Bitcoin Analisis Melalui Muamalat dan Ma

ISES4101 Ijtihad dalam Isu-isu Sains dan Pemikiran Saintifik

Bitcoin: Analisis Bitcoin Melalui Muamalat dan Maṣlahaṯ

Che Mohd Fakhri Che Ludin,
Muhamad Hafiz Fahmi Ahmad Sukri,
Muhammad Ridzuan Dolah
Atif Aiman Abd Halim1

Abstrak
Bitcoin merupakan satu mata wang kripto yang setakat ini menduduki kedudukan tertinggi
berbanding mata wang kripto yang lain sama ada pada nilainya mahupun penglibatan
dalamnya. Keadaan ini membawa kepada keperluan untuk menganalisis beberapa isu
berkenaan Bitcoin di sisi syarak. Bagi memenuhi keperluan ini, makalah ini bakal
mendedahkan kepada para pembaca gambaran berkenaan Bitcoin termasuk sistem operasi,
sandaran nilai serta risikonya. Seterusnya, perbincangan juga akan berkisar tentang prinsipprinsip muamalat yang berkaitan sebelum menganalisis Bitcoin berdasarkan prinsip tersebut.
Makalah ini masih berada pada peringkat cadangan memandangkan kajian yang dibuat masih
di peringkat awal dan tidak menyeluruh. Hasil daripada cadangan ini diharapkan dapat
memperkenal kepada pembaca berkenaan Bitcoin dan isu yang mungkin timbul dalam
penggunaannya oleh umat Islam. Penonjolan ini juga bermatlamat agar pembaca dapat
melihat kesyumulan Islam dalam semua perkara termasuk dalam sistem ekonomi selain dapat

memahamkan bagaimana sistem muamalat mampu memenuhi salah satu daripada maqāṣid
al-sharῑ‘ah iaitu menjaga harta (hifz al-māl).

Kata kunci: bitcoin, mata wang maya, mata wang kripto, muamalat, thamaniyyah, nuqud,
fulus

Bitcoin: Bitcoin Analysis According to Muamalat and Maṣlahaṯ
Abstract

Bitcoin is one of cryptocurrency existing and be at the highest ranking among other
cryptocurrencies – for its value and popularity. This situation leads to a necessity to
analyse some issues regarding Bitcoin from shariah perspective. Against this
background, this article exposes the readers about the concept of Bitcoin including
its operational system, value determining and the risks. This discussion then will
1

Semua penulis adalah pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi
Maklumat, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

1


ISES4101 Ijtihad dalam Isu-isu Sains dan Pemikiran Saintifik

summarise the principles of muamalat that are mandatory to be understood.
Furthermore, the discussion will also address the relevant muamalat principles before
analyzing Bitcoin based on that principle. The paper is still in the recommendation stage as
the studies done are still in its early stages and not yet completed. Hopefully the outcome of
this proposal will give the reader a bit of information about Bitcoin and the issues that may
arise in their use among Muslims. This proposal also aimed for the readers to see the
perfection of Islam in every aspect of life including the economic system and to understand
how the muamalat system is capable of fulfilling one of the maqāṣid al -sharῑ'ah which is
guarding the property (hifz al-māl).

Pendahuluan
Pemerdagangan atau jual beli adalah satu proses transaksi antara seseorang dengan orang
yang lain berbentuk pertukaran suatu barang dengan suatu barang lain berdasarkan kaedah
dan akad tertentu. Barang-barang ini ditukarkan atas penisbahan nilai pada barang yang
ditukar oleh kedua-dua pihak yang terlibat. Jika diperhatikan dalam realiti semasa, aktiviti
pemerdagangan dan jual beli ini berlaku secara penukaran barang dengan duit samada secara
berhadapan ataupun atas talian. Sedangkan penukaran barang dengan barang secara lazimnya

dipanggil barter bukanlah jual beli. Pemerdagangan dan jual beli ini berlaku adalah kerana
wujudnya perbezaan keperluan hidup atau kemahuan di antara seseorang dengan seseorang
yang lain. Sebagai contoh, pihak pertama memiliki barang yang menjadi keperluan atau
kemahuan bagi pihak kedua, manakala pihak kedua pula memiliki sejumlah duit di dalam
simpanannya, yang mana nilai duit itu menyamai atau lebih tinggi nilainya berbanding nilai
barang yang dimiliki oleh pihak pertama tadi. Sekiranya pihak pertama memerlukan duit, dia
boleh menawarkan kepada pihak kedua untuk melakukan pertukaran dengan erti kata lain, dia
boleh menjual barang yang dimilikinya tadi kepada pihak kedua. Sekiranya kedua-dua pihak
bersetuju untuk melakukan pertukaran, maka akan terjadilah jual beli tersebut. Wujud
persoalan dalam membincangkan isu nilai sesuatu barang dan duit kerana jika disebutkan
satu contoh, iaitu botol air yang dijumpai di jalanan. Adakah botol ini dikelaskan sebagai satu
barang yang bernilai? Bolehkan botol itu dinisbahkan nilainya dengan emas dan perak?
Begitu juga bila diperhatikan nilai yang terdapat pada sehelai duit, kerana secara fizikalnya,
duit hanyalah sehelai kertas yang terdapat padanya lukisan dan nombor. Bagaimana pula
duit-duit ini boleh ditetapkan nilainya pada kadar yang berbeza-beza sedangkan semuanya
adalah sehelai kertas. Berikutan itu, wujud pula satu mata wang baru dalam bentuk digital
yang dikenali sebagai cryptocurrency iaitu mata wang kripto. Mata wang ini mula
diperkenalkan pada penghujung tahun 2008 oleh individu yang dikenali sebagai Satoshi
Nakamoto (berdasarkan nama profil atas taliannya). Wang kripto yang diperkenalkan oleh
beliau adalah Bitcoin. Selepas memperkenalkan dan melakukan beberapa transaksi

menggunakan Bitcoin, beliau menghilangkan diri dari dunia internet dan menjadikan identiti
dirinya misteri sehingga sekarang. Sekarang, bitcoin sudah mula dikenali dan mendapat
tempat di mata semua orang termasuklah rakyat Malaysia. Hal ini dapat dilihat berdasarkan
kenaikan nilai semasa Bitcoin yang mencecah sehingga RM71,000 untuk satu unit pada bulan
Disember 2017. Dengan penerimaan semua orang terhadap Bitcoin ini, aktiviti
pemerdagangan dan jual beli turut sama berlaku melibatkan Bitcoin, samada sebagai barang
yang ingin dibeli ataupun sebagai alat untuk membeli barang-barang yang lain.

2

ISES4101 Ijtihad dalam Isu-isu Sains dan Pemikiran Saintifik

Pengenalan Bitcoin
Bitcoin adalah salah satu daripada mata wang kripto yang telah diperkenalkan sejak tahun
2008. Mata wang kripto ini turut dikenali sebagai mata wang maya atau mata wang digital.
Allen dan Overy mendefinisikan mata wang maya sebagai perwakilan digital dalam nilai
yang boleh diperdagangkan secara digital dan berfungsi sebagai satu medium pertukaran, unit
akaun dan nilai simpanan tetapi tidak mempunyai status “legal tender” dari mana-mana
pihak berkuasa. Ianya tidak diisukan atau diberi jaminan oleh mana-mana kerajaan, dan
memenuhi fungsi ini melalui persetujuan di antara komuniti pengguna mata wang digital.

