Tahap Prinsip Kepimpinan Tadib Guru Pend

Tahap Prinsip Kepimpinan Ta’dib Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Di Pulau Pinang
DR. Ahmad Sukari Bin Mohamad
IPG Kampus Tuanku Bainun
(ahmadsukari@yahoo.com)
DR. Mohd Nizam Bin Sahad
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM
Dr. Abdul Razak Bin Othman
Abstract
The purpose of this study was to identify the level of Religious Islamic Education teachers (GPI) on GPI
ta'dib leadership principles. Ta'dib Leadership refers to the ability of teachers to have the basics of
religious principles, trust and credibility in leading, guiding, emulating, adopting, shaping and influencing
students by entrusting their manners, discipline and inculcate good deeds through the practices of
parenting love, ta'dib personality, teaching and learning, role model and tarbiah culture. The focus of the
study was to look at the levels of GPI ta'dib leadership principles from the dimensions of (a) the basis of
religion, (b) trust, and (c) credibility. This survey research employed a questionnaire designed by the
researcher and administered to 512 respondents representing the districts in the state of Penang. The
reliability of the instrument was 0.953 (pilot study) and 0.961 (actual study). Data were analyzed by using
SPSS version 20 and reported in the form of descriptive statistics of frequency, percentage, mean and
graph only. The findings showed that the GPI ta'dib leadership principles level was high for each
dimension. In sequence, the basis of religion (mean= 4.49) leads, follow by trust (mean= 4.16) and

credibility (min= 4:05). Some aspects still need to be examined and improved.
Keywords: Ta’dib Leadership Principles, Basis of Religion, Trust, Credibility
Abstrak
Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap prinsip kepimpinan ta’dib guru pendidikan Islam
(GPI). Kepimpinan ta’dib merujuk kepada keupayaan guru yang memiliki prinsip asas-asas keagamaan,
amanah dan wibawa dalam memimpin, membimbing, meneladani, menerap, membentuk, dan
mempengaruhi pelajar dengan cara menitipkan adab, mendisiplinkan dan menyuburkan akhlak baik
melalui amalan kasih sayang keibubapaan, sahsiah ta’dib, pengajaran dan pembelajaran, contoh teladan
dan budaya pentarbiahan. Tumpuan kajian adalah untuk melihat tahap prinsip kepimpinan ta’dib GPI dari
dimensi (a) asas keagamaan, (b) amanah dan (c) wibawa. Kajian ini berbentuk tinjauan yang
menggunakan satu set soal selidik yang direka bentuk oleh pengkaji dan ditadbir kepada 512 orang
responden yang mewakili daerah-daerah dalam negeri Pulau Pinang. Nilai kebolehpercayaan instrumen
ialah 0.953 (kajian rintis) dan 0.961 (kajian sebenar). Data dianalisis menggunakan SPSS versi 20 dan
dilaporkan dalam bentuk statistik deskriptif berbentuk kekerapan, peratusan dan min sahaja. Dapatan
kajian telah menunjukkan bahawa prinsip kepimpinan ta’dib GPI berada pada tahap tinggi bagi setiap
dimensi. Secara urutan, pegangan asas keagamaan (min= 4.49) mendahului pegangan yang lain diikuti
amanah (min= 4.16) dan wibawa (min= 4.05). Beberapa aspek tertentu yang diteliti masih perlu diberi
perhatian dan penambahbaikan.
Kata Kunci : Prinsip Kepimpinan Ta’dib, Asas Keagamaan, Amanah, Wibawa


1

1.

Pendahuluan

Islam menganggap setiap individu mukalaf sebagai pemimpin. Seorang guru menjadi pemimpin kepada
pelajar dan hal ehwal pengajaran dan pembelajaran sekolah. Guru sebagai ketua dan pemimpin
bertanggungjawab merubah anak didik atau pelajar kepada amalan murni atau akhlak mulia selari dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Negara (Ahmad Mohd Salleh, 2008). Menurut Sidek Baba (2006)
kejayaan atau kegagalan sesuatu pendidikan itu ditandai oleh sejauh mana guru mampu memimpin dan
melahirkan murid yang mempunyai asas ilmu yang baik, bermaklumat dan berketerampilan serta
memiliki kekuatan dalam menghubungkan dirinya kepada Allah SWT dan berkomunikasi dengan
manusia.
Sebagai pemimpin kepada pendidikan pelajar-pelajar di kelas khususnya dan sekolah umumnya,
seluruh sahsiah guru, penampilan dan pendekatan pembelajaran terhadap kurikulum dan ko-kurikulum
menjadi perhatian para pelajar. Ini adalah kerana pelajar adalah ibarat kain putih yang menunggu untuk
dicorakkan oleh guru masing-masing (Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), 2002). Justeru terkadang
tutur kata guru dan tingkah laku guru adalah lebih terkesan di hati pelajar berbanding ibu bapa mereka
sendiri (Sidek Baba, 2006). Apatah lagi pada umur kanak-kanak 6 tahun sehingga 12 tahun iaitu fasa

pertengahan dan perkembangan. Fasa ini berbeza dari fasa permulaan 3-5 tahun dan fasa kanak-kanak
akhir remaja 13-18 tahun (Hasan Langgulung, 1986). Lantaran itu, semua GPI seharusnya mempunyai
satu set pegangan atau prinsip yang mendasari setiap amalan dan tingkah laku mereka dalam memimpin
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru agama, bentuk kepimpinan guru seharusnya dibina di
atas landasan agama dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan terbaik (Surah Al-Ahzab:
(33): 21)

2.

