Perubahan Iklim Pencetus Kepada Pembangu

1


Perubahan Iklim Pencetus Kepada Pembangunan Bandar Hijau.
Satu kajian kes di Putrajaya
Mohd Yusoff Hussain1 Khairulizam Othman2 dan Zarina Haron3
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Perubahan iklim merupakan fenomena yang nyata dan menjadi satu ancaman kepada
penduduk dunia ini. Kesan perubahan iklim sudah mula menjejaskan kesejahteraan
manusia termasuk di negara Malaysia. Beberapa kajian menunjukkan impak akibat
perubahan iklim pada masa hadapan akan menjadi satu cabaran dalam usaha Kerajaan
mengekalkan kelestarian negara. Masalah dan isu perubahan iklim merupakan isu
global dan di Malaysia, isu ini perlu ditangani oleh semua pihak tetapi yang paling
penting adalah peranan Kerajaan memperkenalkan dasar dan peraturan yang boleh
disesuaikan dengan kesan perubahan iklim yang berlaku. Selaras dengan perubahan
iklim dunia, kajian ini bertujuan menilai peranan Kerajaan dalam merangka dasar dan
polisi berkaitan pembangunan lestari. Kajian ini memfokus kepada usaha Perbadanan

Putrajaya dalam merealisasikan Putrajaya sebagai bandar hijau karbon rendah
menjelang 2025 dan seterusnya menilai peranan Perbadanan Putrajaya sebagai pihak
pelaksana untuk mencapai objektif yang disasarkan oleh Kerajaan. Maklumat dan data
utama kajian ini berdasarkan kepada hasil kajian lepas dan juga pengalaman negaranegara lain yang mempunyai impak yang sama dengan Malaysia. Selain itu, dokumen
rasmi Kerajaan dan artikel yang berkaitan juga menjadi rujukan kepada kajian ini.
Hasil kajian ini boleh membantu Kerajaan membuat penambahbaikan terhadap dasar,
peraturan dan garis panduan sedia ada agar projek pembangunan bandar hijau boleh
diperluaskan di bandar-bandar lain di Malaysia. Selain itu, diharapkan langkah
mitigasi dan adaptasi perubahan iklim dapat dilaksanakan di Malaysia terutamanya
melalui perancangan projek pembangunan bandar hijau.
Kata kunci: Perubahan iklim, pembangunan lestari, bandar hijau.

Climate Change Triggers Development Of Green City. A Case Study in
Putrajaya
ABSTRACT

Climate change is a real phenomenon and is becoming a threat to the people of this
world. The effects of climate change have begun to affect human well-being including
in Malaysia. Several studies have foreseen that the impacts of future climate changes




2


will be detrimental to the Government’s efforts in maintaining the sustainability of the
country. Climate change has become a global concern and in Malaysia, the concern
must be addressed by all parties, most significantly the Government in introducing
policies and regulations to address the consequences of climate change. In regards to
climate change, this study aims to evaluate the roles of the Government in formulating
sustainable development policies. This study focuses on the efforts of Putrajaya
Holdings in realizing Putrajaya as a low carbon green city by 2025, and next
investigates the roles of Putrajaya Holdings as the implementing agency in achieving
the Government’s objectives. This study explores the findings of prior research, along
with reviews of countries that experience similar patterns on the impacts of climate
change. In addition, the Government's official documents and relevant articles are
also referred to in this study. Findings from this study can help the Government to
improve policies, procedures and guidelines so that the existing development of green
city project can be expanded to other cities in Malaysia. It is hoped that measures to
mitigate and adapt to climate change can be implemented in Malaysia primarily

through the development of green city projects.
Keyword: Climate change, sustainable development, green urban development
PENGENALAN

Merujuk kepada kajian oleh Kazmierczak dan Carter (2010), perubahan cuaca yang
melampau dan berlaku secara kerap menyebabkan kerugian yang besar seperti
berlakunya kejadian banjir, kebakaran hutan secara tidak terkawal, ribut taufan, tanah
runtuh dan gelombang haba. Kejadian seumpama ini boleh mencetuskan tindakan
segera untuk menyesuaikan diri dengan keadaan perubahan iklim yang berlaku.
Manakala kajian oleh Kamal-Chaoui, L., et al. (2011) mendapati kesan perubahan
iklim menimbulkan ancaman besar kepada penduduk bandar, infrastruktur dan
kesejahteraan ekonomi. Bandar yang menjadi tumpuan manusia, infrastruktur dan
aktiviti ekonomi turut diancam oleh perubahan iklim. Bandar yang berada
berhampiran pantai atau sungai, berisiko mengalami cuaca yang melampau
terutamanya melibatkan aktiviti ekonomi yang sensitif terhadap iklim.
Dalam menghadapi kesan serta risiko yang lebih teruk dalam isu pemanasan
global dan perubahan iklim, pemimpin dunia secara umumnya mengambil inisiatif
yang pelbagai dalam memastikan bumi ini terus berada dalam keadaan yang selamat
untuk didiami oleh penduduk bumi. Pemimpin-pemimpin dunia serta badan-badan
organisasi antarabangsa mengambil tindakan dengan mengadakan mesyuarat dan