Ianya berbeza dengan wang fiat, di mana wang fizikal yang menjadi “legal tender” bagi
sesebuah negara dan juga berbeza dengan wang elektronik yang mewakili nilai wang fiat2.
Bank Induk Eropah mendefinisikan mata wang maya sebagai satu objek yang mewakili nilai
mata wang yang tidak diisukan oleh bank pusat atau mana-mana pihak berkuasa dan tidak
juga terdapat perkaitan dengan mata wang fiat, tetapi ia digunakan sebagai satu medium
pertukaran dan boleh dipindahkan, disimpan atau diperdagangkan secara elektronik 3. Berbeza
dengan mata wang fiat, mata wang digital ini bukanlah legal tender tapi diterima di kalangan
komuniti maya sebagai medium pertukaran dan juga sebagai unit akaun. Mata wang maya ini
juga berbeza dengan mata wang elektronik seperti Paypal atau Ven. Dalam skim wang
elektronik, hubungan antara wang elektronik dan wang fiat adalah terjamin melalui asas
undang-undang dan nilai dananya dinyatakan dalam unit akaun yang sama seperti U.S dollar,
Euro, Ringgit dan lain-lain. Skim mata wang maya ini menggunakan unit akaun yang
tersendiri, yang hanya wujud di dalam bentuk digital seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan
lain-lain. Wang ini boleh digunakan sebagai alternatif kepada mata wang fiat, atau boleh
diubah kepada mata wang fiat.
Literasi ilmiah berkaitan Bitcoin dan mata wang kripto masih terhad dalam
membincangkan tentang hubung kait melibatkan lapangan-lapangan lain di dalam sektor
ekonomi dan industri kewangan. Sebab utamanya adalah kerana kewujudan Bitcoin itu
sendiri adalah baru dan masih dalam tempoh 10 tahun pertama pengenalannya. Satoshi
Nakamoto - nama samaran bagi individu yang dipercayai mencipta teknologi blockchain dan

bitcoin. Satoshi Nakamoto merupakan individu pertama yang menulis sebuah penulisan
berkaitan Bitcoin. Sumbangan terbesar penulisan beliau itu adalah dalam memperkenalkan
teknologi blockchain dan bitcoin kepada dunia. Penulisannya menerangkan tentang manfaat
sistem blockchain dalam menghapuskan ketidakcekapan yang wujud dalam sistem kewangan
dan pemasaran sedia ada sekaligus menghasilkan satu sistem yang lebih pantas, transaksi
dengan kos yang lebih rendah, meningkatkan kelancaran urusan, ketelusan dan keselamatan.
Walaubagaimanapun, penulisan beliau itu tidak membincangkan secara panjang bekaitan
sifat kewangan Bitcoin tetapi lebih memfokuskan tentang penerangan teknologi di sebalik
Bitcoin. Selain itu, penulisan Nakamoto membentangkan tentang analisis data transaksi
akaun Bitcoin bagi menunjukkan bahawa Bitcoin digunakan sebagai barang pelaburan dan
bukanlah sebagai mata wang alternatif atau sebagai medium pertukaran. Walaupun begitu,
terdapat penegasan dalam penulisan beliau bahawa Bitcoin ini boleh digunakan sebagai
medium pertukaran barang, tetapi hal ini tidak akan mencerminkan sifat sebenar Bitcoin4. Hal
2

Overy, A. &. (2005). Virtual Currencies Mining the possibilities. Retrieved from Allen & Overy:
http://www.allenovery.com/SiteCollectionDocuments/Virtual%20Currencies.pdf

3


Bank, E. C. (2012). Virtual Currency Schemes. In E. C. Bank, Virtual Currency Schemes (h. 13-14).
Frankfurt: European Central Bank.

4

Nakamoto, S. (n.d.). Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System. Retrieved from
https://bitcoin.org: https://bitcoin.org/bitcoin.pdf

3

ISES4101 Ijtihad dalam Isu-isu Sains dan Pemikiran Saintifik

ini kerana, rumusan menarik yang diberikan berkaitan Bitcoin ini adalah ia bukanlah satu
komoditi yang berharga dengan nilai intrinsiknya dan bukan juga mata wang fiat yang
didasari oleh legal tender sesebuah kerajaan, tapi Bitcoin adalah satu unsur gabungan antara
komoditi dan mata wang fiat.
Apa yang dimaksudkan dengan gabungan ialah, Bitcoin sebagai satu unsur gabungan
antara komoditi dan mata wang fiat ialah Bitcoin itu sendiri memainkan dua peranan iaitu
sebagai komoditi dan juga sebagai mata wang. Walaupun begitu penulisan beliau gagal
mengetengahkan elemen mata wang yang ada pada Bitcoin, tetapi perbahasan-perbahasan ini

dicatatkan dalam beberapa penulisan yang terkemudian oleh Barber et al. (2012) dan juga
Evans (2015). Usul yang dibincangkan antaranya ialah bagaimana Bitcoin boleh menjadi
mata wang yang lebih baik berbanding wang fiat yang digunakan oleh dunia pada waktu
sekarang. Ia menekankan tentang ciri-ciri yang terdapat pada Bitcoin yang menjadikan ia
suatu perkara yang baik untuk menjadi mata wang yang stabil dan bertahan. Penulisan Evans
(2015), “Bitcoin in Islamic Banking and Finance” lebih berbentuk akademik berbanding
penulisan-penulisan sebelumnya5. Pada peringkat permulaan pengenalan Bitcoin, nilai satu
unit bitcoin ini sangat kecil sepertimana catatan penisbahan nilai pada Mei 2010 berdasarkan
transaksi pembelian dua keping piza bernilai 25 $ dari Papa John’s Pizza oleh Laslo Hanyecz
dengan menggunakan 10,000 BTC (unit bagi bitcoin). Pembelian ini bukanlah dibuat secara
terus di restoran tersebut tetapi sebagai bayaran kepada seorang sukarelawan yang sanggup
membeli piza tersebut menggunakan wangnya setelah menerima Bitcoin tersebut daripada
Hanyecz. Penggunaan Bitcoin terus melalui naik turunnya sehingga nilai 1 BTC mampu
untuk bersaing dengan nilai Dollar Amerika Syarikat pada tahun 2011 dengan penisbahan 1
BTC bersamaan 31 USD daripada nilai asalnya 10,000 BTC bersamaan 25 USD.
Bermula penghujung tahun 2012, Bitcoin mula diterima dalam pembayaran servis
secara terus oleh pembangun laman web Wordpress, 4Chan.org dan Lumfile. Penerimaan
pembayaran terus menggunakan Bitcoin ini terus berkembang pada tahun 2013 tetapi pada
penghujung tahun 2013, satu hentakan besar berlaku ke atas perkembangan nilai Bitcoin
apabila bank negara China memutuskan untuk menyekat pengurusan dan permerdagangan

