Pendidikan Multikultural suatu konsep Kepelbagaian

Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik
dari Perspektif Islam : Satu pandangan

Dr Ahmad Ali Bin Seman (Program Sejarah, Politik dan Strategi, UKM) aasw@ukm.my
Warti bt Kimi (Jabatan Sains Sosial, IPG – KPI) kimiwarti@yahoo.co.uk
Saipo bin Ayub (Jabatan Sains Sosial, IPG – KPI) saipoayub@rocketmail.com
ABSTRAK:
Kertas kerja ini membincangkan mengenai pendekatan multikultural adalah satu teori
mengenai kepelbagaian budaya kaum yang beragam untuk dihargai dalam mewujudkan
kebudayaan masing-masing di Malaysia. Konsep pendidikan Multikultural dalam mata
pelajaran Hubungan Etnik di IPG KPI dan sejauhmanakah ianya dapat memupuk
pemahaman terhadap kepelbagaian budaya dan kaum di Malaysia terutamanya kepada
bakal guru yang dilatih di IPG - KPI. Selain itu, artikel ini juga akan membincangkan
kepentingan dan kaitannya antara mata pelajaran Hubungan Etnik yang dilihat sudut
perspektif Islam. Pendidikan Multikultural juga dapat dilihat amat bersesuaian
diterapkan dalam mata pelajaran Hubungan Etnik kerana ia mempunyai hubungan yang
rapat antara satu sama lain untuk mencapai matlamat dan tujuan Dasar Integrasi
Nasional melalui pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Hubungan Etnik dalam
kalangan siswa IPGM. Kandungan Program atau aktiviti dalam mata pelajaran
Hubungan Etnik perlu berbeza dengan mata pelajaran Sejarah di sekolah. Hasil
daripada perbincangan menunjukkan pendidikan Multikultural dalam mata pelajaran

Hubungan Etnik dari perspektif Islam sesuai dan dapat meningkatkan pemahaman dan
kesedaran dalam kalangan pelajar di IPG – KPI. Pemahaman ini penting kerana
apabila mengajar kelak, siswa IPGM akan berhadapan dengan para murid dari
pelbagai kaum. Melalui pendekatan pendidikan multikultural dalam mata pelajaran
Hubungan Etnik mereka akan berjaya berhadapan dengan pelbagai cabaran etnik dan
semua murid daripada pelbagai kaum.
Kata Kunci: Pendidikan multikultural, Kepelbagaian budaya, mata pelajaran Hubungan
Etnik, perspektif Islam,

PENGENALAN
1

Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat
berbilang kaum, ataupun masyarakat majmuk, yang terdiri bangsa utama iaitu bangsa
Melayu, Cina dan India. Pendidikan multikultural atau kepelbagaian budaya wajar diberi
ruang dan peluang dalam mata pelajaran Hubungan Etnik untuk membantu meningkatkan
lagi pemahaman kepelbagaian budaya dalam kalangan siswa IPGM. Perlu disedari
bahawa unsur kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat heterogen seperti di Malaysia
perlu dikembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik di IPGM bagi
memberi kefahaman kepada pelajar tentang kedudukan mereka dalam masyarakat,

peranan dan sumbangan yang perlu dimainkan dan keutamaan memelihara serta
mengukuhkan perpaduan sebagai asas kestabilan dan pengukuhan jati diri bangsa
Malaysia.
Oleh sebab itu, pentafsiran bahan-bahan sejarah hendaklah merangkumi
perspektif tertentu yang dapat mengarah kepada perpaduan dan integrasi nasional, di
mana setiap pelajar dapat menerima, memahami, mengiktiraf dan menghargai
keberadaan, kebudayaan, keterlibatan dan sumbangan kaum-kaum lain dalam agenda
pembangunan negara dan pembentukan bangsa Malaysia. Ini penting kerana para pelajar
di IPGM merupakan calon guru dan golongan yang paling sesuai memupuk semangat
patriotisme perpaduan dalam kalangan dengan

generasi muda (Ahmad Ali Seman,

2011). Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, maka Islam
bukan setakat sebuah agama, ia dapat menjadi panduan kepada para pendidik untuk
mentafsir sebuah sistem masyarakat yang sesuai sepanjang zaman, sesuai dengan sifatnya
sebagai agama wahyu yang disampaikan melalui para Rasulnya. Dalam isu pendidikan
multikultural (kepelbagaian budaya) dalam mata pelajaran Hubungan Etnik ini,

2


pemahaman tentang pendidikan multikultural boleh menggunakan prinsip-prinsip asas
yang berkaitan dengan isu kepelbagaian budaya seperti yang telah termaktub dalam
prinsip asas keadilan dan persefahaman yang dianjurkan agama Islam.
Berasaskan teori multikultural (kepelbagaian budaya) terdapat tiga perspektif
utama yang bersesuaian bagi mewujudkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Hubungan Etnik untuk memupuk perpaduan dan pembentukan integrasi nasional.
Pertama, multikultural (kepelbagaian budaya) melihat dari perspektif sejarah budaya
yang dapat memberi kefahaman kepada pelajar tentang unsur kepelbagaian budaya yang
wujud di negara kita Malaysia. Menurut Hassan (1994) kefahaman yang hendak
diwujudkan dalam diri pelajar ialah, mereka dapat: (1) menerima unsur perbezaan
sosiobudaya yang wujud antara kaum-kaum di Malaysia, (2) menerima dan memahami
kebudayaan setiap kaum dengan hati terbuka, (3) mendalami keunikan budaya yang
wujud, (4) mengakui perbezaan kebudayaan antara kaum serta (5) mengiktiraf unsur
perbezaan dan keunikan budaya setiap kaum. Melalui pemahaman seperti ini,
persefahaman budaya dapat disemai dan dipupuk dalam diri pelajar. Menurut Fatimah
Daud (1984) persefahaman budaya ialah kesediaan setiap kaum menerima, mengakui,
memahami dan mengiktiraf unsur kebudayaan kaum lain. Selain daripada itu, melalui
persefahaman


seperti ini, proses asimilasi budaya dapat diterima dengan hati yang

terbuka dan tidak menimbulkan konflik.
Kedua, pendidikan multikultural (kepelbagaian budaya) dari sudut sejarah etnik
yang meninjau asal-usul keturunan dan latar belakang sejarah setiap etnik dari segi cara
hidup, sosio budaya, asal usul, agama dan kegiatan ekonomi. Dengan pemahaman ini
tidak timbul prasangka, prejudis dan perasaan negatif terhadap kaum lain, setiap kaum