persidangan untuk membincangkan isu alam sekitar bagi menghadapi masa depan
yang mampan. Pelbagai siri persidangan yang dijalankan dalam mencapai kesepakatan
untuk terus berhadapan dengan kehancuran dunia sekiranya tidak kawal dengan
sebaiknya. Antara persidangan yang dilakukan dalam mendepani isu ini ialah World
Climate Conference pada 1979, Kyoto Protocol pada tahun 1997, dan beberapa siri
yang lain yang menyentuh secara mendalam isu alam sekitar. Sebagai mengawal
bahan-bahan yang menyebabkan berlakunya pemanasan global dan perubahan iklim
seperti karbon dioksida (CO2) beberapa keputusan telah dibuat untuk mengurangkan
pelepasan bahan-bahan tersebut terutama kepada negara yang membangun seperti

3


Amerika Syarikat, Jepun, China dan sebahagian negara di Eropah. Malaysia juga telah
membuat komitmen bersyarat semasa penganjuran Copenhagen Climate Change
Conference yang berlangsung di Denmark pada 7 Desember hingga 18 Desember
2009 (COP15) untuk mengurangkan pelepasan karbon sehingga 40 peratus daripada
intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020 berbanding
tahap pada 2005.
Kerajaan perlu mengambil tindakan mitigasi yang bertujuan untuk

mengurangkan impak fenomena perubahan iklim. Bagaimanapun, sekiranya tiada
langsung langkah mitigasi dilaksanakan, sistem semula jadi bumi tidak mampu untuk
menyesuai dengan kesan perubahan iklim. Di peringkat ini, sebarang tindakan
adaptasi yang diambil akan melibatkan kos sosial dan ekonomi yang amat tinggi.
Sehubungan itu, beberapa dasar dan peraturan serta garis panduan perlu diperkenalkan
oleh Kerajaan bagi memastikan tindakan adaptasi dan mitigasi terhadap perubahan
iklim dilaksanakan secara bersepadu dan menyeluruh (Dasar Perubahan Iklim Negara,
2009).
PUTRAJAYA DAN BANDAR HIJAU
Putrajaya pada 19 Oktober
1995
telah diwartakan
menjadi Wilayah
Persekutuan yang ketiga, selepas Kuala Lumpur dan Labuan. Putrajaya berperanan
sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baharu, manakala Kuala
Lumpur akan kekal sebagai ibu negara serta pusat utama kewangan dan perdagangan.
Pelaksanaan pembangunan bandar baru ini telah bermula pada Ogos 1995. Sekiranya
bandar ini dibangunkan sepenuhnya, Putrajaya boleh menawarkan sejumlah 64,000
unit perumahan yang dapat menampung keperluan lebih kurang 320,000 orang
penduduk. Putrajaya yang mempunyai keluasan 4,931 hektar terletak dalam

lingkungan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang strategik. Ia terletak di lokasi
25km ke selatan Kuala Lumpur dan 20km ke utara Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA dan KLIA 2).

Rajah 1: Lokasi Kajian Kes di Putrajaya

4


Merujuk kepada Laporan Perbadanan Putrajaya (2012), Pelan Induk Putrajaya
yang dihasilkan pada tahun 1995 menerapkan konsep pembangunan berteraskan
‘Bandar dalam Taman’ yang mengutamakan prinsip pembangunan mapan di samping
menggalakkan interaksi manusia dengan alam semula jadi. Ini bermakna landasan
yang kukuh telah tersedia sebagai prasyarat untuk Putrajaya bergerak ke arah
matlamat sebagai bandar hijau karbon rendah pada tahun 2025. Sasaran Bandar Hijau
Putrajaya ini terhasil daripada pengumuman Perdana Menteri Malaysia semasa
pembentangan Belanjawan Malaysia 2010 pada 23 Oktober 2009, untuk menjadikan
Putrajaya dan Cyberjaya sebagai bandar Teknologi Hijau yang menjadi pelopor
kepada pembangunan bandar lain dan salah satu langkah untuk menggalakkan
pembangunan aktiviti teknologi hijau di Malaysia (Kementerian Kewangan Malaysia,