wang kripto tersebut di negaranya. Seiringan perkembangan Bitcoin ini, ianya pernah
digelarkan sebagai “Mata wang untuk Penjenayah” kerana ianya pernah menjadi mata wang
utama yang digunakan oleh pasaran dadah sejak tahun 2011 yang digelar sebagai “The Silk
Road” atau terjemahannya “Jalan Sutera”. Bitcoin digunakan dalam urusan jual beli dadah
kerana ciri-ciri istimewa transaksinya yang selamat dan tidak boleh dikesan. Tetapi, pada
2014, gelaran ini sudah tidak terpakai setelah kerajaan Amerika Syarikat melelongkan lebih
daripada 29,000 unit Bitcoin yang dirampas daripada “Jalan Sutera”. Seterusnya, nilai
Bitcoin ini terus naik secara stabil sepanjang 2015 sehingga pertengahan 2016 dan menjadi
satu lonjakan yang begitu tinggi pada tahun 2017. Hal ini adalah kerana impak daripada
tindakan China dalam melonggarkan undang-undang terhadap jual beli Bitcoin dan juga
tindakan Jepun dalam memperkenalkan undang-undangnya dalam mata wang digital. Dengan
penerimaan yang pesat dalam Bitcoin ini, golongan-golongan yang terlibat dalam
memastikan keterusan process catatan transaksi Bitcoin yang digelar sebagai pelombong
berbeza pandangan dalam menentukan saiz penyimpanan data Bitcoin yang membawa
kepada lahirnya wang kripto yang baru daripada Bitcoin, iaitu Bitcoin Cash. Process yang
diistilahkan oleh komuniti sebagai “forking” berlaku pada Ogos 2017.

5

Evans, C. (2015). Bitcoin in Islamic Banking and Finance. Jurnal of Islamic Banking and

Finance, h. 1-11.
4

ISES4101 Ijtihad dalam Isu-isu Sains dan Pemikiran Saintifik

Sistem Asas Bitcoin
Bitcoin ialah mata wang kripto yang dibangunkan menggunakan sistem kriptografi.
Kriptografi ialah satu proses dalam menyembunyikan sesuatu data daripada bentuk biasa
kepada bentuk yang tidak dapat difahami yang dipanggil enkripsi dan juga proses merungkai
data yang tersembunyi tadi kepada bentuk asalnya yang dipanggil dikripsi. Sistem yang
menjadi dasar kepada urusan transaksi dan rekod Bitcoin ialah blockchain , iaitu sistem
rantaian blok-blok digital yang mempunyai maklumat pemilikan Bitcoin serta segala
transaksi yang berlaku. Sistem blockchain ini turut menggunakan kriptografi sebagai asas
utama operasinya, dan jenis enkripsi yang digunakan adalah enkripsi sehala, tanpa dikripsi.
Sistem inilah yang menjadikan setiap data pada rantaian blok itu selamat dan tidak boleh
diubah. Dalam operasi penambahan blok ke atas rantaian blok yang sedia ada, satu proses
perkomputeran yang rumit menggunakan enkripsi sehala dilakukan oleh komuniti yang
digelar sebagai pelombong Bitcoin. Aktiviti melombong ini dipanggil sebagai pembuktian
kerja, pelombong-pelombong ini menjalankan perisian pelombongan (kriptografi) yang
menggunakan sejumlah besar tenaga perkomputeran untuk memenangi hak dalam menambah

blok baru dalam rantaian-rantaian Blockchain dan disertakan juga bersama-sama hak ini
Bitcoin sebagai ganjaran di atas proses perkomputeran yang besar dalam melakukan aktiviti
pelombongan. 6
Tambahan daripada itu, rekod data dan maklumat pada rantaian-rantaian blok ini
dipegang oleh semua komuniti yang terlibat dengan Bitcoin (individu yang memiliki dompet
wang kripto) secara tidak berpusat melalui sambungan internet secara peer-to-peer , teknologi
ini dipanggil sebagai “distributed ledger technology” atau terjemahannya teknologi lejar
yang tersebar. Ianya menjadikan sistem ini bebas daripada pengendalian data oleh satu pihak
seperti rekod transaksi perbankan yang dipegang dan dikendalikan oleh pihak bank. Dengan
ini, setiap transaksi yang berlaku akan terus dicatat di dalam blok dan akan dipegang oleh
semua komuniti yang terlibat. Rekod-rekod ini boleh dicapai oleh semua orang secara
terbuka, sekaligus menjamin tiada penipuan transaksi yang akan berlaku. Walaupun transaksi
ini boleh dicapai secara terbuka, komuniti tidak mampu untuk mengenalpasti pelaku kepada
setiap transaksi yang direkodkan kecuali transaksi yang melibatkan dirinya sendiri. Setiap
transaksi dilakukan dengan menggunakan alamat digital di antara dompet pemberi dan
penerima Bitcoin. Contoh alamat digital bagi transaksi Bitcoin adalah seperti berikut:
“14LN1YHbCeC6vHZpHgQTh6HPEVb2nNAHgf”. Alamat ini yang akan menjadi rujukan
transaksi di dalam rekod terbuka dan bentuk alamat ini tidak menyimpan apa-apa gambaran
kepada identiti pemiliknya. Dengan ini, setiap transaksi hanya boleh dikenal pasti oleh
individu yang terlibat dengan transaksi sahaja walaupun rekod-rekod ini boleh dicapai oleh
semua komuniti yang terlibat.7 Dengan sistem rekod transaksi secara terbuka ini, Bitcoin
sekaligus menyelesaikan “masalah pembelanjaan dua kali ganda” dengan maksud
menggunakan wang yang sama untuk transaksi melebihi satu kali. Setiap transaksi yang
dibuat tidak memerlukan kepada mana-mana pihak ketiga yang bertindak sebagai pengurus
yang mengawal transaksi menjadikan sistem Bitcoin ini seakan-akan sistem tunai dalam
bentuk digital kerana setiap transaksi dibuat hanya melibatkan pemberi dan penerima sahaja.
6

Norbik Bashah Idris, Profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Temubual pada 29
November 2017 di Seminar Cryptocurrency, Blockchain & Distributed Ledger Technology:
Synergizing Technology & Shariah.
7

Wan Muhammad Hasni Wan Sulaiman, CEO Farad Program. Temubual pada 29 November 2017 di
Seminar Cryptocurrency, Blockchain & Distributed Ledger Technology: Synergizing Technology &
Shariah.

