Perkampungan Orang Asli di Gombak

ULASAN ARTIKEL 1
Artikel “Orang Asli in Peninsular Malaysia: Population, Spatial Distribution and
Socio-Economic Condition” ditulis oleh Tarmiji Masron, Fujimaki Masami dan
Norhasimah Ismail.
1. PENGENALAN:
Artikel ini membincangkan perihal kehidupan Orang Asli daripada sudut
populasi, pengagihan ruang dan keadaan sosio ekonomi mereka di Semenanjung
Malaysia. Penulis telah membincangkan perihal etnik-etnik besar serta sub-etnik
Orang Asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Seterusnya, penulis telah
menyentuh tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh Orang Asli dalam
aspek tanah, agama, kesihatan, pendidikan dan masalah kemiskinan. Selain itu,
penulis juga mengetengahkan populasi statistik yang berkaitan dengan taburan
masyarakat Orang Asli di dalam setiap negeri di Semenanjung Malaysia.
Pertumbuhan penduduk ini telah dikaitkan dengan pelbagai faktor.
Dalam bahagian pengenalan, penulis telah menceritakan tentang Orang Asli
dimana mereka mempunyai bahasa dan ilmu pengetahuan yang tersendiri serta
kepercayaan yang berkait rapat dalam usaha memanfaatkan sumber alam
semulajadi ini. Menurut penulis juga, Orang Asli juga merupakan pemilik sebenar
kepada tanah-tanah hutan yang terdapat di Semenanjung Malaysia kerana ianya
merupakan tempat tinggal asal mereka sejak berkurun lamanya. Tetapi dalam arus
pemodenan, masyarakat Orang Asli telah dikategorikan sebagai golongan minorti

dan kebanyakkan tanah-tanah pusaka mereka telah dieksploitasikan untuk tujuan
pembanguan negara. Hal ini adalah disebabkan oleh kekurangan penglibatan Orang
Asli dalam arena politik negara. Hal ini menyebabkan mereka tidak mempunyai
1

wakil-wakil yang akan bersuara demi kepentingan mereka di peringkat kebangsaan.
Penulis juga menggariskan suatu frasa dimana Orang Asli telah dipinggirkan dalam
arus pemodenan. Perkara ini secara tidak langsung telah menolak golongan Orang
Asli ke dalam masalah ekonomi, kemiskinan, penindasan dan kesukaran bagi
mendapatkan jawatan dalam perkhidmatan awam.

2. JENIS-JENIS ORANG ASLI:
Salah

satu

isi

perbincangan


dalam

artikel

ini

ialah

penulis

telah

membincangkan tentang jenis-jenis Orang Asli. Menurut penulis, masyarakat Orang
Asli ini terdapat di seluruh dunia. Walaupun di Malaysia sendiri, Orang Asli terdapat
di bahagian Semenanjung dan Sabah serta Sarawak tetapi penulis hanya telah
menumpukan penulisan artikelnya kepada masyarakat Orang Asli yang terdapat di
Semenanjung Malaysia sahaja.
Secara amnya, penulis telah mengklasifikasikan golongan Orang Asli kepada
3 kumpulan etnik yang besar iaitu orang Semang (Negrito), Senoi, dan Melayu
Proto. Malah di bawah 3 kumpulan etnik yang besar ini terdapat kira-kira 19

kumpulan sub-etnik. Walaupun kesemua mereka digelar sebagai Orang Asli, tetapi
sebenarnya mereka ini berbeza dari segi bahasa pertuturan, kebudayaan, cara
hidup dan pekerjaan. Antara kumpulan sub-etnik yang terdapat di bawah kumpulan
etnik Senoi ialah kumpulan Temiar, Semai, Mah Meri, Che Wong, Joh Hut, Semak
Beri dan Temoq iaitu yang sebanyak 7 kumpulan. Manakala di bawah kumpulan
etnik Melayu Proto terdapat 6 kumpulan sub-etnik iaitu kumpulan Orang Selatar,
Jakun, Orang Laut/ Kuala, Orang Kanaq, Temuan dan Semelai. Akhirnya, di bawah