3

akan lebih bersedia untuk berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain sebagai
warganegara sebuah negara dan satu bangsa. Zakiah Hanum (1989) berpendapat setiap
kaum hendaklah mengetahui kedudukan dan peranan mereka, menerima kontrak sosial
yang telah dipersetujui bersama bagi mengelakkan konflik perkauman dan yang paling
penting sentiasa mengamalkan tolak ansur dalam hubungan antara kaum. Shamsul Amri
(2007) sendiri menegaskan kepentingan setiap kaum untuk mengenali perbezaan dan
mencari nilai-nilai yang dapat dikongsi bersama sebagai rakyat Malaysia.
Ketiga, pendidikan multikultural (kepelbagaian budaya) dari perspektif sejarah
kebangsaan dengan matlamat menyatukan unsur kepelbagaian budaya yang ada
berintegrasi membentuk identiti kebanggaan sebagai satu bangsa Malaysia. Melalui

perspektif ini, asas-asas pembentukan negara bangsa melalui Falsafah Rukun Negara dan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan diberikan kefahaman secara menyeluruh. Melalui cara
ini, siswa IPGM mengenal dan menghayati simbol-simbol dan lambang-lambang negara
serta memahami proses integrasi budaya dalam masyarakat majmuk di Malaysia sesuai
dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Umpamanya siswa IPGM menjadi begitu sensitif
dengan perjuangan mendapatkan kemerdekaan secara perundingan yang telah
melibatkan ketiga-tiga kaum di Tanah Melayu sehingga wujud dalam diri siswa semangat
jati diri yang tinggi dan cintakan negara sehingga sanggup berkorban untuk memastikan
negara tidak dijajah buat kali kedua. Pengalaman yang melibatkan unsur emosi, afektif
dan kognitif inilah yang cuba diketengahkan dalam pendidikan multikultural
(kepelbagaian budaya) melalui mata pelajaran Hubungan Etnik di IPGM.
Pendidikan

Multikultural

(Kepelbagaian budaya) dalam Mata pelajaran

Hubungan Etnik dari Perspektif Islam

4


Hubungan etnik merujuk kepada interaksi antara etnik-etnik yang berbeza atau
interaksi dalam kumpulan etnik yang sama. Isu hubungan etnik di Malaysia telah menjadi
isu yang sering kali mendapat perhatian dalam merancang dasar pembangunan negara
sejak negara mencapai kemerdekaan lagi. Untuk mengeratkan hubungan etnik di
Malaysia, kerajaan telah menggunakan pendidikan sebagai alat perpaduan bangsa.
Perpaduan bangsa telah menjadi asas dalam perancangan pendidikan negara kita seperti
yang terdapat dalam Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Bahasa Kebangsaan
dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam hal ini, pemupukan perpaduan ke arah
integrasi nasional diharap dapat dicapai untuk mengelakkan polarisasi atau perpecahan
dalam kalangan etnik di Malaysia. Oleh itu, pendidikan multikultural dalam mata
pelajaran Hubungan Etnik boleh menjadi wadah yang dipercayai untuk mencapai
matlamat tersebut (Ahmad Ali bin Seman, 2009).
Kepelbagaian Budaya pula merujuk kepada kepelbagaian adat dan budaya dalam
sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Stavenhagen (1986)
berpendapat kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang
meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan
memberi kefahaman di antara sesama kaum. Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka
(1999) pula adalah merujuk kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat
yang memberi tumpuan kepada : (1) memahami fenomena perubahan setiap masyarakat

secara universal (perspektif universal), (2) mengkaji permasalahan dan konflik setiap
etnik (perspektif etnik) dan (3) mengkaji cara bagaimana setiap etnik mengekspresikan
budaya mereka (perspektif budaya).

5

Perlu disedari bahawa, kepelbagaian budaya di Malaysia adalah bersesuaian
dengan prinsip Islam dalam isu etnisiti. Dalam hal ini Islam mengiktiraf kemuliaan setiap
manusia tanpa mengira etnik. Oleh itu, tidak boleh berlaku perbezaan atau penafian hak
berdasarkan etnik (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2005: 37). Hal ini menjelaskan
manusia secara fitrah dijadikan Allah dalam bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza
dan semua mesti menerima dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai
satu lumrah dan hukum alam yang akan terus berlaku. Kepelbagaian dan perbezaan itu
bukanlah faktor untuk berpecah-belah dan bermusuhan. Saling faham memahami, kenalmengenal, menghormati, bertolak ansur dan membantu antara satu sama lain agar
kedamaian dan kemakmuran hidup bersama dapat dicapai. Ia selaras dengan firman Allah
SWT dan bermaksud:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa
dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra
antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi

Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Surah al-Hujurat 49: 13
Dalam mata pelajaran Hubungan Etnik konsep-konsep yang boleh mewujudkan
timbulnya semangat perkauman kesan daripada sentimen prejudis, rasisme, prasangka,
etnosentrisme dan pelbagai konsep sosiologi telah diterangkan. Dalam hal ini, Islam juga
menganjurkan agar menghormati peribadi orang lain dan melarang mencemuh, mengutuk
atau memanggil dengan panggilan yang tidak disukai terhadap orang lain. Justeru, setiap
orang perlu memelihara dan menghormati kehormatan peribadi dan kehormatan antara
warga masyarakat tanpa mengira agama seperti yang ditekankan dalam Surah al-Hujurat
yang bermaksud:
6

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari
kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang
lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada
mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan
mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,
(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada

mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban
setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggilmemanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang
buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang
melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan
nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah),
sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka
merekalah orang-orang yang zalim.
Surah al-Hujurat 49: 11
Daripada maksud ayat tersebut dapat dibuat rumusan bahawa kewujudan pelbagai etnik,
bangsa dan suku kaum adalah satu realiti yang memang perlu disedari yang diadakan
oleh Allah swt, malah manusia telah diberi peringatan untuk tidak melakukan kejahatan.
Kesimpulannya, dalam negara yang mempunyai pelbagai etnik, bangsa dan kaum itu
sangat-sangat dikehendaki untuk saling menghormati antara satu sama lain dan hak orang
lain, pemahaman terhadap bangsa atau kelompok atau etnik lain sangat perlu agar dapat
melahirkan suasana yang aman antara kelompok-kelompok atau bangsa-bangsa tersebut.
Ghazali Basri (1991) menegaskan sikap asabiyyah itu diharuskan sehingga ia tidak
membawa kepada fahaman kesukuan melampau atau faham kebangsaan sempit sehingga
boleh membawa kepada persengketaan.
Menurut Nazri Muslim et al (2011), sikap atau perasaan asabiah


sering

disalahtafsirkan apabila sesuatu kaum berpakat dan bekerjasama di atas landasan
bangsanya dianggap asabiah. Asabiah pada dasarnya difahami sebagai semangat
perkauman sempit dan hidup subur di zaman jahiliah kerana rasa cinta yang sangat
mendalam terhadap suku kaum sendiri. Ia berlaku tanpa batas di mana mereka sanggup