5

ISES4101 Ijtihad dalam Isu-isu Sains dan Pemikiran Saintifik

Penggunaan Bitcoin
Bitcoin telah banyak diterima pada masa sekarang sama ada oleh kedai-kedai atas talian
mahupun kedai-kedai biasa dan situasi ini adalah sama di negara kita Malaysia. Terdapat
sebilangan kedai dan restoran yang menerima pembayaran menggunakan Bitcoin di Malaysia
sebagai contoh, RuzNor Corner, Johor, Viv’s Boutique Café & Restaurant, Kuala Lumpur
dan Al-Mithaq Enterprise, Kuala Lumpur.8 Terdapat ramai pengguna yang menjadikan
Bitcoin sebagai satu pelaburan masa singkat dengan memanfaatkan naik turun harga Bitcoin.
Mereka membeli Bitcoin pada kadar harga yang rendah dan menjual pada kadar harga yang
tinggi. Berlaku peningkatan nilai Bitcoin yang sangat besar daripada permulaan
pengenalannya hingga sekarang. Hal ini selari dengan perkembangan komuniti pengguna
Bitcoin di dunia dari 720,705 pengguna pada penghujung tahun 2011 kepada 6,700,000
pengguna pada penghujung tahun 2013. Kumpulan pengguna yang paling besar ialah
kumpulan pengguna hibrid, iaitu kumpulan yang terdiri daripada penjual dan pembeli yang
menggunakan Bitcoin sebagai medium pertukaran barang dan khidmat. Kumpulan pengguna
kedua terbesar pula ialah pelabur yang menjadi pemegang kepada 30.22% Bitcoin pada tahun
2013. Kumpulan ini mengandaikan bahawa Bitcoin adalah satu kenderaan untuk pelaburan
bukanlah untuk perniagaan.
Bitcoin dikatakan tidak sesuai untuk dijadikan mata wang kerana nilainya yang
begitu cepat berubah dan boleh menjejaskan Bitcoin sebagai penyimpan nilai dan unit
akaun.9 Tetapi, kadar perubahan atau kestabilan nilai semata-mata tidak cukup untuk
dijadikan kayu ukur sesuatu samada layak untuk menjadi mata wang atau tidak. Ini kerana,
wang fiat yang digunakan sekarang ini turut melalui fasa-fasa nilai yang tidak stabil. Ini
kerana, Bitcoin adalah satu benda baru yang diperkenalkan dan belum mencecah umur 10
tahun. Selain itu, Bitcoin ini juga masih belum diterima dan dimiliki oleh semua individu di
dunia, oleh itu, masih ada kumpulan yang masih dalam proses mengenali dan cuba untuk
memiliki Bitcoin menyebabkan permintaan terhadap Bitcoin sangat tinggi sekaligus
menyebabkan penjual-penjual meletakkan harga yang sangat tinggi untuk satu unit Bitcoin.
Sebaliknya, masih terdapat banyak kumpulan yang majoritinya membincangkan samada
patut diterima Bitcoin sebagai mata wang atau tidak, lalu menimbulkan dilema dalam
masyarakat terhadap penerimaannya, hal ini sedikit sebanyak turut menjadi faktor penentu
kestabilan nilai Bitcoin. Sebagai contoh, tindakan yang pernah diambil oleh Bank Negara
China dalam menyekat pengendalian Bitcoin di negaranya dan mengakibatkan penurunan
nilai Bitcoin. Manakala, tindakan Jepun dalam menerima penggunaan Bitcoin dalam jual beli
secara rasmi pula memberi kesan terhadap peningkatan nilai Bitcoin.

Analisis Risiko, Cabaran dan Keperluan
Memahami risiko cabaran dan keperluan Bitcoin ini membantu dalam memahami Bitcoin
dengan lebih baik. Kerana dalam mempertimbangkan sama ada sesuai atau tidak Bitcoin
diterima sebagai mata wang perlu melihat secara keseluruhan termasuk sudut
pengaplikasiannya secara teliti. Seterusnya barulah dapat ditentukan keharusan dalam
penggunaannya dari sudut hukum syarak. Sistem Bitcoin ini beroperasi dengan tiga elemen
asas iaitu, blok data, lejar dan sambungan internet. Andainya berlaku satu gangguan pada
8

Colbert, bitcoinmalaysia.com/2014/07/20/list-of-bitcoin-accepting-merchants-in-malaysia/, 20 Julai
2014.
9

Dirk G. Baur et al. (2015), “Currency of Assets”, h. 10.

6

ISES4101 Ijtihad dalam Isu-isu Sains dan Pemikiran Saintifik

internet di seluruh dunia pada waktu yang satu waktu yang sama, maka boleh menjejaskan
rekod-rekod lejar kerana tiada satu pihak autoriti berpusat yang dilantik untuk menyimpan
data ini secara rasmi. Oleh kerana sifat asas Bitcoin ialah berbentuk kripto atau boleh juga
diterjemahkan sebagai samar dengan memastikan identiti individu yang terlibat sentiasa
rahsia dalam keadaan kurangnya ketetapan dan undang-undang berkaitannya, menjadikan ia
sangat menarik bagi kumpulan-kumpulan penggodam dan penipu kerana terdapat satu lapisan
keselamatan tambahan yang melindungi identiti setiap pelaku transaksinya. Antara kes terkini
ialah kandungan dompet digital milik syarikat mata wang kripto, NiceHash dicuri pada awal
bulan Disember 201710. NiceHash merupakan satu laman yang menjalankan aktivi
perlombongan Bitcoin secara berkelompok dan terdapat banyak Bitcoin milik pelanggan di
dalam dompet digital syarikat tersebut. Lebih merisaukan lagi ialah, masih belum ada alat
untuk mengesan ke manakah perginya mata wang ini.
Sifat mata wang kripto yang tidak dapat dijejak ini turut mendorong dalam
berlakunya kegiatan pengubahan wang haram. Identiti yang tercatat pada setiap transaksi
hanyalah menggunakan alamat digital yang terdiri daripada satu set huruf dan nombor
sebanyak 27 hingga 34 unit. Tambahan pula, setiap transaksi boleh dibuat menggunakan
alamat digital yang berbeza. Kelebihan ini memudahkan lagi kegiatan pengubahan wang
haram berlaku dimana kegiatan itu akan terselamat daripada dijejaki oleh pihak berkuasa.
Oleh itu, industri-industri yang mempertimbangkan untuk menerima penggunaan Bitcoin
harus melihat lebih lanjut dalam protokol anti-penggubahan wang haram. Selain itu, risiko
kecurian dalam bentuk digital turut tinggi kerana sifatnya yang sememangnya berasaskan
dunia digital sepertimana kes penggodaman syarikat data NiceHash yang disebutkan sebelum
ini. Aktiviti-aktiviti jual beli dadah seperti kes “Jalan Sutera” turut menjadi contoh bagi
perlakuan jenayah yang pernah berlaku melibatkan Bitcoin. Walaupun begitu, sebelum
wujudnya Bitcoin, kegiatan-kegiatan jenayah ini sememangnya telah lama dijalankan dan
beza yang terdapat antara kedua-dua situasi ini ialah transaksi yang boleh dijejak dan tidak
boleh dijejak. Terdapat beberapa jenis dompet bagi Bitcoin iaitu berbentuk perisian
komputer, berbentuk alat fizikal, berbentuk cetakan kertas dan juga berbentuk atas talian.
Sekiranya pengguna Bitcoin menggunakan dompet berbentuk perisian komputer pengguna
perlu memastikan kata kunci untuk mengakses dompetnya tidak hilang seperti terlupa. Ini
kerana, dompet itu tidak akan dapat diakses tanpa kata laluan tersebut dan semua wang kripto
yang ada di dalamnya tidak akan dapat digunakan lagi. Oleh itu, pemilik dompet Bitcoin
harus menyimpan maklumat untuk mengakses dompet dengan baik seperti menyimpannya di
dalam beberapa set salinan. Bitcoin pada waktu sekarang ibarat buih-buih yang akan pecah
pada bila-bila masa. Hal ini terjadi apabila berlaku perbezaan antara nilai sebenar dan harga
pasaran. Nilai sebenar Bitcoin adalah kabur dan penilaiannya boleh berasaskan apa sahaja
seperti, kemudahan untuk digunakan, tenaga yang digunakan untuk melombong, di mana ia
boleh digunakan atau kerumitan teknologinya. Kekaburan ini mengakibatkan ketidakstabilan
nilai Bitcoin yang amat tinggi.

