Undang Undang Dan Peraturan perundang undang

Undang-Undang Dan Peraturan
Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri 2012
1.0

PERATURAN PERTANDINGAN
1.1

PENGENALAN
Pertandingan
ini dinamakan
PERTANDINGAN
PAINTBALL
JABATAN PERDANA MENTERI 2012 anjuran Kelab Bukit Perdana
Jabatan Perdana Menteri (JPM).

1.2

TARIKH DAN TEMPAT
1.2.1 Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh :


9 Jun 2012 (Sabtu)

Tempat:

Cyberjaya Paintball
Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya
Cyberjaya, Selangor

Masa:

8.00 pagi hingga 7.00 petang

1.2.2 Pertandingan akan dijalankan padang speedball berukuran 100
kaki lebar dan 200 kaki panjang dan berjaring keseluruhan
perimeter;
1.2.3 Taklimat dan undian akan dijalankan pada pagi hari
pertandingan jam 8.00 pagi, 9 Jun 2012 di Cyberjaya
Paintball Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya; dan
1.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak
sekiranya pasukan lewat tiba.


1|Paintball

JPM2012

2.0

PENGENALAN

Undang-undang dan peraturan pertandingan paintball ini disediakan untuk
memastikan keselamatan pemain, menyediakan pertandingan yang adil dan
mempertingkatkan penerimaan sukan paintball untuk setiap lapisan masyarakat.
Cyberjaya Paintball adalah pemilik mutlak dalam menentukan kesahihan dan
interpretasi undang-undang dan peraturan pertandingan paintball ini. Pengadil
pertandingan (dikenali sebagai ‘marshall’) diberikan mandat untuk memastikan
setiap peraturan yang dinyatakan akan dilaksanakan dan diikuti sepenuhnya.
Cyberjaya Paintball berhak membuat pertukaran, penambahan atau pembuangan
sebarang komponen dalam undang-undang dan peraturan ini.
Jika terdapat sebarang perbalahan atau perbezaan pengadilan semasa
pertandingan, hanya ketua pasukan sahaja yang dibenarkan untuk membuat

bantahan atau cadangan kepada Ketua Marshall. Keputusan Ketua Marshall adalah
muktamad.

3.0

4.0

KATEGORI PERTANDINGAN
3.1

Pertandingan adalah terbuka (campuran Lelaki dan Wanita) kepada
semua warga yang berkhidmat di Jabatan/Agensi di bawah Jabatan
Perdana Menteri dan mestilah terdiri dari warganegara Malaysia yang
berjawatan tetap, sementara, sambilan, praktikal atau kontrak sahaja;
dan

3.2

Penyertaan hanya dibuka kepada 20 pasukan berdasarkan fisrt come
first serve. Pihak penganjur behak menolak penyertaan yang dihantar

lewat.

PASUKAN
4.1

4.2

Setiap pasukan terdiri dari 5 orang pemain, dengan maksimum 1
orang pemain simpanan (Ketua Pasukan), setiap pasukan
diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita di
dalam pasukan;
Setiap pasukan dibenarkan untuk mempunyai seorang jurulatih.
Jurulatih dibenarkan untuk memberikan arahan dari luar padang
kepada pemain. Hanya jurulatih sahaja yang dibenarkan untuk
memberikan arahan, bantuan dan maklumat kepada pemain
pasukannya sendiri.