7

berbunuhan dan berperang asalkan puak mereka menang. Di sini kemenangan yang
penting, bukannya kebenaran. Mereka membela kaum sendiri walaupun perbuatan
tersebut membawa ketidakadilan dan kezaliman. Asabiah hanya akan menjadi masalah
dan menimbulkan masalah sekiranya dijadikan suatu keyakinan pengganti kepada Islam
dan disertai dengan kefahaman karut yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam (Yusuf,
1996: 24). Menurut Fathi (1997: 121), asas kemajmukan bangsa dalam sesebuah negara
sehingga menghasilkan

kepelbagaian manusia ini adalah satu keunikan dan

keistimewaan yang patut dihayati bagi merangsang serta menggalakkan berlakunya

interaksi, kerjasama serta saling melengkapi dan bukannya pengasingan atau konflik.
Manusia secara keseluruhannya tanpa mengira batas tempat dan masa adalah sama di sisi
Islam dalam konteks kemanusiaan dan harga diri lantaran di pandang satu di sisi Allah
meskipun berbeza sifat fizikal dan budaya. Begitu juga perbezaan agama di kalangan
manusia adalah berlaku dengan kehendak Allah yang memberi kebebasan kepada
makhluknya untuk membuat pilihan sama ada untuk beriman atau tidak. Dalam
pendidikan multikultural, konsep-konsep ini diterapkan melalui aktiviti yang terancang
dan tidak jumud hanya di dalam kelas sahaja. Haydin et. al. (1997) berpendapat untuk
menguruskan perubahan tingkahlaku pelajar ke arah matlamat yang diinginkan, faktor
kepelbagaian kaedah menjadi indikator utama kejayaannya.

Oleh itu melalui mata

pelajaran Hubungan Etnik, pelajar perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh
membawa mereka lebih memahami maksud kepelbagaian budaya dan kaum. Sewajarnya
mata pelajaran Hubungan Etnik ini diajar pada semester ke-2 yang mana ia mendekatkan
diri mereka ke arah suasana kemerdekaan, aktiviti menyelongkar budaya etnik dengan

8

mengadakan temu bual dan kajian ke tempat-tempat terpilih akan menjadikan mata
pelajaran Hubungan Etnik berbeza dengan mata pelajaran Sejarah.
Inilah yang telah ditekankan oleh Banks (2001) yang menyatakan kepelbagaian
budaya merupakan konsep atau idea berkaitan kepercayaan, pengakuan dan pengiktirafan
terhadap keberagaman dan unsur kepelbagaian budaya dan etnik yang wujud yang
mempengaruhi gaya hidup, pengalaman sosial dan identiti peribadi sesuatu bangsa.
Pendidikan kepelbagaian budaya bertujuan untuk: (1) membangunkan kefahaman tentang
budaya kaum lain, (2) Membentuk sikap terhadap kebudayaan dan kepelbagaian bangsa
dan (3) Merupakan proses mempelajari pengalaman baru tentang nilai-nilai dan budaya
orang lain. Pendidikan multikultural melalui mengikut pandangan Banks bukan sahaja
dapat menepati kehendak yang terpancar dalam Surah Hujarat tetapi juga dapat mencapai
hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan multicultural juga bersesuaian dengan
konsep Islam dalam isu etnisiti, menurut Yusuf (1989: 4), Islam sentiasa menjalinkan
perhubungan antara orang Islam dengan bukan Islam atas asas-asas yang kemas dan padu
merangkumi sifat toleransi, keadilan, amal kebajikan dan belas kasihan yang belum
pernah ditemui oleh sejarah kemanusiaan sebelum Islam. Maka, penganut Islam dituntut
berbuat amal kebajikan dan melaksanakan keadilan kepada seluruh manusia biarpun
orang itu terdiri daripada orang bukan Islam selama mereka tidak menentang Islam.
Namun, yang menjadi kepada konflik antara manusia yang berlainan agama dan etnik
apabila manusia itu dikalahkan oleh hawa nafsu, perasaan fanatik, fikiran yang sempit
dan mementingkan diri sendiri. Nyatalah melalui mata pelajaran pendidikan multicultural
dalam Hubungan Etnik, konflik antara kaum dapat diatasi. Malah dapat meningkatkan
kefahaman terhadap kaum lain.

9

Nyatalah di sini bahawa istilah kepelbagaian budaya (multy cultural), seperti
yang dinyatakan oleh Will Kymlieka (2002), merupakan fahaman atau idea berkaitan
penghargaan dan keadilan setiap etnik minoriti berhubung hak-hak universal bagi diri
dan komunitinya yang bersifat kesatuan untuk menonjolkan identiti budaya
masyarakatnya. Stavenhagen (1986) juga menegaskan konsep multikultural adalah realiti
sosial dalam kumpulan masyarakat yang heterogen iaitu perlu satu keyakinan, fahaman,
sikap atau pertimbangan untuk menghargai kemajmukan etnik dan budaya dalam
sesebuah negara untuk terus dipelihara perlu ditekankan dan dikembangkan dalam mata
pelajaran Hubungan Etnik. Dalam hal ini, kenyataan Blum (2001) menyokong pendapat
tersebut dengan menyatakan :
Kepelbagaian budaya merangkumi pemahaman, penghargaan dan penilaian
terhadap budaya seseorang dan etnik masyarakat. Penilaian ini bukan
bermakna bersetuju dengan budaya berkenaan tetapi melihat bagaimana
anggota sesuatu komuniti etnik mengekspresikan nilai-nilai budaya mereka.
Jadi jelas kepada kita kepelbagaian budaya merujuk akan dua kata tugas utama iaitu
perbezaan dan penghargaan. Oleh sebab itu pendekatan kepelbagaian budaya bukan

melihat kepada rasa kepunyaan tetapi lebih kepada pemahaman, kesedaran untuk
menghargai apa juga realiti yang wujud dalam konteks masyarakat yang majmuk dan
plural sifatnya bersesuaian dengan Islam, menurut Muhammad (1987: 273) yang
merupakan seorang pakar perundangan Islam telah menggambarkan perhubungan
masyarakat yang disusun oleh Islam antara orang Islam dan bukan Islam ditegakkan di
atas dasar kebaikan, kemuliaan, keadilan, lemah-lembut, permesyuaratan, kepentingan
bersama

dan

tolong-menolong

serta

mencegah

dari

keburukan

yang

boleh

menghancurkan masyarakat. Sifat-sifat ini dapat menjalinkan perpaduan di kalangan

10

pelbagai etnik tanpa mengira warna kulit dan tiadanya perbezaan. Menurut Blum (2001)
tiga sub nilai dalam pendekatan kepelbagaian budaya yang perlu difahami iaitu:
(1) menegaskan identiti budaya yang diterimanya;
(2) memahami dan belajar kebudayaan etknik-etnik lain; serta
(3) menilai dan menerima perbezaan budaya yang wujud tanpa rasa sangsi.

