Implikasi tanah runtuh tinggi di kawasan
KAJIAN TERHADAP IMPLIKASI TANAH RUNTUH DI KAWASAN PEMBINAAN
DI TANAH TINGGI DI PERAK
NORAMIRAH HANIS BT.MOHAMAD ROSLI
NOR SYAFIQAH BT.SHAMSUL AZMAN
RESARCH PROPOSAL
CIVIL ENGINEERING DEPARTMENT
POLITEKNIK UNGKU OMAR
2014
ABSTRACT
Landslide is between natural disaster that that regularly occurred even in Malaysia country
which resulted loss of lives and damages property and others undirectly. This landslide could
also affected on economy of country. Where needing for big cost to overhaul housing and
industry involved as incidently and cause change of structural earth form. Various factors that
in the study to find cause or factor landslide be happened every most in a year. Among them
there are several factors that are factor of weather variation, factor of underground water,
factor of human activity and factor of soil motion of structure. There were give big implication
visible to environment and surrounding. This is will be able cause changes of earth structure,
ecosystems and effect safety environment. There are many ways to overcome it such as built
retaining wall, installation piping of underground water system and preliminary detect the
landslide by tool of parameter tremor and shear underground of earth. Literature review is by
reference book and distributed questionnaire form to government agency and geologist to
answering all main factor incident of landslide at Perak and relating revision journals with
relating incidents of landslide at Ipoh. This distributed questionnaire is for strengthen all of
answering from them for agree with that one relating incident landslide to showing appearance
problems landslide at Perak have approved by government agency of Perak with new
recommend.
ABSTRAK
Tanah runtuh merupakan antara bencana alam yang kerap berlaku di Malaysia juga di
luar negara yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda,alam
sekitar dan lain secara tak langsung. Tanah runtuh ini juga boleh memberi kesan
terhadap perubahan ekonomi negara. Di mana memerlukan kos penyelenggaraan yang
besar untuk membina semula kawasan perumahan dan kawasan industri yang terlibat
dalam kejadian tanah runtuh. Kejadian ini juga mengubah infrastruktur pembangunan
dan struktur bangunan serta mengubah struktur bentuk muka bumi. Pelbagai faktor
yang di kaji bagi mencari punca tanah runtuh ini masih berlaku hampir setiap tahun.
Implikasi paling besar dapat dilihat seperti boleh mengugat faktor keselamatan
perubahan ekosistem bumi. Cara mengatasi masalah ini terdiri daripada beberapa jenis
iaitu dinding tembok penahan, sistem perparitan air bawah tanah dan alat parameter
gegaran dan pemgeseran tanah. Banyak rujukan bahan bacaan dan borang soal selidik
yang dikaji dapat menjawab pelbagai persoalan kes keruntuhan tanah ini iaitu dengan
menganalisis jawapan soalan daripada pakar ahli geologist tentang keruntuhan di Ipoh
dan menghubung kaitkan jurnal sebelum ini dengan perististiwa yang berlaku sebelum
ini di Ipoh. Kajian utama kertas kerja ini adalah untuk mengenalpasti faktor serta
akibat kejadian tanah runtuh, mengenal pasti implikasi kejadian tanah runtuh terhadap
ekonomi,persekitaran dan keselamatan penduduk setempat, mengetahui keberkesanan
langkah-langkah yang telah di ambil selepas berlaku kejadian tanah runtuh. Bagi
memperkukuhkan tijauan utama kajian ini, persoalan yang dikemukan dalam borang
soal selidik memperlihatkan cadangan baru dan hasil jawapan mengenai peristiwa
lepas tanah runtuh di dalam Negeri Perak oleh pihak Berkuasa Tempatan dan Negeri
iaitu dua buah sektor awam Kerajaan Negeri Perak antaranya JKR, Jabatan Geologis
Sains dan Pejabat Ukur Tanah. Bagi sektor swasta pula, pemaju projek pembangunan
perumahan melihat keseluruhan pemasaran.
ISI KANDUNGAN
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Latar Belakang Kajian
1.1 Penyata masalah
1.2 Rangka Kerja
1.3 Kajian utama
1.3.1 Objektif
1.4 Signifikan
1.5 Limitasi
1.6 Definasi
BAB II
SEMAKAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
2.1 Punca kejadian tanah runtuh
2.2 Implikasi bahaya dan darurat berikutan tanah runtuh
2.3 Pengetahuan asas mengatasi permasalahan tanah runtuh
BAB III
METODOLOGI
3.0 Pengenalan
3.1 Bentuk penyelidikan
3.2 Populasi dan prosedur pensampelan
3.3 Kesahihan dan kebolehpercayaaan
3.4 Prosedur pengumpulan data
3.5 Analisis data
3.6 Konklusi
3.7 Apendik
3.8 Lampiran
3.9 Rujukan
BAB 1
PENGENALAN
Kejadian tanah runtuh ini sering berlaku di Malaysia juga di peringkat globalisasi. Selalunya
berlaku di Negara tropika di mana mempunyai taburan hujan yang tinggi. Malaysia antara
Negara yang mempunyai taburan hujan yang tinggi disebabkan kedudukan di iklim
khatulistiwa. Menurut kajian Mokhtar Johari (UKM,Bangi) purata taburan hujan di Malaysia
2400mm setahun. Taburan hujan merupakan antara punca berlakunya tanah runtuh di samping
faktor lain seperti menurut Ibrahim (1985/86) kegagalan cerun disebabkan kejadian hujan
lebat dalam tempoh masa yang lama, hakisan tanah oleh tindakan air hujan dan air larian.
Menurut kajian Bujang ETAL (2008) Malaysia selalunya akan mengalami kejadian tanah dari
September hingga Januari.
