Sastera Melayu Dan Prasangka Etnik Isu i (1)

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/251620566

SASTERA MELAYU DAN PRASANGKA ETNIK:
ISU-ISU DAN PERSOALAN
Article

CITATIONS

READS

0

1,501

1 author:
Fong Peng Chew

University of Malaya

18 PUBLICATIONS 14 CITATIONS
SEE PROFILE


Some of the authors of this publication are also working on these related projects:
language literacy View project

All content following this page was uploaded by Fong Peng Chew on 20 February 2014.
The user has requested enhancement of the downloaded file. All in-text references underlined in blue are added to the original document
and are linked to publications on ResearchGate, letting you access and read them immediately.

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

61

SASTERA MELAYU DAN PRASANGKA ETNIK: ISU-ISU DAN
PERSOALAN
Chew Fong Peng
Jabatan Pendidikan Bahasa & Literasi
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya

Prejudice is a negative attitude that creates tension among ethnic groups. In

Malaysia, prejudice once created a race riot in 1969. From history, the
inharmony and fragile relationship among ethnic groups was portrayed in
Malay literature since the 1920s till the 1970s. The fragile relationship was the
consequence of the policy of divide and rule implemented by the British
administration in Malaya. Two issues were recognized as ethnic prejudice
between Malays and non-Malay towards Malay literature, namely concept of
national literature and Malay-centric portrayal in Malay literature. This
article suggests that the translated ethnic literature should be accepted as part
of the national literature, the Malay authors are suggested to broaden their
writing world about multi-ethnic society in Malaysia, and hence educational
institutions play a very important role informing the culture of respect besides
dismantling prejudice among the students in schools.

Sikap prasangka seringkali menimbulkan masalah dalam masyarakat dan membawa
kesengsaraan kepada banyak orang. Pembunuhan beramai-ramai, penindasan, dan layanan yang
buruk sesama manusia sebahagian besarnya berpunca daripada prasangka. Di negara kita
misalnya prasangka telah menyumbang kepada rusuhan kaum 1969. Akibatnya wujud beberapa
masalah dalam membentuk perpaduan nasional. Memandangkan bahayanya
kesan tersebut,
maka kita perlu memberi perhatian terhadap isu-isu prasangka dalam masyarakat terutama di

negara yang penduduknya berbilang kaum.
Konsep Prasangka
Menurut Allport (1958), prasangka ialah suatu antipati berdasarkan penyeluruhan yang salah
dan kaku. Prasangka boleh dirasai atau dinyatakan, malah boleh diarahkan kepada suatu
kelompok sebagai suatu generalisasi atau kepada seorang individu kerana dia yang
menganggotai kelompok itu.
Selain itu, Ashmore (1970) menurunkan satu definisi yang agak menyeluruh, yakni
prasangka ialah satu sikap negatif terhadap suatu kelompok yang dimengertikan secara sosial
dan terhadap sebarang orang yang diamati sebagai anggota kelompok itu. Beliau telah
menurunkan empat ciri utama prasangka. Pertama, prasangka ialah suatu fenomena antara
kelompok, kedua prasangka ialah suatu orientasi negatif, ketiga prasangka adalah buruk, dan
terakhir prasangka ialah suatu sikap.

62

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

Baron dan Byrne (1982) berpendapat bahawa prasangka merupakan satu sikap
yang
ditujukan kepada ahli-ahli sesuatu kelompok khusus, misalnya kelompok agama, etnik dan

jantina. Seseorang yang menganuti sikap itu menilai orang lain secara negatif berdasarkan
keahlian mereka dalam kelompok tersebut, bukan kerana sifat-sifat atau tingkah laku individu
itu sendiri. Oleh sebab sesuatu sikap sering berfungsi sebagai skema, manusia yang berprasangka
cenderung untuk menyedari dan mengingati hanya beberapa maklumat tertentu mengenai
kelompok yang dibenci mereka, biasanya "fakta-fakta" yang sebahagian besarnya bersifat
negatif.
Secara rumusan, prasangka boleh didefinisikan sebagai suatu sikap yang bersifat
prapenghakiman terhadap sesuatu objek sebelum diperiksa terlebih dahulu fakta-fakta sebenar
mengenainya. Sikap itu sukar diubah walaupun telah dibuktikan bahawa fakta- fakta yang
dipercayai mengenai sesuatu objek itu tidak benar dan telah dinafikan. Orientasi prasangka yang
buruk atau negatif ini sering disamakan dengan permusuhan. Orang yang berprasangka sering
menganggap kelompok lain itu buruk, tidak bo1eh diterima, dan tidak boleh bergaul secara
mesra.
Prasangka terjelma dalam banyak aspek kehidupan kita. Prasangka yang paling banyak
menimbulkan masalah dan kerumitan ialah prasangka etnik, iaitu prasangka satu kelompok etnik
terhadap etnik yang lain. Biasanya prasangka etnik bersifat negatif. Misalnya tanggapan bahawa
orang Melayu adalah pemalas, orang Cina bersifat materialistik, orang India pemabuk adalah
contoh prasangka etnik.
Komponen Prasangka Etnik
Forsyth (1995) membahagikan prasangka kepada tiga komponen sikap, iaitu kognitif, afektif

dan psikomotor (kecenderungan tingkah laku). Kornponen kognitif prasangka merujuk kepada
pelbagai kepercayaan dan jangkaan yang dianuti oleh seseorang individu rnengenai ahli
kelompok tertentu. Biasanya kepercayaan dan jangkaan membentuk satu rumpun pernyataan
yang ditanggapi terlebih dahulu yang digelar stereotaip. Stereotaip rnempengaruhi individu
mengandaikan bahawa semua ahli sesuatu kelompok mempunyai trait yang sama, atau
bertingkah laku dalam cara yang sarna.
Komponen afektif prasangka pula merujuk kepada perasaan atau emosi yang dirasai oleh
individu yang berprasangka terhadap ahli-ahli kelompok yang ditanggapinya. Oleh itu prasangka
tidaklah hanya terdiri daripada reaksi kognitif semata-mata, tetapi termasuk juga pelbagai emosi
yang biasanya bersifat hebat. Biasanya ke1ompok yang diprasangka adalah dibenci.
Komponen kecenderungan tingkah laku prasangka melibatkan kecenderungan
untuk
bertindak secara negatif terhadap orang yang menjadi objeknya. Tindakan tersebut terje1ma
dalam pe1bagai bentuk seperti menge1akkan diri daripada bertemu, menyerang atau rnelakukan
kekasaran terhadap orang yang diprasangkakan. Apabila kecenderungan itu diterjemahkan dalam
bentuk tindakan terbuka, maka sikap itu dipanggil diskriminasi.
Penerangan di atas diringkaskan dalam Rajah 1 berikut berdasarkan teori tiga komponen
prasangka etnik. Model ini menyatakan bahawa prasangka etnik terjadi apabila individu
mengalarni perasaan negatif terhadap etnik lain, sebagai contohnya orang berkulit hitam,
mengesahkan kepercayaan dan andaian yang tidak menyenangi etnik lain, dan bertindak secara

rnendiskriminasi etnik lain.

