Seni Lukisan Jalanan Mural Dan Graffiti

Seni Lukisan Jalanan Mural Dan Graffiti : Estetika Dan
Pandangan Masyarakat
Oleh
Saiful Ikhmal Bin Zainodin
Pengurusan Seni
Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
saifulikhamlzainodin@gmail.com

ABSTRAK
Kegiatan seni adalah kegiatan yang tidak terbatas berikutan nilai dan maksud yang meluas.
Begitu juga dengan kegiatan seni jalanan mural dan graffiti yang dipelbagaikan kini. Kajian
ini adalah berfokuskan kepada estetika dan pandangan masyarakat terhadap seni tersebut
yang berfokuskan kepada penduduk Bandar Kluang. Hasil menunjukkan nilai ekspresi dan
kegiatannya diterima oleh masyarakat kini berbanding sewaktu ketika dahulu nilai
pengekspresian seni mural dan graffiti ini dipandang negatif.
Kata kunci : seni jalanan; mural; graffiti; masyarakat; bandar Kluang

1. Pengenalan
Kegiatan seni merupakan sesuatu bidang yang kian berkembang pesat pada masa kini. Seni
merupakan sesuatu bidang yang meluas dan tidak terhad dimana di dalamnya terkandung

pelbagai aspek reka bentuk seperti seni visual, seni muzik, seni rupa, seni tari dan pelbagai
lagi yang melibatkan kreativiti. Seni dan kreativiti tidak dapat dipisahkan antara satu sama
lain. Oleh itu, tidak hairanlah jika seni mempunyai nilai keunikan yang tersendiri kerana
sesuatu seni itu dihasilkan dari pemikiran.
Seni juga boleh diaspirasikan di mana sahaja. Ini dapat dibuktikan dengan adanya seni
jalanan yang kini kian berkembang pesat pengunaannya. Seni lukisan jalanan mural dan
graffiti merupakan suatu seni yang dipamerkan di dinding-dinding bangunan yang
kebanyakkannya dapat kita lihat di kawasan bandar pada masa kini. Kegiatan seni lukisan
mural dan graffiti pada masa kini kian berkembang pesat demikian disebabkan oleh inisiatif
pihak pengurusan perbandaran untuk mencantikkan kawasan persekitaran bandar selain
menghargai kegiatan seni. Ini dapat menarik perhatian pengunjung dan memperlihatkan
persekitaran yang meriah dan ceria dengan karya-karya graffiti di dinding-dinding bangunan.
Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada bakat-bakat muda untuk mengaspirasikan
bakat yang meraka perolehi dengan berkarya.
2. Sorotan Lituratur
Definisi seni
Menurut Maharani (2012), seni bermaksud kecil sekali, halus, molek atau elok, kecekapan
atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah. Seni merupakan olahan atau ilustrasi
indah yang terjadi hasil daripada pemikiran dan kreativiti. Seni merupakan suatu yang
berperanan bersifat psikologi dan sosiologi. Ini bermaksud, dengan adanya seni ia

menghubungkan semua sifat sama ada dari segi dalaman ataupun luaran. Seni itu tidak terhad
kepada satu perkara sahaja. Ia juga adalah pengalaman dan rangsangan yang dilahirkan oleh
seseorang individu.
Definisi Seni Jalanan
Daripada pernyataan Omar, Sakip dan Akhir (2016) seni juga boleh diekspresikan dimanamana sahaja. Ini dapat dibuktikan dengan adanya seni-seni lukisan jalanan yang terdapat di
mana sahaja dan kian berkembang pesat pengunaannya. Seni awam di kawasan bandar akan

