Faktor faktor yang mempengaruhi terjadinya (1)

Faktor-faktor yang telah menyumbang kepada
pembentukan masyarakat pluraliti di malaysia.
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan pembangunan
negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri untuk
mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan
penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi,
lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau
kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya. Menurut Tan Sri Ghazali
Shafie (1985) ‘ .... the road to a cohesive and proggressive society is a long and ardous one which to use
the Malay phrase, is full of “ onak dan duri”.
Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi bagi
membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai cabaran yang di antaranya
adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu di mana cabaran kepentingan etnik dari aspek sosial. Aspek
sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem
pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial. Dari sudut pemisahan
fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat daripada kesan dasar “pecah dan
perintah” yang diamalkan oleh British sejurus mennjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini
bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan
yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau
berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal
dalam wilayan yang berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi

di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan. Implikasinya terhadap hubungan etnik
memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat
dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan
atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok etnik lain
melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip
dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik
yang lain. Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung
Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek
budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik
hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali
Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan
terasing dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing.
Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar
Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina
menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan,
manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan
yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan
yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan
menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan
etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing

mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini
adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum
yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem
pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara
kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang
menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu
hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti
Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami
kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza.
Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng
oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih
lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah

menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih
wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini
adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan
berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih
ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah
Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana
merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak

mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang
perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.
Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek ekonomi. Melalui aspek ekonomi
terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan
berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi
setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber
manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju
seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak
terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita
membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang
dalam ekonomi negara Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam
ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi
yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam
masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan
etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan
berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap
kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi
di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku.
Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka
dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di

mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah
tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka
banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh
menyebabkan negara kita bergolak. Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan
perpaduan negara tida boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam
kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara
dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya,
perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan
peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di
kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara
kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja.
Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana politik perkauman
boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu
tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa,
kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik,
pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya
mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira
dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga
mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud
di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri.

Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan
hak etnik masing-masing.
Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi agama,
bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India
mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila
setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Implikasi di sini

mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih
sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau “taboo” kerana ia
memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun.
Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang
lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di
kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam
bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka
melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya
sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya
memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka.
Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasi yang menunjukkan proses globalisasi serta pembaratan
corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat
Malaysia pada masa kini. Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak

maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik
menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian,
pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme
atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin
negara lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilainilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan
yang melampaui batas. Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja
terdedah dengan pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri.
Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan
sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat
dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi
merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya
insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman.
Merujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku Pengajian Malaysia,
terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007, usaha kerajaan ke arah pemupukan hubungan etnik
bermula setelah tahun 1957, iaitu selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bagi mengatasi
cabaran-cabaran yang telah dikemukakan sebelum ini. Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai
dasar dan pelan tindakan untuk mencapai perpaduan dari pelbagai aspek. Kerajaan telah merangka
Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata
Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula
menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961

merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan
panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang
dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa
Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan
Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya.
Kerajaan berusaha dengan lebih keras lagi dalam mencapai perpaduan berikutan berlakunya peristiwa
13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat. Rentetan peristiwa tersebut telah
terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undangundang negara; penentu pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan
kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara
selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan
Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah
ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan
negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan
antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan
menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi
Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat

yang berbilang kaum. Selain itu, pada 29 Januari 1970 juga telah tertubuhnya Majlis Perundingan