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

63

Rajah 1. Komponen afektif, kognitif dan tingkah laku dalam prasangka dan diskriminasi
Sumber. Diubah suai daripada Forsyth (1995)
Prasangka etnik boleh menimbulkan beberapa kemungkinan tingkah laku. Pada peringkat awal,
seseorang yang berprasangka hanya memperlihatkan sikap negatifnya secara lisan. Kemudian dia
cuba menjauhkan diri daripada bergaul dengan anggota etnik yang tidak disukainya. Prasangka
juga mungkin mengakibatkan diskriminasi dalam bidang kehidupan manusia. Apabila bertukar
dalam bentuk yang lebih serius, prasangka disusuli dengan kekerasan dan keganasan secara
fizikal. Hal ini jelas terbukti dalam sejarah Malaysia apabila tercetusnya rusuhan etnik 1969 dan
peristiwa Kampung Medan pada 2001. Oleh itu, prasangka etnik tidak harus dipandang mudah
dalam usaha pembinaan negara yang maju dan makmur.
Prasangka Etnik dalam Sastera Melayu
Di Malaysia, sastera Melayu digunakan sebagai media untuk menggambarkan hubungan antara
etnik sejak sastera tradisional lagi. Misalnya dalam Sejarah Melayu, Tun Sri Lanang melukiskan
hubungan antara Melayu dengan bukan Melayu yang terdiri daripada orang Arab, Cina, Keling,

Burma di Melaka. Begitu juga dalam Hikayat Hang Tuah, turut dicerminkan hubungan Melayu
dengan orang Siam, Cina, Rom dan lain-lain yang digambarkan secara positif dan baik.
Pada zaman moden, sastera semakin penting sebagai media untuk mencerminkan
hubungan etnik tersebut. lni paling ketara terdapat dalam genre cerpen memandangkan sifatnya
yang pendek dan dapat dibaca dalam masa yang singkat. Sejak tahun 1920-an hingga selepas
Perang Dunia kedua, pelbagai cerpen Melayu banyak berlegar mengenai tema hubungan antara
etnik. Walaupun tidak ditulis secara khusus, tetapi tema berkenaan tidak dapat disorok untuk
difahami pembaca.

64

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

Pada dasamya, para pengarang masa itu menaruh penuh kecurigaan terhadap
kaumkaum pendatang Cina dan India. Kecurigaan ini timbul akibat golongan pendatang ini yang
semakin hari semakin besar bilangannya. Malahan mereka memenuhi kota- kota dan kedudukan
mereka bertambah kukuh dalam bidang ekonomi. Rasa terhimpit oleh golongan pendatang telah
menimbulkan rasa cemburu dalam kalangan orang-orang Melayu (Abu Bakar Abdul Hamid,
1992).
Masalah kebangsaan dan ekonomi temyata menjadi persoalan utama apabila

membicarakan kedudukan orang Melayu dalam hubungannya dengan kedudukan dan
sikap
kaum pendatang. Persoalan ekonomi tersebut diberi perhatian utama oleh pengarang dekad 1940an apabila kemiskinan orang Melayu dikaitkan dengan masyarakat dan aktiviti kaum pendatang.
Selain itu, terdapat banyak lagi kisah yang mengisahkan masalah orang Melayu yang
dihubungkaitkan dengan kaum pendatang itu (Hashim Awang, 1980).
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh sarjana-sarjana sastera tempatan, seperti Hashim
Awang, Abdul Rahim Abdullah, A. Bakar Hamid, dan A. M. Thani, perasaan
anti-pendatang
asing itu terdapat di dalam cerpen-cerpen A. Rahim Kajai yang berjudul 'Cerita Awang Putat',
Ishak Haji Muhammad dengan cerpennya 'Dolly - Bidadari dari Shanghai' dan 'Istana
Berembun', Harun Aminurrashid dengan tulisannya 'Kerana Mata Dacing, Hati Penulis
Terpancing' dan lain-lain. 'Cerita Awang Putat' dan 'Istana Berembun' misalnya membicarakan
usaha-usaha kapitalis Cina merasuah bangsawan Melayu yang berkuasa dan merugikan rakyat
jelata. Gambaran ini adalah tipikal dan lumrah pada zaman ini.
Kebanyakan watak-watak bukan Melayu digambarkan sebagai watak pendatang yang
penuh dengan tipu muslihat. Malahan watak bukan Melayu, khususnya Cina diberikan nama
jengkel seperti 'Tong Sam Pah', 'Tai Ku Cing', 'Poh Ki Mak' dan lain-lain yang jelas
menggambarkan kebencian Melayu terhadap Cina yang bersifat pengeksploitasi terhadap
Melayu.
Pada zaman pendudukan Jepun, para pengarang cuba menggambarkan semua rakyat

tanpa mengira etnik dan agama, sama-sama berjuang untuk menentang penjajahan. Hal ini jelas
terserlah dalam cerpen 'Dari Hal Pak Menung' tulisan Abdullah Sidek dan 'Menebus Dosa' karya
A. Kamel (Thani, 1990). Watak bukan Melayu tidak lagi digambarkan sebagai golongan yang
cuba merosakkan kehidupan orang Melayu seperti dalam cerpen-cerpen sebelumnya.
Selepas Perang Dunia kedua dari tahun 1945 hingga 1970, persoalan tersebut masih lagi
diberi perhatian oleh para pengarang. Tertubuhnya ASAS 50 bercita-cita menjadikan
kesusasteraan sebagai alat perpaduan kebangsaan untuk memperjuangkan kemerdekaan. Walau
bagaimanapun, sebahagian besar watak yang dibicarakan dalam cerpen mereka terdiri daripada
orang Melayu. Watak-watak bukan Melayu bukan sahaja sedikit jumlahnya, malahan merupakan
watak yang tidak penting. Tidak banyak digambarkan interaksi antara etnik kerana hampir semua
pengarang terdiri daripada Melayu. Selain itu pengetahuan dan pengalaman interaksi mereka
dengan bukan Melayu pada zaman itu sangat terbatas dalam soal ekonomi sahaja (Arena Wati,
1968).
Di antara para cerpenis masa itu, hanya segelintir yang menggambarkan bukan Melayu
sebagai watak putih. Keris Mas, misalnya menekankan kepentingan watak bukan Melayu dalam
perjuangan politik negara dalam cerpen beliau 'Kedai Sederet di Kampung Kami' dan 'Mereka
Tidak Mengerti. '

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)


65

Meskipun sikap kebencian para pengarang terhadap golongan pendatang tidak lagi ketara
dekad 1950-an, namun kehadiran watak bukan Melayu lebih bertujuan untuk menyampaikan
sindiran tertentu apabila berhadapan dengan masalah sosial dan politik yang juga dialami oleh
Melayu. Hal ini jelas dilukis melalui cerpen Asmal seperti 'Surat kepada Tauke', dan 'Cina
Angkat Najis Rumah Penulis'; 'Kisah Nana Maidin' oleh Asni; 'Ini Kisah Penulis, Tuan!' oleh
Atma Jiwa; 'Tok Mat Menjadi Demang' oleh Hamzah, dan lain-lain.
Dalam dekad 1960-an, cerpen-cerpen yang bersifat protes politik, ketidakadilan dalam
masyarakat, hubungan etnik dan konflik sosial semakin meluas, sementara cerpenis yang terlibat
giat dalam menghasilkan persoalan tersebut terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas
seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang, Keris Mas, A. Samad Said, Syukur Harun, S. Othman
Kelantan, dan Yahya Ismail. Tidak kurang juga pengarang
muda yang berpendidikan tinggi
dalam barisan tersebut seperti Nora, A. Wahab Ali, Kala Dewata, Noorjaya dan Akhbar Goh
(Othman Puteh, 1983).
Pada tahap ini, kehadiran golongan bukan Melayu dipandang oleh pengarang Melayu
sebagai golongan yang terus menerus dimusuhi dan ditentang. Cerpen-cerpen sedemikian
terakam dalam 'Isteri Leong Beranak' oleh A. Wahab Ali; 'Kapalnya Dibakar' oleh Hasbima;
'Pengabadian' oleh Awang Had Salleh; 'Puthu' cerpen A. Samad Ismail; 'Sarjit' oleh Noorjaya