membantu meningkatkan kualiti visual di sesuatu kawasan. Dinding yang membosankan
akan diberikan kehidupan atau pandangan baru dengan penambahan seni mural atau 3D. Seni
ini dijangka akan menyumbang secara visual dan pengalaman terhadap kualiti kehidupan
masyarakat yang mengalaminya sebagai elemen dalam persekitaran harian mereka.
Seni jalanan ini telah berkembang jauh pada setiap tahun sehingga terhasil seni jalanan kini.
Bentuk seni ini telah berkembang di dalam pelbagai bentuk seni yang kompleks yang
meliputi pelbagai cara. ‘World Atlas of Arts Street and Grafitty’ adalah pemandangan seni
antarabangsa yang meninjau dan menyatukan semua seniman seni jalanan bandar serta
menampilkan karya seni bandar sebagai suatu yang khusus dan mengevolusikan seni jalanan
dan grafitti di setiap rantau (Maric, 2014).
Definisi Mural
Menurut Meiboudi, Karimzadegan dan Khalilnejad (2011) bahawa mural merupakan suatu
kata yang berasal daripada latin yang membawa maksud Murus yang bermaksud dinding.

Mural merupakan suatu lukisan besar yang memenuhi ruang bangunan atau ruang-ruang
dinding. Seni mural ini merupakan salah satu bentuk seni rupa tetapi mempunyai maksud
atau nasihat yang terkandung di dalamnya untuk diperlihatkan kepada khalayak umum. Seni
mural ini dapat dihubungkan dengan kata atau ungkapan sebagai seni kontemporari, seni
lukisan kontemporari ini telah mentakrifkan lukisan mural adalah lukisan yang telah dibuat
diatas dinding sebagi penghias yang boleh dikendalikan melalui dua cara iaitu secara
langsung pada permukaan dinding seperti fresco atau di papan serta tapak untuk dipasang
pada dinding.
Menurut Schneller dan Irizarry (2014) seni mural adalah bersifat demokratik atau bebas. Ia
adalah seni yang boleh diakses oleh semua orang yang berkaitan peristiwa, pengalaman
semasa atau yang lepas dan mengekspresikan secara mendalam dan mengangap tujuannya
untuk memberikan inspirasi dan visi untuk masa akan datang. Ini menunjukkan bahawa seniseni mural yang semakin berkembang ini merupakan sesuatu yang bernilai untuk tatapan dan
juga pengajaran kepada orang awam.
Definisi Grafitti
Graffiti pada asalnya telah dianggap sebagai satu jenayah vandalisme, misteri dan ancaman.
Kewujudannya graffiti ini adalah daripada budaya hiphop. Revolusi graffiti mula
berkembang di bandar New York pada tahun 1970-an dan 1980-an di mana golongan remaja

masa itu mengekspresikan graffiti ini pada permukaan yang rata seperti kereta, kereta api dan
dinding untuk menyuarakan pemberontakan mereka. Namun, kesan daripada peredaran

zaman menyebabkan perubahan cara ekspresi graffiti tersebut sehinggalah dikenali sebagai
sebahagian seni jalanan (Houghes, 2011).
Graffiti merupakan suatu lakaran yang dibuat pada dinding. Graffiti merupakan perkataan
yang berasal dari itali yang membawa maksud graffito yang membawa maksud lakaran. Ia
merupakan sesuatu cabang seni lukisan kreatif yang membawa nilai estetika yang tinggi
sangat tinggi dan kebanyakkan pengkarya grafitti ini dipelopori oleh golongan muda. Seni
graffiti ini merupakan platform yang sangat berguna kepada golongan muda kerana aktiviti
ini memberi peluang kepada golongan muda mengekspresikan bakat yang ada pada mereka
dengan berkarya graffiti (Houghes, 2011).
Menurut Dickens (2013), seni graffiti dan seni jalanan merupakan suatu seni yang bermula
dengan perkembangan yang tidak memberangsangkan di dalam sistem seni. Tetapi,
penerimaan masyarakat pada waktu itu terhadap kedua-dua seni ini berbeza. Seni grafitti
lebih diterima masyarakat berbanding seni jalanan. Pada pertama kalinya, seni ini muncul
pada 1960-an di mana seni ini dijadikan sebagai medium yang penting kepada golongan belia
pada waktu tersebut terhadap nasib kurang baik mereka.
Definisi Mural Dan Grafitti
Seni lukisan jalanan mural dan graffiti merupakan salah satu seni yang dipamerkan di
dinding-dinding bangunan di mana kebanyakkannya dapat kita lihat di kawasan perbandaran
pada masa kini. Kegiatan seni lukisan jalanan mural dan graffiti pada masa kini kian
berkembang pesat demikian oleh inisiatif pihak pengurusan perbandaran untuk mencantikkan