2|Paintball

JPM2012


5.0

PERALATAN
5.1

5.2
5.3
5.4

5.5

5.6
5.7

5.8
5.9
5.10

6.0


Pihak penganjur akan menyediakan peralatan asas permainan
paintball, iaitu facemask (untuk melindungi bahagian muka) dan set
marker (set senapang paintball) mekanikal;
Set marker persendirian tidak dibenarkan;
Peserta wanita akan disediakan chest-vest untuk perlindungan
bahagian dada;
Peserta dimestikan memakai pakaian yang bersesuaian untuk
kegunaan lasak. Baju lengan panjang, seluar panjang dan kasut sukan
digalakkan;
Baju atau jaket yang licin, tidak telus air (contohnya rain-coat, windbreaker) dan mempunyai tahap serapan yang tinggi (contohnya fleece)
adalah dilarang;
Warna larangan iaitu kuning dan oren tidak dibenarkan berada di baju,
seluar atau kasut peserta semasa permainan dijalankan;
Peserta dimestikan memakai facemask semasa permainan dijalankan.
Kegagalan mematuhi peraturan ini akan menyebabkan kekalahan
serta-merta kepada pasukan peserta tersebut;
Peserta dibenarkan membawa facemask sendiri;
Peserta dibenarkan memakai pad untuk lutut, siku dan tulang kering;
dan

Setiap peserta akan disediakan dengan 50 biji paintball pellet (peluru
paintball) untuk setiap perlawanan. Peserta tidak dibenarkan
membawa dari luar.

FORMAT PERTANDINGAN
6.1
6.2

6.3
6.4

6.5
6.6

Format pertandingan adalah ‘speedball game’ yang disediakan di
kawasan padang speedball;
Corak pertandingan adalah ‘tawan bendera lawan’, di mana peserta
perlu mengambil bendera pihak lawan yang berada di get permulaan
lawan dan membawa pulang bendera pihak lawan tersebut, dalam
keadaan masih layak bermain, ke get permulaannya sendiri;

Masa permainan adalah 5 minit;
Setiap pasukan akan bermain sebanyak 3 kali untuk acara kelayakan.
4 pasukan teratas, berdasarkan pengiraan markah (rujuk subjek 5)
akan bertanding untuk separuh akhir;
Pertandingan separuh akhir dan akhir adalah dalam format kalah-mati;
dan
Dalam pertandingan separuh akhir dan akhir, tiada pengiraan markah
– pemenang ditentukan dengan berjayanya membawa bendera lawan
ke get sendiri;

3|Paintball

JPM2012

6.6.1 Jika keputusan diakhirkan dengan seri, pertandingan satudengan-satu akan dijalankan untuk menentukan pemenang.
7.0

PADANG DAN KAWASAN PERMAINAN
7.1


Padang speedball berukuran 100 kaki lebar dan 200 kaki panjang dan
berjaring keseluruhan perimeter.

7.2

Padang speedball menggunakan belon plastik angin (air-filled) sebagai
bunker. Bunker disusun dalam bentuk arca dari garisan pertengahan.
Terdapat dua palang permulaan (starting gate) di setiap hujung
padang. Bendera akan diletakkan di setiap palang permulaan.
Terdapat sempadan out-of-bound di kiri dan kanan padang. Peserta
yang melepasi sempadan ini akan dikira disingkirkan.
Tiada sempadan out-of-bound di bahagian permulaan dan hujung
padang.
Terdapat dua kawasan selamat (dead-zone) di dua penjuru padang.
Peserta yang telah disingkirkan dimestikan berada di dalam kawasan
selamat sehingga permainan tamat.

7.3
7.4
7.5

7.6

8.0

MARKAH
8.1

8.2

8.3

9.0

Sistem markah adalah seperti berikut
8.1.1 Pasukan yang pertama mengambil bendera lawan : 25 point
8.1.2 Pasukan yang pertama membawa pulang bendera lawan
dengan selamat : 50 point
8.1.3 Setiap ahli pasukan yang masih layak main: 2 (maksimum 10)
8.1.4 Setiap ahli pasukan lawan yang disingkirkan: 3 (maksimum 15)
Kesalahan membuka facemask

8.2.1 Pasukan bersalah mendapat poin sifar
8.2.2 Pasukan tidak bersalah mendapat 90 point
Pertandingan yang tidak berlawan
8.3.1 Pasukan yang mendapat ‘walk-over’ mendapat 90 point
8.3.2 Pasukan yang tidak datang mendapat poin sifar

PENYINGKIRAN PESERTA
9.1

Terdapat kesan tembakan nyata, dengan nampaknya kesan cat
sebesar syiling 20 sen, di bahagian pinggang dan atas, termasuk
tangan, muka, rambut dan sebahagiannya.
9.1.1 Tembakan di marker tidak dikira untuk penyingkiran;
9.1.2 Tembakan oleh ahli pasukan sendiri dikira untuk penyingkiran;

