buku mmi 1 pelaksanaan final

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

MELINDUNGI MASA
INSTRUKSIONAL
Kembali Kepada Yang Asas
Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar
dan Murid Belajar

Kementerian Pendidikan Malaysia
2013

i

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL
KEMBALI KEPADA YANG ASAS : PEMIMPIN INSTRUKSIONAL, GURU
MENGAJAR DAN MURID BELAJAR

Diterbitkan oleh
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ii

CETAKAN PERTAMA NOVEMBER 2013
© KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Hak Cipta Terpeliharakecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersil.
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran
atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan apa alat jua pun, sama ada dengan cara
elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu
daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

iii
Isi Kandungan
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

v


KATA ALU-ALUAN
TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
(SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN)

vi

Kandungan

1
2
3
4
5
6

Muka Surat

Pengenalan

1


Melindungi Masa Instruksional (ProtectingInstructional Time)
di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran
Murid
Haji Sufa’at bin Tumin
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Sektor Operasi Pendidikan)

5

Pemerhatian Guru Meninggalkan Bilik Darjah Semasa Proses
Pembelajaran dan Pengajaran
Dr.Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali
Abd Munir bin Mohd Rashid
Nadimin bin Abdul Aziz
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

37

Kepimpinan Instruksional

Dr. James Ang Jit Eng
Haji Abdul Razak bin Alias
Institut Aminuddin Baki

54

Jadual Waktu
Bong Muk Shin
Bahagian Pendidikan Khas

65

Melindungi
Masa
Instruksional
dalam
Kegiatan
Kokurikulum di Sekolah: Isu dan Cadangan Penyelesaian
Mahamad Amran bin Kamsi
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian


75

iv

7

Pengurusan Masa dalam Konteks Pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah
Rohesan bin Muhamad
Lembaga Peperiksaan Malaysia

97

8

Pengoperasian Latihan dalam
Berasaskan Sekolah (School Based)
Ahmad Zaki bin Salleh
Razlee bin Mohamad

Habidah@Abidah binti Ibrahim
Bahagian Pendidikan Guru

112

9
10

Perkhidmatan

(LDP)

Glosari

125

Penyumbang

129


v

Kata Alu-aluan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Syabas dan tahniah kepada Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia atas inisiatif menerbitkan Buku Melindungi Masa Instruksional. Inisiatif ini
selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang
melakarkan visi agar sistem pendidikan negara mampu menghadapi persaingan
ekonomi global dalam memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.
Inti pati buku ini bersesuaian dengan aspirasi yang terkandung dalam
Gelombang 1 (2013 – 2015) PPPM iaitu mengubah sistem dengan memberikan
sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Pihak pengurusan
sekolah semestinya memastikan keberadaan guru di sekolah dan seterusnya
meningkatkan kualiti kemahiran pengajaran guru melalui kepimpinan instruksional.
Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin
instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Pemimpin
sekolah yang mengamalkan kepimpinan instruksional sewajarnya menyelaras dan
menentukan program pembangunan profesionalisme guru.
Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu pemimpin sekolah dan guru

untuk memberikan perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah
supaya kualiti pembelajaran murid dapat ditingkatkan. Semua warga sekolah
seharusnya memanfaatkan buku ini sepenuhnya dengan menjadikannya sebagai
panduan dan rujukan utama bagi mencapai elemen kualiti dan memenuhi aspirasi
sistem pendidikan negara.

TAN SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD

vi

Kata Alu-aluan
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Sektor Operasi Pendidikan)

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan petugas Sektor Operasi Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia atas penerbitan Buku Melindungi Masa
Instruksional. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu ke arah memantapkan
dan meningkatkan kualiti tahap profesionalisme kepimpinan pengurus sekolah serta
warga pendidik dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Saya
amat berkeyakinan bahawa buku ini dapat memberikan sumbangan yang amat

signifikan kepada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mencapai sasaran
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Pengetua dan Guru Besar yang berperanan sebagai pemimpin instruksional perlu
memberikan tumpuan kepada tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat
keputusan, memelihara, dan mempertahankan perkara-perkara asas dalam
mengoptimumkan masa PdP. Kepimpinan sekolah seharusnya merancang dan
menyusun semula sumber-sumber untuk menyokong program perkembangan staf dan
aktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti dan penambahbaikan secara
berterusan. Di samping itu, kepimpinan sekolah perlu melibatkan pemimpin
masyarakat dan komuniti setempat bagi meningkatkan jaring profesionalisme inter
dan intra sekolah, daerah dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajaran
dalam kalangan murid.
Guru merupakan sasaran utama dalam usaha membangunkan peningkatan kualiti
instruksional berdasarkan latihan semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran
guru melalui kaedah pembangunan professional learning community (PLC) serta
profesionalsime guru yang lebih kontekstual. Semua pihak yang terlibat perlu
menggembleng tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memastikan
amalan melindungi masa instruksional dipraktiskan di sekolah. Senario ini, diharap
dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pencapaian matlamat PPPM
2013 – 2025.

Sesungguhnya buku ini telah berjaya mengupas secara meluas dan mendalam
tentang tanggungjawab kepimpinan pendidikan dalam konteks melindungi masa
instruksional yang menjadi tunjang utama kepimpinan instruksional. Semoga pihak
pengurusan sekolah berupaya memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan
atau academic learning time dalam kalangan murid di semua sekolah.
HAJI SUFA’AT BIN TUMIN

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

1

PENGENALAN

Muka Surat

| 1

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar


PENGENALAN

Kemajuan pendidikan di negara ini sentiasa diberi keutamaan dalam semua
agenda kerajaan termasuk Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang
memberikan fokus kepada pembangunan modal insan bagi memajukan
ekonomi negara. Kepentingan pembangunan pendidikan turut menjadi fokus
dalam setiap bajet yang dibentangkan oleh kerajaan. Bagi tahun 2013, sektor
ini menerima peruntukan berjumlah RM38.7 billion meliputi 21% daripada
peruntukan keseluruhan bajet negara. Perkembangan ini membuktikan
kesungguhan kerajaan dalam memberikan pendidikan berkualiti kepada rakyat
di negara ini.