kawasan persekitaran bandar dengan mengunakan seni. Pihak berkuasa tempatan juga
memberikan kebenaran kepada pengiat seni di dalam mural dan graffiti mengekspresikan
kesenian yang dimilikinya dan diolahkan di dinding-dinding bangunan tanpa perlu meminta
kebenaran kepada pihak yang berkenaan untuk melakukan aktiviti berkenaan tetapi haruslah
dengan alasan untuk memperbaiki pandangan sekitar sesuatu kawasan.
Seni lukisan jalanan mural dan graffiti ini juga boleh dikatakan sebagai suatu artifak. Ini
kerana sesuatu hasil seni tersebut mempunyai makna atau pengisian tentang sesuatu watak,
pandangan, nilai moral, budaya dan sebagainya oleh (Stamatescu dan Rusu, 2011). Sebagai
contohnya, hasil-hasil karya kebanyakannya yang ekspresikan di dinding-dinding bangunan

dan sebagainya adalah daripada budaya tempatan, kaum dan juga negara. Dengan itu, hasil
ekspresi tersebut sudah membuktikan bahawa seni lukisan jalanan mural dan graffiti ini
perlulah dihargai dan juga difahami maksud penyampaiannya.
3. Metodologi Kajian
Kuantitatif

Borang Soal Selidik

Bahagian A :Demografi
4.


Bahagian B :Objektif 1

Bahagian C: Objektif 2

Bahagian D: Objektif 3

Penduduk Kluang

Dapatan Kajian

Di dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah kuantitatif di mana menggunakan
borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang utama di dalam mendapat data yang
diperlukan bagi mencapai objektif kajian. Borang soal selidik yang akan digunakan akan
mengandungi soalan yang bersesuaian berdasarkan kepada objektif yang telah ditetapkan.
Soalan-soalan tersebut direka berdasarkan daripada pembacaan pengkaji daripada kajian yang
lepas, buku, jurnal dan sebagainya. Borang soal selidik ini akan diedarkan sebanyak 385
borang kepada penduduk sekitar Kluang yang dijadikan sebagai respondan kajian. Respondan
akan dipilih secara rawak. Setelah borang soal selidik diedarkan dan telah di isi, pengkaji
akan menggunakan applikasi komputer iaitu SPSS untuk menganalisis data.

4 Dapatan Kajian
Secara keseluruhannya, hasil daripada perbincangan yang diperoleh daripada analisa data
yang telah dibincangkan pada bab ini yang merujuk kepada objektif pertama kajian

dijalankan menunjukkan bahawa pandangan responden terhadap seni lukisan jalanan
menunjukkan pandangan yang positif.
Seni jalanan adalah kegiatan vandalisme
sangat tidak