Bagi peringkat global pula seperti Leyte, Filipina pada tahun 2006 telah berlaku kejadian
tanah runtuh yang menyebabkan kehilangan nyawa juga disebabkan faktor hujan lebat. Tanah
runtuh ini sering kali berlaku di kawasan lereng bukit yang mempunyai kecuraman yang
melebihi had yang di tetapkan untuk membangunkan sesuatu kawasan perumahan. Kejadian
tanah runtuh ini sering kali di kaitkan dengan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.
Menurut kajian Herawati Binti Ahmad punca berlakunya tanah runtuh juga di sebabkan
kurangnya pemantauan oleh pihak – pihak yang terlibat seperti Jabatan Alam Sekitar (DOE)
terhadap keperluan laporan harian kesan Alam Sekitar, Environment Impact Assessment
(EIA). Menurut Jaafar dn Ismail ( 1998), EIA dapat didefinisikan sebagai suatu aktiviti atau
proses yang direka untuk mengenal pasti serta meramalkan kesan ke atas persekitaran
biogeofizikal dan kesihatan manusia serta cadangan kesejahteraan perundangan, dasar,
program, prosedur operasi dan dapat mentafsir serta menyampaikan maklumat mengenai
impak.
Menurut kajian yang di jalankan tanah runtuh ini berlaku di sebabkan faktor geologi
terutamanya di sebabkan pergerakan air bawah tanah yang menyebabkan ikatan zarah tanah
longgar dan tidak mampu untuk menampung berat struktur di atasnya. Di samping itu, sikap
sambil lewa oleh pihak terlibat juga menyebabkan kejadian ini berlaku di mana sikap tidak
prihatin terhadap keadaan sebenar tempat tersebut.
1.1 PENYATA MASALAH
Tanah runtuh merupakan di antara bencana alam yang sering terjadi di Malaysia juga di
kawasan yang mengalami taburan hujan yang tinggi. Kawasan yang pernah berlaku kejadian
tanah runtuh mengikut tahunnya iaitu di kawasan Loji Rawatan Air Gerik milik Lembaga Air
Perak, Puncak Indah Pusing 2006, Taman Kledang, Lebuhraya Taiping – Kuala Kangsar di
kilometer 64 km, rutuhan Lombong Bijih Timah Pantai Remis 1993, Kuala Kangsar Lorong
35 Taman Bunga Raya, Jalan Tapah-Riglet 78 kes tanah runtuh, Kampar Pos Dipang, Ipoh
Gunung Cheroh 1973 , Gunung Rapat 1976, Gunung Karang Besar dan Kecil, Simpang Pulai
dan Gopeng Gunung Tunggal 1919.
Kedudukan geografi semua kawasan di atas didapati kawasan berbukit, tanah jerlus dan satu
bekas tapak perlombongan bijih timah. Berdasarkan kejadian ini beberapa permasalahan dapat
dikenal pasti dan beberapa usaha telah dibuat. Penyelesaian dengan melakukan kajian
penyelidikan juga dilakukan oleh pihak yang terbabit.
Punca berlakunya disebabkan beberapa faktor utama iaitu geologi seperti aliran air bawah
tanah dan faktor manusia seperti permasalahan pemaju tidak mendapat kebenaran bagi
membangunkan kawasan perumahan di kawasan tersebut daripada Majlis Daerah Kinta
Barat(MDKB). Kawasan perumahan yang berlaku tanah runtuh contohnya di Taman Puncak
Indah Pusing sememangnya tidak selamat tetapi telah mendapat kelulusan daripada jabatan
geologis sebelum jabatan ukur tanah membuat penyelidikan secara terperinci. Kajian ini di
lakukan bagi mengatasi kejadian tanah runtuh ini berulang kembali yang boleh mengakibatkan
kehilangan nyawa dan harta benda. Kejadian ini telah berlaku sejak dahulu terutama apabila
berlakunya keruntuhan bangunan highland tower yang mengakibatkan kehilangan nyawa
seramai 50 orang. Masalah utama kajian ini sebenarnya, masih ada pembinaan di kawasan
tanah jerlus, tanah di lereng bukit dan bekas tapak lombong berlaku lagi tanah runtuh sekitar
tahun 2004 hingga 2014. Di antaranya, laluan ke Cameron Highland Perkampungan Orang
Asli Sungai Ruil di Brinchang tahun 2011, Felda Besout 2 tahun 2012, Sungkai Felda Besout
Jalan Enggang tahun 2012, Daerah Kinta Laluan FT 185 Seksyen 43.0 tahun 2013, Manjung
Kampung Parit Simpang 4 dan 5 tahun 2013, Kampung Tengah Batu 16 Setengah than 2013,
Jalan Tmbunan Penampang Kampung Babagon tahun 2013, Ipoh Kampung Pengkalan Gate
Tambahan tahun 2014, Ipoh di kilometer 302 Jalan Gua Tempurung pada tahun 2004 dan di
Ipoh kawasan perumahan di Taman Puncak Indah Pusing pada tahun 2006 sehingga kini 2014.
Walau bagaimanapun, tindakan terkini dari Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JKOA), Kerajaan Negeri Perak dan sebuah syarikat konsensi berkaitan perumahan masih
belum temui jalan penyelesaian kerana punca kejadian dari faktor alam semulajadi dan masih
di dalam siasatan kerajaan negeri Perak.
