secara khususnya, ia merupakan ikrar yang
menjadi acuan bagi integrasi nasional, pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara.
Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar-Dasar Pembangunan Negara yang
dirancang selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber kekayaan, aspirasi
masyarakat serta persekitaran global. Dalam konsep hubungan etnik, dasar-dasar
pembangunan negara merujuk kepada usaha kerajaan bersama rakyat untuk melakukan
perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi secara seimbang dan adil
bagi semua kaum.
Terdapat tiga pelan pembangunan negara yang utama iaitu Era Dasar Ekonomi Baru
(1971-1990), Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Era Dasar Pembangunan
Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan salah satu usaha dasar ekonomi untuk
mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai
aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). DEB dilancarkan oleh kerajaan
Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang(RRJP) yang bermatlamatkan untuk
mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan
memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan
menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Antara usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan melalui DEB ialah
mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, menambahkan daya pengeluaran dan
pendapatan, memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya berpindah ke sektor yag lebih lumayan, mengurangkan jurang perbezaan
pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar), memodenkan
kehidupan di luar bandar dan memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,
latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
Seterusnya, Dasar Pembangunan Nasional(DPN) telah dilancarkan pada tahun 1991
yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu dan adil. DPN merupakan pemangkin negara ke arah menjadikan Malaysia
sebagai negara maju dan digerakkan di atas landasan yang kukuh ke arah membentuk
pembangunan seimbang yang meliputi aspek keadilan sosial, nilai, etika dan moral mengikut
acuan tempatan. Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi yang telah dibina oleh DEB
iaitu serampang dua mata dan diperkasakan pendekatannya dengan memasukkan beberapa
18

dimensi baharu dalam pelan tindakan, iaitu penegasan terhadap pembasmian kemiskinan
dengan dua tumpuan utama, iaitu menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan
kemiskinan relatif; menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah
meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi;
meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan
memebri lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan
etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.
Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau
dikenali sebagai Wawasan 2020. ia merupakan respons kepada perkembangan ekonomi,
sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa serta
menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi
dari segi politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun
2020, Malaysia dijangka mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan
masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan
saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing.
Dalam kertas kerja berjudul Malaysia Melangkah ke Hadapan(1991) yang
dibentangkan pada sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28
Februari 1991 menyatakan terdapat sembilan cabaran yang dikenalpasti untuk merealisasikan
Wawasan 2020. Sememangnya, negara Malaysia telah berusaha untuk mencapai kesembilan
matlamat itu. Walaupun banayak matlamat itu menumpukan kepada pembangunan ekonomi,
pembangunan keseluruhannya tidak boleh diketepikan. Hal ini disebabkan pembangunan
keseluruhan dari aspek politik, sosial dan ekonomi yang mampu menyatukan rakyat.
Pembangunan yang seimbang dari setiap sudut itu mampu menggerakkan pelbagai kaum di
Malaysia untuk hidup secara harmoni dan sejahtera.
Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari
2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan
perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang
dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa
Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan,
Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan,
Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu
19

Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan
Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti
perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program,
pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat
melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.
Melalui pembacaan beberapa karya Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri
Perpaduan Negara-Perpaduan Antara Kaum, terbitan Penerbit Setiamas pada tahun 1995.
Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang mempunyai pegangan
agama, bahasa dan adat istiadat tersendiri. Perhubungan politik dan ekonomi dengan dunia
uar, proses penjajahan barat dan kemasukan orang asing erupakan faktor utama yang
bertanggungjawab mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Malaysia terdiri
daripada masyarakat yang „multiracial‟ dan „multiculture‟ yang mempunyai asas-asas kukuh
untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong
cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Melalui konsep negara
bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu
identiti negara yang sama yang dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya,
lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang
tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.
Masyarakat berperanan dalam pemupukan hubungan etnik agar negara kita malaysia
sentiasa dalam keadaan aman dan selesa. Salah satu contoh peranan masarakat adalah dalam
penerimaan budaya. Secara amnya, memang ada kesamaan unsur kebudayaan antara ketigatiga golongan rakyat di negara ini. Ciri- ciri hindu telah meresap masuk ke dalam kebudayaan
masyarakat melayu. Dari kepelbagaian budaya ini akan menyatukan nilai pelbagai bangsa.
Orang cina yang datang ke negara ini untuk bekerja di lombong- lombong bijih timah
diterima menjadi warganegara malaysia akhirnya. Persesuaian yang kelihatan antara tiga
golongan utama iaitu melayu, cina, dan india berasaskan ciri budaya yang sama. Antaranya
ialah mementingkan kekeluargaan dengan menghormati ibu bapa dan adik beradik.
Disamping itu kepentingan agama didahulukan..
Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa
serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan
kepentingan pemupukan budl bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhl
dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini
mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati
20

ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya,
Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w, Hari Keputeraan rasmi DYMM Yang di-Pertuan
Agong Malaysia
Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat
majmuk dan kukuh dengan warisan budaya dan budi bahasa yang tinggi. Kesemua adat resam
ini sama-sama saling difahami dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat agar
perhubungan kaum dapat dijalinkan dengan erat. Bagi masyarakat Melayu terdapat beberapa•
adat-adat kunjung mengunjung dalam masyarakat. Bagi pengunjung beragama Islam
hendaklah memmberi salam 'Assalamu'alaikum'. Pengunjung bukan Islam memadai
mengucap selamat sahaja. Setiap pengunjung yang hendak masuk ke dalam rumah orang
Melayu perlu menanggalkan kasut. Bagi masyarakat India pula terdapat kepelbagaian adat
bergantung kepada keturunannya sama ada Tamil, Punjabi atau India Utara.
Antaranya secara umum ialah semasa memberi hormat, kaum India terdapat berbagaibagai cara dan kebiasaannya dengan merapatkan tapak tangan dan mengangkatnya hingga ke
dada sambiI mengucapkan kata-kata yang bermaksud selamat. Semasa berkunjung, tetamu
mestilah membuka kasut kecuali jika tuan rumah membenarkannya. Kunjungan pula
seeloknya dibuat pada hari dan masa yang dikira sesuai. Kunjungan ke rumah orang yang
baru berpindah tidak sesuai dibuat pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Apabila hendak
pulang tetamu hendaklah terlebih dahulu meminta diri daripada tuan rumah dengan
mengatakan 'saya akan datang lagi' serta berjabat tangan.
Masyarakat Cina pula mempunyai adat tersendiri di dalam menerima tetamu. Semasa
berkunjung ke rumah orang cina, tetamu seelok-eloknya duduk di sebelah kiri tuan rumah. Ini
menunjukkan tetamu itu menghormati tuan rumah. Tetamu hanya dilihat sopan apabila
minum setelah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap tidak sopan jika
mengunjung rumah keluarga Cina sewaktu mereka sedang makan kecuali kunjungan itu
khusus menghadiri jamuan. Adat-adat ini banyak membantu dalam menggeratkan perpaduan
di antara kaum. Orang Melayu, Cina dan India sama-sama saling memahami adat dan
kebudayaan masing-masing. Dengan ini tidak timbullah persoalan ketidaksefahaman antara
kaum.

21

6.0 Kesimpulan
Melalui perbincangan yang telah dilakukan, didapati bahawa ketiga-tiga usaha kerajaan
dalam menjana perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai
kelebihan masing-masing.Program belia, sekolah wawasan dan Pelan Integrasi Nasional
nyata memberi impak yang positif terhadap penyatuan rakyat Malaysia.Namun, masih
terdapat ruang untuk memperbaiki program-program ini melalui pelaksanaan yang lebih
berkesan dan terperinci. Setiap program ini jika dilaksanakan secara bersama dan efektif,
pasti akan memberi impak yang signifikan terhadap kebangkitan semangat patriotik rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Oleh itu, kerajaan perlu meningkatkan usaha untuk
mengembangkan lagi idea rogram-program ini serta menjalankan aktiviti-aktiviti yang
dirancang secara lebih menyeluruh.Contohnya, pembinaan sekolah wawasan patut ditambah
di samping mengkaji saiz kemudahan sekolah yang perlu dibina bagi menampung jumlah
pelajarnya. Program-program belia yang positif pula boleh ditingkatkan dengan menambah
peruntukan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian . Bagi Pelan Integrasi
Nasional, adalah wajar untuk kerajaan menjalankan usaha untuk meningkatkan kesedaran
masyarakat akan kewujudannya serta tujuan pelaksanaannya. Perpaduan kaum adalah perkara
utama yang harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat
adalah amat penting bagi negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin
kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat
terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita
selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh
yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat
bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang
berpanjangan. Secara kesimpulannya, perpaduan serta keharmonian dalam masyarakat
berbilang kaum di Malaysia akan dapat direalisasikan dengan perancangan dan pelan
pelaksanaan yang berkesan serta penglibatan dan sokongan dari semua pihak teutamanya
rakyat Malaysia sendiri.

22

6.0 RUJUKAN
Abdul Rashid (2008). Individu, Kepimpinan dan Budaya: Tiga faktor yang menjejaskan
perlaksanaan Integriti. Diperolehi pada 2 Februari, 2014 dari
http://kiasan.blogspot.com/2008/05/individu-kepimpinan-dan-budaya-tiga.html
Azizi Yahaya & Amir Hamzah Abdul Sanif Sapaat (n.d.). Sekolah Wawasan: Sejauh
manakah ia mampu melahirkan generasi bersatu padu di masa akan datang. Diperolehi pada 2
Februari, 2014 dari http://eprints.utm.my/2291/1/Aziziyahaya__sekolah_Wawasan.pdf
Dasar Pembangunan Belia Negara (2013) Diperolehi pada 2 Februari, 2014 dari
http://www.kbs.gov.my/dokumen2011/belia/Dasar%20Pembangunan%20Belia%20Negara.p
df
Erti dan Kepentingan Perpaduan Negara (2012, February 19) Diperolehi pada 2 Februari,
2014 dari http://spmbahasamelayu.blogspot.com/2012/02/erti-dan-kepentingan-perpaduannegara.html
Fahmi Aziz (2009). 1 Malaysia: Belia berwawasan penggerak kejayaan. Diperolehi pada 2
Februari, 2014 dari http://aspirasifahmi.blogspot.com/2009/06/1-malaysiabelia-berwawasanpenggerak.html
Kamaruzzaman Yahya (2011). Keberkesanan penggunaan prasarana di kompleks sekolah
wawasan Subang Jaya dalam usaha mengga