TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN

TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI
KANDUNGAN (PPIK) BAGI GURU DALAM MATA
SEJARAH DI SEKOLAH MENENGAH
Khairunnisa Abd Hamid, Anuar Ahmad
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK
Kajian ini mengkaji tahap pengetahuan Pedagogi, Isi Kandungan dan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
(PPIK) dalam kalangan guru sejarah di sekolah menengah. Kajian berbentuk tinjauan, yang dijalankan
terhadap guru-guru sejarah di beberapa sekolah sekitar Daerah Hulu Langat dengan menggunakan borang
soal selidik. Sampel guru yang terlibat berjumlah 70 orang guru (17 lelaki dan 53 perempuan). Kajian ini
menggunakan perisian Statistical Package for the Social Windows (SPSS) versi 22 untuk menganalisis data
kajian. Hasil analisis kajian mendapati tahap Pedagogi, Isi Kandungan dan PPIK berada pada tahap yang
tinggi. Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa aspek dalam Pedagogi, Isi Kandungan serta PPIK yang
masih berada di tahap sederhana dalam kalangan guru sejarah sama ada opsyen atau bukan opsyen. Oleh
itu, kajian yang lebih mendalam harus dipertingkatkan dalam usaha meningkatkan profesionalisme guru
dalam kalangan guru sejarah terutamanya di sekolah menengah.
Kata kunci: Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan Isi Kandungan, Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
(PPIK), guru sejarah.

ABSTRACT

The study examines the level of knowledge of Pedagogy, Content and Pedagogical Content Knowledge
(PCK) among History Teachers in secondary schools. Survey study, conducted on history teachers in some
schools around the district by using questionnaires. Samples of teachers involved 70 teachers (17 males
and 53 female). This study used the software Statistical Package for the Social Windows (SPSS) version
22 for analyzing the study data. The analysis results showed that the level of Pedagogy, Content and
Pedagogical Content Knowledge (PCK) is at a high level. However, there are also some aspects of
Pedagogy, Content and PCK still in a moderate level among teachers of history either option or not an
option. Therefore, further research should be improved in order to enhance teacher professionalism among
teachers, especially in secondary school history.
Keywords: pedagogical knowledge, Knowledge Content, Pedagogical Content Knowledge (PCK), a
history teacher.

PENGENALAN
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) ialah sejenis pengetahuan yang unik dan penting bagi
seseorang yang bergelar guru. Hal ini kerana seseorang guru perlu melibatkan cara mengaitkan
pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar) yang dimilikinya dengan pengetahuan isi
kandungan (apa yang perlu diajar) kepada muridnya. I
ntegrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut akan menghasilkan PPIK yang baik (Shulman, 1987).
Jika diteliti dengan lebih mendalam, Shulman (1987) telah menyenaraikan tujuh domain pengetahuan asas
guru, iaitu: (1) pengetahuan isi kandungan; (2) pengetahuan Pedagogi am; (3) Pengetahuan Kurikulum; (4)

528

pengetahuan Pedagogi dan Isi kandungan; (5) Pengetahuan tentang Pelajar dan ciri-ciri pelajar; (6)
pengetahuan tentang konteks pendidikan; (7) pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan. Oleh
yang demikian, seseorang guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran, seharusnya mempunyai ketujuhtujuh domain di atas. Namun, begitu, PPIK yang ada dalam salah satu domain di atas sangat memainkan
peranan penting dalam bidang perguruan apatah lagi terhadap guru bukan opsyen.
Bertitik tolak daripada kenyataan Shulman (1987), banyak kajian berkaitan PPIK telah dijalankan terhadap
pelbagai mata pelajaran. Antaranya, kajian Tengku Zawawi, Ramlee Mustapha dan Abdul Razak Habib
(2009) berkaitan PPIK Matematik Sekolah Rendah, Ahmad Yunus Kasim dan Ab. Halim Tamuri (2010)
berkaitan PPIK dalam Pendidikan Islam, Muhammad Abd Hadi Bunyamin dan Seth Sulaiman (2011)
berkaitan PPIK dalam Fizik, Rozaiman M. Zamri Mahmod, dan Noor Izam et al (2011) berkaitan PPIK
dalam Kesusasteraan Melayu, Zalipah Zakaria (2011) berkaitan PPIK dalam Biologi, Zamri Mahmod
(2012) berkaitan PPIK dalam Bahasa Iban, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Nurulhuda Hasan dan Mahat
Afifi (2012) berkaitan PPIK dalam Bahasa Arab. Namun, PPIK bagi mata pelajaran Sejarah masih kurang
dikaji. Oleh itu, pengkaji akan memfokuskan kajian PPIK ini dalam mata pelajaran Sejarah terhadap guru
Sejarah.
Menurut Anuar (2009), keberkesanan mata pelajaran Sejarah bergantung kepada perancangan dan kualiti
guru Sejarah semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. Guru Sejarah yang baik seharusnya
menunjukkan kebolehan dan keupayaan dari segi kualiti diri, sosial dan professional di hadapan muridnya.
Oleh yang demikian, guru-guru yang mengajar mata pelajaran terutamanya Sejarah seharusnya menguasai

Pengetahuan Pedagogi dan Isi Kandungan (PPIK) agar penyampaian yang disampaikan kepada murid
adalah tepat, jelas dan mencapai objektif pembelajaran pada masa itu.
Hakikatnya, kelemahan dan kepincangan yang sering berlaku dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
antaranya berpunca daripada tahap penguasaan PPIK yang lemah dalam kalangan guru ( Howey 1999;
Wang, Guo, Chiang &Cheng 1999). Beberapa kajian lepas mendapati bahawa kebanyakkan guru masih
lemah PPIK (Lampert 1986; Wilson 1994; Swafford, Jones & Thornton 1997; Ma 1999). Disamping itu,
terdapat perbezaan yang ketara antara guru baru dan guru berpengalaman dari segi tahap PPIK dan
pengajaran mereka dalam bilik darjah (Marks 1990).

