Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah (1)

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa

Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau
prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan
tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL
Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan lisan
bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyi
bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilihan
kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur tersebut dengan betul supaya
tergambar makna yang betul. Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori
pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang
penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem
bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul.
Pendekatan ini berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilahberlandaskan prinsip pengajaran
seperti pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru yang banyak dan setiap gerak balas yang
betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi. Murid-murid tidak boleh bertutur dengan
lancar jika mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi, para pelajar perlu diberi
mereka peluang untuk bertutur. Antara aktiviti berturtur yang boleh dijalankan di dalam bilik darjah

bagi pendekatan situasi ialah latih tubi,dialog dan nyanyian serta latihan pandang dan sebut.

Latih Tubi
Latih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola
yang digunakan oleh guru.latihan ini dimulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru
dan mengulangi sebutan tersebut. Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut,
murid harus mengulanginya lagi. Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan
bunyi-bunyi fonem yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid. Pasangan perkataan

yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan.
Contohnya, daki dengan laki, taridengan lari,malu dengan balu.

Dialog dan Nyanyian
Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihanlisan. Bahagianbahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapatmenyuruh murid meniru dan
menghafal dialog. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan kerana
menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul.

Latihan Pandang dan Sebut
Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut
merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks

latihan. Carta bergambar,bahagian filem dan slide juga digunakan. Semua alat digunakan supaya
murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik

PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN
TEKNIK PERMAINAN BAHASA
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif,
pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan
menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan
dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini
diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu merangsang
interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran,
bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan,
pengukuhan dan penggayaan. Permainan dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang
mengembirakan murid. Guru dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Dapat

menanamkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Selain itu, guru juga dapat melatih muridmurid untuk mengaktifkan kecekapan bahasa merekaserta mengembangkan penguasaan keempatempat kemahiran bahasa.
Tujuan Teknik Permainan
Mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan

Menggembirakan serta membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan
semasa bermain. Selain itu, dengan menggunakan teknik permainan dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh
murid-murid. Teknik ini juga dapat mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid
berinteraksi dengan rakan sebaya mereka dan mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi
menjayakan sesuatu tugas yang diberi.

Contoh Permainan
Terdapat pelbagai contoh permainan yang dapat diaplikasikan dalam teknik permainan. Antaranya
ialah permainan yang berasaskan pemerhatian atau ingatan, permainan yang berasaskan huraian
atau meneka, permainan yang berasaskan interaksi kumpulan atau antara individu , permainan kad
atau permainan dam.

PEMBELAJARAN BERASASKAN BAHAN / AKTIVITI
Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan. Dibawah konteks pendidikan, ia melibatkan segala
gerak kerja yang dilakukan oleh guru dan murid untuk mencapai objektif pelajaran. Dengan kata lain,
aktiviti mengandungi segala tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Aktiviti juga
merupakan suatu pendekatan utama dalam pendidikan moden. J. Dewey (1910) mengatakan
pelajaran haruslah berasaskan aktiviti murid. Melalui aktiviti murid, JERIS mereka dapat
dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang. Murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan

melalui cara praktik. Di dalam konteks pendidikan moden, terdapat pelbagai aktiviti dan tugasan yang
boleh digunakan di sekolah.
Antaranya aktiviti yang dapat dijalankan ialah membaca, menulis, mengira, bermain, berbincang,
membuat model, melukis, menyelesaikan masalah, menyanyi dan sebagainya. Penggunaan pelbagai
aktiviti P&P yang disarankan diatas telah menghasilkabeberapa kaedah mengajar yang berkaitan

seperti kaedah penyelesaian masalah, kaedah perbincangan dan sebagainya. Kaedah ini juga
digunakan untuk membimbing murid-murid menjalankan aktiviti.