Perubahan Iklim Generasi Masa Hadapan da

PERUBAHAN IKLIM1, GENERASI MASA HADAPAN2, DAN HAK ASASI
MANUSIA3: SUATU PERSOALAN KEADILAN INTER GENERASI
(INTERGENERATIONAL JUSTICE)
Oleh: Ahmad Muziru Idham Bin Adnan

1.0 PENDAHULUAN
Persoalan-persoalan yang melibatkan hubung kait antara perubahan iklim dan
hak

asasi

manusia

merupakan

persoalan

kontroversional

yang


seringkali

dibahaskan di peringkat global. Pelbagai perkara yang dibincangkan dalam
memastikan status perubahan iklim yang berlaku di sesebuah negara itu adalah
1

Dalam laporan OHCHR (Office of the United Nations High Commissioner for Human Rigths) (2009),
perubahan iklim ditakrifkan sebagai “a change of climate which is attributed directly or indirectly to
human activity that alters the composition of the global atmosphere and which is in addition to natural
climate variability observed over comparable time periods.” Pentakrifan ini penting untuk dibuat
dengan teliti dan dipegang kemas agar perbincangan dalam penulisan ini akan lebih berfokus dan
menjelaskan hala tuju sebenar perbincangan. Definisi bagi perubahan iklim sentiasa berubah-ubah
dengan maksud kepentingan politik justeru ianya perlu didefinisikan secara bebas agar wacana
perbincangan dapat dicerap dengan lebih adil.
2

Secara literalnya, generasi masa hadapan membawa maksud semua manusia yang hidup pada
masa hadapan. Tetapi pentakrifannya tidak semudah itu kerana konotasi bagi peristilahan tersebut
akan menentukannya sebagai pemegang sah hak-hak moral dalam perundangan antarabangsa. Hal
ini demikian kerana perkara yang meragukan ialah sama ada perlakuan generasi masa kini yang

bertindak berdasarkan kepentingan semasa (current interest) memberi kesan terhadap pengurusan
moral bagi generasi masa akan datang. Dalam hal ini, penulis menerima pembahagian generasi
masa hadapan menurut (Herstein, 2009) kepada tiga bahagian, iaitu kumpulan masa hadapan (future
groups), individu-individu masa hadapan (future individuals), dan jenis-jenis manusia masa hadapan
(type of future people). Penulis menerima bahagian yang ketiga sebagai maksud generasi masa
hadapan yang dibincangkan dalam makalah ini kerana ianya lebih bersifat menyeluruh dan
merangkumi semua jenis kumpulan manusia masa hadapan merentasi ras, agama, taraf sosial,
umur, dan sebagainya yang memungkinkan mereka terhimpun sebagai sebuah kumpulan besar
manusia yang perlu dilindungi hak-hak asasi mereka di atas muka bumi.
3

Dalam Prinsip 1 Deklarasi 1972 Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Alam
Sekitar Manusia (1972 Declaration of the United Nations Conference on the Human Environment)
menyatakan bahawa, “Man has the fundamental right to freedom, equality and adequate conditions of
life, in an environment of a quality that permits a life of dignity and well-being, and he bears a solemn
responsibility to protect and improve the environment for present and future generations.”
Pendefinisian tentang hak asasi manusia daripada deklarasi ini dipakai untuk perbahasan dalam
artikel ini kerana definisinya yang menyeluruh menyentuh tentang hubungan antara hak asasi
manusia dan persoalan alam sekitar.


1

merupakan tanggungjawab sesebuah negara atau ianya hanyalah sesuatu yang
berlaku secara semulajadi semata-mata. Perubahan iklim merupakan suatu perkara
yang melibatkan proses alamiah yang berlaku terhadap alam semulajadi di mana
melibatkan hubungan antara faktor geografi dan faktor sosial di sesebuah negara
atau tempat. Persoalan ini menjadi sebuah perbincangan yang besar kerana faktor
perubahan iklim yang melibatkan hal-hal geografi telah memberi suatu kesan yang
besar dan menyumbang kepada perubahan faktor penduduk di sesebuah kawasan.
Perkara ini menjadi suatu persoalan yang semakin kompleks apabila kesan
perubahan iklim telah memberi kesan terhadap hak-hak asas terhadap komuniti di
mana hak-hak mereka seperti soal kehidupan, keselamatan, makanan, kesihatan,
tempat tinggal, dan sebagainya mulai terjejas disebabkan oleh faktor perubahan
iklim.
Menurut Sachs (2004), perubahan iklim merupakan suatu perkara yang tidak
sekadar sebagai sebuah persoalan isu ekologikal, tetapi ianya juga terdapat suatu
perkara yang lebih besar untuk diberi perhatian, iaitu soal kemampanan sumber
sedia ada ke arah kelangsungan hidup generasi masa hadapan (future generations)
yang melibatkan persoalan kesaksamaan antara generasi (intergenerational equity).
Generasi masa hadapan merupakan generasi yang akan mewarisi kelangsungan