Negara(MAPEN) yang bertanggungjawab untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum
dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia serta
bertanggungjawab dalam pembentukan ideologi negara, iaitu Rukun Negara dan perubahan
perlembagaan. Majlis ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti wakil-wakil dari MAGERAN,
wakil dari kerajaan negeri, wakil dari parti politik, wakil dari Sabah dan Sarawak, wakil dari kumpulan
agama, wakil dari badan profesional, wakil dari perkhidmatan awam, wakil dari kesatuan sekerja dan
persatuan majikan, wakil dari akhbar, wakil guru-guru dan wakil dari kelompok minoriti bagi membolehkan
mereka membuat perbincangan secara berterus-terang. Kemuncak usaha kerajaan ekoran peristiwa 13
Mei ialah terciptanya satu ideologi negara iaitu Rukun Negara yang dihasilkan berasaskan kepercayaan,
keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul serta bertujuan
menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum. Rukun Negara
dengan prinsip-prinsip berdasarkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat
negara ini sebagai satu bangsa Malaysia dan dijadikan sebagai pedoman dan hala tuju dalam merancang
program pembangunan negara. Secara khususnya, ia merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi
integrasi nasional, pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara.
Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar-Dasar Pembangunan Negara yang dirancang selaras
dengan nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber kekayaan, aspirasi masyarakat serta persekitaran global.
Dalam konsep hubungan etnik, dasar-dasar pembangunan negara merujuk kepada usaha kerajaan
bersama rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi
secara seimbang dan adil bagi semua kaum. Terdapat tiga pelan pembangunan negara yang utama iaitu

Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Era Dasar
Pembangunan Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan salah satu usaha dasar ekonomi untuk
mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek
kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka
Rancangan Jangka Panjang(RRJP) yang bermatlamatkan untuk mengurangkan dan seterusnya
membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan
kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Antara usaha yang dijalankan untuk
membasmi kemiskinan melalui DEB ialah mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan,
menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan, memberi peluang kepada orang yang bekerja di
sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yag lebih lumayan, mengurangkan jurang
perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar), memodenkan
kehidupan di luar bandar dan memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,
kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
Seterusnya, Dasar Pembangunan Nasional(DPN) telah dilancarkan pada tahun 1991 yang bermatlamat
untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil.
DPN merupakan pemangkin negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan digerakkan
di atas landasan yang kukuh ke arah membentuk pembangunan seimbang yang meliputi aspek keadilan
sosial, nilai, etika dan moral mengikut acuan tempatan. Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi
yang telah dibina oleh DEB iaitu serampang dua mata dan diperkasakan pendekatannya dengan

memasukkan beberapa dimensi baharu dalam pelan tindakan, iaitu penegasan terhadap pembasmian
kemiskinan dengan dua tumpuan utama, iaitu menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan
kemiskinan relatif; menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah meningkatkan dan seterusnya
mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; meningkatkan penglibatan sektor swasta
dalam proses penyusunan semula masyarakat dan memebri lebih tumpuan kepada pembangunan
sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan yang saksama.
Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai
Wawasan 2020. ia merupakan respons kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku
pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan
sahaja pembangunan ekonomi tetapi dari segi politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan

kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka mampu menjadi sebuah negara yang bersatu
padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan
saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing. Dalam kertas kerja berjudul Malaysia Melangkah ke
Hadpan(1991) yang dibentangkan pada sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur
pada 28 Februari 1991 menyatakan terdapat sembilan cabaran yang dikenalpasti untuk merealisasikan
Wawasan 2020. Sememangnya, negara Malaysia telah berusaha untuk mencapai kesembilan matlamat
itu. Walaupun banayak matlamat itu menumpukan kepada pembangunan ekonomi, pembangunan