2

kumpulan etnik Semang terdapat 6 lagi kumpulan sub-etnik iaitu kumpulan Kintak,
Lanoh, Kensiu, Jahai, Mendriq dan Batek.
Penulis telah menerangkan tentang perbezaan dari segi aspek pertuturan
bahasa dan pekerjaan dengan menampilkan beberapa contoh. Dalam aspek
bahasa, terdapat perbezaan yang ketara dari segi penggunaan fonem dan fonetik
antara Orang Asli yang mendiami bahagian utara dengan bahagian selatan
Semenanjung Malaysia. Hal ini adalah kerana Orang Asli telah terpisah antara satu
sama lain kira-kira 200 hingga 300 generasi yang lalu. Manakala dalam bidang
pekerjaan yang diceburi oleh Orang Asli pada masa kini adalah kebanyakkannya
dalam sektor perikanan, pertanian, memburu, mengumpulkan hasil hutan dan hanya

sebilangan kecil sahaja yang menjadi pekerja yang dibayar gaji di kawasan bandar.
Kebanyakkan golongan Orang Asli yang terlibat dalam aktiviti perikanan adalah
kumpulan etnik yang tinggal di persisiran pantai. Terdapat sekurang-kurangnya 40%
Orang Asli yang masih tinggal di dalam kawasan hutan ataupun di pinggir hutan
seperti suku kaum Semai, Temiar, Che Wong, Jahut, Semelai dan Semoq Beri.
Mereka ini terlibat dalam penanaman padi huma, pemburuan dan pengumpulan
makanan daripada hutan. Mereka juga akan menjual hasil hutan yang dikumpul
seperti petai, durian, rotan, dan sebagainya untuk mendapatkan wang. Tetapi
terdapat juga sebilangan kecil daripada kaum Negrito yang bergantung hidup
kepada hasil hutan dan bekerja di kawasan bandar.
Dalam kalangan masyarakat Orang Asli terdapat 3 kelompok etnik yang
utama seperti etnik Melayu Proto sebanyak 42%, etnik Senoi sebanyak 55% dan
etnik Negrito sebanyak 3% yang mendiami di kawasan Semenanjung Malaysia.
Kumpulan etnik Senoi merupakan kumpulan Orang Asli yang terbesar di
Semenanjung Malaysia. Adalah dikatakan bahawa kumpulan Senoi merupakan
3

kumpulan Orang Asli yang terawal menghuni di Semenanjung Tanah Melayu iaitu
selepas gelombang migrasi kedua sekitar 8000 tahun dahulu daripada kawasan
pergunungan Kemboja dan Vietnam. Kumpulan etnik Senoi dapat ditemui di

kawasan Perak Tengah sehingga kepada persempadan negeri Selangor. Dua suku
etnik yang popular ataupun terbesar dalam kumpulan Senoi ialah suku Semai dan
Temiar. Suku etnik Semai merupakan yang terbesar di Perak Tengah serta terbahagi
kepada 2 kumpulan iaitu Semai Tanah Tinggi dan Semai Tanah Rendah. Semai
Tanah Tinggi biasanya akan terlibat dalam aktiviti yang berkaitan dengan perhutanan
seperti memburu, memancing dan penanaman padi huma. Manakala, Semai Tanah
Rendah akan menjadi tenaga buruh serta bekerja dalam sektor pengeluaran hasil
hutan secara kecil-kecilan dan pada masa kini mereka lebih banyak terlibat dalam
kegiatan ekonomi moden. Tetapi, kedua-dua suku etnik ini berperanan sebagai
pembekal hasil hutan kepada masyarakat luar. Orang Semai memainkan peranan
yang penting dalam kerajaan Melayu Awal. Hal ini dapat dilihat apabila raja, sultan
atau ketua pemerintah tempatan melantik ketua suku kaum Semai untuk mentadbir
kawasan

pendalaman

dalam

kerajaan.