dan sebagainya. Kebanyakan cerpen itu merupakan suara daripada rasa gelisah para pengarang
Melayu yang tidak senang dengan keadaan hubungan antara etnik di negara ini.
Cerpen yang mencerminkan kecemburuan antara etnik ini selalunya memperlihatkan
sikap dan sifat yang ketara pada suatu kaum itu. Persoalan dan masalah yang ditimbulkan itu
kaya dengan sindiran dan memberi sesuatu kepada pembaca untuk direnungi. Di dalam cerpen
itu terselit konsep dan falsafah hidup yang menjadi pegangan etnik masingmasing.
Kecenderungnan ini dapat menghasilkan penyelesaian yang meyakinkan di samping menjelaskan
punca segala permasalahan itu.
Bagaimanapun, persoalan mengenai hubungan etnik merupakan persoalan yang
mewarnai banyak cerpen di Malaysia selepas 1970-an terutamanya setelah Dasar Ekonomi Baru
dilancarkan dengan pelbagai dasar negara yang lebih khusus menuju ke arah perpaduan nasional.
Walaupun banyak tema yang berkaitan dengan hubungan etnik tidak menguasai senario sastera
di Malaysia, namun dalam dekad 1970-an, 1980-an dan 1990-an tema tersebut telah diberi
perhatian yang lebih luas lantaran tercetusnya rusuhan 1969.
Disebabkan para pengarang dibayangi oleh rusuhan 13 Mei, 1969, sepanjang dekad
1970-an rata-rata cerpen lebih cenderung membawa nilai negatif yang memperlihatkan suasana
masyarakat berbilang kaum Malaysia digambarkan tidaklah mesra, sebaliknya bukan Melayu
dilukiskan mempunyai tujuan tertentu. Lantaran itu hubungan mereka bersifat fizikal dan luaran
semata-mata tanpa sebarang persefahaman. Cerpen tersebut termasuklah 'Pertiwi' oleh Azizi Hj.
Abdullah, 'Penulis KenaI Nietzsche' karya Hamdan Yahya, 'Baba Gunting' tulisan Hasnul Hadi,
'Cikgu Mumi' cerpen Zaharah Nawawi, 'Ketakutan' oleh Othman Rasul, 'Malam Bulan Madu'
cerpen Rubaidin Siwar, 'Empat Ekor' hasil Siow Siew Sing dan 'Udang Pengantin' karya
Zawiyah Mohd. Noh. Keadaan ini jelas menunjukkan realiti dan suasana masyarakat Malaysia
ketika itu bahawa semua etnik menaruh syak wasangka terhadap etnik lain dan mempunyai
pemikiran stereotaip negatif terhadap etnik lain (Chew Fong Peng, 1996).

66

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

Memasuki dekad 1980-an, dengan terlaksananya banyak dasar kerajaan, interaksi antara
kaum sudah berada di peringkat hubungan persahabatan. Namun usaha untuk memahami budaya
dan kehidupan sosial etnik lain masih tidak wujud secara meluas. Lantaran itu lahirlah salah
faham dan perselisihan pendapat yang seterusnya dicerminkan dalam cerpen Melayu dekad 80an. Umpamanya cerpen 'Perangkap' oleh Abdullah Tahir, 'Skandal di Menara Gading' tulisan
Amerjit Singh, 'Tommy' cerpen Mansor Ahmad Saman, 'Bahimiyah' hasil Nora, 'Hanya Waktu
itu, Wendy' oleh Razak Mamat dan 'Hutang Seorang Siswa' nukilan Zaini Ozea. Cerpen-cerpen
tersebut membawa kisah tentang perselisihan antara etnik Melayu dengan bukan Melayu dalam
aspek ekonomi, pendidikan, sosial, budaya, agama, dan politik. Kesemua kesulitan, masalah, dan
rintangan yang dihadapi oleh etnik Melayu digambarkan berpunca daripada sifat bukan Melayu
yang rakus dan tiada pegangan agama yang kukuh (Chew Fong Peng, 1996).
Memasuki era 1990-an, seluruh penduduk di negara dipandu ke arah pencapaian negara
industri yang moden di bawah Wawasan 2020. Dalam pada itu antara matlamat utama kerajaan
menerusi wawasan ini ialah untuk mewujudkan masyarakat yang
bersatupadu dan tidak
mengenal garis perkauman. Keadaan itu turut digarap oleh para pengarang dalam bentuk cerpen
yang menjalin persefahaman, tolak ansur dan harmoni antara penduduk pelbagai kaum di negara
ini. Malahan perpaduan telah digambarkan wujud secara muhibah dan mesra dengan adanya
kerjasama etnik Melayu, Cina dan India dalam segala aspek. Dekad 1990-an tidak lagi
memperlihatkan cerpen yang bersifat stereotaip, sebaliknya bukan Melayu digambarkan lebih
bersifat dinamis dengan adanya interaksi dua hala antara Melayu dan bukan Melayu (Chew Fong
Peng, 1996).
Selain daripada pengarang-pengarang Melayu yang telahestablisheddankemudiannya
dimartabatkan sebagai Sasterawan Negara, terdapat juga pengarang-pengarang bukan Melayu
menulis cerpen bertemakan perpaduan antara etnik. Antara pengarang-pengarang itu ialah Jong
Chian Lai, Lim Swee Tin, Uthaya Sankar, dan Saroja Theavy yang dikenali melalui Sayembara
cerpen anjuran ESSO-GAPENA, DBP-Maybank, Public Bank-Utusan Melayu serta Jabatan
Perpaduan Negara Malaysia. Antara cerpen terebut termasuklah 'Kandasami' cerpen Saroja
Theavy, 'Nagayi' tulisan Uthaya Sankar, 'Pengorbanan' karya Siow Siew Sing, 'Pemberontakan'
oleh Jong Chi an Lai dan lain-lain.
Apa yang digambarkan dalam cerpen-cerpen tersebut jelas menunjukkan hubungan etnik
itu wujud dalam pelbagai bentuk. Gambaran negatif atau prasangka itu berhubung rapat dengan
hubungan etnik mengikut zaman. Zaman kolonial akibat polisi pecah dan perintah British telah
mengakibatkan polarisasi etnik yang serius. Justeru cerpen Melayu yang dihasilkan pada ketika
itu mengenai watak bukan Melayu khususnya Cina adalah bersifat prasangka, stereotaip, dan
superficial. Hal ini adalah disebabkan hubungan Melayu-bukan Melayu hanya terjalin di
kawasan pasar dalam masyarakat majmuk.
Menurut Furnivall (1948), dalam semua masyarakat, konflik wujud dalam bidang
ekonomi, tetapi dalam masyarakat majmuk, perbezaan etnik selari dengan perbezaan ekonomi,
sehingga ketegangan dan ketidakstabilan lebih mudah berlaku. Rabushka (1973) berpendapat
bahawa kewujudan perkauman di Malaysia adalah akibat daripada kedudukan ekonomi mereka.
Malahan kebanyakan ciri-ciri utama masyarakat majmuk boleh dijumpai di Malaysia
tennasuklah kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan etnik dengan pekerjaan,
kekurangan kontak sosial dan wujudnya satu kumpulan yang dominan dari segi politik.