bumi pada hari ini di mana mereka juga memiliki hak-hak yang sama rata seperti
mana yang dimiliki oleh generasi kini. Perubahan iklim yang berlaku sedikit demi
sedikit telah menjejaskan kedudukan geografi yang sedia ada sama ada dari sudut
pengurusan sumber bahan mentah mahupun faktor kependudukan yang sedia ada
menyebabkan ianya memberi kesan yang sangat besar terhadap kelangsungan
generasi masa hadapan. Keadaan perubahan iklim yang menjadi pemangkin kepada
kadar kerosakan bumi yang semakin cepat menyebabkan generasi masa hadapan
akan berada pada suatu kehidupan yang sukar dan tidak stabil.
Oleh sebab itu, terdapat beberapa perkara yang perlu dibahaskan dalam tulisan
ini sebagai sebuah pencerahan. Pertama, tulisan ini akan membincangkan tentang
hubungan rapat yang wujud antara kesan perubahan iklim terhadap hak asasi
manusia. Kedua, tulisan ini akan menghuraikan tentang tanggungjawab negara
(state) sebagai aktor utama dalam memastikan hak asasi manusia terhadap
komuniti penduduk tidak dijejaskan oleh perubahan iklim. Akhir sekali, tulisan ini
2

akan membahaskan tentang kepentingan pengawalan dan penyeliaan sumber yang
sedia ada sebagai kelangsungan generasi masa hadapan sebagai sebuah
kemampanan hak asasi manusia.


2.0 PERUBAHAN IKLIM DAN HAK ASASI MANUSIA: SEBUAH HUBUNGAN
GEOPOLITIK
Dalam menilai hubungan antara perubahan iklim dan hak asasi manusia, ianya
wajar untuk dilihat dalam ruang lingkup politik ekologi di mana persoalan yang
dibawa adalah persoalan yang memberi kesan terhadap masyarakat (society) dan
negara (state) itu sendiri. Ekologi berperanan dalam mencorakkan polisi-polisi
negara dan keterlibatan faktor geografi menjadikan polisi-polisi negara yang
berkaitan ekologikal akan memberi kesan terhadap struktur demografi dalaman,
luaran, mahupun antarabangasa. Dalam hal ini, perubahan iklim adalah sesuatu
yang berkaitan dengan faktor ekologikal justeru persoalan sama ada perubahan
iklim memberi impak terhadap kenikmatan hak asasi manusia ataupun tidak adalah
sesuatu yang perlu dijawab dengan tegas dan jelas.
ICHRP (International Council on Human Rights Policy) (2008) menyatakan
bahawa, “...climate change is already undermining the realisation of a broad range of
internationally protected human rights; rights to health and even life; rights to food,
water, shelter and property; rights associated with livelihood and culture; with
migration and resettlement; and with personal security in the event of conflict.”
Kenyataan daripada ICHRP turut disokong oleh laporan OHCHR (Office of the U.N.
Human Commissioner for Human Rights) (2009) telah menyimpulkan bahawa,
“Climate change-related impacts, as set out in the assessment reports of the

Intergovernmental Panel on Climate Change, have a range of implication for the
effective enjoyment of human rights.” Kenyataan ICHRP dan OHCHR tersebut
secara jelas menetapakan bahawa perubahan iklim adalah suatu perkara yang
menyebabkan hak asasi manusia itu terjejas. Perlanggaran hak asasi manusia
disebabkan oleh perubahan iklim tersebut boleh berlaku secara langsung dan tidak
langsung. Secara langsungnya, perubahan iklim menyebabkan hak untuk hidup,
kesihatan, keselamatan, dan sebagainya terjejas. Manakala secara tidak langsung,
perubahan iklim memberi tekanan terhadap sistem ekologikal yang menjejaskan
3