Bitcoin Menurut Sistem Kewangan: Ciri-ciri Matawang dalam Islam
Hukum-hakam Islam merangkumi semua perkara yang berlaku di dunia. Semua
perkara mesti dinilai oleh syarak sama ada ia termasuk dalam larangan Allah atau sesuatu
yang harus. Memandangkan hukum asal setiap perkara selain ibadah adalah harus, maka
dalam isu ini, perkara yang dibincangkan ini akan cuba menilai sama ada Bitcoin ini adalah
10

Becky Peterson, https://www.businessinsider.com.au/nicehash-bitcoin-wallet-hacked-contentsstolen-in-security-breach-2017-12 , 7 Disember 2017.

7

ISES4101 Ijtihad dalam Isu-isu Sains dan Pemikiran Saintifik

perkara yang termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan atau tidak. Islam tidak
menolak sistem matawang dalam urusan harian manusia malah Rasulullah sendiri telah
melakukan urus niaga menggunakan emas dan perak, walaupun ia diwarisi daripada tamadun
Roman dan Parsi seperti yang disebutkan oleh Ibn Abdul Barr11. Secara umumnya, sumber
utama Islam tidak menetapkan apa-apa syarat bagi wang memandangkan semua manusia
telah maklum dengan wang yang digunakan pada zaman Rasulullah. Maka, dirham dan dinar
itu dikenali secara tabi’i, bukanlah secara syar’i. ‘Adat dan istilah memainkan peranan untuk
menentukan penerimaan satu-satu mata wang. Menurut Ibn Taymiyyah, emas dan perak
bukanlah tujuan asal yang ingin didapatkan manusia seperti komoditi, tetapi hanya sebagai
pengukur nilai antara komoditi12.
Terdapat dua wang dalam Islam, iaitu: Al-Thaman Al-Khilqi dan Al-Thaman Al-`Urfi.
Al-Thaman Al-Khilqi ialah wang semula jadi atau wang yang dicipta sebagai medium
pertukaran yang memiliki ciri-ciri semula jadi sebagai wang. Imam Al-Ghazali menyebutkan
bahawa Allah menciptakan emas dan perak untuk manusia bagi menggunakannya sebagai
standard dan ukuran harga. Al-Thaman Al-`Urfi pula ialah wang diangkat sebagai medium
pertukaran di mana nilainya sebagai wang tidak wujud padanya. Wang komoditi dan
matawang-matawang fiat adalah dua jenis wang al-’urfi yang wujud13. Perbezaan antara
keduanya adalah sumber penerimaan nilainya (thamaniyyah ), dalam bahasa mudah; “siapa
dan apa yang pertama kali menerimanya sebagai wang”. Al-thaman al-khilqi mempunyai
nilai yang sebenar(intrinsik) sedangkan al-thaman al’urfi mempunyai nilai ekstrinsik. Althaman al’urfi telah diterima pada zaman pemerintahan empayar Uthmaniyyah. Pada
asalnya, setelah wang fiat tidak lagi mewakili nilai emas yang sebenar, ia tidak mencukupi
syarat sebagai wang yang boleh diterima oleh syarak. Hal ini demikian kerana terdapatnya
unsur penindasan dan monopoli mata wang oleh negara-negara maju di dunia. Tetapi, para
pakar kewangan Islam telah sepakat untuk membenarkan penggunaannya atas dasar darurat
dan tiada alternatif lain14.
Mengikut apa yang disimpulkan oleh pakar muamalat semasa daripada sumber kitabkitab muamalat berkenaan ciri-ciri matawang adalah:
● Pertukaran sesama wang tidak boleh menghasilkan keuntungan kerana ia dilarang
dalam Islam15.
● Medium pertukaran, pengukur nilai, pembayaran hutang, penyimpan nilai (merentasi

Salmy Edawati(2009), “Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang Dunia”, Jurnal
Al-Tamaddun, Bil. 4 h. 109.

11

A mad bin ‘Abd al- alīm bin Taymiyyaṯ(1995), Majmu’ Al-Fatāwā. Madinah: Majma’ Malik
Farhad. j. 19 h. 252.
12

Muhammad Taqi Uthmani(2013), “A k m Al-Awr q Al-Naqdiyyaṯ wa Taghayyur Qīmaṯ Al‘Umlaṯ wa Rab uh bi Q ’imaṯ al-As‘ r”, Buḥūth fī Qaḍāyā Fiqhiyyaṯ Mu‘āṣaraṯ, j. 1. h 143.
13

14
Majma‘ Al-Fiqh Al-Isl mī, “Al-Mu qashaṯ fī A k m al-Nuqūd al-Waraqiyyaṯ wa Taghayyur Qīmaṯ
al-‘Umlah”, Ma jallaṯ Majma‘ Al-Fiqh Al-Islāmī, No. 3, h. 953.
15

Muhammad Taqi Uthmani(1998), An Introduction to Islamic Finance. Karachi: Dar Al-Ish ‘at. h.
12.

8

ISES4101 Ijtihad dalam Isu-isu Sains dan Pemikiran Saintifik





masa)16
Mempunyai sifat umum yang boleh diterima semua
mesti mempunyai nilai yang kekal atau yang stabil, iaitu tidak terlalu cepat berubah
nilai
Mempunyai nilai yang boleh dibahagikan

Berdasarkan ciri-ciri ini, Bitcoin belum memenuhi syarat untuk diterima sebagai
matawang memandangkan nilainya berubah dengan drastik setiap hari. Perbincangan
seterusnya adalah melibatkan garis panduan dalam urus niaga Bitcoin jika ia telah diterima
sebagai matawang. Adakah sistem dan operasi Bitcoin memenuhi syarat dalam fiqh
muamalat(bay’ al-sarf, tijarah ) dan sistem kewangan Islam semasa? Adakah ia bebas
daripada unsur riba sama ada riba al-fadhl atau riba nasi’ah?
Pertukaran Bitcoin dengan Wang Fizikal
Terdapat tiga prinsip asas pertukaran barangan ribawi17 yang dalilnya disepakati
oleh para ulama’ dalam keempat-empat mazhab utama Islam. Ia berdasarkan hadis yang
disebutkan oleh Rasulullah18:

‫ واملح‬،‫ والتمر بالتمر‬،‫ والشعر بالشعر‬،‫ والر بالر‬،‫ والفضة بالفضة‬،‫الذهب بالذهب‬
‫ فإذا اختلفت هذ اأج اس فبيعوا كيف‬.‫ يدا بيد‬،‫ سواء بسواء‬،‫ مثا مثل‬،‫باملح‬
‫شئتم إذا كان يدا بيد‬
“Emas mestilah dengan emas, perak dengan perak, bijirin dengan bijirin,
gandum dengan gandum, kurma dengan kurma, garam dengan garam dan
dua perkara yang sama itu mestilah sama(timbangan atau sukatan) serta
dilakukan serta-merta. Apabila berbeza jenis-jenisnya, maka berjual belilah

16

Kementerian Waqaf dan Perkembangan Islam Kuwait(2007). Al-Mawsūʻaṯ Al-Fiqhiyyaṯ AlKuwaytiyaṯ. Kuwait: Penerbitan Kementerian, j. 41. h. 173.