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

67

Apabila polarisasi itu meruncing dengan tercetusnya rusuhan etnik 1969,
kerajaan Malaysia berusaha mencari jalan untuk menyusun semula masyarakat dan
menghapuskan identifikasi pekerjaan mengikut etnik melalui Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Jarak ekonomi dan sosial antara Melayu dan bukan Melayu bukan sahaja berjaya
dirapatkan, malahan kerjasama antara etnik amat dituntut dalam menjayakan banyak
projek dan pekerjaan. Lantaran gambaran tentang watak bukan Melayu dalam sastera Melayu
turut berubah daripada negatif kepada positif, malahan terdapat cerpen yang menggambarkan
pengorbanan dan bantuan bukan Melayu terhadap Melayu yang lebih bersifat kemanusiaan.
Mereka menyorot persoalan tentang percintaan, persahabatan dan hubungan sosial antara
etnik yang membabitkan Melayu dan bukan Melayu. Pandangan yang ditunjukkan oleh para
cerpenis itu ada kemungkinan menjurus ke arah membentuk masyarakat bersatu padu,
bertoleransi, muhibah dan hidup di dalam keadaan harmoni. Jelasnya para cerpenis cenderung
untuk mempromosikan hidup yang positif bagi masyarakat Malaysia selepas negara dilanda
peristiwa hitam pergaduhan kaum pada tahun 1969.
Isu-isu Perdebatan Tentang Sastera Melayu
Sastera Melayu sebagai suatu institusi sosial dalam sesuatu zaman mencerminkan perhubungan
yang amat erat hubungannya dengan masyarakat. Dengan perkataan lain hasil kesusasteraan
yang dilahirkan itu menggambarkan aktiviti dan konsep masyarakat yang
di dalamnya yang
berlangsungnya aktiviti sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik. Jikalau sastera Melayu
dikaji sebagai dokumen sosial, maka antara lain gambaran yang diberikan ialah mengenai
sesuatu fenomena yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Jelaslah bahawa sastera Melayu
bukan sahaja merupakan cermin masyarakat secara langsung tetapi juga secara tidak langsung.
Daripada huraian secara ringkas tentang persoalan prasangka etnik dalam sastera Melayu,
sedikit sebanyak kita mendapat gambaran yang kasar tentang pandangan, pemikiran dan persepsi
sasterawan yang berubah mengikut zaman dan konteks masa. Daripada sikap prasangka yang
negatif sebelum perang, sasterawan mengalami transisi perubahan paradigma berikutan peristiwa
perjuangan kemerdekaan bersama-sama. Dasar-dasar kerajaan selepas rusuhan 1969 seperti
Dasar Ekonomi Baru, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain
telah membuka lebih banyak ruang interaksi antara etnik, seterusnya melahirkan sasterawan yang
bersikap lebih terbuka.
Justeru tema dan persoalan prasangka etnik dalam sastera Melayu semakin berkurangan
dewasa ini dan tidak mendapat perhatian sasterawan mahupun masyarakat umum. Malahan
penekanan sistem pendidikan nasional adalah untuk membentuk perpaduan negara melalui
pendidikan 13 tahun yang bercorak kebangsaan dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama. Perkembangan tersebut memberi gambaran kepada kita bahawa masalah
perkauman tidak lagi menjadi masalah besar nasional dan negara kita berada dalam keadaan
aman, harmoni dan sentosa. Namun begitu, adakah gambaran itu benar atau indah khabar dari
rupa?
Isu perkauman sekali lagi mendapat perhatian masyarakat umum pada 2006 apabila pihak
DAP mengkritik buku Hubungan Etnik yang menjadi kursus teras Universiti Putra Malaysia
adalah bersifat prasangka etnik dan berat sebelah. Hubungan etnik

68

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

yang disentuh dalam buku itu dikatakan hanya tertumpu pada masyarakat Melayu dan
mengabaikan peranan dan sumbangan masyarakat bukan Melayu, khususnya kaum Cina.
Isu ini mendorong pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengkaji semula buku tersebut
dan mengumumkan agar sukatan pelajaran buku itu dirombak supaya meliputi seluruh
masyarakat Malaysia yang lebih menyeluruh. Dalam konteks pendidikan Kesusasteraan Melayu
di institusi pendidikan tinggi awam pula didapati bahawa prasangka etnik dalam kalangan
siswazah terhadap sastera Melayu wujud ketara dalam dua isu utama.
1. Konsep Sastera Kebangsaan
Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan pada 1971 telah menetapkan tiga
prinsip utama diterima sebagai dasar pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Pertama,
Kebudayaan Kebangsaan harus berasaskan kebudayaan asli rakyat rantau ini. Kedua,
unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima sebagai unsur-unsur
Kebudayaan Kebangsaan. Ketiga, Islam mesti dijadikan unsur penting dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia (Dasar Kebudayaan Kebangsaan, 1971). Apa yang
terangkum di dalamnya termasuk sastera kebangsaan.
Tempoh 35 tahun telah berlalu sejak dasar itu dihebahkan. Seminar demi seminar,
wacana demi wacana telah dijadikan forum untuk membahaskan persoalan kebudayaan dan
sastera kebangsaan, namun isu ini masih elusif dan setiap perbincangan mengenainya
mendatangkan dampak politik yang negatif dari segi hubungan etnik, terutamanya hubungan
Melayu dan Cina.
Pada umumnya bukan Melayu khususnya orang Cina menganggap pelaksanaan tiga
prinsip asas bagi pembentukan Kebudayaan Kebangsaan lebih mencerminkan "Malaycentrism"
atau nasionalisme Melayu (Ahmat Adam, 1998). Pihak yang paling lantang menyuarakan
bangkangan terhadap usaha menjadikan kebudayaan Melayu sebagai kebudayaan kebangsaan
ialah Malaysian Chinese Association (MCA). Parti itu menuntut agar sebarang garis panduan
rasmi yang diambil kerajaan bagi pembangunan kebudayaan "hendaklah berupa hasil rundingan
dan perbincangan umum di kalangan pelbagai kaum". MCA juga menegaskan multiculturalism
dan interculturalism diberi keutamaan (Kok
Wee Kiat et al., 1990).
Istilah tersebut dianggap akan merangkul jaminan kedudukan kebudayaan, bahasa dan
pendidikan Cina yang integral dalam 'identiti kebangsaan Malaysia' seperti yang dirumuskan
oleh Lim Kit Siang (2000), " ... politik orang Cina zaman pasca-merdeka Malaysia adalah
terutamanya politik identiti kebangsasan dalam proses pembinaan negara bangsa Malaysia, hak
kewarganegaran mereka dari segi politik, ekonomi dan pendidikan, pengiktirafan dan
penghormatan terhadap bahasa, pendidikan bahasa ibunda, kebudayan dan agama mereka".
Justeru itu, timbullah kontroversi yang hebat antara masyarakat Melayu dengan bukan Melayu
terhadap konsep sastera kebangsaan walaupun konsepnya telah diberikan sejak 1970-an.
Menurut Mohd. Taib Osman (1971) dan Ismail Hussein (1971), sastera kebangsaan ialah sastera
yang ditulis dalam bahasa Melayu dan menceritakan tentang latar belakang Malaysia; hanya
sastera Melayu dapat memberi kesedaran kebersamaan rakyat Malaysia pada peringkat
kenegaraan dan perpaduan sosiobudaya, mengatasi subbudaya pada peringkat rendah.

