Budaya asing terhadap budaya in (3)

4.0 Budaya
Budaya merupakan amalan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat secara turun temurun.
Antara budaya yang diamalkan oleh masyarakat ialah makanan, adat istiadat, pakaian,
permaianan

tradisional,

alat

muzik,

persembahan,

kebudayaan

dan

kesenian.

Pembangunan industri budaya berperanan penting dalam pembinaan budaya popular dan
budaya massa. Bahan-bahan budaya yang ditawarkan sentiasa berubah, menyesuaikan

dengan cita rasa budaya orang ramai yang sentiasa berubah dalam mengejar sesuatu yang
moden dan baru.
Pengusaha industri budaya berusaha menawarkan bahan-bahan budaya yang boleh
menjadikan bahan-bahan budaya itu sebagai bahan-bahan budaya popular. Industri
budaya juga berusaha menyebarkan bahan-bahan budaya seluas mungkin. Penyebarannya
itu memainkan peranan bagi mempengaruhi para pengguna mengalami proses modenisasi
dan urbanisasi. Setiap negara mempunyai keunikan warisan budaya bangsanya yang
tersendiri.
Warisan budaya bangsa merupakan adat dan cara hidup sesebuah kaum atau bangsa
yang diamalkan sejak turun-temurun. Adat dan budaya ini selalunya diajar oleh ibu bapa
kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi untuk membiasakan anak-anak itu dengan
budaya bangsa mereka. Warisan budaya bangsa mestilah dipertahankan dan diamalkan
serta perlulah diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain agar khazanah itu tidak
pupus ditelan zaman. Adat istiadat sesebuah bangsa itu perlulah dilaksanakan dengan
meriah agar generasi muda pada zaman ini dapat mengetahui budaya kaum masingmasing seperti perayaan.
Oleh hal yang demikian, warisan budaya bangsa perlulah dijaga dengan baik
untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Sebagai contoh, keunikan dan keharmonian
budaya dan adat masyarakat Malaysia boleh dijadikan aset penarik pelancong dari luar
negara untuk melawat negara kita yang mempunyai kepelbagaian adat dan kebudayaan
ini. Pihak kerajaan perlulah mengatur strategi yang mantap dalam mengeksploitasikan

warna-warni citra kebudayaan masyarakat dan adat negara sebagai alat tarikan pelancong
sekali gus meningkatkan sektor pelancongan negara.
Sebagai contohnya ialah budaya makanan. Kepelbagaian makanan yang
memenuhi pelbagai selera daripada masyarakat yang berbilang kaum hendaklah dijadikan

elemen untuk menarik minat pelancong. Makanan tradisional di sesebuah negara itu
hendaklah dieksport ke negara luar untuk berkongsi tentang warisan budaya bangsa
tempatan. Santapan tradisional juga perlu dipromosikan dan didemontrasikan ke
peringkat antarabangsa agar pelancong asing akan berminat untuk melawat Malaysia.
Sebagai contoh, pembuatan perencah rendang atau tempoyak di Malaysia harus
dipergiat lagi untuk diperluas ke pasaran global kerana makanan-makanan itu merupakan
makanan tradisional di Malaysia dan perlu diketengahkan di mata dunia dalam usaha
menarik minat pelancong dari negara luar untuk datang melawat Malaysia. Makanan
tradisional di Malaysia telah menjadi tarikan ramai pelancong sejak dulu lagi kerana
variasinya daripada manis hinggalah pedas disebabkan wujudnya masyarakat berbilang
kaum yang mempunyai budaya makanan dan warisan masakan yang berbeza antara satu
sama lain dan mempunyai keunikan yang tersendiri.

Dokumen yang terkait

Analisis Komparasi Internet Financial Local Government Reporting Pada Website Resmi Kabupaten dan Kota di Jawa Timur The Comparison Analysis of Internet Financial Local Government Reporting on Official Website of Regency and City in East Java

19 819 7

Analisis Pengaruh Pengangguran, Kemiskinan dan Fasilitas Kesehatan terhadap Kualitas Sumber Daya Manusia di Kabupaten Jember Tahun 2004-2013

21 388 5

Analisis terhadap hapusnya hak usaha akibat terlantarnya lahan untuk ditetapkan menjadi obyek landreform (studi kasus di desa Mojomulyo kecamatan Puger Kabupaten Jember

1 88 63

Improving the Eighth Year Students' Tense Achievement and Active Participation by Giving Positive Reinforcement at SMPN 1 Silo in the 2013/2014 Academic Year

7 202 3

Kekerasan rumah tangga terhadap anak dalam prespektif islam

7 74 74

Analisis pengaruh modal inti, dana pihak ketiga (DPK), suku bunga SBI, nilai tukar rupiah (KURS) dan infalnsi terhadap pembiayaan yang disalurkan : studi kasus Bank Muamalat Indonesia

5 112 147

Analisis pengaruh pajak daerah, retribusi daerah, dan hasil badan usaha milik daerah terhadap pendapatan asli daerah Kota Tangerang (2003-2009)

19 136 149

Pengaruh model learning cycle 5e terhadap hasil belajar siswa pada konsep sistem ekskresi

11 137 269

Pengaruh metode sorogan dan bandongan terhadap keberhasilan pembelajaran (studi kasus Pondok Pesantren Salafiyah Sladi Kejayan Pasuruan Jawa Timur)

45 253 84

The Effectiveness of Computer-Assisted Language Learning in Teaching Past Tense to the Tenth Grade Students of SMAN 5 Tangerang Selatan

4 116 138