Kerangka Teori

Prinsip merupakan suatu kepercayaan, anutan dan pegangan yang mendasari dalam diri seseorang
(Noresah Baharum et al, 2010). Prinsip berupaya memandu, mengarah dan mempengaruhi seseorang
untuk bertindak dan beramal berasaskan pegangannya terhadap prinsip tersebut. Pemimpin perlu
melazimi, menghayati dan berpegang teguh kepada seluruh prinsip kepimpinan sebelum mengajak dan
mempengaruhi orang lain untuk terlibat sama dalam arus kepimpinannya. Pemimpin adalah sebahagian
daripada ahli kumpulan dan perlu bertindak sesuai dengan kedudukannya (Hisham Altalib, 1992). Prinsip
kepimpinan ta’dib dibina berasaskan pandangan Rafik I. Beekun dan Jamal Badawi (2009),

model


penghayatan Islam Azma Mahmood (2009) dan Ibnu Taimiyyah (1977). Menurut Rafik I. Beekun (2009)
dan Azma Mahmood asas keagamaan yang terdiri dari akidah, ibadah dan akhlak seharusnya mendasari

2

amalan seorang muslim dan memandu kehidupan mereka. Sementara menurut Ibn Taimiyyah (1977) dua
prinsip utama yang perlu dipegang oleh pemimpin adalah amanah dan al-quwwah atau wibawa. (rujuk
Rajah 1)

Asas
keagamaan
(Akidah,Ibada
h,Akhlak)

Amanah

Wibawa
Prinsip Kepimpinan Ta’dib


Rajah 1: Model prinsip kepimpinan ta’dib
Berdasarkan model di atas tiga dimensi utama prinsip kepimpinan ta’dib adalah asas keagamaan,
amanah dan wibawa (Ahmad Sukari, Mohd Nizam, 2012).
a. Asas keagamaan dalam model tersebut mempunyai 3 sub-dimensi iaitu akidah, ibadah dan
akhlak yang merupakan asas pegangan keagamaan setiap individu muslim. GPI terutamanya
perlu mempunyai pegangan yang kukuh terhadap ketiga-tiga sub-dimensi tersebut,
menghayati dan beramal dengan tuntutan asas-asas keagamaan tersebut. Asas-asas
keagamaan tersebut berupaya menjadikan seorang muslim sentiasa membesarkan Allah di
mana sahaja, beribadah dengan bersungguh-sungguh, istiqamah serta akhlak dan adabnya
berada di bawah panduan agama
b. Amanah dalam model ini merujuk kepada sikap bertanggungjawab, kesungguhan dalam
bekerja dan kesedaran bahawa semua perlakuan dan amalannya akan dipertanggungjawabkan
oleh Allah SWT di akhirat kelak. Sifat amanah juga melahirkan guru yang berwawasan dan
sedia memimpin ke arah kebaikan pelajar dan organisasi.
c. Wibawa dalam model ini merujuk kepada keupayaan GPI yang berilmu pengetahuan dalam
bidang yang diajar, berusaha menambah ilmu pengetahuan sedia ada termasuk ilmu

3

sokongan, boleh dijadikan rujukan, bersahsiah mulia dan berupaya menitipkan adab dan

membentuk akhlak pelajar ke suatu tahap yang lebih baik.

3.

Penyataan Masalah

Guru agama yang berkepimpinan sepatutnya menjadi agen kepada keberkesanan sesuatu sistem
pendidikan (Ab Halim, 2007) dan menjadi pewaris para nabi (H.R.Abu Daud, 3641), namun pendidikan
pada zaman moden kini lebih banyak memberi perhatian kepada bangunan, alat dan bahan bantu
mengajar dan sebagainya sehingga mencuaikan pembentukan watak dan peribadi seorang guru sejati. Jika
usaha memperbetulkan keadaan hari ini tidak dilakukan maka sebarang usaha pemulihan atau
pembaharuan dalam pendidikan adalah sia-sia (S.S Husain & S.A. Ashraf,1989).
Kisah berkaitan salah laku guru walau pun terpencil namun mendapat perhatian yang besar
daripada masyarakat. Berita Harian pada 29 Jun 2007 melaporkan bahawa terdapat 200 guru terlibat
dengan beberapa kes salah laku dan telah diambil tindakan. Menurut laporan tersebut, daripada jumlah itu
37 peratus melibatkan kes tidak hadir bertugas, 17 peratus kes cabul atau gangguan seksual, 15 peratus
rasuah, 10.5 peratus pelanggaran tata kelakuan, tidak jujur, tidak amanah dan ingkar perintah. Sejumlah
9.5 peratus membabitkan kes salah guna dadah, enam peratus terlibat dalam kes kecurian, tujuh peratus
kes jenayah syariah dan satu peratus kes keterhutangan serius (Berita Harian, 2007).
Justeru majoriti guru di sekolah adalah melayu muslim, adalah dianggarkan bilangan guru

muslim yang terlibat dengan kesalahan salah laku tersebut lebih besar nisbahnya berbanding guru bukan
muslim (KPM, 2012). Malahan lebih jauh daripada itu, terdapat laporan salah laku yang melibatkan
guru-guru agama walaupun jumlahnya kecil namun adalah suatu yang memalukan. Sebagai contoh,
terdapat laporan guru agama sekolah rendah mencabul murid tahun satu (Harian Metro, 2010), menampar
murid tahun satu kerana mengejek namanya (Bernama, 2009), berkhalwat dan didapati terlanjur dengan
rakan sekolah lama semasa suami mengerjakan umrah (Harian Metro, 2/3/2010) dan mendera pelajar
kerana mencuri sehingga mati di sebuah sekolah tahfiz di negeri Perlis (berita semasa, 2011).
Ini menunjukkan terdapat segelintir dari kalangan GPI yang belum berpegang dan beramal
sepenuhnya dengan ajaran Islam. Kajian Noor Syakirah Mat Akhir (2003) berkaitan penghayatan ilmu
dan pendidikan Islam dalam kalangan GPI sekolah menengah di wilayah Timur Laut Pulau Pinang
mendapati dari segi dimensi sahsiah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran GPI masih berada pada
tahap sederhana tinggi. Pernyataan-pernyataan ini mengukuhkan dapatan kajian oleh Bakar Wan Dagang
(1991) dan Wan Mohamad Zahid Wan Nordin (2003) yang menunjukkan data yang kurang memuaskan

4

berkaitan dimensi personaliti dan keperibadian positif GPI. Menurut kajian tersebut terdapat dalam
kalangan GPI yang menunjukkan ketidakupayaan dalam menampilkan Islam sebagai ad-din sehingga
sahsiah mereka tidak boleh dijadikan model adab dan teladan yang mulia kepada para pelajar.


4.

Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap prinsip-prinsip kepimpinan ta’dib dalam kalangan

GPI sekolah rendah di Pulau Pinang bagi dimensi (a) asas-asas keagamaan (akidah, ibadah, akhlak), (b)
amanah dan (c) wibawa.

5.