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

69

Sastera dalam Bahasa Melayu dianggap paling wajar menjadi tunas bagi
pertumbuhan sastera kebangsaan. Menurut Mohd. Taib Osman (1971) jikalau dibandingkan
dengan corak sastera yang lain, sastera Melayu mempunyai kelebihan ciri-ciri yang wajar untuk
menjadi asas kepada pertumbuhan lebih lanjut kesusasteraan Malaysia pada masa akan datang;
ia mempunyai latar belakang sejarah yang panjang, ia tumbuh dalam iklim yang tidak asing
bagi penduduk asli rantau ini, dan tradisinya berkembang mengikut perubahan budaya dan
masyarakat Melayu.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukan sahaja termaktub dalam perlembagaan,
malahan pernah menjadi lingua franca rantau ini sejak abad ke-15. Oleh itu bahasa ini difahami
oleh semua warganegara, sedangkan bahasa-bahasa yang lain hanya difahami oleh suku-suku
tertentu sahaja. Maka sastera etnik tidak sesuai dijadikan sastera kebangsaan, tetapi digelar
Sastera Sukuan oleh Ismail Hussein (1971).
Konsep ini disokong kuat oleh segenap masyarakat Melayu sejak 1970-an sehingga kini
dan telah dilaksanakan melalui institusi pendidikan negara. Lantaran itulah, sarjana Melayu yang
beraliran sastera menerima sebulat suara dan menyokong sepenuhnya bahawa sastera
kebangsaan mesti dihasilkan dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu yang merupakan
bahasa bumiputera tempatan.
Dalam Seminar Persuratan dan Peradaban Nasional yang dianjurkan oleh Persatuan
Penulis Nasional (PENA) pada 2006, resolusi tentang Dasar Sastera Kebangsaan telah ditetapkan
dan dihantar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diluluskan pelaksanaannya.
Meskipun pihak KPM masih belum memberi kata putus, namun perbincangan dan dialog antara
para sarjana sastera Melayu sebulat suara menyetujui dan mengakui bahawa sastera kebangsaan
mestilah dihasilkan dalam bahasa Melayu. Antara sarjana Melayu yang terlibat termasuklah
Awang Sariyan, Noriah Taslim, S. M. Zakir, Jelani Harun, Mohamad Saleeh Rahamad, Abu
Hassan Hasbullah, S. Othman Kelantan, Rahimidin Zahari, Shamsudin Othman dan lain-lain.
Sebaliknya golongan bukan Melayu bercanggah pendapat dengan konsep tersebut.
Mereka berpendapat bahawa sastera kebangsaan harus luas meliputi sastera etnik dan
bukan berpusatkan bahasa Melayu semata-mata. Bagi bukan Melayu, sastera etnik juga
menceritakan tentang Malaysia dan dihasilkan oleh pengarang tempatan. Apa yang membezakan
mereka daripada penulis Melayu hanyalah terletak pada bahasa. Oleh sebab mereka lebih
menguasai bahasa ibunda atau bahasa Inggeris, mereka menghasilkan karya sastera dalam bahasa
mereka sendiri.
Pandangan golongan bukan Melayu tersebut boleh dijejaki dalam rencana
akhbar dan jurnal, kertas-kertas kerja dan tulisan ilmiah mereka di universiti yang
memperjuangkan kedudukan sastera etnik mereka sebagai sastera kebangsaan. Mereka
menyatakan rasa tidak senang terhadap sikap sarjana Melayu yang meminggirkan sastera etnik
dan bersifat tertutup terhadap bahasa lain daripada bahasa Melayu. Antara sarjana Cina yang
menegaskan pendirian tersebut termasuklah Huang Jin Shu, Zhen Jin Liang, He Qi Liang, Lin
Jiang Guo, Lin Kai Chung, dan lain-lain. Mereka adalah golongan penulis Cina yang mendapat
pendidikan Cina sepenuhnya dari peringkat sekolah rendah, menengah sehingga universiti.
Lantaran itu penguasaan bahasa Melayu mereka adalah di tahap minima, dan prasangka etnik
mereka adalah menebal dan ekstrim.
Huang Jin Shu (1997, 2005), misalnya menyatakan rasa terkilan atas "dasar diskriminasi"
yang diberikan oleh masyarakat Melayu terhadap masyarakat Cina. Bagi

70

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

Huang, masyarakat Melayu sentiasa memusuhi masyarakat Cina dan tidak pemah
memberi layanan yang sewajamya kepada orang Cina dalam semua aspek kehidupan meliputi
sejarah, kebudayaan, agama, pemikiran, dan tingkah laku. Kebanyakan orang Melayu mewarisi
prasangka etnik dan stereotaip yang tebal selain pengalaman yang terhad sebagai asas pendirian
melayan orang Cina. Lantaran itulah, "pemikiran sempit" mereka telah menutup pintu
perbincangan terhadap etnik lain dalam negara, seterusnya mengenepi dan meminggir
masyarakat Cina dalam bidang akademik, termasuklah kesusasteraan mereka. Egoisme dan dasar
pemisahan itu menyebabkan masyarakat Melayu menolak langsung kebudayaan dan
kesusasteraan Mahua sebagai sebahagian daripada warisan kebudayaan dan kesusasteraan
kebangsaan.
Pemikiran, pendirian dan pandangan tersebut telah mendapat persetujuan dan sokongan
masyarakat Cina Malaysia secara umumnya. Sebahagian daripada golongan intelektual dan
akademik Cina yang rasa terpinggir kedudukan etnik mereka dalam negara memilih untuk
bermastautin di luar negara setelah tamat pengajian dan tidak berkhidmat dalam negara.
Kebanyakan mereka adalah berkelulusan jurusan Pengajian Cina di Taiwan, telah menjadi
pensyarah di universiti Taiwan atau berumahtangga di sana seperti Huang Jin Shu, Zhen Jin
Liang, Zhen Da Wei, dan lain-lain. Mereka tidak rela menjadi "warganegara kelas dua" yang
diberi layanan tidak adil dan berasa kecewa terhadap sikap egoisme kemelayuan.
Selain itu, terdapat golongan Cina yang lain gigih mengusahakan kerja memartabatkan
kedudukan sastera Mahua dalam sastera kebangsaan dengan melakukan penterjemahan.
Golongan ini terdiri daripada para penggiat Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif
Malaysia (PERSPEKTIF) yang ditubuhkan pada tahun 1986. Sebagai badan kebudayaan sejati,
peranan yang didukungi PERSPEKTIF termasuklah bahasa, sastera dan budaya tanpa
membezakan kaum atau suku-sakat. Ahli-ahli badan ini telah mengambil langkah prakarsa dan
aktif dalam usaha penterjemahan dwihala, iaitu Melayu-Cina dan Cina-Melayu dalam sastera
tempatan, terutama secara rancak terlibat dalam Jawatankuasa Penyelaras Kesusasteraan
Berbilang Kaum (JPKBK) yang afiliasi di bahagian sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
yang kini diluaskan menjadi Majlis Penulis Pelbagai Kaum Malaysia dan diletakkan di bawah
pimpinan Ketua Pengarah DBP (Yang Quee Yee, 2004).
Golongan Cina yang kedua ini walaupun berpendidikan Cina, namun kebanyakannya
mendapat pendidikan sekunder di sekolah menengah kebangsaan atau jenis kebangsaan, malahan
sebahagiannya melanjutkan pengajian tinggi dalam jurusan Pengajian Melayu, sama ada di
peringkat diploma, ijazah dasar mahupun ijazah tinggi. Justeru golongan ini mempunyai
pendirian yang berbeza daripada golongan Cina pertama. Selain berusaha mengeratkan integrasi
nasional menerusi penterjemahan karya sastera Melayu dan Mahua mereka juga berusaha untuk
mengangkat kedudukan sastera Mahua dalam wadah sastera Malaysia. Mereka menerima hakikat
bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, tetapi mereka juga menuntut agar sastera
Mahua diterima sebagai sastera kebangsaan.
Perbezaan pendapat jelas menggambarkan bahawa percanggahan antara etnik
Melayu dengan bukan Melayu terhadap konsep sastera kebangsaan masih belum selesai dan
masing-masing teguh dengan pendirian mereka sendiri. Kedua-dua pihak menganggap sastera
masing-masing merupakan sastera yang teragung dan layak untuk diterapkan dalam sastera
kebangsaan.