Dalam erti kata lain wujudnya kepelbagaian budaya tidak bermakna sesuatu kumpulan itu
telah hilang identiti budayanya, sebaliknya kepelbagaian itu merupakan kebaikan positif
untuk dihargai dan dikembangkan. Dalam multikulturalisme, terdapat dua perkataan yang
perlu diberi perhatian iaitu perbezaan dan penghargaan

yang selama ini sering

dibincangakan dalam perdebatan pendidikan multikulturalism. Kerana itu dalam
pendekatan multikulturalisme, pemilikan memberi maksud memiliki atau dimiliki budaya
tertentu, tetapi berlandaskan pada kesedaran untuk menghargai dan menghormati yang

berasaskan semangat toleransi dan pakatan murni antara kaum terhadap rumusanrumusan berdasarkan realiti keperluan masyarakat yang sedia ada. Keanekaragaman
budaya bukan faktor penentu pemecah-belah bangsa, melainkan diharapkan mampu
menjadi “rencah kehidupan” bagi mengikat kaum-kaum yang ada di Malaysia.
Nazaruddin Mohd Jali (2001) mengamati perubahan budaya dalam kalangan
masyarakat Malaysia adalah disebabkan pertembungan dua masyarakat atau lebih
(cultural contact), menerusi proses : (1) Adaptasi, (2) Diffusi dan (3) Asimilasi.
Seterusnya, kepelbagaian budaya mengikut pendapat Aziz Deraman (1994) merujuk
kepada satu bentuk penerimaan, mempertemukan persamaan, menghargai keunikan dan
mewujudkan persefahaman bersama tentang budaya masing-masing. Kerajaan Malaysia
telah menerima dan menetapkan bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) adalah

11

tonggak bagi mewujudkan identiti nasional, oleh sebab itu, pengajaran Sejarah Budaya
turut menekankan kefahaman pelajar tentang DKK yang berlandaskan tiga prinsip, iaitu :
1.

Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.

2.

Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan dapat diterima

3.

Nilai-nilai Islam yang membentuk DKK
Dalam Perlembagaan Malaysia telah termaktub dengan jelas larangan

membicarakan sebarang isu sensitif yang boleh mencetuskan ketegangan (Syed Hussein
Ali, 1990). Oleh sebab itulah, satu formula bagi mengelakkan hal ini berlaku ialah perlu
didedahkan dengan pendidikan multikultural agar dapat pelajar memahami,

menerima

kepelbagaian, menghargai keunikan, mengakui realiti hubungan dan dalam masa yang
sama memupuk perpaduan dan membuang jauh prasangka perkauman. Bakal

guru

hendaklah mengetahui dan memahami kepelbagaian budaya ketika menerapkan elemen
perpaduan dalam pengajaran. Penjelasan dan aktiviti yang hendak dilaksanakan haruslah
memberi pertimbangan kepada unsur aplikasi nilai kepelbagaian budaya dan perkaitannya
dengan kehidupan realiti pelajar di tengah masyarakat.
Anderson (1983) menegaskan unsur kepelbagaian budaya dalam pengajaran perlu
diberikan perhatian dengan menonjolkan konsep sejarah budaya, sejarah etnik

dan

sejarah bangsa yang mempunyai kaitan dengan kehidupan masa kini kerana ketigatiganya memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat. Menanggapi persoalan ini,
Ahmad Ali Seman (2009) sendiri menegaskan keupayaan membina bangsa Malaysia
yang bersatu padu dan saling bertolak ansur tidak dapat tidak berakar daripada
pendidikan di sekolah, institusi pendidikan perguruan dan pra sekolah secara amnya serta
pelaksanaan kurikulum kepelbagaian budaya dalam sejarah secara khususnya. Oleh sebab

12

itu, kegagalan guru memanfaatkan masa pengajaran untuk mewariskan nilai-nilai
berkenaan akan memberi implikasi buruk dalam jangka masa panjang.
Pemikiran Dadang Supardan (2004) pula menyatakan perspektif pengajaran
kepelbagaian budaya amat sesuai diterapkan dalam mata pelajaran sejarah ( diperingkat
IPG adalah mata pelajaran Hubungan Etnik) untuk membentuk Integrasi Nasional dalam
kalangan pelajar pelbagai kaum dan latar belakang yang berbeza. Perkara ini disokong
oleh Mansor Mohd Nor (2006) iaitu pendidikan berasaskan kepelbagaian budaya
sebenarnya mampu membentuk sosialisasi dalam kalangan pelajar ke arah integrasi
nasional. Ramai tokoh akademik seperti Syed Hussein al-Attas (1982); Syed Hussein Ali
(1990); dan Shamsul Amri Baharuddin. (2007) menegaskan peri pentingnya menerapkan
pendidikan berasaskan kepelbagaian budaya dan identiti kebangsaan dalam pengajaran di
sekolah tetapi sehingga kini kurang dilaksanakan secara berkesan. Berasaskan pengajaran
dan pembelajaran kepelbagaian budaya dengan menggunakan kaedah yang lebih inovasi
berorientasikan pelajar bagi menentukan keberkesanan ke arah pembentukan integrasi
nasional, pengajaran kepelbagaian budaya dalam subjek tersebut dapat menjadi satu
model alternatif pengajaran dan pembelajaran sejarah dalam membentuk Integrasi
Nasional dan melahirkan satu bangsa Malaysia melalui guru-guru yang dilatih oleh IPG.
Isu dan masalah hubungan antara etnik ketara berlaku dalam kalangan negara
membangun yang belum melepaskan diri daripada pengaruh tradisi dan adat resam
berbanding negara-negara maju yang lebih terbuka, sebab itulah institusi pendidikan guru
seharusnya berfungsi sebagai agen penyatuan melalui kurikulum yang berlandaskan nilainilai perpaduan. Jelaslah, perkembangan globalisasi telah mengubah persepsi pelajar
tentang hubungan kaum, polarisasi boleh dikurangkan dan persefahaman dapat

13

diwujudkan melalui kebijaksanaan guru mengelola situasi belajar dan menyediakan
aktiviti yang boleh memupuk penghayatan nilai-nilai perpaduan. Menurut Ahmad Ali
Seman (2009), etnik minoriti dalam sesebuah negara tidak boleh diketepikan dalam
program pendidikan, oleh sebab itu kurikulum yang digunapakai seharusnya
menggunakan elemen-elemen tempatan dan nasional menurut perspektif yang
menyeluruh, supaya menjadi model yang dapat digunakan untuk membentuk
keperibadian nasional.
Usaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum terus
digerakkan secara konsisten, terutama setelah tercetusnya peristiwa 13 Mei yang
mengingatkan kita betapa hubungan antara kaum adalah tonggak utama kestabilan dan
kemajuan Negara, tanpa sikap prejudis dan anti rasis. Kesedaran yang hendak diterapkan
dalam pemikiran rakyat berbilang kaum di Malaysia ialah bagaimana : (1) menerima dan
menghargai identiti setiap kaum, (2) menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai,
adat resam dan cara hidup), (3) menghargai keunikan budaya dan (5) mempunyai
kemahuan untuk berkongsi persamaan, sedia bekerjasama dan (6) bersekutu memajukan
bangsa.
Semua elemen ini adalah cerminan daripada pengamalan prinsip-prinsip Rukun
Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dimuktamadkan ketika Kongres
Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1980. Unsur kekuatan bagi Negara Malaysia ialah
keutuhan hubungan antara kaum dengan satu kesedaran bahawa kepincangan hubungan

atau kewujudan jurang yang melebar akan memberi implikasi yang besar kepada isu-isu
perpaduan dan penyatuan bangsa. Manzo (2004), mengakui peranan pendidikan sejarah
sebagai alat yang berupaya membentuk generasi menyayangi pemimpin-pemimpin