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap Pengetahuan Pedagogi, Isi Kandungan dan
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) guru-guru Sejarah di Sekolah Menengah terutamanya guruguru bukan Opsyen Sejarah.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya, objektif ini adalah untuk:
1.
2.
3.

Menengenalpasti tahap Pengetahuan Pedagogi guru Sejarah Sekolah Menengah.

Mengenalpasti tahap Pengetahuan Isi Kandungan guru Sejarah Sekolah Menengah.
Mengenalpasti tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) berfokus kepada guru bukan
opsyen mata pelajaran Sejarah.

529

PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian di atas, kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut:
1.
2.
3.

Apakah tahap pengetahuan dalam Pedagogi yang dipunyai oleh guru Sejarah Sekolah Menengah?
Apakah tahap pengetahuan Isi Kandungan guru Sejarah Sekolah Menengah?
Apakah tahap dalam Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) guru Sekolah Menengah
berfokuskan kepada guru bukan opsyen mata pelajaran Sejarah?

SOROTAN LITERATUR
Kepentingan pengetahuan isi kandungan yang dipunyai oleh guru Sejarah
Fokus utama kandungan Kurikulum pendidikan Sejarah adalah pengetahuan dan pemahaman akan Sejarah

Negara Malaysia. Guru-guru Sejarah telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan kandungan
Kurikulum ini dengan sebaiknya. Selain kandungan Kurikulum Sejarah, guru-guru harus mengetahui
struktur disiplin Sejarah yang meliputi inkuiri dalam sejarah, pegumpulan sumber, kemahiran pemikiran
sejarah, penjelasan sejarah, pemahaman sejarah dan empati (Huraian Sukatan pelajaran, 2002).
Pengetahuan terhadap struktur ini akan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat
disampaikan dengan lebih dinamik. Oleh itu, sebagai seorang guru sejarah, seharusnya menguasai
kandungan kurikulum dan struktur disiplin sejarah ini sepenuhya dan diterapkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Kebanyakkan kajian lepas mendapati guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah tidak menguasai
Sukatan Pelajaran dan Kurikulum Sejarah (Rosnanaini Sulaiman, 2003; Zahara Aziz, Nik Azleena Nik
Ismail, 2007; Janimah Suhaimi, 2011). Pengetahuan yang terbatas mengenai mata pelajaran yang diajar
akan menyebabkan penyampaian guru tersebut lemah sekaligus menyukarkan pemahaman pelajar. Perkara
ini meliputi semua guru Sejarah sama ada yang berpengalaman atau guru baru lepasan Institut Perguruan
(Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustpha dan Abdul Razak Habib, 2009). Hal ini kerana terdapat
guru-guru yang berpengalaman tidak mempunyai tahap PPIK yang sepadan dengan jumlah tahun
pengalamannya. Justeru, pengetahuan Isi Kandungan Harus dikuasai oleh semua guru termasuklah guru
Sejarah lebih-lebih lagi guru bukan Opsyen Sejarah.

Kepentingan pengetahuan Pedagogi guru Sejarah
Dalam konteks seorang guru, pengetahuan pedagogi seharusnya telah dikuasai oleh setiap guru yang

lepasan institut perguruan mahupun universiti. Namun, masih wujud kelemahan dalam mengaplikasikan
pelbagai kaedah unsur pedagogi terutamanya mata pelajaran Sejarah (Zahara Aziz, Hamzan Saffarina
2012). Penerapan pedagogi memberikan kesan positif (Azwani Ismail, Zahara Aziz, Sharipah Nor Puteh,
2012) dan sederhana positif (Zahara Aziz, Nurliah Jair 2009) apabila pelbagai kaedah diterapkan kepada
pelajar. Oleh itu, guru perlu sentiasa mengambil inisiatif dalam mencari kaedah dan teknik yang lebih
berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kepentingan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) guru Sekolah Menengah berfokus kepada guru
bukan opsyen Sejarah
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) merupakan elemen penting dalam proses pengajaran bagi
setiap guru meskipun berbeza mata pelajaran (Rosnida Mansor, Lilia Halim, Kamisah Osman, 2010;
Zaharah Aziz, Hamzan Saffarina Mohammad ,2012; Anuar Ahmad, Nelson Jinggan, 2015). Seharusnya,
semua guru perlu bijak mengintegrasikan pengetahuan isi kandungan dan pedagogi termasuklah guru
bukan opsyen. Hal ini dibuktikan dalam kajian Zahara Aziz, Nik Azleena Nik Ismail (2007), wujudnya
perbezaaan tahap kesediaan guru Opsyen Sejarah dan bukan Opsyen Sejarah dalam pengetahuan
prosedural dan pedagogi guru sejarah.
530

Kelemahan ini perlu diatasi oleh semua guru dalam memantapkan profesion keguruan. Meskipun
kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah disebabkan oleh guru semata-mata (Nik

Mohd Rahimi Nik Yusof, Nurul Huda Hasan, Mahat Afifi, 2012; dan Zaharah Aziz, Hamzan Saffarina,
2012), guru-guru perlu mengambil positif dalam memantapkan prestasi diri untuk menambahbaik lagi
penguasaan PPIK guru meskipun sudah mempunyai pengalaman yang cukup banyak.