2009). Bandar Hijau ini bertujuan meminimumkan impak negatif kepada alam sekitar
dan penggunaan sumberjaya, meningkatkan kualiti hidup, memastikan kesejahteraan
ekonomi yang maksima dan menggalakkan hubungan semula manusia dengan alam
semulajadi berdasarkan kepada Agenda 21 (Laporan Inisiatif Bandar Hijau Karbon
Rendah Putrajaya, 2012).
Bandar karbon rendah pula boleh ditakrifkan sebagai sebuah bandar yang
terdiri daripada masyarakat yang menggunakan teknologi hijau yang mampan,
melaksanakan amalan bercirikan persekitaran dan mengeluarkan karbon yang rendah
atau GHG berbanding amalan hari ini untuk mengelakkan kesan buruk ke atas
perubahan iklim pada masa akan datang (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan
Air, 2011). Manakala merujuk kepada Laporan Akhir Green Cities Programme
Methodology (2016), bandar hijau dimaksudkan sebagai bandar yang menunjukkan
prestasi yang tinggi berkaitan dengan alam sekitar sebagai penanda aras daripada segi
kualiti aset alam sekitar (udara, air, tanah dan biodiversiti), penggunaan sumber yang
cekap (air, tenaga, tanah dan bahan-bahan) dan pengurangan, dan menyesuaikan diri
dengan, risiko yang berasal daripada perubahan iklim, sambil memaksimumkan
bersama-faedah ekonomi dan sosial dan mempertimbangkan konteks (saiz, struktur
sosio-ekonomi dan ciri-ciri geografi dan iklim). Selain itu, merujuk kepada Laporan
Inisiatif Bandar Hijau Karbon Rendah Putrajaya (2012) pula, bandar hijau ditafsirkan
sebagai sebuah bandar yang dirancang dengan prinsip bandar mapan, mempunyai

program-program dan inisiatif-inisiatif bagi memelihara alam sekitar dan sumbersumber semula jadi dengantujuan untuk mengurangkan kesan negatif aktiviti manusia
ke atas alam sekitar.
KAJIAN KEPUSTAKAAN
Dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu mengenai perubahan
iklim dan juga dasar serta peraturan pembangunan badar hijau, beberapa isu utama
telah dibincangkan dalam dapatan kajian di mana ia melibatkan peranan kerajaan
persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan, masyarakat serta syarikat atau pihak
pemaju. Selain itu, terdapat juga kajian yang merujuk kepada kaedah mitigasi dan
adaptasi ke atas perubahan iklim yang berlaku.
Keperluan kawasan hijau
Merujuk kajian oleh S.E. Gill et. al (2007), potensi infrastruktur hijau untuk
menyederhanakan kesan perubahan iklim di pekan-pekan dan bandar-bandar utama
telah menjadi keutamaan oleh kerajaan. Ruang dan kawasan hijau bandar yang

5


merangkumi pokok-pokok di jalanan, tanaman persendirian dan tanaman di tamantaman di bandar menyediakan perkhidmatan ekosistem penting yang akan menjadi
lebih kritikal di bawah perubahan iklim. Keutamaan bagi perancang dan pengurus
terhadap penyediaan ruang hijau adalah untuk memastikan bahawa fungsi ruang hijau

adalah difahami dengan betul dan bahawa apa yang wujud perlu dipulihara. Maka ia
perlu memastikan supaya kawasan hijau di lokasi yang kritikal perlu disediakan
sebagai contoh penanaman pokok teduhan di pusat bandar, sekolah dan hospital.
Peluang untuk meningkatkan kawasan perlindungan hijau juga perlu dilaksanakan
terutamanya melibatkan pembangunan semula projek bandar dan projek pembangunan
baru.
Peranan Kerajaan
Kajian mengenai peranan Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dalam
menggalakkan keperluan kawasan hijau di kawasan pembangunan dikongsi oleh
Kazmierczak and Carter (2010). Kajian kes di beberapa buah bandar di beberapa buah
negara didapati terdapat keputusan Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang
membuat dasar dan menyediakan insentif kepada pihak pemaju untuk menggalakkan
penyedian ruang atau kawasan hijau di kawasan pembangunan. Ringkasan beberapa
kajian kes mengenai peranan Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan mengadaptasi
kesan perubahan cuaca adalah seperti di Jadual 1.
Jadual 1: Kajian beberapa kes peranan Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan mengadaptasi kesan
perubahan cuaca

Negara
(bandar)

Chicago

Pelaksanaan/Tindakan Kerajaan
Jabatan Bangunan Chicago telah membangunkan satu program pemberian
insentif yang menggalakkan pemaju untuk menggabungkan elemenelemen reka bentuk alam sekitar, termasuk bumbung hijau di bangunan
baru. Ini dikenali sebagai Green Permit Program. Insentif ini akan
mempercepatkan proses mendapatkan permit di mana pemaju boleh
menjimatkan masa dan wang. Inisiatif ini bertujuan untuk menjadikan
persekitaran binaan Chicago lebih hijau dan lebih mapan.

Basel

Building regulations for green roofs. Penggunaan bumbung hijau
dirangsang oleh gabungan insentif kewangan dan peraturan bangunan oleh
pihak berkuasa di Basel. Peraturan tersebut menyatakan keperluan
penggunaan tumbuh-tumbuhan di atas bumbung sejak pelaksanaan
peraturan pada tahun 2002. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan
penyediaan bumbung hijau di Basel selaras dengan program penjimatan
tenaga dan kemudiannya oleh pemuliharaan biodiversiti.


North West
England

Kerajaan telah memperkukuhkan Pelan Tindakan Perubahan Iklim sedia
ada dengan menekankan peranan infrastruktur hijau yang bertindak
sebagai mitigasi dan adaptasi perubahan iklim yang berlaku.

Slovakia

Kementerian Pembinaan dan Pembangunan Wilayah telah menugaskan
sekumpulan pakar-pakar pada tahun 2009 untuk mengemaskini set piawai
kebangsaan bagi perancangan guna tanah yang pertama dibangunkan pada
tahun 2002. Piawaian ini termasuk garis panduan bagi perancangan

6

kawasan lapang dan kawasan hijau. Piawaian ini juga merangkumi aspekaspek yang berkaitan dengan kualiti dan ciri-ciri kawasan terbuka, seperti
peratusan keluasan dipersetujui, peratusan kawasan dilindungi pokok dan
kebolehcapaian oleh masyarakat.
Seattle

Peraturan dalam Kod Perbandaran Seattle telah diperkenalkan yang mana
kod ini termasuk keperluan penyelenggaraan dan pemulihan tumbuhtumbuhan di kawasan yang terdedah kepada tanah runtuh. Selain itu,
peraturan ini juga turut dibentangkan oleh Jabatan Perancangan dan
Pembangunan Seattle kepada penduduk melalui memo dan mesyuarat
awam.

New Orleans

Pihak berkuasa bandar New Orleans telah memperkenalkan Pelan Induk
New Orleans di bawah tajuk infrastruktur hijau dan daya tahan bandar
untuk mempromosikan wetland yang bertindak menangani kejadian banjir
yang berlaku. Pemuliharaan wetland dan pemulihan aktiviti yang
terkandung dalam Pelan Induk New Orleans merupakan isyarat perubahan
yang ketara terhadap taktik penampan banjir di rantau ini.

Berlin

Peraturan bagi rancangan pembangunan bangunan baru telah
diperkenalkan di mana setiap kawasan pembangunan perlu ada kawasan
yang dikekalkan sebagai kawasan hijau yang juga disebut sebagai Biotope
Area Factor. Peraturan itu adalah merangkumi perancangan landskap,
reka bentuk landskap dan perlindungan spesies.

London
Borough of
Sutton

Pihak berkuasa Perancang Tempatan telah menyediakan pelbagai dasar
perancangan ruang inovatif yang bertujuan untuk memastikan masa depan
pembangunan kawasan Sutton dapat disesuaikan sepenuhnya terhadap
kesan perubahan iklim terutamanya dalam menangani kejadian banjir di
kawasan berkenaan.

Sumber: Kazmierczak and Carter (2010)

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan
Kajian oleh World Bank (2011) mengenai green cities dan perubahan cuaca di
Brazil mendapati terdapat lima sektor utama yang mana kerajaan tempatan boleh
memainkan peranan sebagai pemangkin dalam mengurangkan pencemaran di bandarbandar iaitu sektor pengangkutan, penggunaan tanah dan perancangan bandar,
kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui, pengurusan sisa, dan menghijaukan
bandar. Semua 5 sektor yang disebutkan ini mempunyai potensi mitigasi yang tinggi
terhadap perubahan cuaca yang melanda dan ia tertakluk kepada faedah yang
diperolehi oleh masyarakat di Brazil. Manakala kajian oleh Barbi & Ferreira (2013)
pula menyatakan bahawa kerajaan tempatan di seluruh dunia mengetuai tindak balas
kepada perubahan iklim di dunia. Perkara ini juga berlaku di Brazil di mana tindak
balas ke atas perubahan iklim bermula di peringkat kerajaan tempatan sehingga ke
peringkat negeri dan seterusnya di peringkat persekutuan. Dalam kajian ini juga, dasar
terhadap perubahan iklim di Sao Paulo memainkan peranan penting menetapkan
sasaran pengurangan gas rumah hijau dan dipengaruhi oleh undang-undang negeri dan
seterusnya mempunyai pengaruh kuat ke atas undang-undang persekutuan. Ini

7


bermakna kerajaan tempatan memainkan peranan yang penting membangunkan dan
melaksanakan dasar awam bagi tujuan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim. Selain
itu, pihak berkuasa tempatan atau Kerajaan tempatan kerap dinamakan sebagai faktor
utama dalam melaksanakan transformasi kearah masyarakat yang lestari. Banyak
keputusan di peringkat tempatan memberi kesan langsung kepada persekitaran seperti
peraturan pihak berkuasa tempatan terhadap sektor pengangkutan, sektor pembinaan,
perancangan ruang dan lain-lain aktiviti ekonomi (OECD, 2014).

Penglibatan dan persepsi masyarakat
Dalam menangani isu perubahan iklim yang berlaku, dasar dan teknologi yang
diperkenalkan oleh Kerajaan perlu diterima oleh semua pihak termasuk masyarakat.
Merujuk kepada kajian oleh Maria Lee et al. (2012), inovasi teknologi termasuk dalam
skala besar infrastruktur pembangunan dan dijangkakan memainkan peranan penting
dalam usaha mewujudkan karbon yang rendah. Pengenalan sesuatu teknologi untuk
menangani isu perubahan iklim adalah sebahagiannya tidak dapat dijelaskan dengan
tepat lebih-lebih lagi melibatkan aspek sosial, ekonomi atau tingkah laku manusia. Ia
adalah sukar untuk menggalakkan penggunaan teknologi bagi menangani isu
perubahan iklim tanpa penglibatan dan kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat.
Manakala hasil kajian oleh Bord et al. (1998) menyatakan bahawa masyarakat (i)
memaparkan kesedaran alam sekitar yang kukuh dan sokongan terhadap matlamat
alam sekitar secara umum, (ii) menunjukkan kesedaran umum dan keprihatinan
terhadap pemanasan global, (iii) mempunyai pemahaman yang agak terhad terhadap
pemanasan global disebabkan oleh penggunaan model pencemaran umum, (iv)
menganggap terdapat ancaman besar daripada pemanasan global tetapi tahap ancaman
agak rendah berbanding daripada masalah alam sekitar dan masalah sosial yang lain,
dan (v) menyatakan kesediaan untuk membayar dan berkorban bagi menangani
masalah alam sekitar dan pemanasan global secara khusus tetapi kesediaan ini
mungkin terhad. Secara keseluruhannya kajian ini menjelaskan bahawa majoriti
masyarakat dunia di kebanyakan negara menyokong inisiatif kebangsaan dan
antarabangsa yang direka untuk menghadapi pemanasan global dan perubahan cuaca
selagi inisiatif ini tidak menjejaskan perubahan gaya hidup yang ketara.

Penglibatan pihak swasta dan korporat
Bagi memastikan langkah-langkah mewujudkan bandar hijau dapat direalisasikan
sepenuhnya terutamanya diperingkat pelaksanaan, peranan pihak industri juga amat
penting dan bertindak sebagai pihak pelaksana terhadap dasar dan sasaran yang
ditetapkan oleh Kerajaan bagi membangunkan bandar hijau. Merujuk kepada kajian
yang dilaksanakan oleh Reid & Toffel (2009), cabaran yang berkaitan dengan
perubahan iklim akan memerlukan kerjasama kerajaan, masyarakat dan firma-firma
untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, di mana ia merupakan satu tugas
yang memerlukan maklumat mengenai karbon risiko, peluang, strategi, dan tahap
pelepasan gas oleh syarikat yang berkaitan. Manakala Rugman & Verbeke (1998) pula
membuat kesimpulan dalam kajiannya bahawa analisis ketegangan dinamik antara