Merujuk kepada permasalahan tanah runtuh yang berlaku seperti disenaraikan di atas
bermula dari tahun 2004 sehingga 2014, menunjukkan sebilangan besar tempat kemalangan
yang berlaku pada tarikh kejadian sehingga sekarang masih belum temui jalan penyelesaian di
bawah kerajaan Negeri Perak. kajian dijalankan iaitu mengenalpasti faktor serta akibat
kejadian tanah runtuh di atas tanah bercerun. Apabila terjadinya tanah runtuh banyak akibat
yang dapat dilihat seperti kehilangan nyawa dan harta benda. Selain itu, permasalahan tanah
runtuh boleh mendatangkan implikasi kejadian tanah runtuh terhadap ekonomi, persekitaran
dan keselamatan pengguna di mana mangsa tanah runtuh akan mengalami kerugian di
sebabkan kelalaian pihak yang terlibat dalam pembanggunan. Di samping itu, negara juga
perlu memberi bantuan kewangan dan kos untuk pembaikan semula kawasan tersebut. Pihak
pembeli juga mengalami kerugian dan terpaksa berpindah dari kawasan tersebut dan terbabit
dengan hutang daripada pinjaman untuk pembelian pembinaan. Oleh itu, tindakan susulan di
bawah kelolaan kerajaan Negeri Perak adalah perlu bagi mengetengahkan masalah yang
berlaku untuk mengetahui keberkesanan langkah – langkah yang perlu di lakukan selepas
kejadian tanah runtuh ini. Najitahnya, kerajaan Negeri Perak perlu mengetengahkan isu ini
bagi mendapat kan jalan penyelesaian yang efektif.
1.2 RANGKA KERJA
Latar belakang kajian
1.Isu dan Masalah
2.Matlamat Kajian
3.Objektif Kajian
4.Skop Kajian
BAB 1
Kajian literatur
BAB II
Isu
Masalah
Cara Mengatasi
Hasil
Metodologi kajian
BAB III
Kajian perpustakaan
Kaedah soal selidik
Kaedah uji kaji
Menganalisa data
Kualitatif dan kuantitatif secara Analisis
1.3 FAKTOR UTAMA KAJIAN
1.3.1 OBJEKTIF
1. Mengenalpasti faktor serta akibat kejadian tanah runtuh dia atas tanah bercerun
2. Mengenal pasti implikasi kejadian tanah runtuh terhadap ekonomi negara serta
persekitaran dan keselamatan penduduk setempat.
1.4
SIGNIFIKASI KAWASAN KAJIAN
Kajian ini di lakukan di beberapa tempat di sekitar negeri Perak. Tujuannya bagi
mengenal pasti punca utama terjadinya tanah runtuh di samping mengetahui kesan utama
tanah runtuh terhadap kawasan persekitaran.Tempat kajian ialah di Taman Kledang Permai,
Taman Akid dan Kawasan Perindustrian Menglembu, Ipoh, Perak.(Laman Nasional Astro
Awani:2013), Bertam Valley,Cameron Highlands Perak, Loji Rawatan Air Gerik milik
Lembaga Air Perak, Puncak Indah Pusing, Taman Kledang, Lebuhraya Taiping – Kuala
Kangsar di kilometer 64 km, rutuhan Lombong Bijih Timah Pantai Remis 1993, Kuala
Kangsar Lorong 35 Taman Bunga Raya, Jalan Tapah-Riglet 78 kes tanah runtuh, Kampar Pos
Dipang, Ipoh Gunung Cheroh 1973 , Gunung Rapat 1976, Gunung Karang Besar dan Kecil,
Simpang Pulai dan Gunung Tunggal, Gopeng 1919. Kawasan kajian ini telah berlaku kejadian
tanah runtuh sejak dahulu lagi dan telah mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.
Sekiranya berlarutan akan memberikan kesan terhadap ekonomi negara.
1.5
LIMITASI
Kajian ini mempunyai had di mana untuk mengkaji berkenaan struktur tanah
memerlukan peralatan yang baik dan memerlukan masa untuk mendapatkan keputusan
yang di perlukan bagi mengetahui punca sebenar struktur tanah berubah. Di samping
itu, kajian ini juga akan memberikan keputusan yang mungkin tidak terlalu tepat
kerana struktur tanah boleh berubah-ubah di sebabkan faktor sampingan disekeliling
tempat itu.
1.6
DEFINISI KAJIAN

Negara luar yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda serta alam
semulajadi tak duga. Tanah runtuh ini juga boleh memberi kesan terhadap ekonomi Negara. Di
mana memerlukan kos yang besar untuk membaik pulih kawasan perumahan dan industri yang
terlibat dalam kejadian. Tanah runtuh ini berlaku di sebabkan oleh pelbagai faktor seperti
faktor manusia, faktor cuaca dan juga faktor struktur tanah itu sendiri. Secara umumnya
kejadian ini sering terjadi di pergunungan atau lereng - lereng bukit yang dimana keadaan
permukaan tanah yang sentiasa bercerun dan berpotensi membawa partikal-partikal tanah
menuruni lereng-lereng bukit adalah lebih banyak. Situasi ini digambarkan boleh
mengakibatkan banjir lumpur dan keruntuhan tanah. Difahamkan dari beratus tahun dahulu
tanah selalu tidak stabil dan perubahan pergerakan. Pemilihan tepat tempat perumahan.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.0 PENGENALAN
Tanah runtuh merupakan antara bencana alam yang sering berlaku di Malaysia juga di
luar negara. Kejadian ini sering berlaku terutamanya di kawasan lereng bukit dan kawasan
yang mempunyai taburan hujan yang tinggi. Ibrahim (1985/86) dan Bujang et al. (2008) juga
sependapat bahawa kebanyakan kejadian tanah runtuh di Malaysia berlaku di cerun potong,
sama ada runtuhan tanah mahupun runtuhan batuan. Apabila taburan hujan terlalu tinggi boleh
menyebabkan perubahan struktur tanah dan menyebabkan ikatan di antara tanah menjadi
longgar. Menurut Jabatan Kerja Raya Malaysia tanah runtuh merupakan bahaya geologi yang
serius dan biasa terjadi di banyak bahagian dunia. Secara globalnya, tanah runtuh
mengakibatkan kerosakan harta benda berjumlah berbilion dolar dan beribu kematian serta
kecederaan setiap tahun. Di Malaysia, dari tahun 1973 hingga 2007, sebanyak 440 tanah
runtuh dilaporkan. Daripada jumlah ini, 31 kes melibatkan kematian. Sejak 1973, hampir 600
kematian disebabkan tanah runtuh di Malaysia telah dilaporkan. Selain itu, terdapat beribu lagi
kegagalan dan tanah runtuh cerun yang kecil yang tidak dilaporkan.