14

Negara, menghayati sejarah bangsa dan membentuk intergrasi kaum yang kukuh dan
mantap.
Dalam hal ini, bagi pelajar di IPGM sewajarnya bakal guru juga dilibatkan dengan
aktiviti yang menyerupai upacara yang akan berlaku di sekolah agar mereka juga
memiliki rasa kesungguhan dan penghayatan

yang mendalam ketika melaksanakan

upacara tersebut sehingga boleh menjadi role model kepada para murid di sekolah kelak.
Khoo Kay Kim (1997) menyatakan, tradisi nilai budaya, kepercayaan dan peralatannya
dapat menjadi intipati pengajaran untuk meningkatkan penerimaan, pengiktirafan dan
penghormatan terhadap budaya antara etnik di Malaysia walau di mana sahaja murid
berada. Berdasarkan kepada pengetahuan akan menjadi lebih mantap dan kukuh
sekiranya amalan menjadi pengalaman yang dilakukan setiap hari.
Menurut Awang Had Salleh (1980), Abdul Rahim Abdul Rashid, (1997) dan
Banks (1994), institusi pendidikan merupakan platform yang amat bersesuaian untuk
menjayakan matlamat perpaduan, kerana sekolah berupaya menjadi agen perwarisan nilai
dan kebudayaan disebabkan unsur keberagaman murid dan kepelbagaian yang wujud.
Pendapat ini memang wajar kerana institusi sekolah merupakan badan yang dekat dengan
masyarakat dan permulaan bagi kanak-kanak dan remaja membina karakter dan
memahami kepelbagaian. Omar Mohd Hashim (1992) menyokong hujah ini dengan
mengatakan, sekolah berperanan untuk menanamkan prasangka baik terhadap orang lain
dan secara tidak langsung menggalakkan mereka menghormati perbezaan dan mencari
persamaan, agar tidak timbul konflik dan pertelingkahan. Hal ini selaras dengan
pandangan Anderson (1983) bahawa unsur kepelbagaian budaya perlu diberikan

15

perhatian menurut konteks budaya, etnik dan kebangsaan kerana pengaruh besarnya
terhadap pembangunan negara dan pembentukan bangsa.
Malahan Lomas (1990) berpendapat pembelajaran sejarah sosial akan mudah
dihayati dan dipelajari jika latar belakang budaya, etnik dan nilai-nilai bangsa
diperincikan ketika pengajaran Hubungan Etnik. Berasaskan pandangan-pandangan ini,
pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik tidak boleh lagi berfokus kepada sistem
politik, sejarah negara, sejarah pembangunan negara

semata-mata sebaliknya,

perbincangan dalam mata pelajaran Hubungan Etnik perlu mengarah dan melihat aspek
sosial kemasyarakatan kerana isu-isu yang berkaitan masyarakat adalah sesuai dengan
konteks masyarakat Malaysia yang majmuk dan menjadikan bahan pelajaran Hubungan
Etnik lebih dekat dengan pelajar.
Jika membincangkan kepelbagaian budaya adalah sangat penting mengaitkannya
dengan Integrasi nasional. Justeru pemahaman integrasi nasional merupakan inti pati
kepada keperluan perpaduan negara. Integrasi Nasional dalam merujuk kepada Husein
Ahmad (2000) dan Zakaria Abd Wahab (2000) yang merujuk makna integrasi nasional
sebagai sesebuah masyarakat yang bersatu padu yang bercirikan persefahaman budaya,
interaksi sosial, boleh bertoleransi antara kaum, memahami serta mengiktiraf persamaan
dan perbezaan antara kaum. Ciri-ciri ini adalah merupakan satu asas bagi menentukan
wujudnya integrasi nasional bagi membentuk identiti bangsa Malaysia. Pengajaran dan
kaedah memang tidak dapat dipisahkan kerana jika bahan yang baik disediakan tetapi
kaedah yang diterapkan tidak proaktif dan hambar, pengajaran tidak akan berlangsung
dengan jayanya.

16

Pada masa kini, mata pelajaran Hubungan Etnik
menghadapi pelbagai cabaran seiring dengan perubahan

yang diajar di IPGM
persekitaran yang berlaku

melibatkan ledakan teknologi maklumat dan persepsi pelajar yang menganggap mata
pelajaran Hubungan Etnik adalah sama seperti mata pelajaran pelajaran Sejarah yang
bersifat statik, lapuk, stereotaip dan tidak menonjolkan kebudayaan pelbagai kaum serta
lebih bersifat malay centris. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat industri yang
mementingkan keperluan tenaga kerja di bidang teknikal, mata pelajaran Hubungan Etnik
seringkali diabaikan dan tidak diberikan perhatian malah dipandang mudah oleh pelajar.
Inilah antara sebab kenapa pelajar bukan Melayu tidak berminat dengan mata pelajaran
Hubungan Etnik kerana beranggapan bahawa mata pelajaran ini sama dengan tajuk-tajuk
yang terpaksa mereka ulangi ketika berada di sekolah menengah dahulu.
Rata-rata pelajar yang ditemu bual tidak gemar dengan mata pelajaran Sejarah,
malah ada yang langsung tidak dapat mengingati fakta-fakta dalam Sejarah. Menyedari
akan hakikat inilah, pendekatan pengajaran Hubungan Etnik perlu diberi nafas baru iaitu
dengan menonjolkan kepelbagaian budaya yang merangkumi perspektif Sejarah budaya,
Sejarah etnik dan Sejarah kebangsaan diketengahkan, bagi menjadikan mata pelajaran
Hubungan Etnik dan bahan pelajarannya lebih dekat dengan kehidupan pelajar pelbagai
kaum, bukan hanya memberi tumpuan kepada kehidupan masyarakat Melayu dan
perjuangan mereka sahaja, tetapi turut memberi tempat kepada kehidupan budaya,
keistimewaan kaum-kaum lain dan pemikiran kaum-kaum lain di negara ini yang lebih
membuka ruang ke arah elemen perpaduan dan membentuk persefahaman tentang situasi
masyarakat majmuk di negara ini.

