MENEROKA DIMENSI WAKAF INSTITUSI PENDIDI
Jurnal Pengurusan JWZH
MENEROKA DIMENSI WAKAF INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA
Oleh:
Rusnadewi Abdul Rashid1
Rohayati Hussin2
ABSTRAK
Institusi wakaf mempunyai potensi yang besar dalam usaha membangunkan ekonomi
masyarakat dan negara. Ia merupakan satu pendekatan yang relevan dan berciri dinamik
dalam menyusun sosio-ekonomi masyarakat dan seterusnya memberikan impak positif dalam
kemajuan sesebuah negara. Dilihat dari sudut lakaran sejarah, peranan wakaf bagi
membangunkan dan memartabatkan institusi-institusi pengajian serta melahirkan ribuan
cendekiawan terkenal dan tersohor di seluruh dunia terutama dalam bidang keagamaan
sudah tidak dapat dinafikan lagi. Bertitik-tolak dari itu, lonjakan seterusnya perlu dilakukan
bagi meningkatkan serta memperluaskan lagi instrumen wakaf pendidikan di negara ini
kepada tahap yang lebih tinggi dengan merealisasikan wakaf institusi pendidikan tinggi bagi
menjamin kesinambungan pendidikan yang sebelum ini hanya terhad kepada peringkat
rendah dan menengah sahaja. Agenda mewujudkan institusi pendidikan tinggi melalui konsep
wakaf yang diilhamkan dari universiti-universiti terkenal dunia seperti Universiti Al-Azhar
dan Universiti Cardova ini bukan sahaja menjadi wacana bagi mengatur serta memperbaiki
kembali kedudukan masyarakat yang kurang seimbang dari sudut sosio-ekonomi terutama
dari aspek keperluan bagi hak mendapat pendidikan, malah ia mampu meringankan kos
kerajaan kerana keupayaannya menjana pendapatan sendiri.
Perkataan Teras
1
2
: wakaf, institusi pendidikan tinggi, undang-undang
Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-undang, UiTM Perlis.
Pensyarah, Fakulti Undang-undang, UiTM Kedah.
Jurnal Pengurusan JWZH
1. PENDAHULUAN
Asal disyariatkan wakaf adalah sebagai sedekah yang bertujuan untuk mendekatkan diri
kepada Allah SWT. Ia mesti dibuat bagi tujuan kebaikan, sama ada untuk orang Islam
ataupun bukan Islam (dzimmi) (Abu Zahrah. M, 2007). Maka, wakaf adalah salah satu bentuk
sedekah jariah yang membolehkan pewakaf mendapat pahala berterusan seperti yang telah
diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, “apabila mati seorang anak
Adam, maka terhentilah amalnya kecuali tiga perkara iaitu, sedekah yang berterusan (wakaf),
ilmu yang berguna dan terus diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
Rasulullah SAW merupakan perintis kepada amalan wakaf berdasarkan hadis yang
diriwayatkan oleh ‘Umar bin Syaibah daripada ‘Amr bin Sa’ad bin Mu’az yang bermaksud:
“Kami bertanya tentang wakaf yang terawal dalam Islam? Orang-orang Ansar
mengatakan adalah wakaf Rasulullah SAW.” (Hadith Riwayat Al-Syaukani).
Wakaf menurut seksyen 2(1) Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) ditakrifkan sebagai
menyerahkan apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-apa
tujuan kebajikan sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas menurut hukum Syarak tetapi
tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah
1949.
Atas dasar kesedaran tentang amalan mulia serta faedahnya untuk pembangunan
ummah, amalan wakaf di negara ini kini dilihat semakin meningkat hari demi hari.
Dari perspektif ekonomi, wakaf adalah salah satu bentuk sistem jaminan sosial yang
bukan sahaja dapat membantu individu secara kolektif, malah meringankan bebanan
Jurnal Pengurusan JWZH
kewangan negara. Pemerkasaan ekonomi umat Islam secara menyeluruh melalui instrumen
wakaf dilihat mampu menggembeling modal yang besar secara berkelompok. Dalam keadaan
pemilikan aset yang terhad oleh orang melayu serta kemampuan ekonomi yang rendah
berbanding bangsa lain, maka mekanisme wakaf perlu diperkasakan. Ia bertujuan memberi
ruang dan peluang kepada orang melayu seluruhnya untuk turut sama melibatkan diri dalam
pembangunan ekonomi negara berdasarkan kepada kemampuan kewangan masing-masing.