struktur demografi justeru mendorong kepada berlakunya migrasi besar-besaran
oleh penduduk dan akhirnya menimbulkan pula kepada masalah pelarian alam
sekitar (enviromental refugees). Keadaan ini memperlihatkan suatu permasalahan
lain pula apabila pelarian-pelarian tersebut kehilangan tempat tinggal lalu terpaksa
merentasi sempadan kenegaraan lalu menimbulkan pula kepada masalah imigresen
sesebuah negara dalam menguruskan kes pelarian mereka yang disebabkan oleh
faktor perubahan iklim.
Suatu perkara yang harus diperhatikan dalam hal ini ialah kesan-kesan
perubahan iklim tersebut memberi kesan besar terhadap geopolitik antarabangsa
kerana ianya berkait rapat dengan hubungan antara negara-negara maju (developed

countries) dan negara-negara membangun (developing countries). Kesan tersebut
diakibatkan daripada proses urbanisasi negara-negara maju melalui pelepasan gasgas karbon dan bahan-bahan kimia yang memberi kesan terhadap ekosistem lalu
mengakibatkan kepada permasalahan ekologi dan seterusnya kesannya ditanggung
oleh negara-negara membangun yang seringkali tidak bernasib baik dari sudut faktor
geografi. Keadaan ini dinyatakan oleh Hall dan Weiss (2012) yang menyatakan
bahawa, “The consequences may be most pronounced for poorer developing
countries because of their geographic characteristics (in many cases), their low
incomes, and their greater reliance on climate-sensitive sectors such as agriculture.”
Menurutnya lagi, kesan lain yang dihadapi oleh negara-negara membangun
disebabkan oleh perubahan iklim ialah permasalahan kesihatan seperti cirit-birit,
permasalahan pernafasan, dan sebagainya serta masalah dari sudut kekurangan
pengeluaran makanan dan permasalahan yang akhirnya meningkatkan jumlah
kematian dalam kalangan penduduk.
Akibat yang sebegini adalah sesuatu yang tidak wajar untuk ditanggung oleh
negara-negara membangun kesan daripada proses pembangunan di negara-negara
membangun kerana secara jelas memperlihatkan bahawa kegiatan perindustrian
mereka telah menjejaskan hak-hak asasi penduduk di negara-negara tersebut untuk
hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Sekalipun keselamatan fizikal mereka
tidak diganggu-gugat oleh sebarang bentuk persenjataan, tetapi tetap mereka
sedang mengalami ancaman keselamatan gaya baru (new security issues) yang

melibatkan ancaman dari sudut permasalahan alam sekitar dan permasalahan
4

kesihatan secara kolektif. Bukan sahaja perubahan iklim tersebut mengancam hak
asasi manusia orang lain, malahan turut memperlihatkan sebuah kesan yang
diakibatkan daripada hal-ehwal geopolitik negara-negara maju yang tidak mengambil
peduli dengan persoalan keselamatan era baru di negara-negara membangun.

3.0 TANGGUNGJAWAB NEGARA (STATE RESPONSIBILITES) TERHADAP
PENGURUSAN SUMBER NEGARA KE ARAH KEMAMPANAN HAK ASASI
MANUSIA
Perubahan iklim adalah sebuah proses daripada pergerakan sistem ekologi yang
tidak wajar untuk dilihat sekadar bersifat alamiah, tetapi yang paling memberi kesan
terhadapnya ialah daripada pengurusan sumber bahan asli bagi sesebuah negara,
khususnya negara-negara maju. Proses kemajuan industrialisasi menjadikan
negara-negara maju giat mengusahakan pengurusan sumber bahan asli lalu
akhirnya berlaku banyak pelepasan gas-gas dan bahan-bahan kimia yang banyak
mencemarkan ekosistem dan seterusnya berlaku perubahan iklim yang ketara yang
memberi kesan langsung terhadap negara-negara membangun. Kesan-kesan ketara
seperti penipisan lapisan ozon, kesan rumah hijau, pulau haba, pencairan glasier