Masalah guru bukan opsyen mata pelajaran Sejarah
Secara dasarnya, tiada kurikulum khusus bagi pendidikan guru bukan opsyen Sejarah yang perlu mengajar
mata pelajaran Sejarah. Hal ini berlaku kerana pihak yang bertanggungjawab untuk melatih guru sejarah
tidak mempunyai panduan khusus untuk melatih guru sains sosial terutamanya Sejarah. Oleh yang
demikian, tiada bentuk ilmu pengetahuan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru bukan opsyen ini
melaksanakan proses pengajaran Sejarah. Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang dapat dijadikan
panduan tentang pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya diberi kepada bakal guru sejarah
termasuklah guru bukan opsyen Sejarah seperti Wilson dan Wineburg (1988) dan Kaya Yilmaz (2009).
Tanggapan pihak pentadbir yang mengambil ringan tentang soal keperluan guru mengajar mata pelajaran
opsyen di sekolah terutamanya mata pelajaran Sejarah (Janimah Suhaimin, 2011). Tanggapan ringan
seperti ini akan mengundang masalah di kemudian hari jika guru-guru bukan opsyen ini tidak diberi kursus
dalaman tentang pengajaran Sejarah sebenarnya. Hal ini disokong dengan kajian oleh Satveer Kaur (1998)
mendapati guru-guru yang mendapat kursus dalaman berkenaan tatacara penggunaan bahan-bahan media
untuk pendidikan lebih mempelbagaikan bahan media berbanding dengan guru yang tidak pernah
mengikuti kursus, kerap menggunakan buku teks dan bahan rujukan.


METODOLOGI
Kaedah kajian ini berbentuk tinjauan dan memilih kaedah persampelan bertujuan iaitu sampel terdiri
daripada kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah sahaja sama ada
opsyen sejarah atau tidak.
Kajian ini telah dijalankan di kalangan guru-guru Sejarah Sekolah Menengah di beberapa sekolah dalam
Daerah Hulu Langat. Seramai 70 orang telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini daripada pelbagai
jenis sekolah. Agihan guru mengikut jantina lelaki dan perempuan adalah 70 guru sejarah yang terdiri
daripada 84.3% Melayu (59), 1.4% Cina (1), 12.9% India (9), dan 1.4% lain-lain (1). Kajian ini bertujuan
meninjau tahap Pengetahuan Pedagogi, pengetahuan Isi Kandungan dan Pengetahuan Pedagogi Isi
Kandungan terhadap guru-guru Sejarah Sekolah Menengah terutamanya guru bukan Opsyen Sejarah.

Instrumen Kajian
Satu set instrumen kajian telah dibina dan mengandungi 4 bahagian iaitu Biodata Responden, Komponen
Pedagogi Sejarah, Komponen Isi Kandungan Sejarah dan Komponen Pedagogi Isi Kandungan Sejarah.
Borang soal selidik berskala lima mata daripada “sangat tidak setuju” kepada “sangat setuju”. Item-item
dibina berdasarkan usaha penyelidik meneliti sorotan penulisan yang berkaitan dengan Pengetahuan
Pedagogi Isi Kandungan bagi mata pelajaran lain. Pecahan item adalah seperti berikut:

Komponen Pedagogi Guru Sejarah


- 6 item

Komponen Isi Kandungan Guru Sejarah

- 8 item

Komponen Pedagogi Isi Kandungan Guru Sejarah

-26 item

531

Kajian rintis turut dilakukan dengan melibatkan enam orang guru bagi menguji kebolehpercayaan dan
kesahan bagi setiap aspek item. Hasil kajian rintis mendapati nilai Cronbach alpha bagi setiap konstruk
adalah 0.78 (Pedagogi), 0.75 (Isi kandungan) dan 0.84 (PPIK). Hal ini memberi petunjuk yang baik tentang
kebolehpercayaan instrumen dalam mengukur aspek-aspek berkaitan.

Analisis Data
Data kajian dianalisis dengan perisian Statical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22. Proses
menganalisis data hanya melibatkan analisis deskriptif sahaja. Oleh itu, dapatan ini tidak boleh

digeneralisasikan kepada populasi satu negeri Selangor. Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan
maklumat berkaitan biodata responden seperti jantina, umur, kau, jenis sekolah yang diajar, gred jawatan.
Di samping itu, analisis deskriptif turut memerihalkan tahun pengalaman mengajar, Opsyen mengajar, serta
keterlibatan guru dalam menghadiri kursus dalam perkhidmatan. Statistik yang digunakan dalam analisis
deskriptif ini adalah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Data-data berikut diinterpretasi dengan
merujuk kepada skor min yang diperoleh melalui julat skala berikut:
Jadual 1: Julat Skala
Julat skala
1.00-2.33
2.34-3.67
3.68-5.00