Selain itu, faktor lain yang mengakibatkan kejadian tanah runtuh selain disebabkan
taburan hujan dan struktur tanah ialah faktor manusia. Sesuatu projek yang hendak di
laksanakan hendaklah mempunyai laporan EIA(Alam Sekitar) bagi memastikan kawasan yang
ingin di bangunkan mempunyai kelulusan daripada pihak Jabatan Alam Sekitar (DOE).
Menurut Rasip (2006), laporan tersebut dianggap remeh-temeh oleh pihak-pihak yang
memajukan tanah untuk tujuan pembangunan projek. Pembangunan yang tidak terkawal dan
terancang itu diburukkan lagi dengan sikap pemaju yang sering mengetepikan ciri-ciri
keselamatan. Terdapat segelintir pihak pemaju perumahan yang melakukan penipuan butiran
maklumat dalam laporan awal yang dihantar kepada PBT bagi mendapatkan kelulusan tapak
dan sekaligus terkecuali dalam menyediakan Laporan EIA (Mahmud, 2008 ). Pihak pemaju
seharusnya mematuhi segala keputusan yang tercatat dalam laporan tersebut. Sekiranya hal ini
tidak di bendung dengan segera, kemungkinan besar kejadian tanah runtuh ini akan kerap
berlaku dan mengakibatkan banyak nyawa terkorban dan kemusnahan harta benda di sebabkan
kelalaian pihak yang tidak bertanggungjawab. Faktor semulajadi lain ialah kehadiran air
bawah tanah Menurut (Robert W. Day, 1999) ini adalah berpunca oleh tekanan penyerapan,
tekanan dalam tanah keaas permukaan dan kelembapan tinggi tanah. Punca ini disebabkan
ketidak kawalan kelembapan dan ketepuan tanah tidak menentu lalu menjadikan tanah itu
tidak likat malah berlaku pencairan tanah akibat air bawah tanah itu serta kurang ketepuannya.
Menurut (Wiranton Penganalis ekonomi OCBC bank) penggunaan persendirian
terbukti lebih kukuh daripada yang dijangka, disokong oleh keadaan yang dianggap oleh Bank
Negara Malaysia (BNM) sebagai persekitaran pekerjaan stabil dan pertumbuhan upah
mampan. Tambahan lagi sesetengah Negara menggunakan sektor perumahan untuk
merangsang ekonomi selepas berlakunya kemelesetan ekonomi. Mengikut Green, 1977
perumahan merupakan sektor yang memainkan peranan penting untuk menggerakkan aktiviti
ekonomi yang lain daripada keadaan meleset. Perumahan bukan sahaja menhwujudkan
pekerjaan dalam industry perumahan tetapi juga kepada industri-industri yang berkaitan
dengan perumahan seperti industri yang menghasilakan bahan binaan bhan peralatan
perumahan. Kebanyakan institusi perumahan di Amerika Syarikat ditubuhkan oleh kerajaan
semasa keadaan ekonomi meleset adalah bertujuan untuk merangsang pertumbuhann ekonomi
(Hoek-smith,2003).
Dasar perumahan Negara adalah untuk menyediakan perumahan yang mencukupi,
berkualiti dan dalam kemampuan semua rakyat dari segenap lapisan masyarakat. Oleh itu
kerajaan telah membentuk dasar dan program-program tertentu bagi mencapai matlamat dasar
perumahan Negara. Peraturan dan panduan untuk industri perumahan (Lawrence Chan,1997)
termasuklah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan perlesenan) 1966,1988 dan 1989, Akauan
Pemaju Perumahan 1990, penubuhan jawatankuasa dan majlis-majlis perumahan yang
berkaiatan dan juga penubuhan Lembaga PembangunanIndustri Pembinaan pada tahun 1994.
Pihak berkuasa bertanggung jawab di dalam pembangunan perumahan adalah Kementerian
perumahan dan Kerajaan tempatan. Kementerian ini memaiankan peranan utama bagi
melaksanakan dasar-dasar Kerajaan. Di peringkat negeri, pihak berkuasa Negeri dan Pihak
Berkuasa Tempatan bertanggung jawab mengimplementasikan dasar-dasar Kerajaan dan juga
sebagai badan yang megawal aktiviti industri perumahan.
2.1. PUNCA KERUNTUHAN TANAH
2.1.1. STRUKTUR TANAH
Struktur tanah yang dikaji tidak dapat menanggung beban yang berlebihan sehingga
menyebabkan tanah mendap dan membuatkan struktur binaan rosak. Pihak berkuasa yang
tidak bertanggungjawab membenarkan kelulusan bagi pembinaan di kawasan tanah tinggi
ini perlu bertanggungjawab di atas kes yang berlaku dan mengakibatkan korban. struktur
tanah yang tidak stabil ikatan tanah yang longgar. Menurut kajian Mohd Dhiya Hafreez bin
Kamil(Morgan,1986),ketika hujan lebat ,tanah akan terpisah dan diangkat oleh air larian
untuk membentuk mendapan yang tidak stabil.