4|Paintball

JPM2012

9.2
9.3
9.4
9.5
9.6
9.7
9.8
9.9
9.10

9.0

9.1.3 Tembakan sendiri juga dikira untuk penyingkiran
Membuka facemask semasa pertandingan;
Melepasi kawasan out-of-bound;
Tidak menyentuh palang permulaan semasa pertandingan bermula;
Tidak mendengar arahan marshall;
Membuat perbuatan yang membahayakan diri sendiri dan orang lain;
Menyerah atau memanggil diri sendiri untuk disingkirkan;
Mengerakkan bunker dengan sengaja atau menyebabkan bunker
bergerak dari tempat asalnya dengan nyata;
Menembak marshall, penonton atau penganjur dengan sengaja; dan
Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan
mengandungi fakta dan juga bukti dalam bentuk hard copy yang telah
diperakui kepada pihak Marshall/Urusetia beserta wang cagaran
sebanyak RM300.00, dalam tempoh 30 minit selepas permainan yang
dibantah itu tamat.

YURAN/HADIAH PERTANDINGAN
9.1

Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM300.00 @ (RM50.00
seorang x 6 orang) (termasuk pellet) yuran penyertaan tidak akan
dikembalikan sekiranya pasukan menarik diri;

9.2

Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal
mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan
penyertaan pasukan berkenaan dari menyertai kejohanan ini; dan

9.3

Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut:

Bil.

Kategori

1.

Terbuka

Tempat
JOHAN
NAIB JOHAN
KETIGA

Nilai
RM700.00
RM500.00
RM300.00

5|Paintball

JPM2012

10.0

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi dan yuran penyertaan
hendaklah serahkan ke urusetia pertandingan pada atau sebelum 6 Jun 2012
(Rabu).
Setiausaha
Kelab Bukit Perdana
Jabatan Perdana Menteri
Aras -1, Blok B8, Kompleks JPM
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA.
(u.p. Encik Mohd Suhaimi bin Md Saad, Tel: 03-8872 3431 @ Faks: 038888 3106 @ e-mel: mohdsuhaimi@pajpm.gov.my / kbp@pajpm.gov.my)

Disediakan oleh
Urus setia Pertandingan Paintball
Jabatan Perdana Menteri

6|Paintball

JPM2012

Borang Penyertaan
Pertandingan Paint Ball Jabatan Perdana Menteri 2012
Nama Jabatan/Agensi/Bahagian: ....................................................................................
Nama Jurulatih: ....................................................................................................................
No. Tel: ..................................................... (Pej.) ......................................................... (H/P)
No. Faks: .......................................... (e-mel): .......................................................................
Bil.

Nama Penuh Pemain

No. MYKAD

1.*
2.
3.
4.
5.
6.
Catatan: * Ketua Pasukan
Semua Salinan KAD PAS (Pas Pekerja) pemain hendaklah disertakan bersama semasa penyerahan borang penyertaan ini.

PENGAKUAN DIRI
Kami telah membaca pengenepian di atas dan kami faham bahawa dengan menandatangani borang
ini maka kami bersetuju bahawa telah menjadi niat kami untuk mengecualikan dan melepaskan
penganjur, pekerja, pegawai, tuan-tuan tanah, rakan penganjur, penaja dan agen kepada
pertandingan paintball Jabatan Perdana Menteri 2012 daripada tanggungan terhadap kecederaan
diri, kerosakan harta benda, Kematian secara salah yang disebabkan oleh kecuaian atau mana-mana
sebab-sebab lain. Kami juga mengisytiharkan bahawa kami menandatangani borang ini dengan rela
hati tanpa ada apa-apa paksaan daripada mana-mana pihak dan borang ini mengikat kepada pewaris
dan wakil-wakil kami.

Tarikh: .....................................

.......................................................
(Tandatangan Pengurus Pasukan)

7|Paintball

JPM2012