Persoalan Kajian
Kajian ini dilakukan bagi menjawab persoalan “Apakah tahap prinsip-prinsip kepimpinan ta’dib

dalam kalangan GPI sekolah rendah di Pulau Pinang bagi dimensi: (a) asas-asas keagamaan (akidah,
ibadah, akhlak)?, (b) amanah? dan (c) wibawa?.

6.

Metodologi kajian


Kajian kuantitatif ini berbentuk tinjauan (survey). Satu set soal selidik yang menggunakan skala likert
bagi meninjau pandangan GPI berkaitan pegangan mereka terhadap dimensi-dimensi prinsip kepimpinan
ta’dib telah digunakan. Skala Likert (5 poin) yang digunakan ialah tidak pernah, jarang-jarang, kadangkadang, kerap dan sangat kerap. Soal selidik ini mengandungi 29 item yang terdiri daripada tiga bahagian,
iaitu Bahagian A (asas keagamaan) terdiri daripada 15 item (akidah; 4 item), (ibadah;7 item), dan
(akhlak;4 item), Bahagian B (amanah) terdiri daripada 6 item dan Bahagian C (wibawa) terdiri daripada 8
item. Item soal selidik telah disemak oleh pakar dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains
Malaysia dan pakar Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia. Nilai kebolehpercayaan
Cronbach alpha keseluruhan item ialah 0.953 (kajian rintis) dan 0.961 (kajian sebenar). Nilai
kebolehpercayaan Cronbach alpha bagi Bahagian A adalah 0.815, Bahagian B adalah 0.602 dan Bahagian
C adalah 0.832
Sebanyak 600 set soalan telah diedarkan secara keseluruhan dan pengkaji mendapat kembali set
soalan sebanyak 512. Jumlah tersebut mencukupi dan memenuhi hasrat pengkaji iaitu mendapatkan
sejumlah 30% responden daripada jumlah populasi keseluruhan (1435 GPI) bagi mewakili setiap daerah
sekolah-sekolah PPD Pulau Pinang (Idris Awang, 2009). Agihan responden mengikut daerah adalah
seperti Jadual 1 di bawah

5

Jadual 1: Bilangan dan peratusan responden mengikut PPD
PPD

Timur Laut
Barat Daya
SPU
SPT
SPS
Jumlah

Peratus (%) dan Bilangan (n)
13.3 (68)
18.2 (93)
27.7 (142)
26.6 (136)
14.3 (73)
100 (512)

Pengkaji menggunakan statistik deskriptif bagi menunjukkan skor min, peratusan dan sisihan
piawai untuk menyatakan ciri-ciri sesuatu pembolehubah yang dikaji. Bagi tujuan menginterpretasi data
berkaitan tahap prinsip kepimpinan ta’dib GPI, pengkaji mengguna pakai rumusan Nunally (1978) yang
telah digunakan oleh Azhar Ahmad (2006) dan Kamarul Azmi Jasmi (2010) seperti dalam Jadual 2.
Pengkaji turut menggunakan rumusan tahap ini bagi mendapatkan gambaran peratusan dan bilangan guru

yang berpegang kepada prinsip kepimpinan ta’dib.
Jadual 2 : Skala tahap prinsip dan amalan kepimpinan ta’dib
Skor Min
4.01 – 5.00
3.01 – 4.00
2.01 – 3.00
1.00 – 2.00

7.

Interpretasi
Tinggi
Sederhana Tinggi
Sederhana Rendah
Rendah

Dapatan kajian

Dapatan menunjukkan min keseluruhan prinsip kepimpinan ta’dib adalah 4.34 sementara min bagi
dimensi asas keagamaan adalah 4.49, amanah 4.16 dan wibawa 4.05.
7.1

Asas-Asas Keagamaan

Dimensi asas keagamaan GPI diukur berdasarkan persepsi responden terhadap asas-asas keagamaan
mengandungi 15 item merangkumi akidah (4 item), ibadah (7 item), dan akhlak (4 item). Jadual 3
menunjukkan secara keseluruhan tahap asas keagamaan responden adalah tinggi (min=4.49).

6

Jadual 3: Tahap prinsip kepimpinan ta’dib responden bagi dimensi asas keagamaan
Bil
A

Item

1

2

3

4

5

%
(n)

%
(n)

%
(n)

%
(n)

%
(n)

Min
SP

Akidah
1

Saya mengambil berat terhadap kefahaman akidah
yang benar

0.2
1

-

2
10

35.2
180

62.7
321

4.6
.55

2

-

-

4

Kekuatan akidah perlu ditingkatkan untuk menjadikan
seseorang bertanggungjawab
Saya mendahulukan pandangan peribadi berbanding
pandangan agama dalam soal kehidupan(N)
Akidah yang benar mempengaruhi sikap dan perlakuan
saya
Min Akidah (keseluruhan)
SP
Ibadah

62.7
321
0.2
1

21.1
107
-

0.2
1
10.2
52
1.4
7

27.7
142
4.1
21
41
210

72.1
369
2
11
57.4
294

4.72
.45
4.38
.97
4.55
.54
4.56
.45

5

Bekerja dengan penuh iltizam merupakan satu ibadah

6

Amal ibadah yang ditunaikan tidak mempunyai kaitan
dengan adab saya (N)
Penjagaan adab dalam ibadah berupaya membentuk
sahsiah diri saya
Saya melaksanakan Ibadah wajib dengan bersungguhsungguh
Saya memperbanyakkan amalan kebajikan supaya
dicontohi pelajar
Saya menjadikan seluruh dimensi kehidupan sebagai
ibadah
Amalan sunat yang dilakukan memberikan kekuatan
rohani kepada saya
Min Ibadah (keseluruhan)
SP
Akhlak

0.4
2
64.5
330
0.4
2
-

0.4
2
15
76
0.4
2
-

0.8
4
-

1.2
6
-

-

0.4
2

1.8
9
4.3
22
2
10
1.8
9
11.1
57
3.7
19
8.6
44

28.3
145
9.4
48
35
179
34.6
177
52.7
270
44.1
226
44.5
228

69.1
354
6.8
46
62.3
319
63.7
326
34.2
175
52.1
267
46.5
238

4.65
.58
4.20
1.29
4.58
.59
4.62
.5
4.18
.73
4.48
.57
4.37
.65
4.44
.40

-

0.6
3
-

14

Akhlak mulia yang saya amal menjadikan saya
dihormati
Saya mengingatkan diri supaya mengamalkan akhlak
Islam
Saya mengajak pelajar berbuat baik sesama manusia