adalah kesan-kesan tragis dunia global hari ini yang memerlukan kepada suatu
mekanisme tindakan yang efektif dalam merawat perubahan iklim yang sedang
berlaku.
Tidak dapat tidak, ianya harus diakui bahawa kebertanggungjawaban terhadap
pengurusan sumber alam adalah bermula daripada peringkat negara itu sendiri. Hal
ini demikian kerana negara yang menguruskan sumber alam di wilayahnya melalui
pembangunan urbanisasi yang pesat demi mencapai piawaian negara-negara maju
dan seterusnya mengukuhkan momentum negara sebagai sebuah kuasa politik
mahupun ekonomi yang kuat. Knox (2009) menyatakan dengan jelas bahawa,
“States are generally responsible not only for ensuring that their own conduct does
not violate human rights, but also for protecting against interference with human
rights from other sources, including private actors.” Malah, menurutnya lagi, negara
mempunyai empat buah tanggungjawab luar wilayah (extraterritorial duties), iaitu, (i)
Untuk mengelakkan daripada campur tangan terhadap jaminan hak asasi manusia di
negara-negara lain; (ii) Untuk mengambil tindakan bagi mengelakkan aktor-aktor
5

swasta (private actors) daripada terlibat dalam campur tangan tersebut; (iii) Untuk
mengambil langkah melalui bantuan dan kerjasama bagi memberikan keperluan hak
asasi manusia luar negeri; dan (iv) Untuk memastikan bahawa perjanjian-perjanjian

antarabangsa tidak memberi kesan negatif terhadap hak asasi manusia.
Penyenaraian tanggungjawab-tanggungjawab tersebut memperlihatkan bahawa
negara berperanan penting dalam mengawal ekosistemnya bagi mengelakkan
daripada pemanipulasian sumber alam dilakukan oleh syarikat-syarikat permodalan
yang hanya sekadar mencari keuntungan daripada sumber sedia ada. Campur
tangan kerajaan dalam hal ini amatlah penting kerana isu ekologi adalah suatu isu
yang berkait rapat juga dengan keselamatan negara dari segi bentuk ancaman
perubahan iklim yang boleh menggugat ketenteraman dan kesihatan orang awam.
Dalam hal ini, penyelesaian yang dikira paling tepat berhubung kepada
tanggungjawab negara dalam pengurusan perubahan iklim adalah melalui
pendekatan ekologi baru (new ecology) yang berkait rapat dengan kerjasama
negara-negara

antarabangsa

secara

kolektif

(collectivism).4


Pendekatan

kolektivisme menjadikan setiap negara di dunia ini adalah bertanggungjawab dalam
menguruskan hal-ehwal ekologikal negara dengan mengikut piawaian antarabangsa.
Pendekatan ekologi baru ini dapat membentuk sebuah kerjasama geopolitik di
peringkat global yang secara tidak langsung merupakan sebuah langkah
menghadapi arus globalisasi dan hal ini dapat membentuk sebuah proses
keseimbangan kuasa (balance of power) secara multilateral dalam melakukan
semak dan imbang (check and balance) di peringkat antarabangsa dalam konteks
alam sekitar. Ianya memberi impak jangka panjang yang positif dan terancang dalam
membentuk keseimbangan ekologikal global yang lebih selamat dan secara tidak
4

Pembahagian teori ekologi lama (old ecology) dan ekologi baru (new ecology) ini dibuat oleh Bryan
Norton (1996) yang menerangkan tentang bagaimana pemikiran terhadap pengurusan ekosistem
sumber itu harus berlaku terhadap permasalahan perubahan iklim yang semakin meluas. Pemikiran
ekologi lama melihat bahawa perubahan iklim yang sedang berlaku hanyalah sebuah proses
keseimbangan sistem dan ianya tidak berkait dengan pengurusan sumber oleh sesebuah negara.
Manakala pemikiran ekologi baru mengkritik pandangan tersebut dengan memperlihatkan hujah
bahawa perubahan iklim yang berlaku tidak sekadar melibatkan proses keseimbangan sistem, tetapi
berkait rapat dengan ketidakpedulian sesebuah negara dalam menguruskan sumber-sumber alam
sekitar yang hanya mementingkan keuntungan tanpa melihat impak jangka panjang daripada
tindakan tersebut. Pemikiran ekologi lama lebih memperlihatkan struktur realis, manakala pemikiran
ekologi baru lebih memperlihatkan struktrur liberalis.

6

langsung menyediakan ruang interaksi yang baik antara negara-negara maju dan
negara-negara membangun.