Interpretasi skor min
Rendah
Sederhana
Tinggi

Sumber: Jamil Ahmad (2002)

DAPATAN KAJIAN

Latar belakang demografi
Jadual-jadual berikut menunjukkan sebanyak 70 guru sejarah terdiri daripada 24.3%(17) guru lelaki dan
75.7%(53) guru perempuan. Dari segi taburan bangsa, sebanyak 84.3%(59) guru berbangsa Melayu,
12.9%(9) guru berbangsa India, 1.4%(1) guru berbangsa Cina dan guru yang mempunyai lain-lain bangsa
adalah 1.4%(1). Dari segi jenis sekolah, 88.6%(62) guru daripada sekolah menengah kebangsaan, 5.7%(4)
sekolah menengah kebangsaan agama, 4.3%(3) sekolah menengah bantuan kerajaan dan 1.4%(1) sekolah
berasrama penuh.
Jadual 1: latar belakang mengikut Jantina
Jantina
Lelaki
Perempuan
Jumlah

Jantina
Melayu
India
Cina
Lain-lain
Jumlah

Kekerapan
17
53
70

Peratus%
24.3
75.7
100

Jadual 2: latar belakang mengikut bangsa
Kekerapan
Peratus%
59
84.3
9
12.9
1
1.40
1
1.40
70
100

532

Jadual 3: latar belakang mengikut jenis sekolah
Jenis sekolah
Kekerapan
Peratus%
Sekolah Menengah Kebangsaaan
62
88.6
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
4
5.7
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
3
4.3
Sekolah Berasrama Penuh
1
1.4
Jumlah
70
100

Gred jawatan
DG 41
DG44
DG 48
DG 52
Jumlah

Opsyen sejarah
Ya
tidak
Jumlah

Jadual 4: latar belakang mengikut gred jawatan
Kekerapan
Peratus%
24
34.3
28
40.0
17
24.3
1
1.40
70
100

Jadual 5: latar belakang mengikut opsyen sejarah
Kekerapan
Peratus%
44
62.9
26
37.1
70
100

Jadual 6: latar belakang mengikut kehadiran menyertai kursus dalam perkhidmatan berkaitan mata
pelajaran sejarah
Kursus dalam perkhidmatan
Kekerapan
Peratus%
Ya
38
54.3
tidak
32
45.7
Jumlah
70
100

Jadual 8 menunjukkan nilai min dan sisihan piawai bagi setiap item yang dijawab oleh guru sejarah. skor
min bagi setiap soalan diinterpretasikan mengikut julat skala seperti dalam jadual 7.
Berdasarkan jadual 8, tahap pengetahuan pedagogi bagi setiap aspek yang dikaji adalah tinggi melainkan
penggunaan bahan visual dan multimedia berada pada tahap sederhana. Min paling dominan dalam aspek
pengetahuan pedagogi adalah kepelbagaian kaedah pengajaran yang dapat menarik minat pelajar iaitu
sebanyak 4.24.
Seterusnya, berdasarkan jadual 9, tahap pengetahuan Isi Kandungan bagi setiap aspek yang dikaji adalah
tinggi melainkan pergantungan semata-mata dengan buku teks berada pada tahap sederhana. Min paling
dominan dalam aspek pengetahuan Isi Kandungan adalah pembentukan kronologi tajuk Sejarah bagi
meningkatkan pemahaman murid, iaitu sebanyak 4.32. Walaubagaimanapun, tahap pengetahuan Pedagogi
Isi Kandungan (PPIK) mendapati terdapat 15 aspek PPIK berada di tahap tinggi dan 11 aspek berada di
tahap sederhana. Min paling dominan pada tahap pengetahuan Pedagogi Isi kandungan (PPIK) adalah 4.52
iaitu aspek keinginan yang tinggi untuk mendalami kandungan mata Pelajaran Sejarah.

533

Jadual 8: Tahap Pengetahuan Pedagogi Guru Sejarah
Item

Pedagogi Guru

Min

Sisihan
Piawai

Tahap

B1

Saya memastikan pengajaran Sejarah lebih
berorientasikan
pelajar
berbanding
penguasaan guru
Saya menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran bagi menarik minat pelajar
Saya mengadakan aktiviti perbincangan
secara berkumpulan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Saya menggunakan bahan visual dan
multimedia bagi memudahkan pemahaman
murid saya
Sumber pertama yang digunakan oleh guru
dalam
kelas
sejarah
memberikan
pengalaman bermakna kepada saya
Sumber kedua berupa artikel, jurnal, unsur
sastera banyak membantu saya memahami
sejarah sebelum bermulanya sesi pengajaran