tidak setuju

neutral

setuju

Total
sangat setuju

setuju
rendah

Tahap
pendidikan

Total

0

6

5

1

0

12

menengah

44


105

50

14

5

218

vokasional

16

10

10

1


0

37

matrik

22

5

4

0

0

31

universiti


54

22

10

1

0

87

136

148

79

17

5

385

Jadual 1 : Analisa Terhadap Seni Jalanan Sebagai Vandalisme
Berdasarkan Tahap Pendidikan
Data di atas adalah perkaitan antara tahap pendidikan tamat responden dan penyataan bahawa
seni jalanan adalah kegiatan vandalisme. Berdasarkan daripada data yang diperoleh, hanya 22
orang responden yang menyatakan seni jalanan adalah kegiatan vandalisme. Ini menunjukkan
hanya 26% sahaja berbanding responden yang berpandangan negatif dengan kadar peratusan
74% dan menunjukkan bahawa pandangan negatif masyarakat telah berubah kepada positif
dimana masyarakat tidak lagi menganggap seni jalanan adalah kegiatan vandalisme. Selain
itu, perbezaan tahap pendidikan juga tidak menjadi punca kepada perubahan pandangan
masyarakat. Ini kerana, setiap tahap pendidikan responden mempunyai pandangan positif
bahawa seni jalanan bukan kegiatan vandalisme. Tambahan pula, berdasarkan kepada jumlah
responden yang mempunyai pandangan yang positif berkaitan penyataan ini menunjukkan
juga dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu pendidikan tinggi iaitu matrik dan universiti
dan pendidikan sederhana iaitu rendah, menengah dan vokasional. Berdasarkan kepada
pembahagian kategori tersebut menunjukkan tahap pendidikan sederhana iaitu rendah,
menengah dan vokasional memberikan kadar perutasan yang tinggi iaitu 64% berbanding
pendidikan tinggi hanya 36% daripada jumlah keselurahan responden yang berpandangan
positif. Akan tetapi, masih terdapat 79 orang responden yang berbelah bahagi dengan
pendapat tersebut. Namun, ia tetap menunjukkan peratusan tertinggi adalah positif.
Merujuk kepada objektif kedua kajian, pengkaji telah merumuskan bahawa pemahaman
masyarakat terhadap tujuan lain seni mural dan graffiti diekspresikan menunjukkan respon

yang negatif. Ini mungkin disebabkan oleh kurang pendedehan tentang aspek seni visual di
dalam pembelajaran responden.
Kesedaran hidup bermasyarakat
sangat tidak

tidak setuju

neutral

Total

setuju

sangat setuju

setuju

pendidikan

rendah

0

2

9

0

1

12

menengah

0

16

106

79

17

218

vokasional

0

4

26

4

3

37

matrik

0

0

5

26

0

31

universiti

3

0

64

17

3

87

3

22

210

126

24

385

Total

Jadual 2 : Perbandingan Antara Tahap Pendidikan Responden Dan Kesan Kepada Kesedaran
Hidup Bermasyarakat
Berdasarkan kepada rajah yang di nyatakan, data yang diperoleh menunjukkan pemahaman
responden yang negatif. Ini kerana seramai 235 orang responden memberikan pandangan
negatif terhadap penyataan bahawa seni jalanan memberikan kesedaran hidup bermasyarakat
kepada masyarakat Kluang. Pandangan tersebut membawa peratusan sebanyak 60%.
Berdasarkan data tersebut juga menunjukkan majoriti responden membuat pilihan jawapan
negatif walaupun daripada latar belakang tahap pendidikan yang tinggi ini kerana tahap
pendidikan bukan menjadi kayu ukur atau salah satu faktor kepada pemahaman individu di
dalam seni. Ini menunjukkan bahawa, responden tidak dapat mengenal pasti atau memahami
ilustrasi yang disampaikan melalui hasil karya seni yang mempunyai unsur nilai
kemasyarakatan. Ini mungkin disebabkan oleh faktor karya yang mempamerkan nilai yang
terlalu tersirat sehingga menyukarkan penonton atau pengunjung untuk memahaminya.
Bagi objektif ketiga kajian dijalankan adalah berkenaan faktor yang mendorong kepada
kunjungan dilakukan. Berdasarkan kepada hasil rumusan data yang diperoleh menunjukkan
bahawa faktor yang mendorong responden untuk melakukan kunjungan adalah dorongan
daripada kemahuan diri sendiri.