Untuk

mengesahkan

kuasa

yang

dikurniakan, maka pelbagai gelaran seperti Tok Maharaja, Tok Singa Merban dan
sebagainya telah diberikan kepada mereka. Ketua ini akan berperanan sebagai
penghubung antara masyarakat kawasan pendalaman dengan Raja, Sultan atau
ketua pemerintah tempatan. Orang Semai juga bekerja di istana sebagai orang gaji,
pemburu, tenaga tentera, pawing diraja dan penbekal hasil hutan kepada istana.
Manakala, suku kaum Temiar pula berada di bawah kekuasaan Siam. Dari segi
agama, suku kaum Semai dan Temiar mempunyai kepercayaan yang sama iaitu
percaya kepada kuasa semulajadi yang telah mencipta alam ini serta dengan segala
isinya seperti tumbuh-tumbuhan, lautan, pergunungan, haiwan dan segala ciptaan

4


yang lain. Tetapi setelah zaman British, agama Kristian, Islam dan Ba’hai telah
menyerap ke dalam masyarakat ini, tetapi masih terdapat masyarakat yang kekal
dengan kepercayaan nenek-moyang mereka.
Kumpulan etnik Melayu Proto merupakan kumpulan etnik Orang Asli yang
kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Kumpulan ini mempunyai 6 suku etnik
dan mempunyai terbahagi kepada 3 jenis golongan Melayu Proto. Pertamanya ialah
kumpulan Melayu Asli yang menggunakan Bahasa Melayu dan memakai pakaian
seperti Orang Melayu. Golongan yang kedua ialah kumpulan hasil campuran Melayu
Proto dengan Senoi dalam aspek linguistik dan kebudayaan. Manakala golongan
yang ketiga ialah kumpulan yang menetap di kawasan pantai dan majoritinya ialah
Muslim serta menggunakan dialek Sumatra. Kumpulan ini dikatakan telah berasal
daripada wilayah Yunnan dan telah datang melalui kawasan Indo-China. Kumpulan
Melayu Proto juga mempunyai ciri-ciri persamaan dengan kumpulan Melayu Deutero
dari segi kebudayaan dan bahasa selain persamaan morfologi. Kumpulan Melayu
Proto ini menghuni kawasan pertengahan dan selatan di Semenanjung Malaysia.
Kumpulan Negrito ataupun Semang merupakan kumpulan etnik Orang Asli
yang terawal sampai ke Semenanjung Malaysia sekitar 25000 tahun yang lalu.
Walau bagaimanapun, kumpulan etnik ini mempunyai bilangan populasi yang paling
kurang dan hidup secara terpencil dalam hutan dan bertaburan berbanding dengan
2 kumpulan etnik yang lain. Kumpulan etnik ini tertumpu di kawasan utara dan

tengah Semenanjung Malaysia. Fizikal kumpulan Negrito ini mempunyai persamaan
dengan orang-orang Afrika yang telah bermigrasi ke kawasan Asia pada zaman
awal. Kumpulan ini menggunakan bahasa Mon-Khmer iaitu bahasa terawal yang
digunakan di Vietnam. Secara tradisinya, kepercayaan kumpulan Negrito ini sangat
kompleks dan rumit dengan penyembahan kepada pelbagai jenis Tuhan.
5

Kebanyakkan mereka merupakan animisme iaitu percaya benda yang bukan
manusia mempunyai semangatnya. Semua ritual dalam kehidupan mereka
mempunyai simbol dan tafsirannya yang tersendiri. Mereka akan menguburkan
mayat dan meletakkan makanan serta minuman di kuburnya. Kumpulan ini sedang
mengalami kepupusan kerana bilangan yang sedikit dalam jumlah keseluruhan
populasi Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