Bagi memastikan hasrat kerajaan untuk memberikan pendidikan berkualiti
kepada rakyat tercapai maka semua peringkat pengurusan pendidikan perlu
melaksanakan peranan masing-masing dengan berkesan. Peranan dan
tanggungjawab bagi memajukan sistem pendidikan di negara ini telah
diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996. Malah, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 telah menjelaskan beberapa inisiatif
bagi memastikan kemenjadian murid seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

PPPM 2013-2025 telah menggariskan hala tuju sistem pendidikan negara
yang mengutamakan peningkatan pembelajaran murid dan memberikan
penekanan kepada keupayaan guru dan pemimpin sekolah. Kejayaan sistem
pendidikan dapat dinilai berdasarkan tahap pembelajaran dan perkembangan
murid yang holistik seiring dengan pembinaan identiti nasional. Oleh itu,
beberapa pendekatan telah dilaksanakan yang melibatkan pemantapan
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Antara pendekatan yang
perlu dilaksanakan segera ialah meningkatkan kepimpinan instruksional di
semua peringkat pengurusan pendidikan. Pendekatan ini perlu diperkasakan
Muka Surat

| 2

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sebagai usaha menambah baik dan memantapkan kepimpinan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di sekolah.

Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu komponen
fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara
berkesan di sekolah. Kesedaran di semua peringkat sama ada di peringkat
KPM, JPN, PPD sehingga ke peringkat sekolah dalam memastikan satu usaha
berterusan ke arah memastikan budaya mengurus masa yang optimum dan
berkualiti dilaksanakan, adalah amat penting demi pembangunan modal insan
yang berpengetahuan dan berkemahiran .

Objektif pelaksanaan program MMI ialah:

a)

memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami
konsep MMI,

b)

memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat
meningkatkan usaha MMIdi sekolah untuk meningkatkan
keberhasilan pembelajaran murid,

c)

semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI ke semua
sekolah di bawah pentadbiran mereka,

d)

memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan dalam
kalangan murid di semua sekolah, dan

e)

memastikan guru mesti berada di dalam kelas dan melaksanakan
pembelajaran dengan berkesan.

Muka Surat

| 3

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Dalam buku ini, penjelasan tentang konsep, matlamat dan strategi MMI
dihuraikan bagi menjelaskan kepentingan pendekatan ini. Malah, diperincikan
peranan Pengetua dan Guru Besar sebagai pemimpin instruksional dalam
melaksanakan perkara-perkara asas bagi mengoptimumkan masa PdP.
Pendekatan ini merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional
dalam mencapai objektif pembelajaran berkesan di sekolah.

Hasil daripada perbincangan dan pelaporan di peringkat KPM maka
lahirlah kertas cadangan pelaksanaan yang menjelaskan tentang pengurusan
sekolah yang efektif ke arah menyempurnakan pembelajaran di dalam kelas
dan di luar kelas. Pemeriksaan di sekolah memperlihatkan terdapat sebilangan
guru yang meninggalkan bilik darjah dan tidak melaksanakan PdP sama ada
disebabkan tugas rasmi atau tidak rasmi. Oleh hal yang demikian, dikemukakan
beberapa cadangan berkaitan pengurusan kurikulum, kokurikulum, jadual
waktu dan latihan bagi mengatasi masalah ketiadaan guru di dalam kelas.
Semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM berfokus kepada
keberhasilan pembelajaran murid dan harus dilaksanakan tanpa halangan bagi
mencapai objektif yang telah disasarkan. Kerjasama dan jalinan antara semua
pihak perlu dimantapkan agar pendekatan MMI ini menjadi satu budaya yang
berupaya memangkin kecemerlangan sekolah.
.

Muka Surat

| 4

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL
(MMI) (PROTECTING INSTRUCTIONAL
TIME) DI SEKOLAH UNTUK
MENINGKATKAN KEBERHASILAN
PEMBELAJARAN MURID

Muka Surat

| 5

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (PROTECTING
INSTRUCTIONAL TIME) DI SEKOLAH UNTUK
MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

oleh
DATO’ HAJI SUFA’AT BIN TUMIN
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Operasi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak
Penulisan ini akan membincangkan isu berkaitan dengan pengurangan masa
instruksional di sekolah yang berlaku tanpa disedari dan mengganggu masa
instruksional. Hal ini mengakibatkan murid tidak dapat belajar secara berkesan
disebabkan oleh beberapa gangguan yang berlaku. Antara objektif penulisan ini
adalah untuk melihat betapa pentingnya pemimpin sekolah dan guru memberikan
perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah untuk meningkatkan
kualiti pembelajaran murid. Tempoh masa instruksional yang dikhususkan untuk
pembelajaran berkesan secara realiti tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana berlaku
pelbagai gangguan instruksional. Senarai gangguan masa instruksional yang dikenal
pasti boleh dikategorikan kepada dua faktor utama, iaitu,faktor pengurusan sekolah
dan faktor instruksional guru. Peningkatan kualiti instruksional dalam kalangan guru
merupakan sasaran utama dengan meningkatkan keberadaan guru di sekolah dan
meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kepimpinan instruksional.
Pembangunan profesionalisme guru akan lebih diperturunkan kuasa penentunya
kepada pemimpin sekolah yang lebih memahami masalah pembelajaran murid selaras
dengan ekosistem sekolah berkenaan. Melindungi Masa Instruksional merupakan
salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran
secara berkesan di sekolah. Komponen ini perlu diberikan perhatian dalam
memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan
modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif.

Muka Surat

| 6

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Pendidikan masa ini memberikan perhatian utama tentang peningkatan kualiti
pembelajaran murid. Beberapa inisiatif dirancang dan dilaksanakan bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Perancangan pendidikan yang
disediakan mensasarkan semua murid dapat mengakses pendidikan berkualiti
dan mampu berkembang sewajarnya mengikut keupayaan masing-masing.

Penulisan ini akan membincangkan isu berkaitan dengan pengurangan
masa instruksional di sekolah yang berlaku tanpa disedari dan mengganggu
masa instruksional. Hal ini mengakibatkan murid tidak dapat belajar secara
berkesan disebabkan oleh beberapa gangguan yang berlaku. Penulisan ini juga
akan membahaskan keperluan

pemimpin sekolah dan guru memberikan

perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah untuk
meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Perlindungan masa instruksional
boleh dilakukan melalui pemimpin sekolah sebagai pemimpin instruksional
dan guru yang melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Ilmu pengetahuan atau pendidikan ialah tonggak kepada pembangunan
tamadun serta menjadi asas ke arah kecemerlangan negara. Malaysia
mensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.
Justeru, kerajaan memberikan keutamaan kepada pembangunan sistem
pendidikan dalam melahirkan tenaga kerja berbakat, berkemahiran tinggi,
mempunyai daya kreativiti serta berinovatif.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program transformasi yang
mencakupi bidang pendidikan dalam melahirkan modal insan yang holistik.
Muka Surat

| 7

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Program Transformasi Kerajaan sesungguhnya berhasrat untuk memastikan
setiap rakyat dapat mengecapi nikmat pembangunan berdasarkan semangat
keutuhan perpaduan bagi mendukung Konsep 1Malaysia.

Susulan daripada itu, Transformasi Pendidikan Negara melalui Bidang
Keberhasilan Utama Negara Kementerian Pendidikan Malaysia (NKRA KPM)
merupakan manifestasi kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan
negara. Menerusi hasrat dan matlamat ini, kerajaan berkeyakinan bahawa usaha
merakyatkan peluang pendidikan dan kecemerlangan pendidikan ke seluruh
pelosok negara dapat dilaksanakan.

Pembangunan pendidikan tidak ketinggalan diberikan keutamaan dalam
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) iaitu secara khususnya kerajaan
memberikan fokus kepada rancangan pembangunan modal insan dalam usaha
membangun dan memperkembang ekonomi negara. Pembangunan modal insan
juga merupakan kerangka hala tuju pendidikan negara yang memberikan
keutamaan untuk memastikan pendidikan berkualiti disediakan bagi semua
murid. Tambahan pula, keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus
utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajar
dengan itu, KPM perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat
dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan dalam
usaha meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.

Kepentingan pembangunan pendidikan turut menjadi fokus dalam Bajet
2012 bertemakan, “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat,
Mensejahtera Negara”. Untuk mengukuh dan memastikan kejayaan inisiatif
atau program Transformasi Pendidikan Negara, pembangunan modal insan
menjadi perhatian khusus melalui salah satu fokus Bajet 2012. Fokus kedua :
mengungguli modal insan, mencerna kreativiti, dan mencetus inovasi. Hal

Muka Surat

| 8

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sedemikian ini memperlihatkan keprihatinan kepimpinan negara untuk
membela dan mensejahterakan rakyat masa ini dan akan datang.

Guru termasuk pemimpin sekolah merupakan agen utama pelaksana dasar
kerajaan pada peringkat akar umbi agar apa yang dirancang oleh kerajaan
dapat diuar-uarkan kepada rakyat. Sehubungan dengan itu, tema sambutan Hari
Guru peringkat kebangsaan “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”
telah memperlihatkan peranan guru dalam pembangunan negara. Dalam hal ini,
guru yang telah dilantik sebagai Guru Cemerlang mempunyai peranan
tersendiri dan menjadi barisan hadapan serta pakar rujuk kepada guru lain
sejajar dengan pengiktirafan yang diberikan. Guru Cemerlang seharusnya
bersedia menjadi pemangkin dalam melaksanakan segala program transformasi
pendidikan di peringkat akar umbi.

Guru Cemerlang semestinya unggul dan berani melakukan transformasi
dalam mencorak budaya berfikir dan cara bekerja yang lebih relevan dengan
arus perubahan semasa. Selaras dengan tema iaitu, “Guru Cemerlang Pemacu
Transformasi Pendidikan”.

KEBERHASILAN PEMBELAJARAN FOKUS SISTEM PENDIDIKAN

Driscoll, 2000; Gagne, 1965 menyatakan bahawa pembelajaran merupakan satu
proses yang pada akhirnya berlaku perubahan tingkah laku kepada murid.
Mengikut Piaget, (1971) pembelajaran ialah pembinaan skema (struktur
kognitif) dalam usaha individu memahami persekitarannya. Hal ini sedemikian
kerana kurikulum yang dibina memerlukan aspek pembangunan pembelajaran
dengan merangka perkembangan perubahan tingkah laku murid secara
berperingkat-peringkat daripada konkrit ke abstrak. Perubahan tingkah laku
dilihat daripada perspektif perubahan perkembangan ilmu pengetahuan,
Muka Surat

| 9

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kemahiran, nilai, dan sikap. Perkembangan yang berlaku kepada murid
dirancang dan dijelmakan dalam kurikulum sekolah yang akhirnya perlu
diterjemah dan direalisasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh
guru di dalam bilik darjah.

Dewasa ini para cendekiawan dan pendidik sering membincangkan
pencapaian pembelajaran murid berfokus kepada apa yang diperoleh murid.
Dengan kata lain, hasil pembelajaran atau learning outcomes merupakan
sasaran proses pembelajaran serta semua rancangan atau inisiatif pembangunan
pendidikan negara peringkat global termasuk sistem pendidikan Malaysia.

Secara umum, hasil pembelajaran merupakan pernyataan yang dibina
mengenai apa yang diketahui oleh murid dan berupaya melakukannya sebagai
hasil atau result setelah menjalani aktiviti pembelajaran. Pernyataan yang
dibina menjelaskan perubahan tingkah laku murid selepas melalui sesuatu
proses pembelajaran. Ciri-ciri hasil pembelajaran yang baik dapat dilihat
melalui tingkah laku yang boleh diukur serta dilakukan oleh murid. Hasil
pembelajaran sering menjadi panduan untuk liputan kandungan pengajaran,
proses pengajaran, dan pentaksiran. Hasil pembelajaran yang mudah dan
ringkas seharusnya mempunyai tiga elemen penting iaitu, siapa dan apakah
aktiviti yang perlu dilakukan serta apakah hasil yang hendak dicapai daripada
aktiviti yang dilakukan.

Sebagai pendidik atau perancang sistem pendidikan negara, pencapaian
hasil pembelajaran untuk semua murid wajib diberikan perhatian selaras
dengan prinsip akses, ekuiti, dan kualiti. Dalam hal ini, pencapaian hasil
pembelajaran mencerminkan kejayaan peranan KPM dalam menyediakan
sistem pendidikan yang memberikan keutamaan kepada kualiti. Namun,
perbahasan mengenai akses, ekuiti, dan kualiti masih berlanjutan apabila

Muka Surat

| 10

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berlaku perbandingan secara terperinci antara sekolah, murid, dan iklim
sekolah yang masih terdapat jurang antaranya.