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

71

Perbincangan di atas menunjukkan kebanyakan bukan Melayu yang menentang tersebut
terdiri daripada mereka yang terdidik di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina khususnya, yang
memiliki sifat kecinaan yang lebih tulen atau murni berbanding bukan Melayu yang menuntut di
sekolah rendah kebangsaan yang dikelompokkan sebagai 'kurang Cina', 'kurang India' atau
'masuk Melayu'. Oleh itu, boleh dirumuskan dalam isu ini bahawa pendidikan adalah mekanisme
utama yang mampu membentuk minda seseorang tentang tahap prasangka dan toleransi suatu
etnik itu terhadap etnik lain.
2. Penulisan dan Pandangan Pengarang yang Sempit
Berikutan rasa tidak puas hati antara pihak Melayu dengan bukan Melayu, maka
pemikiran tersebut terungkap menerusi pena sasterawan dalam karya sastera mereka, sama ada
oleh pengarang Melayu mahupun pengarang bukan Melayu. Prasangka etnik itu telah melahirkan
kecenderungan penghasilan sastera Melayu yang berat sebelah dengan berpusatkan dunia
Melayu. Kajian Chew (2003) menunjukkan terdapat perbezaan pendapat yang ketara dalam
kalangan masyarakat Melayu dengan bukan Melayu terhadap sastera yang bertemakan hubungan
etnik.
Golongan Melayu rata-rata menganggap bahawa karya sastera kebangsaan telah
mencerminkan hubungan antara etnik dalam masyarakat negara ini. Bagi mereka, etnik bukan
Melayu hanya golongan minoriti dan tidak perlu diberi tumpuan yang terlalu banyak dalam
sastera. Apa yang ditekankan mereka ialah kedua-dua etnik itu digambarkan hidup dalam
keharmonian dan kesejahteraan dalam sastera Melayu.
Etnik bukan Melayu berpendapat bahawa hubungan muhibah dalam karya sastera Melayu
adalah bersifat idealis dan berbau propaganda. Dari segi lain, watak-watak utamanya terdiri
daripada orang Melayu, sedangkan bukan Melayu hanya sebagai watak sampingan atau watak
sisipan yang tidak penting. Jika nama mereka ditukarkan kepada nama etnik lain, seperti
Melayu, India atau lain-lain, hal itu tidak akan menjejaskan plot dan persoalan cerita. Bagi bukan
Melayu, setakat menyebut nama beberapa orang bukan Melayu tidak memadai untuk membawa
tema perpaduan nasional (Chew, 1997). Jika watak utama terdiri daripada bukan Melayu,
lazimnya para pengarang Melayu cenderung untuk menggambarkan watak Cina perempuan yang
dijodohkan dengan Melayu lelaki (Asmiaty Amat, 2000), lantas mereka terpaksa melepaskan
identiti Cina serta 'masuk Melayu'. Hal ini menggambarkan pandangan pengarang tempatan yang
sempit dan Malay-centric.
Dari satu segi, pertentangan pendapat di atas menggambarkan ketidakpuasan
majoriti etnik bukan Melayu terhadap kedudukan mereka yang dipinggirkan, terutamanya etnik
Cina yang merupakan 26 peratus daripada penduduk Malaysia. Mereka berpendapat bahawa
kedudukan mereka tidak diambil berat dan sumbangan mereka tidak dipedulikan pengarang
Melayu. Dari aspek lain, para pengarang Melayu menganggap bahawa hubungan antara etnik
hanya salah satu daripada ratusan persoalan yang perlu ditangani, lantaran itu topik itu tidak
perlu dijadikan tema utama.
Walau bagaimanapun hakikatnya sastera kebangsaan yang ditunjangi oleh sastera Melayu
kurang menampakkan kesignifikanannya dalam menampilkan hubungan antara etnik. Kajian
doktor falsafah Chew (2003) mengenai topik tersebut menunjukkan bahawa hanya 10.11
peratus daripada koleksi cerpen sayembara, Sasterawan Negara dan cerpen