3. MASALAH DAN CABARAN YANG DIHADAPI:
a) Perampasan Tanah Mereka:
Salah satu perkara yang menjadi masalah utama kepada masyarakat Orang
Asli di Semenanjung Malaysia ialah berkenaan dengan isu perampasan tanah
mereka. Kebanyakkan kumpulan Orang Asli telah diusir daripada tanah adat mereka
yang telah diwarisi secara turun-temurun. Tanah merupakan sumber mata pencarian

mereka tetapi apabila tanah mereka dirampas maka perkara ini secara tidak
langsung menjatuhkan mereka ke dalam kancah kemiskinan. Sebenarnya, tanah
adat melambangkan identiti kebudayaan mereka, maka perampasan tanah daripada
mereka boleh diibaratkan sebagai menghapuskan kebudayaan mereka sehingga ke
pangkal pokok. Secara tradisinya, masyarakat Orang Asli percaya bahawa tanah
bukanlah sesuatu produk yang boleh di jual beli. Hal ini adalah kerana bagi mereka
tanah merupakan pinjaman daripada Tuhan dan mereka bertanggungjawab untuk
menjaganya. Oleh itu, dikatakan bahawa tanah mempunyai nilai-nilai kebudayaan
dan “bersemangat”. Sumber-sumber daripada tanah juga perlu diekspoitasi dengan
efisen untuk menjaga keseimbangan ekologinya. Oleh itu, Orang Asli tidak
mengambil hasil yang berlebihan daripada keperluan mereka daripada hutan dan
sungai.
6

Masyarakat Orang Asli percaya kepada pengekalan tahap biodiversity hutan.
Hal ini kerana penebangan hutan secara pesat akan memusnahkan warisan yang
kaya dengan flora dan fauna. Oleh itu, pertubuhan-pertubuhan antarabangsa telah
memberi perhatian yang besar kepada isu penebangan hutan secara besar-besaran.
Hal ini bukan sahaja untuk mengekalkan sumber genetik yang kaya tetapi juga untuk
menggelakkan perubahan cuaca yang ketara akibat kekurangan bekalan udara yang

bersih dan segar. Kerap kali masyarakat Orang Asli dikatakan sebagai kumpulan anti
pembangunan kerana keengganan mereka untuk berkerjasama dengan pihak
kerajaan

untuk pembinaan

empangan,

kawasan

perindustrian,

jalan

raya,

pembanguanan bandar dan sebagainya. Terdapat persetujuan di peringkat
antarabangsa yang jelas mengatakan bahawa pembangunan perlu dirancang tanpa
membawa sebarang kemusnahan kepada alam semulajadi. Kehidupan tradisional
masyarakat Orang Asli hanyalah berkisar sekitar alam semulajadi sahaja.

Masyarakat moden perlu mempelajari etika ini daripada mereka. Bagi masyarakat
Orang Asli, pembangunan membawa kesan yang buruk kepada mereka kerana
mereka akan kehilangan segala aspek yang terdapat dalam kehidupan mereka.
Mereka akan kehilangan sumber mata pencarian daripada alam semulajadi dan
akan mula bergantung kepada kegiatan ekonomi di dalam kawasan bandar untuk
mendapatkan wang. Maka, dapat dinyatakan dengan jelas bahawa perampasan
tanah daripada masyarakat Orang Asli merupakan ancaman kepada identiti
kebudayaan mereka.
b) Keagamaan:
Perihal keagamaan dan kepecayaan yang dipegang oleh masyarakat Orang
Asli juga menjadi ancaman kepada mereka pada masa sekarang. Hal ini adalah
kerana masyarakat Orang Asli percaya kepada kewujudan semangat dalam setiap
7