Jelas kepada kita, 4 sub-NKRA Pendidikan kini menjadi cabaran utama.
Pelaksanaan inisiatif sub-NKRA Pendidikan dilaksanakan dengan berfokus
kepada apa dan bagaimanakah sesuatu inisiatif atau program yang dirancang
menyumbang kepada peningkatan keberhasilan pembelajaran murid. Dengan
kata lain, sebarang perancangan pendidikan atau inisiatif KPM berfokus
kepada, “apakah impak atau hasilnya kepada pembelajaran murid”. Penekanan
ini selari dengan slogan, “1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”.
Pada masa yang sama, beberapa inisiatif lain dalam Program
Transformasi Kerajaan juga memberikan tumpuan kepada impak pembelajaran
kepada murid dengan hasrat untuk menghasilkan modal insan yang bersifat
kreatif dan berinovatif sejajar dengan arus pembangunan negara masa depan.

KEPENTINGAN PEMIMPIN DAN GURU DALAM SISTEM
PENDIDIKAN

Kebolehan dan kecekapan pemimpin sekolah dan guru merupakan satu faktor
penentu kepada kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan negara pada asasnya
terletak di tangan guru termasuk pemimpin sekolah. Mc Kinsey & Company
(2007) dalam laporan kajian perbandingan sistem pendidikan beberapa negara
di peringkat global merumuskan perkara berikut:

a)

The quality of an education system cannot exceed the quality
of its teachers,

Muka Surat

| 11

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

b)

Theonly way to improve outcomes is to improve instruction,
dan

c)

High performance requires every child to succeed.

Dapatan kajian berkenaan juga mencabar sistem pendidikan negara ini. Di
manakah sebenarnya kualiti pendidikan negara Malaysia? Adakah apa yang
diperkatakan signifikan dikaji dalam pelaksanaan sistem pendidikan negara
kita? Merujuk dapatan berkenaan, para pemimpin sekolah dan guru ialah agen
utama dalam menjayakan pelaksanaan dasar baharu kerajaan di peringkat akar
umbi. Penubuhan Pintar Foundation dan Yayasan Khazanah pada Oktober
2010, bertujuan membawa transformasi sistem pendidikan melalui perubahan
paradigma pemikiran dan gaya bekerja para pemimpin sekolah, guru, dan
warga sekolah. Justeru, kepentingan guru dan pemimpin menjadi fokus utama
dalam membangunkan sistem pendidikan negara.

Selari dengan itu, Sektor Operasi Pendidikan (SOP) berperanan mencapai
matlamat meningkatkan kualiti pembelajaran murid melalui kepemimpinan
sekolah dan guru. Lantaran itu, pemastian kualiti pengajaran dan pembelajaran
di sekolah dipertanggungjawabkan kepada lapan Bahagian iaitu:

a)

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,

b)

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah
Kecemerlangan,

c)

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional,

d)

Bahagian Pendidikan Khas,

e)

Bahagian Pendidikan Islam,

f)

Bahagian Sukan,

g)

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, dan

h)

Bahagian Pendidikan Swasta.

Muka Surat

| 12

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Tanggungjawab ini juga dipikul bersama oleh Sektor Pengurusan
Pembangunan Kemanusiaan (SPPK) iaitu:

a)

Pembangunan profesionalisme guru oleh Bahagian Pendidikan Guru
(BPG),

b)

Pembangunan kepimpinan sekolah oleh Institut Aminuddin Baki
(IAB), dan

c)

Pemeriksaan institusi pendidikan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan
Kualiti (JNJK).

Peranan yang harus dilakukan oleh semua bahagian yang terlibat amat
kritikal bagi memastikan apa yang dirancang diterjemah dan dilaksanakan
dengan sempurna di sekolah bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid.
Guru Cemerlang yang disasarkan menjadi model kepada guru lain seharusnya
berperanan sewajarnya sebagai agen pelaksana dasar kerajaan. Persoalannya,
“Apakah yang dapat kita sumbangkan untuk menyediakan peluang pendidikan
dan meningkatkan kualiti pembelajaran semua murid?”.

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL UNTUK KUALITI
PEMBELAJARAN MURID

Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi
pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di
sekolah. Komponen ini perlu diberikan perhatian dalam memastikan
peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal
insan yang kritis, kreatif, dan inovatif. Merujuk Lampiran 1 dan 2.

Muka Surat

| 13

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Smith dan Andrew (1989) menyatakan kepimpinan instruksional sebagai
adunan daripada pelbagai tugas pencerapan di bilik darjah, pembangunan staf,
dan pembangunan kurikulum.

Peranan penting dan bermakna yang dilaksanakan oleh Pengetua dan
Guru Besar sebagai pemimpin instruksional adalah perlu memberikan tumpuan
kepada arahan, tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan,
memelihara dan mempertahankan perkara-perkara asas (basics), memanfaat
dan mengoptimumkan masa PdP, menyokong perkembangan staf yang
berterusan,

merancang

dan

menyusun

semula

sumber-sumber

untuk

menyokong program dan aktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti,
dan penambahan secara berterusan.

Kepimpinan pengajaran seperti yang diutarakan oleh Hallinger dan
Murphy (1987) merujuk peranan Pengetua dan Guru Besar dalam menentukan
matlamat sekolah untuk meningkatkan PdP di sekolah. Susulan daripada itu,
terdapat 11 fungsi yang berperanan dalam keberhasilan pembelajaran murid.

a) Penentuan matlamat sekolah,
b) Penyelarasan matlamat sekolah,
c) Pencerapan dan penilaian pengajaran,
d) Penyelarasan kurikulum,
e) Pengurusan kemajuan pelajar,
f) Pengawalan waktu pengajaran dan pembelajaran,
g) Sokongan dalam aktiviti pengajaran,
h) Pengukuhan usaha guru,
i) Penggalakan perkembangan profesional,
j) Penguatkuasaan dasar akademik pelajar, dan
k) Pemberian insentif untuk pembelajaran.