4.0 KELANGSUNGAN GENERASI MASA HADAPAN: SEBUAH KEADILAN
INTER GENERASI
Kelangsungan hak-hak antara generasi (intergenerational rights) merupakan
sebuah hak yang bersifat sebagai sebuah komuniti yang besar berbanding hak-hak
yang bersifat individual sebagai hubungan antara generasi masa lepas, masa kini,
dan masa hadapan. Menurut Weiss (1992), beliau menyatakan bahawa, “The theory
of intergenerational equity states that all generations have an equal place in relation
to the natural system, and that there is no basis for preferring past, present or future
generations in relation to the system.” Keadaan yang tersebut memperlihatkan
sebuah hubungan langsung yang bersifat dinamik antara generasi tanpa mengira
zaman dalam mengekalkan sebuah keharmonian planet sebagai tempat untuk
menjalani

kehidupan

dan

pengekalan

hak-hak

asasi

dalam

kehidupan.

Kesaksamaan hak menjadikan suatu keperluan buat generasi masa kini dalam
memastikan pengurusan bumi pada waktu ini berada dalam keadaan yang
sewajarnya sebelum ditinggalkan buat generasi pada masa hadapan.
Pengekalan

keharmonian

bumi

tersebut

secara

tidak

langsung

telah

menimbulkan sebuah dasar hak tersebut sendiri buat generasi masa hadapan
kerana kelangsungan hak tersebut adalah sebuah hak yang merentasi waktu dan
menurut

tradisi

John

Locke,

perlindungannya

adalah

merupakan

sebuah

tanggungjawab generasi kini dan kerajaanya (Weston, 2008). Ianya melibatkan
sebuah pengawalan terhadap penggunaan sumber bahan api karbon, pencegahan
daripada penebangan hutan dan penyalahgunaan tanah, pengawalan dalam
pelepasan kloroflorokarbon (CFC) dan elemen-eleman lain yang memusnahkan
lapisan ozon, dan memantau penggunaaan baja nitrogen. Sebab itu di sini terletak
pentingnya untuk perundangan antarabangsa yang berkaitan alam sekitar diperketat
kerana semua keadaan yang tersebut banyak dilepaskan oleh perindustrian negaranegara maju dan ianya penting bagi menjamin kelangsungan hak asasi manusia
bagi generasi masa hadapan.

7

Dalam suatu tulisan yang lain, Weiss (2008) melihat sebuah keperluan untuk
sebuah Strategi Global Untuk Perubahan Iklim (Global Strategy for Climate Change)
yang menjamin prinsip-prinsip kesaksamaan antara generasi (intergenerational
equity) bagi mengukur kadar perubahan iklim, meminimakan kerosakan langsung
daripada perubahan iklim, dan untuk memindahkan sumber-sumber dan alat-alat
keperluan untuk disesuaikan dengan perubahan iklim. Dalam hal ini, perhatian wajar
untuk diberikan kepada aspek-aspek tenaga nuklear, sumber biologikal, bekalan air
bersih, bahan kimia berbahaya dan sebagainya kerana ianya merupakan penyebab
utama yang memberi kesan terhadap keseimbangan ekologi pada tahap yang konrit.
Perkara ini memerlukan penyelarasan dalam institusi pentadbiran, insentif ekonomi,
instrumen perundangan, kesedaran awam dan kemampuan politik. Pembangunan
ekologi mampan adalah sebuah proses yang berterusan dan ianya memerlukan
interaksi pelbagai sektor dalam usaha untuk menjayakannya.
Menuju ke arah kelangsungan generasi masa hadapan, Raffensperger dan
Giannini (2008) menyatakan bahawa hak dan kewajiban merupakan sebuah impak
normatif yang meningkatkan kepentingan generasi masa hadapan. Kekuatan hak
generasi masa hadapan datang daripada penggunaan hak dan kewajipan dalam
membentuk keseimbangan terhadap persoalan konflik antara hak dan kepentingan
negara. Pengurusan konflik hak dan kepentingan negara adalah suatu perkara yang
perlu dilandaskan kepada rasionaliti politik ekologi agar kepentingan hak generasi
masa hadapan turut mampan dalam arus globalisasi yang semakin pesat. Persoalan
keadilan intergenerasi tidak sekadar sebagai sebuah persoalan kelestarian generasi
masa hadapan sebagai bakal penduduk dunia, tetapi juga adalah sebuah persoalan
global dalam memastikan hak-hak alam sekitar turut dilindungi seperti yang
dinyatakan oleh Thompson (2010) bahawa, “...justice to future generations requires
that we do what we can to ensure that they have (at the very least) the same
opportunity as us to appreciate and enjoy good and valuable things.”. Kenyataan
tersebut menunjukkan suatu kesedaran moral yang tinggi perlu hadir dalam generasi
kini ke arah mewujudkan keseimbangan hak antara generasi kontemporari dan
generasi masa hadapan. Kelestarian generasi akan datang sebagai sumber
manusia dan alam sekitar sebagai sumber fizikal adalah suatu aset yang bernilai
terhadap kedamaian global.
8