15

Saya segera membantu mereka yang dalam kesusahan

-

10.7
55
1.2
6
0.4
2
6.6
34

50.8
260
28.1
144
25.8
132
61.1
313

37.9
194
70.7
262
73.6
377
32
164

4.26
.67
4.7
.49
4.73
.47
4.25
.58
4.48
.40
4.49
.35

3

7
8
9
10
11

12
13

Min Akhlak (keseluruhan)
SP
Min Dimensi Asas keagamaan

-

0.2
1
0.2
1

Hasil analisis dapatan menunjukkan nilai min bagi setiap sub dimensi iaitu akidah (1 - 4), ibadah
(5 – 11) dan akhlak (12 – 15) adalah masing-masing 4.56 (s.p= .45), 4.44 (s.p= .43) dan 4.48 (s.p=.40).
Berdasarkan hasil dapatan ini tahap pegangan GPI terhadap akidah lebih tinggi berbanding akhlak dan

7

ibadah. Ini menunjukkan tahap pegangan GPI terhadap asas keagamaan mengikut urutan adalah akidah,
akhlak dan ibadah.
Secara lebih khusus, pegangan GPI terhadap sub dimensi akidah mengikut urutan adalah
“Kekuatan akidah perlu ditingkatkan untuk menjadikan seseorang bertanggungjawab” dengan min 4.72
(s.p= .45), dikuti “Saya mengambil berat terhadap kefahaman akidah yang benar” dengan min 4.6 (s.p= .
55), ”Akidah yang benar mempengaruhi sikap dan perlakuan saya” dengan min 4.55 (s.p= .54) dan “Saya
mendahulukan pandangan peribadi berbanding pandangan agama dalam soal kehidupan” dengan min 4.38
(s.p= .97). Berdasarkan dapatan kajian, nilai min yang tinggi bagi item “Kekuatan akidah perlu
ditingkatkan untuk menjadikan seseorang bertanggungjawab” menunjukkan tahap keyakinan GPI yang
tinggi terhadap kepentingan akidah serta mengakui perkaitannya dalam menjadikan seseorang itu
bertanggungjawab.
Seterusnya pegangan GPI terhadap sub dimensi ibadah mengikut urutan adalah “Bekerja dengan
penuh iltizam merupakan satu ibadah” dengan min 4.65 (s.p= .58), diikuti dengan “Saya melaksanakan
Ibadah wajib dengan bersungguh-sungguh” dengan min 4.62 (s.p= .5), “Penjagaan adab dalam ibadah
berupaya membentuk sahsiah diri saya” dengan min 4.58 (s.p= .59), “Saya menjadikan seluruh aspek
kehidupan sebagai ibadah” dengan min 4.48 (s.p= .57), “Amalan sunat yang dilakukan memberikan
kekuatan rohani kepada saya” dengan min 4.37 (s.p= .65), “Amal ibadah yang ditunaikan tidak
mempunyai kaitan dengan adab saya” dengan min 4.20 (s.p= 1.29) dan “Saya memperbanyakkan amalan
kebajikan supaya dicontohi pelajar” dengan min 4.18 (s.p= .73). Berdasarkan dapatan kajian, nilai min
yang tinggi bagi item “bekerja dengan penuh iltizam merupakan satu ibadah” menunjukkan tahap
kefahaman yang tinggi dalam kalangan GPI tentang konsep ibadah dalam Islam.
Sementara pegangan GPI terhadap sub dimensi akhlak mengikut urutan adalah “Saya mengajak
pelajar berbuat baik sesama manusia” dengan min 4.73 (s.p= .47), diikuti “Saya mengingatkan diri
supaya mengamalkan akhlak Islam” dengan min 4.7 (s.p= .47) , “Akhlak mulia yang saya amal
menjadikan saya dihormati” dengan min 4.26 (s.p= .67) dan “Saya segera membantu mereka yang dalam
kesusahan” dengan min 4.25 (s.p= .58). Berdasarkan dapatan kajian, nilai min yang tinggi bagi item
“mengajak pelajar berbuat baik sesama manusia” menunjukkan sikap GPI yang mementingkan dakwah
dan menyedari bahawa mereka perlu mengajak dan memimpin orang lain ke arah kebaikan.
Jadual 4 di bawah menunjukkan analisis min bagi tahap pegangan responden terhadap prinsip
kepimpinan ta’dib dimensi asas keagamaan GPI Pulau Pinang. Analisis ini dilakukan bagi mendapatkan
maklumat yang lebih terperinci dan mendalam.

8

Jadual 4: Analisis min tahap pegangan responden terhadap prinsip kepimpinan ta'dib dimensi asas
keagamaan

Tinggi
Sederhana Tinggi
Sederhana Rendah
Rendah
Keseluruhan % (n)

Akidah
% (n)

Ibadah
% (n)

Akhlak
% (n)

83 (425)
16.6 (85)
0.2 (1)
0.2 (1)
100 (512)

81.6 (418)
18 (92)
0.4 (2)
100 (512)

79.7 (408)
20.1 (103)
0.2 (1)
100 (512)

Asas keagamaan
keseluruhan
% (n)
90 (461)
10 (51)
100 (512)

Merujuk kepada jadual 4 di atas, dapatan kajian bagi sub dimensi akidah menunjukkan bahawa
daripada keseluruhan responden berjumlah 512 GPI, iaitu 83% (n= 425) berada pada tahap tinggi bagi
sub dimensi akidah, 16.6% (n= 85) berada pada tahap sederhana tinggi, .2 % (n=1) berada pada tahap
sederhana rendah dan 0.2 % (n=1) berada pada tahap yang rendah.
Dapatan kajian bagi sub dimensi ibadah menunjukkan seramai 81.6% (n= 418) GPI berada pada
tahap yang tinggi, 18% (n= 92) berada pada tahap sederhana tinggi dan 0.4 % (n=2) berada pada tahap
sederhana rendah. Sementara bagi sub dimensi akhlak pula seramai 79.7% (n=408) berada pada tahap
yang tinggi, 20.1% (n= 103) berada pada tahap sederhana tinggi dan 0.2 % (n=1) berada pada tahap yang
rendah.
Secara keseluruhan analisis min menunjukkan 90% (n= 461) GPI mempunyai tahap prinsip
kepimpinan yang tinggi bagi dimensi asas keagamaan dan 10% (n= 51) GPI mempunyai tahap sederhana
tinggi bagi dimensi prinsip asas keagamaan.
7.2 Amanah
Dimensi amanah responden diukur berdasarkan persepsi responden terhadap tanggungjawab
memimpin tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran dan menitip adab berasaskan kepada
rasa takut

kepada Allah SWT.

