undang undang Islam di Negara Sudan.pdf

Undang-undang Keluarga Islam Di Sudan

2018

UNDANG-UNDANG ISLAM DI NEGARA SUDAN

Shyrellyn binti Orbanus
Postgraduate Student , Department of Shariah and Law,
Academy of Islamic Studies
University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Shyrellyn@gmail.com
IOB170007
Nur Qurratuaini binti Mohamad Fozi
Postgraduate Student , Department of Shariah and Law,
Academy of Islamic Studies
University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
ainiefozie03@gmail.com
IOB170003

Undang-undang Keluarga Islam Di Sudan


2018

Pengenalan
Republik Sudan, yang ditubuhkan pada 1 Januari 1956 merupakan antara negara bebas yang
berada di Afrika. Negara ini adalah di antara negara yang kaya dengan pelbagai etnik dan
budaya. Menurut bancian penduduk yang pertama di Sudan pada tahun 1955/56, 51% daripada
penduduknya berbahasa Arab dan memiliki 572 puak. Dari sudut keagamaan, didapati 61%
penduduknya beragama Islam. Walau bagaimanapun, terdapat lebih daripada setengah juta orang
Kristian dengan mazhab yang berlainan menduduki Sudan terutamanya di bahagian Selatan1 dan
penduduk lainnya masih memegang teguh dengan kepercayaan asli. Sebahagian besar
masyarakat Sudan berbahasa Arab dan ada yang masih menggunakan bahasa suku mereka
seperti Nubian, Beja, Ta Bedawie, Fur, Nuban, dan juga dialek Nilotic dan Nilo-Hamitic .
Kemasukan Islam di Sudan
Penghijrahan bangsa Arab terjadi pada abad ke-sembilan ketika bangsa Mesir berada di
wilayah Selatan berjaya menemukan ladang emas di Allaqi yang terletak di antara sungai Nil dan
Laut Merah. Pada abad ke dua belas dan tiga belas gelombang penghijrahan Arab Badui
semakin meningkat.. Di sebelah selatan terdapat masyarakat yang terdiri daripada pengembala
yang berasal dari wilayah Blue Nile yang terkenal dengan nama suku Funj pula mula berhijrah
ke Utara. Kemudian mereka bersama pemimpinnya, Amara Dungas, mengalahkan kerajaan
Kristan di Alwa pada tahun 1504 dan menjadikan Sinnar sebagai ibu kota Kerajaan Funj.

Bahasa Arab dijadikan sebagai bahasa rasmi dan pada abad ke 18 bahasa Arab digunakan dalam
dokumen-dokumen berkaitan kenegaraan .
Penyebaran Islam di kerajaan Funj bukan sahaja tersebar disebabkan pemerintah dan komuniti
perdagangan, tetapi penghijrahan ulama dan orang Muslim ke daerah tersebut. Kemajuan
kerajaan Funj menarik perhatian Ulama dari Mesir, Afrika Utara dan Arab yang mempunyai
kepakaran dalam bidang Alquran, hukum Islam, dan Sufi. Para ulama’ mempunyai pengaruh
yang kuat kerana kemampuan mereka untuk berunding dan mengkritik pihak berkuasa. Mereka
mendirikan tempat pendidikan untuk mengajar Al-Quran, undang-undang dan teologi kepada
orang-orang muda. Terdapat beberapa tariqah tersebar di negara ini, di antaranya Tariqah
Shahilyah,tarikat Qadiriyah dan tariqat Majdhubiyah. Tariqah Shahilyah tersebar pada abad
kelima belas, tarikat Qadiriyah pada pertengahan abad keenam belas, dan Majdhubiyah pula
pada abad ke-18.
Pada abad kelapan belas kerajaan Funj telah jatuh. Kerajaan ini jatuh disebabkan pencerobohan
orang Mesir yang kemudiannya membuka jalan dan pengiktirafan pentadbiran Islam. Pada akhir
abad kelapan belas, Abd-Rahman al-Rashid menyatukan kesultanan Darfur di sekitar kompleks
istana yang disebut al-Fashir. Oleh itu, al-Fashir adalah pusat aktiviti kerajaan dan perdagangan.
Bukan itu sahaja, pedagang yang beragama islam mendapat kuasa dari Dinasti Darfur untuk
memerintah. Oleh sebab itu, mereka akhirnya berjaya mengukuhkan kuasa tempatan mereka.
Pengislaman Sudan timur berjalan dengan baik disebabkan pengaruh orang-orang yang berilmu.
Dan sehingga kini, islam masih tersebar di Negara Sudan.2


1

https://www.jstor.org/stable/pdf/745057.pdf?refreqid=excelsior%3A5711adc5bd25ac5f1ffbcd1df95336e3
Personal Law in the Sudan--Trends and Developments Author(s): Natale Olwak Akolawin Source: Journal of African Law, Vol. 17, No. 2 (Summer,
1973), pp. 149-195 Published by: School of Oriental and African Studies
2

journal.stainkudus.ac.id/index.php/Ziswaf/article/download/.../2304

Undang-undang Keluarga Islam Di Sudan

2018

BENTUK PERUNDANGAN ISLAM DI SUDAN

Atas faktor kesedaran pelaksanaan syariah sepenuhnya di Utara Nigeria, Afrika telah mulai
memberi perhatian terhadap undang-undang Islam di dalam negaranya. Tumpuan utamanya
terletak di seberang benua Sudan sejak revolusi undang-undang Numayri pada tahun 1983 di
mana tiada perdebatan perlembagaan yang bebas dari perjuangan politik yang sering sahaja

mempersoalkan tentang syariah.3
Dunia hari ini menyaksikan reformasi perundangan Islam yang sangat ketara terutamanya
negara-negara Islam. Setelah melakukan penelitian terhadap kajian-kajian lepas, bentuk
perundangan di negara-negara Islam boleh dibahagikan kepada empat bentuk, iaitu :
Pertama, negara Islam yang mengamalkan sistem perundangan sekular yang memisahkan
undang-undang dan agama sepenuhnya, hal ini boleh dilihat dalam negara Turki sekitar tahun
1920 an. Kini setelah Turki berada di bawah pemerintahan Erdogan , sistem pemerintahannya
mulai berubah corak dan berada dalam proses peralihan.