8


dasar alam sekitar dan kelakuan firma boleh memberi maklumat berharga kepada
pengurus yang bertanggungjawab untuk menentukan strategi korporat.
Selain itu, kajian oleh Reichert, Webb & Thomas (2000) pula menyatakan
bahawa terdapat kaitan antara jenis industri dan dasar dan amalan dan etika alam
sekitar. Industri seperti komputer dan elektronik dan saintifik dan sektor foto grapfik,
yang terlibat dengan produk ketepatan tinggi dan industri, seperti perlombongan,
minyak mentah, dan penapisan petroleum, yang menggunakan sumber semula jadi
adalah lebih cenderung untuk mempunyai formal kod etika dan tanggungjawab sosial.
Selain itu, industri yang menggunakan sumber semula jadi mempunyai dasar dan
amalan alam sekitar yang formal berbanding industri lain. Manakala merujuk kepada
kajian oleh Xepapadeas & de Zeeuw (1999) pula menyatakan bahawa pengecilan dan
pemodenan syarikat tertakluk kepada dasar alam sekitar yang akan meningkatkan
purata produktiviti dan akan mempunyai kesan positif ke atas penurunan marginal
keuntungan dan kerosakan alam sekitar. Berdasarkan kepada kajian di atas, didapati
sokongan pihak korporat dan swasta adalah diperlukan dalam menyokong polisi alam
sekitar dan pengwujudan bandar hijau tercapai.
KAJIAN DAN ANALISA
Berdasarkan kepada dapatan kajian yang dijalankan oleh penyelidik sebelum ini,
didapati pelaksanaan bandar hijau akibat daripada perubahan cuaca sememangnya
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti dasar kerajaan, penglibatan masyarakat dan
industri, peranan pihak berkuasa tempatan dan juga teknologi yang digunakan. Bagi
kajian kes bandar hijau di Putrajaya, didapati faktor yang menyokong pelaksanaan
bandar hijau sememangnya bersamaan dengan pengalaman bandar hijau di negaranegara lain seperti mana yang disebutkan di dlam sorotan kajian di atas.
Peranan dan komitmen Kerajaan Persekutuan
Perancangan untuk menjadikan Putrajaya sebagai Bandar Hijau Karbon Rendah pada
tahun 2025 (Putrajaya Green City 2025 –PGC2025) selaras dengan komitmen
Kerajaan Malaysia yang telah melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara pada 24
Julai 2009 dimana ianya membuka lembaran baru dalam usaha Malaysia untuk
menangani isu alam sekitar yang melibatkan perubahan iklim dan isu penggunaan
tenaga melalui aplikasi dan pembangunan teknologi hijau yang dapat mengurangkan
‘carbon footprint’ Malaysia di samping mempertingkatkan kemapanan alam sekitar.
Terdapat 5 objektif utama yang digariskan dalam dasar berkenaan di mana objektif
keempat adalah “untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam
sekitar untuk generasi akan datang” (Laporan Inisiatif Bandar Hijau Karbon Rendah
Putrajaya, 2012). Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya semasa pembentangan
Belanjawan Malaysia 2010 pada 23 Oktober 2009, telah mengumumkan untuk
“menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai bandar Teknologi Hijau yang menjadi
pelopor kepada pembangunan bandar lain” sebagai salah satu langkah untuk
menggalakkan pembangunan aktiviti teknologi hijau di Malaysia. Pada 20 November
2009, Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Perubahan Iklim Negara yang telah
menggariskan sepuluh teras strategik dan 43 tindakan utama ke arah menangani
fenomena perubahan iklim ke arah pencapaian matlamat pembangunan mapan negara.

9


Di peringkat antarabangsa pula, Malaysia juga telah membuat komitmen
bersyarat semasa penganjuran Copenhagen Climate Change Conference yang
berlangsung di Denmark pada 7 Desember hingga 18 Desember 2009 (COP15) untuk
mengurangkan pelepasan karbon sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020 berbanding tahap pada tahun
2005. Didapati bahawa peranan Kerajaan amat penting dalam memberikan komitmen
yang tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, menentukan dasar dan garis
panduan dan menetapkan sasaran terhadap pembangunan bandar hijau Putrajaya
selaras dengan kesan perubahan iklim yang berlaku.

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan
Bagi mencapai hasrat Kerajaan untuk menjadikan Putrajaya sebagai bandar hijau
karbon rendah menjelang 2025, Perbadanan Putrajaya (PPj) selaku pihak berkuasa
tempatan yang menguruskan pembangunan Putrajaya telah mengambil langkah drastik
dengan membentuk Pelan Tindakan Bandar Hijau bagi Putrajaya. Sebagai langkah
pertama, Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa ‘Green
Cities’ selama 2 hari pada 23 hingga 24 Februari 2010 dimana persidangan ini
merupakan platform untuk Perbadanan Putrajaya belajar, memahami dan menimba
pengalaman dari negara-negara lain yang telah melaksana program bandar hijau. Ia
juga telah membantu PPj mengenal pasti hala tuju, konsep dan definisi bandar hijau
yang dihasratkan dalam pembangunan Putrajaya. Manakala di peringkat Kebangsaan
pula, Malaysian Green Forum (MGF) diadakan pada 26 hingga 27 April 2010 dan
dihadiri oleh pegawai-pegawai tertinggi kerajaan, ketua-ketua industri dan badan
bukan kerajaan serta pihak berkepentingan yang lain bertujuan untuk mendalami isuisu berkaitan alam persekitaran semula jadi dan alam bina di Malaysia serta komitmen
Malaysia dalam mempertingkatkan alam persekitaran di peringkat nasional dan
wilayah di samping merangka resolusi dan memperbaharui komitmen untuk
menangani isu-isu berkaitan dengan lebih komprehensif dan holistik.
Selain itu, satu pasukan penyelidikan telah ditubuhkan dan dianggotai oleh PPj
dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia, Kyoto University, Okayama
University dan Malaysia Green Technology Corporation untuk melaksanakan kajian
awal mengenai inventory greenhouse gas di Putrajaya. Kajian ini merupakan
komitmen PPj ke arah mencapai sasaran menjadikan Putrajaya sebagai peneraju
bandar hijau yang boleh menjadi model untuk dicontohi di samping mengurangkan
pembebasan karbon seperti mana yang disasarkan oleh Kerajaan secara
keseluruhannya. Kajian ini menyasarkan tiga fokus utama Putrajaya (Rajah 2) dalam
menjayakan Bandar Hijau iaitu ‘Putrajaya Rendah Karbon’ dengan pengurangan
pembebasan karbon sebanyak 60%, ‘Cooler Putrajaya’ iaitu pengurangan suhu
sebanyak 2°C dan program ‘3R Putrajaya’ dengan fokus untuk mengurangkan
pembebasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 50 peratus (Perbadanan Putrajaya,
2013).