Muka Surat

| 14

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Keberhasilan pembelajaran murid (student learning outcomes) merupakan
tumpuan utama dalam rancangan pembangunan pendidikan negara di seluruh
dunia termasuk Malaysia. Dalam kajian antarabangsa Teaching and Learning
International Survey (TALIS) pemimpin sekolah melaporkan, faktor guru
datang lewat, ketidakhadiran, dan kurang persediaan pedagogi merupakan
faktor mengganggu masa pembelajaran murid (OECD, 2010). Merujuk Jadual
1, faktor yang dikaji dikaitkan dengan ciri kepimpinan instruksional yang
memastikan iklim sekolah yang positif untuk pembelajaran berkesan.

Jadual 1: Faktor guru dalam mewujudkan iklim sekolah
Lewat sampai di
sekolah

Tidak hadir

Kurang
persediaan
pedagogi

Australia

7.8%

22.9%

35.8%

Malaysia

13.2%

19.5%

30.2%

Korea

17.8%

23.3%

33.8%

Iceland

14.1%

24.0%

12.7%

TALIS (Purata)

15.3%

25.8%

24.1%

Negara

Sumber : Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), 2009.

Jadual 1 secara tidak langsung menjelaskan bagaimana faktor guru secara
langsung mengganggu masa instruksional di sekolah yang mengurangkan
keberhasilan pembelajaran murid. Peratusan guru tidak bersedia dari segi
pedagogi melampaui data purata TALIS yang menyumbang kepada gangguan
masa instruksional sekolah.

Selain

itu,

faktor

kepimpinan

sekolah

juga

dikaji

sejauh

manamempengaruhi masa instruksional di sekolah. Hallinger & Murphy (1987)
telah mengemukakan kerangka kepimpinan instruksional yang menegaskan
bahawa terdapat tiga dimensi kepimpinan instruksional, iaitu mendefinisikan
Muka Surat

| 15

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

misi sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran, dan mempromosikan iklim
pembelajaran sekolah. Ketiga-tiga dimensi tersebut ditunjukkan dalam Jadual
2. Setiap dimensi mengandungi beberapa pengkhususan fungsi tugasan yang
seterusnya melibatkan kepelbagaian tingkah laku dan amalan Pengetua dan
Guru Besar.

Jadual 2 : Kerangka Kepimpinan Instruksional
Dimensi
Mendefinisikan misi sekolah

Fungsi
1. Merangka Matlamat Sekolah
2. Menyampaikan Matlamat Sekolah
3. Penyeliaan dan Penilaian Instruksional

Mengurus kurikulum dan
pengajaran

4. Menyelaras kurikulum
5. Memantau Kemajuan Murid
6. Melindungi Waktu PdP
7. Membudayakan Perkembangan

Mempromosikan iklim
pembelajaran sekolah

Profesional
8. Mengekalkan Ketampakan (Visibility)
9.Menyediakan Ganjaran kepada Guru
10. Penguatkuasaan Standard Akademik
11. Menyediakan Insentif kepada Murid

Kemahiran pemimpin mewujudkan iklim pembelajaran positif dan
mengawal waktu PdP menghasilkan sekolah yang cemerlang dan murid yang
berkualiti. Iklim sesebuah sekolah dapat dilihat dengan menilai kewujudan
faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembentukannya. Sebarang program
untuk membaiki iklim sekolah yang ingin dilaksanakan perlulah ditumpukan
kepada aspek kemanusiaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sahsiah (JERIS) selari dengan Falsafah
Muka Surat

| 16

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan hasil kajian meta analisis mengenai
perbandingan

jenis

kepimpinan

pemimpin

sekolah,

ciri

kepimpinan

instruksional pemimpin sekolah didapati mempunyai kesan purata tiga hingga
empat kali ganda atas keberhasilan pembelajaran murid berbanding kepimpinan
transformasional (Robinson, Llyod & Rowe, 2008).

Kajian lokal juga

mendapati kepimpinan instruksional mempunyai perkaitan hubungan yang
signifikan dan positif dengan pencapaian akademik murid (Seminar Nasional
Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Kali ke-19). Pemimpin sekolah yang
mempunyai ciri kepimpinan instruksional dalam komponen Melindungi Masa
Instruksional (MMI) mempunyai hubungan positif dengan peningkatan
pencapaian akademik murid.

ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pelbagai isu pendidikan sering dibahaskan oleh umum dan antaranya
membincangkan mengapa ada murid yang masih tidak boleh membaca atau
mengira selepas melalui sistem pendidikan negara. Isu yang dibahaskan
berkaitan dengan isu keberkesanan PdP di sekolah yang secara langsung
mempengaruhi keberhasilan pembelajaran murid. Guru perlu melakukan
penilaian yang berterusan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan
pembelajaran murid serta mengambil tindakan segera mengatasi kelemahan
yang dapat dikenal pasti bagi mengelakkan kelemahan terkumpul. Dengan kata
lain, isu yang diperkatakan berkaitan dengan kualiti pembelajaran yang dilalui
oleh murid. Kini, pencapaian pendidikan bukan sahaja diukur dari segi kuantiti
malahan dari segi kualiti.

Muka Surat

| 17

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KUANTITI ATAU KUALITI?

Perbahasan tentang pencapaian pendidikan sering membandingbezakan antara
pencapaian kuantiti dan pencapaian kualiti. Dalam sistem pendidikan Malaysia,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menjadi pegangan untuk menghasilkan
modal insan yang holistik merangkumi pengetahuan, kemahiran serta nilai,
dan etika kehidupan dalam menyediakan individu untuk mengharungi masalah
kehidupan seharian.

Pendidikan yang dihasratkan sudah pasti mensasarkan pencapaian dari
segi kuantiti di samping tidak mengabaikan pencapaian kualiti. Kedua-dua
pencapaian perlulah seimbang agar modal insan yang dilahirkan bukan sekadar
berilmu tetapi berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran yang dikuasai untuk
menghasilkan ilmu baharu tanpa mengabaikan nilai.