17

Senario pengajaran Sejarah di sekolah seolah-olah gagal untuk melengkapkan
pelajar dengan unsur jati diri seperti matlamat Pendidikan Sejarah. Syed Hussein Ali
(1990) telah lama menekankan kepentingan mewujudkan lambang-lambang identiti
kebangsaan (negara) agar mudah dikenal dan sekaligus menyatupadukan rakyat
Malaysia. Walau bagaimanapun, selepas 53 tahun merdeka, masih ada rakyat Malaysia,
khasnya dalam kalangan pelajar yang masih gagal mengenal identiti kebangsaan dan
simbol kebangsaan. Lee (2002) mengakui kurikulum Sejarah adalah saluran yang tepat
untuk membicarakan tentang transformasi sosial masyarakat di Malaysia dan
pembentukan identiti seragam. Keupayaan membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
dan saling bertolak ansur tidak dapat tidak berakar daripada pendidikan di sekolah secara
amnya dan pelaksanaan kurikulum sejarah secara khususnya. Oleh sebab itu, kegagalan
guru Sejarah memanfaatkan masa pengajaran untuk mewariskan nilai-nilai berkenaan
akan memberi implikasi buruk dalam jangka masa panjang.
Mimpi buruk ini seolah-olah diulang semula apabila pemerhatian dibuat di IPG
KPI mendapati bahawa ramai pelajar merasa tertekan ketika pertama kali diperkenalkan
dengan mata pelajaran Hubungan Etnik pada peringkat awal kerana tajuk dalam mata
pelajaran tersebut yang mengarah ke arah zaman penjajahan British, zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Mereka beranggapan bahawa mata pelajaran Hubungan Etnik memaksa
mereka untuk belajar semula sejarah, malahan mereka juga masih lagi tidak lupa dengan
gaya pengajaran guru yang hanya menggunakan buku teks untuk mengajar sejarah, chalk
and talk dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, pensyarah yang telah bersiap
siaga menghadapi pelajar, telah menyediakan aktiviti yang boleh merangsang pemikiran
dan minat pelajar untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan aktiviti

18

yang melibatkan program-program ke luar daripada bilik darjah seperti Program Laluan
Etnik ke sebuah perkampungan Orang Asli di Hulu Tamu Hulu Yam Selangor. Program
ini bukan sahaja telah menaikkan semangat dan motivasi pelajar pelajar malah telah
berjaya mengubah persepsi pelajar

untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran

mata pelajaran Hubungan Etnik yang keluar daripada ruang lingkup

pengajaran.

Ternyata Program Laluan Etnik yang mematangkan pelajar dengan realiti masyarakat
dan budaya Orang Asli Temuan yang sebenar. Situasi yang tidak pernah dikecapi ketika
berada di bangku sekolah dan ini benar-benar telah memberi kesedaran dan pemahaman
yang tinggi kepada para pelajar tentang kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia.
Keupayaan pelajar untuk menerima, memahami dan menghargai perbezaan yang
wujud antara kaum dalam konteks budaya, dapat dilihat lebih baik dan berjaya
membentuk persefahaman yang baik tentang cara hidup dan keberagaman yang wujud
dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Menerima perbezaan bererti mengakui
setiap kaum mempunyai keunikan dan keistimewaan. Sanusi Osman (1989) menganggap
kerapuhan dalam membentuk persefahaman antara etnik boleh diatasi jika setiap daripada
kaum tidak melihat perbezaan sebagai satu halangan dan berusaha memahami antara satu
sama lain. Peningkatan yang ditunjukkan oleh pelajar ke arah memahami kepelbagaian
dan keberagaman antara kaum melalui pengajaran kepelbagaian budaya membuktikan
bahawa inovasi yang dilaksanakan melalui perspektif Sejarah Budaya yang menerapkan
tentang warisan budaya masyarakat seperti cara hidup, adat resam dan kepercayaan serta
keunikan dan keistimewaan setiap kaum telah membentuk kesedaran dan persefahaman
yang baik dalam diri pelajar.

19

Pelajar-pelajar menunjukkan pengetahuan dan pemahaman mereka tentang cara
hidup, adat resam dan budaya kaum lain berdasarkan pandangan, idea dan pemikiran
yang diluahkan melalui tugasan dan aktiviti pembelajaran. Pelajar juga dapat bergaul
dengan baik tanpa sebarang prasangka antara kaum. Hal ini dibuktikan berdasarkan
pemerhatian yang dilaksanakan di mana pergaulan yang wujud antara kaum dalam
melaksanakan aktiviti adalah memberangsangkan dan amat baik. Majoriti pelajar juga
mengakui dapat bekerjasama dengan kaum-kaum lain, biarpun berlainan budaya malah
terdapat kecenderungan dalam kalangan pelajar mengetahui dan ingin mendalami budaya
kaum lain. Setidak-tidaknya pengetahuan dan kefahaman mereka tentang budaya kaum
lain ini telah mengubah persepsi mereka dan membentuk sikap yang lebih positif
terhadap unsur kepelbagaian budaya.
Peningkatan positif dapat dilihat dari segi sikap dan pemikiran pelajar tentang
aspek demografi etnik berkaitan asal usul

dan latar belakang mereka, termasuklah

berkaitan cara hidup, amalan kepercayaan dan adat resam mereka. Budaya Malaysia
yang merujuk kepada budaya etnik dapat diterima oleh pelajar kerana realiti yang dilihat
oleh mereka setiap hari telah menghakis sebarang prasangka malah dapat berkongsi cita
rasa dan menjunjung tinggi nilai-nilai muhibah yang diakui antara faktor utama keunikan
budaya bangsa Malaysia. Hal ini jelas menunjukkan, bahawa peranan dan sumbangan
mata pelajaran boleh diperluaskan jika strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang
digunakan menyokong kegiatan pembelajaran dan menepati ciri-ciri pengajaran yang
dikehendaki oleh pelajar. Cara pensyarah mentafsir bahan, membuat ulasan dan
mengaitkan dengan isu-isu semasa yang berlaku baik di dalam atau di luar negara tentang
perpaduan juga dapat memberikan kefahaman kepada pelajar tentang kepentingan sikap

20

tolak ansur antara kaum dalam pelbagai aspek, tambahan pula Malaysia memang terkenal
sebagai salah sebuah negara yang mempunyai nilai perpaduan yang tinggi.
Sesuai dengan saranan oleh Cheah Boon Kheng (2002) yang menyatakan bahawa
semua kaum perlu diberikan peranan dan usaha mereka perlu diberikan pengiktirafan,
barulah toleransi dapat wujud secara harmoni dan tanpa paksaan semuanya ini bermula di
peringkat sekolah. Kebanyakan pelajar dan generasi muda masa kini tidak mengambil
endah dan tidak memberi perhatian terhadap ciri-ciri identiti kebangsaan, sedangkan
dalam membentuk dan mewujudkan perpaduan, pengetahuan, pemahaman dan
penghayatan terhadap nilai-nilai kebangsaan dan identiti sepunya ini amatlah penting
seperti pengamalan prinsip-prinsip Rukun Negara, Falsafah Kebudayaan Kebangsaan,
Perlembagaan Negara, logo dan jata Negara, lagu Negara ku, Jalur Gemilang dan
pelbagai lagi simbol dan lambang yang lain. Malahan identiti sepunya ini tidak terhad
kepada lambang-lambang negara tetapi juga lambang-lambang budaya yang telah
diterima umum seperti pakaian setiap kaum, makanan setiap kaum, perayaan setiap
kaum, kebudayaan kaum dan permainan setiap kaum. Semuanya ini perlu diterima,
dihargai dan menjadi satu unsur keunikan bagi negara kita Malaysia. Jika ada usaha,
kaum lain yang berminat mempelajari adat resam dan budaya kaum lain melalui kajian
ilmiah, hal ini merupakan sumbangan besar yang perlu diiktiraf dan diperkembangkan.
Sikap dan semangat untuk berintegrasi akan wujud jika seseorang telah mempunyai
kefahaman dan nilai persefahaman tentang budaya kaum-kaum lain, sedia bertolak ansur
dengan kaum-kaum lain yang turut memberi sumbangan dan usaha ke arah pembangunan
negara serta memahami dan menghayati lambang-lambang identiti kebangsaan yang
melibatkan lambang negara atau lambang kebudayaan.