2.1.2 TABURAN HUJAN
Akibat dari hujan yang berterusan dan banjir kilat menyebabkan tanah menjadi lembik
dan tidak kukuh. Apabila ini berlaku, hakisan yang pada mulanya sedikit akan berterusan
akan menyebabkan keruntuhan. Menurut Ibrahim (1985/86), beliau telah memberikan
pendapat berkenaan dengan faktor yang mempengaruhi kejadian tanah runtuh di Malaysia.
Faktor pertama iaitu kejadian hujan lebat bagi suatu tempoh masa yang lama. Taburan
hujan dibahagikan kepada beberapa hakisan tanah oleh air iaitu:Menurut (Robert W. Day,
1999)
1. hakisan percik (raindrop erosion)
2. hakisan lapis (sheet erosion)
3.
hakisan antara alur (interrill erosion)
4.
5. hakisan lurah (gully erosion)
hakisan alur (rill erosion)
Satu versi pembaharuan telah dibuat untuk applikasi komputer iaitu Revised Universal
Soil Loss Equation (RUSLE) yang mengambil kira amalan perladangan dan topografi
untuk anggaran hakisan
USLE digunakan di merata tempat untuk menganggar kehilangan sedimen walaupun
ainya mempermudahkan beberapa angkubah yang digunakan
Purata kehilangan tanah boleh dikira menggunakan persamaan:
A = RKLSCP
A
di mana
= purata kehilangan tanah tahunan Mg/ha/tahun
R
=
indeks hujan dan hakisan air larian
K
=
faktor kerentanan tanah
L
=
faktor panjang cerun
S
=
faktor kecuraman cerun
C
=
faktor pengurusan penutupan
P
=
faktor amalan pemuliharaan
Indeks hakisan hujan (R)
-
indeks hakisan hujan dikira menggunakan data yang berkaitan dengan intensiti dan
jumlah hujan
-
ianya boleh dianggarkan menggunakan persamaan:
R
=
Purata Hujan Tahunan X 50
100
2.1.3 AIR BAWAH TANAH
Kehadiran air bawah tanah ini punca permasalahan pembinaan atau keruntuhan
berlaku. Ini disebabkan tekanan penyerapan air udara, tekanan dalam tanah keatas
permukaan dan kelembapan tinggi tanah dari segi kejelekitan tanah dan ketepuannya.
Menurut (Robert W. Day, 1999) telah ada banyak kerosakan yang berjuta ringgit
ditanggung
katanya
tentang
penulis
(Cedergen:’89)termasuk
kerosakan
jalan,
perparitan(longkang,empangan) ,keruntuhan bangunan di atas tanah, keruntuhan
semulajadi tanah dan gegaran bumi. Semua disebabkan oleh kekurangan upaya galas tanah
menampung bebannya keatasnya dan pencairan tanah (tanah liat) lebih lembut serta lembik
membawa bersama-sama partikal NegaraI tanah bergerak dengan tidak terkawal.
Berdasarkan rajah 1.
RAJAH 1
2.2. IMPLIKASI BAHAYA DAN DARURAT BERIKUTAN KEJADIAN TANAH
RUNTUH
2.2.1 KEPENTINGAN NYAWA DAN HARTA BENDA
Kehilangan nyawa merupakan satu impak yang sangat berbahaya apabila berlakunya
sesuatu tanah runtuh dan ianya sukar dielakkan. Banyak nyawa akan terkorban apabila
berlakunya tanah runtuh. Kerosakan harta benda dan lain-lain tak dapat di baik pulih ke
keadaan asal. Kerugian pemaju dan agensi kerajaan menyelenggara semula kerosakan.
(Sumberdaripadahttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_02.htm)
2.2.4. EKONOMI PASARAN PERUMAHAN
Jualan pasaran perumahan akan merosot dan cukai pinjaman berkurangan justeru
harga rumah menurun. Kes ini mengugat kestabilan ekonomi Negara walaupun
perumahan faktor sampingan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi bagi
Pengeluaran Kasar Negara (KNK).
Tempoh penyelenggaraan dan pertambahan projek perumahan mengambil masa lama
dan permintaan masyarakat telah berkurang atas sebab pihak bertanggung jawab perlu
memampankan kualiti dan keselamatan struktur bangunan serta tanah bagi mehindari
kejadian tanah runtuh berulang lagi.
(Sumber daripada: http://ahba.tripod.com/notakt06.html)
2.2.5. IMPLIKASI PERSEKITARAN
Proses kejadian tanah runtuh sudah tentu memberi implikasi pada persekitaran
terutama alam sekitar. Perubahan persekitaran, kedudukan pokok dan bentuk muka
bumi tanah berubah kerana pergerakan tanah membawa tanah memusnahkan
persekitaran dihadapannya dan digalas. Kemusnahan semulajadi tanah runtuh di
perumahan, sekali gus memberi impak kemusnahan harta benda.
(Sumber daripada:http://ahba.tripod.com/notakt06.html)
2.2.LANGKAH KEBERKESANAN DAN PENGETAHUAN ASAS MENGATASI
PERMASALAHAN TANAH RUNTUH
2.2.1.MEREKA JENIS TEMBOK DAN PEMBINAAN TEMBOK PENAHAN
-
Secara amnya tembok penahan ini ialah perlu mendapat tinjauan berkala bagi melihat
tiada kertakan berlaku pada tembok dan menyelenggara jika terdapat retakan bagi
-
menahan tanah dan batuan.
Tembok penahan istimewa didirikan diatas cerun. Cernica (1995) mengemukan
beberapa tembok penahan biasa yang dikenali tembok penahan (retaining/gravity
wall), tembok penegang(counterfort wall), tembok penahan julur (cantilever wall), and
tembok buaian(crib wall). Berdasarkan rajah 2.