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN

Idealnya, pihak pemimpin sekolah telah merancang jadual waktu persekolahan
seperti yang diarahkan oleh KPM. Namun, sejauh manakah waktu yang
diperuntukkan

untuk

pembelajaran

benar-benar

dimanfaatkan

untuk

pembelajaran dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam
kurikulum. Pernahkah antara kita mengkaji adakah semua murid belajar?
Adakah semua murid dapat menerima pembelajaran pada tahap yang sama?
Adakah setiap pengajaran guru memberikan kesan yang sama kepada semua
murid yang sememangnya berbeza-beza? Jika tidak, mengapa? Hal sedemikian
ini, antara beberapa persoalan yang perlu dikaji ke arah meningkatkan
keberhasilan pembelajaran murid dalam masa instruksional di sekolah.
Sekiranya

masa

instruksional

terganggu

sudah

pasti

keberkesanan

pembelajaran juga menurun.
Muka Surat

| 18

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MASA INSTRUKSIONAL SEKOLAH

Secara umum, masa instruksional sering disamakan dengan masa persekolahan
namun realitinya berbeza. Kajian lampau mendapati empat jenis masa
pembelajaran yang berlaku di sekolah seperti dalam Jadual 3. Masa
instruksional didefinisikan sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk
aktiviti pembelajaran tanpa gangguan. Walaupun sekolah merangka masa
instruksional yang ideal namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan
pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan oleh gangguan
tertentu yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah.

Jadual 3:
Kategori
Masa persekolahan

Kategori Masa Instruksional Sekolah
Penjelasan
Jumlah masa murid hadir ke sekolah.

(Allocated schooling time)
Masa bilik darjah
(Allocated class time)
Masa instruksional
(Instructional time)
Masa pembelajaran
akademik
(Academic learning time)

Jumlah masa murid berada di dalam kelas (tidak
termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktu
makan tengah hari dan lain-lain).
Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional
(tidak termasuk gangguan, pengurusan rekod, dan
lain-lain).
Jumlah
masa
instruksional
iaitu
murid
memberikan perhatian dan menerima pengajaran
pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya
pembelajaran berkesan dan bermakna.

Sumber: Levin & Tsang,1987

Muka Surat

| 19

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MASA PEMBELAJARAN AKADEMIK ATAU ACADEMIC LEARNING
TIME(ALT)

Masa pembelajaran akademik merupakan jumlah masa yang diambil oleh
murid untuk menyelesaikan tugasan akademik dan melaksanakannya dengan
kadar kejayaan yang tinggi (Caldwell, Huitt, and Graeber, 1982; Berliner,
1984; Levin & Tsang,1987). Dengan kata lain, masa pembelajaran akademik
dikaji dari segi jumlah masa murid terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan
berjaya menjalankan tugas dengan jayanya. Kejayaan pembelajaran dalam
kalangan murid agak subjektif kerana pembelajaran bergantung kepada syarat
pembelajaran dalaman dan syarat pembelajaran luaran murid (Gagne, 1965).
Syarat pembelajaran dalaman murid bergantung kepada diri murid itu sendiri
iaitu pengetahuan sedia ada, gaya kognitif, kesediaan murid, dan gaya belajar.
Manakala syarat pembelajaran luaran pula merujuk bahan bantu mengajar,
guru, pengajaran, persekitaran, dan peralatan asas untuk belajar yang
merupakan faktor luar daripada murid.

Dalam konteks pembelajaran, persekitaran dan interaksi murid dengan
persekitaran amat penting kerana situasi ini menentukan kejayaan pembelajaran
(Vygotsky, 1978). Menyedari syarat berkenaan, persekitaran pembelajaran
yang kondusif merupakan salah satu elemen dalam kepimpinan instruksional
yang berupaya mengawal masa instruksional sekolah dan menggalakkan
pembelajaran berkesan (Hallinger & Murphy, 1986).

KEPENTINGAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Hallinger dan Murphy (1986) mencadangkan kepentingan melindungi masa
instruksional

melalui

kepimpinan

instruksional

yang

bermatlamat

mengurangkan gangguan masa instruksional bagi memastikan pembelajaran
Muka Surat

| 20

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berlaku secara bermakna atau berkesan dalam kalangan murid. Mereka
mencadangkan:
”Protecting instructional time: Policies and enforcement
practices that reduce tardiness, absenteeism, and truancy to
increase learning time for students. Principal can also increase
student opportunities to learn by protecting classroom
instructional time from interruptions due to public address
announcements, by working with teachers to develop more
effective classroom management and instructional practices, and
by reducing the number of non-instructional school activities that
encroach on classroom time.”
(Hallinger & Murphy, 1986)

Melindungi

Masa

Instruksional

(MMI)

bermaksud

untuk

mengurangkan gangguan bagi mengelakkan kelas tidak berlangsung
seperti yang dirancang dan memastikan kualiti masa instruksional yang
menjamin pembelajaran bermakna/ pembelajaran berkesan dalam
kalangan murid yang dilaksanakan oleh guru. Hallinger dan Murphy (1986)
mencadangkan pelbagai strategi melalui dasar dan pengurusan sekolah yang
dapat mengurangkan gangguan pembelajaran sama ada dari aspek pengurusan
mahupun pengurusan instruksional dalam kalangan guru.

Pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan
tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat.
Analisis masa instruksional seorang murid dalam pembelajaran dan faktor
gangguan yang menyumbang kepada pengurusan masa instruksional diberikan
dalam Rajah 1.

Muka Surat

| 21

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MASA PERSEKOLAHAN

(5 HARI SEMINGGU)

MASA BILIK DARJAH (6 JAM
SEHARI)

Faktor Pengurusan
Sekolah

MASA INSTRUKSIONAL
(4 -5 JAM SEHARI)
MASA PEMBELAJARAN
AKADEMIK
(3 JAM SEHARI)
ENGAGED LEARNING
TIME…?

Faktor Instruksional
Guru

MASA
PEMBELAJARAN
BERKESAN….?

Rajah 1: Analisis Masa Instruksional Seorang Murid

Walaupun pada peringkat awal guru atau pemimpin sekolah telah
menjadualkan masa pembelajaran akademik namun adakah masa yang
ditetapkan digunakan sepenuhnya untuk pembelajaran. Jika ya, sejauh manakah
murid mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan. Realitinya, gangguan
yang berlaku di sekolah menjadikan masa pembelajaran akademik amat terhad
dan tidak berlaku kepada semua murid. Keseluruhannya, masa pembelajaran
berkesan murid amat sedikit dan ditentukan oleh dua faktor gangguan utama
iaitu faktor pengurusan sekolah dan instruksional guru.