‫أنه اسم لكل ما يستعمل وسيطا للتبادل سواء كان من ذهب أو فضة أو حاس أو جلود أو‬
‫ورق أو غر ذلك إذا كان يلقى قبوا عاما‬
Mu ammad Sal maṯ Jabar(1974), Aḥkām al-Nuqūd fī Al-Sharī‘aṯ Al-Islāmiyyaṯ. Kuwait: Syarikat
Penerbitan Al-Shu‘ ‘. h. 125.
17

Semua matawang termasuk dalam barangan ribawi kerana ia mempunyai ‘illah yang sama seperti
emas dan perak, iaitu digunakan sebagai wang.

18

Al-Mawsūʻaṯ Al-Fiqhiyyaṯ Al-Kuwaytiyaṯ, j. 2. h. 22.

9

ISES4101 Ijtihad dalam Isu-isu Sains dan Pemikiran Saintifik

antara kamu sebagaimana yang kamu mahu dengan syarat dilakukan dengan
serta-merta .”19

Prinsip asas tersebut adalah:
a) Wujudnya akad (ījāb dan qabūl) atau disebut sebagai kontrak.
b) Pertukaran barang yang sama jenis mestilah sama pada nilainya bagi matawang yang
sama dan sama pada timbangan/sukatan untuk barangan fizikal lain yang sama jenis.
c) Mestilah proses serah-terima matawang berlaku secara lani (spot-yadan bi yadin )
dalam majlis al-ʻaqd.

Syeikh Ali Muhyiddin Al-Qurahdaghi, seorang pakar kewangan dan ekonomi Islam
semasa, telah mengklasifikasi majlis akad kepada dua bentuk20; pertama, majlis akad hakiki
iaitu yang benar-benar berlaku majlis kontrak antara dua atau beberapa pihak secara fizikal di
tempat yang sama dalam waktu yang sama. Kedua, majlis akad hukmi , iaitu majlis tidak
berlaku secara fizikal di satu tempat, tetapi berlaku pada masa yang sama. Majlis seperti ini
biasanya berlaku melalui teknologi moden. Manakala, bagi syarat “dalam satu masa” ini
masih dibenarkan penyerahan terlewat dalam masa dua hari(T+2) selepas majlis kontrak
berdasarkan amalan pasaran(‘urf tijāri), kekangan operasi atau berlakunya gangguan sistem
luar jangkaan(unexpected disruption ). Jika proses serah-terima matawang sengaja
dilewatkan, maka ia termasuk dalam riba nasi’ah. Majlis akad hukmi merupakan fokus
perbincangan dalam isu Bitcoin ini memandangkan ia berlaku secara atas talian dan tidak
mampu diserahkan secara fizikal. Apabila majlis berlaku atas talian atau secara maya, maka
terdapat pula beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi:

(a) Mestilah mendapatkan kepastian sama ada pihak yang dihubungkan melalui talian
adalah pihak yang sebenar.
(b) Bagi majlis akad yang dibuat melalui telefon, majlis akad bermula apabila lafaz akad
dimulakan dan berakhir apabila tamatnya perbualan telefon. 21
(c) Bagi kontrak yang dimeterai melalui emel, faksimile atau telegram, majlis akad
bermula ketika penawaran sampai kepada pihak yang ditawarkan. Majlis dikira
berakhir jika pihak yang ditawarkan itu menolak tawaran atau beralih kepada perkara
lain tanpa melakukan penerimaan(qabūl).22

19
Muslim bin Hajjaj (1954), Sahih Muslim, ”Kitab al- al q”. no. hadith 2587. j.3. Beirut: Dar Ihya alTurath al-‘Arabī, h.1211.

Ali Muhy al-Din Al-Qurahdaghi, “ ukm al-Ijr ’ al-‘Uqūd bi l t al-Ittiṣ l al- adīthiyyaṯ”, Majallaṯ
Majma‘ Al-Fiqh Al-Isl mī, No. 6, h. 704.

20

21

Al-Qurahdaghi, h. 704.

22

Al-Qurahdaghi, h. 713&716.

10

ISES4101 Ijtihad dalam Isu-isu Sains dan Pemikiran Saintifik

Perkara pertama yang perlu dinilai; bagi Bitcoin, proses pertukaran matawang kepada
Dolar contohnya, masih akan dimulakan dengan akad atau perjanjian antara dua pihak sama
ada melalui telefon atau media lain. Maka, garis panduan di atas juga terpakai kepada dua
pihak yang akan melakukan penukaran matawang Bitcoin dan matawang lain. Tetapi, ia juga
tertakluk kepada konsep khiyar seperti dalam urusan muamalat yang lain. Maka, pemilik
Bitcoin dikira membatalkan kontrak jika dia tidak menghantar public key atau private key
kepada pihak satu lagi dan begitulah sebaliknya kerana penghantaran keys daripada keduadua pihak diperlukan untuk mengesahkan transaksi. Realitinya, penukaran bitcoin kepada
matawang lain kini lebih mudah kerana ia dilakukan melalui aplikasi yang disediakan oleh
organisasi yang menawarkan khidmat penukaran bitcoin kepada matawang lain. Antara
aplikasi yang menawarkan khidmat ini ialah Coinbase dan Luno . Kedua-dua organisasi ini
menyediakan platform kepada pengguna untuk melakukan pertukaran wang fiat kepada wang
digital dan juga platform untuk melakukan jual beli Bitcoin sepertimana platform jual beli
saham. Ini bermakna kontrak(akad) berlaku antara pemegang bitcoin dan syarikat yang
menyediakan perkhidmatan ini, tetapi ia berlaku dalam bentuk secara tidak langsung.
Syarikat telah menyediakan syarat dan terma yang umum buat semua yang ingin
melaksanakan penukaran matawang, manakala pemilik bitcoin yang menggunakannya dikira
telah bersetuju dengan kontrak tersebut kerana kuasa memilih berada pada tangan pemilik
bitcoin. Jadi, transaksi bitcoin telah memenuhi syarat-syarat bay’ al-sarf (‫ )بيع الصرف‬jika
penukaran dibuat melalui aplikasi. Manakala, penukaran Bitcoin kepada matawang fiat antara
individu dan individu mestilah berlaku proses terima-serah secara lani. Perkara ini tidak
termasuk dalam ‘urf tijāri yang membolehkan proses serah-terima berlaku dalam tempoh dua
hari(T+2) selepas kontrak dibuat kerana pemindahan dan penerimaan boleh dibuat secara
langsung, tidak seperti penukaran matawang melalui bank.