Kedua, negara Islam yang mengaplikasikan undang-undang barat dan Islam dalam satu masa
yang sama tetapi memisahkan bidang kuasa mahkamah. Di negara-negara ini, mahkamah syariah
wujud tetapi secara amnya ia hanya mempunyai bidang kuasa ke atas umat Islam yang
mempunyai pertikaian hukum keluarga atau warisan. Negara yang menggunakan pendekatan
campuran ini adalah Malaysia, Indonesia, Jordan, Oman, Ethiopia (kecuali rantau Oromo),
Tunisia, dan Maghribi.
Ketiga, adalah negara-negara yang menerapkan undang-undang Islam secara menyeluruh kecuali
dalam satu atau lebih bidang tertentu, seperti bentuk hukuman mati tertentu atau beberapa
kawasan tertentu yang mana aktiviti perniagaannya dikawalselia oleh Syariah. Contohnya
termasuklah Pakistan, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Yaman, dan Libya. Iraq
pernah berada di dalam kategori kedua,yang mana ia menggunakan undang-undang Islam atas

permasalahan keluarga; tetapi kini ia dianggap sebahagian daripada kumpulan ketiga kerana
wujud hukuman memotong tangan di Iraq sebagai hukuman jenayah mencuri dan ini
menunjukkan bahwa Iraq mengaplikasikan undang-undang Islam yang ketat.4

Keempat dan yang terakhir adalah negara-negara yang mengaplikasikan undang-undang Islam
sepenuhnya dan ketat tanpa pengecualian. Negara-negara dalam kategori ini termasuk Iran
(walaupun ada tanda-tanda undang-undangnya akan berubah kepada kesederhanaan di masa akan
datang), Arab Saudi, dan yang terbaru adalah, Sudan, Afghanistan, dan Somalia.5

3

https://www.academia.edu/31441754/Islamic_law_in_Africa Islamic Law in Africa by shamil jeppie

4

Iraqi Leader Orders Amputation for Theft, THE DAILY OKLAHOMAN, June 6, 1994 .

5

Kent Benedict Gravelle, Islamic Law in Sudan: A Comparative Analysis, 5 ILSA J. Int'l & Comp. L. 1 (1998)


Undang-undang Keluarga Islam Di Sudan

2018

Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa bentuk perundangan Sudan mempunyai persamaan
dengan negara Arab Saudi yang sama-sama berada di kumpulan yang keempat iaitu
menggunakan undang-undang islam sepenuhnya dalam pemerintahan.

SEJARAH PERUNDANGAN SUDAN

Untuk memahami sistem undang-undang Sudan, amatlah penting bagi kita untuk memahami dan
mengetahui sejarah negara ini .
Sudan sebuah Negara Jajahan British di akhir kurun kesembilan belas, maka dalam bidang
undang-undang, kerajaan British telah membawa undang-undang yang diamalkan di India ke
negara Sudan. Antara undang-undang yang dibawa ke Sudan ialah:

1. Penal Kod India 1960 (Tanzirat al-Hind)
2. Kod Prosedur Jenayah 1898 (Zabidat-e-Faqjdari)


Kedua-dua undang-undang ini telah digubal semula (re-enacted) pada tahun 1925 dan undangundang baru ini telah dikuatkuasakan hampir setengah abad. Kemudian selepas merdeka, keduadua undang-undang ini digubal lagi dan dikuatkuasakan pada tahun 1974. Mengikut
Perlembagaan Tetap Sudan 1973, artikel 9 menyatakan bahawa Undang-undang Islam dan adat
merupakan sumber utama perundangan. Pada tahun 1877, Charles George Gordon, seorang
pegawai British, telah menguasai sebahagian besar Sudan,hal ini melemahkan perdagangan
hamba di sana, dan beliau turut menjadi Gabenor Jeneral Sudan.6 Pada tahun 1881,
fundamentalis Islam, yang diketuai oleh Mahdi, mula menyatukan suku-suku Sudan utara dan
pada tahun 1885, mereka menawan Khartoum dan membunuh Charles Gordon.7 Mahkamah
Syariah pada waktu itu segera ditubuhkan dan undang-undang Islam sepenuhnya diamalkan di
seluruh kawasan itu8. Pada tahun 1896, Lord Kitchener melancarkan kempen untuk merebut
semula Sudan dan pada tahun 1898, Khartoum dan sebahagian besar negara lain sekali lagi
menjadi sebahagian daripada Empayar Britania. Disebabkan British ingin mengelakkan
pemberontakan berlaku di bahagian Utara Sudan, British telah menulis Ordinan Mahkamah
Undang-undang Mohammedan Sudan pada tahun 1902 yang membenarkan umat Islam Sudan
menggunakan Syariah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum keluarga, hadiah,
dan warisan9. Di selatan Sudan, kebanyakan penduduk mengamalkan agama suku yang tidak
berkaitan dengan Islam. Di bahagian negara itu, British menutup hubungannya dengan utara
Sudan yang mengamalkan Islam. Hal ini adalah untuk memudahkan usaha mereka
6

RESEARCH Div., LIBRARY OF CONGRESS, SUDAN: A COUNTRY STUDY 17 (Helen Chapinmetz ed. 1992).


7

U.S. ST. DEP'T., BACKGROUND NOTES-SUDAN 2 (1991).

8

LIBRARY OF CONGRESS, supra note 3, at 21.

9

MODERN LEGAL SYSTEMS CYCLOPEDIA, 100.33, 100.51 (Kenneth Redden ed.,1984).