Selain itu, amalan wakaf juga mampu menanam semangat sedia berkorban dan
memupuk budaya bantu-membantu oleh golongan yang mempunyai kemampuan dari sudut
kekayaan dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Semangat ini sangat penting untuk
pembangunan ekonomi di kalangan ahli masyarakat bagi membentuk sebuah masyarakat
yang lebih seimbang dari faktor ekonomi. Perasaan hasad dengki juga boleh dielakkan kerana
amalan wakaf boleh menjalinkan hubungan kerjasama yang erat antara sesama ahli
masyarakat.
Sistem jaminan sosial melalui berwakaf ini perlu diperkuatkan dalam pelbagai aspek
termasuk dalam institusi-institusi ibadah, perniagaan, rawatan kesihatan, pendidikan serta
lain-lain lagi. Pada masa kini, peranan membangunkan prasarana pendidikan bukan sahaja
menjadi faktor penting dalam mencapai pertumbuhan ekonomi, malah menjadi salah satu
tanda aras kepada bukti pengukuhan ekonomi dalam sesebuah negara. Mutakhir ini,
pendidikan telah diberi keutamaan dan nilai yang sangat tinggi dalam masyarakat kerana
implikasi sosial dan politik yang begitu luas (Hashim. R, 1990).
Jurnal Pengurusan JWZH
2. WAKAF INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI
Keperluan pendidikan yang baik bukan sahaja mampu melahirkan modal insan yang
berkualiti dari sudut pengetahuan dan kemahiran, malah ia menjurus kepada penerapan
sahsiah dan nilai murni diri. Kualiti dan keupayaan modal insan sebegini mampu mendorong
kepada peningkatan produktiviti dan pendapatan negara (Hashim. R, 1990). Bagi masyarakat
Islam pula, pelaburan dari sudut pendidikan bukan sahaja tertumpu kepada pencapaian
akademik yang bersifat keduniaan sahaja, namun ia juga bertujuan merangka kelahiran insan
yang lebih baik dari aspek keagamaan. Ini terbukti apabila orang-orang melayu zaman dahulu
lebih berminat untuk memberikan pendidikan berteraskan keagamaan kepada anak-anak
mereka. Hasil kesedaran tentang kepentingan pendidikan ini jugalah yang membuka jalan
kepada mereka yang berkemampuan pada waktu itu untuk mewakafkan tanah serta pelbagai
harta benda yang lain bagi kegunaan pendidikan. Sehubungan itu, jika diperhatikan, dana
pendidikan Islam zaman lampau kebanyakannya bergantung penuh kepada dana wakaf
sehingga melahirkan cerdik pandai dalam semua disiplin ilmu.
Amalan wakaf dalam pendidikan di kalangan umat Islam di Malaysia sebenarnya telah
bermula sejak kedatangan agama Islam di Kepulauan Tanah Melayu lagi (Latiff Azha et al,
2013). Institusi pondok merupakan satu contoh amalan wakaf yang terawal di negara ini yang
mana kebanyakannya dipelopori oleh alim ulama pada zaman itu. Antara madrasah dan
pondok yang didirikan di atas tanah wakaf dan mendapat pembiayaan melalui hasil wakaf
ialah Madrasah Hamidiah (kini dikenali sebagai Maahad Mahmud) di Kedah, Madrasah
Sultan Zainal Abidin (kini UNISZA) di Terengganu dan Kolej Islam Malaya (kini Kolej Islam
Jurnal Pengurusan JWZH
Sultan Alam Shah) di Selangor (Kim. K.K, 1980). Justeru melihat kepada kejayaan institusiinstitusi pendidikan tersebut, maka tradisi keagamaan ini sangat wajar diteruskan.