objek iaitu animisme tetapi kepercayaan mereka dipandang rendah oleh masyarakat
luar. Contohnya, di negeri Sabah terdapat usaha oleh badan-badan keagamaan
Kristian dan Islam yang cuba untuk menukarkan agama masyarakat Orang Asli
daripada kepercayaan “Pagan” mereka. Walaupun telah dinyatakan bahawa tidak
boleh gunakan cara paksaan untuk menukarkan agama seseorang tetapi masih
terdapat kes yang menggunakan cara ugutan dan menyesatkan seseorang secara
sengaja supaya mereka dapat memeluk agama Islam ataupun Kristian. Pada masa
kini, banyak masyarakat Orang Asli yang telah memeluk agama Islam, Kristian dan
sebagai. Perkara ini seakan membawa perubahan yang besar kepada masyarakat
luar tetapi perkara yang sebenarnya berlaku ialah terdapat golongan yang telah
memeluk agama baru tetapi masih mengamalkan kepercayaan tradisi mereka
seperti mengadakan upacara ritual dan memuja semangat alam. Selalunya guruguru agama akan mengkritik setiap aktiviti golongan Orang Asli yang telah memeluk
agama

baru

jika

terdapat

sebarang

tanda-tanda

kewujudan

pengamalan

kepercayaan animisme dalam kehidupan mereka.
Di Semenanjung Malaysia, kerajaan telah mewujudkan polisi integrasi pada
tahun 1960-an melalui JHEOA yang bermatlamatkan untuk mengasimilasikan
masyarakat Orang Asli ke dalam kelompok masyarakat orang Melayu. Hal ini
merupakan salah satu cara untuk menukar agama Orang Asli kepada agama Islam.
Setiap badan kerajaan ataupun bukan kerajaan mempunyai sebuah badan khas
dengan program dan objektifnya untuk menukarkan agama masyarakat Orang Asli.
Selain itu, telah disyorkan supaya definisi kepada orang Melayu dalam Enakmen
Rizab Melayu supaya dipinda agar Orang Asli yang memeluk beragama Islam,
berbahasa Melayu serta mengamalkan tradisi dan kebudayaan Melayu dapat

8

dikategorikan sebagai orang Melayu. Tetapi, hak Orang Asli terhadap tanah perlu
diiktiraf tanpa mengambil kira agama anutannya.
c) Kemiskinan:
Kemiskinan merupakan cabaran yang serius dan dihadapi oleh semua
masyarakat Orang Asli di seluruh dunia. Contohnya di negara Australia, jurang
perbezaan sosio-ekonomi antara masyarakat Orang Asli dengan masyarakat bukan
Orang Asli adalah amat ketara iaitu kira-kira sebanyak 40% masyarakat Orang Asli
hidup dibawah garis kemiskinan dan kadar penggangguran sebanyak 29% dengan
kadar populasi masyarakat Orang Asli di Australia adalah 3 kali ganda dengan
populasi masyarakat bukan Orang Asli. Perkara yang sama juga berlaku di
Semenanjung Malaysia apabila masyarakat Orang Asli dikategorikan sebagai
golongan yang paling miskin dengan tahap kemiskinan yang tinggi iaitu sebanyak
50.9% dan miskin tegar sebanyak 15.4% jika dibandingkan dengan purata angka
kebangsaan sebanyak 7.5% dan 1.4% masing-masing.
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) menyatakan terdapat hampir 80%
masyarakat Orang Asli sahaja yang hidup di bawah paras garis kemiskinan jika
dibandingkan dengan jumlah sebanyak 8.5% di peringkat kebangsaan dan hampir
50% daripda 80% masyarakat Orang Asli boleh dikategorikan sebagai golongan
yang sangat miskin. Salah satu usaha pihak kerajaan untuk menangani masalah ini
ialah dengan penyediaan kawasan perumahan kepada golongan masyarakat Orang
Asli yang miskin. Mengikut Yusof Alip iaitu Naib Presiden bagi Persatuan Orang Asli
Semenanjung Malaysia cawangan Selangor, hanya antara 10 hingga 15 buah rumah
sahaja akan diperuntukkan setiap tahun di setiap daerah dibawah Rancangan

9

Malaysia Ketujuh. Hal ini bermakna hanya kurang daripada 5% populasi Orang Asli
sahaja yang akan terima rumah pada setiap tahun.

d) Kesihatan:
Hasil kajian mendapati bahawa ruang untuk menghadapi penyakit kronik
adalah amat tinggi dalam kalangan masyarakat Orang Asli di seluruh dunia. Jika
dilihat dalam aspek kesihatan, masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia
mencatat rekod status kesihatan yang amat rendah daripada keseluruhan penduduk.
Misalnya, kadar median bagi kematian bayi antara tahun 1984-1987 ialah 51.7 bayi
meninggal dunia bagi setiap 1000 kelahiran oleh masyarakat Orang Asli dan perkara
ini berbeza dengan kadar median sebanyak 16.3 kematian bayi sahaja dalam jumlah
keseluruhan penduduk. Kadar kematian bayi Orang Asli yang tinggi merupakan
punca utama kenaikan kadar kematian Orang Asli secara keseluruhan. Hal ini dapat
dibuktikan melalui kajian terhadap kadar jangka hayat mereka. Kadar jangka hayat
Orang Asli untuk kaum wanita ialah 52 tahun manakala kadar untuk kaum lelaki ialah
54 tahun. Jangka umur mereka adalah rendah berbanding dengan kadar jangka
hayat populasi keseluruhan rakyat Malaysia iaitu 72 tahun untuk kaum wanita dan
68 tahun untuk kaum lelaki. Wanita Orang Asli mempunyai jangka hayat yang
rendah disebabkan oleh kadar kematian ibu mengandung yang agak tinggi. Hal ini
berkemungkinan berpunca daripada komplikasi yang dihadapi ketika bersalin
ataupun tahap kesihatan ibu yang rendah.
e) Pembangunan Pendidikan:
Pihak Kementerian Pendidikan telah mengambil sepenuhnya tanggungjawab
untuk memenuhi keperluan persekolahan bagi masyarakat Orang Asli daripada
10

JHEOA selepas tahun 1995 supaya kualiti pendidikan dan kemudahan yang
diberikan dapat dipertingkatkan. Hal ini adalah kerana hampir 66% masyarakat
Orang Asli merupakan buta huruf. Pendidikan merupakan agenda utama dalam
program pembangunan Orang Asli dan ianya juga merupakan usaha untuk memulih
tahap kualiti kehidupan mereka. Sebelum tahun 1995, semua program pendidikan
bagi masyarakat Orang Asli telah berada di bawah bidang kuasa JHEOA. JHEOA
telah memberikan pendidikan dalam 3 peringkat untuk memudahkan anak-anak
Orang Asli memasuki sistem pendidikan kebangsaan. Dalam 3 tahun terawal
penubuhan program tersebut, anak-anak Orang Asli akan dihantar ke sekolah
rendah pusat sehingga Darjah 6. Mereka yang telah lulus dalam peperiksaan Darjah
6 boleh menyambung pelajaran di sekolah menengah biasa di kawasan luar bandar
ataupun bandar.
Seterusnya, program pendidikan yang telah dilaksanakan di bawah kendalian
JHEOA telah menemui kegagalan untuk memenuhi objektif. Hal ini adalah kerana
staft JHEOA yang berperanan sebagai tenaga pengajar tidak mendapat latihan
pengajaran secara rasmi dan kebanyakkan mereka hanya mempunyai tahap
kelulusan yang rendah sahaja. Selain itu, kebanyakkan guru-guru Melayu yang
mengajar di sekolah rendah pusat tidak mempunyai pengetahuan tentang tradisi dan
kebudayaan Orang Asli. Kumpulan anak-anak Orang Asli telah dikategorikan
sebagai kumpulan yang berada di tahap yang risiko kerana akan ketinggalan dalam
arus pemodenan jika mereka tidak tahu untuk menghadapi masalah yang serius.
Tetapi, tindakan memberikan tanggungjawab untuk memberikan pendidikan
kepada anak-anak Orang Asli kepada JHEOA juga sedikit sebanyak telah
mempertingkatkan keadaan mereka. Kerajaan Malaysia telah melancarkan polisi
yang akan memperuntukkan bantuan khas kepada Orang Asli untuk memberikan
11

peluang yang sama seperti golongan masyarakat lain. Antara yang telah dilakukan
ialah menginteraksikan mereka dengan kalangan masyarakat yang telah maju tetapi
pada masa yang sama melindungi kepercayaan tradisi mereka. Usaha ini telah
dilaksanakan dengan penyusunan semula program pendidikan Orang Asli. Pada
1995, telah dibuat keputusan agar semua sekolah Orang Asli untuk ditadbir oleh
Kementerian Pendidikan sendiri. Sehingga ke hari ini, bidang pentadbiran semua
sekolah