-
(Rajah 2)
Tembok julur sangat popular dekad ini jadi ia terdiri dengan berapa jenis iaitu Tshaped, L-shaped atau reverse L-shaped.(Cernica,1995)Kes yang istimewa ialah
membuat tembok penahan diatas cerun. Selain itu, penstabilan mekanikal tembok
penahan bumi menjadi popular dekad ini. Ini dalam bidang (geosynthetic) yang
membantu membuat tembok penahan lebih mudah merangkumi 3 elemen iaitu a)
memasang pagar rod keluli MSE tembok penahan b)geogrid kaedah geosynthetic
mesin memotong tanah yang dimana ada laluan lorong longkang c) mampatan tanah
mengguna mesin diantara pagar rod keluli di tembok dan longkang atas tembok
-
penahan, (Koener,1990).
Daripada analisis beberapa kategori perlu di ambil tahu, tembok penahan ini terdiri
daripada dua kategori utama aitu tembok penahan tanpa geseran dan tembok penahan
-
dengan geseran.
Geseran yang dimaksukan disini ialah pada dinding iaitu geseran antara tanah tahan
dan dinding tembok. Kedua- dua ini mengandungi isi analisis yang dibincangkan iaitu
antaranya tekanan aktif (active earth pressure), tekanan pasif(passive eart pressure),
keupayaan galas tanah (foot bearing pressure), gelongsoran tanah(sliding soil),
(Robert,W Day,1999). Secara umumnya tekanan aktif ialah cerun yang ada tujahan
segitiga berlaku dibelakang dinding tembok penahan (retaining wall) dan menyemak
tahu berapa daya tolakan tekanan aktif pada tembok. Ini juga begantung ketinggian
tanah
dibelakang
tembok
dan
kebaiakan
pembinaan
sistem
belakang(backdrain) dan parit turap(paved drain). Berdasarkan rajah 3.
longkang
(Rajah 3)
-
Keselamatan
tembok itu dilihat dari segi
keadaan
keselamatan
pergerakan
tembok itu yang berlaku akibat daya tolakan dari lantai tapak tembok tanah. Kesan
pembinaannya boleh berlaku pergerakan tembok dan boleh berlaku pusingan tembok
penahan (rotating retaining wall of it toe) iaitu menyendeng kedepan akibat daya
tolakan tanah tahan belakang. Bagaimanapun tekanan pasif sama tindakannya keatas
tembok dibahagian lantai dihadapan tembok iaitu depan tembok yang kurang tanah
berbanding belakang tembok. Kesan pembinaanya boleh berlaku daya tujahan dari
-
tapak tembok, gelangsar cerun dihadapan dinding dan keupayaan galas tapak tembok.
Di kawasan pembandaran, tembok penahan sementara memang biasa digunakan ketika
menyokong pengorekan tanah supaya dapat membantu kerja pembinaan pengorekan
untuk buat tapak asas bangunan.
2.2.6. SISTEM PERPARITAN BAWAH TANAH TERANCANG (AIR BAWAH
TANAH)
-
Mereka longkang dan kemudahan longkang mengurangakan permasalan air dari bawah
tanah. (Cedergen,1989) longkang perparitan dan parit laluan air bawah tanah yang
-
dimana ada lubang dalam paip tersebut.
Paip tersebut dipasang menggunakan sistem menimbus dengan batuan gravel dan
permukaan sekitar tertimbus batuan itu ditutupi kain fabric untuk mengelakkan
daripada laluan tanah tersekat di batuan gravel dan memastikan laluan permukaan paip
itu terlihat. Ini adalah salah satu cara untuk atasi kerosakan keruntuhan akibat
kecerunan yang banyak jenis berlaku di sekitar Ipoh.
2.2.3.CULVERT ATASI KERUNTUHAN DI ATASNYA
-
Menurut (Cedergen,1989) Culvert adalah conduit yang digunakan untuk mengalirkan
air pada parit atau longkang untuk mengelakan tersumbat. Ia boleh digunakan untuk
membenarkan air mengalir melaluinya dibawah jalan, landasan keretapi atau jambatan
-
dan lain-lain.
Ia mampu menanggung beban yang dikenakan ke atasnya menyebabkan ianya sesuai
-
digunakan untuk membina jalanraya diatasnya.
Bahan binaan culvert biasanya diperbuat daripada konkrit yang diperkukuhkan dengan
-
tetulang, besi atau PVC.
Dua jenis culvert iaitu round culvert dan box culvert. Box culvert ialah berbentuk
segiempat yg diperbuat daripada konkrit dan sesuai menanggung bebaban kenderaan
berat. Round culvert ialah berbentuk bulat dan diperbuat daripada konkrit dan besi,
terletak ditepi jalan yang dibina sebagai terowong saliran air. Berdasarkan Rajah 4.
(Rajah 4)
2.2.7. PARAMETER TAHAP GEGARAN DAN PENGESERAN BUMI
-
Membina tanda aras peralatan mengesan gegaran melalui sistem kenalpasti
menggunakan teknologi maklumat dan tenaga elektrik, (laman: save nature save
earth,slope). Pembinaan alat ini ialah mendapat tahu dan mengenalpasti tanda-tanda
-
awal tanah runtuh bakal berlaku.
Sistem penghantaran ‘detector’ dan ‘receiver’ dikelaskan sebagai bahagian utama
menerima dan menghantar maklumat pergerakan asing dalam bumi di suatu tempat dan
menghantar maklumat dengan pantas dan mudah.
-
Bacaan maklumat pada skrin alat parameter perlu dibaca oleh pakar yang
-
berpengalaman dalam karier penggunaan alat ini.
Dari bacaan itu dapat tahu kondisisi kestabilan permukaan bumi selamat dan amaran
awalan akan diberi jika kawasan berisiko tinggi untuk potensi terjadinya tanah runtuh
-
lagi.