Jual Beli, Zakat dan Waqaf Menggunakan Bitcoin
Jual beli juga memiliki syarat yang tersendiri dalam sistem muamalat Islam. Seperti
yang diterangkan dalam pendahuluan sebelum ini, jual beli adalah proses transaksi antara
seseorang dengan orang yang lain berbentuk pertukaran suatu barang dengan suatu barang
lain berdasarkan kaedah dan akad tertentu. Jika Bitcoin diterima sebagai matawang yang sah,
maka ia juga akan menerima hukum yang sama dengan matawang lainnya. Lebih tepat lagi,
ia mempunyai kaedah transaksi yang sama dengan kad debit dan kredit, iaitu pembelian tanpa
wang fizikal. Jadi, jual beli menggunakan Bitcoin apabila dibandingkan dengan penggunaan
kad debit dan kad kredit tidak ada perbezaan dalam transaksi dan proses jual belinya. Hanya
medium pembayaran yang berbeza. Antara yang menjadi isu juga berkenaan Bitcoin adalah
penggunaannya untuk membayar zakat dan waqaf. Adakah ia dibolehkan? Seperti perkaraperkara yang sudah dibincangkan sebelum ini, Bitcoin akan diguna dengan fungsi yang sama
seperti wang fiat jika ia diterima sebagai matawang. Tetapi, pembayaran secara tunai dan
debit lebih digalakkan kerana fizikal wangnya diterima. Penerimaan kaedah pembayaranini
pula bergantung kepada pusat zakat dan bait al-māl negeri masing-masing. Malah,
perbincangan berkenaannya juga sepatutnya dibuat kajian khusus oleh pakar-pakar ekonomi,
teknologi maklumat, zakat dan waqaf. Keseluruhan isu yang berlegar pada Bitcoin setakat ini
adalah kestabilan nilainya.

11

ISES4101 Ijtihad dalam Isu-isu Sains dan Pemikiran Saintifik

Analisis Bitcoin dari Segi Maṣlahaṯ dan Mafsadah
Jumhur ulama’ sepakat bahawa hikmah pensyariatan hukum-hakam kepada manusia
adalah untuk mencapai manfaat dan menolak kemudharatan. Malah, perbahasan maslahah
dibincangkan lebih luas lagi sehingga kepada tahap menjadikan konsep maslahah sebagai
sumber hukum. Tetapi, Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa jalb al-manfaʻaṯ wa dafʻ almuḍāraṯ bukanlah untuk mencapai kehendak dan kepentingan manusia, sebaliknya untuk
memelihara tujuan syarak yang lima. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian adalah
syarat-syarat serta ḍawābit yang digariskan para ulama’ sebelum sesuatu perkara itu diterima
sebagai maslahah. Hal ini demikian kerana manusia mempunyai pemikiran yang berbeza
dalam menilai maslahah. Mereka akan melihat sesuatu maslahah itu mengikut keadaan
masing-masing dan tidak mampu melihat maslahah yang hakiki. Antara syarat yang
diberikan oleh Imam Al-Ghazali adalah 23:
a. Mestilah maslahah ini bersifat mula’imah, iaitu sesuai dengan tujuan pensyariatan
secara umumnya.
b. Maṣlahaṯ mestilah sesuatu yang tidak bertentangan dengan dalil syarak. Syarak
mestilah menjadi kayu ukur maslahah agar dapat memberikan keadilan sesama
manusia dan bebas daripada pengaruh hawa nafsu.
c. Ghalabaṯ al-ẓann iaitu mempunyai ẓann yang kuat sehingga tiada hujah yang lebih
kuat dapat menolaknya.

d. Mestilah maslahah itu berada pada tahap ḍarūriyyaṯ atau hajiyyat yang menempati
posisi ḍarūriyyaṯ. Manakala, taḥsīniyyaṯ tidak boleh sama sekali menjadi faktor
dalam penentuan maslahah.

Ini hanya sebahagian prinsip umum dalam penerimaan sesuatu sebagai maslahah.
Selain itu, maslahah terbahagi kepada dua bahagian; iaitu yang boleh menerima perubahan
dan tidak menerima perubahan sehingga kiamat. Perkara yang tidak boleh menerima
perubahan adalah dalam hal ehwal ibadah kerana ianya mesti diambil sepenuhnya daripada
sumber wahyu. Manakala, muamalat dan perkara yang melibatkan ‘urf masih boleh
menerima perubahan seperti urf tijari yang disebutkan sebelum ini. Ini bukanlah bermakna
hadis berkenaan syarat transaksi itu ditolak sepenuhnya. Hadis tersebut masih menjadi dalil
utama dalam keadaan yang tidak ada keperluan mendesak. Malah, perubahan tersebut masih
didasari oleh konteks disebalik lafaz asal hadis tersebut. Penilaian pertama yang akan dibuat
adalah berdasarkan syarat maslahah di (d). Kami telah menyebutkan sebelum ini bahawa buat
masa ini, Bitcoin belum diterima sebagai matawang yang sah dalam shariah kerana nilainya
yang tidak stabil. Beberapa persoalan perlu ditimbulkan sebelum menggunakan konsep
maslahah untuk mengharuskan Bitcoin: Adakah penggunaan Bitcoin dalam urus niaga di
Malaysia telah mencapai tahap ḍarūriyyaṯ sehingga kita memerlukannya untuk menjaga
harta? Atau adakah ia telah mencapai tahap hajiyyat yang membantu dalam penjagaan harta?
Atau adakah ia hanya bersifat kemudahan tambahan yang tidak menjejaskan urusan harian?
Jawapannya tentu tidak. Malah, mengikut pemerhatian kami, keadaan majoriti rakyat
Malaysia yang tidak ada pengetahuan dalam penggunaan Bitcoin boleh membawa kepada
Akbar Sharif(2012), “Analisis Perbandingan Konsep Maslahah dan Mafsadah antara Imam AlGhazzali dan Imam Al-Shatibi”, (Disertasi Sarjana Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya), h.
73.
23

12

ISES4101 Ijtihad dalam Isu-isu Sains dan Pemikiran Saintifik

mudarat jika Bitcoin dibenarkan. Kemungkinan berlakunya penipuan juga sangat tinggi jika
mereka yang tidak mahir terlibat dalam urus niaga Bitcoin akibat dijanjikan ganjaran yang
lumayan.

Risiko Luaran Penggunaan Bitcoin di Malaysia

Pada 5 Julai 2001, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram telah diwartakan 24. Ia adalah
suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan pengubahan wang haram, langkahlangkah yang hendaklah diambil bagi mencegah pengubahan wang haram dan kesalahan
membiayai keganasan dan untuk mengadakan peruntukan bagi pelucuthakan harta yang
terlibat dalam atau yang diperoleh daripada kesalahan pengubahan wang haram dan
membiayai keganasan, serta harta pengganas, hasil daripada aktiviti haram dan peralatan
kesalahan, dan bagi perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.
Berdasarkan akta ini, satu peraturan(regulation ) dibuat untuk mengawal dan
mengenalpasti perlakuan pengubahan wang haram. Mengikut peraturan ini, mana-mana bank
dalam negara perlu melaporkan secara segera kepada Bank Negara Malaysia jika terdapat
kemasukan sejumlah wang dengan nilai yang sangat tinggi ke dalam akaun mana-mana
pemegang akaun25. Pihak bank akan berdepan dengan denda jika dalam proses audit, didapati
ada sebarang kes seperti yang disebutkan. Melalui kawalan dan peraturan ini, kes jenayah
pengubahan wang haram dan pembiayaan kepada aktiviti keganasan dapat dikurangkan
dengan dikesan secepat mungkin. Penjenayah seperti mafia dan pihak yang terlibat dalam
pasaran gelap(blackmarket) amat beruntung dan gembira dengan kewujudan matawang maya
ini kerana ia berasaskan konsep public ledger dan tiada satu peraturan ditetapkan bagi
mengawal keselamatan, jaminan dan pencegahan jenayah. Selain itu, seperti yang
diterangkan di (3.2), tidak ada pihak yang boleh mengenal pasti siapakah yang terlibat dalam
mana-mana transaksi kerana maklumat wujud dalam bentuk kod atau keys tanpa maklumat
tempat. Tambahan pula, alamat transaksi boleh diubah setiap kali transaksi dilakukan. Jadi,
identiti pihak yang terlibat boleh dikatakan mustahil untuk diketahui. Kesimpulan awal
berkenaan analisis ini, penggunaan Bitcoin di Malaysia belum memenuhi syarat diterima
sebagai maslahah yang akan mengharuskannya memandangkan keperluan kepadanya tidak
mencapai tahap ḍarūriyyaṯ atau taḥsīniyyaṯ yang mendesak. Malah, terdapat banyak risiko
wujudnya mafsadah atau mudharat jika ia diterima buat masa sekarang. Wallahu a’lam.