keseluruhannya tidak boleh diketepikan. Hal ini disebabkan pembangunan keseluruhan dari aspek politik,
sosial dan ekonomi yang mampu menyatukan rakyat. Pembangunan yang seimbang dari setiap sudut itu
mampu menggerakkan pelbagai kaum di Malaysia untuk hidup secara harmoni dan sejahtera.
Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai
usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi
pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan,
penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan
Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan,
Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan
Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat
Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program
Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan
bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara
rakyat di negara ini.
Melalui pembacaan beberapa karya Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan NegaraPerpaduan Antara Kaum, terbitan Penerbit Setiamas pada tahun 1995. Masyarakat Malaysia merupakan
sebuah masyarakat majmuk yang mempunyai pegangan agama, bahasa dan adat istiadat tersendiri.
Perhubungan politik dan ekonomi dengan dunia uar, proses penjajahan barat dan kemasukan orang
asing erupakan faktor utama yang bertanggungjawab mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara
ini. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang ‘multiracial’ dan ‘multiculture’ yang mempunyai asas-asas
kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita
murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa.Melalui konsep negara bangsa ini, semua
masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama
yang dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa
berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai
identiti peradabannya yang tersendiri.
Masyarakat berperanan dalam pemupukan hubungan etnik agar negara kita malaysia sentiasa dalam
keadaan aman dan selesa. Salah satu contoh peranan masarakat adalah dalam penerimaan budaya.
Secara amnya, memang ada kesamaan unsur kebudayaan antara ketiga- tiga golongan rakyat di negara
ini. Ciri- ciri hindu telah meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakat melayu. Dari kepelbagaian
budaya ini akan menyatukan nilai pelbagai bangsa. Orang cina yang datang ke negara ini untuk bekerja
di lombong- lombong bijih timah diterima menjadi warganegara malaysia akhirnya. Persesuaian yang
kelihatan antara tiga golongan utama iaitu melayu, cina, dan india berasaskan ciri budaya yang sama.
Antaranya ialah mementingkan kekeluargaan dengan menghormati ibu bapa dan adik beradik. Disamping
itu kepentingan agama didahulukan..
Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam
pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budl
bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhl dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia
terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari
perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali,
Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w, Hari Keputeraan rasmi DYMM
Yang di-Pertuan Agong Malaysia
Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan

kukuh dengan warisan budaya dan budi bahasa yang tinggi. Kesemua adat resam ini sama-sama saling
difahami dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat agar perhubungan kaum dapat dijalinkan dengan
erat. Bagi masyarakat Melayu terdapat beberapa• adat-adat kunjung mengunjung dalam masyarakat.
Bagi pengunjung beragama Islam hendaklah memmberi salam 'Assalamu'alaikum'. Pengunjung bukan
Islam memadai mengucap selamat sahaja. Setiap pengunjung yang hendak masuk ke dalam rumah
orang Melayu perlu menanggalkan kasut. Bagi masyarakat India pula terdapat kepelbagaian adat
bergantung kepada keturunannya sama ada Tamil, Punjabi atau India Utara. Antaranya secara umum
ialah semasa memberi hormat, kaum India terdapat berbagai-bagai cara dan kebiasaannya dengan
merapatkan tapak tangan dan mengangkatnya hingga ke dada sambiI mengucapkan kata-kata yang
bermaksud selamat. Semasa berkunjung, tetamu mestilah membuka kasut kecuali jika tuan rumah
membenarkannya. Kunjungan pula seeloknya dibuat pada hari dan masa yang dikira sesuai. Kunjungan
ke rumah orang yang baru berpindah tidak sesuai dibuat pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Apabila
hendak pulang tetamu hendaklah terlebih dahulu meminta diri daripada tuan rumah dengan mengatakan
'saya akan datang lagi' serta berjabat tangan. Masyarakat Cina pula mempunyai adat tersendiri di dalam
menerima tetamu. Semasa berkunjung ke rumah orang dna, tetamu seelok-eloknya duduk di sebelah kiri
tuan rumah. Ini menunjukkan tetamu itu menghormati tuan rumah. Tetamu hanya dilihat sopan apabila
minum setelah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap tidak sopan jika mengunjung
rumah keluarga Cina sewaktu mereka sedang makan kecuali kunjungan itu khusus menghadiri jamuan.
Adat-adat ini banyak membantu dalam menggeratkan perpaduan di antara kaum. Orang Melayu, Cina
dan India sama-sama saling memahami adat dan kebudayaan masing-masing. Dengan ini tidak timbullah
persoalan ketidaksefahaman antara kaum.
Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian kerana pemupukan
hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia yang bermasyarakat
majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan
mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di
negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh
yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam
mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan.