Latar Belakang Ciri Fizikal Dan Budaya
Latar Belakang Ciri Fizikal Dan Budaya
Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah Seremban 3.Seremban 3
atau bandar satelit (kawasan metropolitan yang lebih
kecil) yang sedang dimajukan terletak 6km di selatan
barat Seremban, Negeri Sembilan.Jaraknya 1.7km dari
Rasah Jaya,2km dari Mambau,3.5 dari Seremban dan
22km dari Port Dickson.
Bermula pada tahun 2012,sedikit demi sedikit
perumahan Taman Seremban 3 Fasa 1 dibina.Diikuti
pembinaan UiTM Seremban pada tahun 2011 dan mula
beroperasi Januari 2014.Sekolah Menengah
Kebangsaan Seremban 3 pula pada tahun 2013.
Seremban 3 dirancang untuk dijadikan sebagai pusat
pendidikan.Kompleks UniCity berkonsep kampus
sedang dalam pembinaan.Taman Seremban 3 Fasa 1
mula didiami pada Ogos 2014 sebanyak 37 unit rumah
teres satu tingkat dan 35 unit rumah teres dua tingkat.
Bentuk muka bumi pada asalnya tanah gembur yang
tidak terlalu curam dan masih keliharan pokok-pokok
getah hidup subur.Tanah merah keperangan yang telah
diratakan untuk membina perumahan.Sistem saliran
yang begitu sistematik,pengaliran air melalui longkang
tertutup terus ke tangki kumbahan.Tiada dalam catatan
sejarah kawasan ini ditimpa banjir.Suasana di sini
damai dan tenang kerana majoriti penduduk merupakan
pelajar UiTM Seremban,para pekerja serta pensyarah
UiTM dan persara tentera.
Deretan kedai yang dibina di kawasan kompleks
berkonsep kampus masih banyak lagi yang belum
beroperasi.Pusat Islam di dalam kampus UiTM telah
dinaik taraf sebgai masjid.Sementara tapak masjid
Seremban 3 telah dibersihkan dalam proses untuk
dibina terletak di hadapan pintu masuk utama UiTM
Seremban.Kadar sewa rumah serta harga rumah naik
mendadak apabila kawasan ini dibanjiri lebih kurang
2500 pelajar UiTM yang tidak ditawarkan kemudahan
asrama.Penduduk hanya bergantung kemudahan
pengangkutan awam melalui jalan raya seperti bas dan
teksi sahaja.
Mentafsir Peta Lakar