Anda telah ditempatkan untuk mengajar di

“Anda telah ditempatkan untuk mengajar di sebuah sekolah di pinggir
bandar(1) . Anda tidak pernah menjejaki kaki di tempat tersebut tetapi
anda percaya anda boleh membuat pembaharuan kepada murid-murid
di sekolah tersebut. Anda mendapati murid di sekolah tersebut terdiri
daripada pelbagai kaum yang datang dari pelbagai tempat di Malaysia (2).
Ada antara mereka merupakan anak kepada ibu tunggal(3) yang
melakukan dua perkerjaan yang membolehkan mereka berjumpa hanya
di hujung minggu. Separuh daripada murid berada di garis kemiskinan(4),
melayakkan mereka mendapat Rancangan Pemakanan Tambahan (RMT).
Kebanyakan mereka bertutur menggunakan dialek masing-msaing dan
kurang berkemampuan berkomunikasi secara berkesan dalam bahasa
Melayu mahupun bahasa Inggeris(5). Selain masalah kepelbagaian murid,
anda sangat terkejut dengan keadaan fizikal sekolah(6) dan bilik darjah
yang memerlukan banyak pengubahsuaian dan baik pulih.”