Ketika ini teknologi ini tidak pernah digunakan lagi di Malaysia atas sebab Malaysia
tiada persamaan teknologi dengan Negara luar dan Malaysia perlu membayar kos yang
tinggi untuk mendapatkan pakar dari luar Negara .
(sumber dari http://www.kkr.gov.my/files/004_89.pdf)
2.2.5. PENANAMAN CONTOUR
-
Barisan tanaman mengurangkan kelajuan air larian jika ia melalui kontor yang
merentasi cerun.
-
Batas kontor mestilah cukup kuat untuk menahan air dari bergerak mengikut cerun.
-
Biasanya tanaman yang ditanam diselang selikan.
-
Talian air juga dibina supaya air mengalir mengikut aliran yang disediakan merentasi
cerun dan talian air ini ditanam dengan rumput untuk mengurangkan kelajuan larian
dan memerangkap tanah yang diangkut. Berdasarkan 5.
(Rajah 5)

2.2.6. PEMBINAAN TERES
-
Penanaman teres dilakukan dicerun untuk mengurangkan panjang dan curam cerun.
Mampu mengurangakan geseran tanah galas supaya tanah runtuh tidak berlaku.
-
Mengurangkan larian air dipermukaan cerun dan mengurangkan lumpur banjir akibat
hujan lebat. Berdasarkan rajah 6.

(Rajah 6)
2.2.6. HALANGAN VEGETATIF
-
Barisan vegetasi tetap yang ditanam mengikut kontor boleh memperlahankan air larian
dan akhirnya akan menjadikan “teres hidup semulajadi”.
-
Rumput vetiver adalah contoh halangan vegetatif yang berjaya di negara tropika
-
Rumput ini yang mempunyai batang yang padat serta kuat dapat menapis air larian
yang mengandungi partikel tanah.
-
Rumput ini boleh tumbuhan dalam keadaan yang teruk dan akarnya dapat menembusi
ke dalam tanah pada kadar yang agak dalam.
-
Kajian dijalankan untuk menilai pelbagai sistem halangan vegetatif yang
menggabungkan pokok dan rumput. Berdasarkan rajah 7.
(Rajah 7)
BAB 3
METODOLOGI
3.0 PENGENALAN
Kajian ini di laksanakan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini
juga menggunakan kaedah pemerhatian terhadap kawasan kajian. Kaedah ini dilakukan bagi
mengetahui punca dan kesan tanah runtuh terhadap penduduk setempat. Kaedah soal selidik
juga di lakukan bagi mengetahui faktor utama penyebab kejadian tanah runtuh berlaku di
kawasan kajian.
3.1 BENTUK PENYELIDIKAN
MULA
PENYEDIAAN BORANG SOAL SELIDIK
PEMERHATIAN KE TEMPAT KAJIAN
MENGAMBIL GAMBAR
MENGEDARKAN BORANG SOAL – SELIDIK KEPADA PENYELIDIK
MENDAPAT PERSETUJUAN PENYELIDIK
PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA
PENYELESAIAN MASALAH DARI KES SECARA PROFESSIONAL
PENULISAN LAPORAN
TAMAT
3.2 POPULASI DAN PROSEDUR PENSAMPELAN
Kaedah yang di gunakan bagi mendapatkan data berkenaan tanah runtuh di kawasan kajian
iaitu kaedah pemerhatian dan soal selidik. Kaedah pemerhatian dengan mengambil beberapa
sampel gambar kawasan kejadian perumahan yang pernah mengalami tanah runtuh. Kemudian
itu, perbandingan gambar terkini dengan terdahulu. Dapatkan data dan statistik kejadian tanah
runtuh dikawasan tersebut daripada penyelidik merujuk kepada (JKR). Keberangkalian juga,
soal selidik perlu dijalankan kepada orang awam iaitu penduduk dikawasan kediaman yang
berlaku kejadian tanah runtuh itu tetapi jika bahan data soal selidik dari penyelidik sudah
kukuh itu sudah memadai.
3.3 KESAHIHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
Borang soal selidik harus mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa atau pakar
dalam bidang geologi, mekanikal tanah dan pihak agensi kerajaan Perak, Jabatan kerja Raya
(JKR), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Bandar dan Geosains, Pejabat tanah
Galian dan Jabatan Perhutanan serta pihak berkuasa pembangunan atau pemaju dan penyelidik
dari jabatan institusi pendidikan. Edaran hendaklah dalam helaian yang banyak bagi
mengukuhkan lagi skop kajian ini. Lantaran itu, menganalisis borang soal selidik dan mencari
sumber rujukan melalui beberapa rujukan buku ilmiah dan jurnal bercetak. Disamping itu,
membuat rujukan jurnal on-line dari laman E-print institut pendidikan dalam negara dan dari
dari luar negara.
3.4 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Kaedah pemerhatian dan ambil bebarapa sampel gambar di kawasan kajian. Segala
maklumat dikumpulkan sebagai data dapatan kajian. Setelah itu, gabungan antara membuat
analisis data pemerhatian dengan menggunakan program Microsoft Excel dan analisis borang
selidik yang di cetak serta salinan yang banyak di beberapa helaian yang telah diisi.
3.5 ANALISIS DATA
Segala maklumat yang diperoleh akan di kumpulkan dengan menggunakan Microsoft
excel, bagi memudahkan membuat analisis data. Kaedah program Excel iaitu pengumpulan
maklumat daripada pemerhatian dan soal selidik.
3.6 KESIMPULAN
Secara teoritikal, kertas kerja ini membincangkan punca dan akibat tanah runtuh berlaku,
implikasi tanah runtuh terhadap ekonomi,persekitaran dan keselamatan dan beberapa langkahlangkah keberkesanan selepas kejadian tanah runtuh di Negeri Perak.