10


Rajah 2: Fokus utama Putrajaya ‘Bandar Rendah Karbon’

Kesimpulannya, peranan PPj sebagai pihak berkuasa tempatan adalah amat
penting dalam mengaturkan perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti untuk
mencapai sasaran PGC2025. Setiap perancangan yang dibuat perlu mengambil kira
penglibatan dari semua pihak termasuk pihak Kerajaan dan juga pihak swasta
(industri) termasuk pihak institusi pengajian tinggi selaku pihak yang mengkaji dan
menilai kejayaan program yang dilaksanakan oleh PPj.
Pelan Perancangan Yang Sistematik
Setiap program yang dilaksanakan perlu mempunyai garis panduan dan pelan
perancangan yang baik dan sistematik serta mudah untuk difahamai dan dicapai. Bagi
mencapai PGC2025, pelan perancangan yang disediakan oleh PPj adalah sangat baik
dan merangkumi semua sektor yangberkaitrapat dengan persekitaran dan perubahan
iklim. Dengan adanya skop tumpuan inisiatif yang jelas, ianya dapat membantu
membuat penilaian terhadap pencapaiannya dari masa ke semasa berbanding dengan
sasaran bandar hijau yang ditetapkan. Bagi tujuan ini, tujuh skop tumpuan utama telah
dikenalpasti (Rajah 3) iaitu perancangan, reka bentuk bandar & bangunan (planning,
urban design & building), mengintegrasikan alam semulajadi dalam alam bina,
penggunaan tenaga (Energy usage), penggunaan air (water usage), pengangkutan &
mobiliti (Transportation & Mobility), pengurusan sisa pepejal (solid waste
management) dan pentadbiran dan pengurusan bandar. Kesemua elemen yang boleh
menyokong ke arah bandar hijau karbon rendah ini perlu mencapai objektif yang
disasarkan dan perkara ini memerlukan komitmen yang tinggi dari semua pihak
termasuk komuniti putrajaya, pihak Kerajaan dan pihak swasta untuk sama-sama
terlibat secara langsung. Jelas sekali bahawa hala tuju, fokus dan skop yang jelas dan
praktikal yang disediakan oleh PPj sangat membantu dalam mencapai PGC2025 dan 7
skop yang pelbagai ini memudahkan pelaksanaan dan pemantauan dibuat mengikut
kumpulan sasar yang telah dikenalpasti.