Berdasarkan fakta, sumbangan wakaf dalam menyediakan pendidikan kepada umat
Islam di negara ini amat banyak. Ia dibuat dalam pelbagai bentuk seperti wakaf asrama
pelajar, biasiswa, bangunan serta kelengkapan pelajaran seperti buku-buku, meja-meja belajar
dan sebagainya. Kepentingan wakaf dalam perkembangan pendidikan telah terbukti
sepertimana kata-kata Profesor Hassan Langgulung:
“Kalau kita selidiki sejarah pendidikan Islam, terutamanya dalam zaman
kegemilangannya, kita dapati sangat erat hubungan pendidikan dengan sistem
wakaf yang merupakan salah satu ibadat yang berkaitan dengan harta benda”.
(Langgulung. H, 1987)
Walau bagaimanapun, sehingga kini, kebanyakan institusi pendidikan wakaf ini
tertumpu kepada tahap pendidikan peringkat rendah dan menengah. Penubuhan institusi
pendidikan wakaf peringkat tinggi didapati masih kurang menggalakkan (Ram Al Jafri Saad,
2014). Bagi menjamin kesinambungan perkembangan pendidikan yang lebih baik menerusi
konsep ini, institusi pendidikan di negara ini perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.
Selain itu, bidang keilmuan juga perlu ditambah agar ia tidak terhad kepada ilmu keagamaan
sahaja tetapi juga mencakupi bidang-bidang akademik yang lain. Hasrat ini mampu dicapai
melalui penubuhan dan pembangunan institusi pendidikan tinggi iaitu kolej, kolej universiti
dan juga universiti. Bukti kejayaan wakaf pendidikan bagi peringkat tinggi jelas apabila
institusi pengajian tinggi yang terkenal dalam sejarah Islam berasaskan wakaf iaitu Universiti
al-Azhar di Mesir telah berjaya mengangkat agenda pendidikan di mata dunia. Institusi yang
terbina lebih seribu tahun yang lalu ini
hanya bermula dengan sebuah masjid namun
kemudiannya telah berkembang sehingga menjadi sebuah universiti tersohor dan gah di dunia.
Jurnal Pengurusan JWZH
Penyediaan institusi pendidikan tinggi melalui konsep yang sama juga telah diperkembangkan
oleh masyarakat barat dan ia dikenali sebagai “endowment.” Ini jelas apabila pembangunan
universiti seperti Harvard, Oxford, Cambridge, Yale dan Stanford telah dilakukan melalui
kaedah tersebut (Md Yusof, A, et.al, 2014). Jika dilihat kepada Dana Endowmen Universiti
Havard, dalam tahun 2008, sejumlah US$1.8 billion telah disumbangkan kepada pihak
Universiti untuk pelbagai aktiviti dan keperluan (Wafa, S.M.G et. al, 2010). Selain itu,
universiti-universiti lain di dunia yang juga menggunakan dana wakaf ialah Universiti
Cardova di Andalusia, Al-Jamiah al-Islamiyyah di Madinah serta Madrasah Nizamiyyah di
Baghdad.
Pada masa kini, Malaysia juga mempunyai beberapa institusi pengajian tinggi yang
telah ditubuhkan berasaskan wakaf. Antaranya ialah, Universiti Islam Malaysia, Kolej
Universiti Bestari, Kolej Universiti Islam Perlis dan Kolej Universiti Islam Selangor.
Universiti-universiti yang diwujudkan berasaskan wakaf ini secara langsung dapat
menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak orang fakir dan miskin dan anak-anak
yatim di seluruh negara. Sebagai contoh, keutamaan boleh diberikan kepada anak-anak asnaf
zakat untuk diterima masuk ke dalam universiti ini. Kewujudan universiti ini juga bukan
sahaja dapat menyumbang kepada kemajuan agama dan ummah, malah ia dapat
memperkasakan ekonomi umat Islam. Selain itu, saranan dan galakan bagi mewujudkan
institusi pendidikan tinggi berasaskan instrumen wakaf ini juga dibuat bertujuan membantu
kerajaan sepertimana yang disuarakan oleh Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam
Malaysia (DPIM), Mohamad Sahar Mat Din yang menyatakan bahawa bebanan kerajaan
boleh dikurangkan sekiranya institusi pendidikan diwakafkan ekoran universiti-universiti kini
kurang usaha untuk menjana pendapatan sendiri.