APENDIK
Laporan
Laporan disiapkan dalam minggu yang ditetapkan sepanjang 8 minggu selepas diberi tugasan
dalam kumpulan selama 1 minggu. Tugasan awal perlu memilih tajuk cadangan dan memilih
kumpulan:
Jenis laporan tugasan bagi dua orang ialah kertas kerja dan persediaan serta merancang
kertas kerja di mulakan di dalam minggu ke 4.
Bermula minggu ke 9, berdasarkan kesesuaian pemilihan tajuk bermula untuk pertahankan
tajuk selama 4 minggu dan pembetulan. Seterusnya pembentangan selepas penilaian kertas
kerja daripada penyelia kumpulan. Proses terakhir, kertas kerja dihantar ke Pensyarah kursus
Project cc506 untuk penilaian terakhir dan muktamad.
Perbincangan bersama ahli kumpulan dan pensyarah dijalankan serta membuat rujukan
laman sesawang dan buku bercetak.
Laporan mendapat pengesahan penasihat pensyarah kertas kerja dan akan disusuli
dengan pembentangan kertas kerja. Kertas kerja dihantar dan dinilai.
Borang soal selidik
Draft awal kandungan soalan secara kasar di dalam borang soal selidik:
‘Kepada penyelidik’
1.Mengenai permasalahan tanah runtuh di Ipoh, kawasan tanah yang berhampiran dengan
bukit merupakan tanah keras yang menggurangkan tanah runtuh. Adakah ini betul?
2.Apakah pengkaji telah menemui jalan penyelesaiannya.
3.Berapa nilai kos anggaran yang perlu ditanggung untuk pembinaan dan penyelenggaraan kes
tanah runtuh. Sama ada berjuta, beratus juta dan berterusan jutaan dalam tempoh yang
panjang.
4.Apakah cadangan secara professional meningkatkan kualiti tanah di Ipoh.
5.Betulkah tanah di Ipoh dan kawasan utara semenanjung Malaysia meliputi jenis tanah
lembut dan
kurang
keupayaan galas tanah(bearing capacity).Tidak sesuai untuk
pembangunan pesat sejak dari dahulu lagi.
6.Jika ada teknologi yang lebih baik dalam penggunaan alat atau jentera penyelasaian tanah
runtuh, berikan kesesuaian mesin tersebut beroperasi di malaysia dan fungsinya.
7.Mengapakah pihak kontraktor punca utama paling besar penyebab tanah runtuh di kawasan
pembangunan.
8.Bagaimanakah teknik terkini dan terpantas yang dapat menyelesaikan masalah tanah runtuh
berikutan kejadian yang telah berlaku di Ipoh.
9.Perlukah pemaju perlu bertanggungjawab dalam kes tanah runtuh supaya menanggung
semua risiko saman keatasnya dan adakah ini suatu pengajaran kepadanya atau dia sebenarnya
telah menjadi mangsa yang dipersalahkan atas bencana alam semulajadi ini.
10.Selain faktor alam semulajadi kejadian tanah runtuh, apakah yang lain yang memberi
impak besar kepada tanah runtuh di kawasan Ipoh.
11.Adakah anda setuju bahawa pembangunan tidak perlu dijalan giatkan lagi di Ipoh
12.Adakah anda setuju pembakaran hutan tidak perlu dijalankan di Ipoh. Berikan sebab secara
professional.
13.Anda bersetuju jika Majlis Pembandaran Ipoh menghadkan dan mengkuato bilangan
penduduk sesetengah kawasan di Ipoh.
14. Perlukah penduduk mendapat nasihat berterusan daripada ahli persatuan geologist di
kawasan Ipoh.
REFERENCES
Robert W. Day,H.N. (1999).Geothecnical and Foundation Engineering. Prepared by Geologist
of Massachusetts Institute of Technology, design and construction of retaining wall and
groundwater (pp.15.3-16.3). New York:McGraw-Hill
Suhaili,(2011,Mei 7)Semua PBT Di Perak Diarah Awasi Pembangunan Di Kawasan Tanah
Tinggi Dan Cerun, Sumber daripada Perak Hari Ini Pos: Malaysia. Pos.
http://peraktoday.com.my/?p=20402
Amizul Turniza Ahmed Tarmizi,(2011, Nov 29) Pembangunan Kaki Gunung. Utusan Online
pos :Malaysia. Sumber daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_02.htm
Jabatan Perancangan Bandar dan desa Perak Darul Ridzuan. Pelan Pembangunan Perak Aman
Jaya. pp.1-2 Sumber daripada http://jpbd.perak.gov.my/downloads/jpbdbuletinkhas_perak.pdf
Jabatan Kerja Raya Malaysia,( 2011).Pelan Induk Cerun Negara 2009-2023 :Gambaran
Keseluruhan Tanah Runtuh. Sumber daripada http://www.kkr.gov.my/files/004_89.pdf
Sumber Kementerian Sains,Teknologi dan Alam sekitar(1998,Mac).Pembangunan Ekonomi
Berterusan: Kesan terhadap alam sekitar dan penggunaan tanah yang buruk,di
Malaysia.Petikan Utusan pengguna: Malaysia .Sumber daripada
http://ahba.tripod.com/notakt06.html
Geografi Malaysia,(2014, February 18) Wiki free encyclopedia geografi malaysia. Sumber
daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Geografi_Malaysia
Malaysian Meteorological Department, (2014,February 18). Meteorological newslater.
Retrieved by http://www.met.gov.my/
Datuk Amar Stephen K.T Yong, (1987. September 30) Environmental Quality Prescribed
Activities. Ministry of Science,Environment and Technologies Malaysia. pp.1-8 (Malaysia)
Retrieved from http://www.doe.gov.my/webportal/en
Literatur