KONSEP MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Masa instruksional bermaksud masa untuk pembelajaran murid belajar secara
berkesan yang dirancang dan dicapai oleh sekolah. Masa instruksional
dimanfaatkan secara optimum membawa erti sekolah memastikan kelas
berlangsung sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru serta
Muka Surat

| 22

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

memastikan murid belajar secara berkesan. Hal sedemikian ini bermakna
sekiranya 30 minit ditetapkan sebagai masa kelas, sekolah harus memastikan
murid belajar secara optimum dalam masa berkenaan sama ada dengan
kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru.

Pada masa yang sama, KPM juga berhasrat agar masa 30 minit berkenaan
mencakupi masa murid belajar dan memberikan perhatian serta terlibat dengan
jayanya untuk mencapai pembelajaran berkesan. Hal ini bermakna, masa
instruksional yang dilindungi merujukmasa pembelajaran akademik atau
ringkasnya:

Masa instruksional

=

Masa pembelajaran akademik.

Menurut Gettinger dan Seibert (1995), ALT mempunyai empat pemboleh
ubah yang menentukan tahap pencapaian pembelajaran murid, iaitu:

a)

Masa yang diperuntukkan,

b)

Masa sebenar yang digunakan untuk pengajaran,

c)

Masa keterlibatan murid (student engagement) dalam pembelajaran,
dan

d)

Kejayaan pembelajaran atau pembelajaran berkesan.

Empat pemboleh ubah yang dinyatakan harus dikawal oleh pemimpin
sekolah bersama guru bagi memastikan masa pengajaran terlindung dan
digunakan secara optimum untuk pembelajaran berkesan bagi mencapai hasrat
KPM dalam perkara ini.

Muka Surat

| 23

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PRAKTIS MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH

Tempoh masa instruksional yang dikhususkan untuk pembelajaran berkesan
secara realiti tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana berlaku pelbagai gangguan
instruksional.

Sesungguhnya,

seseorang

guru

telah

ditetapkan

untuk

menjalankan tugas utama mereka iaitu mengajar atau menjalankan instruksi
untuk tempoh tertentu. Namun begitu, guru tidak dapat melaksanakan tugas
mereka sepenuhnya disebabkan oleh gangguan yang berlaku.

Laporan Kajian Beban Tugas Guru mendapati guru terbeban dengan tiga
kategori tugas iaitu:
a)

Tugas Utama,

b)

Tugas Sampingan, dan

c)

Tugas Perkeranian.

Laporan berkenaan secara tidak langsung menjelaskan faktor gangguan
masa instruksional sekolah daripada perspektif guru yang melaksanakan
pengajaran di sekolah. Lanjutan itu, dapatan awal Kajian Eksperimental
Menangani Beban Tugas Perkeranian Guru (BPG, 2011) mendapati jumlah
masa yang digunakan oleh guru untuk melaksanakan tugas utama iaitu tugas
pengajaran amat rendah berbanding tugas lain seperti yang dinyatakan dalam
Jadual 3. Dapatan ini menunjukkan bahawa masa instruksional terganggu
disebabkan guru tidak melaksanakan tugas utama mereka kerana gangguan
yang berlaku.

Merujuk Jadual 4, gangguan yang berlaku kepada guru secara tidak
langsung menyebabkan gangguan masa instruksional. Justeru, bagaimanakah
gangguan yang berlaku kepada guru dapat dikurangkan memandangkan guru
merupakan arkitek dan jurutera serta pemangkin proses pembelajaran murid.

Muka Surat

| 24

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Dapatan Awal Kajian Eksperimental Menangani Beban

Jadual 4:

Tugas Perkeranian Guru
KATEGORI
TUGAS GURU
TUGAS
UTAMA

TUGAS
SAMPINGAN

JENIS TUGAS GURU
1.
2.
3.
4.
5.

MIN JUMLAH
JAM SEMINGGU

PdP
Perancangan PdP
Penilaian murid
Perjumpaan kokurikulum
Bimbingan akademik di luar
masa PdP

11.16

Menghadiri LDP, mesyuarat,
mengiringi murid, melatih murid,
kelas tambahan, relief, program khas
sekolah, majlis sekolah, dan
Mesyuarat PIBG.

40.00

TUGAS
1. Tugas perkeranian mingguan.
PERKERANIAN 2. Tugas perkeranian bulanan.
3. Tugas perkeranian tahunan.

16.88

Sumber: Bahagian Pendidikan Guru, 2011

GANGGUAN MASA INSTRUKSIONAL

Pelbagai gangguan berlaku di sekolah yang secara langsung menjadi pemboleh
ubahyang mempengaruhi jumlah masa instruksional sekolah dan masa
pembelajaran akademik. Gangguan yang berlaku disebabkan oleh beberapa
perkara seperti diberikan dalam Lampiran 3.

Senarai gangguan masa instruksional yang dikenal pasti seperti dalam
Lampiran 3 dikategorikan kepada dua faktor utama gangguan masa
instruksional sekolah, iaitu,
a)

Faktor pengurusan sekolah dan

b)

Faktor instruksional guru.

Muka Surat

| 25

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 5, menjelaskan dua faktor utama yang boleh dikaji sebagai
punca kejadian gangguan yang boleh dibendung oleh pemimpin sekolah dan
guru yang mengurus, merancang, dan melaksanakan pengajaran di sekolah.

Jadual 5:
BIL.
1.

2.

FAKTOR
GANGGUAN
FAKTOR
PENGURUSAN
SEKOLAH

FAKTOR
INSTRUKSIONAL
GURU

Kategori Gangguan Masa Instruksional
KELOMPOK

CONTOH GANGGUAN

Guru Tiada

Guru tiada di sekolah, guru ada di
sekolah tetapi tidak berada di dalam
kelas, tidak cukup guru, guru hadir
kursus atau tugas luar, menduduki
peperiksaan, aktiviti kokurikulum /
sukantara.

Gangguan Fizikal

Pengumuman dari pembesar suara,
susun atur kelas atau sekolah,
prasarana
sekolah,
dan
persekitaran.