21

Sanusi Osman (1985) mengakui hanya melalui pelajaran tentang etnik dan
budaya, integrasi nasional dapat dibentuk dan dikembangkan. Dalam situasi masyarakat
heterogen pada hari ini, isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum perlu
diketengahkan secara bijaksana, agar pelajar mendapat kefahaman yang mendalam,
melalui pemikiran sebenar yang telah dipupuk sejak sekolah, pelajar akan meningkat
dewasa dan kembali kepada masyarakat dengan pemahaman sejarah yang sebenar. Hal
ini akan mempengaruhi cara dan bentuk tindakannya pada masa akan datang. Mereka
memahami sejarah dan bertindak dengan cara yang lebih rasional. Konflik antara kaum
yang pernah dialami dan berlaku di negara kita dapat dijadikan satu pengajaran termasuk
juga memberikan contoh-contoh pergolakan yang berlaku di luar negara, agar pelajar
menghargai nikmat perpaduan dan sedia berkongsi dengan kaum lain satu identiti yang
sama, sebagaimana saranan gagasan 1 Malaysia, menjadi satu bangsa yang harmoni
dalam unsur kepelbagaian dan kemajmukan.
Oleh kerana elemen perpaduan bersangkutan dengan perasaan, ekspresi,
imaginasi, pengalaman empatik dan pengetahuan sedia ada, idea sejarah boleh
dikembangkan juga melalui potensi bakat pelajar berasaskan keingintahuannya tentang
tajuk pelajaran (Abdul Rahim Rashid, 1999) misalnya ketika membahaskan aspek
kebudayaan antara etnik, pelajar perlu diberikan kebebasan untuk memperlihatkan
kefahaman mereka melalui aktiviti emosi dan unsur-unsur imaginatif seperti
mendeklamasikan sajak tentang budaya masyarakat, bercerita, berdialog, berdrama dan
melagukannya dalam bentuk koir, boria atau syair. Pengajaran Hubungan Etnik akan
menjadi lebih pelbagai dan ada gabungjalin dengan aspek bahasa serta unsur sastera.

22

Mansor Mohd Nor (1998) menyatakan bahawa kaum Cina tegar dengan prinsip
yang dipegang oleh mereka berbanding kaum lain. Selain daripada itu terdapat perbezaan
yang signifikan toleransi kaum bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan
berdasarkan etnik. Ini menunjukkan perubahan sikap ke arah kerjasama antara kaum
diperlihatkan oleh pelajar-pelajar kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Ini
menunjukkan dengan jelas kaedah yang digunakan dalam pengajaran terhadap kumpulan
rawatan adalah berkesan. Sebenarnya kesediaan kaum lain untuk menerima dan
mengiktiraf identiti kebangsaan seperti Lagu Kebangsaan, Falsafah Negara, Bunga
Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan dan lain-lain masih pada tahap yang belum memuaskan
melainkan kaum Melayu. Hal ini demikian kerana pengaruh persekitaran dan realitinya
masyarakat tidak menunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda tentang aspekaspek tersebut, malahan bahasa kebangsaan terus dipinggirkan dalam masyarakat
perniagaan dan ekonomi, malahan perlakuan masyarakat sendiri tidak menggambarkan
kefahaman mereka tentang ciri-ciri identiti kebangsaan tersebut..
Mohd Taib Osman (1969), mengamati perubahan budaya dalam kalangan
masyarakat Malaysia adalah disebabkan pertembungan dua masyarakat atau lebih
(cultural contact), menerusi proses : (1) Adaptasi, (2) Diffusi dan (3) Asimilasi. Jadi
persefahaman, toleransi dan identiti kebangsaan adalah acuan yang perlu ada sebelum
nilai-nilai integrasi dapat diperkukuhkan. Sebab itulah dalam Perlembagaan Malaysia,
telah termaktub dengan jelas larangan membicarakan sebarang isu sensitif berkaitan
unsur kebudayaan setiap kaum kerana boleh mencetuskan ketegangan (Syed Hussein Ali,
1990). Hal ini demikian, kerana aspek persefahaman budaya adalah yang paling
menyumbang ke arah proses integrasi itu sendiri.

23

Hasil temu bual yang dijalankan dengan pensyarah dan pelajar, mereka
memberikan respons yang positif tentang interaksi yang berlaku dalam kelas Hubungan
Etnik setelah menggunakan pengajaran berteraskan perspektif kepelbagaian budaya,
malahan pelajar-pelajar menyatakan keseronokan mereka melibatkan diri dalam aktiviti
yang dikelolakan oleh pensyarah kerana menerapkan pelbagai kaedah yang menarik dan
memudahkan mesej di dalam topik Mata Pelajaran Hubungan Etnik untuk difahami
seperti apa yang telah dialami melalui Program Laluan Etnik.
Rumusan dan cadangan Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) dalam
Mata Pelajaran Hubungan Etnik di IPG
Pendidikan dan pembelajaran yang berteraskan kepelbagaian budaya ternyata
bersesuaian dengan prinsip asas Islam, malah mempunyai tujuan yang murni untuk
melahirkan generasi pelajar dan pewaris masa depan negara yang mempunyai pola fikir
dan persepsi terbuka, iaitu :
... memahami, menerima dan berupaya menilai kebudayaan bangsa sendiri
dan memahami, menerima dan menilai kebudayaan bangsa lain untuk
mewujudkan pemikiran yang konstruktif dan membina dan melihat cara
bangsa lain mengekpresikan pemikiran dan cara hidup berdasarkan budaya
bangsa itu (Blum, 2001)
Sebagai sebuah negara beragama rasmi Islam, unsur kepelbagaian budaya Malaysia telah
diterima oleh semua, malah gabungan budaya beberapa kaum telah memperkayakan
khazanah budaya bangsa melalui proses asimilasi dan adaptasi aspek-aspek tertentu
budaya pelbagai bangsa yang menjadi anggota dalam sebuah negara. Dalam konteks
Malaysia kepelbagaian budaya masyarakat Melayu (berserta nilai kedaerahannya) dengan
budaya kaum India, China, Siam dan Orang Asli telah diterima sebagai budaya
24

kebangsaan dan membentuk sikap, cara pandang, amalan sosial dan kebijaksanaan
kerajaan. Terdapat beberapa alasan, mengapa kita harus menerima kebenaran dan
keharusan multikulturalisme. Dapat dianalogikan, jika di Malaysia dapat dikaji
bagaimana sejarah kontribusi perjuangan kaum Melayu, Cina, dan India terhadap
perjuangan bangsa khususnya zaman kolonial British mahupun Jepun. Para pendukung
multikulturalisme (Barat) dalam menanggapi terhadap contoh pernyataan serupa itu, pada
umumnya sangat setuju atas pelajaran seperti