Jurnal Pengurusan JWZH
Bagi mengembangkan lagi potensi penjanaan pendapatan bagi penubuhan Institusi
pendidikan tinggi wakaf di Malaysia, kaedah “wakaf kaki” yang sudah popular sejak zaman
berzaman boleh digunakan untuk mengumpul dana kewangan. Kaedah wakaf kaki ini
dilaksanakan mengikut persetujuan pewakaf untuk membeli ruang atau keluasan sesuatu
bangunan atau hartanah yang akan dibangunkan dan mewakafkannya kembali kepada institusi
berkenaan. Dana kewangan berasaskan wakaf kaki ini pastinya dapat meringankan beban
pembangunan institusi tersebut dalam tempoh jangka masa panjang berbanding jika
menggunakan dana kewangan yang diperolehi melalui pinjaman dari institusi kewangan
seperti bank bagi tujuan pembangunan infrastruktur ( Ismail. M, 2014 ).
Selain itu, konsep wakaf dalam institusi pendidikan tinggi juga dikenal pasti sangat
berkesan untuk mengukuhkan dana sesebuah universiti. Justeru itu, institusi pengajian tinggi
(IPT) mempunyai pilihan dan digesa mengambil peluang untuk memperkasa ekonominya
melalui kaedah wakaf (Mokhtar Ismail, 2014). Menurut Profesor Noor Inayah Yaakub (2014),
Indeks Pencapaian Utama (KPI) ke atas institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia perlu kepada
penggubalan untuk menjana pendapatan sendiri tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan.
Terdapat beberapa universiti di Malaysia yang serius menjadikan konsep wakaf sebagai
kaedah penjanaan kewangan universiti seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti
Malaysia (UM).
Agenda wakaf institusi pendidikan tinggi terbukti mendapat tempat di Malaysia
dengan wujudnya universiti wakaf pertama di Malaysia iaitu Universiti Islam Malaysia (UIM)
yang terletak di Cyberjaya. Ia merupakan satu-satunya universiti pertama ditubuhkan di
bawah naungan Majlis Raja-raja Melayu pada 12 Oktober 2010. UIM dianggap sebagai
Jurnal Pengurusan JWZH
pelopor kepada wakaf pendidikan negara dan akan dijadikan panduan untuk penubuhan wakaf
institusi pendidikan tinggi di masa akan datang.
3. MASALAH PENGURUSAN WAKAF
Sungguhpun kepentingan dan manfaat wakaf adalah amat besar kepada masyarakat dan
negara, namun masih ada segelintir masyarakat yang masih ragu-ragu untuk mewakafkan
harta mereka terutama bagi tujuan penubuhan institusi pendidikan tinggi yang sememangnya
memerlukan sumber kewangan yang besar serta melibatkan prosedur dan pematuhan undangundang yang ketat.Terdapat kebimbangan sekiranya harta wakaf tersebut disalahguna atau
terbiar tanpa diusahakan sehingga tidak memenuhi hasrat pewakaf untuk mendapat ganjaran
pahala seperti yang diharapkan. Secara umumnya, terdapat beberapa faktor yang menjadi
masalah yang menyebabkan masyarakat tidak yakin dan kurang berpuas hati dalam soal
pengurusan wakaf di Malaysia. Antara yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan isu
perundangan dan masalah pengurusan.