Undang-undang Keluarga Islam Di Sudan

2018

menggalakkan pendidikan mubaligh Kristian, bahkan British juga membantah sebarang
pembangunan yang dikhaskan untuk Utara. Pada tahun 1947, lapan tahun sebelum kemerdekaan,
dasar pemisah secara rasminya dikembalikan kepada Sudan10. Walaupun terdapat perbezaan

yang besar antara kedua-dua wilayah dari segi geografi manusia dan fizikal, British memaksa
wilayah itu bersatu dan memberikan kemerdekaan kepada Sudan pada 1 Januari 1956. Kristian
dan animis Selatan segera memberontak terhadap Utara Sudan disebabkan kebencian selatan
terhadap penguasaan utara. Peperangan berterusan sehingga tahun 1972, dengan menandatangani
Perjanjian Addis Ababa.11

Sejak kemerdekaan, struktur dasar sistem undang-undang tetap berbentuk sama12. Pertikaian
hukum keluarga, hadiah, dan warisan antara umat Islam dilindungi oleh mahkamah syariah
sementara semua perkara lain telah diselesaikan melalui undang-undang umum Inggeris. Semua
ini berubah pada tahun 1983 apabila diktator Sudan, Kolonel Jaafar Nimeiri, melaksanakan
hukum Islam sepenuhnya (Syariah), mengisytiharkan Sudan sebagai negara Islam 13 dan juga
mengishtiharkan rancangan untuk mengislamisasikan seluruh sistem perundangan di Sudan.
Dengan ini perubahan besar telah berlaku dalam sistem perundangan di Sudan di mana semua
undang-undang terpaksa digubal semula. Penggubalan ini berlaku kepada Akta Sivil Prosedur
1974, Akta Prosedur Jenayah 1974, Penal Kod 1974, Akta Kontrak 1974, Akta Jualbeli 1974,
Akta Agensi 1974, kemudian diikuti dengan perubahan baru pada tahun 1983 yang melibatkan
Akta Prosedur Sivil 1983, Akta Prosedur Jenayah 1983, Penal Kod 1983, Akta Judisiari 1983,
Akta Keterangan 1983, Akta Advokasi 1983 dan Akta Transaksi Sivil 1984.

Penggubalan undang-undang yang dilakukan pada tahun 1983, adalah bertujuan untuk

menjadikan Undang-undang Islam seluruhnya sebagai undang-undang negara. Sudan nampaknya
mengambil pendekatan yang drastik di mana semua jenis undang-undang telah digubal semula
dan dikuatkuasakan seluruhnya dalam masa yang singkat, tetapi di Pakistan sebahagian undangundang dibuat perubahan kepada undang-undang yang sedia ada seperti perubahan Undangundang Hudud dan Qisas ke atas undang-undang jenayah yang sedia ada, manakala penggubalan
undang-undang baru hanya dibuat kepada “bidang” undang-undang yang belum ada atau
dianggap tidak lengkap untuk keperluan semasa.

Sebilangan besar orang yang tinggal di selatan Sudan adalah orang Kristian dan Animis,
Akibatnya mereka sekali lagi mengambil senjata melawan pemerintah kerana takut terhadap
hukuman berat yang terdapat dalam hukum Islam. Sememangnya, pengenalan undang-undang
Islam adalah alasan utama untuk mencetuskan semula perang14yang berterusan hingga ke hari
10

FRANCIS M. DENG, WAR OF VISIONS (1995).

11

Francis M. Deng, War Of Visions (1995).

12


Carolyn Fluehr-lobban, Islamic Law And Society In The Sudan Xii (1987).

13

Human Rights Watch, Denying The Honor Of Living: Sudan, A Human Rights Disaster 16 (Africa Watch Committee, 1990).

14

Abdullahi A. An-na'im & Peter N. Kok, Fundamentalism And Militarism:
A Report On The Root Causes Of Human Rights Violations In The Sudan 9 (1991).

Undang-undang Keluarga Islam Di Sudan

2018

ini. Di samping itu, masyarakat selatan merasa didiskriminasi kerana prosiding mahkamah
Syariah dijalankan dalam bahasa Arab, bahasa yang majoritinya tidak difahami oleh masyarakat
selatan Sudan15. Pada 6 April 1985, sekumpulan pegawai tentera yang diketuai oleh Leftenan
Jeneral Abd ar Rahman Siwar adh Dhahab menggulingkan Nimeiri. Walaupun ada perubahan
dalam kepimpinan, perang saudara berterusan kerana Dhahab enggan memansuhkan institusi
undang-undang Islam16.

Pada tahun 1986, satu pilihan raya umum diadakan di semua kawasan Sudan kecuali tiga puluh
tujuh daerah selatan yang dilanda perang saudara. Satu siri kerajaan gabungan yang rapuh
dibentuk dan dibubarkan dalam tempoh tiga tahun akan datang. Pelbagai anggota kerajaan
gabungan cuba memansuhkan undang-undang Islam tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana
pembangkang Parti Islam Nasional (NIF) yang dipimpin oleh Hassan al-Turabi sebagai Peguam
Negara Sudan pada tahun 1983 , meyakinkan Nimeiri untuk mengenakan hukum Islam yang
tidak dilakukan sejak abad kesembilan belas17. Oleh hal yang demikian, maka perang saudara di
Sudan terus berlaku dan tidak berhenti. Demi menyelesaikan konflik perang saudara yang
berlaku, akhirnya, kerajaan gabungan yang sedia ada mengusir NIF dari gabungan itu lalu
menggantikannya dengan beberapa parti kecil lain yang platformnya termasuk membuat
perdamaian dengan orang-orang Selatan. Kerajaan campuran yang terhasil nyata lebih lemah
daripada sebelumnya dan sebelum perjanjian damai ditandatangani untuk mengakhiri perang
saudara, rampasan kuasa membawa NIF dan Doktor Turabi kembali menjadi berkuasa18.
Rakan kongsi dari Turabi, Kolonel Umar Hassan Ahmad al Bashir mengetuai rampasan kuasa
terhadap kerajaan campuran pada 30 Jun 1989 dan mendirikan Majlis Perundangan Revolusi
untuk Keselamatan Nasional yang komited untuk memaksakan undang-undang Islam di selatan
bukan Muslim melalui penaklukan tentera19.Pemimpin NIF adalah Hassan al Turabi yang
dipersetujui oleh hampir keseluruhan orang Sudan dan diplomat-diplomat bahawa beliau adalah
presiden sebenar Sudan20. Turabi, yang memiliki sarjana dalam undang-undang dari Universiti
London dan PHD Undang-undang dari Sorbonne, ingin menyebarkan asas-asas Islam dengan
membawa pendekatan undang-undang Islam di seluruh Afrika Timur.Pada akhir tahun 1991,
bekas Presiden Jimmy Carter pergi ke Sudan untuk mencuba membuat perjanjian damai di antara
kerajaan Islam dan pemberontak Kristian / Animis tetapi sekali lagi isu Syariah membawa
kepada kegagalan21.
Seperti yang diharapkan, NIF secara tradisinya mempunyai hubungan yang kuat dengan
kepimpinan teokratik Iran."Parti itu dibiayai oleh pengusaha tempatan kaya, kepentingan Arab
menentang kecenderungan kiri dan pemerintah Iran."