4.15

0.69

tinggi

4.24

0.60

tinggi

4.21

0.69

tinggi

4.00

0.76

4.18

0.62

tinggi

4.10

0.68

tinggi

B2
B3

B4

B5

B6

iItem

C1
C2
C3
C4

C5

C6

C7

C8

sederhana

Jadual 9: Tahap Pengetahuan Isi Kandungan Yang Dikuasai Oleh Guru Sejarah
Sisihan
Isi Kandungan guru
min
tahap
piawai
Saya membuat rujukan pengajaran dan
3.37
1.18
sederhana
pembelajaran saya bergantung sematamata buku teks
Saya menguasai semua isi kandungan
4.02
0.63
tinggi
buku teks tersebut
Buku teks Sejarah adalah bahan bantu
4.02
0.70
tinggi
mengajar saya yang sangat berkesan
Saya dapat memahami semua objektif
pembelajaran yang akan disampaikan
4.28
0.61
tinggi
dalam kelas
Saya memahami setiap kemahiran
pemikiran sejarah yang ingi diterapkan
4.10
0.74
tinggi
dalam kandungan kurikulum mata
pelajaran Sejarah
Saya mampu menerapkan nilai-nilai
patriotism dalam pengajaran dan
4.27
0.63
tinggi
pembelajaran saya
Saya dapat membentuk kronologi tajuk
Sejarah bagi meningkatkan pemahaman
4.32
0.63
tinggi
murid saya
Saya menggunakan semua maklumat
tambahan buku teks seperti Alamat
4.08
0.77
tinggi
Laman Web, Tahukah Anda dan Sudut
Maklumat bagi membantu sesi pengajaran
saya

534

Jadual 10: Tahap pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) di kalangan guru Sejarah
Sisihan
Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) guru
min
tahap
piawai
D1
Saya mempunyai keinginan yang tinggi
4.52
0.60
tinggi
untuk mendalami kandungan mata Pelajaran
Sejarah
D2
Kandungan Buku teks Sejarah sangat
menarik minat saya untuk mengajar
4.02
0.72
tinggi
D3
D4

D5

D6
D7
D8
D9

D10

D11

D12

D13
14
D15
D16

D17

D18

Saya dapat mengaitkan tajuk-tajuk Sejarah
dengan aplikasi kehidupan harian
Saya berinteraksi dan berbincang dengan
pelajar saya bagi mengaitkan fakta- sejarah
dengan isu-isu semasa
Saya dapat menyampaikan maklumat, fakta
berkaitan dan konsep Pemikiran Sejarah
dengan jelas
Saya mampu memperbetulkan kerangka
alternatif pelajar saya
Saya mengetahui pelbagai konsep dan tujuan
Sejarah
Saya mempunyai pemahaman yang jelas
tentang sukatan mata Pelajaran Sejarah
Saya mempelbagaikan strategi pengajaran
saya bagi meningkatkan pemahaman murid
saya
Saya pernah mendapat kursus dalam
perkhidmatan tentang mata Pelajaran sejarah
yang diajar
Saya suka mengajar mata pelajaran Sejarah
walaupun mata pelajaran tersebut bukan
Opsyen saya
Saya ingin mendalami cara pengajaran dan
pembelajaran sebenar mata pelajaran Sejarah
daripada guru pakar Sejarah
Saya sentiasa berhubung dengan guru yang
berpengalaman dalam mata pelajaran Sejarah
Saya mengetahui cara penandaan kertas
peperiksaan mata pelajaran sejarah
Saya tahu mencari bahan media yang sesuai
bagi mata pelajaran Sejarah
Saya mengetahui pendekatan kurikulum
Sejarah dalam bentuk rentetan peristiwa yang
disusun secara kronologis bagi peringkat
menengah rendah
Saya tahu bagi kurikulum sekolah menengah
atas, kandungannya meliputi sejarah
perkembangan dan proses evolusi peradaban
dunia.
Saya tahu bahawa terdapat konsep-konsep,
istilah tertentu dan isu-isu penting yang
berkait dengan pemahaman Sejarah

535

4.27

0.58

tinggi

4.35

0.59

tinggi

4.24

0.60

tinggi

4.10

0.64

tinggi

4.15

0.58

tinggi

4.24

0.54

4.21

0.63

3.48

1.48

tinggi
tinggi

sederhana

sederhana
3.37

1.41

2.88

1.57

2.88

1.49

4.04

0.90

2.91

1.28

sederhana

sederhana
tinggi
sederhana
tinggi

4.11

0.62
tinggi

4.11

0.60

4.17

0.56

tinggi

D19

D20

D21
D22
D23
D24
D25
D26

Saya tahu unsur penting dalam disiplin
pendidikan sejarah seperti aspek inkuiri
dalam sejarah, pengumpulan sumber,
kemahiran pemikiran sejarah, penjelasan
sejarah, pemahaman sejarah dan empati
Saya
tahu
kandungan
Sejarah
dipersembahkan berasaskan tema-tema
tertentu dan menekankan hubungan peristiwa
mengikut masa
Saya melibatkan murid saya dengan
penggunaan media yang saya gunakan
saya tahu format peperiksaan mata pelajaran
Sejarah
Saya membuat penambahbaikan mutu
pengajaran dan pembelajaran saya
Saya yakin apabila membetulkan kerangka
konsep pelajar saya
Saya dapat menerangkan kepada pelajar saya
sebab-sebab kita mesti belajar Sejarah
Saya menceritakan sesuatu peristiwa Sejarah
dan pengajarannya kepada pelajar saya