Kesimpulan
Isu Bitcoin dan pandangan Islam terhadapnya adalah suatu perkara yang masih baru
untuk Malaysia dan pastinya masih dalam peringkat kajian dalam kalangan sarjana teknologi
maklumat dan muamalat di Malaysia. Perkara ini juga perlu satu kajian pada peringkat ijazah
sarjana atau doktor falsafah(PhD) di universiti untuk mendapatkan gambaran yang lebih
menyeluruh dan penilaian yang lebih tepat. Menurut kajian di peringkat kami, Bitcoin belum

24

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan hasil daripada
Aktiviti Haram 2001, (Akta No. 613, 2001).
25

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan hasil daripada
Aktiviti Haram 2001

13

ISES4101 Ijtihad dalam Isu-isu Sains dan Pemikiran Saintifik

dapat diterima sebagai matawang yang sah di sisi Islam kerana nilainya yang masih belum
stabil. Jika pada masa akan datang ia diterima sebagai salah satu bentuk mata wang yang sah
di Malaysia, maka hukum yang berkaitan nuqūd(emas dan perak) juga akan terpakai padanya
seperti mana wang fiat. Hal ini termasuklah dalam urusan jual beli, pengiraan niṣāb zakat,
riba dan lain-lain. Tetapi, akan tetap berlaku beberapa pengecualian seperti dalam
penggunaannya untuk pembayaran zakat dan waqaf. Apabila melihat kepada maslahah dan
mafsadah pula, masih belum ada keperluan terhadap penggunaan Bitcoin di Malaysia buat
masa ini sama ada keperluan yang dharuriyyah atau hajiyyah . Risiko luarannya juga masih
tinggi memandangkan ia menjadi medium yang selamat bagi penjenayah serta mafia
melaksanakan urusniaga haram antara mereka. Tambahan pula, Malaysia belum bersedia
dengan urusniaga menggunakan Bitcoin kerana tahap pengetahuan rakyat yang rendah
tentangnya selain memerlukan tambahan perincian kepada undang-undang yang sedia ada
untuk memastikan setiap pengguna mendapat jaminan keselamatan dan dapat dikawal.

14

ISES4101 Ijtihad dalam Isu-isu Sains dan Pemikiran Saintifik

Bibliografi
Akbar Sharif(2012), Analisis Perbandingan Konsep Maslahah dan Mafsadah antara Imam
Al-Ghazzali dan Imam Al-Shatibi, (Disertasi Sarjana Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya), h. 73.
Bank, E. C. (2012). Virtual Currency Schemes. In E. C. Bank, Virtual Currency Schemes (h.
13-14). Frankfurt: European Central Bank.
Ibn Taymiyyaṯ, A mad bin ‘Abd al- alīm (1995), Majmu’ Al-Fatāwā. Madinah: Majma’
Malik Farhad. j. 19 h. 252.
Kementerian Waqaf dan Perkembangan Islam Kuwait(2007). Al-Mawsūʻaṯ Al-Fiqhiyyaṯ AlKuwaytiyaṯ. Kuwait: Penerbitan Kementerian, j. 41. h. 173.
Uthmani, Muhammad Taqi, (1998), An Introduction to Islamic Finance. Karachi: Dar AlIsh ‘at. h. 12.
Dirk G. Baur et al. (2015), “Currency of Assets”, h. 10.
Evans, C. .. (2015). Bitcoin in Islamic Banking and Finance. Jurnal of Islamic Banking and
Finance,
Qurahdaghi, Ali Muhy al-Din Al-(Dr), “ ukm al-Ijr ’ al-‘Uqūd bi
adīthiyyaṯ”, Majallaṯ Majma‘ Al-Fiqh Al-Islāmī, No. 6, h. 704.

l t al-Ittiṣ l al-

Salmy Edawati(2009), “Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang Dunia”,
Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4 h. 109.
Majma‘Al-Fiqh Al-Isl mī, “Al-Mu qashaṯ fī A k m al-Nuqūd al-Waraqiyyaṯ wa Taghayyur
Qīmaṯ al-‘Umlah”, Maja llaṯ Majma‘ Al-Fiqh Al-Islāmī, No. 3, h. 953
Uthmani, Muhammad Taqi, (2013), “A k m Al-Awr q Al-Naqdiyyaṯ wa Taghayyur Qīmaṯ
Al-‘Umlaṯ wa Rab uh bi Q ’imaṯ al-As‘ r”, Buḥūth fī Qaḍāyā Fiqhiyyaṯ Mu‘āṣaraṯ,
j. 1. h 143..
Colbert, http://bitcoinmalaysia.com/2014/07/20/list-of-bitcoin-accepting-merchants-inmalaysia/, 20 Julai 2014.
Nakamoto, S. (n.d.). Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System. Retrieved from
https://bitcoin.org: https://bitcoin.org/bitcoin.pdf
Norbik Bashah Idris, Profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Temubual pada 29
November 2017 di Seminar Cryptocurrency, Blockchain & Distributed Ledger
Technology: Synergizing Technology & Shariah.
Wan Muhammad Hasni Wan Sulaiman, CEO Farad Program. Temubual pada 29 November
2017 di Seminar Cryptocurrency, Blockchain & Distributed Ledger Technology:
Synergizing Technology & Shariah.
Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan hasil
daripada Aktiviti Haram 2001, (Akta No. 613, 2001).

15

Dokumen yang terkait

Keanekaragaman Makrofauna Tanah Daerah Pertanian Apel Semi Organik dan Pertanian Apel Non Organik Kecamatan Bumiaji Kota Batu sebagai Bahan Ajar Biologi SMA

26 317 36

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

FREKWENSI PESAN PEMELIHARAAN KESEHATAN DALAM IKLAN LAYANAN MASYARAKAT Analisis Isi pada Empat Versi ILM Televisi Tanggap Flu Burung Milik Komnas FBPI

10 189 3

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"

133 700 21

Representasi Nasionalisme Melalui Karya Fotografi (Analisis Semiotik pada Buku "Ketika Indonesia Dipertanyakan")

53 338 50

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24

KEABSAHAN STATUS PERNIKAHAN SUAMI ATAU ISTRI YANG MURTAD (Studi Komparatif Ulama Klasik dan Kontemporer)

5 102 24

Analisis Penyerapan Tenaga Kerja Pada Industri Kerajinan Tangan Di Desa Tutul Kecamatan Balung Kabupaten Jember.

7 76 65