Orang Asli

berada

di

bawah

Kementerian

Pendidikan

mengikut

Memorandum of Understanding (MOU). Walau bagaimanapun, masih terdapat
beberapa tuntutan yang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah mengabaikan
pembangunan Orang Asli.

4. KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK:
Berdasarkan kajian terhadap kadar pertumbuhan penduduk Orang Asli di
Semenanjung Malaysia adalah didapati bahawa terdapat peningkatan ataupun
penurunan dalam populasi Orang Asli mengikut negeri. Terdapat beberapa faktor
yang boleh dijadikan sebab berlakunya perubahan dalam populasi Orang Asli,
antaranya ialah faktor migrasi, Orang Asli tinggal bersama-sama di dalam kampung,
ataupun kawasan kejiranan bersebelahan dengan kampung atau negeri. Walaupun
faktor-faktor ini merupakan faktor-faktor yang tidak kukuh yang dikatakan telah
mempengaruhi perubahan populasi Orang Asli. Tetapi terdapat tanda-tanda bahawa
Orang Asli bermigrasi daripada kampung mereka ke kawasan bandar atas sebab
pekerjaan ataupun untuk melanjutkan pelajaran selain daripada bermigrasi kerana
perkahwinan antara etnik yang berlainan ataupun dengan orang bukan Orang Asli.
Selain itu, kedudukan sesebuah perkampungan Orang Asli yang berdekatan dengan

12

perkampungan bukan Orang Asli membolehkan migrasi berlaku antara 2
perkampungan tersebut. Perubahan dalam data populasi juga mungkin berubah
kerana tersilap pengiraan akan jumlah Orang Asli yang mungkin tersilap kira sebagai
orang Melayu apabila sesebuah perkampungan terletak di sempadan antara 2 buah
negeri.
Walaupun migrasi merupakan perkara biasa dalam masyarakat Orang Asli tetapi
masih terdapat Orang Asli yang sering berulang-alik antara kampung mereka
dengan bandar atas tuntutan pekerjaan. Hal ini bukan kerana kadar sara hidup yang
tinggi di bandar tetapi kerana mereka berpendapat bahawa komuniti masyarakat lain
tidak dapat menerima mereka. Terdapat juga luahan daripada segelintir Orang Asli
yang merasakan diri mereka terasing dalam kalangan masyarakat bandar kerana
ruang perbezaan yang luas dalam bidang pendidikan dan status sosio-ekonomi
serta kekangan bahasa untuk tinggal menetap dalam kalangan masyarakat urban.

5. KESIMPULAN:
Masyarakat Orang Asli telah terpinggir dalam aspek politik, sosio-ekonomi dan
kebudayaan. Tetapi, penduduk pribumi Sabah dan Sarawak bernasib baik
berbanding dengan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Orang Asli hanya
mahukan pihak kerajaan mengiktirafkan hak mereka ke atas tanah, hak untuk
pembangunan yang seimbang, hak untuk pendidikan khas Orang Asli dan hak sama
rata untuk menikmati kemudahan asas yang disediakan oleh pihak kerajaan. Pihak
Kerajaan perlu mempunyai rekod yang lengkap tentang Orang Asli di Semenanjung
Malaysia seperti kadar populasi yang terkini, kadar kelahiran terkini, nisbah jantina,
kawasan penempatan, dan masalah yang dihadapi supaya pihak kerajaan dapat
13

melaksanakan polisi-polisi yang berkesan untuk membangunkan komuniti Orang
Asli.

14