15

Interview with George Colvin, Jr., U.S. ST. DEP'T. Official (formerly stationed in the U.S. Embassy in Khartoum,
now closed), June 1995.
16
Library Of Congress, Supra Note 3, At 50.
17

Ibid. at 52-3.

18

Islam's Star, ECONOMIST, Feb. 1, 1992, at 43.

19

LIBRARY OF CONGRESS, supra note 3, at 53.

20

Raymond Bonner, Letter From Sudan, THE NEw YORKER, July 13, 1992, at 70, 72.

21

Benaiah Yongo-Bure, Sudan's Deepening Crisis, MIDDLE EAST REP., Sept.-Oct. 1991, at 8, 12.

Undang-undang Keluarga Islam Di Sudan

2018

Walaubagaimanapun,suatu ketika dahulu Sudan pernah menjadikan undang-undang Mesir
sebagai panduan. Walaupun Mesir mengutamakan undang-undang Inggeris berbanding undangundang Islam, Mesir mengakui bahawa mereka mengamalkan pluralisme dalam perundangan.
Buktinya , Seksyen 3 dan 4 Ordinan Keadilan Sivil, 1900, meletakkan undang-undang untuk
diterapkan dalam pentadbiran keadilan awam, ia mengarahkan mahkamah untuk membuat
permohonan adat yang terpakai bagi pihak yang berkenaan" dan menggunakan undang-undang
Islam ke atas orang Islam yang mempunyai masalah peribadi.
Sekiranya pihak-pihak yang terlibat dengan perkara-perkara peribadi yang tidak mempunyai adat
atau undang-undang terpakai bagi mereka , Mahkamah akan bertindak sesuai dengan "keadilan,
kesamarataan dan kebaikan”.22 "Untuk tujuan praktikal, Rejim Anglo-Mesir memutuskan pada
1900 untuk memisahkan pentadbiran undang-undang peribadi Islam (Syariah) dari bidang
kuasa Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Ordinan Keadilan Sivil, 9000 , dan
menyerahkannya kepada mahkamah syariah yang secara rasmi dibuat pada 1902 oleh Ordinan
Pengadilan Undang-undang Mohammedan Sudan, 1902.23

ANTARA UNDANG-UNDANG ISLAM YANG DIKUATKUASAKAN DI NEGARA
SUDAN

1. Undang -undang berkaitan zakat
Zakat dari segi bahasa bermaksud berkat, bersih, dan berkembang. Dinamakan berkat kerana
dengan membayar zakat, harta akan bertambah atau tidak berkurang. Dinamakan bersih pula
kerana dengan membayar zakat, harta dan diri akan menjadi bersih dari segala kekotoran dan
dosa yang disebabkan oleh harta yang dimilikinya terdapat hak-hak orang lain. Dinamakan
berkembang kerana dengan membayar zakat,harta berkembang tidak tertumpu pada satu tempat
atau pada seseorang.
Jika melihat pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin, pengurusan zakat diurus oleh
kerajaan dengan membentuk jabatan khusus yang menangani urusan zakat. Perkataan "Khudz"
(ambillah) menunjukkan bahawa dalam sebuah negara harus ada lembaga khusus yang
menguruskan zakat. Tugas lembaga tersebut adalah memungut zakat dari golongan yang wajib
membayar zakat. Bukan itu sahaja, lembaga tersebut perlulah menguruskannya secara amanah
dan professional kerana zakat tersebut akan disalurkan kepada golongan yang berhak.
Sudan sebagai salah satu negara yang menerapkan syariat Islam sebagai peraturan negara.
Kewajipan zakat adalah salah satu undang-undang yang dilaksanakan di negara tersebut.
Sebelum dilaksanakan Undang-Undang Zakat pada tahun 2001,yang menjadi dasar peraturan
pengurusan zakat di Sudan adalah Undang-Undang Zakat tahun 1990. Undang-undang zakat
22

https://www.jstor.org/stable/pdf/745057.pdf?refreqid=excelsior%3A5711adc5bd25ac5f1ffbcd1df95336e3
Personal Law in the Sudan--Trends and Developments Author(s): Natale Olwak Akolawin Source: Journal of African Law, Vol. 17, No. 2
(Summer, 1973), pp. 149-195 Published by: School of Oriental and African Studies
23

Personal Law in the Sudan--Trends and Developments Author(s): Natale Olwak Akolawin Source: Journal of African Law, Vol. 17, No. 2
(Summer, 1973), pp. 149-195 Published by: School of Oriental and African Studies
https://www.jstor.org/stable/pdf/745057.pdf?refreqid=excelsior%3A5711adc5bd25ac5f1ffbcd1df95336e3