2
80
140

sangat tidak setuju
neutral
setuju
sangat setuju
163

Rajah 1 : Faktor Rasa Ingin Tahu Individu
Rajah 4.34 di atas merujuk kepada faktor rasa ingin tahu individu untuk berkunjung ke
Laman Seni Kluang. Berdasarkan data yang diperolehi menunjukkan bahawa 163 orang
responden setuju dan 140 pula menyatakan sangat setuju dengan penyataan tersebut.
Manakala bagi responden yang menyatakan sangat tidak setuju pula adalah 2 orang. Bagi
responden yang menyatakan neutral pula adalah seramai 80 orang. Oleh itu, pengkaji
menganggap bahawa kunjungan dilakukan adalah disebabkan individu ingin melihat hasil
seni secara langsung.
5 Cadangan
Individu dan masyarakat
Kajian seperti ini akan memberikan pengetahuan yang mendalam kepada individu dan
masyarakat tentang seni mural dan graffiti. Seperti yang sedia maklum, kebanyakkan
masyarakat menganggap bahawa seni graffiti ini merupakan suatu jenayah iaitu vandalisme
(Houghes, 2011). Jadi dengan adanya kajian ini dapat dijadikan sebagai kayu ukur atau
pendedahan kepada individu atau masyarakat yang tidak mempunyai pengetahuan tentang
seni atau yang meminati bidang seni untuk lebih memahami dan mendalami suatu seni itu
sendiri. Ini kerana, pemahaman yang mendalam tentang seni akan memudahkan dan
berupaya untuk mengubah pandangan individu atau masyarakat agar lebih positif tentang seni
itu seni.

Pihak Majlis Perbandaran Kluang.
Di dalam cadangan untuk mempertingkatkan persekitaran, pihak berkuasa perlulah
mengambil tahu dengan terlebih dahulu tentang pandangan masyarkat terhadap pengunaan
kaedah menjadikan seni lukisan jalanan seni mural dan graffiti sebagai elemen perubahan
persekitaran. Berdasarkan daripada hasil-hasil kajian yang diperolehi, pihak berkuasa
tempatan perlulah memberikan pendedahan kepada masyarakat tempatan tentang tujuan dan
kepentingan kaedah ini diperkenalkan. Ini kerana, sokongan daripada masyarakat
persekitaran merupakan aspek penting untuk pembangunan persekitaran. Selain itu, dengan
pendedahan yang diberikan sekaligus dapat memberikan minat di kalangan masyarakat untuk
turut bekerjasama dalam usaha pihak berkuasa tempatan mengubah persekitaran. Selain itu
juga pendedahan yang diberikan kepada masyarakat juga dapat mengubah pandangan
masyarakat untuk menerima pengekpresian seni ini di persekitaran mereka.
Pengkaji akan datang.
Kajian ini diharapkan juga dapat dijadikan sebagai panduan kepada pengkaji akan datang
untuk menghasilkan penulisan yang lebih menarik dengan tahap objektif yang lebih berkesan
dalam menjadikan penulisan berkaitan seni ini menjadi lebih baik. Selain itu, pengkaji akan
datang diharapkan dapat membuat kajian kepada skop kajian yang berbeza dengan kajian
yang telah dilakukan. Ini kerana, perbezaan demi perbezaan tentang kajian yang dilakukan
yang berkaitan seni ini dapat memberikan pendedahan yang lebih meluas kepada pihak-pihak
tertentu dan memberikan bimbingan kepada pihak berkuasa tempatan untuk lebih
mempergiatkan secara efektif dalam usaha mengunakan kaedah seni ini sebagai elemen yang
mampu mengubah persekitaran tempatan.

Rujukan
Maharani, I. A. (2012). Arti Seni & Perkembangan Nilai Seni. Fakultas Seni Rupa Dan
Desain.
Omar, S. S. (2016). Procedia - Social and Behavioral Sciences. bringing the new to the old :
urban generation through public arts.
Maric, B. (2014). History Of Street Art diperoleh pada Oktober 12, 2017 daripada
http://www.widewalls.ch/the-history-of-street-art/. Widewalls.
Meiboudi, H. K. (2011). Enhancing children's environmental awareness in kindergarten of
Mashhad city using mural painting. Procedia - Social and Behavioral Sciences.
Schneller, A. J. (2014). Imaging Conservation : sea tuetle mural and their effect on their
community pro-environmental attitudes in Baja California Sur, Mexico. Ocean and
Coastal Management.
Hughes, M. L. (2011). Street Art & Graffiti Art. Developing an Understanding.
Dickens, L. (2013). Street Art in the Changing City: Theoretical Perspectives. International
Interdisciplinary Conference.
Stamatescu, M. V. (2011). Procedia Social and Behavioral Sciences. Mural message for
future generations.