Gangguan Luar Jangka

Guru cuti sakit, cuti kecemasan,
hal-hal peribadi, kesediaan murid
belajar, kesediaan guru mengajar,
dan melaksana tugas sampingan.

Gangguan Ad hoc

Menghadiri mesyuarat, dipanggil
ke pejabat, menghadiri kursus,
taklimat peperiksaan, menjalankan
tugas
jurulatih
utama,
dan
sambutan lawatan pelawat.

 Kualiti pembelajaran
murid
 Kualiti pengajaran
guru

Kesediaan murid belajar, kualiti
guru, proses PdP, sikap guru, guru
bukan opsyen, kompetensi guru,
dan kesediaan guru mengajar.

STRATEGI MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Merujuk faktor gangguan yang dibincangkan, marilah kita membuat refleksi
diri dan merancang strategi melindungi masa instruksional di sekolah untuk
meningkatkan kualiti pembelajaran dalam kalangan murid. Peranan pemimpin
dan guru perlu dilihat lebih meluas dan penting dalam menjayakan usaha ini.
Muka Surat

| 26

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Berlandaskan konsep

pemimpin instruksional, pihak sekolah mampu

merancang pelbagai program atau aktiviti yang dapat mengurangkan gangguan
masa instruksional.

Menurut Deborah (2002), pemimpin instruksional harus kreatif bagi
mendapatkan sumber untuk menyokong penambahbaikan sekolah. Dengan ini,
peruntukan kewangan tidak diperlukan ke arah menghasilkan budaya
pembelajaran kendiri dalam kalangan murid dan guru. Pemimpin yang
berkualiti mampu melindungi masa instruksional dengan berkesan.

Pemimpin sekolah berperanan mewujudkan iklim pembelajaran positif
dengan memastikan guru berada di bilik darjah dalam keadaan yang bersedia
dan mengawal waktu PdP. Pemimpin dan guru merupakan agen perubahan
yang penting untuk meningkatkan keberhasilan murid.

KERANGKA DAN FALSAFAH STRATEGI PELAKSANAAN

Cadangan ini berlandaskan kerangka Kepimpinan Instruksional yang
memberikan keutamaan kepada kawalan masa instruksional ke arah
memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid.

Merujuk

Lampiran 1 dan 2.

Matlamat

strategi

pelaksanaan

adalah

untuk

memastikan

masa

instruksional berlangsung seperti yang dirancang untuk mencapai objektif
pembelajaran serta dimanfaat secara optimum untuk mencapai pembelajaran
berkesan dalam kalangan murid.

Kerangka pelaksanaan program untuk melindungi masa instruksional di
sekolah merujuk dua faktor utama iaitu faktor pengurusan sekolah dan faktor
Muka Surat

| 27

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

instruksional guru. Faktor ini disasarkan melalui beberapa cadangan strategi
pelaksanaan yang akhirnya berupaya meningkatkan keberhasilan pembelajaran
murid. Kerangka cadangan strategi pelaksanaan MMI ini diberikan dalam
Rajah 2.

FAKTOR GANGGUAN

SASARAN STRATEGI

MATLAMAT

PENGURUSAN SEKOLAH
(PEMIMPIN SEKOLAH)

KAWALAN MASA
INSTRUKSIONAL

INSTRUKSIONAL (GURU)

Rajah 2:

PENINGKATAN MASA
PEMBELAJARAN
BERKESAN ATAU ALT

Kerangka Strategi PelaksanaanMelindungi Masa Instruksional

STRATEGI PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Kawalan masa instruksional boleh dicapai melalui dua peringkat iaitu:

i.

Strategi jangka pendek (2012-2013)

Strategi yang dapat mengurangkan gangguan masa instruksional merujuk
arahan atau pekeliling semasa yang tidak melibatkan perubahan dasar
makro serta memberikan pengupayaan kepada pemimpin sekolah
Muka Surat

| 28

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berdasarkan masalah pengurusan setempat dan tidak memerlukan
peruntukan kewangan.

ii.

Strategi jangka panjang (2012-2015)

Strategi yang memerlukan usaha untuk mengubah minda dan pemikiran
serta budaya organisasi pembelajaran dalam komuniti sekolah ke arah
menghasilkan budaya pembelajaran kendiri di samping mengoptimumkan
masa pengajaran untuk pembelajaran berkesan. Peningkatan kualiti
instruksional dalam kalangan guru merupakan sasaran utama dengan
membangun, melatih semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran
guru melalui kaedah pembangunan professional learning community
(PLC) dan pembangunan profesionalisme guru secara berasaskan sekolah
yang lebih kontekstual.

Pembangunan profesionalisme guru akan lebih diperturunkan kuasa
penentunya kepada pemimpin sekolah yang lebih memahami masalah
pembelajaran murid selaras dengan ekosistem sekolah berkenaan. Di samping
itu, guru mendapat sokongan pemimpin dan komuniti setempat termasuk ibu
bapa dengan meningkatkan jaringan profesionalisme inter dan intra sekolah,
daerah, dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

Contoh cadangan program atau aktiviti ke arah melindungi masa
instruksional diberikan dalam Lampiran 4.

Muka Surat

| 29

Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

MMI amat kritikal perlu dirancang bagi memastikan pembelajaran berlangsung
di sekolah dan akhirnya murid belajar secara berkesan. Usaha melindungi masa
instruksional perlu dirancang dengan menggunakan agen pendidikan di sekolah
iaitu pemimpin sekolah dan guru yang merancang, mengurus dan melaksana
pengajaran di sekolah. Matlamat MMI lebih kritikal untuk memastikan murid
disediakan dengan peluang pembelajaran yang sewajarnya dan belajar secara
berkesan.

Usaha MMI harus dirancang untuk dilaksanakan melalui strategi jangka
pendek dan jangka panjang melalui pembudayaan kepimpinan instruksional
dalam kalangan pemimpin sekolah dan guru. Sebagai Guru Cemerlang yang
merupakan model kepada yang lain, apa dan bagaimanakah peranan serta
sumbangan dapat diberikan dalam mengubah fenomena mengawal masa
instruksional untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Dalam
semua usaha mesti ada titik permulaan ke arah sesuatu kejayaan, demikian juga
usaha melindungi masa instruksional. Cadangan dalam kertas ini merupakan
cetusan idea di peringkat awal yang mengalu-alukan pan