Undang-undang Keluarga Islam Di Sudan

2018

pada tahun 2001 menjelaskan bahawa pengurusan zakat di Sudan dilakukan oleh Lembaga Zakat
sebagai pengendali, dan Majlis Tinggi Pengurusan Zakat sebagai penggubal undang-undang.
Lembaga Zakat adalah institusi bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan Sudan untuk mengumpul,
mengurus dan mengagihkan zakat. Bilangan ahli Lembaga Zakat tidak disebut dalam Akta
tersebut. Selain itu juga, terdapat dua jenis Lembaga Zakat iaitu Lembaga Zakat Pusat dan
Lembaga Zakat Wilayah. Lembaga Zakat Pusat yang menjadi pengendali kepada Majlis Tinggi
Pengurusan Zakat adalah Setiausaha Agung manakala untuk Lembaga Zakat Wilayah yang
menjadi pengendali kepada Majlis Tinggi Pengurusan Zakat Wilayah adalah Setiausaha
Lembaga Zakat Wilayah. Majlis Tinggi Pengurusan Zakat merupakan institusi tertinggi yang
menjalankan tugas pengawasan secara umum.
Kewajipan zakat bergantung pada kewarganegaraan dan agama seseorang. Oleh karena itu, zakat
wajib dilaksanakan oleh semua rakyat Sudan yang beragama Islam dan memiliki harta yang
cukup dan baik yang mana harta tersebut berada di dalam mahupun di luar negeri. Untuk selain
rakyat sudan yang beragama Islam, bermastautin atau yang bekerja di Sudan,wajib juga
dikenakan zakat.
Harta yang wajib dikenakan zakat adalah barangan perlombongan, barang dagangan, emas, perak
dan wang. Tarif nisab zakat di Sudan adalah mengikut zakat emas. Selain itu, zakat juga
tertakluk kepada produk pertanian dan ternakan. Sudan juga telah memperluas harta yang wajib
dikenakan zakat iaitu harta al- Mustaghallat dan zakat pendapatan (mustafad).
Al-Mustaghallat adalah apa-apa barang yang pada asalnya tetap kemudian menghasilkan
pendapatan dan meningkatkan kegunaannya. Pendapatan daripada mustaghallat termasuk
pemprosesan produk pertanian, hasil pemprosesan pengeluaran haiwan, pendapatan bersih dari
perkhidmatan pengangkutan dan pendapatan lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya Fatwa.24
Contoh al-mal al mustafad atau zakat pendapatan adalah zakat gaji. Di mana harta ini
merangkumi upahan, ganjaran pendapatan ahli professional seperti pendapatan doktor, peguam,
konsultan dan pendapatan pindahan lain (Tamirin M. , 1997). Perbincangan zakat pendapatan ini
sebagaimana yang diputuskan dalam Nadwah al-Zakat kali pertama di Kuwait pada 1414 hijrah
adalah merujuk kepada al-mal al-mustafad. Para fuqaha kontemporari berbeza pandangan
mengenai zakat ini sebahagian mereka berpendapat ia adalah wajib dan tidak perlu menunggu
kepada hawl (al Qaradawi, 1981) (Salus, 1986) (Zarqa, 1987) (Syubayr, 1995). Adapun
sebahagian lain mewajibkan zakat pendapatan dengan syarat ada hawl (Sa'di, 2002), di mana
kewujudan syarat ini, kewajipan zakat adalah merujuk kepada zakat simpanan bagi pendapatan
setahun. Perlaksanaan zakat gaji di Sudan adalah wajib ia dikira tanpa hawl apabila melepasi
nisab selepas mengambil kira keperluan hawaij al-asliyyah.
Oleh itu, kewajipan zakat adalah salah satu undang-undang yang dilaksanakan di negara Sudan.

2. Undang-undang berkaitan Pentadbiran Pusaka
Di dalam al-Quran dan as-Sunnah terdapat ayat-ayat dan hukum yang terperinci berkaitan
pembahagian pusaka,tetapi cara-cara dan prosuder berkaitan harta pusaka terletak di bawah
24

journal.stainkudus.ac.id/index.php/Ziswaf/article/download/.../2304

Undang-undang Keluarga Islam Di Sudan

2018

pentadbiran setiap negara. Tugas pentadbiran tersebut diwakilkan kepada qadi atau hakim. Tugas
mereka adalah membahagikan harta kepada waris-waris yang berhak.
Oleh kerana itu, tugas,peranan dan tanggungjawab dalam membahagi harta pusaka adalah sangat
berat dan penting bagi memastikan semua harta pusaka dapat dibahagikan secara adil.
Tanggungjawab negara juga sangat penting bagi mewujudkan peraturan-peraturan tertentu bagi
mengurus dan mengendali perkara tersebut. Bukan itu sahaja, syarat peraturan-peraturan itu
hendaklah tidak bertentangan dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh syarak.25 Di
negara Sudan, pentadbiran harta pusaka orang islam diletakkan di bawah bidang kuasa
Mahkamah Shariah sepenuhnya. Undang – Undang Makhamah Shariah Sudan 1902(Perkara 8) ,
memberi kuasa kepada Qadi Besar untuk membuat pengubahsuaian terhadap “Qanun Mawaris”
yang diambil dari Qanun Mesir, supaya bersesuaian dengan kepentingan umum dan selari
dengan Syariah Islamiyyah.26
Dengan itu jelas bahawa Mahkamah Shariah di Sudan melaksanakan hukum-hukum yang
berkaitan dengan “al-ahwal al-shakhsiyyah” secara umum dan hukum-hukum pusaka secara
khususnya.

3. Undang-undang berkaitan Jenayah
Secara umumnya, golongan yang memperjuangkan pelaksanaan undang-undang Islam telah
memfokuskan perjuangan mereka kepada undang-undang jenayah sebagai satu sistem yang perlu
dipraktikkan oleh sesebuah kerajaan yang mempunyai masyarakat Islam.
Menurut catatan sejarah, perjuangan untuk melaksanakan undang-undang Islam sebenarnya lahir
selepas kurun ke-19, iaitu semasa undang-undang jenayah Islam telah beransur-ansur digantikan
dengan pemakaian undang-undang Eropah sehingga “disingkirkan” sepenuhnya daripada
masyarakat muslim yang wujud pada ketika itu. Fokus yang diberikan terhadap undang-undang
jenayah berpunca daripada beberapa faktor.
Pertama, pelaksanaan undang-undang syariah masih dapat dilihat dengan jelas dalam aspek
urusan peribadi (personal affair) dan undang-undang keluarga. Oleh itu, perjuangan untuk
melaksanakan undang-undang Islam dalam aspek tersebut bukanlah merupakan suatu keperluan
yang mendesak.
Kedua, bagi jenis kesalahan jenayah yang telah diperuntukkan hukumannya secara jelas
menerusi sumber perundangan utama, iaitu al-Quran dan sunnah, pihak yang memperjuangkan
pelaksanaan undang-undang Islam telah berhujah bahawa tiada sebarang justifikasi untuk tidak
melaksanakan peraturan yang telah digariskan secara khusus dalam sumber perundangan
tersebut. Oleh hal yang demikian, usaha untuk melaksanakan sistem keadilan jenayah syariah
perlulah dilakukan oleh sesebuah negara Islam pada masa ini. Undang-undang jenayah Islam
dibahagikan kepada tiga komponen utama, iaitu hukuman hudud, qisas dan takzir. Terma
“hudud” yang berasal daripada perkataan hadd didefinisikan sebagai suatu bentuk pencegahan,
halangan atau larangan. Hudud merupakan ordinan yang ditetapkan oleh Allah SWT dan
berdasarkan terma teknikal yang merujuk jenis jenayah yang telah ditetapkan hukumannya
25
26

http://journalarticle.ukm.my/7637/1/3960-9051-1-SM.pdf
Ahmad al-Ghandur,1966,11-12