tinggi
4.04

0.73

4.17

0.61

tinggi

2.97

1.29

sederhana

2.84

1.53

sederhana

2.90

1.45

sederhana

3.01

1.34

sederhana

2.90

1.52

sederhana

2.97

1.50

sederhana

PERBINCANGAN
Tahap Pengetahuan pedagogi guru Sejarah
Perbincangan kajian ini berdasarkan dapatan yang ditunjukkan dalam setiap jadual. Berdasarkan jadual 8,
tahap pedagogi yang paling dominan yang dikuasai oleh guru-guru Sejarah Sekolah Menengah adalah
kemahiran menggunakan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran
Sejarah dengan nilai min 4.24. Usaha-usaha yang dilakukan oleh setiap guru Sejarah ini merupakan satu
langkah penting dalam memastikan minat pelajar sentiasa kekal dan bertambah dengan mempelbagaikan
kaedah pengajaran dalam bilik darjah. Contohnya, jika setiap kali guru masuk ke kelas dengan hanya
tayangan video semata-mata, kaedah tersebut tetap dianggap membosankan meskipun kaedah itu
melibatkan teknologi tinggi. Oleh itu, guru perlu memikirkan kaedah baru dan pelbagai agar pelajar tidak
mudah bosan dengan kaedah yang sama meskipun dengan tayangan video merupakan salah satu kaedah
yang menyeronokkan.
Tambahan pula, hal ini disokong oleh kajian Nelson Jinggan dan Anuar Ahmad (2015) mendapati
penekanan minat pelajar harus sentiasa dikekalkan malah harus sentiasa bertambah kerana minat pelajar
akan mempengaruhi pencapaian pelajar berkenaan sekaligus menambahkan lagi keyakinan pelajar untuk
terus belajar. Dapatan ini disokong oleh kajian Noor Erma dan Leong (2014) serta Muhammad Abdillah
dan Haleefa (2011), mendapati faktor minat pelajar merupakan faktor penting dalam menentukan
pencapaian seseorang pelajar. Oleh itu, setiap guru harus memastikan minat pelajar mereka terhadap mata
pelajaran Sejarah harus sentiasa tinggi sepanjang proses pengajaran agar penumpuan pelajar tidak tersasar
sekaligus meningkatkan pemahaman dan pencapaian pelajar berkenaan.
Jika dilihat daripada tahap sederhana dalam pengetahuan pedagogi iaitu penggunaan bahan visual dan
multimedia, menggambarkan guru-guru mendapat kesukaran dalam menggunakan bahan berkenaan kerana
terdapat banyak kekangan yang perlu ditangani terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

536

Tahap Pengetaahuan Isi Kandungan Sejarah
Perbincangan seterusnya berdasarkan jadual 9, tahap pengetahuan Isi kandungan dalam kalangan guru
Sejarah adalah tinggi bagi setiap aspek yang dikaji melainkan aspek rujukan pengajaran dan pembelajaran
yang bergantung semata-mata dengan buku teks. Hasil kajian ini juga mendapati guru-guru sejarah
mempunyai tahap yang sangat tinggi terhadap pembentukan kronologi dalam sesebuah topik dalam
meningkatkan pemahaman pelajar dengan nilai min iaitu 4.32. Guru- guru sejarah sangat mudah
menggunakan konsep kronologi dalam pengajaran kerana konsep tersebut lebih kepada bentuk penceritaan
yang memudahkan pemahaman pelajar tentang sesuatu peristiwa itu. Menurut Coltham dan Fines (1993)
dalam kajian Anuar Ahmad (1999), aspek–aspek utama dalam konsep kronologi ini meliputi urutan sesuatu
peristiwa sejarah, tempoh masa berlakunya sesuatu peristiwa dan proses perubahan yang telah berlaku
dalam sesuatu peristiwa. Maka, konsep kronologi ini menjadi pilihan buat guru-guru sejarah dalam
mengaplikasikan dalam bilik darjah.
Berdasarkan dapatan kajian ini, guru-guru sejarah juga didapati mempelbagaikan rujukan bagi proses
pengajaran dan pembelajaran dan bukan berdasarkan buku teks semata-mata. Hal ini kerana nilai min
paling rendah (3.37) dalam jadual 9 menggambarkan guru-guru Sejarah tidak bergantung semata-mata
buku teks dalam memahami sesuatu isi Kandungan Sejarah. Hal ini selari dengan dapatan Azwan Ahmad
et al. (2005),serta Tan dan Carol (2013) dalam kajian Nelson Jinggan dan Anuar Ahmad (2015) mendapati
penggunaan aplikasi teknologi seperti video You Tube, perisian multimedia, turut digunakan oleh guruguru Sejarah sebagai sumber digital sejarah selain buku teks. Hal ini kerana sumber-sumber berkenaan
boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar yang dapat meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar
disamping memberi impak bunyi, animasi bergerak yang tidak terdapat dalam buku teks.

Tahap pengetahuan pedagogi Isi Kandungan (PPIK) guru Sejarah
Berdasarkan jadual 10, tahap PPIK guru Sejarah berada pada tahap tinggi. Hal ini kerana sebanyak 26
aspek yang ditanya mendapati 15 aspek PPIK berada di tahap tinggi dan 11 aspek berada di tahap
sederhana. Jika dilihat daripada aspek min PPIK guru sejarah, min paling dominan adalah keinginan guru
Sejarah dalam mendalami Isi kandungan mata pelajaran Sejarah berkenaan dengan nilai min 4.52. Tahap
seterusnya diikuti dengan kemampuan guru-guru Sejarah dapat berinteraksi dan berbincang dengan pelajar
mereka berkaitan fakta sejarah dengan isu-isu semasa dengan nilai min 4.35. Hal ini menggambarkan guruguru Sejarah lebih gemar mendalami isi kandungan Sejarah seterusnya mengaitkannya dengan isu-isu
semasa. Hal ini kerana guru perlu menyesuaikan teknik pengajaran mereka mengikut perkembangan
semasa dan isu-isu terkini yang relevan dengan isi kandungan Sejarah. Apabila guru berkemampuan
menyampaikan dan mengaitkan isu berkenaan, keyakinan dalam diri guru-guru Sejarah berkenaan lebih
bertambah dalam menyampaikan Isi kandungan tidak kira guru berpengalaman atau tidak mahupun guru
opsyen atau bukan opsyen.

IMPLIKASI DAN CADANGAN
Implikasi dalam kajian ini mendapati peranan guru cukup besar dalam membantu pelajar mendalami serta
memahami isi kandungan Sejarah. Kepelbagaian pedagogi merupakan aspek penting dalam memastikan
minat pelajar berterusan dalam mata pelajaran ini. Guru-guru sejarah juga perlu mempelbagaikan sumber
maklumat agar tidak terus bergantung terhadap satu-satu sumber semata-mata seperti buku teks sahaja.
Guru-guru sejarah juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam dan luar Negara
merangkumi semua aspek politik, ekonomi dan sosial.
Selain itu, implikasi daripada kajian ini merupakan refleksi kepada guru-guru terutamanya guru-guru
Sejarah dalam usaha memantapkan pedagogi serta isi kandungan mereka. Guru-guru boleh memberikan
tumpuan yang lebih dalam mengembangkan kandungan bahan pelajaran, cara meneroka maklumat serta
mampu membuat perkaitan antara pengetahuan sedia ada murid dengan pengalaman belajar mereka.
Tindakan-tindakan yang diketengahkan ini sekaligus dapat mengwujudkan suasana penambahbaikan

537

dalam diri guru-guru serta rakan-rakan guru dalam memastikan bidang keguruan terus dihormati meskipun
dalam kalangan guru bukan opsyen berkenaan.
Selain itu, guru perlu mengakui penggunaan bahan visual dan media dalam abad ke-21 sangat penting
untuk diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuklah mata pelajaran Sejarah. Segala
kekangan berkaitan penggunaan harus diatasi agar guru dapat seiring dengan peredaran zaman dalam
melakukan proses pengajaran berkenaan. Oleh itu, seharusnya guru-guru perlu berfikiran terbuka dan
mengambil peluang ini untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran mereka dengan
menggunakan peralatan bahan bantu mengajar yang berteknologi canggih selain menggunakan buku teks
semata-mata.
Terdapat beberapa cadangan yang boleh meningkatkan lagi peranan seorang guru Sejarah terhadap
pengajaran dan pembelajaran mereka seperti guru-guru harus bersedia meningkatkan profesionalisme diri
meliputi aspek pengetahuan, kemahiran melalui kursus-kursus pemantapan diri sebagai seorang guru
Sejarah, atau latihan pembangunan profesionalisme yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG). Contohnya Program Intervensi Tambah Opsyen
(PITO), merupakan salah satu program anjuran KPM dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) serta Majlis
Dekan Pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam. Program berkenaan merupakan program peningkatan
profesionalisme guru di kalangan guru bukan opsyen.
Penggunaan bahan bantu mengajar seharusnya dipelbagaikan. Dengan erti kata lain, penggunaan yang
telalu ekstrim terhadap penggunaan buku teks haruslah dikurangkan. Dalam konteks ini guru perlu bijak
dalam menentukan, memilih dan mengadun bahan pengjaran berkenaan serta memilih strategi pengajaran
yang mampu memaksimumkan proses pembelajaran berkenaan. Oleh itu, guru perlu sentiasa kreatif dalam
menghasilkan pelbagai pedagogi pengajaran mereka. Misalnya, pendekatan pembelajaran abad ke-21 boleh
diterapkan seperti aktiviti Main peranan, Jigsaw dan gallery walk boleh dimasukkan dalam pengajaran
mata pelajaran Sejarah.

KESIMPULAN
Dapatan kajian ini menunjukkan tahap Pengetahuan Pedagogi, Isi Kandungan dan PPIK dalam kalangan
guru Sejarah dalam Daerah Hulu Langat berada pada tahap tinggi. Meskipun demikian, masih terdapat
beberapa aspek dalam setiap konstruk berkenaan berada pada tahap sederhana. Oleh itu, guru-guru Sejarah
seharusnya berusaha lebih lagi dalam memantapkan profesionalisme dengan berfikiran lebih kreatif dan
terbuka dalam meningkatkan pencapaian prestasi pelajar mereka. Penambahbaikan terhadap diri perlu
dilakukan secara berterusan dalam kalangan guru agar matlamat pendidikan Sejarah dapat dicapai seperti
mana yang termaktub dalam kandungan kurikulum Sejarah.

RUJUKAN
Ahmad Yunus Kasim dan Ab. Halim Tamuri (2010). Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK)
Pengajaran Akidah: Kajian Kes Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Jurnal of Islamic and Arabic Education
2(2):13-30.
Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, Nur Atiqah T. Abdullah. (2009). Tahap Keupayaan Guru Sejarah
Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Murid Di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia,
32 (1):53-66.
Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad Zohir Ahmad & Abd. Rahman Abd. Aziz (2005).
Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi (ICT). Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 7:15-24.
Azwani Ismail, Zahara Aziz, Sharipah Nor Puteh, Abdul Razaq Ahmad (2012). Kesan Model STAD
terhadap sikap dan Kemahiran Berkomunikasi Pelajar dalam mata pelajaran Sejarah, Jurnal Pendidikan
dan Latihan 4(1):65-78.
538

Howey, K. (1999). Designing Coherent And Effective Teacher Education Programs. Dlm. Sikula, J.
(penyt.). Handbook of Research on Teacher Education. Ed. Ke-2, 143-169. USA: Macmillan.
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah, (2002). Pusat Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya Penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu Penilaian. Tesis
Sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Maalaysia.
Janimah Suhaimin, (2011). Persepsi Guru Sejarah Terhadap Kesan Latihan Ikhtisas Dari Aspek Kemahiran
Pengajaran, Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dan Pengetahuan. Tesis Sarjana pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Kaya Yilmaz (2009). A Vision Of History Teaching & Learning: Thoughts On History Education In
Secondary Schools. The High School Journal: 2-92.
Lampert, M. (1986). Knowing, Doing, And Teaching Multiplication. Cognition and Instruction. 3 (4):305342.
Ma, L. (1999). Knowing And Teaching Elementary Mathematics In China And The United States. Yale:
Lawrence Erlbaum Associates.
Marks, R. (1990). Pedagogical Content Knowledge: From A Mathematical Case To A Modified
Conception. Journal of Teacher Education. 41(3):3-12.
Muhammad Abd Hadi Bunyamin dan Seth Sulaiman (2011). Tahap Pengetahuan Pedagogi Kandungan
Pelajar Pendidikan Fizik UTM Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Dalam Latihan Mengajar. Journal
of Edupres, 1:315-322.
Nelson Jinggan & Anuar Ahmad. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam Pengajaran
Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah. JuKu: Kurikulum & Pengajaran
Asia Pasifik, 3(2):1-11.
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Nurulhuda Hasan, Mahat Afifi. (2012). Pengetahuan Pedagogi Isi
Kandungan (PPIK) Pengajaran Bahasa Arab. Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Arab.
Noor Erma Abu & Leong Kwan Eu (2014). Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru Dan
Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Tambahan Tingkatan 4. Juku:Jurnal Kurikulum
& pengajaran Asia Pasifik, 2(1):1-10.
Rosnanaini Sulaiman, (2003). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Dalam Mata Pelajaran Sejarah: Satu Kajian
Kes. Tesis PHD fakulti pendidikan UKM, Bangi.
Rozaiman M., Zamri Mahmod, dan Noor Izam (2011). Pengetahuan Teknologikal Pedagogikal Kandungan
Kesusasteran Melayu: Peranan Guru Sastera Dalam SPN 21, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2) :8598.
Satveer Kaur a/p Bakhtavar Singh (1998). Penggunaan Media Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru
Sejarah Sekolah Menengah. Tesis sarjana. Fakulti pendidikan Universiti Malaya.
Shulman, L. S. (1987). Knowledge And Teaching: Foundations Of The New Reform. Harvard Educational
Review, 57 (1): 1-22.
Swafford, J. O.,Jones, G. A., & Thornton, C. A. (1997). Increased Knowledge In Geometry And
Instructional Practice. Journal for Research in Mathematics Education. 28(4):467-483.
Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha, Abdul Razak Habib (2009). Pengetahuan Pedagogi Isi
Kandungan Bagi Tajuk Pecahan Di Kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan
Malaysia. 34 (1):131-153.

539

Wang, S. Y.P., Guo, C. J., Chiang, W. H., & Cheng, S. S. (1999). Teaching For Meaningful Understanding:
A School-Based Science And Mathematics Teacher Development Project (Atas Talian).
http://www.narst.org/conference/wangetal/wangetal.html (28 Januari 2001).
Wilson, M. R. (1994). One Perservice Secondary Teacher’s Understanding Of Function: The Impact Of A
Course Integrating Mathematical Content And Pedagogy. Journal for Research in Mathematic Education
25(4):346-370.
Wilson, S. M, & Wineburg, S. S. 1988. Peering At History Through Different Lenses: The Role Of
Disciplinary Perspectives In Teaching History. Teacher college Recorder, 8:525-539
Zahara Aziz, Hamzan Saffarina (2012). Aplikasi Kepelbagaian Unsur Pedagogi Dalam Meningkatkan
Kefahaman Konsep & Kesedaran Belajar Sejarah. The 3rd International conference on learner Diversity.
18-19.
Zahara Aziz, Nik Azleena Nik Ismail (2007). Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-Guru Sejarah Menerapkan
Kemahiran Pimikiran Sejarah Kepada Pelajar. Jurnal Pendidikan 32:119-137.
Zahara Aziz, Nurliah Jair. 2009. Penggunaan Peta Konsep Untuk Meningkatkan Pencapaian Mata
Pelajaran Sejarah Bagi Pelajar Tingkatan Dua. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1):3-15.
Zalipah Zakaria (2011). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) Guru Biologi Permulaan Dan
Berpengalaman: Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana Pendidikan Fakulti Sains Dan Matematik. University
Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim.
Zamri Mahamod dan Magdeline anak Nor (2012). Penguasaan Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru
Iban. Gema Online TM Journal of Language Studies 12(2): 593-608.

540