Peranan undang-undang adalah amat penting demi memastikan harta wakaf digunakan
pada jalan yang betul seterusnya ia dapat dimanfaatkan secara berterusan. Di Malaysia, sistem
perundangan berkaitan dengan wakaf ditadbir oleh kerajaan negeri dan di bawah kuasa
Mahkamah Syariah sepertimana jelas diperuntukkan dalam Senarai II, Jadual Kesembilan
Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, kedapatan juga kes wakaf yang tidak boleh
didengar dan dibicarakan di Mahkamah Syariah. Masalah konflik bidang kuasa yang berlaku
ini telah mengundang reaksi kurang senang di kalangan sebahagian masyarakat. Isu tersebut
timbul rentetan terdapat keadaan di mana beberapa statut lain yang berada dalam bidang
kuasa Mahkamah Sivil perlu dirujuk sama dalam menyelesaikan pertikaian kes wakaf terbabit
(Abdul Rashid. R, 2011). Terdapat juga situasi yang membabitkan elemen-elemen atau
Jurnal Pengurusan JWZH
remedi-remedi sivil yang dipohon dalam sesuatu litigasi wakaf seperti kaveat, estoppel dan
injunksi, ataupun pertikaian yang membabitkan bukan Islam. Hal ini menjadikan Mahkamah
Sivil sebagai platform yang lebih kompeten untuk mendengar dan membicarakan pertikaian
tersebut. Menurut Siti Mashitoh Mahamood (2006), walaupun dijelaskan pada awalnya
bahawa peruntukan-peruntukan berkaitan wakaf telah dikodifikasikan dalam undang-undang
Pentadbiran Agama Islam negeri, namun terdapat beberapa statut lain yang berkaitan yang
perlu dirujuk sama, khususnya Kanun Tanah Negara 1965 kerana perkara wakaf amat
berkaitan
dengan persoalan tanah. Ini adalah kerana dalam keadaan-keadaan tertentu,
kewujudan akta-akta ini boleh mengganggu gugat kelangsungan pengamanahan wakaf yang
dibuat.
Selain itu, masalah timbul apabila sebahagian daripada negeri-negeri tidak mempunyai
undang-undang khusus mengenai wakaf kecuali Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Melihat kepada pengurusan wakaf di Semenanjung Malaysia dari perspektif penguatkuasaan
undang-undang wakaf, keperluan untuk menggubal undang-undang yang khusus berkaitan
wakaf adalah sangat diperlukan untuk menjamin kepada pembangunan dan pengurusan wakaf
yang mapan. Kekurangan peruntukan undang-undang dalam bentuk statut khas wakaf ini
kadangkala mengakibatkan tanah wakaf ditadbir mengikut apa-apa sahaja undang-undang
yang bersesuaian. Walaupun ada beberapa negeri yang mempunyai undang-undang khusus
berkaitan dengan pentadbiran wakaf, namun timbul pula isu dari sudut ketidak seragaman
antara undang-undang tersebut kerana ia terletak di bawah pentadbiran negeri masing-masing
(Chik. M.N, 2007).
Melihat kepada pengurusan wakaf di Semenanjung Malaysia dari perspektif
penguatkuasaan undang-undang wakaf, keperluan untuk menggubal undang-undang yang
Jurnal Pengurusan JWZH
khusus berkaitan wakaf adalah sangat diperlukan untuk menjamin kepada pembangunan tanah
wakaf yang mampan dan juga tanggungjawab sebagai Muslim (Mohamad, N.A, et. al,
2012).Tambahan lagi, dengan adanya undang-undang khas dan khusus tentang wakaf akan
mengurangkan masalah dan pertikaian di antara orang Islam dan bukan Islam yang mungkin
akan menghalang kepada pembangunan dan perkembangan tanah wakaf di Malaysia.
Justeru itu, disebabkan masalah bidang kuasa mahkamah serta masalah kekurangan
undang-undang wakaf dalam banyak negeri, perlu ada satu undang-undang dan akta yang
khusus dan seragam untuk memastikan institusi wakaf dapat ditadbir dengan baik. Urus tadbir
harta wakaf yang merupakan harta awam khususnya dalam menjaga kepentingan agama mesti
dibuat dengan benar-benar telus dan teratur supaya keyakinan umat Islam kepada institusi
agama ini dapat dipertahankan malah kelangsungan harta yang disumbangkan dalam bentuk
wakaf ini dapat dikendalikan dengan lebih berkesan. Apabila institusi wakaf ini terbukti dapat
ditadbir dengan cekap dan berkesan, sudah pasti kecenderungan umat Islam untuk melaksana
tanggungjawab agama ini secara berterusan akan semakin bertambah.
4. PENUTUP
Usaha melestari sistem wakaf institusi pengajian tinggi dalam pelbagai bidang di negara ini
adalah sangat penting dalam membantu masyarakat terutama bagi yang kurang
berkemampuan bagi mendapatkan hak pendidikan yang sepatutnya. Institusi wakaf
pendidikan peringkat tinggi ini dihasratkan agar menjadi nafas baru kepada negara untuk
memberi peluang bagi memangkin modal insan selaras dengan kemajuan masyarakat dan
negara
Jurnal Pengurusan JWZH
Bagi melaksanakan agenda dan rencana wakaf di institusi pendidikan tinggi di
Malaysia warga kepimpinan institusi tersebut perlu terlebih dahulu memahami dan
mendalami ilmu tentang wakaf pendidikan supaya fahaman yang negatif itu dapat dielakkan.