Undang-undang Keluarga Islam Di Sudan

2018

secara khusus menerusi al-Quran dan sunnah. Sementara itu, qisas pula merangkumi kesalahan
seperti membunuh dan mendatangkan kecederaan kepada tubuh badan seseorang. Takzir pula
merujuk jenis kesalahan yang hukumannya tidak ditetapkan melalui al-Quran dan sunnah.27Oleh
sebab itu, hukuman bagi kesalahan takzir bergantung pada budi bicara hakim atau pemerintah.28
Walau bagaimanapun,pada penghujung kurun ke-20, beberapa buah negara Islam yang telah
mengalami proses sekularisasi dalam sistem perundangannya telah mengambil inisiatif untuk
mengislamisasikan sistem tersebut dengan mengkanunkan undang-undang jenayah Islam dalam
bentuk akta dan ordinan supaya dapat dilaksanakan dengan baik. Antaranya, termasuklah
Pakistan (Penguatkuasaan Ordinan Hudud 1979),29 Sudan (Kanun Keseksaan 1983),30 Yaman
(Kanun Keseksaan 1994),31 dan sebagainya.
Oleh itu, negara Sudan merupakan salah satu negara yang mengkanunkan undang-undang
jenayah Islam dalam bentuk akta dan ordinan.

4.

Undang-undang berkaitan Perkahwinan

- Hak- hak pasangan untuk menambah syarat dalam kontrak perkahwinan.
Kebanyakan negara-negara islam membenarkan mana-mana pasangan untuk merunding atau
menambah syarat dalam kontrak perkahwinan. Sebagai contoh, tempat kediaman,pilihan
pekerjaan,pilihan pendidikan,kebebasan untuk menziarahi saudara-mara,pembahagian
tanggungjawab isi rumah,taraf hidup,kawalan harta,sekatan terhadap poligami,urusan
penceraian. Bukan itu sahaja,isteri juga boleh berunding di mana mereka akan tinggal bagi
memastikan bahawa mereka tidak perlu tinggal jauh dari keluarga mereka. Mereka juga boleh
memastikan bahawa mereka akan tinggal berasingan dari keluarga mereka,seperti yang sering
dirundingkan di Arab Saudi32.Di bawah Seksyen 42 Akta Undang-undang Peribadi Islam di
Negara Sudan, isteri mempunyai hak untuk menetapkan apa-apa syarat selagi tidak bertentangan
dengan hak yang dibenarkan dan hak yang dilarang oleh syarak. Syarat yang ditetapkan dalam
kontrak wajib dilaksanakan oleh suami.

UNDANG-UNDANG JENAYAH DI NEGARA SUDAN
27

http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2016/06/3-Sudan.pdf

28

Abdullahi Ahmed An-Na’im, 1990. Toward an Islamic Reformation: Civil Liberties, Human Rights, and International Law. Syracuse University
Press, hlm. 105
29

Imran, Rahat, Legal Injustices: The Zina Hudood Ordinance of Pakistan and Its Implications for Women dlm. Journal of International Women’s
Studies 7:2, hlm. 78, 2005
30

Geetanjali Misra dan Radhika Chandiramani, 2005. Sexuality, Gender. and Rights – Exploring Theory and Practice in South and Southeast
Asia. New Delhi: Sage Publications India Pte. Ltd., hlm. 201.
31

Hanibal Goitom, 2014. Laws Criminalizing Apostacy in Selected Jurisdictions. Australia: The Law Library of Congress, Global Legal Research

Center, hlm. 15.
32

http://muslimmarriagecontract.org/familylaws.html

Undang-undang Keluarga Islam Di Sudan

2018

Undang-undang jenayah negara Sudan terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu hudud, qisas
dan ta’zir. Kecuali jenayah Hudud, semua kejahatan hudud yang lain dan semua jenayah qisas
menghendaki dua saksi lelaki yang menyaksikan jenayah itu supaya ada pensabitan. Salah satu
perbezaan utama antara tiga kategori jenayah tersebut adalah hukuman Negara ke atas jenayah
Hudud adalah wajib, hukuman Negara untuk jenayah Ta'azir adalah atas kebijaksanaan dan budi
bicara hakim, dan jenis hukuman untuk jenayah qisas sebahagian besar diputuskan oleh korban
atau keluarga korban.
Jenayah Hudud dihukum oleh Hadd, iaitu penalti yang ditetapkan oleh Qu'ran. Oleh kerana
penalti Hadd dilihat agak drastik,negara yang menggunakan hudud akan dilihat dan dipandang
tegas. Seperti yang akan kita lihat, Sudan menghukum semua jenayah Hudud sama seperti garis
besar Qu'ran. Ini meletakkan Sudan sama seperti beberapa negera / kawasan lain: Arab Saudi,
Afghanistan, dan Somalia.
Terdapat enam jenayah Hudud. Ia adalah seperti berikut :