72

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

perpaduan yang memaparkan tentang hubungan antara etnik. Sekiranya kajian tersebut
terangkum cerpen Islam dan cerpen yang tersiar dalam akhbar dan majalah hiburan tempatan,
peratusan tersebut akan menjadi lebih kecil. Keadaan ini menggambarkan kepada kita bahawa
sastera kebangsaan sejak zaman tradisional sehingga mutakhir masih bersifat dikotomi Melayu
dan belum menjangkau batasan etnik, sedangkan sastera kebangsaan harus dieksploitasi oleh
para pengarang sebaik-baiknya untuk mencapai persefahaman budaya, toleransi dan integrasi
nasional. Dalam hubungan ini, Muhammad Haji Salleh (1985, hlm, 143) pemah mengatakan
bahawa:
... watak kita (dalam sastera Melayu) berlegar dalam suatu yang agak kecil,
dan dikecilkan pula oleh pemerian yang stereotaip. Dan dunia novel Melayu
itu pada bahagian besamya dihuni oleh hanya orang Melayu, ada peribumi
atau asli lainnya, orang India dan Cina yang tiada stereotaip atau orang Serani
yang menanggung dua kebudayaan.
Walaupun pernyataan Muhammad Haji Salleh itu dibuat pada tahun 1985, namun
penyataan ini masih relevan untuk dirujuk kerana dunia sastera mutakhir masih belum
menampakkan perubahan yang drastik, yakni karya sastera di Malaysia masih tebal
dikotomi etnik Melayu. Keadaan ini diakui oleh Pamiekel (1994, hlm, 529) bahawa:
... tanpa pengetahuan latar tentang etnik Cina, pengarang terpaksa
membataskan diri kepada karya kesusasteraan Melayu terutamanya cerpen
Melayu untuk mencari punca kepada masalah yang hendak dibincangkan.
Dengan pemilihan ini, sudah tentulah seperti yang dijangkakan bahawa sudut
pandangan etnik Melayulah yang digambarkan dahulu di sini, oleh kerana
umumnya pengarang-pengarang Melayu lebih akrab berkecimpung dalam
kesusasteraan Melayu.
Dalam soal ini, dikotomi Melayu dalam sastera Melayu juga dipengaruhi oleh ruang,
masa dan milieu. Dengan erti kata lain, mereka hidup dalam dunia Melayu, budaya Melayu,
tempat tinggal dan kerja Melayu. Mereka jarang atau kurang berinteraksi dengan bukan Melayu
dalam kehidupan seharian. Perjumpaan di kawasan pasar atau kedai tidak mampu menjalin
hubungan muhibah dan mencapai persefahaman antara etnik (Fumivall, 1948). Keadaan menjadi
mudarat apabila setiap etnik memperoleh pendidikan di sekolah yang berbeza aliran sejak kecil.
Polarisasi ruang, masa dan milieu ini telah membentuk sikap prasangka dalam kalangan
pengarang Melayu semasa melukiskan watak bukan Melayu mereka seperti yang digambarkan
di atas.
Saranan Menangani Isu-isu Prasangka Terhadap Sastera Kebangsaan
Perbincangan di atas menunjukkan kadar prasangka etnik dalam kalangan sarjana terhadap
sastera Melayu masih menebal.Justeru itu langkah-langkah perlu diambil untuk
meningkatkan sikap toleransi dan mengurangkan prasangka itu kerana prasangka akan
mengekang integrasi nasional.

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

73

Menyentuh konsep sastera kebangsaan, pengkaji berpendapat bahawa sastera kebangsaan
boleh meliputi sastera etnik dengan syarat sastera etnik itu diterjemahkan dalam bahasa Melayu.
Terjemahan itu penting kerana bahasa etnik hanya difahami oleh etnik masing-masing, dan
bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara. Setelah sastera etnik itu diterjemahkan, baru semua etnik dapat memahami dan
menikmatinya (Chew, 2006).
Meskipun sastera etnik dalam sesuatu negara pada awalnya merupakan milik kelompok
etnik yang mempunyai ikatan budaya dengan negara asal mereka, namun apabila kelompok etnik
itu telah mengikrarkan diri sebagai warganegara dan taat setia kepada negara bermastautin itu,
maka sastera etnik itu dapat diterima sebagai milik negara berkenaan, dan bukannya milik negara
asal mereka (Z. Pangaduan Lubis & Iswadi, 2004). Dalam hal ini, sastera Mahua, misalnya
digolongkan sebagai sastera Malaysia. Namun sastera Mahua masih belum berubah statusnya
menjadi sastera kebangsaan kerana ia dihasilkan dalam bahasa Cina.
Sastera etnik lazimnya difahami oleh anggota daripada etnik yang sarna memandangkan
bahasa etnik lazim difahami kebanyakan penggunanya sahaja, yang terbatas kepada anggota
etnik serupa. Misalnya sastera Mahua kebanyakannya difahami oleh pembaca Cina; manakala
sastera Tamil oleh orang India. Hanya melalui terjemahan ke dalam bahasa Melayu sastera etnik
dapat dibaca oleh semua rakyat Malaysia. Dengan itu barulah sastera etnik dapat membantu
pembaca umum memahami serta menyedari tentang masyarakat serta budaya etnik tersebut.
Keadaan ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang berguna di samping memperkaya
tema dan topik perbincangan yang tidak terdapat dalam sastera Melayu.
Dalam majlis pelancaran antologi cerpen Mahua V, Impian di Pelabuhan pada
tahun 2005, Dato' Ong Tee Keat telah menyarankan kepada pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka agar menerapkan sastera etnik (Mahua dan Tamil)
dalam sukatan pelajaran KOMSAS (Komponen Sastera) dalam Bahasa Melayu sebagai antara
karya sastera Malaysia yang wajib dipe1ajari dan dikaji oleh para pe1ajar seko1ah menengah.
Saranan ini adalah langkah yang bijak dan bersesuaian dalam usaha menja1in hubungan harmoni
dan muhibah masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Selain itu, keadaan tersebut juga
menunjukkan perkembangan yang sihat dan pemikiran terbuka pihak kerajaan mengiktiraf
kedudukan sastera etnik sebagai sastera Malaysia.
Menyentuh isu penu1isan dan pandangan yang sempit, para pengarang digalakkan
banyak menulis tentang masyarakat berbilang etnik di Malaysia memandangkan tema integrasi
nasional sangat terbatas, sedikit dan klise sifatnya. Malahan kebanyakan karya itu dihasilkan
untuk menyertai sayembara yang berkenaan. Oleh itu karya tersebut 1ebih berbau propaganda
dan idealis. Untuk meluaskan pandangan, para pengarang juga harus bergaul antara satu sarna
lain dan tidak terkongkong da1am dunia masing-masing. Segala aktiviti sastera perlu melibatkan
bukan Melayu secara menyeluruh dan bukan bersifat bermusim atau setakat mengundang wakil
bukan Melayu seorang dua semata-mata.
Dalam hal ini, peranan GAPENA sangat penting dalam usaha menggalakkan pergaulan
antara etnik di Malaysia dengan mengadakan aktiviti kerjasama termasuklah mempromosikan
sastera Melayu untuk semua kelompok dan institusi. Meskipun GAPENA mengadakan
Simposium Berbilang Kaum sejak tahun 1999 yang bersifat interaksi dua hala setiap tahun,
namun simposium yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu lebih berupa pesta atau
festival sastera, yakni perbincanganny tidak menampakkan ciri-ciri berfokus, kesarjanaan