Tanpa ilmu yang jelas mengenai konsep wakaf dikhuatiri pelaksanaan wakaf pendidikan akan
terbantut dan tidak dapat dilaksankan. Isu-isu berbangkit mengenai wakaf seperti isu-isu tanah
wakaf, ketidakseragaman undang-undang, dan keselerakan data wakaf diharap dapat
diselesaikan supaya agenda wakaf pendidikan ini dapat dilaksanakan seperti yang
dirancangkan. Disamping itu, kerangka undang- undang wakaf institusi pengajian tinggi yang
bersesuaian perlu diwujudkan sebagai panduan supaya wakaf instutusi ini dapat dilaksanakan
dengan lebih efektif dan teratur seperti yang diharapkan. Selain itu, model pelaksanaan wakaf
institusi pendidikan tinggi daripada negara-negara luar juga boleh dijadikan sebagai panduan
dan penambahbaikan perlu dilakukan bersesuaian dengan arus dan keadaan negara kita.
Jurnal Pengurusan JWZH
RUJUKAN
Aminah Md Yusof, Ismail Omar dan Julaida Johan. (2014). Endowment and Waqf in
Higher Education. Dlm. Land Questions Aspect of Land Management and Development.
Johor: Muafakat Jaya Percitakan Sdn.Bhd. pp. 199.
Hassan Langgulung. (1987). Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka
Husna. pp.159.
Khoo Kay Lim. (1980). Perkembangan Pelajaran Agama dalam Pendidikan ke Arah
Perpaduan. Awang Had Salleh (pnyt.). Pp. 10.
Muhammad Abu Zahrah. (2007). Terj. Muhammad Yusuf Sinaga. Wakaf Menurut
Agama dan Undang-undang. Selangor: Khazanah Intelektual.
Rusnadewi Abdul Rashid. (2012). Konflik bidang Kuasa Mahkamah dalam Hibah,
Wasiat, Wakaf dan Pusaka selepas Pindaan Perkara 121 (1A). 1ShLR. pp. Xx-xxxix.
Rosnani Hashim. (1990). Ekonomi dan Pendidikan: Peranan Institusi Wakaf. Jurnal
Pendidikan Islam, 3 (1). pp. 40-50.
Latiff Azha, Sayin Baharuddin, Sayurno, S.S. Salahuddin, M. Rani Afandi dan Hamid
Afifah H. (2013). The Practice and Management of Waqf Education in Malaysia. Procedia Social and Behavioral Sciences.
Siti Mashitoh Mahamood. (2006). Waqf In Malaysia: Legal and administrative
Perspective. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya Press. p.p 27-38.
Mohamad, Nor Asiah and Syed Abdul Kader, Sharifah Zubaidah and Ali, Zuraidah.
(2012). Waqf lands and challenges from the legal perspectives in Malaysia, IIUM- Toyo
University Joint Symposium Sustainable Build Environment.
Mohamad Sahar Mat Din. (2014).Wakaf, Zakat Kurang Berkesan Di Malaysia.
http://www.sinarharian.com.my/wakaf-zakat-kurang-berkesan-di-malaysia-1.238109
Mokthar Ismail. (2014). Memperkasa Ekonomi dan Kewangan Institusi Pengajian
Tinggi Islam (IPTI) di Malaysia: Pandangan Dan Cadangan. Conference of Management and
Muamalah (CoMM) 26 & 27 May 2014. Organised by Faculty of Management and
Muamalah International Islamic University College Selangor.
Noor Inayah Yaakob. (2014). Mencorakkan Kejayaan Wakaf Pendidikan. Utusan
Malaysia, 13 Jun.
Jurnal Pengurusan JWZH
Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa. (2010). Pembangunan wakaf
pendidikan di Malaysia. Seventh International Conference – The Tawhidi Epistemology:
Zakat dan Waqf Economy, Bangi.