1) Jenayah zina dan tuduhan palsu berzina

Al-Quran meletakkan hukuman 100 sebatan bagi mereka yang belum berkahwin dan telah
berzina. Bagi individu yang sudah berkahwin, hukuman rejam sampai mati akan dikenakan.
Sesuai dengan Qu'ran, Akta Jenayah 1991 Sudan menjatuhkan hukuman mati dengan melempari
batu ke atas pezina.
Bagaimanapun, sabitan perbuatan berzina antara orang yang belum berkahwin adalah jarang
berlaku kerana tiga sebab.
Pertama, ia secara fizikal mustahil bagi wanita yang belum berkahwin di utara Sudan untuk
melakukan perbuatan berzina kerana operasi yang dilakukan pada lebih 90% gadis Sudan utara
remaja. Selepas perkahwinan, operasi itu dikembalikan semula dan dengan itu, perzinaan lebih
umum di kalangan yang sudah berkahwin.
Kedua, untuk mensabitkan orang yang melakukan penzinaan, mestilah ada empat orang saksi
lelaki .
Ketiga, jarang orang dapat membawa tuduhan perzinaan kerana jika penuduh tidak membawa
empat saksi lelaki, penuduhnya sendiri akan didapati bersalah dan melakukan kesalahan hudud
kedua, iaitu menuduh orang berzina, dan akan dikenakan hukuman sebanyak lapan puluh
sebatan.
Selain itu, kesalahan jenayah yang lain disebut secara ringkas seperti di bawah :

2) Jenayah minum minuman beralkohol
3) Jenayah Mencuri

Undang-undang Keluarga Islam Di Sudan

2018

4) Jenayah Merompak
5) Jenayah Murtad
6) Jenayah Pemberontakan atau pelanggaran terhadap pihak berkuasa yang sah33.

ISU BERKAITAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI NEGARA SUDAN

Kaedah pembuktian bagi kesalahan zina dan rogol yang membawa kepada kezaliman.
Kes zina dan rogol di Sudan, mahkamah di Sudan menganggap bahawa pengakuan, serta bukti
yang menunjukkan seseorang wanita itu hamil semasa ketiadaan suaminya dan seorang janda
yang hamil selepas bercerai, sebagai bukti yang sudah cukup untuk membuktikan bahawa
seseorang wanita itu benar-benar telah berzina tanpa mengambil kira faktor kemungkinan wanita
itu dirogol atau dipaksa oleh mana-mana lelaki untuk melakukan hubungan seks.
Dalam kes Sudan Government lwn Kalthoum Khalifa Ajabna [1992] hanya menjatuhkan
hukuman takzir kepada tertuduh (selepas tertuduh menarik balik pengakuan bersalahnya), namun
tertuduh dalam kes Sudan Government lwn Mariam Ahmad ‘Abdallah [1985] telah dijatuhkan
hukuman rejam sampai mati, walaupun dia mendakwa bahawa hubungan seks tersebut dilakukan
tanpa kerelaannya. Walaupun tidak dinyatakan secara jelas dalam fakta kes bahawa wanita
tersebut mendakwa dirinya telah dirogol, namun dakwaan wanita tersebut bahawa hubungan seks
tersebut berlaku tanpa kerelaannya tidak dihiraukan oleh mahkamah. Mahkamah sepatutnya
memberikan peluang kepada wanita itu untuk mengemukakan bukti dan hujah bagi
membuktikan kebenaran dakwaannya.
Peruntukan undang-undang keterangan di Sudan telah memperuntukkan bahawa kaedah
pembuktian bagi membuktikan kesalahan rogol adalah sama seperti kaedah pembuktian bagi
kesalahan zina, iaitu wujudnya pengakuan bersalah daripada tertuduh dan kehadiran empat orang
saksi lelaki. Dalam kes Sudan Government lwn al-Sir Muhammad al-Sanussi [1989],63 tertuduh
hanya dijatuhkan hukuman bagi kesalahan melakukan perbuatan tidak senonoh dan cubaan untuk
merogol di bawah perkara 319 Kanun Keseksaan 1983 dan dikenakan hukuman sebatan (tidak
dinyatakan jumlah bilangannya), dan denda atau hukuman penjara, sedangkan berdasarkan
pemeriksaan perubatan yang dilakukan terhadap mangsa mengesahkan bahawa mangsa
sememangnya telah dirogol. Hal ini disebabkan mangsa rogol yang merupakan seorang kanakkanak yang berusia enam tahun tidak dapat membawa empat orang saksi lelaki ke mahkamah
bagi membuktikan bahawa dia benar-benar telah dirogol.
Sekali lagi pendekatan yang diambil oleh mahkamah di Sudan telah menimbulkan ketidakadilan
kepada mangsa rogol kerana terdapatnya kesukaran untuk membuktikan jenayah rogol tersebut
dengan kehadiran empat orang saksi. Namun, hakim mahkamah tidak boleh disalahkan
sepenuhnya kerana undang-undang keterangan di Sudan telah memperuntukkan sedemikian34.

33

Kent Benedict Gravelle* ISLAMIC LAW IN SUDAN: A COMPARATIVE ANALYSIS, 1998

34

http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2016/06/3-Sudan.pdf

Undang-undang Keluarga Islam Di Sudan

2018

KESIMPULAN

Sudan adalah salah satu negara Arab Afrika yang secara rasmi menggunakan syariat Islam.
Penerapan syariat Islam ini meliputi segala aspek politik dan ekonomi serta sosial budaya di
mana seluruh aktiviti negara harus disesuaikan dengan prinsip-prinsip dasar al-Quran dan
Sunnah yang menjadi sumber utama perundangan.Perlaksanaan Undang-undang Islam adalah
suatu tuntutan agama dan ia adalah sebagai satu ciri untuk kesempurnaan identiti negara Islam
itu sendiri. Masyarakat Islam sepanjang sejarahnya tidak pernah keluar daripada tuntutan
melaksanakan syariah, kecuali jika ada keadaan-keadaan tertentu yang memaksa mereka supaya
mengurangkan perlaksanaan syariah dalam bidang-bidang tertentu kerana dipaksa oleh kuasa
penjajah. Pengalaman sejarah hitam ini tidak sepatutnya dijadikan penghalang untuk kembali
kepada perlaksanaan undang-undang Islam secara lebih lengkap.
Seharusnya, setelah negara Islam bebas daripada penguasaan penjajah, langkah-langkah positif
perlu diambil demi mengembalikan semula undang-undang Islam ke pangkuan umat Islam. Oleh
hal yang demikian , perkara ini perlu kepada penyediaan dan penggubalan undang-undang yang
lengkap dan tersusun untuk mengambil alih dan menggantikan undang-undang penjajah, dan
membina kefahaman umat terhadap kepentingan undang-undang Islam untuk kekuatan negara
dan perpaduan umat, serta menyusun sistem pentadbiran kehakiman yang sesuai dengan
keperluan undang-undang syariah.
Bagi pendapat penulis, konflik yang berlaku di antara Utara Sudan dan Selatan Sudan merupakan
konflik yang masih mempunyai ruang untuk diharmonikan. Memang tidak dapat disangkal
bahawa Syariah Islam adalah suatu jalan hidup yang benar dan betul, tetapi manusia adalah
makhluk yang tidak lari dari membuat kesilapan, sedangkan Maqasid Syariah yang utama adalah
untuk menjaga kemaslahatan manusia. Maka dalam permasalahan dan konflik dua kawasan yang
mempunyai perbezaan agama, suku, bangsa dan budaya ini, adalah menjadi suatu keperluan bagi
pemimpin mereka untuk menilai kembali perlaksanaan undang-undang syariah berbanding
mempolitikkan agama yang akhirnya membawa kepada perbuatan zalim ke atas rakyatnya.
Agama adalah instrumen keamanan, bukan instrumen kehancuran umat manusia. Maka jika
agama membawa kepada peperangan dan pergaduhan berpanjangan, maka ada kemungkinan
yang besar bahawa manusialah yang salah dalam pemilihan cara menggunakan agama dalam
urusan pentadbiran.

Undang-undang Keluarga Islam Di Sudan

2018

RUJUKAN

1. https://www.jstor.org/stable/pdf/745057.pdf?refreqid=excelsior%3A5711adc5bd25ac5f1f
fbcd1df95336e3 Personal Law in the Sudan--Trends and Developments Author(s): Natale
Olwak Akolawin Source: Journal of African Law, Vol. 17, No. 2 (Summer, 1973), pp.
149-195 Published by: School of Oriental and African Studies
2. https://www.academia.edu/31441754/Islamic_law_in_Africa Islamic Law in Africa by
shamil jeppie
3. Iraqi Leader Orders Amputation for Theft, THE DAILY OKLAHOMAN, June 6, 1994.
4. Kent Benedict Gravelle, Islamic Law in Sudan: A Comparative Analysis, 5 ILSA J. Int'l
& Comp. L. 1 (1998).
5. RESEARCH Div., LIBRARY OF CONGRESS, SUDAN: A COUNTRY STUDY 17
(Helen Chapinmetz ed. 1992).
6. U.S. ST. DEP'T., BACKGROUND NOTES-SUDAN 2 (1991).
7. LIBRARY OF CONGRESS, supra note 3, at 21.
8. MODERN LEGAL SYSTEMS CYCLOPEDIA, 100.33, 100.51 (Kenneth Redden
ed.,1984).
9. FRANCIS M. DENG, WAR OF VISIONS (1995).
10. Francis M. Deng, War Of Visions (1995).
11 Carolyn Fluehr-lobban, Islamic Law And Society In The Sudan Xii (1987).
12 Human Rights Watch, Denying The Honor Of Living: Sudan, A Human Rights Disaster 16
(Africa Watch Committee, 1990).
13 Abdullahi A. An-na'im & Peter N. Kok, Fundamentalism And Militarism:
14 A Report On The Root Causes Of Human Rights Violations In The Sudan 9 (1991).
15 Interview with George Colvin, Jr., U.S. ST. DEP'T. Official (formerly stationed in the U.S.
Embassy in Khartoum, now closed), June 1995.
16 Library Of Congress, Supra Note 3, At 50.
17 Ibid. at 52-3.
18 Islam's Star, ECONOMIST, Feb. 1, 1992, at 43.
19 LIBRARY OF CONGRESS, supra note 3, at 53.
20 Raymond Bonner, Letter From Sudan, THE NEw YORKER, July 13, 1992, at 70, 72.
21 Benaiah Yongo-Bure, Sudan's Deepening Crisis, MIDDLE EAST REP., Sept.-Oct. 1991, at
8, 12.
22https://www.jstor.org/stable/pdf/745057.pdf?refreqid=excelsior%3A5711adc5bd25ac5f1ffbcd
1df95336e3

Undang-undang Keluarga Islam Di Sudan

2018

Personal Law in the Sudan--Trends and Developments Author(s): Natale Olwak Akolawin
Source: Journal of African Law, Vol. 17, No. 2 (Summer, 1973), pp. 149-195 Published by:
School of Oriental and African Studies
23 Personal Law in the Sudan--Trends and Developments Author(s): Natale Olwak Akolawin
Source: Journal of African Law, Vol. 17, No. 2 (Summer, 1973), pp. 149-195 Published by:
School of Oriental and African Studies
https://www.jstor.org/stable/pdf/745057.pdf?refreqid=excelsior%3A5711adc5bd25ac5f1ffbcd1d
f95336e3
24 http://journalarticle.ukm.my/7637/1/3960-9051-1-SM.pdf
25 Ahmad al-Ghandur,1966,11-12
26 http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2016/06/3-Sudan.pdf
27 Abdullahi Ahmed An-Na’im, 1990. Toward an Islamic Reformation: Civil Liberties, Human
Rights, and International Law. Syracuse University Press, hlm. 105
28 Imran, Rahat, Legal Injustices: The Zina Hudood Ordinance of Pakistan and Its Implications
for Women dlm. Journal of International Women’s Studies 7:2, hlm. 78, 2005
29 Geetanjali Misra dan Radhika Chandiramani, 2005. Sexuality, Gender. and Rights –
Exploring Theory and Practice in South and Southeast Asia. New Delhi: Sage Publications India
Pte. Ltd., hlm. 201.
30 Hanibal Goitom, 2014. Laws Criminalizing Apostacy in Selected Jurisdictions. Australia:
The Law Library of Congress, Global Legal Research Center, hlm. 15.
31http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/9915/1/Zakat%20Gaji%20Suatu%20Kajian%2
0Terhadap%20Isu%20Al%20Hawaij%20Alasliyyah.pdf
32 http://muslimmarriagecontract.org/familylaws.html
33 journal.stainkudus.ac.id/index.php/Ziswaf/article/download/.../2304
34 Kent Benedict Gravelle* ISLAMIC LAW IN SUDAN: A COMPARATIVE ANALYSIS,
1998