5.0 KESIMPULAN
Persoalan-persoalan perubahan iklim, generasi masa hadapan dan hak asasi
manusia adalah persoalan yang menuntut kepada sebuah perbincangan kritikal
yang memerlukan komitmen antara negara (interstate) untuk membincangkannya
secara persefakatan bersama. Ianya bukanlah isu keselamatan baru yang perlu
diambil ringan kerana ianya memberi impak jangka panjang ke arah kelestarian
ekologi dunia yang tidak menuntut sebuah usaha kemampanan yang kecil dan
sedikit. Isu ini lebih ketara apabila melibatkan hubungan antara negara-negara asas
(core state) dan negara-negara pinggiran (periphery state) dalam struktur
industrialisasi di mana kepentingan negara-negara pinggiran seringkali diabaikan.
Hak dan tanggungjawab adalah suatu perkara yang perlu hadir seiring dalam
menyelesaikan isu ini dengan wajar. Perundangan antarabangsa wajar melihat isu
ini dengan tegas dalam memantau pergerakan industrialisasi di negara-negara maju
dalam melihat bagaimana pengurusan sumber buangan mereka agar piawaian
antarabangsa sentiasa dipatuhi.
Ianya adalah tidak adil apabila persoalan kepentingan negara sentiasa
diutamakan

sehingga

akhirnya

memberi

kesan

buruk

terhadap

ekosistem

antarabangsa dan seterusnya meninggalkan warisan buruk terhadap generasi masa
hadapan. Perdebatan tentang hubungan perubahan iklim dan hak asasi manusia
serta hubungan generasi masa hadapan dan hak asasi manusia perlu segera
dihentikan kerana akhirnya ianya hanya sekadar melambatkan proses pemuliharaan
dan pemeliharaan ekologi serta memburukkan lagi masa hadapan generasi masa
hadapan. Strategi kemampanan ekologi global harus segera digerakkan dan ini
adalah hak asasi manusia intra generasi (contemporary generations) dan inter
generasi (intergenerational equity) untuk hidup dalam sebuah sistem ekologi yang
baik.

9

RUJUKAN

Hall, M. J. & Weiss, D. C. (2012). Avodiong adaption apartheid: Climate change
adaption and human right law. The Yale Journal Of International Law, 37(309),
310-365
Herstein, O. J. (2009). The identity and (legal) rights of future generations. The
George Washington Law Review, 77(56), 1173-1215
ICHRP. (2008). Climate change and human rights: A rough guide. Versoix,
Switzerland: International Council on Human Rights Policy
Knox, J. H. (2009). Linking human rights and climate change at the United Nations.
Harvard Environmental Law Review, 33, 477-498
Norton, B. (1996). Change, constancy, and creativity: The new ecology and some
old problems. Duke Enviromental Law & Policy Forum, 7(48), 49-70
OHCR. (2009). Annual Report of the United Nations High Commissioner For Human
Rights and Reports of the Office of the High Commissioner and the SecretaryGeneral. Dokumen UN A/HRC/10/61 (15 Januari 2009).
Raffensperger, C. & Giannini, T. (2008). Duties to and rights of future generations.
Dalam, The International Human Rights Clinic at Harvard Law School &
Science and Enviromental Health Network, Model for Protecting the
Environment for Future Generations
Sachs, W. (2004). Climate change and human rights. Dalam Interactions Between
Global Change And Human Health. Vatican City: The Potential Academy Of
Sciences.
Thompson, J. (2010). What is intergenerational justice?. Dalam Future Leaders,
Future Justice. Dipetik daripada www.futureleaders.com.au
United Nations. (1972). Report of the United Nations Conference on the Human
Environment. Dokumen A/CONF.48/14/Rev.1
Weiss, E. B. (1992). In fairnes to future generations and sustainable development.
American University International Law Review, 8(1), 19-26
Weiss, E. B. (2008). Climate change, internegerational equity, and international law.
Vermount Journal of Enviromental Law, 9, 615-627

10

Weston, B. H. (2008). Climate change and intergenerational justice: Foundation
reflections. Vermont Journal of Enviromental Law, 9, 375-430

11