11


Rajah 3: 7 Skop Tumpuan PGC2025

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa Kerajaan Malaysia telah
memberikan komitmen yang tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
terhadap kesan perubahan iklim yang berlaku. Ini diikuti dengan Dasar Teknologi
Hijau Negara dan Dasar Perubahan Iklim Negara yang diluluskan oleh Kerajaan
menunjukkan bahawa Kerajaan sangat serius terhadap kesediaan menerima kesan
perubahan iklim yang berlaku dan seterusnya mengambil tindakan segera
mewujudkan sasaran menjadikan Putrajaya Bandar Hijau menjelang 2025. Selain itu,
dapat dilihat peranan PPj sebagai pihak berkuasa tempatan amatlah penting dalam
menguruskan dan melaksanakan program dan aktiviti bagi menjamin PGC2025
tercapai. Penubuhan Putrajaya sebagai sebuah bandar dalam taman dan bandar rendah
karbon boleh dikatakan berada dilandasan yang betul bagi menyahut cabaran Malaysia
yang telah membuat komitmen di persidangan COP15 untuk mengurangkan
pembebasan karbon sehingga 40% pada tahun 2020. Sehubungan itu, Putrajaya telah
menetapkan tiga matlamat utama untuk mencapai Bandar Hijau Rendah Karbon iaitu
‘Putrajaya Rendah Karbon’ dengan pengurangan pembebasan karbon sebanyak 60
peratus, ‘Cooler Putrajaya’ iaitu pengurangan suhu sebanyak 2°C dan ‘3R Putrajaya’
dengan fokus untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak
50%. Pelbagai program dan inisiatif telah dirancang dan dijalankan bagi mencapai
matlamat tersebut. Hal ini adalah bagi memastikan kelestarian alam sekitar di
Putrajaya. Kelestarian alam sekitar ini haruslah dikekalkan dari semasa ke semasa
demi kepentingan generasi akan datang. Perubahan cuaca dunia yang berlaku akibat
pertambahan populasi penduduk dan urbanisasi yang rancak haruslah diseimbangkan
dengan kelestarian alam sekitar sekaligus dapat mengurangkan kesan perubahan cuaca
yang berlaku.

12


RUJUKAN
Bord, Richard J., Ann Fisher, and E. O. Robert. 1998. Public perceptions of global
warming: United States and international perspectives."Climate research 11.1
(1998): 75-84.
Fabiana Barbi and Leila da Costa Ferreira. 2013. Climate change in Brazilian cities:
Policy strategies and responses to global warming. International Journal of
Environmental Science and Development. Vol. 4, No. 1. February 2013.
Gill, S.E., Handley, J.F., Ennos, A.R. and Pauleit, S. 2007. Adapting cities for climate
change: the role of the green infrastructure. Built environment, 33(1), pp.115133.
Hasnah Ali et al. 2012. Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah
kelestarian komuniti: Kes isi rumah wanita di Bandar Baru Bangi. Malaysia
journal of society and space 8 issue: 64-75.
Kazmierczak, A. and Carter, J., 2010. Adaptation to climate change using green and
blue infrastructure. A database of case studies. The University of Manchester.
Lamia Kamal-Chaoui, Fabio Grazi, Jongwan Joo and Marissa Plouin. 2011. The
implementation of the Korean green growth strategy in urban areas. OECD
Regional Development Working Papers 2011/02, OECD Publishing.
Maria Lee, Chiara Armeni, Javier de Cendra, Sarah Chaytor, Simon Lock, Mark
Maslin, Catherine Redgwell and Yvonne Rydin. 2012. Public participation and
climate change infrastructure. Journal of Environmental Law. Vol. 25 Issue 1.
P33-62.
Organisation for Economics Co-operation and Development (OECD). 2014. Cities
and climate change. Policy perspective. National governments enabling local
action. OECD Publishing, Paris.
Perbadanan Putrajaya. 2010. Laporan Tahunan 2010. Kemajuan pelaksanaan
program LA 21 Putrajaya. Putrajaya Corporation.
Perbadanan Putrajaya. 2012. Laporan inisiatif bandar hijau karbon rendah Putrajaya.
Putrajaya Corporation.
Perbadanan Putrajaya. 2014. Laporan Tahunan PPj 2014. Putrajaya Corporation.
Perbadanan Putrajaya. 2014. Technical Report Inventory of Putrajaya Greenhouse
Gas Emissions 2012. Putrajaya Corporation.
Perbadanan Putrajaya. 2014. Towards Putrajaya Green City 2025. Putrajaya
Corporation.
Perbadanan Putrajaya. Putrajaya Low Carbon Green City Initiative Report. 2015.
Putrajaya Corporation.
Reichert, A. K., Webb, M. S., & Thomas, E. G. 2000. Corporate support for ethical
and environmental policies: a financial management perspective. Journal of
Business Ethics, 25(1), 53-64.
Reid, E. M. and Toffel, M. W. 2009. Responding to public and private politics:
corporate disclosure of climate change strategies. Strategic Management
Journal, 30: 1157–1178. doi:10.1002/smj.796.
Report of the World Commission of the environment and development: our common
future. 1987. Bruntland.

13


Rugman, Alan M., and Alain Verbeke. 1998. Corporate strategy and international
environmental policy. Journal of International Business Studies 29.4 (1998):
819-833.
Unit Perancang Ekonomi. 2010. Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020.
World Bank. 2011. Green cities : Cities and climate change in Brazil. Washington,
DC: World Bank.
Xepapadeas, A., & de Zeeuw, A.1999. Environmental policy and competitiveness: the
porter hypothesis and the composition of capital. Journal of Environmental
Economics and Management 37. 165-182