itu (Pendidikan Multikultural dalam

Hubungan Etnik) diajarkan di sekolah-sekolah (Saunders, 1982: 121-122).
Secara keseluruhannya bangsa Malaysia yang plural memiliki banyak potensi
untuk memupuk pendidikan multikulturalism. Saat ini multikulturalisme telah diangkat
sebagai suatu keyakinan, ideologi, sikap, maupun kebijakan yang menghargai pluralisme
etnik dan budayanya sebagai sesuatu yang berharga, berpotensi, yang harus dipelihara
dan dikembangkan. Perlu diketahui bahawa dalam masyarakat majmuk (plural society),
terdapat dua tradisi dalam sejarah pemikiran sosial.
Multikulturalisme sebagai praktik sosial dan kebijakan pemerintah, dewasa ini
telah diterima di banyak negara sebagai sesuatu yang penting. Pendidikan Multikultural
menjadi semacam ideologi dalam pengembangan kebudayaan serta upaya menciptakan
masyarakat yang sehat. Potensi multikulturalisme juga dapat dikatakan sebagai upaya
memberikan kebebasan berekspresi dalam kehidupan demokrasi. Dworkin (2001: 68) dan
Kymlicka (2002: 50-51) berpendapat, bahawa jika ditinjau dari aspek hak-hak asasi
manusia maka multkulturalisme di samping melindungi hak-hak individu, mencakup hakhak kolektif ataupun budaya komuniti. Howard (2000: 315) dan Gould (1993: 69-70)
berkeyakinan bahawa dalam multikulturalisme mencakup apa yang disebut demokrasi

25

sosial, iaitu suatu jenis liberalisme tersendiri yang menjadi

jurang antara hak-hak

individu dengan komuniti.
Demokrasi sosial secara politik memberikan dan melindungi seluruh hak asasi
manusia. Pandangan demikian ini agak berbeza dengan definisi yang sering dijadikan
aras tentang demokrasi sosial sebagai “suatu etos dan cara hidup yang dicirikan oleh
penghapusan perbedaan-perbedaan status secara umum” (Sartori, 1968: 113). Howard

(2000: 316), lebih jauh menjelaskan bahwa dalam demokrasi sosial tidak mensyaratkan
adanya penghapusan perbezaan ekonomi secara radikal. Sebab penghapusan itu
menghalangi inisiatif yang diperlukan untuk kemajuan ekonomi pada tingkat kolektif dan
individu, bahkan mampu mengakibatkan aras kehidupan masyarakat merosot secara
umum, seperti yang terjadi pada masyarakat bekas komunis Eropah Timur. Demokrasi
sosial dengan demikian bukan menghapuskan kapitalisme, melainkan memperbaiki
kapitalisme radikal.
Di Malaysia, persamaan ini ditekankan di mana setiap orang tanpa mengira etnik
dibenarkan bergerak bebas dalam aktiviti ekonomi, pendidikan, sosial, perundangan
mahupun beragama. Hal ini jelas dalam pembangunan negara Malaysia, etnik Cina dan
India diberikan peluang untuk menjalankan aktiviti ekonomi, mendapat peluang dalam
bidang pendidikan dalam bahasa ibunda mereka sendiri dan bebas mengamalkan ajaran
agama mereka. Hal itu mengingatkan keperluan kita untuk membimbing bakal guru kita
agar mereka agar bertanggung-jawab dalam suatu dunia yang memiliki saling bergantung
antara kaum. Dengan demikian pula mereka dapat mengenali peranan sekolah untuk
mengembangkan sikap dan menilai penting bagi suatu masyarakat demokratik,
khususnya dalam menilai perbezaan budaya dan menyatakan cermin pluralisme para

26

siswa, masyarakat, maupun para guru mereka. Ini bersesuaian dengan konsep persamaan
dalam Islam pula perlu diasaskan kepada kenyataan bahawa kejadian manusia yang
berbagai etnik, bangsa dan keturunan merupakan suatu fitrah kehidupan yang perlu
diterima oleh setiap insan. Malah kepelbagaian etnik, bangsa dan keturunan yang
tentunya melahirkan kepelbagaian budaya, gaya hidup, corak pemikiran serta
kepercayaan dan keyakinan menjadikan hidup ini begitu indah untuk dikongsi bersama
Dengan demikian pendidikan multikultural dapat diertikan sebagai suatu proses
komprehensif pembaharuan di sekolah dan dasar pendidikan untuk semua siswa IPGM
menerusi mata Pelajaran Hubungan Etnik yang bersesuaian dengan prinsip Islam. Ia
merupakan cabaran iaitu penolakan rasisme dan bentuk diskriminasi lain di sekolah dan
masyarakat dan penerimaan serta menegaskan pluralisme (etnik, rasial, linguistik,
keagamaan, ekonomi, dan gender, di antara orang yang lain) adalah keistimewaan dalam
kaum di Malaysia yang perlu difahami oleh semua siswa IPGM, komuniti mereka, dan
gambaran para guru kelak. Pendidikan multikultural menembus kurikulum dan strategi
pembelajaran yang digunakan di sekolah-sekolah, seperti halnya interaksi antara para
guru, siswa, dan anggota masyarakat lain dan sistem pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.

Sebab

dengan

menggunakan

pengajaran

danpembelajran

pendidikan

multikultural yang kritis itu sebagai dasar pemikiran pendidikan sejarah di peringkat
institusi tinggi di Malaysia agar dapat memusatkan pada pengetahuan, refleksi, dan
tindakan sebagai asas untuk perubahan sosial, maka pendidikan multikultural
mempromosikan prinsip keadilan yang demokratik bersesuaian dengan prinsip keadilan
dalam Islam. Firmannya;

27

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa
menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi
menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu
terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana
sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada
Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan
apa yang kamu lakukan.
Surah al-Maaidah 5: 8
Pembentukan integrasi nasional melalui platform pendidikan menjadi misi penting negara
kerana penerapan dan penghayatan nilai-nilai kebersamaan, kesatuan dan perpaduan
perlu dipupuk sejak kanak-kanak di bangku sekolah lagi, agar sebati, kekal dalam minda
dan menjadi budaya kehidupan mereka apabila dewasa kelak. Pendapat ini disuarakan
oleh Omar Mohd Hashim. (1992) dalam bukunya Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh
sebab itu, usaha konkrit perlu dilakukan untuk menjayakan hasrat ini. Bagi menggalas
tanggungjawab besar ini, tidak dapat tidak peranan pensyarah dan guru sebagai perantara
kurikulum dan penterjemah dasar kerajaan menjadi begitu crucial kerana pensyarah dan
guru menjadi pegawai barisan hadapan bagi menjayakan hasrat murni untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan pelajar (Jemaah Nazir Persekutuan, 1997). Usaha konkrit
yang perlu dilaksanakan oleh pensyarah dan guru ialah memilih model dan pen