74

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

dan keilmiahan. Para pembentang kertas kerja membincangkan watak-watak, tema dan persoalan
dalam karya sastera secara intrinsik dan bukannya mengaitkan sastera dengan realiti masyarakat.
Sepanjang tujuh tahun dari 1999 hingga 2005, tiada kajian saintifik yang dilakukan oleh
para sarjana tentang sejauh manakah kejayaan sastera kebangsaan memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Kesemua kertas kerja itu lebih merupakan
lontaran idea, pemikiran dan perasaan peribadi tanpa penyelidikan lapangan yang lebih autentik
sifatnya. Kajian statistik tentang sastera perpaduan yang berjudul "Pembicaraan Madah Tanah
Indah (2002): Antologi Puisi Goh Then Chye dari Teori Sastera Perpaduan" yang dibentangkan
oleh pengkaji dalam Festival Puisi Pelbagai Kaum, telah mendapat sambutan yang
memberangsangkan. Festival itu dianjurkan bersama oleh DBP, GAPENA, dengan kerjasama
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Majlis Penulis Pelbagai Kaum, dan Persatuan
Penulis Sarawak Utara (PUTERA) yang bertempat di Miri, Sarawak pada 10-12hb. Jun, 2005.
Namun begitu, festival itu senyap dan tiada festival susulan pada tahun seterusnya.
Apa yang lebih membimbangkan ialah Simposium Berbilang Kaum telah dimansuhkan
sejak tahun 2006. Simposium itu telah diterapkan dalam aktiviti Festival Kemerdekaan dan
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKwa) tidak lagi menunjangi
Simposium Berbilang Kaum yang dianjurkan bersama GAPENA pada bulan September setiap
tahun. Kini diskusi tentang masyarakat berbilang kaum dan hubungan kaum hanya menjadi salah
satu komponen, subtema atau sesi perbincangan dalam Festival Kemerdekaan tahunan. Ini
bererti kepentingan dan perbincangan tentang sastera berbilang kaum disempitkan dan dihadkan
skopnya dalam program tahunan negara sedangkan matlamat utama semua dasar negara adalah
untuk mencapai integrasi nasional.
Berikutan itu, pihak GAPENA harus berusaha menerbitkan kertas-kertas kerja
yang
dibentangkan dalam Simposium Berbilang Kaum selama tujuh tahun dalam bentuk monograf
atau buku untuk kajian, perbincangan, rujukan para sarjana yang berminat terhadap sastera
berbilang kaum ini. Di samping itu, sebagai gabungan persatuan pengarang seluruh Malaysia,
GAPENA sewajarnya membuka pintu keahlian kepada persatuan Cina, India, Kadazan, Iban dan
lain-lain yang menghasilkan karya kreatif dalam bahasa Melayu. Hal ini amat penting bagi
melambangkan komposisi penduduk Malaysia yang sebenar di samping menunjukkan sikap
liberalnya terhadap semua etnik di seluruh negara. Kini daripada 22 buah persatuan pengarang
yang menjadi anggota kerabat GAPENA, didapati kesemuanya bersifat hagemoni Melayu. Ini
bererti anggota GAPENA tidak bersifat representatif. Perkara ini diakui sendiri oleh Ismail
Hussein (1987) bahawa 98 peratus anggota dasarnya terdiri daripada cendekiawan Melayu, dan
penyertaan daripada bukan Melayu masih amat minimum, iaitu kira-kira 20 orang. Keadaan ini
tidak banyak berbeza sehingga kini. Hanya dengan membuka ruang kepada bukan Melayu
barulah interaksi dua hala lebih berkesan, bererti, mendalam dan berpanjangan.
Selain itu, usaha gigih yang dipelopori oleh Allahyarham Usman Awang dalam
menemukan pengarang dan penggiat sastera Melayu dengan bukan Melayu, menerusi
Majlis Penulis Berbilang Kaum, harus diteruskan dan diperkukuhkan di peringkat
wilayah, negeri dan kebangsaan. Para sasterawan harus mengamalkan sifat terbuka
seperti Usman Awang dalam menggauli bukan Melayu dan sentiasa berinteraksi atau
mengadakan dialog budaya dengan etnik lain dalam usaha mengeratkan silaturahim

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

75

antara satu sarna lain. Majlis tersebut memainkan peranan utama dalam menjalin dan
mempergiat interaksi antara Melayu dengan bukan Melayu dalam mahupun luar negara.
Pengarang-pengarang Kadazan, Duzun, Iban, Cina, dan Tamil hendaklah bekerjasama
melalui inisiatif kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri, dan bukannya hanya menghasilkan
sastera etnik masing-masing dalam dunia masing-masing tanpa interaksi dengan etnik lain.
Keadaan ini disebabkan kesemua sastera etnik adalah sastera Malaysia yang turut memberi
sumbangan kepada khazanah sastera tanah air kita.
Di samping itu, aktiviti sosial dalam kehidupan Malaysia misalnya rumah terbuka di
peringkat kebangsaan dan negeri semasa musim perayaan hendaklah diselitkan dalam sastera
seperti lagu, drama pendek, puisi atau sketsa. Aktiviti tersebut boleh disertai oleh berbilang
etnik, dan bukannya hanya didominasi oleh suatu etnik tertentu. Misalnya Drama 'Siti Zubaidah'
dan 'Puteri Hang Li Po' di mana watak utamanya harus dipegang oleh watak Cina sesuai dengan
cerita dan bukannya sebagai pelakon sampingan semata- mata. Usaha ini bukan sahaja dapat
menghapuskan sikap prasangka antara etnik malahan turut melahirkan rasa kekitaan, seterusnya
memupuk hubungan yang muhibah antara etnik dalam masyarakat Malaysia.
Menurut teori kontak, apabila setiap etnik semakin kerap berhubung, maka semakin
rapatlah hubungan antara etnik (Adnan Kamis, 1991). Perkara ini bertepatan dengan peribahasa
Melayu yang berbunyi 'Tak kenal maka tak cinta'. Kajian-kajian yang dilakukan di negara-negara
barat menunjukkan sastera memainkan peranan penting sebagai media yang merapatkan
hubungan antara etnik. Contohnya di Amerika Syarikat, sejak kecillagi, kanak-kanak diajar
tentang sastera. Dalamnya terdapat kontak antara etnik secara positif yang akhirnya menyemai
perasaan atau sentimen kekitaan (oneness) dalam diri kanakkanak seperti pepatah Melayu
'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'.
Kajian Thrower (1996) menunjukkan bahawa kanak-kanak mengingati cerita yang
membawa imej stereotaip perkauman lebih baik daripada cerita yang membawa imej kaunterstereotaip. Oleh itu, adalah penting bagi para guru menceritakan lebih banyak kisah yang
mempunyai imej kaunter-stereotaip. Manakala kajian yang dibuat oleh Fine, Weis dan Powell
(1997) mendapati bahawa pendekatan nasihat yang diambil daripada penulisan (bahan
kesusasteraan) ada peranan dan pengaruh dalam mengubah permasalahan prasangka kaum.
Selanjutnya kesan yang positif terlihat di dalam menanamkan bibit integrasi dalam kalangan
pekerjanya.
Maka boleh dirumuskan bahawa pendidikan boleh dieksploitasikan sebagai mekanisme
yang kukuh untuk memupuk kesefahaman dan interakasi budaya, seterusnya mengikiskan
prasangka dalam kalangan rakyat Malaysia. Semua rakyat tanpa mengira etnik harus
mengamalkan sikap saling menghormati dan menerima perbezaan antara satu sarna lain untuk
menjamin kelangsungan kehidupan yang muhibah. Amalan ini merupakan sikap toleransi yang
harus dijiwai oleh semua rakyat Malaysia di bawah polisi 'unity in diversity' (penyatuan melalui
kepelbagaian) (Ongkili, 1985).
Selain itu, percanggahan pendapat antara Melayu dengan bukan Melayu didapati sangat
kuat dipengaruhi oleh faktor pendidikan. Maka jalan penyelesaiannya harus diselusuri sejak
pendidikan sekolah rendah lagi, iaitu dengan melaksanakan sekolah Wawasan. Konsep Sekolah
Wawasan memenuhi Sasaran Kerja Utama Piagam Pelanggan Kementerian Pendidikan pada
tahun 1994, yakni semua sekolah rendah pelbagai aliran dibina dalam satu kompleks.
Keadaan ini membolehkan pertemuan dan interkasi

76

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

kepelbagaian latar belakang budaya, etnik, agama, sosial dan ekonomi secara semula jadi tanpa
paksaan dalam kalangan murid-murid yang terlibat. Justeru Kementerian Pendidikan telah
melaksanakan konsep tersebut dan setiap negeri dirancang untuk mendirika