Terdapat 6 item (16 – 21) ditujukan kepada responden secara

keseluruhannya. Jadual 5 menunjukkan tahap amanah responden adalah tinggi (min=4.16).

9

Jadual 5: Tahap prinsip kepimpinan ta’dib responden bagi dimensi amanah
B

Item

1

2

3

4

5

%
(n)

%
(n)

%
(n)

%
(n)

%
(n)

0.2
1
36.9
189
0.4
2
0.8
4
0.4
2
-

0.2
1
35.9
184
2.7
14
2.9
15
0.6
3
-

7.2
37
21.5
110
18.2
93
27.3
140
3.3
17
1
5

62.5
320
4.3
22
64.6
331
50.4
258
49.4
253
37.5
192

29.9
153
1.4
6
14.1
72
18.6
95
46.3
237
61.5
315

Min
SP

Amanah
16
17
18
19
20
21

Mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai guru
dengan baik
Wajar bagi seorang guru melakukan kerja sampingan
seperti berniaga semasa di sekolah (N)
Saya mampu menyiapkan segala kerja berkaitan sekolah
pada masa yang ditetapkan
Saya menegur salah laku pelajar walaupun di luar
kawasan sekolah
Saya perlu dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT jika
cuai membimbing adab pelajar
Saya berazam merubah akhlak dan adab pelajar menjadi
lebih baik
Min Dimensi Amanah
SP

4.22
.59
4.03
.94
3.89
.67
3.83
.79
4.41
.63
4.61
.51
4.16
.37

Dapatan kajian menunjukkan daripada keseluruhan item, empat item berada pada tahap tinggi
iaitu min melebihi 4.0 dan dua item berada pada tahap sederhana tinggi iaitu min di bawah 4.0. Pegangan
GPI terhadap dimensi amanah mengikut urutan min pada tahap tinggi adalah “Saya berazam merubah
akhlak dan adab pelajar menjadi lebih baik” dengan min 4.61(s.p= .51) diikuti “Saya perlu
dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT jika cuai membimbing adab pelajar” dengan min min 4.41(s.p=
.63), “Mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai guru dengan baik” dengan min min 4.22 (s.p= .59)
dan “Wajar bagi seorang guru melakukan kerja sampingan seperti berniaga semasa di sekolah” dengan
min 4.03 (s.p= .94).
Pegangan GPI terhadap dimensi amanah mengikut urutan min yang berada pada tahap sederhana
tinggi adalah “Saya mampu menyiapkan segala kerja berkaitan sekolah pada masa yang ditetapkan
dengan min 3.89 (s.p= .67) dan “Saya menegur salah laku pelajar walaupun di luar kawasan sekolah”
dengan min 3.83 (s.p= .79).
Berdasarkan hasil dapatan, nilai min tinggi bagi item ”berazam merubah akhlak dan adab pelajar
menjadi lebih baik” menunjukkan tahap keazaman yang tinggi dalam kalangan GPI untuk merubah
akhlak dan adab pelajar. Sementara nilai min sederhana tinggi bagi ”menegur salah laku pelajar walaupun
di luar kawasan sekolah” menunjukkan terdapat dalam kalangan GPI yang membataskan tanggungjawab
mereka dalam menta’dibkan pelajar hanya dalam kawasan sekolah. Seterusnya nilai min sederhana tinggi
bagi item

”mampu menyiapkan segala kerja berkaitan sekolah pada masa yang ditetapkan” pula

menunjukkan tidak semua GPI menyiapkan kerja berkaitan sekolah pada masa yang ditentukan oleh
pihak pentadbir.

10

Seterusnya, hasil analisis min terhadap tahap pegangan responden bagi dimensi amanah
menunjukkan 59 % (n=302) berada pada tahap tinggi, 40.8% (n=209) berada pada tahap sederhana tinggi
dan 0.2% (n=1) berada pada tahap sederhana rendah.
7.3 Wibawa
Dimensi wibawa responden diukur berdasarkan persepsi responden terhadap tahap keupayaannya dalam
memimpin, menitipkan adab serta ilmu pengetahuan; ilmu kandungan pelajaran dan juga ilmu sokongan.
Terdapat 8 item dikemukakan (22 – 29). Secara keseluruhan Jadual 6 menunjukkan min tahap wibawa
responden berada pada tahap tinggi iaitu 4.05, namun ia lebih rendah berbanding min bagi prinsip
kepimpinan ta’dib yang lain. (asas keagamaan;min= 4.49, amanah; min= 4.16)
Jadual 7: Tahap prinsip kepimpinan ta’dib responden bagi dimensi wibawa
B

22
23
24

Wibawa

Saya berupaya menitipkan adab baik dalam kalangan
pelajar
Saya mampu memimpin pelajar ke arah kebaikan

25

Saya memiliki sahsiah yang sesuai sebagai seorang
guru
Saya memiliki kemahiran jawi yang baik

26

Saya memiliki kemahiran al-quran yang baik

27

Saya boleh dijadikan rujukan dalam ilmu berkaitan
keagamaan
Saya berani memperkatakan kebenaran walaupun pahit
didengar
Saya berusaha menambahkan ilmu sokongan seperti
teknologi maklumat
Min Dimensi Wibawa
SP

28
29

1

2

3

4

5

%
(n)
-

%
(n)
0.4
2
0.4
2
0.4
2
1.2
6
0.8
4
2.5
13
0.6
3
0.2
1

%
(n)
13.1
67
13.5
69
7.6
39
12.1
62
12.1
62
27.5
141
24.2
124
11.5
59

%
(n)
61.7
316
63.5
325
63.1
323
63.7
326
65.6
336
60.5
310
56.6
290
58
297

%
(n)
24.8
127
22.7
116
28.9
148
22.9
117
21.5
110
9.4
48
18.2
93
30.3
155

0.2
1
0.4
2
-

Min
SP
4.11
.62
4.08
.61
4.21
.58
4.08
.64
4.08
.60
3.77
.65
3.92
.69
4.18
.63
4.05
.43

Dapatan kajian menunjukkan daripada keseluruhan item, enam item berada pada tahap tinggi dan
dua item berada pada tahap sederhana tinggi. Pegangan GPI terhadap dimensi wibawa mengikut urutan
min yang berada pada tahap tinggi adalah “Saya memiliki sahsiah yang sesuai sebagai seorang guru”
dengan min 4.21 (s.p= .58), diikuti “Saya berusaha menambahkan ilmu sokongan seperti teknologi
maklumat” dengan min 4.18 (s.p= .63), “Saya berupaya menitipkan adab baik dalam kalangan pelajar”
dengan min 4.11 (s.p= .62), “Saya mampu memimpin pelajar ke arah kebaikan” dengan min 4.08 (s.p= .
61), “Saya memiliki kemahiran jawi yang baik” dengan min 4.08 (s.p= .64) dan “Saya memiliki
kemahiran al-quran yang baik” dengan min 4.08 (s.p= .60).

11

Pegangan GPI terhadap dimensi amanah mengikut urutan min pada tahap sederhana tinggi adalah
“Saya berani memperkatakan kebenaran walaupun pahit didengar” dengan min 3.92 (s.p= .69) dan “Saya
boleh dijadikan rujukan dalam ilmu berkaitan keagamaan” dengan min 3.77 (s.p= .65)
Berdasarkan hasil dapatan nilai min tinggi bagi item “Saya memiliki sahsiah yang sesuai sebagai
seorang guru” menunjukkan GPI mengakui bahawa mereka secara prinsipnya memiliki sahsiah yang
sesuai untuk menjadi guru. Sementara nilai min sederhana tinggi bagi item ”Saya boleh dijadikan rujukan
dalam ilmu berkaitan keagamaan” menunjukkan GPI secara prinsipnya mengakui bahawa mereka masih
kekurangan ilmu dan bukan seorang yang pakar untuk menjadi rujukan kepada guru lain. Nilai min
sederhana tinggi bagi item “Saya berani memperkatakan kebenaran walaupun pahit didengar”
menunjukkan terdapat sebilangan kecil daripada GPI dari segi pegangannya tidak berani atau kurang
berani dalam memperkatakan kebenaran sekiranya ia menyakiti orang lain.
Seterusnya, hasil analisis min terhadap tahap pegangan responden bagi dimensi wibawa
menunjukkan 45.9% (n=235) responden berada pada tahap wibawa yang tinggi, 52.3% (n=268)
responden mempunyai tahap wibawa sederhana tinggi dan 1.8% (n=9) berada pada tahap wibawa
sederhana rendah.

8.

Perbincangan Dapatan dan Implikasi

Bahagian ini akan membincangkan dapatan kajian bagi persoalan tahap prinsip kepimpinan ta’dib dalam
kalangan GPI yang diperolehi daripada data kuantitatif. Secara keseluruhan, tahap pegangan GPI sekolah
rendah di Pulau Pinang terhadap prinsip kepimpinan ta’dib GPI sekolah rendah di Pulau Pinang berada
pada tahap yang tinggi bagi ketiga-tiga dimensi iaitu asas keagamaan, amanah dan wibawa. Secara urutan
pegangan asas keagamaan (min= 4.49) mendahului pegangan yang lain, kemudian diikuti amanah (min=
4.16) dan wibawa (min= 4.05).
8.1 Asas-asas Keagamaan
Bagi dimensi asas keagamaan dapatan kajian menunjukkan pegangan GPI mengikut urutan adalah akidah,
akhlak dan ibadah. Kajian ini hampir menyamai kajian oleh Burhanuddin Abdul Jalal (2010) terhadap
penghayatan Islam di kalangan anggota angkatan tentera Malaysia yang menunjukkan penghayatan
akidah dan ibadah adalah tinggi sementara penghayatan akhlak berada pada tahap sederhana tinggi.
Hasil analisis min menunjukkan 90% GPI mempunyai prinsip kepimpinan dimensi

asas

keagamaan yang tinggi dan hanya 10% mempunyai prinsip kepimpinan dimensi asas keagamaan pada

12

tahap sederhana tinggi. Ini menunjukkan tahap asas pegangan GPI terhadap asas keagamaan adalah
tinggi.
Secara lebih khusus hasil dapatan kuantitatif menunjukkan bagi sub dimensi akidah, GPI
mempunyai pegangan yang tinggi terhadap kepentingan akidah serta mengakui perkaitannya dalam
menjadikan seseorang itu bertanggungjawab (min 4.72). Mereka juga didapati sangat mengambil berat
terhadap kefahaman akidah yang benar dan sedia mendahulukan pandangan agama berbanding
pandangan peribadi. Bagi sub dimensi ibadah pula berdasarkan data kuantitatif, GPI didapati mempunyai
tahap pegangan dan kefahaman yang tinggi tentang konsep ibadah dalam Islam (min 4.65). Mereka yakin
ibadah wajib yang dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh mempunyai perkaitan dengan pembinaan
sahsiah diri dan memberikan kekuatan kepada rohani. Mereka juga yakin bahawa amal ibadah mereka
perlu diperbanyakkan supaya dapat dicontohi oleh pelajar.
Seterusnya bagi sub dimensi akhlak berdasarkan data kuantitatif, GPI didapati mementingkan
akhlak dan menyedari bahawa mereka perlu mengajak dan memimpin pelajar supaya beramal dengan
akhlak-akhlak Islam (min 4.73). Selain daripada itu GPI mengakui mereka perlu mengamalkan akhlak
Islam dengan mencontohi Nabi SAW dan seterusnya menjadikan diri mereka pula sebagai contoh kepada
pelajar.
Secara keseluruhan kajian menunjukkan pegangan GPI terhadap prinsip kepimpinan ta’dib
dimensi asas keagamaan adalah tinggi. Walaubagaimanapun bilangan 10% GPI mempunyai prinsip
kepimpinan pada tahap sederhana tinggi masih tetap perlu diberi perhatian. Ini adalah kerana prinsip
adalah sesuatu yang mendasari kepada sesuatu amalan dan menjadi faktor pendorong kepada seseorang
untuk melakukan sesuatu amalan sebaik mungkin. Dapatan ini menunjukkan dimensi asas keagamaan
perlu ditingkatkan kepada GPI dalam kumpulan sederhana tinggi. Menurut Shakirah Mat Akhir (2003)
matlamat Pendidikan Islam tidak tercapai kerana kurangnya penghayatan asas keagamaan dari kalangan
pelajar mahupun GPI sendiri. Mengikut teori pendidikan dan sosial al-Ghazali pendidikan kerohanian
amat penting dalam memastikan tahap penghayatan yang tinggi dalam kalangan pelajar dan guru.
8.2 Amanah
Seterusnya hasil dapatan menunjukkan pegangan GPI terhadap dimensi amanah adalah pada tahap tinggi
iaitu min 4.16. Analisis min menunjukkan 59% berada pada tahap tinggi, 40.8% pada tahap sederhana
tinggi dan hanya 0.2% pada tahap sederhana rendah. Hasil dapatan ini selari dengan kajian oleh Syed
Najmuddin Syed Hassan et. al (2009) yang mendapati kepimpinan GPI dari segi imej dan integriti atau
amanah berada pada tahap tinggi iaitu 4.3069.

13

Secara lebih khusus dapatan kuantitatif bagi dimensi amanah mendapati, GPI mempunyai
keazaman yang tinggi dalam melaksanakan amanah untuk merubah akhlak dan adab pelajar (min 4.61).
Mereka juga yakin mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai guru dengan baik dan sedia
dipertanggungjawabkan diakhirat kelak jika cuai dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik dan
mengadabkan pelajar.

Seterusnya dapatan kuantitatif menunjukkan GPI bagi item ”menegur salah laku

pelajar walaupun di luar kawasan sekolah” dan ”mampu menyiapkan segala kerja berkaitan sekolah pada
masa yang ditetapkan” berada pada tahap sederhana tinggi. Terdapat persamaan dapatan kajian ini dengan
dapatan oleh Arifin Mamat (2011) iaitu guru-guru agama sekolah rendah agama Jabatan Agama Islam
Selangor dari segi menepati waktu dan kesediaan untuk berkhidmat diluar waktu tugas rasmi berada pada
tahap sederhana tinggi. Justeru itu peringatan tentang kewajipan GPI menegur salah laku pelajar
walaupun diluar kawasan sekolah dan melengkapkan tugas pada masa ditentukan perlu diberi perhatian
oleh GPI sendiri, pihak pengurusan sekolah dan juga Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
8.3 Wibawa
Hasil analisis menunjukkan GPI dari segi wibawa berada pada tahap yang tinggi namun lebih
rendah berbanding asas keagamaan dan amanah. Hasil analisis min pula menunjukkan bilangan GPI yang
berada pada tahap sederhana tinggi seramai 52.3% melebihi GPI yang berada pada tahap tinggi iaitu 45.9
%. Dapatan kajian juga menunjukkan seramai 1.8 % GPI berada pada tahap wibawa sederhana rendah. Ini
menunjukkan masih terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penekanan oleh GPI, pihak pengurusan
sekolah dan JPN dalam meningkatkan tahap wibawa GPI terutama kepada kumpulan sasaran.
Secara lebih khusus dapatan kuantitatif bagi dimensi wibawa mendapati, GPI mengakui bahawa
mereka secara prinsipnya memiliki sahsiah yang sesuai untuk menjadi guru (min= 4.21), mempunyai
kesungguhan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam ilmu sokongan, berkeupayaan memimpin pelajar,
berkemahiran dalam ilmu jawi dan al-quran. Data kuantitatif menunjukkan GPI mengakui mereka masih
kekurangan ilmu dan bukan seorang yang pakar untuk menjadi rujukan kepada guru lain (min= 3.77).
Seterusnya data kuantitatif menunjukkan terdapat sebilangan kecil daripada GPI dari segi pegangannya
kurang berani dalam memperkatakan kebenaran sekiranya ia menyakiti orang lain. Golongan ini mungkin
tidak sanggup menanggung cabaran dalam mempertahankan kebenaran ketika memimpin dan menangani
sesuatu permasalahan.
Gambaran tahap prinsip kepimpinan ta’dib bagi setiap dimensi asas keagamaan, amanah dan
wibawa GPI berdasarkan analisis min dapat dilihat dengan lebih jelas berdasarkan carta 1 di bawah

14

500
450
400
350
300
250
200
150
100
50
0

Asas Keagamaan
Amanah
Wibawa
i
gg
n
Ti

na
ha
r
de
Se

i
gg
n
Ti

na
ha
r
de
e
S

h
da
n
Re

Carta 1: Carta tahap prinsip kepimpinan ta’dib GPI
9.

Penutup

Hasil daripada dapatan kajian, tahap pegangan GPI terhadap prinsip kepimpinan ta’dib berdasarkan
persepsi mereka terhadap diri masing-masing adalah tinggi. Dimensi asas keagamaan merupakan yang
paling dominan, diikuti oleh dimensi amanah dan wibawa. Dapatan kuantitatif bagi dimensi asas
keagamaan pula menunjukkan GPI mendahulukan akidah berbanding

akhlak dan ibadah dari segi

pegangan. Mereka turut percaya bahawa akidah yang benar mempunyai perkaitan dengan pelaksanaan
tanggungjawab. Walaubagaimana pun bilangan 10%

GPI berada pada tahap sederhana tinggi bagi

dimensi asas keagamaan, 40.8 % pada tahap sederhana tinggi dan 0.2 % pada tahap sederhana rendah
bagi dimensi amanah dan 52.3 % pada tahap sederhana tinggi dan 1.8 % GPI berada pada tahap sederhana
rendah bagi dimensi wibawa menunjukkan masih terdapat dalam kalangan GPI yang perlu ditambah baik
dari segi penghayatan terhadap asas keagamaan, amanah dan wibawa.
Berdasarkan hasil kajian beberapa item berada pada tahap sederhana tinggi dan perlu diberi
perhatian oleh GPI, pihak pengurusan sekolah dan JPN adalah (a) penguasaan ilmu pengetahuan dalam
bidang keagamaan, (b) keberanian dalam mempertahankan kebenaran jika pahit didengar, (c) kesediaan
untuk menegur dan menta’dibkan pelajar diluar kawasan sekolah dan (d) menyiapkan kerja berkaitan
sekolah pada masa yang ditentukan
Jelasnya,

penekanan kepada prinsip kepimpinan ta’dib adalah sesuatu yang penting bagi

memastikan GPI berupaya melaksanakan tanggungjawab memimpin dan menta’dibkan pelajar dengan

15

berkesan dan menjadi

role model kepada para pelajar. Justeru itu, adalah penting bagi Bahagian

Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mulai sekarang dan pada masa akan datang
khususnya melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (PPPM) untuk memastikan
bakal-bakal GPI dan GPI yang sedang dalam perkhidmatan mempunyai tahap kompetensi yang tinggi
bagi ketiga-tiga dimensi tersebut iaitu asas keagamaan, amanah dan wibawa.

Rujukan

Al-Quran al-Karim.
Ab. Halim bin Tamuri, Mohd Izham Hamzah, Masribanun Bt. Duki, (2007), Penilaian Pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Terhadap Amalan Kepimpinan GPI. Jurnal Pengurusan & Kepimpinan
Pendidikan, Vol 17, No 1, h. 33-55.
Ahmad Mohd Salleh (2008), Pengajian Agama Islam & j-Qaf, Selangor: Oxford Fajar.
Ahmad Sukari Mohamad, Mohd Nizam Sahad (2012), Model Kepemimpinan Ta’dib Guru Pendidikan
Islam, prosiding dalam The 6 th. ISDEV International Islamic Development Management
Conference, Universiti Sains Malaysia, (IDMAC 2012) 29-30 Oktober 2012
Arifin Mamat et. al (2011), Tahap Profesinalisme Guru-guru Agama Sekolah Rendah Agama – Jabatan
Agama Islam Selangor: Satu Kajian tentang Sikap Guru, Laporan Penyelidikan yang tidak
diterbitkan. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,
Azhar Ahmad (2006), Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islan dan Penghayatan
Akhlak Pelajar Sekolah-Sekolah Menengah, Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Fakulti
Pendidikan Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azma Mahmood (2006), Pengukuran tahap Penghayatan Pendidikan Islam Pelajar-pelajar Sekolah
Menengah di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Berita harian (2011), Dera Murid Sampai Mati Tidak Boleh Dimaafkan: Muhyiddin, 4 April 2011, h. 1
Berita Harian (2007), Dewan Rakyat: 200 Aduan Salah Laku Guru, 29 Jun 2007, h. 3
Bernama
(2009),
Ustaz
Tampar
Murid
Ejek
Nama
di
Sekolah,
http://menitihari.blogspot.com/2009/07/ustaz-tampar-murid-ejek-nama-di-sekolah.html, bertarikh 18 Julai 2009,
dimuat turun pada 12/10/2011
Burhanuddin Abdul Jalal (2010), Penghayatan Islam dalam Kalangan Anggota Angkatan Tentera
Malaysia, Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Jabatan Dakwah dan Kepimpinan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Harian Metro (2010) , “Ustaz dituduh Cabul Murid”, Harian Metro, 12 Februari 2010
Harian Metro (2010), Ustazah Berkhalwat Ketika Suami Mengerjakan Umrah, 2/3/2010 h. 1.
Hasan Langgulung (1985), Pendidikan dan Peradaban Islam, Suatu Analisa Sosio-Psikologi, Jakarta:
Pustaka Al-Husna.
Hasan Langgulung (1986), Manusia dan Pendidikan, Suatu Analisa Psikologi dan Pendidikan, Jakarta:
Pustaka Al-Husna.

16

Hisham Altalib (1992), Panduan Latihan untuk Petugas Islam, The International Institute of Islamic
Thought: Nurin Enterprise.
Ibn Taimiyyah (1977), Pedoman Islam Bernegara K.H. Firdaus A.N (terj.), Cetakan 3, Jakarta: Penerbit
Bulan Bintang.
Idris Awang (2009), Penyelidikan Ilmiah: Amalan Dalam Pengajian Islam. Shah Alam: Kamil & Shakir
Sdn. Bhd.
Kamarul Azmi Bin Jasmi (2010), Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Malaysia:
Satu Kajian Kes, Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia),
Kementerian Pelajaran Malaysia
(2012),
Buletin Perangkaan Sosial
(www.statistics.
Gov.my/portal/download_labour/files/BPS/Buletin_Perangkaan _Sosial. 2012). Dimuat turun pada
4hb Mei 2013. h. 41.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1968), Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’, Bil 8/1968. Ruj.KP.8543
02(12), 18 September 1968
Noor Shakirah Mat Akhir (2003), Penghayatan Ilmu dan Pendidikan Islam Menurut Teori Pendidikan
dan Sosial Al-Ghazali dalam Malaysia Moden (Kajian Kes di Wilayah Timur Laut Pulau Pinang),
Laporan Penyelidikan tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia.
Noresah Baharum (et.al) (2010), Kamus Dewan Edisi Keempat, Cetakan 3, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.
Nunally, J.C. (1978), Psychometric Theory, New York: Mc Graw Hill Publication.
Rafik I. Beekun, Jamal Badawi (2009), Leadership: An Islamic Perspective, c.3, USA: Amana
Publications, Maryland.
S.S Husain & S.A. Ashraf (1989), Krisis Dalam Pendidikan Islam, Maso’ood Abdul Rashid (terj.), Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Saeeda Shah (2006) , “Educational Leadership: an Islamic Perspective”, British Educational Research
Journal, Vol. 32, No.3, h. 366
Sidek Baba (2006), Pendidikan Rabbani, Selangor: Karya Bestari Sdn Bhd.
Wan Bakar Wan Dagang (1991), Masalah-Masalah Dalam Pendidikan Islam Peringkat Menengah dan
cara mengatasinya. Journal Pendidikan Islam 4, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, (1-2): h.
33-46
Wan Mohamad Zahid Wan Nordin (2003), Peranan Pendidikan Islam Dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Dalam Suzalie (Pnyt). Memahami isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut
Kefahaman Islam Malaysia.

17